Anda di halaman 1dari 2

Kisah Fudholah Bin Umair Mahu Membunuh Rasulullah

Sebuah kisah dipetik dari ceramah Murabbi.
Fudholah bin Umair mahu membunuh Rasulullah ‫صلى ال عليه وسلم‬. Dia mengambil peluang ketika
Baginda sedang tawaf di Ka'bah. Hampir sahaja dia berpeluang mengangkat senjatanya, dia terkejut
kerana Baginda memandangnya.
Rasulullah ‫ صلى ال عليه وسلم‬bertanya sambil tersenyum: "Apa yang kamu sedang bicarakan di dalam
hatimu wahai Fudholah?."
Fudholah segera menjawab: "Eh, tak de apa² wahai Rasulullah. Saya sedang berzikir kepada Allah
& sedang melakukan tawaf."
Rasulullah diam & meneruskan tawafnya. Fudholah pun mengikuti di belakang Baginda dari jarak
dekat dengan tujuan asalnya iaitu MAHU MEMBUNUH BAGINDA ‫صلى ال عليه وسلم‬.
Soalan & jawapan yang sama ini berlaku 3kali. Masuk kali ke 3, Rasulullah ‫ صلى ال عليه وسلم‬menoleh
kepada Fudholah dengan senyuman lagi & meletakkan tangannya yang mulia itu di atas dada
Fudholah yang dipenuhi dengan kebencian & api kemarahan yang meluap².
Fudholah berkata: "Demi Allah di saat Rasulullah meletakkan tangannya di atas dadaku, tidak ada
manusia yang PALING aku benci di atas muka bumi ini melebihi dirinya. Namun setelah tangan itu
diangkat dari dadaku, tidak ada manusia yang PALING AKU CINTAI di atas muka bumi ini melebihi
dirinya."
Allahu Allah, shollu a'la an-Nabiyy,
Kesimpulan yang sangat terkesan daripada Murabbi; Habib Ali Al-Jufri;
HARI INI di luar sana RAMAI yang berpewatakan seperti Fudholah. Hati & jiwa yang penuh dengan
kebencian, kemarahan & dendam.
Namun mereka yang mewarisi sikap seperti Fudholah ini sebenarnya SANGAT² MEMERLUKAN
orang² yang mewarisi sikap & akhlak Rasulullah ‫صلى ال عليه وسلم‬. Mereka perlukan orang yang dapat
membantu mereka, menyelamatkan mereka & dapat membersihkan jiwa mereka dari penyakit² hati
itu.
Sahabat, Habib Ali berkata: "mereka yang mewarisi sikap Fudholah itu MEMERLUKAN kalian yang
mewarisi sikap Rasulullah ‫صلى ال عليه وسلم‬." Allahu Allah

:(

Inilah JIHAD yang perlu kita perjuangkan di zaman ini iaitu sabda Nabi Muhammad ‫صلى ال عليه وسلم‬:
"KALIMAH yang BAIK itu SEDEKAH." Allahu akbar.

Namun tentanglah ia dengan hikmah. tentanglah ia dengan sikap Rasulullah ‫ & صلى ال عليه وسلم‬tentanglah ia dengan penjelasan yang berilmiah. namun CARA penolakan itu perlu berhikmah. Betul tetap betul & salah tetap salah. ISLAM itu AGAMA NASIHAT & PENUH MAHABBAH . Bukan menentang dengan kebencian.Di dunia ini ada BETUL & ada SALAH. Sahabat. Bukan mu'min yang sebenar jika yang salah dikatakan betul & yang betul dikatakan salah. tentanglah ia dengan niat membetulkan. SALAH tetap SALAH.