Anda di halaman 1dari 4

Yang Berusaha Pengetua SMK Taman Desaminium,

Pn. Hjh. Ramlah bt. Musri

Yang Dihormati,
Penolong Kanan, Pn. Siti Hawa bt. Othman,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Ho Chuan Tham,
Penolong Kanan Ko Kurikulum, En. Zaihan b. Marman,
Barisan para guru dan
Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Saya Pn. Haniwati bt. Hashim dan Pn. Lily Normala bt. Mahdi
merupakan guru bertugas pada minggu lepas. Berikut
merupakan laporan sepanjang 5 hari kami bertugas.

1. Disiplin
- Disiplin didapati di tahap sederhana.
- Cikgu dapati ramai pelajar lewat hadir ke sekolah.
Sepanjang bertugas di pintu masuk utama, apa yang
diperhatikan pelajar yang sama sering sampai lewat ke
sekolah. Para pelajar seharusnya mendisiplinkan diri untuk
bangun awal pagi dan membuat persiapan awal untuk
datang ke sekolah. Sekiranya pelajar-pelajar tidak
menguruskan masa dengan baik, ini akan membentuk
tabiat yang tidak baik bukan sahaja semasa bergelar
pelajar tetapi suatu hari nanti apabila bergelar seorang
pekerja kemungkinan besar anda semua menjadi pekerja
yang tidak berdisiplin di tempat kerja.

- Seterusnya cikgu juga dapati pelajar-pelajar menjadikan


tempat perhimpunan pagi ini sebagai tempat untuk
bersarapan. Bukan setakat bersarapan sahaja tetapi
setelah makanan habis dimakan, plastik bungkusan
makanan tersebut ditinggalkan di merata-rata tapak
perhimpunan ini. Seharusnya pelajar-pelajar menyedari
bahawa tapak perhimpuan ini bukan lah tempat untuk
bersarapan dan tempat membuang sampah. Cikgu
berharap selepas ini pengawas pengawas yang bertugas
mengambil nama pelajar-pelajar yang makan di tempat
perhimpunan dan seterusnya memastikan keadaan tapak
perhimpunan tidak dicemari dengan sisa makanan dan
juga plastik bungkusan makanan.
- Seterusnya, satu senario yang paling tidak elok di
pandang ialah para pelajar suka berkumpul dengan kata
lainnya lepak di tangga beramai-ramai semasa pertukaran
guru matapelajaran . Keadaan ini sangat jelas kelihatan di
tangga blok E. Pelajar-pelajar langsung tidak
mempedulikan guru yang menegur untuk menyuruh
masuk ke kelas. Ini adalah sesuatu perkara yang amat
mengecewakan kerana seolah-olah kamu menjadikan
sekolah ini seperti tidak mempunyai peraturan dan yang
turut mendukacitakan teguran guru juga tidak
dipedulikan. Sekiranya teguran guru yang dibuat secara
baik dan sopan tidak mahu dituruti, kata-kata siapakah
lagi yang kamu mahu dengar di sekolah ini? Cikgu
berharap pelajar-pelajar yang berkenaan ubah la sikap
supaya apabila anda hadir ke sekolah ianya dapat
menjadikan anda manusia yang lebih baik daripada hari
semalam.
2. Kebersihan dan keceriaan kelas

- Sepanjang cikgu membuat penilaian kebersihan dari kelas


ke kelas di dapati masih ada kelas yang tidak bersih dan
juga tidak ceria . Di dapati ....
i.
ii.
iii.
iv.

Beberapa buah kelas di dapati sangat kotor


Kerusi meja tidak di susun dengan teratur
Sampah sarap di dalam meja terlalu sarat dan
menjelikkan mata memandang
Kerusi meja dan kerusi yang rosak di letakkan dalam
keadaan yang tunggang terbalik di belakang kelas
menyebabkan kelas-kelas tersebut kelihatan seperti
stor dan tidak kondusif untuk suasana pembelajaran.
Walaubagaimanapun ada kelas yang berada dalam
keadaan tersusun kerusi mejanya dan ceria.
Apa yang ingin cikgu katakan di sini ialah
utamakanlah kebersihan kerana kebersihan adalah
punca yang menjadikan segala urusan kita menjadi
mudah dan tanggapan seseorang terhadap kita
menjadi positif sekiranya kita menjaga kebersihan
sekiranya sekolah ini didatangi oleh pelawat-pelawat
dari luar seperti PPD, Jabatan Pelajaran ataupun KPM.

3. Yang terakhir cikgu turut memaklumkan bahawa pada hari


Sabtu iaitu 11.5.2013 berlangsungnya Majlis Anugerah
Cemerlang kali pertama SMK Taman Desaminium. Majlis
berjalan dengan lancar dengan kehadiran para ibubapa
dan pemenang anugerah dalam pelbagai kategori. Tahniah
cikgu ucapkan kepada semua AJK guru yang bertungkus
lumus membuat persediaan majlis dan tahniah juga
kepada penerima anugerah. Di harap para pelajar yang
ada di sini, merebut peluang untuk bergelar penerima
anugerah pelajar cemerlang untuk tahun-tahun akan
datang.
4. Sebelum mengakhiri laporan ini, dengan ini diumumkan
kelas terbersih pada minggu lepas ialah kelas 4 Sains.
Dengan itu, saya dengan segala hormatnya

mempersilakan Pengetua SMK Taman Desaminium, Pn.


Hjh. Ramlah bt. Musri untuk menyampaikan sijil kepada
Ketua Tingkatan 4 Sains.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh. Ramlah bt. Musri
diatas penyampaian sijil sebentar tadi.
Untuk pengetahuan semua juga kelas terkotor pada
minggu lepas ialah kelas 1 Tanjung. Diharap pelajarpelajar kelas 1 Tanjung membuat penambahbaikan supaya
kelas anda lebih ceria dan bersih untuk masa-masa akan
datang.
Sekian sahaja laporan sepanjang minggu lepas. Terima
kasih