Anda di halaman 1dari 8

BAB 5: Etika dalam Agama Hindu

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:


a) Menjelaskan konsep etika menurut agama Hindu
b) Menghuraikan etika yang berkait dengan hubungan sesama manusia
c) Menerangkan etika kerja dan perniagaan menurut agama Hindu

5.1 Mukadimah

5.2
5.3
5.4
5.5
5.6

Etika dalam Hinduisme


Etika hubungan manusia sesama
Etika kerja
Etika perniagaan
Kesimpulan

Rujukan

5.1 Mukadimah

Bab ini bertumpu perbincangan kepada etika menurut agama Hindu yang berkaitan dengan
hubungan sesama manusia, etika kerja dan perniagaan.

5.2 Etika dalam Hinduisme

Etika agama Hindu bersumberkan Kitab-Kitab suci Vedas, Upanishads, Bhagavad Gita dan
kitab-kitab agama Hindu lain. Etika dinamakan susila, yang berasal dari dua suku kata, su
yang bererti baik, dan sila yang bererti kebiasaan (tabiat) atau tingkah laku manusia yang
baik. Dengan perkataan lain, etika (moral) dalam agama Hindu adalah tentang baik dan
buruknya perbuatan manusia, mengenai apa yang harus dikerjakan dan apa yang harus
dielakkan sehingga terciptanya kehidupan yang bermoral dan damai.

Etika menjadikan kehidupan masyarakat menjadi harmonis, kerana saling menghargai antara
sesama dan saling tolong menolong. Dengan etika akan membina masyarakat untuk menjadi
anggota keluarga dan anggota masyarakat yang baik, menjadi warga negara yang mulia.

Jelaskan maksud etika menurut agama Hindu.

5.3 Etika Hinduisme dalam Hubungan Sesama Manusia


Etika agama Hindu pada dasarnya mengajarkan aturan tingkah laku yang baik dan mulia.
Tiga pedoman berikut diharapkan dapat mengeratkan hubungan semasa manusia:
1. Berfikir tentang yang baik dan suci (manacika) iaitu tidak menginginkan
sesuatu yang dilarang agama dan berfikir buruk terhadap manusia lain atau
makhluk lain.
2. Berkata atau mengucap yang baik dan benar (wacika) iaitu tidak mencaci
atau memaki orang lain, tidak bercakap kasar, tidak memfitnah atau tidak
memungkiri janji.
3. Berbuat yang baik dan jujur (kayika) iaitu tidak menyiksa, menyakiti atau
membunuh, melakukan curang, mencuri, merompak atau berzina.

Ahimsa berasal dari kata a yang bererti tidak, dan himsa yang bererti membunuh
atau menyakiti. Jadi ahimsa bererti tidak membunuh atau tidak menyakiti orang
lain. Menyakiti apalagi membunuh adalah suatu perbuatan dosa yang besar dan
dilarang oleh agama Hindu.

Brahmacarya berasal dari perkataan brahma yang bererti ilmu pengetahuan, dan
carya yang bererti bergerak. Jadi brahmacarya bermaksud bergerak untuk
menuntut ilmu pengetahuan. Manusia hendaklah berfikir bersih dan hanya
memikirkan tentang ilmu pengetahuan.

Satya merujuk kepada kesetiaan, kejujuran dalam kata-kata, tidak sombong, tidak
mengucapkan kata-kata tidak sopan atau menyakitkan orang lain; berpendirian
teguh; bertanggungjawab terhadap apa yang dinyatakan; tidak mengkhianati;
menepati janji dan tidak meningkar janji.

Asteya berasal dari kata a yang bererti tidak, dan steya bererti mencuri atau
memperkosa milik orang lain. Jadi asteya bererti tidak mencuri atau ingin memiliki
barang orang lain.

Guru Susrusa (hormat kepada guru). Setiap orang haruslah menghargai dan
menghormati gurunya. Pengertian guru adalah luas, yang meliputi ibu bapa, guru
sekolah, kolej & universiti serta pemerintah.

Aharalaghawa berasal dari kata ahard yang bererti makan, dan taghawa yang
bererti ringan. Dengan demikian Aharalaghawa bererti makan makanan yang
ringan, sederhana dan tidak berlebihan.

Dana (bersedekah). Dana diertikan sebagai pemberian sedekah kepada masyarakat


miskin, masyarakat yang kekurangan, dan yang memerlukan bantuan. Pemberian
sedekah haruslah dengan tulus ikhlas tanpa harapan adanya balas jasa.

Madhurya (ramah tamah) yang berasal daripada perkataan madu yang bererti
manis. Madhurya bererti orang yang kerap senyum dan ramah-tamah dengan
sesiapa sahaja.

Mardawa bermaksud orang yang lemah lembut yang akan disukai oleh kawankawannya. Sebaliknya orang yang bertingkah laku kasar akan dijauhi.

Dama (dapat mengawal nafsu). Manusia diharapkan dapat mengawal nafsu atau
keinginannya. Mereka hendaklah mengelak melakukan sesuatu menurut hawa nafsu
yang dilarang kerana ia boleh menyulitkan diri sendiri mahupun orang lain. Nafsu
tersebut berupa nafsu seksual, amarah, dan lain-lain.

Priti bermaksud memberi perhatian dan bantuan kepada masyarakat yang


menghadapi berbagai kesulitan.

Akrodha (tidak marah). Akrodha berasal dari kata a yang bererti tidak, dan krodha
bererti marah. Jangan cepat marah kerana ia menyakitkan hati orang lain.

Tapa bermakna elak makan yang berlebihan, tidur terlalu lama, berbicara yang tidak
bermanfaat, dan lain-lain.

Dhyana bermakna bertampukkan pemikiran kepada kebesaran Tuhan semata-mata


dan tidak pemikiran negatif ke arah memperolehi kebahagiaan.

Maitri (bersahabat). Manusia harus bersahabat antara satu lain. Manusia adalah
ciptaan Tuhan, jadi manusia berasal dari sumber yang sama dan kerana itu manusia
harus bersaudara. Dengan tercapainya persaudaraan maka akan wujud kehidupan
yang tenang, tenteram dan damai.

Mudhita ertinya turut merasakan kesusahan mahu pun kebahagiaan orang lain.
Dengan sifat mudhita ini, manusia akan terhindar dari rasa iri hati, dengki, dan
kebencian terhadap sesama.

a) Nyatakan kitab-kitab yang menjadi sumber etika Hinduisme


b) Jelaskan beberapa etika Hinduisme yang berkait dengan hubungan
sesama manusia.

5.4 Etika Kerja Menurut Hinduisme

Karmayoga (kerja atau usaha) menyarankan agar seseorang diwajibkan melakukan


kerja yang ditugaskan. Kerja hendaklah dilakukan dengan penuh tumpuan atau
konsentrasi serta minda yang suci.

Dhriti (bekerja dengan sungguh-sungguh). Seseorang yang ditugaskan untuk


melakukan sesuatu pekerjaan hendaknya menyelesaikan pekerjaannya dengan
penuh rasa tanggung jawab, mengerjakan dengan sebaik-baiknya, dan bersungguhsungguh. Dengan demikian akan tercapai hasil yang maksimal dan memuaskan baik
bagi dirinya mahu pun orang lain.

Ksama (mudah memberikan maaf). Ksama merupakan tindakan yang sangat terpuji
bagi setiap manusia, kerana setiap manusia akan melakukan kesilapan atau
kesalahan. Oleh kerana itu pada suatu saat ia pasti ingin dimaafkan pula oleh orang
lain. Memberikan maaf harus dengan tulus ikhlas.

Apramadha (tidak mengabaikan kewajiban). Apramadha bererti tidak mengabaikan


kewajipan, maksudnya selalu ingat dengan tugas kewajipan.

Widya (belajar dan mengajar). Selain belajar manusia juga dituntut untuk bisa
mengajarkan ilmunya kepada orang lain. Dengan belajar dan mengajar akan lebih
cepat tercipta masyarakat yang berpendidikan dan berbudaya, masyarakat yang
maju, dan tidak bodoh serta dibodohkan oleh masyarakat lain.

Swadhyaya (belajar sendiri). Swa ertinya sendiri dan adhyaya ertinya guru atau
berguru. Dengan demikian swadhyaya bererti belajar sendiri, berusaha sendiri untuk
mencapai suatu kemajuan. Ditekankan agar seseorang tidak malas, mahu berusaha
sendiri untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa harus menunggu orang lain
mengajarnya.

Jelaskan beberapa etika Hinduisme yang berkait dengan etika kerja.

5.5 Etika Perniagaan Menurut Hinduisme

Seharusnya orang memikirkan kekayaan dan berjuang untuk memperolehnya dengan


cara yang betul dan disertai dengan doa, dan seharusnya ia menggunakan hati
nuraninya dan dengan penuh semangat berusaha meningkatkan kemampuannya.

Manusia hendaklah berpegang kepada etika dan tidak berbuat jahat dalam usaha
perniagaan, hanya mementingkan keuntungan sehingga mengorbankan perniagaan
jangka panjang

Sentiasa memastikan hubungan yang baik dengan pelanggan dengan santun untuk
menjaga kejayaan masa depan perniagaan.

Perniagaan adalah banyak cabaran untuk penjual dengan pembeli iaitu persaingan,
dan ketidakpastian pasaran. Dalam keadaan seumpama ini manusia hendaklah elak
daripada penipuan kerana tekanan pasaran.

Dalam melakukan transaksi, jika dilakukan dengan jujur, kedua-dua belah pihak
akan merasa puas dan mewujudkan kepercayaan antara satu sama lain, yang pada
akhirnya akan terjalin kerja sama yang erat lagi menguntungkan.

Elakkan mengeksploitasi manusia sehingga menimbulkan ketidaksamaan sosial

Elakkan mengeksploitasi alam secara berlebihan, rakus dan tidak bertanggungjawab


sehingga menimbulkan bencana alam dan kesengsaraan manusia.

5.6 Kesimpulan

Tri Hita Karana berasal dari kata tri yang bererti tiga, hita yang bererti kebahagiaan, dan
karana yang bererti penyebab. Dengan demikian Tri Hita Karana dapat diertikan dengan
tiga penyebab kebahagiaan; iaitu:
1. Hubungan baik manusia dengan Tuhan.
Manusia merupakan ciptaan Tuhan. Oleh kerena itu manusia wajib berterima kasih,
berbakti, dan selalu sujud kepadanya.
2. Hubungan baik manusia dengan manusia.
Manusia tidak dapat hidup bersendirian. Mereka perlu bekerja sesama. Mereka
dikatakan dengan makhluk sosial. Namun demikian hubungan antara sesama manusia
baik perseorangan, keluarga, dan masyarakat harus selalu baik dan harmonis.
Masyarakat yang aman dan damai akan menciptakan negara yang tenteram dan
sejahtera.
3. Hubungan baik manusia dengan alam sekitar
Manusia dipengaruhi oleh persekitarannya. Namun demikian manusia mesti menjaga
alam sekitar dengan rapi dan penuh kasih sayang.

a) Bincangkan etika perniagaan menurut agama Hindu


b) Jelaskan maksud Tri Hita Karana

RUJUKAN

Juli Ahsani dan Abdurrohman (2011). Ajaran Hindu Dharma Tentang Etika .
Himanshu Agarwal . Ethical Issues in Business: The Spiritual Needs. Faculty of
Commerce and Business Administration, D. N. College, Meerut.
Norakmal Azraf Bin Awaluddin dan Indriaty Binti Ismail. Asas Penciptaan Alam
Semestra Agama Hindu dan Agama Buddha: Satu Perbandingan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai