Anda di halaman 1dari 2

KATA-KATA ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat bersua
lagi dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 tahun 2016. Tahniah dan terima kasih
diucapkan kepada AJK PIBG SK Seri Kampung Tengah kerana dapat mengadakan
mesyuarat ini seperti yang telah ditetapkan. Kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa
juga amat dihargai dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Sokongan sebegini diharapkan dapat dikekalkan agar program PIBG boleh
dilaksanakan dengan jayanya bagi membantu pihak sekolah meraih kecemerlangan dalam
bidang akademik ataupun bukan akademik. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
tahniah kepada guru-guru yang banyak mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan
kejayaan anak-anak kita.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi 2015 kerana
memberikan kerjasama yang baik dalam merancang dan melaksanakan program PIBG
sepanjang tahun 2015 sehingga kini. Keprihatinan PIBG terhadap pihak sekolah dapat
dibuktikan melalui sumbangan yang diberikan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
PIBG juga harus sentiasa membangunkan kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan
kecerdasan intelek murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Selain itu, PIBG akan terus memberikan komitmen, iltizam dan berganding bahu baik
dari aspek tenaga, idea dan kewangan untuk membantu pihak sekolah melaksanakan
program yang dirancang. Ini membantu pihak sekolah mengukuhkan kecemerlangan murid
dan pembangunan sekolah. Saya percaya dan yakin semangat kerjasama dan
permuafakatan antara ibu bapa dan pihak sekolah akan memperoleh kejayaan dan
melahirkan PIBG yang cemerlang.
Akhir kata saya berharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini dapat
bekerjasama dan terus memberi sumbangan dalam membantu membangunkan
kecemerlangan akademik di SK Seri Kampung Tengah.
Sekian, terima kasih.

.....................................................
(ABDUL WAHIB BIN MAHMUD)
Yang Dipertua PIBG,
SK Seri Kampung Tengah.

KATA-KATA ALUAN
GURU BESAR

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bersama-sama berkumpul bagi
menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 pada kali ini.
Sebelum saya meneruskan kata, izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih atas
kerjasama tuan puan menghadirkan diri dan melapangkan masa untuk bersama-sama
menjayakan majlis ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa PIBG yang banyak membantu sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan
akademik. Kerjasama seumpama ini perlu diteruskan agar setiap program sekolah yang
telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Ini juga membuktikan bahawa Persatuan
Ibu Bapa dan Guru di sekolah bergiat aktif dan berfungsi.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka beberapa program
kecemerlangan program untuk murid-murid khususnya bagi murid tahun 6. Program yang
dirancang amat memerlukan sokongan ibu bapa agar apa yang dirancang akan berjaya.
Sokongan yang kuat daripada ibu bapa juga boleh melahirkan murid yang berakhlak mulia
dan berilmu pengetahuan.
Selain itu, pihak sekolah memerlukan sokongan ibu bapa dan PIBG bagi
menambahkan prasarana di sekolah agar murid-murid dapat menimba ilmu dalam suasana
yang kondusif. Ini kerana murid-murid yang akan menentukan kecemerlangan diri mereka
serta sekolah. Bagi merealisasikan kecemerlangan ini, kami guru-guru sekolah beriltizam
untuk memastikan kejayaan murid-murid dan mengharapkan ibu bapa turut memberikan
sokongan kepada murid-murid dan juga sekolah.
Akhir kata, saya berharap kerjasama yang kukuh antara guru dan ibu bapa dapat
menjadikan SK Seri Kampung Tengah antara sekolah yang cemerlang dalam bidang
akademik dan koakademik di Daerah Kluang. Semoga majlis yang diadakan mendapat
keberkatan dan rahmat daripada Allah swt.
Sekian, terima kasih.

.........................................................................
(PUAN HJH NORIAH BINTI MOHD YUSOF)
Guru Besar,
SK Seri Kampung Tengah.

Anda mungkin juga menyukai