Anda di halaman 1dari 1

Tari Lilin Sumatera Barat

Tarian Lilin pada dasarnya merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan
penari dengan diiringi sekumpulan pemuzik. Para penari ini akan membawa lilin yang
dinyalakan pada piring yang dipegang pada setiap belah tangan mereka. Penari ini akan
menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin yang
menyala secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan lilin tidak terpadam.