Anda di halaman 1dari 4

Karangan:Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan

Pemerdagangan Manusia drp


Posted on April 4, 2011 | 1 Comment

Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan Pemerdagangan Manusia


Mangsa dijanjikan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di luar negara tetapi sebaik tiba
di destinasi mereka dipaksa untuk melakukan aktiviti seks atau buruh paksa yang kini
dianggap sebagai satu bentuk perhambaan moden. Mereka adalah mangsa satu
jenayah terancang dikenali sebagai pemerdagangan manusia, yang kini adalah ketiga
terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api.
Pemerdagangan manusia adalah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya
sejak seabad lepas. Mengikut laporan Amnesty International; pada tahun 2004 sahaja
dianggarkan 700;000 orang diperdagang setiap tahun bagi tujuan seks. Bagaimanapun,
amat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh sindiket
pemerdagangan manusia untuk menjalankan aktMti mereka.
REKOD MALAYSIA DALAM PEMERDAGANGAN MANUSIA
Ini telah menjejaskan reputasi negara dan usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa
untuk menjaga imej negara. Langkah serius kerajaan menangani isu pemerdagangan
manusia telah menaikkan taraf Malaysia ke Tahap (Tier) 2 daripada Tahap 3 dalam
Laporan Senarai Pemerhatian Pemerdagangan Malaysia (TIP) 2010. Laporan TIP adalah
senarai kedudukan negara-negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard
minimum dalam memerangi pemerdagangan manusia. Pada tahun 2009; kedudukan
Malaysia merosot dari Tahap 2 pada 2008 ke Tahap 3 pada 2009.
Pencapaian TIP adalah berdasarkan kepatuhan negara menerusi Akta Perlindungan
Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA) Amerika Syarikat. Menurut klasifikasi
antarabangsa, Tahap Satu merujuk kepada negara yang melakukan pematuhan
sepenuhnya dan Tahap Dua bagi usaha signifikan untuk mematuhi TVPA. Manakala
Tahap Tiga pula bermaksud sebagai negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard
minimum TVPA.
MUDAH TERDEDAH
Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada
ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini membuka peluang kepada kerancakkan

aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Kedatangan pelancong dan


pekerja asing di Malaysia menambahkan lagi sindiket pelacuran yang membawa masuk
secara sah ataupun haram gadis seperti dari China, Indonesia, Thailand, negara-negara
Balkan dan India untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Tidak ketinggalan juga di bandar kecil yang terdapat ramai buruh asing di sektor
perladangan, perindustrian dan pembinaan juga terdapat aktiviti kurang sihat ini yang
melibatkan pemerdagangan manusia.
Pada masa yang sama, lambakan sarang pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut di
seluruh negara memberi gambaran permintaan yang tinggi terhadap perniagaan
tersebut hingga meningkatkan juga permintaan dan kemasukan wanita muda oleh
sindiket pemerdagangan manusia yang sama.
Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean, menjadikannya antara
lokasi stategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi penyeludupan dan
pemerdagangan manusia.
Menyedari masalah itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan namun
ia masih belum cukup kuat untuk menghalang kemasukan sindiket yang membawa
wanita dan gadis muda bagi tujuan pelacuran dan buruh domestik. Lagipun, modus
operandi sindiket membawa masuk mangsa adalah sukar dikesan pihak berkuasa
disebabkan mereka ini memasukki negara secara
sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan mereka ini memasukki negara ini
menggunakan pas lawatan sosial atau pun pas pelajar.
LELAKI DAN KANAK-KANAK TIDAK TERKECUALI
Bukan hanya wanita, lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk
pengeksploitasian buruh atau dijadikan buruh paksa. Kebanyakan mereka yang datang
dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam menjadi mangsa selepas dijanjikan
pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Malah lebih
menyedihkan mereka turut dipaksa bekerja untuk tempoh panjang sehingga lebih 18
jam sehari tanpa dibayar upah.
Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi untuk diperdagangkan
terutama bagi aktiviti meminta sedekah atau dijadikan anak angkat kepada pasangan
yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Menurut statistik Majlis Anti Pemerdagangan
Orang (MAPO), sejak 28 Feb 2008 hingga 21 Dis 2010, sebanyak 304 kes dilaporkan

membabitkan pelbagai jenis eksploitasi dan 434 orang ditahan kerana terbabit dalam
jenayah berkenaan.
Daripada jumlah itu, 1,930 mangsa mendapat perintah perlindungan sementara (IPO)
manakala 708 lagi perintah perlindungan yang mana kebanyakan mangsa terbabit
terlibat dalam eksploitasi seks (189 mangsa), perkhidmatan paksa (58), penyeludupan
manusia (24)dan penjualan bayi (11).
MASIH KURANG KESEDARAN
Kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu pemerdagangan manusia masih lagi
rendah malah masih ramai yang tidak memahami definisi sebenar yang dimaksudkan
dengan pemerdagangan orang. Selain skopnya yang luas, aktiviti pemerdagangan
orang adalah lanskap jenayah yang masih dianggap baru yang menyebabkan
pemahamannya masih kurang.
Kurang pemahaman itu bukan sahaja di kalangan orang ramai, malah ia berlaku di
kalangan penguatkuasa sendiri. Istilah penyeludupan dan pemerdagangan manusia
juga membawa dua maksud yang berbeza walaupun kedua-duanya kelihatan sama.
Pemerdagangan orang membawa maksud merekrut, pengangkutan, pemindahan,
perlindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi di mana
modus operandinya termasuk penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk tekanan
lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko
atau rawan dan memberi atau menerima pembayaran. Ia digunakan untuk tujuan
mengeksploitasi pelacuran, eksploitasi seksual, buruh paksaan atau khidmat layanan
paksa dan perhambaan.
Manakala penyeludupan membawa maksud mengatur, memudahkan atau merancang
secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam
atau melalui atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara
yang orang itu bukan warga negara atau pemastautin tetap sama ada dengan
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau
pengeluaran orang itu tidak sah. Ini juga membawa maksud mengangkut,
memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau
perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perkara di atas.

Namun begitu tidak dinafikan aktiviti penyeludupan orang menjadi punca kepada akiviti
pemerdagangan manusia kerana kebiasaannya penyeludupan orang berpotensi menjadi
sebahagian aktiviti pemerdagangan orang.
Berikutan itu, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah dipinda bagi memasukkan
kesalahan penyeludupan migran untuk dijadikan akta baru yang kini dikenali sebagai
Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Pemerdagangan Migran 2007 yang
dikuatkuasakan pada MAC 2011 lepas.
Pindaan itu bagi menangani sindiket antarabangsa yang menjadikan negara ini sebagai
negara transit pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk membawa mangsa ke
negara ketiga terutama Australia.Kebanyakan mangsa adalah dari Afganistan, Pakistan
dan Myanmar yag dibawa masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ke Indonesia dan
seterusnya ke Australia.
Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin memberi
jaminan polis akan mengambil langkah berterusan memerangi pemerdagangan
manusia dengan mengadakan lebih banyak operasi dalam usaha menyelamatkan
mangsa sindiket.
Lebih ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan panas sindiket itu seperti di
perairan negara di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang dikenal pasti sebagai
laluan masuk utama sindiket itu sebelum mangsa diperdagangkan ke negara destinasi.
Kerajaan juga turut mengambil tindakan yang lebih teratur melalui Pelan Tindakan
Kebangsaan Antipemerdagangan Orang yang menetapkan hala tuju dan fokus dalam
usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang.Pelan yang dirangka
bagi tempoh lima tahun (2010-2015) itu adalah antara usaha dan komitmen kerajaan
dalam membanteras masalah pemerdagangan orang. Aktiviti jenayah ini yang
mempunyai jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika
tidak dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej; prestasi dan nama baik
negara di mata dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.