Anda di halaman 1dari 10

ARKIB : 21/06/2005

Keistimewaankahwincampur-Lahirkan zuriatyang baik


Oleh ZUNAIDAH ZAINON
APA uniknya perkahwinan campur?. Itulah persoalan utama yang saya ajukan kepada
bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abdul Kadir Talib pada pertemuan ringkas
di rumahnya di Taman Seri Reko baru-baru ini.
``Keistimewaan paling utama terletak pada zuriat yang bakal dilahirkan. Mereka adalah
pembawa baka genetik yang diwarisi daripada keturunan nenek moyang kedua-dua ibu
bapanya,'' ujar beliau yang pernah menjadi Mufti Wilayah Persekutuan.
Malah beliau sendiri mempunyai pengalaman berkahwin dengan bukan wanita
tempatan.
Sebaliknya, Allah s.w.t. menetapkan jodohnya dengan seorang wanita warganegara
mesir keturunan Turki, Allahyarham Sohair Abdel Moneim Ibrahim Serry sewaktu
melanjutkan pelajaran ke Mesir.
``Sebenarnya, apabila kita membicarakan soal perkahwinan campur, banyak perkara
yang harus diambil kira.
``Paling utama ialah bagaimana kita mendidik pasangan agar menyesuaikan diri
dengan cara hidup orang Melayu.
``Di samping itu, bagi pasangan yang berkahwin dengan saudara baru, berbeza pula
pendekatannya kerana ia melibatkan aspek amalan agama Islam,'' jelasnya mengenai
perkahwinan campur.
Menurut beliau, perkahwinan adalah perkara mulia yang dituntut agama. Rasulullah
s.a.w. sendiri menggariskan empat perkara untuk dijadikan panduan kepada umatnya
dalam hal memilih pasangan, iaitu kecantikan, kekayaan, keturunan mulia dan
pegangan agama.
Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. menasihati umatnya agar berkahwin dengan
pasangan yang mempunyai latar belakang didikan agama yang teguh berbanding tiga
perkara tersebut.
Ini bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul dalam kehidupan alam yang sentiasa
bergolak.
Pemilihan
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:

``Berhati-hatilah kamu dalam menentukan pemilihan bagi menurunkan baka kepada


mana-mana pihak dalam cara yang baik dan selamat dengan pilihan yang tepat.''
Sesungguhnya, Islam amat memandang berat terhadap baka keturunan bagi
memelihara kesucian umat Rasulullah s.a.w.
Perkahwinan campur di Malaysia juga tidak terhad antara Melayu dan Cina ataupun
Melayu dan India.
Dalam dunia global hari ini, pergaulan sesama manusia juga semakin melebar dan
hampir tiada batasan.
Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi komunikasi menggalakkan interaksi
yang luas antara masyarakat antarabangsa.
Dalam konteks ini, Islam mengharuskan dalam soal pemilihan pasangan termasuklah
berkahwin di kalangan warga luar.
Hakikatnya, berkahwin dengan saudara baru merupakan dakwah praktikal yang paling
mujarab kerana ia akan menyebarkan keturunan di kalangan bukan Islam.
``Walaupun Islam membenarkan tetapi masalah dari segi keagamaan, akhlak dan adat
resam hendaklah diambil kira, supaya tidak terbawa-bawa budaya dari negara asal
yang tidak berapa sesuai dengan suasana masyarakat di sini,'' ujar beliau merujuk
betapa Islam memandang berat soal keturunan yang bakal dilahirkan.
Perkahwinan merupakan perkara paling mulia di sisi agama. Atas sebab itu,
perkahwinan perlu diputuskan antara lelaki dan perempuan berlainan asal usul dan
keturunan, yang dilakukan atas nama Allah s.w.t. dengan adanya wali dan akad.
Dalam alam nyata yang perlu dihayati, perkahwinan campur jika dilakukan atas
landasan yang betul, akan melahirkan zuriat yang ketara dari segi kecerdikan,
kepintaran dan kecantikan hasil percantuman darah yang berbeza.
``Rasulullah s.a.w. sendiri menggalakkan umatnya memilih pasangan yang tidak terlalu
rapat hubungan saudaranya.
``Sebaik-baiknya pilihlah pasangan yang di luar kelompok saudara mara,'' tambahnya.
Beliau tidak menafikan, ada segelintir masyarakat yang `pekat' didikan Melayunya,
sukar menyesuaikan diri dengan cara hidup pasangannya yang berbeza.
Keharmonian
Bagi Abdul Kadir, untuk memelihara keharmonian rumah tangganya, beliau mengambil
pendekatan mudah dengan tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan
isterinya.
Mengimbas kembali detik awal perkahwinannya kira-kira 39 tahun yang lalu, beliau
berkata segala yang berlaku di luar perancangannya.
Mereka bertunang selama tujuh tahun sejak isterinya berumur 14 tahun dan belajar di
sekolah menengah, sebelum mengambil keputusan berkahwin pada 11 Oktober 1964.

``Selepas berkahwin, saya bawa isteri saya pulang ke kampung di Johor. Bukan hendak
menduga akalnya, tetapi dia tidak pernah membantah, malah mengikut sahaja ke mana
saya pergi termasuk meredah paya, sungai dan sawah padi,'' kenang beliau mengenai
keistimewaan isteri yang amat dikasihi, yang meninggal dunia dua tahun lalu.
Membentuk
Walaupun berkahwin dengan orang luar, Abdul Kadir berjaya membentuk isterinya
untuk menjalani hidup seperti orang Melayu termasuk memakai baju kurung, memasak
makanan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.
``Manusia sentiasa dibekalkan dengan akal dan ilmu. Jika seorang suami dan isteri
yang bijak, maka tidak timbul masalah penyesuaian budaya jika berkahwin dengan
orang asing,'' jelasnya lagi.
Menurut beliau yang berasal dari keturunan Bugis, keenam-enam anaknya mempunyai
perbezaan yang ketara dari segi rupa paras, kecerdikan dan warna kulit kerana
mewarisi gen nenek moyangnya.
Anak sulungnya, Wafa, 39, mewarisi darah keturunan Arab daripada ibunya. Begitu juga
anak keduanya, Jamal, 37. Manakala Ilham, 35, Amar (meninggal sewaktu berumur 10
tahun), Hibatullah, 29 dan yang bongsu, Badriah, 27 masing-masing turut mempunyai
keistimewaan tersendiri.
Kesungguhan isterinya mendalami bahasa Melayu terbukti apabila beliau sanggup
mengikuti kursus di Universiti Malaya (UM), walaupun fasih berbahasa Inggeris dan
Arab.
Selain menjadi anggota Persatuan Penterjemah Malaysia peringkat antarabangsa,
isterinya juga merupakan tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia selama
25 tahun, dan dua tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Pengajian
Bahasa Arab.
``Saya sangat bangga dengannya apabila suatu hari isteri saya berkata, ``Saya
berbangga menjadi warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia tetapi saya berasal
dari Mesir dan berdarah keturunan Turki'' katanya tersenyum.
Pada pandangan beliau, selain tidak meletakkan sebarang syarat dalam pergaulan, beri
masa kepada pasangan untuk memilih yang terbaik dan pada masa yang sama,
bimbinglah mereka berdasarkan acuan budaya Melayu dan tuntutan agama Islam.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2005&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4C8
69y26c
Utusan Melayu (M) Bhd

Lebih baik kahwin campur


JOHARI YAP
15 DISEMBER 2015

Johari Yap
PERKHAWINAN merupakan sunnah Rasulullah SAW dan digalakkan di dalam Islam
untuk memperoleh anak atau keturunan serta menjaga diri daripada melakukan perkara
haram seperti berzina dan sebagainya.
Perkahwinan campur melibatkan penyatuan dua insan daripada golongan berbeza
sama ada berlainan agama atau kaum, mahupun kewarganegaraan.

Perkahwinan campur bukan lagi perkara asing di Malaysia. Perkahwinan antara Melayu
dan Cina telah berlaku sejak zaman Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po lagi,
iaitu pada kurun ke-15.
Hang Li Po datang ke Tanah Melayu bersama Laksamana Cheng Ho yang beragama
Islam juga berserta 500 pengiring perempuan. Pengiring-pengiring puteri Hang Li Po
yang ketika itu menetap di Bukit Cina akhirnya berkahwin dengan orang tempatan dan
menghasilkan keturunan baba dan nyonya.
Satu daripada hikmah kahwin campur adalah mewujudkan dan merapatkan hubungan
silaturahim antara kaum atau bangsa yang berlainan.
Kahwin campur dapat meningkatkan keharmonian antara kaum kerana generasi yang
lahir daripada perkahwinan campur kebiasaannya berfikiran terbuka terhadap budaya
lain serta tidak bersikap perkauman.
Selain itu, pasangan dan ahli keluarga yang terlibat juga akan mempelajari dan
memahami adat dan tradisi kaum lain. Maka, mereka akan lebih hormat-menghormati
antara satu sama lain.
Firman ALLAH bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya ALLAH
Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya. (Surah Al-Hujurat: 13)
Perkahwinan campur juga telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Baginda
menggalakkan kalangan sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau tidak
mempunyai hubungan kekeluargaan. Bahkan, Rasulullah SAW sendiri berkahwin
dengan Safiyah, wanita keturunan Yahudi dan Mariah, keturunan Qibti.
Di samping dapat menghasilkan baka yang lebih baik atau unggul, anak hasil
perkahwinan campur juga selalunya cantik dan comel belaka.
Ini disebabkan percampuran gen di antara ibu dan ayah yang berlainan kaum atau
bangsa menghasilkan gen yang lebih baik bakanya.
Menurut laporan wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana, dalam rencana beliau barubaru ini, wanita Kelantan cantik-cantik belaka dan yang paling cantik daripada sekalian
yang cantik itu adalah wanita Pasir Mas. Jajahan Pasir Mas begitu masyhur dengan
kecantikan wanitanya. Ini disokong oleh tokoh budayawan yang berasal dari Kelantan,
Dr Lim Swee Tin.

Menurut Dr Lim, Pasir Mas pada zaman silam adalah pusat ekonomi terkemuka. Ramai
pedagang datang dari Pakistan, India, Tanah Arab, China dan Thailand dan akhirnya
menetap di situ.
Justeru, banyak berlaku perkahwinan campur yang melahirkan keturunan berdarah
kacukan yang mempunyai rupa paras yang unik dan cantik.
Antaranya ialah artis yang terkenal dengan kecantikan rupa parasnya, Noor Neelofa,
generasi keempat kacukan pedagang Arab, Syed Mahmood, yang berhijrah ke Pasir
Mas pada 1917. Neelofa merupakan kacukan Arab, Pakistan dan Melayu, yang juga
dikenali sebagai keturunan Tok Syeikh di Kelantan.
Cantuman dua genetik berbeza kebiasaannya melahirkan anak yang bijak dan
mempunyai fizikal yang lebih baik.
Sebagai contoh, Datuk Nicol David, ratu skuasy negara, merupakan anak kepada Ann
Marie yang berketurunan Cina dan Desmond David yang berketurunan India.
Di samping menjadi juara skuasy dunia buat sekian lama, beliau telah mendapat 7A
untuk PMR dan juga 7A untuk peperiksaan SPM.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula merupakan keturunan
campuran baka Melayu dan India. Umum maklum kebijaksanaan beliau dalam
menerajui pemerintahan Malaysia selama 22 tahun.
Sebenarnya, banyak lagi contoh yang menunjukkan perkahwinan dengan keluarga jauh
membawa kepada kelebihan mental, fizikal dan kecerdasan terutama jika usaha untuk
mendapatkan dan seterusnya membesarkan zuriat itu dilakukan mengikut adab-adab
yang telah digariskan di dalam Islam.
Oleh itu, kahwin campur harus dipromosikan bukan sahaja untuk kelebihan genetik,
dengan izin ALLAH SWT, tetapi juga demi perpaduan kaum.

Galakkan Perkahwinan Campur Untuk Keharmonian Kaum


Disiarkan pada November 29, 2010
GALAKKAN PERKAHWINAN CAMPUR
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

UNTUK

KEHARMONIAN

KAUM

Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak,
bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor
perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. Kahwin campur ataupun
kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti
kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam
konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan
perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam
negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai yang berikut;
1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar
menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan
teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.
2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai
positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya
dan adat resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan
budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang.
Memaksa seorang cina menjadi melayu atau melayu menjadi cina selepas
perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum.
3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari
nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum.
Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan
yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah

orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam
berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau
menafikan nama keluarga seperti menukar nama bapa adalah sesuatu yang tidak
diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia
adalah kesempitan pemikiran setempat yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia
antara penghalang keharmonian kaum dan agama.
5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih
mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w
Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).
Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ajam (yang bukan arab), atau ajam ke
atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit
hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan alBaihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu
kaum terhadap kaum yang lain.
Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan
antara kaum. Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh
dan kerajaan hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan
kepada pasangan yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.
www.http://drmaza.com/home/?p=1294

Majlis Perkahwinan Lana Nordin dan suaminya.

Semasa mengandung.

Perubahan pakaian dahulu dan kini.