Anda di halaman 1dari 3

PIDATO:

SEMANGAT SATU MALAYSIA TERAS PERPADUAN


Kita mungkin berbeza agama, berbeza Bahasa, berbeza warna kulit tetapi kita satu bangsa
manusia. Kofi AnnanKalungan apresiasi buat saudara/I pengerusi, saf kehakiman penuh bervisi, penjaga
masa yang peka pada detik terpater, seterusnya siding hadirin anak pertiwi.
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya titipkan buat semua.

SEMANGAT SATU MALAYSIA TERAS PERPADUAN


Demikianlah mauduk bicara saya pada hari ini.

Hadirn sekalian,
Semangat ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa. 1 Malaysia adalah satu gagasan yang
telah diperkenalkan oleh Yg Amat Berhormat Dato Sri Najib Razak, Perdana Menteri kita
yang telah mengariskan beberapa nilai-nilai yang perlu kita hayati sebagai rakyat Malaysia.
Teras bermaksud sesuatu yang menjadi asas atau tunjang dan Perpaduan dapatlah kita
definisikan sebagai kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama. Maka berdasarkan mauduk bicara saya hari ini, saya ingin mengajak anda
semua untuk mendalami isu ini dalam tiga sudut pandang berbeza.
Pertama, Penerimaan asas perpaduan
Kedua, Keranamu Malaysia Rakyat Sehati sejiwa
Dan Ketiga, Ekonomi setara, kita maju bersama

Sidang saksi bervisi,


Sudut pandang pertama, penerimaan asas perpaduan. Salah satu nilai dalam gagasan 1
Malaysia ialah penerimaan iaitu satu nilai yang menuntut kita menerima perbezaan antara
budaya serta agama dan kepercayaan dalam kalangan rakyat Malayasia yang pelbagai. Saya

berbnagsa cina dan beragama Buddha namun ia tidak pernah menghalang saya untuk
menghadiri rumah terbuka hari raya aidilfitri jiran saya pada bulan syawal. Saya percaya,
bukan saya sahaja mengalamai hal ini, pasti anda, anda dan anda yang duduk di hadapan saya
juga. Apabila kita mampu menerima perbezaan budaya antara kita nescaya kita pasti mampu
hidup besama.
Baru-baru ini sambutan rumah terbuka tahun baharu cina peringkat kebangsaan
pada.. yang telah diadakan di membuktikan kepada kita semua bagaimana bukan
hanya masyarakat cina sahaja yang hadir, tetapi juga seluruh lapisan rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa dan agama. Semua ini adalah hasil penerimaan kita terhadap perbezaan
budaya, bak kata pepatah yang lama dikelek, yang baharu didukung.Maka percayalah
penerimaan asas perpaduan, semangat 1 malaysia teras perpaduan.

Sidang intelektual sekalian,


Sudut pandang kedua, saya bawa anda semua untuk menghayati frasa Keranamu
Malaysia, rakyat sehati sejiwa. Gagasan 1 Malaysia mengajak kita untuk menghayati makna
sebenar sebagai warganegara. Bagaimana kita seharusnya menjadi rakyat yang sayang akan
negara dan sentiasa inginkan yang terbaik buat Malaysia tercinta.
Ingat lagi bila kita rakyat Malaysia turut sama bangkit bersama bersatu mengecam
bila lahad datu, tanah tempat kita berpijak ini di ceroboh, dan bagaimana kita turut sama
menangis dengan tragedy MH370. Dan hadirin, ingatkah bagaimana kita bersorak gembira
tatkala Lee Chong Wei, Pemain Badminton nombor satu negara layak ke peringkat akhir
sukan olimpik pada 2008 dan 2012 dan bagai mana kita turut bersedih bila beliau gagal
meraih pingat emas. Kerana kita rakyat Malaysia. Cubit paha kiri, paha kanan terasa jua.
Keranamu Malaysia, rakyat sehati sejiwa.

Sidang hadirin sekalian,


Sudut pandang ketiga untuk kita teliti bersama ialah Ekonomi setara, kita maju
bersama. Semangat 1 Malaysia menuntut kita untuk menjadi rakyat Malaysia yang berdaya
saing dan berminda kelas pertama. Sedari dulu lagi, apabila berbicara tentang isu perpaduan,
kita tidak akan lari dari isu ekonomi. Bila kita mereka kata Mereka kaya. Mereka penindas,

mereka pula miskin, mereka tertindas. Akhirnya wujud prasangka buruk menggugat
perpaduan kita. Menerusi gagasan 1 Malaysia, semua rakyat Malaysia akan terus berusaha
untuk memperbaiki ekonomi mereka.
Pelbagai usaha telah dilaksana kerajaan, bagi meningkatkan ekonomi rakyat
Malaysia. Program TUKAR misalnya telah banyak membantu peruncit-peruncit kecil dalam
mempertingkatkan kebolehsaingan kedai-kedai mereka. Apabila ekonomi setara, kita maju
bersama. Bak kata pepatah berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah.
Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, Semangat 1 Malaysia adalah merupakan tunjang kepada perpaduan
di negara kita. Sebagai rakyat yang cintakan negara ini, kita seharusnya menghayati gagasan
1 malaysia yang sebenar-benarnya. Saya tinggalkan anda semua dengan satu persoalan jika
bukan kita bukan saya.. bukan anda.. anda dan anda siapa lagi? Sekian.