Anda di halaman 1dari 17

Muzakarah Ulama’ dan Cendikiawan Islam 2010

MEDIA - ISU DAN CABARAN

Pembentang Kertas Kerja:


En. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari
Dreamsoft (M) Sdn Bhd

30 May 2010

1
Kandungan Halaman

1
Abstrak

1-3
Pendahaluan

4
Kepentingan Media

5-7
Kategori dan Pembahagian Media Baru

8-9
Isu dan Cabaran

10-13
Cadangan Rangka Strategik Media Baru

14
Kesimpulan

Daftar Kata
15

Media- Isu dan Cabaran

Abstrak

Hari ini kita lihat peralihan terhadap pemilihan media telah berlaku sedikit-demi sedikit, ini jelas dibuktikan dengan kurangnya
bilangan pembaca suratkabar dan tontonan siaran di television. Ramai dari pembaca akhbar dan peminat television telah mula
beralih kepada media baru seperti Internet. Rata-rata pengantara media baru seperti Blog, Facebook, Youtube dan Skype menjadi
media alternatif yang semakin popular.

2
Perubahan kecenderungan pemilihan media ini bukan sahaja berubah menjadikan konsep media lama (old media) dan media baru
(new media) tetapi juga telah memberikan kesan pengagihan masyarakat kepada dua kumpulan pengamal dan pengguna media
yang berbeza.

Permasalahannya bukanlah kepada pemilihan media dan pengagihan masyarakat kepada dua pengamal dan pengguna media yang
berbeza akan tetapi tajuk perbincangan kertas kerja ini adalah lebih cenderung kepada isu, cabaran dan impak gabungan kedua-
dua jenis media(convergence media) ini didalam mewarnai minda masyarakat dan pengaruhnya terhadap perkembangan dan
pandangan individu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Kata Kunci: Media, Media Baru, Komunikasi, Sosial Media, Media Atas Talian, Gabungan Media dan lain-lain.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-

Pendahuluan
Apakah perbezaan yang nyata yang membezakan media baru dan media lama selain dari perbezaan
saluran berbentuk digital dan penerbitan diatas talian? Jawapannya adalah penggunaan media baru
memberikan lebih kebebasan kepada penggunanya didalam soal penerbitan, langganan, isu, hubungkait
diantara pengantara media dan juga kebenaran bentuk dan kandungan penerbitan.

Ataupun jawapan yang lebih jelas lagi adalah 'KEBEBASAN', iaitu kebebasan menyalurkan pandangan,
kebebasan melanggan bentuk isi kandungan media, kebebasan menerbitkan dan memberikan pandangan,
kebebasan berurusniaga, bersosial dan sebagainya.

Hari ini pengguna Internet di Malaysia telah mengjangkau lebih dari 16,903 000.00 orang dan lebih dari
80% dari bilangan pengguna ini adalah berumur diantara 16-35tahun. Golongan remaja dikatakan adalah

3
pengguna internet paling ramai di Malaysia. Sekarang cuba fikirkan apakah bentuk kandungan yang
mereka layari setiap hari dan dimanakah sumber kandungan ini dirujuk. Bayangakan pula jika sekiranya
setiap hari 50% daripada 80% pengguna internet tersebut melayari laman yang memberikan maklumat
yang tidak tepat ataupun berunsur negetif, apakah kesannya kepada pemikiran, pandangan dan gaya hidup
yang akan terhasil.

Terma ‘what you eat is what you are’ sudah tidak relevant lagi dizaman internet dan media baru dan
ianya patut digantikan dengan ‘what you read is what you are’. Pemikiran, peribadi, pandangan dan
pendapat seseorang individu itu terbentuk hasil daripada didikkan yang diterima, pengalaman hidup,
pengaruh rakan sebaya, pengaruh keluarga dan bahan bacaan apa yang paling penting sekali adalah dari
mana sumber maklumat yang membentuk pemikiran itu diterima.

Jika kita lihat hari ini ruangan didada-dada akhbar meletakkan maklumat yang amat sensasi bagi tujuan
menarik minat pembaca untuk melanggan majalah mereka tanpa menghiraukan kesan dari pembacaan itu
kepada pembacanya dan siapakah yang akan membaca berita tersebut. Adakalanya kita merasa malu
sendiri dengan berita-berita yang dilaporkan, kadang-kadang berita-berita yang dilaporkan amat tidak
sesuai bagi tatapan remaja dan kanak-kanak.

Kita lihat pula siaran-siaran yang berada diruang-ruang televisyen hari ini, boleh dikatakan 70% dari
kandungan siaran adalah bersifat hiburan. Ternyata kumpulan sasaran media hari ini adalah kepada para
remaja yang dikatakan mempunyi bilangan teramai bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Memang benar golongan ini boleh mendatangkan keuntungan berbilion ringgit kepada sektor perniagaan
tetapi sedarkah kita bahawa bentuk maklumat yang dipaparkan hari ini kepada para remaja adalah
kebanyakkannya bersifat hiburan yang memaparkan kehidupan sosial yang tidak sesuai untuk tatapan
remaja.

Mungkin tiada siapa lagi yang hirau kepada masa depan ‘belia tiang negara’.

4
Kepentingan Media
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957 sejarah media cetak bermula di Malaysia secara rasminya dengan
pemilikan Utusan Melayu oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan stesen penyiaran radio
oleh kerajaan persekutuan. Sementara media penyiaran televisyen pula memulakan penyiarannya yang
pertama seawal tahun 1960an.

Pada dekat seterusnya pula menyaksikan pertumbuhan media cetak seperti The Straits Times, The Star,
Utusan Melayu, Utusan Malaysia, Berita Harian, Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Pao. Media
penyaran televisyen pula berkembang dengan penyaiaran TV1, TV2, TV3 dan pada hari ini wujud pula
stesen-stesen televisyen swasta seperti ASTRO.

Ini menunjukkan media telah memainkan peranan pentingnya secara rasmi sejak seawal-awal merdeka
didalam mewarnai pemikiran dan budaya masyarakat kita.

Media mempunyi kekuatannya yang tersendiri didalam penyebaran dan penyampaian maklumat. Di
Malaysia media memainkan peranan terutamanya didalam tiga teras utama pembangunan masyarakat
iaitu:

 peranan media sebagai penyampai maklumat


 peranan media sebagai pembimbing dan sumber pembelajaran dan;
 peranan media sebagai pengaruh pemikiran masyarakat

5
Dengan ketiga-tiga peranan utama yang dimainkan oleh media, ini jelas menunjukkan akan peranan
media adalah tersangat penting untuk dibiarkan tanpa garispanduan dan halatuju yang sesuai. Kita tidak
mahu ada pihak yang menggunakan media untuk menyalurkan agenda negative dan berunsurkan
keuntungan semata-mata.

Kategori dan Pembahagian Media Baru

Scenario di Malaysia memperlihatkan terdapat tiga bentuk media yang aktif didalam memainkan
peranannya didalam masyarakat kita hari ini.

 Bentuk Pertama: Media cetak yang berbentuk terbitan dan cetakan am, contohnya seperti
suratkabar, majalah, brochure, dan lain-lain.
 Bentuk Kedua: Media yang berbentuk penyiaran seperti televisyen dan radio.
 Bentuk Ketiga: Gabungan Media (Media Convergence) yang berbentuk media baru (New
Media) seperti Internet, Cabel Tv, 'E-Movie on Demand' dan lain-lain.

Diantara ketiga-tiga bentuk media diatas bentuk ‘convergence media’ telah mendapat sambutan yang
paling hangat sejak akhir-akhir ini. Media baru ataupun ‘New Media’ telah mendapat tempat dihati
pengamal media di Malaysia dan bukti ini jelas dengan peningkatan bilangan pengguna Internet yang
telah melebihi 16,903 000.00 juta pengguna.

Gabungan Media ini terhasil dari gabungan bentuk media petama (media cetak) dan kedua (media
penyiaran) dan dibolehkan kewujudannya dengan revolusi digital dan gabungan Internet yang berasaskan
atas talian

Cth: RSS, Widget, Delicious,Us, Buzz dan Lain-Lain

Rajah 1: Model Pembahagian Media Baru, Sumber: Dreamsoft (M) Sdn Bhd (www.thedreamsoft.com), 2010

6
Gabungan media ini telah memberikan impak yang jelas didalam masyarakat di Malaysia dengan
terbentuknya usahawan-usahawan ‘Teknopreneur’ dan usahawan-usahawan baru yang
berteraskankan teknologi dan ICT.

Gabungan media ini jelas mempunyi kesan jangkauan capaian yang lebih global, maklumat yang
lebih terkini, kaedah penyampaian maklumat yang lebih menarik dengan impak video, gambar,
bunyi dan interaktif, dan juga menawarkan kos penyelanggaraan dan penerbitan yang amat
mangagumkan.

Sebagai contoh dengan hanya mendaftar penggunaan e-mail secara percuma di google (gmail),
pengamal media baru juga diberikan perkhidmatan-perkhidmatan lain secara percuma yang dapat
digabungkan dan diselenggara dengan mudah tanpa sebarang kos. Antara perkhidmatan lain
percuma yang ditawarkan adalah:
 Pembinan blog ataupun tapak laman
 Pembinaan dan simpanan dokumen hamparan data secara percuma
 Perkhidmatan ‘webmaster’bagi penyelenggaran dan penyenaraian blog di internet
 Perkhidmatan gabungan video seperti YouTube, slide pembentangan Kertaskerja seperti
‘slideshare’, impak audio seperti ‘podcasting’ dan lain-lain lagi.
 Perkhidmatan gabungan jaringan sosial seperti ‘Facebook’, MySpace, Friendster,
Blog.com dan lain-lain.

Gabungan media ini telah membolehkan setiap individu mempunyi kebebasan mutlak dari segi
kreativiti, penyebaran maklumat, pembinaan kandungan media dan penerbitannya.

Bayangkan apakah yang boleh dicapai dengan kebebasan semutlak ini?, dan dan bayangkan pula
kesan dan akibatnya.

7
Isu dan Cabaran

Kewujudan media baru memberikan impak yang besar didalam masyarakat kita hari ini dan
masyarakat dunia amnya. Perubahan pemilihan media sebagai alat penerima dan penyiaran
maklumat telah mengubah persekitaran sosial, perniagaan, ekonomi dan juga politik dunia.

Contohnya, kita lihat kemenangan presiden Barak Obama di Amerika Syarikat yang
menggunakan strategi Media Baru sebagai peneraju kempen dan kutipan sumbangan politiknya
yang telah memberikan kemenangan besar kepada beliau. Kita lihat pula lanskap perniagaan
global yang hari ini kebanyakkannya menggunakan internet sebagai tulang belakang kepada
teras utama perniagaan. Amazon.Com sebagai contoh telah menggunakan Internet sebagai
strategi penembusan pasaran global dan menggunakannya 100% transaksi atas talian bagi
urusniaga perniagaannya.

Dengan contoh seperti diatas kita telah jelas bahawa media baru telah membenarkan apa yang
dahulunya tidak wujud dan mustahil. Kewujudan media baru ini bukan sahaja telah mengubah
lanskap persekitaran tetapi juga telah membawa bersamanya isu-isu dan cabaran media yang
lebih hangat untuk ditangani.

Antara isu-isu dan cabaran media baru yang perlu difokuskan adalah:
 penggunaan media yang tidak beretika bagi tujuan merelisasikan agenda-agenda negetif dan
berbau ‘ideologi’
 ramai pengamal media yang tidak sedar akan peranan dan pengaruh media didalam kehidupan
dan mengambil sikap 'biarkan-biarkan-biarkan'

8
 pelan strategik penggunaan media tidak pernah dirangka oleh mana-mana agensi dan organisasi
dan mengganggap media hanya sebagai alat penyaluran maklumat yang tidak mempunyi impak
jangka panjang.
 kesedaran masyarakat terhadap ‘permurnian’ media adalah amat lemah
 etika penyiaran dan penyebaran maklumat tidak dititk-beratkan
 sejauh manakan kebebasan media baru perlu di kawal atau dibiarkan tanpa sekatan
 media baru sebagai alat ‘import culture’ yang mencorak pemikiran remaja dan belia hari ini.
 Media baru digunakan sebagai penghapusan nilai budaya dan bangsa
 Media baru digunakan sebagai alat penguasaan pasaran maklumat sedunia.

Pembentangan kertas kerja kali ini akan membincangkan dengan lebih dalam tentang isu dan cabaran
didalam revolusi media baru.

Rangka Strategik Media Baru


9
Dengan menyedari akan ke pentingan media terhadap masyarakat dan kesannya terhadap pembangunan
negara kita seharusnya memberikan penumpuan yang lebih terhadap penggunaan media dan halatujunya.

Rangka strategik pengurusan media baru (RSMB) harus diberi penekanan dan keutamaan yang tinggi
kerana ianya adalah punca dan arah pembentukan kepada penggunaan media yang strategik dan terarah.
RSMB memberikan takrif baru kepada perkataan atau kata ‘KEBEBASAN’ kepada pengamal media.

Didalam RSMB ini terdapat tiga bahagian yang utama iaitu, bahagian Penemuan (discovery), bahagian
Strategi (Strategy) dan bahagian Pengurusan (Management).

Bahagian Penemuan adalah tempat segala aktiviti bagi mengenalpasti akan kumpulan sasaran, objektif
yang ingin dicapai dan juga mengenali kapisiti sosial bagi tujuan penyelanggaran, pengurusan komunti
dan penerbitan bahan. Analisa ‘SWOT’ ataupun analisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
bolehlah dilakukan bagi mempastikan jurang dan membuat perancangan strategi yang betul.

Bahagian Strategi adalah bahagian penting didalam RSMB kerana aktiviti perancangan strategic
dilakukan dengan mengambilkira keputusan analisa dibahagian penemuan dan menggabungkannya
dengan strategi pengantara media, blog, kandungan dan keperhatinan isu-isu semasa.

Bahagian terakhir didalam RSMB adalah bahagian Pengurusan, dibahagian ini segala aktiviti media baru
dikawal selia dan hasil aktiviti tersebut akdn dibandingkan dengan tujuan sebenar media, sekiranya hasil
yang dicapai tidak menepati tujuan sebenar maka penyusunan semula strategi haruslah dilakukan
sehingga semua aktiviti mencapai objektif sebenar.

10
Pada bahagian pengurusan ini jugalah segala program dan aktiviti media akan dinilai semula dan
diselaraskan.

11
PENGURUSAN MEDIA BARU MELALUI
PROGRAM ICT

Rajah 2: Model Rangka Strategik Media Baru, Sumber: Dreamsoft (M) Sdn Bhd (www.thedreamsoft.com),
2010

Penemuan
 Golongan Sasaran: Maklumat golongan sasaran diperolehi dengan menganalisa dan membeli
terus dari pengantara media baru seperti 'Facebook' dan MySpace.
 Objektif: Matlamata yang ingin di capai.
 Kapasiti Sosial: Menganalisa kapisiti bagi penerbitan bahan, penyelanggaran pengantara media
dan pengurusan komuniti.

Strategi

12
 Mendengar: Mendengar dengan teliti tentang isu-isu yang diperbincangan diantara pengantara-
pangantara media baru tentang perkhidmatan dan produk tertentu. Mendengar dengan teliti
membolehkan penerbitan kandungan media yang berkualiti dan mengenai sasaran.
 Alat Pengantara Media: Tentukan alat pengantara media yang paling sesuai untuk diguna pakai.
 Strategi Kandungan: Kandungan adalah bahagian yang paling utama dan penting didalam
inisiatif media baru yang betul. Kandungan mestilah bertepatan, berguna dan boleh digunapakai
didalam pengantara-pengantara media yang lain.
 Strategi Blog: Wujukan saluran komunikasi dua hala, moderate topik perbincangan,
permudahkan perkongsian maklumat dan penyebaran maklumat. Pastikan fungsi-fungsi seperti
keterbukaan, integrasi dan gabungan pengantara media dibolehkan.

Pengurusan
 Pengumpulan Data: Gunakan alatan penganalisa bagi menilai pengunjung dan ciri-ciri aktiviti
yang dilakukan di blog seperti tempoh waktu kunjungan dibuat, masa kunjungan dibuat, bilangan
kunjungan, bilangan langganan dan pengikut dan juga komen yang diberikan.
 Hasil vs. Objektif: Buat penilaian diantara hasi analisa dengan objektif sebenar yang ingin
dicapai, dapatkan jawapan terhadap kejayaan ataupun kegagalan mencapai hasil yang
dikehendaki.
 Perbaiki: Pebaiki strategi dan aktiviti bagi mencapai objektif secara berterusan sehingga
mencapai matlamat.

Kesimpulan

Peranan dan pengaruh media terhadap sesuatu bangsa dan negara tidak dapat di pandang enteng kerana
media merupakan alat yang mampu mewarnai kehidupan sesuatu bangsa dan negara.

Perancangan strategik bagi penggunaan media haruslah di terapkan terlebih dahulu di setiap kementerian,
agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat media penerbitan, badan-badan bukan kerajaan dan juga

13
perkhidmatan sosial. Perancangan strategik ini nanti akan menentukan halatuju media tersebut yang
bersandarkan kepada visi, misi, objektif dan teras penggunaannya.

Kaedah menangani isu dan cabaran media baru ini adalah dengan merancang penggunaan media melalui
Rangka Strategik Media Baru (RSMB) dan penerapan nilai-nilai murni seperti penerapan budaya islam
kepada pengamal-pengamal media dan juga pembentukan polisi yang memberikan garispanduan serta
kod etika.

Kempen-kempen kesedaran tentang pengaruh dan impak media baru haruslah di wujudkan bagi
menyedarkan masyarakat akan kesan dan pengaruh media tersebut sekiranya penggunaan media baru
disalahgunakan.

Selain itu inisiatif penggubalan akhta dan perundangan bagi mengawal penggunaanya juga boleh
dirangka sebagai elemen penguatkuasaan dan kawalan keselamatan. Perlu diambil kira bahawa revolusi
media baru adalah jauh dari jangkawan perundangan dan penguatkuasaannya bukanlah mudah untuk
dicerna.

Daftar Kata

Media Baru
Media Baru ataupun New Media adalah terma baru yang di berikan kepada media yang bersifat elektronik
dan digital seperti internet, digital television dan digital radio.

Pengantara Media Baru


Pengantara media baru adalah lebih bersifat digital dan atas talian, nama-nama seperti Facebook,
YouTube, Skype, Blogger, Scribd dan SlideShare adalah pengantara bagi media baru yang sangat popular
dan aktif mewarnai kehidupan 70% remaja di Malaysia.

Pengamal Media

14
Pengamal Media adalah terma yang diberikan kepada pengguna media baru didalam revolusi digital dan
internet. Ini adalah kerana mereka tidak hanya menggunakan media sebagai pembaca tetapi juga
menerbitkan kandungan sendiri dan menyiarkannya pula kepada masyarakat.

Budaya
keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindah, berkelakuan dan cara berfikir serta segala hasil
kegiatan dan kerohanian sesuatu masyarakat

Budaya Islam
cara hidup masyarakat Islam yang berteraskan taqwa - panduan al quran & hadis - sesuai untuk semua
bangsa, setiap tempat & zaman.

Budaya Bukan Islam


prinsip-prinsipnya dibina, dibentuk, & dikembangkan oleh pemikiran manusia berdasarkan pengalaman
mereka semata-mata.

Lampiran 1: 100 Bilangan Pengguna Internet Tertinggi di Dunia

RANGKING NEGARA BILANGAN PENGGUNA

1 China 298,000,000
2 United States 231,000,000
3 Japan 90,910,000
4 India 81,000,000
5 Brazil 64,948,000
6 Germany 61,973,000
7 United Kingdom 48,755,000
8 Russia 45,250,000
9 France 42,912,000
10 Korea, South 37,476,000
11 Indonesia 30,000,000
12 Spain 25,240,000
13 Canada 25,086,000
14 Italy 24,992,000
15 Turkey 24,483,000
16 Mexico 23,260,000
17 Iran 23,000,000
18 Vietnam 20,834,000
19 Poland 18,679,000
20 Pakistan 18,500,000
21 Colombia 17,117,000
22 Malaysia 16,903,000
23 Thailand 16,100,000
24 Australia 15,170,000

15
25 Taiwan 15,143,000
26 Netherlands 14,273,000
27 Egypt 11,414,000
28 Argentina 11,212,000
29 Nigeria 11,000,000
30 Ukraine 10,354,000
31 Morocco 10,300,000
32 Sweden 8,100,000
33 Saudi Arabia 7,700,000
34 Belgium 7,292,000
35 Venezuela 7,167,000
36 Peru 7,128,000
37 Romania 6,132,000
38 Czech Republic 6,028,000
39 Austria 5,937,000
40 Hungary 5,873,000
41 Switzerland 5,739,000
42 Philippines 5,618,000
43 Chile 5,456,000
44 Denmark 4,579,000
45 Portugal 4,476,000
46 Finland 4,383,000
47 Greece 4,253,000
48 Sudan 4,200,000
49 South Africa 4,187,000
50 Hong Kong 4,124,000
51 Algeria 4,100,000
52 Norway 3,935,000
53 Slovakia 3,566,000
54 Syria 3,565,000
55 Singapore 3,370,000
56 Kenya 3,360,000
57 Belarus 3,107,000
58 New Zealand 3,047,000
59 Serbia 2,936,000
60 United Arab Emirates 2,922,000
61 Ireland 2,830,000
62 Tunisia 2,800,000
63 Bulgaria 2,647,000
64 Uganda 2,500,000
65 Uzbekistan 2,469,000
66 Kazakhstan 2,300,000
67 Lebanon 2,190,000
68 Dominican Republic 2,147,000
69 Israel 2,106,000
70 Guatemala 1,960,000
71 Croatia 1,880,000
72 Lithuania 1,777,000
73 Jamaica 1,540,000
74 Jordan 1,500,000
75 Azerbaijan 1,485,000
76 Costa Rica 1,460,000
77 Cuba 1,450,000
78 Zimbabwe 1,421,000
79 Uruguay 1,340,000
80 Ecuador 1,310,000
81 Bosnia 1,308,000
82 Latvia 1,254,000
83 Sri Lanka 1,164,000
84 Slovenia 1,126,000
85 Georgia 1,024,000
86 Senegal 1,020,000

16
87 Bolivia 1,000,000
88 Kuwait 1,000,000
89 Puerto Rico 1,000,000
90 Haiti 1,000,000
91 Ghana 997,000
92 Panama 934,500
93 Paraguay 894,200
94 Estonia 888,100
95 Kyrgyzstan 850,000
96 Moldova 850,000
97 Macedonia 847,900
98 El Salvador 826,000
99 Cameroon 725,000
100 Zambia 700,000

17

Anda mungkin juga menyukai