Anda di halaman 1dari 7

Pendldlkan Khas

DP. Ji/id 8, Bil. 1/2008

Pelajar Pintar Cerdas dan Masalah yang Dihadapi

Ann Magaret
Ann 7margaret@yahoo.com.my
Mohd Zuri Ghani
mdzuri@usm.my

Pendahuluan
Pelajar pintar cerdas merupakan satu aset yang bemilai bagi sesebuah negara. Kegagalan
membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah
satu kerugian yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Pengajaran guru
yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat rasa jemu dan bosan,
seterusnya akan mengurangkan minat belajar. Personaliti pelajar, khususnya watak, perangai,
tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang
strategi pengajaran
yang sesuai. Falsafah
Pendidikan
Negara
bermatlamat
untuk
memperkembangkan
potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam
sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar.
Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat
yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Pendedahan awal dan penerimaan pelbagai
sumber maklumat akan memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan
fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka.

Masalah yang Dihadapi oleh Pelajar Pintar Cerdas.


Ketiadaan strategi pengajaran kreatif yang berkemungkinan berpunca daripada kurangnya
pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan guru tentang pelbagai aspek pelajar pintar cerdas
dan keperluan mereka akan menyebabkan mereka hilang minat dan potensi mereka terabai.
Menurut Chiam (1992), pelajar-pelajar pintar cerdas ini akan mengalami kekecewaan jika
mereka tidak mendapat galakan dan rangsangan yang mencabar dalam bilik darjah. Keadaan
ini akan menimbulkan perasaan bosan, rasa malas dan hilang minat terhadap pelajaran.
Kebosanan terhadap pelajaran ini boleh menghalang perkembangan potensi intelek ke tahap
optimum. Chiam (1992) juga menjelaskan bahawa perhatian yang kurang dan tidak sempuma
terhadap perkembangan potensi intelek golongan ini akan memberi kesan negatif kepada
konsep kendiri dan mereka terus terperangkap dalam kumpulan berpencapaian rendah.

Kbadijah M.Shahid (1992) yang membuat kajian ke atas beberapa pelajar pintar
mendapati bahawa mereka mudah berasa bosan dan kecewa dengan suasana di sekolah
kebanyakan guru yang mengajar menggunakan kaedah tradisional, yang umumnya
memahami kehendak dan cita rasa mereka. Pelbagai aspek psikologi pelajar pintar
hendaklah diberi keutamaan dalam menyusun strategi pengajaran. Oleh yang demikian,

cerdas
kerana
kurang
cerdas
kajian

DP.Jilid 8, Bil. 1/2008

Pendldlkan Khas

mengenai personaliti dalam kalangan pelajar pintar cerdas ini hams dilaksanakan bagi
membantu guru memahami aspek personaliti pelajar tersebut, dan seterusnya mampu
merancang strategi pengajaran yang sesuai dan berkesan.

Masalah yang sering kali dihadapi oleh pelajar pintar cerdas adalah berkaitan dengan
kerentanan (vulnerability) kepada gangguan sosio-emosi.' Jenis-jenis masalah yang timbul
akibat gangguan ini adalah seperti keinginan melakukan sesuatu dengan amat sempurna,
terlalu sensitif, mengasingkan diri dari interaksi so sial, dan keghairahan atau rangsangan deria
yang lebih (sensory overexcitability) (Delisle, 1986; Dixon & Scheckel, 1996; Fleith, 1998;
Hayes & Sloat, 1989). Pelajar pintar cerdas berpandukan orientasi diri atau kesempurnaan
yang terlebih dari segi sosial, memantapkan tahap piawaian yang tinggi dan tegas. Dengan itu,
melakukan yang terbaik tidak lagi mencukupi bagi individu itu dan mereka akan rasa tertekan
(Lajoie & Shore, 1981). Terlalu mengambil berat mengenai kesilapan, ditambah dengan
harapan atau ekspektasi tinggi oleh ibu bapa dan masyarakat boleh mengakibatkan rasa
tertekan dan tiada rasa nilai diri. Ramai remaja pintar cerdas dan berbakat percaya bahawa
mereka disayangi
khususnya kerana pencapaian gred dan kebolehan khas yang mereka
perolehi. Oleh kerana itu, mereka tidak akan membenarkan diri mereka gagal atau membuat
kesilapan, seperti kata-kata Nelson dan Galas (1994); "The shame and guilt of failure' can
lead them to suicide" (ms. 47).
Dalam persekitaran sekolah, perhatian telah diberikan untuk menaikkan taraf dan juga
menguji pelajar. Kejayaan akademik dan perkembangan kognitif menjadi fokus matlamat
pendidikan terutama sekali bagi pelajar pintar cerdas. Pelajar akan merasa tekanan untuk
bukan sahaja untuk berjaya malah untuk mendapat pencapaian yang tinggi. Walau
bagaimanapun, perkembangan emosi dan sosial remaja telah diabaikan oleh pihak sekolah
sepertimana yang diterangkan oleh Pollack dalam penulisannya dalam bukunya bertajuk
'Teenage Suicide' (2000b) yang bermaksud"anda tidak dapat mengasingkan kad laporan
emosi pelajar daripda kad laporan akademik mereka" (ms. 22).
Sifat terlalu sensitif (supersentivity) boleh dikaitkan dengan tahap kesedaran pelajar pintar
cerdas mengenai permasalahan dunia dan kekecewaan mereka terhadap ketidakupayaan
mereka untuk membuat perubahan yang dapat membawa kesan kepada dunia. Pelajar yang
rasa dirinya tidak 'normal' atau rasa diketepikan oleh rakan sebaya boleh menyebabkan
remaja yang berbakat ini mengalami masalah identiti yang teruk. Akhir sekali, apabila seorang
remaja yang berbakat menunjukkan keghairahan sensori atau sensori derianya terangsang
(sensory overexcitability], seperti tahap tenaga yang tinggi, intensiti emosi, kemampuan luar
biasa untuk mengambil berat dan rasa bertanggungjawab, dan ketidak puasan pembelajaran
berkemungkinan pelajar pintar dan berbakat tersebut tidak dapat satu persekitaran yang
kondusif dan reseptif.
Kekurangan sokongan dari keluarga, rakan sebaya dan guru-guru juga mungkin menyumbang
kepada permasalahan konsep-kendiri (Lovecky, 1993). Apabila salah satu atau lebih isu
berlaku, masalah akan timbul dan remaja berbakat ini merasa tidak berupaya untuk menangani
keadaan yang dihadapi. Ketidakupayaan mengawal perasaan yang rumit mungkin menjadi
satu sumber kerentanan yang membuat remaja pintar cerdas ini mempunyai pemikiran untuk
membunuh diri. Dengan itu, ibubapa dan guru-guru harus peka terhadap simptom-simptom

Pendldlkan Khas

DP. Jilid 8, Bil. 1/2008

yang ditunjukkan oleh remaja berbakat ini terutama sekali tanda-tanda awal risiko membunuh
diri supaya kemungkinan ini dapat dielakkan.
Mengikut Nelson and Galas (1994), beberapa tanda-tanda menunjukkan remaja pintar dan
berbakat ini mengalami tekanan dan ada risiko membunuh diri adalah seperti berikut:

Mengancam untuk membunuh diri iaitu sama ada secara langsung atau tidak
langsung memberitahu orang bahawa mereka merancang untuk membunuh diri.
Contoh kenyataan seperti; "Saya telah membuat keputusan untuk membunuh diri,"
"Saya harap saya sudah mati," "Saya tidak boleh berterusan lagi," "Saya ingin keluar
dari semua ini," "Saya tidak larat untuk hidup lagi,".

Perubahan mengejut dalam tingkah laku. Pencapaian mula merosot, ponteng sekolah,
berhenti menjaga penampilan diri mereka, hilang minat dalam perkara yang sebelum
ini mereka suka lakukan, tidur lebih daripada yang biasa, berada di luar rumah tanpa
sebarang sebab yang munasabah atau mengalami perubahan dalam berat badan.

Menggelakkan kawan-kawan. Remaja mungkin lebih suka duduk dalam bilik dan
tidak bersosial dengan orang lain.

Mula memberikan barang-barang peribadi milik mereka


merasakan mereka tidak memerlukan barangan itu lagi.

Menunjukkan hasrat atau keinginan untuk membuat sesuatu seperti menjawab surat
yang lama tidak berbalas atau memulangkan kembali sesuatu yang telah dipinjam.

Menunjukkan estim kendiri yang rendah iaitu merasakan dirinya tidak dapat
laksanakan sesuatu perkara seperti berkata; "Saya tidak boleh buat apa-apa dengan
betul," "Saya bodoh".

Melihat diri mereka sebagai tidak benilai dan tidak disayangi atau akan berhenti dari
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan. Tingkah laku ini berkait
dengan kekurangan semangat dan minat, kekurangan tenaga dan kurang motivasi.

Cepat meragam iaitu menunjukkan sikap agresif, memberontak atau melawan cakap
dan akan mempamerkan sikap derhaka atau menentang ibubapa, kawan-kawan dan
guru-guru.

Menunjukkan
tingkah
laku destruktif-diri
iaitu berkelakuan
seperti ingin
mencederakan diri dengan sengaja seperti memandu kereta atau motosikal dengan
laju, merokok dan minum arak yang berlebihan , mengalami anorexia nervosa atau
bulimia.

kepada

orang

kerana

"Bedah siasat remaja yang bunuh diri telah menunjukkan bahawa satu pertiga
kepada separuh daripada remaja yang dalam golongan itu berada dalam keadaan
pengambilan dadah atau alkohol sebelum mereka bunuh diri mengikut satatistik yang
diambil di Amerika Syarikat pada tahun 2000" (Teenage Suicide, 2000a, p. 25).

10

Pendldlkan Khas

DP. Jilid 8, Bil. 1/2008

Bagaimana mengatasi masalah dan membantu pelajar pintar dan berbakat


Adalah sukar untuk membentuk satu rancangan untuk .menangani masalah membunuh diri
dalam kalangan pelajar remaja pintar dan berbakat. Adalah penting untuk melibatkan peranan
ke1uarga, sekolah, rakan sebaya dan komuniti atau masyarakat setempat. Ibu bapa perlu
membantu anak mereka yang berbakat itu dengan pelbagai cara untuk meningkatkan
keyakinan diri dan membantu mereka menjalani hidup tanpa meletakkan sebarang tekanan
untuk pencapaian yang terlalu tinggi daripada kemampuan mereka sendiri. Ibu bapa perlu
sedari bahawa walaupun anak mereka pintar dan berbakat, tidak semestinya mereka boleh
melakukan semua perkara dengan cemerlang sekali gus. Individu-individu yang terlibat secara
langsung dalam membantu remaja pintar dan berbakat dalam mengatasi masalah ini adalah
ibubapa dan ahli keluarga, guru, kaunselor, pengetua sekolah, dan rakan sebaya.

Langkah-Iangkah
dan cabaran

untuk membantu

remaja pintar dan berbakat menghadapi

masalah

Menurut Silveman (1993a) dan Nelson dan Galas (1994), terdapat beberapa perkara boleh
dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung untuk membantu remaja pintar dan berbakat dalam masalah yang dihadapi.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-

Pertama, ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada kebolehan anak mereka dan sebaliknya
juga mendapatkan kepercayaan daripada mereka supaya anak-anak ini dapat keyakinan diri
untuk menunjukkan bakat mereka tanpa sebarang tekanan atau batasan yang mungkin akan
mengecewakan mereka kelak. Kedua, ibu bapa dan guru hams menyokong minat dan
memotivasikan remaja pintas cerdas kearah mencapai minat mereka tanpa meletakkan atau
memaksa minat ibubapa atau sekolah ke atas individu remaja itu. Pelajar pintar dan berbakat
ini hams diberi peluang untuk mengikuti bidang yang diminati walaupun ibu bapanya tidak
berminat dalam bidang berkenaan. Dengan cara ini, pelajar itu dapat meluahkan bakatnya
dengan maksima dan tidak tertekan untuk menyenangkan orang lain. Ketiga, setiap orang
yang terlibat dalam pendidikan pelajar pintar dan berbakat hams menghargai usaha intelektual
dan kreativiti individu tersebut. Sokongan dan penghargaan yang diterima ini boleh membantu
pelajar tersebut meningkatkan kreativiti dan tahap intelektual individu itu.

Keempat, ibu bapa perlu meluangkan masa berkualiti untuk anak mereka dan berkomunikasi
dengan mereka supaya dapat sentiasa memantau keinginan, keperluan atau masalah yang
dihadapi. Komunikasi sangat penting untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dalam diri
anak-anak terutama sekali jika individu tersebut belajar di sekolah asrama dan jarang bertemu
dengan ibubapa. Kelima, ibu bapa dan guru harus memberi respon kepada keperluan anak
atau pelajar mereka. Menjadi tanggungjawab ibu bapa dan guru untuk memastikan keperluan
anak-anak atau pelajar mereka tidak diabaikan. Hal ini akan menyebabkan mereka berasa
bahawa ada orang yang menyayangi dan mengambil berat terhadap diri mereka dan keadaan
ini boleh membantu dalam meningkatkan estirn kendiri individu berkenaan.

11

~
~

Pendldlkan Khas

DP. Jilid 8, Bil. 1/2008

Keenam, ibu bapa perlu menyesuaikan kehendak dan tuntutan peribadi dengan aspirasi anak
mereka. Jika kedua perkara itu tidak sesuai, anak mereka akan berasa tertekan dan mungkin
melupakan sahaja aspirasi dan cita-cita mereka. Ketujuh, ibu bapa, guru, kaunselor dan pihak
sekolah perlu mengumpul mak:lumat yang cukup daripada pelbagai sumber mengenai
fenomena membunuh diri dalam kalangan remaja pintar dan berbakat. Jesteru, maklumat dan
pengetahuan yang diperoleh boleh membantu pelajar, ibubapa, guru atau kaunselor mengenal
pasti tanda-tanda awal niat membunuh diri sebelum terlambat. Akhir sekali kelapan, ibu bapa,
guru, kaunselor atau pihak sekolah harus menunjukkan sikap terbuka dan prihatin terhadap
masalah yang dihadapi oleh remaja berkenaan. Selain itu, semua pihak perlu bekerjasama
untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan yang boleh dipraktikkan dalam menangani
masalah bunuh diri dalam kalangan remaja pintar dan berbakat ini.

Sekolah
Persekitaran sekolah juga dapat menyumbang ke arah mencegah masalah bunuh diri dalam
kalangan kumpulan remaja pintar cerdas ini. Mengikut Farrel (1989), Delisle (1990), Teenage
Suicide (2000b), Silverman (1993b), dan Nelson dan Galas (1994), usaha-usaha yang boleh
dimainkan oleh pihak sekolah ialah dengan mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut;

12

Memenuhi keperluan
pembelajaran.

pelajar remaja pintar dan berbakat

dari aspek pengajaran

Menjadualkan sesi kaunseling secara individu dan berkumpulan


daripada kurikulum pendidikan pelajar pintar cerdas dan berbakat.

Mengadakan latihan dalam pencegahan membunuh diri kepada kakitangan sekolah seperti
pemandu bas, ibu bapa, penjaga dan guru-guru untuk membantu mengenali petandapetanda yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar yang bermasalah.

Meminta guru-guru membaca karangan atau esei yang ditulis oleh pelajar dengan teliti
kerana kebanyakan daripada bahan penulisan mereka mungkin mengandungi perkara
berkaitan dengan buah fikiran yang berunsur 'membunuh diri'

Menyediakan sumber berkaitan pencegahan membunuh diri kepada kakitangan sekolah


seperti nombor telefon kaunselor, atau sesiapa yang dapat dihubungi di masa kecemasan.

Mengadakan latihan dalam pencegahan membunuh diri kepada pelajar-pelajar


berperanan sebagai pembantu rakan sebaya.

Mengajar pelajar remaja pintar dan berbakat mengatur keutamaan dan menggelakkan
daripada melakukan sesuatu perkara secara berlebihan.

Mengajar pelajar memahami kekuatan dan kelemahan sendiri supaya mereka tidak: putus
asa dan kecewa jika tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik agar tidak memberi
tekanan berlebihan kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu di laur kemampuannya
sendiri.

sebagai

dan

sebahagian

yang dapat
diri

DP. Jilid 8, Bil. 1/2008

Pendldlkan Khas

Pelajar harus belajar daripada kesilapan yang dilakukan dan menganggapnya sebagai satu
pengajaran dan bukan satu kegagalan kegagalan hidup. Dengan cara ini, pelajar tersebut dapat
memperkembangkan
kemahiran menyelesaikan
masalah dan kemabiran berkomunikasi
(Silverman, 1993b). Pelajar juga harus belajar untuk menguruskan situasi yang genting dan
serius dengan berjenaka (humour) supaya dapat mengatasi keadaan dengan hati yang tenang
dan tidak tertekan (Nelson & Galas, 1994). Kedua penulis tersebut juga berpendapat bahawa
pelajar harus diajar mengenal pasti sumber tekanan atau stres yang dihadapi. Jesteru, pihak
sekolah harus mewujudkan persekitaran kondusif yang menyebabkan pelajar berasa selesa
berkongsi masalab yang dihadapi. Pelajar lelaki terutamanya tidak digalakkan untuk bercakap
mengenai emosi mereka dan dengan itu ditunjuk cara ke arab aktiviti fizikal yang lasak supaya
mereka dapat meluahkan perasaan melalui senaman dan aktiviti lasak. Mengikut Jabatan
Pendidikan di Amerika Syarikat
(Teenage Suicide, 2000a), remaja perempuan cuba
membunuh diri tiga kali lebih kerap dari remaja lelaki. Walau bagairnanapun, remaja lelaki
empat kali lebih berjaya dalam percubaan membunuh diri (Nelson & Galas, 1994).
Selain daripada itu, pihak sekolah juga harus menggalakkan pelajar pintar cerdas ini
menggunakan irnaginasi mereka dengan mewujudkan aktiviti berfaedab seperti aktiviti
melukis dan bermain alat muzik. Aktiviti seperti ini boleh mengembangkan irniginasi dan
kreativiti mereka masing-masing tanpa had serta membolehkan mereka meluahkan perasaan
dan mengurangkan tekanan. Akhir sekali, pihak sekolah juga harus mengirnplementasi
aktiviti-aktiviti yang dapat memelihara dan memaparkan minat, kekuatan dan kelebihan
pelajar serta kebolehan mereka. Maklumat dan pengetabuan yang didapati daripada beberapa
sumber seperti perpustakaan dan pakar-pakar (mentor dan professional) dalam bidang yang
berkaitan dapat memberikan sokongan bukan sabaja dari segi kognitif malah dalam sokongan
emosi kepada remaja pintar dan berbakat (Johnson, 1994).

Kesimpulan
Para pendidik dan ibu bapa perlu memberi perhatian kepada keperluan emosi dan sosial
pelajar remaja pintar dan berbakat kerana sebilangan mereka sering mengalami masalah pada
peringkat ini. Mengikut "American Association of Suicidology" (1989), persekitaran positif
dalam keluarga, sekolab dan masyarakat
perlu dalam membantu
dan memelihara
perkembangan kognitif dan keperluan afektif pelajar pintar dan berbakat. Menurut Boldt
(1989), maruah manusia adalah berpunca daripada kehidupan yang baik, bermasyarakat, dan
bemilai diri yang tinggi. Maruah manusia hanya dapat dibina apabila kesemua keadaan
kehidupan ini ditunaikan.

13

Pendldlkan Khas

DP. Jilid 8, Bil. 1/2008

Rujukan
Chiam Heng Keng. (1989). Education for the gifted: Future perspective for Malaysia. The 2nd
National Symposium On Gifted Children: Education For The Gifted, 29 July, 1989,
Kuala Lumpur. Universiti Malaya, Child Development Centre.
Cross, T. L., Cook, R. S., & Dixon, D. N. (1996). Psychological autopsies of three
academically talented adolescents who committed suicide. Journal of Secondary
Gifted Education, 7,403-409.
Delisle,

J. (1986). Death with honors: Suicide among


Counseling and Development, 64, 558-560.

gifted

adolescents.

Hayes, M., & Sloat, R. (1990). Suicide and the gifted adolescent. Journalfor
the Gifted, 13,229-244.

Journal

of

the Education of

Johnson, M. C. (1994). Cerulean sky: A gifted student explains his differences and difficulties.
Gifted Child Today, 17(5),20-21,42.
Piirto, J. (1999). Talented children and Adults: Their development
Prentice-Hall, Inc.

and education (2nd.Ed.).

Kirk, S. & Gallagher, 1.1. (1989). Educating exceptional children (6th Ed.). Boston,
Houghton Mifflin .Co.
Khadijah Rohani Mohh Yunus. (1990). Teori dan konsep pendidikan pintar cerdas dari
perspektif Barat. Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas, Kuala Lumpur.
Khadijah Md. Shahid. (1992). Penyesuaian peribadi dan sosial pelajar bergeliga: Empat
kajian kes. Tesis Sarjana, Tidak Diterbitkan, Universiti Malaya.
Lovecky, D.V. (1993). Threefaces

of empathy: Understanding our gifted. 6(1), 3.

Mischel. W. (1999). Introductory


Pub.

to personality

(6th Ed.). Florida, Harcourt Brace College

Nelson, R. E., & Galas, J. C. (1994). The power to prevent suicide: A guide for teens helping
teens. Minneapolis, MN: Free Spirit.
Sharifah Norul Akmar Syed Zamri. (1990). Permasalahan dalam pendidikan pintar
cerdas di Malaysia pada masa kini. Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas, Kuala
Lumpur.
Silverman, L. (1993b). Counseling needs and programs for the gifted: International Handbook
of Research And Development of Giftedness And Talent. London: Pergamon.
14

Anda mungkin juga menyukai