Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN
Aktiviti Khidmat

Komuniti

melalui

aktiviti

perkhemahan

unit

beruniform

merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang
dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti
luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian.
Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenali diri (real-self) dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharapkan dapat
melahirkan bakal guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional
yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani cabaran pendidikan dan
arus globalisasi.
Aktiviti Khidmat Komuniti ini lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik
darjah secara ilmiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan
ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Di
samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan
guru yang unggul ini juga memperkukuhkan melalui aktiviti dan budaya Institut
Pendidikan Guru (IPG).
Aktiviti Khidmat Komuniti melalui aktiviti perkhemahan unit beruniform adalah
bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih kepada persekitaran komuniti di luar dan
melatih mereka menjadi lebih peka kepada realiti persekitaran budaya, taraf hidup serta
keperluan komuniti berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Penglibatan guru pelatih dalam pelbagai aktiviti komuniti ini juga dapat meningkatkan
kesedaran sosial dan kepentingan perkhidmatan komuniti serta melatih mereka dalam
menguruskan hubungan dengan komuniti pendidikan terutamanya dalam memupuk
insan yang kreatif dan inovatif ke arah perkembangan pendidikan murid-murid yang
lebih seimbang pada masa hadapan.
4.0 Penutup

Pelaksanaan Aktiviti Khidmat Komuniti Unit Beruniform ini dapat dijalankan


dengan lancar dan melahirkan insan guru yang berwibawa serta berani mengharungi
cabaran yang semakin rancak dalam kancah sistem pendidikan hari ini. Selain itu, para
guru pelatih juga dapat membina jati diri sebagai seorang pendidik dan memiliki ciri-ciri
personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi. Aktiviti ini memberikan
pengalaman dan ilmu yang lebih berbeza bagi mencapai matlamat untuk menjadi
seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Hasil yang diperolehi daripada program ini membantu para guru pelatih untuk
menyediakan portfolio Aktviti Khidmat Komuniti ini secara individu dan boleh bergerak
secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Seterusnya, membuat
laporan reflektif yang mengandungi ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang
aktiviti Khidmat Komuniti.
Akhirnya,tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna dan sudah sampai ke
penghujungnya.Pada akhir tugasan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
dan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua yang telah membantu saya
dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Saya berharap agar segala apa yang dimuatkan dalam tugasan kali ini diharap
telah memenuhi kriteria dan kehendak tugasan.Ucapan terima kasih kepada para
pembaca kerana sudi untuk membaca hasil kerja saya sehingga ke penhujungnya.
Segala apa yang dipaparkan disini adalah hasil kerja dan titik peluh saya sendiri. Apa
yang saya perolehi dari sumber lain telah saya nyatakan sumbernya.
Pada akhir tugasan ini, saya ingin memohon maaf jika terdapat kesilapan dan
kekurangan dalam penghasilan tugasan ini.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai