Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 malaysia saya ucapkan kepada Tn

Haji Zainal Bin Haji Ahmad, Guru besar Sk Seri Suria, En. Saifuddin, GPK 1, En.
Sabri, GPK HEM dan Puan Zuriati sebagai GPK koku. Untuk pengetahuan semua,
Sabtu yang lepas prasekolah telah menganjurkan Karnival Sukaneka Prasekolah
Tahun 2016. Sukaneka tersebut biasanya dilaksanakan setahun sekali semasa
sukan tahunan peringkat sekolah. Tetapi, tahun ini dilaksanakan secara berasingan.
Hal ini bertujuan untuk memenuhi kehendak kerja kursus kualiti Pendidik Prasekolah
guru pelatih.
Untuk pengetahuan semua, Karnival sukaneka tahun ini telah melibatkan ibu
bapa murid-murid. Hal ini bertujuan untuk melibatkan ibu bapa dalam aktiviti yang
dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu
bapa dengan anak, sekolah dan semua warga sekolah. Tambahan pula, ia juga
bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa untuk meluangkan sedikit masa
untuk menemani anak mereka dan hal ini dapat membantu mereka melihat dan
mengetahui tahap perkembangan dan pertumbuhan anak mereka.
Karnival sukaneka tersebut telah mendapat sambutan yang meriah daripada
ibu bapa dan mereka telah menyertai aktiviti yang dirancang dengan lancar dan
berkesan. Semasa aktiviti berlangsung, suasana sangat meriah dan ibu bapa telah
menunjukkan daya saing yang tinggi. Hal ini telah menunjukkan ibu bapa dapat
bermain dengan gembiran dan seronok.
Karnival sukaneka ini dapat dilaksanakan dengan berjaya atas bantuan
daripada beberapa pihak. Jadi, di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Tn hj Zainal, Guru Besar Sk Seri Suria, En. Saifuddin, GPK 1, En. Sabri GPK
HEM dan Pn Zuriati GPK koku kerana membenarkan saya bersama rakan saya
untuk menjalankan program di sekolah ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih
kepada AJK-AJK yang terlibat dengan Karnival sukaneka, iaitu cikgu-cikgu yang
begitu rajin dan dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab masing masing serta
ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah tak kira secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan karnival sukaneka prasekolah 2016.

Anda mungkin juga menyukai