Anda di halaman 1dari 7

NAMA : NURUL SYAFIQAH BINTI MUSTAPHA

NAMA SEKOLAH : SMK TUNKU ABDUL RAHMAN


TAJUK: 1. Menangani insiden buli di sekolah : Tanggungjawab siapa?

Sejak akhir-akhir ini,isu buli menjadi isu semasa yang mendapat perhatian
ramai. Isu ini semakin berleluasa dan membimbangkan pelbagai pihak pada masa
kini.Isu buli ini semakin hangat diperkatakan dan sering meniti dari bibir ke bibir.
Sudah menjadi kelaziman untuk isu buli ini berlaku sejak dahulu lagi tanpa satu
solusi yang benar-benar berkesan. Seharusnya isu ini tidak dipandang enteng dan
dibiarkan bermaharajalela pada masa hadapan. Sesungguhnya remaja pada hari ini
bakal menerajui pucuk pimipinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset
modal insan negara bak kata pepatah,pemuda harapan bangsa,pemudi tiang
negara. Fenomena buli ini menurut Kamus Dewan didefinisikan sebagai masalah
yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,menghina,mengejek,menumbuk dan
memaki. Semua tindakan ini merupakan tingkah laku agresif berbentuk fizikal. Dari
aspek psikologikal pula,mereka yang kuat akan menunjukkan kehebatan dan
kekuasaannya dengan menindas dan memberi tekanan perasaan kepada mereka
yang lemah.
Mangsa buli kebiasaannya akan mengalami kemurungan dan emosi yang
tidak stabil kesan dari tindakan pembuli yang menyebabkan mangsa buli takut dan
trauma. Pada masa kini,tidak hairan lagi apabila mendapat berita tentang kes buli
yang berlaku di sekolah rendah,di kalangan pelajar perempuan dan ada juga
pembuli datang dari sekolah agama. Isu buli ini sudah bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan,ia nya semakin merebak dan seharusnya diambil tindakan segera
untuk membenterasnya agar tidak menjadi bertambah parah bak kata

pepatah,setiap penyakit ada ubatnya,setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.


Mengikut statistik daripada ucapan Timbalan Menteri Pendidikan,Datuk
P.Kamalamathan menyatakan bahawa kira-kira 4,000 kes buli dicatatkan berlaku
pada tahun 2014. Remaja masa kini harus diberi kesedaran berkaitan keburukan
perlakuan buli agar masa depan mereka dan negara tidak hancur dan musnah.
Persoalannya,siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk membendung
insiden buli di sekolah?
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop yang lebih khusus di
bawah kata kunci peranan ibu bapa. Ibu bapa bertindak sebagi ejen pertama dalam
pembentukan sahsiah dan penjanaan kecemerlangan anak-anak. Menurut Dr.
Hassan Ali,Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia,kesejahteraan bermula
dari rumah,maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh
dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak. Kajian daripada pengawai
Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati bahawa kebanyakan remaja yang terlibat
dengan gejala negatif terdiri daripada mereka yang mempunyai konflik keluarga. Ibu
bapa pada zaman sekarang mudah bercerai-berai tanpa memikirkan kesannya
kepada anak-anak mereka secara fizikal dan mental. Kebajikan anak-anak akan
tidak terjaga dan tidak mendapat perhatian serta kasih sayang yang diperlukan
ketika usia masih setahun jagung. Peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah buli
ini ialah dengan memberi didikan agama. Albert Einstein pernah berkata,agama
tanpa ilmu adalah buta,manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh menunjukkan
betapa pentingnya didikan agama dan moral kepada anak-anak. Meluntur buluh
biarlah dari rebungnya,anak-anak seharusnya dididik dengan kefahaman agama
yang kukuh sejak kecil.

Sangat sukar untuk ibu bapa mengubah sikap anak mereka atau mengajar
mereka tentang agama kerana remaja sekarang bersikap keras kepala dan sukar
untuk patuh dan taat kepada ibu bapa mereka kerana pengaruh daripada anasiranasir negatif dari luar. Anasir-anasir negatif yang dikatakan adalah pengaruh
budaya barat,pengaruh media dan pengaruh rakan sebaya yang seiringan dengan
peredaran zaman moden kini. Oleh itu,didikan agama hendaklah dipasak teguh
dijiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak
hidup bertuhankan nafsu nafsi semata-mata dan melibatkan diri mereka dalam
kegiatan buli. Hadis nabi ada menyebut bahawa,Anak-anak dibaratkan seperti
sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani
atau Majusi. Dengan didikan agama yang teguh,mereka dapat membezakan yang
hak dan batil dan berusaha untuk mengelakkan diri mereka dari melakukan perkara
yang dilarang agama. Setiap remaja Islam hendaklah memastikan mereka tidak
meninggalkan solat lima waktu sehari semalam kerana Allah S.W.T berfirman
bahawa Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar.
Seterusnya,peranan pihak kerajaan dalam mengatasi kegiatan buli ialah
mengawal kes-kes buli yang kerap berlaku di sekolah kini dengan menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan di sekolah yang berkaitan dengan pembulian.
Pelajar-pelajar pada masa kini tidak takut dengan hukuman yang dilakukan oleh
pihak sekolah. Hal ini menyebabkan kes-kes buli semakin teruk dari hari ke hari.
Ramai pelajar yang lemah akan menjadi mangsa buli. Pelajar yang lemah pula tidak
mampu untuk berbuat apa-apa dan hanya menurut kata mereka yang kuat supaya
mereka tidak diherdik dan dipukul oleh pembuli tersebut. Oleh itu,disarankan pihak
kerajaan seharusnya mengenakan hukuman yang lebih ketat ke atas pembuli.

Pembuli yang ditangkap akan dimasukkan ke dalam penjara atau diarahkan untuk
melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam tempoh tertentu.

Setiap pembuli sewajarnya dikenakan hukuman yang setimpal seperti


dihantar ke pusat pemulihan akhlak atau digantung persekolahan untuk memberi
kesedaran dan pengajaran kepada pembuli. Tujuannya adalah untuk memberi
pengajaran dan kesedaran kepada pembuli yang lain. Apabila pembuli yang lain
hilang keberanian mereka,kes-kes buli akan berkurangan. Hal ini demikian kerana
jika kes-kes buli ini dibiarkan bermaharajalela,situasi hanya akan menjadi lebih
serius tanpa tindakan sewajarnya. Tindakan mengampunkan pembuli dengan
alasan mereka masih muda dan tidak sesuai dikenakan hukuman penjara haruslah
dikaji semula kerana kes-kes buli yang ekstrem hingga menyebabkan kematian
kepada mangsa buli adalah sangat serius kerana zaman berubah musim berbunga.
Kerajaan juga telah mengeluarkan pekeliling bahawa semua guru adalah guru
disiplin. Remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan
yang menempuh alam kritikal dan penuh dengan perasaan sering menganggap
bahawa segala tindakannya betul,kurang mendengar nasihat orang lain dan suka
mencuba sesuatu yang baharu. Maka,semua guru mempunyai kuasa dalam
menegur pembuli.
Peranan guru kaunseling dan bimbingan juga hendaklah diperhebatkan. Hal
ini demikian kerana guru terlalu sibuk membuat kerja lain berbanding melayan
pelajar bermasalah di sekolah tersebut. Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar
bermasalah tidak ada keyakinan dengan kebolehan guru-guru kaunseling di sekolah
mereka. Oleh itu,guru bimbingan dan kaunseling seharusnya memainkan peranan

mereka dengan lebih aktif. Mereka hendaklah mengesan dan memberikan motivasi
kepada pelajar yang dibuli. Biasanya,mangsa buli tidak suka berkongsi cerita
tentang masalah mereka dengan orang lain kerana takut.Ini menyebabkan mereka
mudah hilang semangat dan keyakinan untuk ke sekolah. Mangsa buli turut
mengalami kemerosotan dari aspek pelajaran di sekolah. Oleh itu,guru bimbingan
dan kaunseling harus memberi perhatian yanag lebih kepada pelajar yang ada
masalah buli dan mengenal pasti mereka untuk dilaporkan kes buli yang dihadapi
oleh pelajar tersebut kepada pihak sekolah agar tindakan selanjutnya dapat
dilaksanakan.
Pihak sekolah turut memainkan peranan dalam usaha membanteras kegiatan
buli. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku
di sekolah dengan mengedarkan borang soal-selidik yang berkaitan dengan buli
untuk diisi oleh pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes buli sama ada secara fizikal
atau psikologi. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini,identiti
pelajar yang telah dikenal pasti akan dirahsiakan dari pengetahuan ramai. Pihak
sekolah juga perlu memperketatkan peraturan yang berkaitan dengan buli dengan
jelas. Pihak sekolah boleh menampal poster antibuli di sekolah dan mengedarkan
risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli,petua mudah
untuk menangani insiden buli dan siapa yang boleh dihubungi apabila berlakunya
pembulian. Ceramah atau motivasi berkaitan buli juga perlu diadakan di sekolah
untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kesan-kesan buli.Masalah ini
akan dibendung sedikit demi sedikit jika dilakukan secara berterusan. Seiringan
dengan kemajuan sains dan teknologi,pihak sekolah boleh menggunakan kamera
litar bertutup (CCTV) di kawasan hotspot sekolah yang secara tidak langsung dapat

mengesan jika berlakunya kegiatan buli. Pada masa kini,pihak sekolah


kebanyakkannya telah menubuhkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat
sekolah yang terdiri daripada pengetua sekolah,guru kaunseling,guru disiplin,wakil
ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan untuk mengurus program antibuli
dan menilai keberkesanannya.
Peranan media massa juga tidak kurang pentingnya dalam mengatasi
masalah buli ini. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda penontonnya
terutamanya remaja tidak dapat disangkal lagi. Dasar langit terbuka dan dunia
tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja.Menurut teori
komunikasi terkenal,Magic Bullet Theory yang diperkenalkan Katz dan Lazzarsfeld
pada 1955 mengandaikan bahawa televisyen memberikan kesan negatif kepada
penonton secara langsung dan segera seperti peluru dan penonton cenderung untuk
percaya semua perkara yang dilihat,sekaligus boleh mempengaruhi tingkah laku
mereka. Banyak rencana yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang
buli. Media elektronik pula boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar
dan ibu bapa. Media massa juga boleh menyiarkan siaran televisyen yang positif
untuk tontonan pelajar sekolah seperti cerita-cerita berbentuk kartun yang ada
kaitannya dengan buli agar dapat memberi kesedaran fizik kepada pembuli. Oleh
itu,pihak media haruslah sedar peranan mereka dalam mengatasi masalah buli.
Kesimpulannya,semua pihak iaitu ibu bapa,kerajaan,pihak sekolah,guru
bimbingan dan kaunseling serta media massa bertanggungjawab bersama dalam
membenteras insiden buli. Banyak tindakan dan langkah melibatkan progran atau
aktiviti dapat diimplementasikan. Pihak sekolah dapat melahirkan insan yang
berkualiti jika pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan harmoni. Kita
seharusnya sentiasa berganding bahu dalam menyelesaikan permasalahan buli ini

ibarat ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni. Berkat daya usaha yang
gigih,kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa di persada dunia bak kata pepatah duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi.

Anda mungkin juga menyukai