Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek
saya di kampung. Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk mengemas
barang masing-masing untuk dimasukkan ke dalam beg sebelum diletakkan
di dalam bonet kereta. Kakak saya mengemas rumah kerana kami akan
bercuti lama di kampung.
Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk membersihkan diri.
Setelah solat Subuh, kami segera bertolak ke rumah nenek. Disebabkan
terlalu gembira, saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Kami singgah
di perhentian untuk bersarapan pagi. Saya agak terkejut apabila mendapati
harga makanan- makanan yang dijual sangat mahal tidak setanding dengan
makanan yang disediakan. Setelah membeli sebungkus nasi lemak, saya
makan bersama keluarga di tempat yang telah disediakan.
Walaupun masih awal, tetapi perhentian itu semakin penuh. Mungkin
mereka bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada
sebelah petang. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Setelah empat
jam perjalanan, kami pun tiba di rumah nenek.
Nenek dan datuk kelihatan gembira dengan kedatangan kami semua.
Mereka menyambut kami dengan mesra. Saya dan kakak berlumba untuk
memeluk nenek. Kemudian, kami mengangkat barang yang dibawa ke
dalam kereta. Setelah semua selesai, kami makan tengah hari yang dimasak
oleh nenek. Masakan nenek yang sungguh enak membuatkan saya dan
kakak tidak berhenti makan. Ibu dan ayah hanya melihat tingkah laku kami
sambil tergelak kecil.
Pada petang itu ,datuk telah membawa kami ke dusun buahnya yang
tidak jauh dari rumah. Di dusun datuk terdapat pelbagai jenis pokok buahbuahan seperti rambutan, durian, manggis dan banyak lagi. Saya dan kakak
memakan buah rambuatan yang dikait datuk. Kami membawa pulang
beberapa ikat buah rambutan ke rumah.
Keesokan harinya, kami bersama-sama pergi memancing ikan di
sungai. Saya berasa sungguh seronok apabila mendapat banyak ikan. Kami
memasak asam pedas menggunakan ikan-ikan tersebut. Setelah seminggu,
kami pun berkemas-kemas untuk pulang ke rumah. Walaupun agak sedih,
namun saya tetap gembira dapat bercuti di kampung.