Anda di halaman 1dari 37

Tugasan 1 : Penyediaan Folio/Esei

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, perkataan
global ditafsirkan sebagai seluruh dunia atau pada keseluruhannya dan pada
umumnya. Manakala, globalisasi pula bermaksud suatu fenomena yang menjadikan
dunia semakin mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan oleh
kepantasan perkembangan teknologi maklumat.1
Pada zaman yang kian mencabar ini, dunia yang dilingkari dengan kemajuan
sains dan teknologi telah banyak memberi kesan kepada makhluk yang digelar
manusia yang dicipta oleh Tuhan. Zaman sekarang yang digelar sebagai zaman
globalisasi telah menyebabkan tidak wujudnya sempadan antara negara-negara
dunia. Kini, kebejatan moral antara manusia telah menyebabkan keruntuhan
sesebuah tamadun. Manusia pada masa ini semakin tidak berperikemanusiaan
disebabkan oleh ketamakan yang lahir dalam diri mereka. Disebabkan oleh
ketamakan mereka inilah, saudara-saudara mereka yang lain yang tidak berdosa
turut menjadi mangsa korban.
Sebagai contoh, isu peperangan yang berlaku pada masa sekarang bukan
lagi suatu isu yang baharu kepada penduduk dunia. Nama negara-negara yang
terlibat dalam peperangan seperti Palestin, Israel, Mesir, dan Syria adalah tidak
asing lagi sehingga ke hari ini, malah ianya menjadi lebih teruk dan kritikal dari hari
ke hari dan jumlah mangsa yang tidak berdosa yang terkorban juga meningkat
saban hari.
Walaupun wujud Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggap
sebagai satu pertubuhan yang boleh membela nasib dan hak serta kedaulatan
sesebuah negara dunia, tetapi nampaknya peranan pertubuhan tersebut adalah
tidak berkesan kerana sesetengah negara masih bermaharajarela pada masa ini.
Sebagai contoh, apabila kuasa-kuasa Veto dunia bersuara dan bertindak kejam,
PBB juga tidak mampu untuk menyekat kemaraan kuasa-kuasa tersebut. Oleh itu,
esei ini akan membincang tentang konflik dunia yang berlaku pada masa sekarang

1 Hajah Noresah Bt Baharon. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

iaitu konflik Israel-Palestin serta kesannya terhadap semua negara termasuk


Malaysia dan kesan isu tersebut terhadap pendidikan negara Malaysia.
1.1 Definisi demokrasi Daripada Pelbagai Tokoh Dan Ciri-Ciri Demokrasi
1.1.1 Definisi Demokrasi
Menurut kamus dewan (Edisi 4 ) terdapat 3 definisi tentang demokrasi.
Pertamanya ialah pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan
raya.Keduanya, ialah unit politik atau social yang pada dasarnay dikuasai oleh
semua anggotanya.Ketiganya, keadaan social tanpa perbezaan keistimewaan kelas,
berdemokrasi

mengamalkan

atau

berasakan

prinsip-prinsip

demokrasi,

mendemokrasikan menjadikan berdemokrasi, menjadiakn sesuatu berasakan


demokrasi,pendemokrasian perihal(tindakan,proses,dsd) mendemokrasikan.
Selain itu, demokrasi merupakan satu bentuk sistem pemerintahan yang
setiap warganya memiliki kesetaraan hak dalam pengambilan keputusan yang dapat
mengubah kehidupan. Demokrasi juga mengandung pengertian secara tidak
langsung bahawa rakyat memiliki kekuasaan tertinggi dalam suatu negara.
Perkataan demokrasi adalah berasal dari bahasa yunani iaitu demos yang
bererti rakyat dan Kratei yang bererti pemerintah. Istilah demokrasi telah
diperkenalkan oleh Aristoteles bagi beliau demokrasi adalah sebagai suatu bentuk
pemerintahan iaitu pemerintahan yang menggariskan bahwa kekuasaan berada di
tangan orang banyak yang disebut dengan istilah rakyat. Oleh itu, kita dapat
menyatakan bahawa demokrasi adalah sistem pemerintahan yang kekuasaan
tertingginya yang dipegang oleh rakyat. Di Yunani sendiri Demokrasi telah muncul
pada pertengahan abad ke-5 dan ke-4 SM dan ia merujuk pada sistem politik di
negara kota Yunani Kuno.2
1.1.2 Definisi Demokrasi Daripada Pelbagai Tokoh
Menurut Aristoteles, demokrasi adalah suatu kebebasan, yang ertinya kebebasan
setiap warga negara dapat berbagi kekuasan, Beliau mengutarakan bahawa setiap
warganegara itu setara dalam jumlah iaitu satu individu dalam demokrasi tidak ada
penilaian terhadap tingginya nilai individu tersebut, setiap warga negara sama.
2 http://www.beritaterhangat.net/2012/11/pengertian-demokrasi-menurut-paraahli.html

Menurut Abraham Lincoln, demokrasi adalah sistem pemerintahan dari


rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat.
Menurut Sidney Hook, demokrasi adalah bentuk pemerintahan dimana
keputusan penting dalam suatu pemerintah yang baik secara langsung maupun
tidak langsung didasarkan oleh kepentingan mayoritas dengan berdasarkan hak
yang diberikan kepada rakyat biasa.
Menurut Samuel Huntington, demokrasi ada jika setiap pemegang kekuasaan
dalam suatu negara dipilih secara umum, adil, dan jujur, para peserta boleh bersaing
secara bersih, dan semua masyarakat memiliki hak setara dalam pemilihan. 3
Menurut H. Harris Soche (Yogyakarta : Hanindita, 1985),demokrasi adalah
bentuk pemerintahan rakyat, karena itu kekusaan pemerintahan itu melekat pada diri
rakyat atau diri orang banyak dan merupakan hak bagi rakyat atau orang banyak
untuk mengatur, mempertahankan dan melindungi dirinya dari paksaan dan
pemerkosaan orang lain atau badan yang diserahi untuk memerintah.
Menurut Hannry B. Mayo,kebijaksanaan umum ditentukan atas dasar mayoritas oleh
wakil-wakil yang diawasi secara efektif oleh rakyat dalam pemilihan-pemilihan yang
didasarkan atas prinsip kesamaan politik dan diselenggarakan dalam suasana di
mana terjadi kebebasan politik.
Menurut International Commission of Jurist,demokrasi adalah suatu bentuk
pemerintahan

di

mana

hak

untuk

membuat

keputusan-keputusan

politik

diselenggarakan oleh warga Negara melalui wakil-wakil yang dipilih oleh mereka dan
yang bertanggungjawab kepada mereka melalui suatu proses pemilihan yang bebas.
Menurut C.F. Strong,demokrasi adalah suatu sistem pemerintahan di mana
mayoritas anggota dewan dari masyarakat ikut serta dalam politik atas dasar sistem
perwakilan

yang

menjamin

pemerintah

akhirnya

mempertanggungjawabkan

tindakan-tindakannya pada mayoritas tersebut.


Menurut Abraham Lincoln dalam pidato Gettysburgnya mendefinisikan
demokrasi sebagai "pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat". Hal ini
berarti kekuasaan tertinggi dalam sistem demokrasi ada di tangan rakyat dan rakyat
3 http://softilmu.blogspot.my/2015/01/Pengertian-Ciri-Macam-Macam-Demokrasiadalah.html

mempunyai hak, kesempatan dan suara yang sama di dalam mengatur kebijakan
pemerintahan.Melalui

demokrasi,keputusan

yang

diambil

berdasarkan

suara

terbanyak.4
1.1.3 Ciri-ciri Demokrasi
Antara ciri-ciri demokrasi ialah akan melibatkan warganegara iaitu rakyat
dalam pengambilan keputusan politik secara langsung5 ataupun tidak langsung
(perwakilan).6 Pengakuan, penghargaan, dan perlindungan terhadap hak-hak asasi
rakyat (warga negara). Lembaga peradilan dan kekuasaan kehakiman yang
independen

sebagai

alat

penegakan

hukum.Seluruh

warganegara

adalah

kebebasan dan kemerdekaan.Terdapat pers iaitu media massa yang bebas untuk
menyampaikan informasi dan mengontrol perilaku dan kebijakan pemerintah.
Selain itu,pengakuan terhadap perbedaan keragamaan seperti suku, agama,
golongan, dan sebagainya.Pemilihan umum untuk memilih wakil rakyat yang duduk
di lembaga perwakilan rakyat.Pemilihan umum yang bebas, jujur dan adil untuk
menentukan (memilih) pemimpin negara dan pemerintahan serta anggota lembaga
perwakilan rakyat.7 Semua warganegara mempunyai hak yang sama dalam segala

4 http://www.beritaterhangat.net/2012/11/pengertian-demokrasi-menurut-paraahli.html
5 demokrasi yang mengambil arti demokrasi sebagai pengambilan keputusan
secara langsung tiap warga negara yang tanpa diwakili oleh siapapun.
Demokrasi jenis pada kebanyakan negara hanya diterapkan dalam pemilihan
umum (Pemilu) untuk menentukan pemimpin dan perwakilan (senat/DPR). Untuk
beberapa negara seperti Switzerland menerapkan demokrasi langsung ini dalam
penentuan kebijakan negara mereka.
6 demokrasi yang mengambil arti demokrasi sebagai pengambilan keputusan
oleh perwakilan warga negara. Perwakilan ini juga dipilih oleh warga negara
melalui pemilu. Dalam pengambilan keputusan atau pembuatan kebijakan untuk
kesejahteraan warga negara, Perwakilan ini terkadang tidak mengambil saran
ataupun masukan secara umum sebelumnya kepada warga yang mereka wakili
sehingga dalam demokrasi tidak langsung, warga tidak dilibatkan secara aktif
berpartisipasi. Contoh demokrasi tidak langsung adalah Indonesia yang
penerapannya pun masih ambur adur.
http://www.apapengertianahli.com/2014/06/apa-saja-pengertian-demokrasimenurut-para-ahli.html#
7 http://andi-chodetz.blogspot.my/2013/04/ciri-ciri-demokrasi.html

bidang dalam hukum (pasal 27 ayat 1 UUD)8 dan jaminan HAM (pasal 28A-J UUD
1945)9

1.2 Konflik Yang Berlaku Di Negara Eropah Dan Timur Tengah Serta Kesannya
Terhadap Pendidikan Di Negara Kita
1.2.1 Konflik Yang Berlaku Di Negara Eropah
1.2.1.1 Negara Bosnia-Herzegovina
Republik sosialis Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah negara yang
mempunyai kedudukan amat strategik di tengah-tengah Semenanjung Balkan di
Selatan Eropah, dengan keluasan 51129 kilometer persegi merangkumi lebih kurang
satu perlima dari seluruh kawasan Yugoslavia, dengan kiraan penduduk sekitar
empat juta orang. Negara ini didiami oleh tiga kelompok etnik yang utama iaitu
Bosnia, Serbia dan Croatia.Ibu kota Bosnia adalah Sarajevo.Bosnia mempunyai
penduduk dari berbagai etnik yang mana majoritinya sebanyak 57 peratus adalah
umat Islam dan lebih kurang 40 peratus adalah dari penduduk Yugoslavia. Dari
jumlah ini, satu per tiga adalah golongan Serb, satu per tiga lagi golongan Islam,
satu per lima merupakan keturunan Croat dan bakinya adalah lain-lain kaum.
Gambar 1: Peta Bosnia - Hercegovina

8 http://krsmwn.blogspot.my/2013/06/arti-ciri-ciri-dan-prinsip-demokrasi.html
9 http://krsmwn.blogspot.my/2013/06/arti-ciri-ciri-dan-prinsip-demokrasi.html

Kebanyakan orang Serb adalah penganut kristian Orthodoks dan orang Croat
pula adalah pengikut Roman Katholik. Pada pertengahan abad, wilayah tersebut
menjadi perebutan pengaruh antara pihak Romawi Barat golongan Katolik dan
Romawi Timur golongan Ortodoks. Perang Dunia Kedua merupakan kegiatan
penghapusan kaum secara besar-besaran. Peratusan penduduk Bosnia yang
dibunuh merupakan peratusan terbesar selepas orang Yahudi di Yugoslavia. Sebab
utama adalah kerana penghalangan kepada perluasan Serbia dan Croatia.

Gambar 2: Bendera Bosnia - Hercegovina

1.2.1.2 Latar Belakang Konflik.


Perang di Bosnia Herzegovina, yang lebih dikenali sebagai Perang Bosnia,
adalah sebuah konflik senjata antarabangsa yang berlaku pada Mac 1992 hingga
November 1995. Perang ini melibatkan beberapa pihak iaitu Bosnia, dan Republik
Persekutuan Yugoslavia (kini Serbia dan Montenegro) dan juga Croatia. Serbia
memberi sokongan ketenteraan dan kewangan kepada angkatan tentera Serb yang
terdiri daripada Tentera Rakyat Yugoslav. Croatia memberi sokongan ketenteraan
kepada tentera Croat untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai Komuniti Croatia
Herzeg-Bosnia.

Sebuah perbicaraan telah diadakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa,


berikutan daripada pengeluaran saman daripada Bosnia-Herzegovina pada tahun
1993 menentang Serbia dan Montenegro mendakwa berlakunya pembunuhan kaum
di sana. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan pada 26
Februari 2007 dan menentukan bahawa perang itu bersifat antarabangsa, meskipun
Serbia bertanggungjawab untuk pembunuhan kaum yang dilakukan oleh tentera
Serb daripada Republik Srpska tetapi pihak Serbia telah gagal untuk mengelakkan
pembunuhan kaum yang dilakukan oleh tentera Serb daripada berlaku dan mereka
juga gagal untuk menghukum mereka yang melakukannya, terutamanya Jeneral
Ratko Mladic serta membawa mereka ke muka pengadilan.
Gambar 3: Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Walaupun terdapat bukti pembunuhan,


pengepungan bandar, aktiviti perogolan besar-besaran, pemusnahan etnik dan
penderaan di kem dan pusat tahanan yang dikendalikan oleh tentera Serb yang
berlainan terutama sekali Prijedor, Zvornik, Banja Luka dan Foa, hakim
mengatakan bahawa kriteria pembunuhan beramai-ramai dengan niat tertentu untuk
memusnahkan orang Islam di Bosnia hanya berlaku di Srebrenica ataupun di Timur
Bosnia sahaja pada tahun 1995. Mahkamah juga menyifatkan bahawa jenayah yang
dilakukan sepanjang tahun 1992 hingga 1995 sebagai Perang Kemanusiaan
mengikut undang-undang antarabangsa, akan tetapi akta ini tidak membentuk akta
berkaitan pembunuhan kaum.
Penyertaan NATO, semasa Operasi Ketenteraan Terancang pada tahun 1995
menentang kedudukan Tentera Republik Srpska telah mengantarabangsakan konflik
ini, namun hanya pada di peringkat akhir konflik. Perang itu telah ditamatkan selepas
menandatangani Perjanjian Umum Rangka Untuk Keamanan di Bosnia-Herzegovina
di Paris pada 14 Disember 1995. Rundingan keamanan telah diadakan di Dayton,
Ohio, dan mencapai kata putus pada 21 Disember 1995. Perjanjian ini dikenali
sebagai Perjanjian Dayton.
Gambar 4: Perjanjian Dayton untuk Keamanan di Bosnia dan Herzegovina

Kajian terbaru menemui anggaran jumlah mangsa perang sekitar 100,000


110,000 telah terbunuh ( orang awam dan tentera) dan 1.8 juta orang terpaksa
berpindah.Hasil kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa kebanyakan daripada
97,207 dokumen mangsa[12] ( tentera dan orang awam ) semasa Perang Bosnia
adalah orang Bosnia (66%), Serb (25%) dan seramai Croat (8%).
1.2.1.3 Konflik Semasa
Negara bersekutu Yugoslavia dibahagikan kepada enam republik berasaskan
etnik yang berbahasa Slav iaitu Serbia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Slovenia,
Macedonia, dan Montenegro. Bibit-bibit persengketaan etnik di wilayah ini bermula
sebelum penubuhan Yugoslavia lagi.Pada 28 Jun 1914, segolongan pemuda Serb
telah membunuh Putera Mahkota Austro-Hungary, Duke Ferdinand dan isterinya
Sophia. Tindakan ini merupakan faktor tercetusnya perang dunia pertama yang turut
menghancurkan empayar Austro-Hungarian dan negara-negara jirannya. Dalam
keadaan ini, sebuah negara baru ditubuhkan iaitu Yugoslavia.

Gambar 5 : Peta Yugoslavia(1929-1939)

Semangat dan revolusi komunisme pada masa tersebut hasil daripada


kejayaan perjuangan pekerja-pekerja Rusia telah mempengaruhi golongan pekerjapekerja dan kaum intelek Yugoslavia yang baru wujud. Semangat ini telah
mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Yugoslavia dan mencegah daripada
berlakunya permusuhan sesama sendiri. Pada tahun 1921, Yugoslavia telah

diisytiharkan menjadi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.


Sistem ini berpanjangan sehingga bermulanya perang dunia kedua yang
mengakibatkan Yugoslavia dilanggar oleh pihak Jerman pada 6 April 1941.

Gambar 6 : Peta Yugoslavia(1990-1992)

Tito dan ahli-ahli parlimen komunis dan rakyat Yugoslavia memberontak


menentang tentera Jerman. Pada masa yang sama,perang saudara di antara
pelbagai etnik telah tercetus di Yugoslavia. Keadaan ini menyebabkan Yugoslavia
menerima kerosakan yang teruk dan lebih kurang 1.75 juta dari 15 juta rakyat telah
terkorban kebanyakannya disebabkan peperangan sesama sendiri. Selepas perang
dunia kedua berakhir pada tahun 1945,Yugoslavia telah diisytiharkan sebagai
sebuah Negara bersekutu di bawah pimpinan Tito yang memerintah secara diktator.
Beliau berjaya mengekalkan perpaduan semua etnik.Di samping itu, beliau berjaya
mewujudkan sedikit kestabilan dan kemakmuran.
Pada tahun 1974, Tito telah menggubal satu perlembagaan baru untuk
Yugoslavia bagi mewujudkan pemerintahan presiden bersama. Tito mati dalam
tahun 1980 dan kuasanya telah diambil oleh Slobodan Milosevic.Milosevic gagal
mengekalkan perpaduan dan kerjasama di antara etnik di Yugoslavia. Keadaan ini
menyebabkan perasaan tidak puas hati merebak. Seterusnya sikap tidak
mempercayai dan syak wasangka di antara etnik yang telah diwarisi sejak zaman
berzaman kembali menyemarak. Hal ini menjadikan ekonomi serta industri di
Yugoslavia semakin merosot dan inflasi semakin meningkat. Keadaan menjadi lebih
teruk apabila berbagai etnik terutamanya pihak Serb menuntut kuasa autonomi yang
lebih.

Oleh itu, Yugoslavia berpecah belah dan gagal berfungsi sebagai negara
persekutuan. Hal ini demikian kerana, rakyat yang pelbagai etnik tidak lagi dapat
bekerjasama. Kehancuran fahaman komunis juga turut menyebabkan perpecahan
tersebut. Pada tahun 1991, rakyat Bosnia- Herzegovina menyertai pilihan raya
bebas yang pertama iaitu majoritinya mengundi untuk keluar dari Yugoslavia dan
membentuk sebuah Negara bebas merdeka.Namun, keadaan yang lebih teruk ialah
sikap golongan Serb yang berhasrat menguasai semua etnik di Yugoslavia dengan
memaksa mereka menggunakan bahasa Serb dan menganut agama Kristian
Orthodoks.
Golongan Serb juga menggempar-gempurkan propaganda kononnya mereka
akan menjadi mangsa penindasan Pope, umat islam, keturunan Croat dan Albania.
Dakyah berkenaan diperhebatkan dengan gembar-gembur kononnya orang Bosnia
hendak menubuhkan sebuah Islam Fundamentalist di Bosnia- Herzegovina. Akibat
dari dakyah-dakyah tersebut, golongan Serb memutuskan bahawa mereka
hendaklah bertindak untuk mencegah umat islam Bosnia dan presiden Alija
Izetbegovic daripada menubuhkan sebuah negara islam Fundamentalist ala-Iran.
Pihak Serb juga menganggap bahawa tindakan umat Islam Bosnia itu akan menjadi
satu ancaman besar kepada seluruh Eropah. Dakyah-dakyah yang telah disebarkan
ini telah mengakibatkan berpuluh ribu tentera simpanan Serbia dikerahkan masuk ke
Bosnia- Herzegovina.
Golongan Serb berharap menerusi tekanan tentera ini, orang Bosnia akan
terpaksa meninggalkan kebebasan dan tanah air mereka. Peperangan di BosniaHerzegovina meletus pada 6 April 1992. Tentera simpanan Serbia ini telah
memulakan keganasannya dengan membunuh, merogol dan memusnahkan rumahrumah orang awam, keretapi, dan bas kepunyaan rakyat Bosnia- Herzegovina yang
beragama islam dan Roman Katholik.
Bagaimanapun, apabila pihak yang dizalimi berjaya menahan keganasan
tersebut, golongan Serb seterusnya memulakan tekanan secara ekonomi. Mata
wang dicetak secara berleluasa dan tanpa kawalan serta jaminan semata-mata
untuk membiayai perbelanjaan tentera Tentera Nasional Yugoslavia (YNA). Tindakan
tersebut telah merosakkan ekonomi Bosnia-Herzegovina. Bosnia-Herzegovina yang

merupakan negara yang berdaulat dan diiktiraf oleh PBB telah diragut kekejaman
dan kezaliman daripada golongan Serb.
1.2.1.4 Krisis-Krisis Di Bosnia-Herzegovinia
Pengganas-pengganas

Serb

meneruskan

jenayah

kejam

di

Bosnia-

Herzegovina. Bosnia-Herzegovina dan ibu kotanya Sarajevo terus menjadi tempat


pertumpahan darah. Puluhan ribu rakyat yang tidak berdosa maut dengan pelbagai
cara yang mengerikan iaitu melalui senjata moden dan canggih atau diseksa hiduphidup. Dianggarkan lebih 220,000 nyawa terkorban di tangan rejim yang dipercayai
didalangi oleh Belgrade. Seramai 50,000 perempuan di antara 8 hingga 80 tahun
telah dirogol oleh pengganas Serb. Sementara itu, 2.5 juta telah menjadi pelarian.
Ratusan ribu lagi mati kerana terperangkap di celah-celah ledakan bom dan peluru
serta runtuhan bangunan akibat angkara ciptaan rejim Serbia.
Kekejaman yang telah dilakukan seperti setiap lelaki yang ditemui dibogelkan.
Mereka yang berkhatan terus dibunuh. Wanita-wanita yang mengandung diterobos
perutnya dengan pisau bagi mengeluarkan anak kandungannya. Persatuan
Antarabangsa bagi hak asasi manusia mendakwa pembunuhan ke atas orang-orang
tahanan islam dan Croat dilakukan setiap hari di kem-kem tahanan di BosniaHerzegovina yang dikuasai oleh Serb, disamping gadis-gadis dirogol dan
terdapatnya usaha-usaha memandulkan kanak-kanak. Deraan psikologi turut
dilakukan di kem-kem tahanan.
Para aktivis hak asasi manusia mendakwa sekurang-kurangnya 11 kem
tahanan dikuasai Serb di bosnia- Herzegovina. Di kem Luka, sekurang-kurangnya
50 orang dibunuh. Tahanan disembelih dengan kaca,dilahap oleh anjing-anjing yang
tidak diberi makan,hidung serta telinga mereka dipotong. Di kem Foca pula beriburibu tahanan dibunuh mayat-mayat reput dan dipercayai orang-orang islam
dicampakkan ke sebatang sungai. Kebanyakan kanak-kanak di kem Manjaca lebih
kurang 8,000 orang dilaporkan dibunuh setiap hari.Gadis-gadis sunti dirogol bergilirgilir. Mangsa yang masih hidup disembelih. Tubuh mereka dipotong dan dikelar.
Kemaluan mereka dipotong. Bayi dan anak-anak kecil dihempas ke batu sehingga
berkecai kepala.
Pangganas Serb telah menggunakan serangan darat iaitu menggunakan
meriam dan kereta kebal ke kawasan-kawasan penempatan orang-orang islam dan

Croat. Selain itu, dengan bantuan senjata berat yang serba canggih, pengganaspengganas Serb meneruskan kekejamannya melalui serangan udara, pengguguran
bom-bom. Di Banja Luka, di utara Bosnia pangganas-pengganas Serb memaksa
orang-orang islam keluar daripada rumah dan menembak mereka semasa mereka
melarikan diri. Laluan-laluan konvoi pelarian turut dibom secara sistematik.
Selain mengalami kekejaman, kazaliman dan keganasan tentera rejim Serbia,
mereka juga mengalami masalah seperti kebuluran, cuaca sejuk dan wabak
penyakit.

Menurut

menteri

luar

Bosnia-Herzegovina

dan

wakil-wakil

PBB

mengatakan bahawa kekejaman-kekejaman di Bosnia-Herzegovina adalah seramai


220,000 orang bosnia telah dibunuh yang mana 20,000 adalah kanak-kanak,
seramai 45,000 perempuan di antara umur 8 hingga 80 tahun telah dirogol, seramai
65,000 oarang Bosnia cedera parah, seramai 1.5 juta orang kehilangan tempat
tinggal, sejumlah 950 masjid telah dirosakkan termasuk sebuah masjid yang berusia
hampir 500 tahun serta kira-kira 100 buah lori makanan dan bekalan perubatan dari
PBB telah ditahan di Split, Croatia selama lebih dari 6 bulan.
1.2.1.5 Usaha-usaha Penyelesaian Konflik Bosnia.
Bagi menyelesaikan konflik Bosnia ini, beberapa usaha damai telah cuba
diusahakan oleh pelbagai pihak termasuklah dari pihak PBB, dan A.S. Lima usul
pendamaian utama telahpun ditawarkan sebelum dan semasa Konflik Bosnia
berlaku oleh diplomat European Community (EC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) sebelum konflik tersebut diselesaikan oleh Perjanjian Dayton pada
1995 iaitu :
1.2.1.5.1 Carrington-Cutileiro
Usul

pendamaian

Carrington-Cutileiro,

yang

dinamakan

sempena

pengarangnya Lord Carrington dan duta Portuguese Jorge Cutileiro, telah


menghasilkan Konferens Pengamanan EC pada bulan Februari 1992 bagi tujuan
mengelakkan Bosnia-Herzegovina daripada terlibat dalam peperangan. Ia juga telah
mencadangkan perkongsian kuasa antara semua etnik pada tahap pentadbiran dan
pengurangan kuasa kerajaan pusat.
Walau

bagaimanapun,

semua

daerah

Bosnia-Herzegovina

akan

diklasifikasikan kepada Muslim, Serb atau Croat di bawah usul tersebut, dan tidak

ada satu etnik majoriti yang ketara. Pada tahap permulaannya, usul tersebut
diterima oleh ketiga-tiga pihak (Kerajaan Bosnian, Serbs dan Croats), tetapi ketua
Bosnian Muslim Alija Izetbegovi telah membatalkan perjanjian tersebut.
1.2.1.5.2 Vance-Owen
Pada awal Januari 1993, wakil khas PBB Cyrus Vance dan wakil EC Lord
Owen memulakan perundingan cadangan pengamanan bersama dengan ketua
puak-puak Bosnia yang berperang. Cadangan tersebut kemudiannya dikenali
sebagai Vance-Owen peace plan yang melibatkan pembahagian Bosnia kepada
sepuluh semi-autonomi kawasan dan menerima sokongan daripada PBB. Pada 5
May, perhimpunan Bosnian Serb yang haram membantah usul Vance-Owen dan
pada 18 Jun, Lord Owen mengisytiharkan bahawa usul tersebut telah mati.
Pada 1 April, Cyrus Vance mengumumkan perletakan jawatannya sebagai
wakil khas Sekretariat Agong PBB. Beliau digantikan oleh Menteri Perhubungan
Luar Negeri Norwegian Thorald Stoltenberg pada 1 Mei.
1.2.1.5.3 Owen-Stoltenberg
Pada lewat Julai, wakil-wakil dari puak-puak yang berperang di BosniaHerzegovina memasuki sesi perundingan baru. Pada 20 Ogos, mediator PBB
Thorvald Stoltenberg dan David Owen memperkenalkan peta baru Bosnia yang
akan dipisahkan kepada tiga negara kecil mengikut tiga kumpulan etnik. Puak
Bosnian Serb akan diberi 52 peratus daripada kawasan Bosnia-Herzegovina, Muslim
diberi 30 peratus manakala Bosnia-Hezergovina Croats akan menerima 18 peratus.
Pada 29 Ogos 1993, Bosniaks menolak usul tersebut.
1.2.1.5.4 Contact Group
Antara bulan Februari hingga Oktober 1994, Contact Group yang diwakili oleh
Amerika Syarikat, Russia, Perancis, Britain dan Jerman mengambil satu langkah
yang kukuh terhadap perundingan penyelesaian konflik di Bosnia-Hezergovina. Ini
dikenali sebagai usul Contact Group, dan tekanan yang kuat dikenakan ke atas
Bosnian Serbs untuk menerima usul tersebut apabila Federal Republic of Yugoslavia
dikenakan embargo di sungai Drina.
1.2.1.5.5 Perjanjian Washington

Perjanjian Washington merupakan perjanjian keamanan yang dibuat antara


pihak yang berperang iaitu Croats of Bosnia and Herzegovina dan Republic of
Bosnia and Herzegovina(kerajaan yang didominasi oleh Bosniaks), ditandatangani di
Washington dan Vienna pada Mac 1994. Ia ditandatangani antara Perdana Menteri
Bosnia Haris Silajdi, Menteri Perhubungan Luar Negeri Croatian Mate Grani dan
Presiden Herzeg-Bosnia Kreimir Zubak.
Di bawah perjanjian ini, wilayah percantuman yang ditahan oleh Croat dan
kerajaan Bosnia akan dibahagikan kepada sepuluh bahagian dan ini akan
menubuhkan Federation of Bosnia and Herzegovina. Sistem pembahagian ini
dilakukan demi mengelakkan dominasi sesuatu kumpulan etnik ke atas kumpulan
etnik lain.
KESIMPULAN.
Melihat kepada konflik di Bosnia ini membolehkan kita mengkaji akan
peranan yang boleh dimainkan oleh pelbagai aktor negara mahupun aktor bukan
negara. Aktor yang sepatutnya lebih dominan dalam menyelesaikan konflik di Bosnia
dilihat gagal memainkan peranan dengan lebih efektif dan cekap. Contohnya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah gagal memberikan sokongan yang
berkesan bagi mengelakkan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Serb
terhadp orang Bosnia dan Croat.
Namun akhirnya, sudah sekian lama konflik berlaku PBB telah mengenakan
sekatan ekonomi terhadap Yugoslavia atau Serb-Montenegro. Kesan daripada
tindakan ini, ianya jelas menyalahkkan pihak Serb sebagai penyebab kepada
berlakunya konflik ini.

1.2.2 Konflik Yang Berlaku di Timur Tengah


1.2.2.1 Latar Belakang Isu Israel-Paestin
Gambar 7: Peta Kawasan Palestin

Palestin terletak di bahagian barat benua Asia yang membentang antara garis
lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 3029 dan 15-33 ke arah utara. Palestin membentuk bahagian tenggara dari kesatuan
geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut sebagai negeri Syam.
Selain Palestin, negeri Syam terdiri daripada Lubnan, Syria dan Jordan.
Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain
kerana merupakan sebahagian daripada tempat tinggal manusia pertama, tempat
diturunkan semua agama samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi
jambatan aktiviti kormesial, dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di
sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin
memungkinkannya untuk menjadi faktor penghubung antara pelbagai benua bagi
dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah.
Manakala Israel merupakan sebuah negara di Asia barat yang terletak di
pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Palestin di sebelah
timur dan barat daya, Lebanon di utara, Syria serta Jordan di Timur, dan Mesir di
barat daya. Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada ketika
itu diduduki oleh orang Arab dan mengamalkan demokrasi berpalimen merupakan
negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju
dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah
negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005.

Gambar 8: Bendera Israel

Konflik Israel-Palestin kini bukanlah suatu peristiwa yang hanya berlaku


selama beberapa bulan mahupun beberapa tahun, ianya merupakan suatu
pertikaian yang telah berlangsung selama lebih daripada 60 tahun antara orang
Israel dan orang Arab Palestin yang tidak selesai sehingga ke hari ini. Secara
umumnya konflik yang berlaku ini merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial dan
juga melibatkan isu agama yang ternyata memberi kesan yang berterusan terhadap
negara Palestin dan negara-negara lain. Konflik yang berlaku antara dua pihak ini
tidak pernah surut dari rundingan dan seolah-olah rundingan yang dilakukan
sebelum ini tidak membawa kesan yang positif atau menemui jalan penyelesaian.
Pada tahun 1914 sehingga 1920, setelah tamat Perang Dunia Pertama, orang
Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di kawasan
Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Oleh itu, Zionis
bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang
Yahudi ke Palestin. Sebagai balasannya, mereka menjanjikan negara Yahudi yang
terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez.
Gambar 9 : Terusan Suez

Pada masa yang sama, Britain telah menjanjikan orang Arab bahawa mereka
akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki.
Kesannya, orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan
Perancis telah bertemu secara sulit dan mereka menjangkakan bahawa orang Turki
akan

ditewaskan.

Oleh

itu,

kedua-dua

kuasa

ini

sedang

merancangkan

pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.


Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 menyaksikan Setiausaha Luar
Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain
kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin
tetapi orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji
bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan
mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat
Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.
Pada tahun 1920 hingga 1939, setelah Liga Bangsa atau lebih dikenali
sebagai Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari dibentuk, dengan persetujuan
British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran
ke Palestin. Antara tahun 1923 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah
dari 58 000 kepada 348 000 orang dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di
Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang.

Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di


Palestin namun mereka hanya dapat memperluaskan bahagian tanah mereka
sebanyak 5.6 peratus sahaja. Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang
semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin
mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan
Zionis.

Tidak

lama

kemudian

mogok

rakyat

Palestin

bertukar

menjadi

pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British


bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.
Manakala pada tahun 1945 sehingga ke hari ini, semasa tercetusnya Perang
Dunia Kedua, dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-tiba sahaja
mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab
daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara haram dan
terus terang menentang British. Di Eropah, pemimpin negara Jerman iaitu Adolf
Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta
orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah
ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai
kemerdekaan kecuali Palestin.
Gambar 10: Tanah Jajahan Israel di Palestin

Pada ketika itu berlakunya pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis
dengan rakyat Palestin. Pihak British tidak dapat lagi mengawal keadaan dan
membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin. Resolusi
Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat
Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian
tanah air mereka.

Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen


keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan
kampung halaman. Malah pada tanggal 5 Jun 1967, perang ketiga Arab-Israel
tercetus setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua yang digelar 'Perang 6 Hari'.
Perang tersebut dikenali sebagai Perang 6 hari kerana dalam tempoh enam hari
saja, tentera Yahudi menawan Semenanjung Sinai, Tebing Barat, Bukit Golan dan
Semenanjung Gaza telah membawa konflik Israel-Palestin berlarutan sehingga ke
hari ini.
Banyak

percubaan

telah

dibuat

untuk

membantu

mencipta

sebuah

penyelesaian dua negara yang melibatkan sebuah negara Palestin merdeka di


samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju
bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk
menamatkan konflik. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga Palestin melihat
Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa depan.
Namun, sebahagian ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara,
dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah
dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat
banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan yang
dirancang.
Terdapat banyak pihak dalam negeri dan juga pihak antarabangsa yang
terlibat dalam konflik tersebut. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang
diketuai oleh Ehud Olmet dan Pertubuhan Pembebasan Palestin yang diketuai oleh
Mahmoud Abbas. Manakala pihak antarabangsa yang terlibat dalam konflik tersebut
ialah dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat,
Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh
seorang utusan khas yang kini merupakan Tony Blair.
Sejak tahun 2006 lagi, pihak palestin telah dipecah belah oleh konflik antara
dua puak yang utama pada ketika itu iaitu puak Fatah yang merupakan satu parti
yang terbesar dan puak Hamas, iaitu sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab
itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (Kerajaan Interim
Palestin) berpecah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini
terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan

pengganas oleh Israel serta negara-negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas
memenangi pilihan raya Palestin 2006, ianya tidak dibenarkan untuk mengambil
bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Selain itu, pusingan perundingan keamaan yang bermula di Annapolis,
Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan
mutakhir menjelang tahun 2008. Semua pihak telah bersetuju bahawa terdapat 6
teras atau status akhir yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan iaitu
Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air. Sehubungan
dengan itu, dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan
berbagai-bagai pandangan dan pendapat. Ini bertindak untuk menonjolkan
percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan
orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.
Dasar British yang bersimpati dengan gerakan Zionisme yang bermatlamat
untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi telah membawa Palestin ke dalam
percaturan barat dan orang Yahudi. Hal ini telah menimbulkan masalah yang rumit
dan kritikal ke atas Palestin, apabila hak rakyat Palestin sebagai permastautin
dinafikan dengan penghijrahan dan pendudukan orang Yahudi di bumi Palestin.
Secara ringkasnya, ia telah membawa kepada kewujudan 4 masalah utama
yang dihadapi pada masa ini iaitu berkaitan dengan kedudukan dan kedaulatan bumi
Palestin, masalah pelarian Palestin, hak rakyat Palestin serta kekejaman dan
penindasan Israel ke atas rakyat Palestin yang menjadi sebahagian daripada
permasalahan utama dalam isu Palestin yang masih tidak menemui jalan penamat
sehingga ke hari ini malah menjadi semakin rumit.
1.2.2.2 KESAN ISU ISRAEL-PALESTIN
Peperangan antara Israel dan Palestin selama ini bukan hanya sekadar
memberi impak kepada kedua-dua negara itu sendiri tetapi juga terhadap negaranegara dunia yang lain. Impaknya boleh dilihat dari aspek politik, sosial dan juga
ekonomi. Dari aspek sosial, kesan daripada peperangan tersebut bukan sahaja
melibatkan ratusan nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban, malah ianya turut
menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan penyebaran wabak penyakit.

Pada baru-baru ini, serangan udara jet-jet pejuang Israel terhadap


semenanjung Gaza telah menyebabkan 121 insan terkorban dan lebih daripada 920
orang yang cedera malah rejim Zionis turut mengebom dua buah masjid di Gaza
semalam di mana ketika itu para Jemaah sedang mengerjakan solat tarawih dan
telah mengorbankan tiga nyawa. Kebanyakan mangsa korban tersebut adalah terdiri
daripada golongan kanak-kanak yang tidak berdosa. Hal ini demikian kerana,
mereka mendakwa masjid tersebut digunakan untuk menyembunyikan roket dan
turut menuduh pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan-kumpulan pejuang
Palestin

menggunakan

taktik

itu

untuk

menyalahgunakan

masjid

dengan

menyembunyikan senjata api.


Gambar 11: Masjid di Gaza yang diserang oleh rejim Zionis

Apabila menyentuh kepada penyebaran wabak penyakit iaitu salah


satu kesan daripada peperangan yang berlaku antara Palestin dan Israel, kesannya
bukan sahaja dua negara tersebut yang mendapat impak, malah negara-negara
yang berhampiran dengan dua negara tersebut turut menjadi mangsa. Wabak
penyakit yang paling ketara semasa berlakunya peperangan tersebut ialah penyakit
tangan, kaki dan mulut. Buktinya, penduduk negara Jordan, Egypt serta Syria turut
mendapat kesan wabak penyakit tersebut terutamanya golongan kanak-kanak dan
juga bayi.
Gambar 12: Wabak penyakit kaki dan mulut yang semakin menular

Selain itu, pemimpin silih berganti, persidangan demi persidangan dan


perjanjian demi perjanjian ditndatangani, tetapi nasib rakyat Palestin masih tidak
terbela, malah keadaan lebih teruk. Kemenangan Hamas pada piliihan raya yang
telus dengan dihadiri pemantau Amerika, termasuk Jimmy Carter (bekas Presiden
Amerika) pada tahun 2006 bukan diberi sokongan, malah rakyat Gaza dihadiahkan
dengan hukuman kejam.
Dengan dukungan Amerika dan negara Eropah, Israel menegakkan sekatan
makanan dan barangan keperluan kepada penduduk Gaza. Sekatan secara
menyeluruh yang menghalang penduduk hidup seperti manusia dengan menjadikan
Gaza sebagai penjara terbuka terbesar dunia. Mereka tidak dibenarkan mengimport
makanan, keperluan perubatan, air dan sebagainya telah mengeruhkan lagi
keadaan di Palestin.
Dari aspek politik pula, hubungan dua hala antara Israel dan Amerika Syarikat
yang merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di timur tengah.
Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang
erat dan saling tolong-menolong. Sokongan yang ketara ke atas Israel merupakan
pemberian bantuan luar yang sentiasa dihulurkan oleh pihak Amerika Syarikat.
Misalnya, Israel mampu menanggung kos peperangan sehingga mencecah kos
beratusan billion dan mampu memiliki senjata nuklear. Israel yang bertindak ganas
dan angkuh kerana mempunyai senjata nuklear telah membimbangkan negaraneagara yang lain sehinggakan negara dunia yang lain tidak berani untuk campur
tangan untuk menolong Palestin. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu juga tidak
dapat untuk bersuara kerana terdapat sebuah kuasa veto yang sering memberi

bantuan kepada Israel dan kini semakin ramai pihak yang benci kepada Amerika
Syarikat.
Peperangan memberi impak yang besar kepada manusia. Perbezaan
geopolitik tidak menghalang sesebuah negara menyatakan pendirian secara tegas
dan berani. Dalam konteks Malaysia, nilai persaudaraan Islam dan naluri
perikemanusiaan penganut agama lain menjadi nadi keprihatinan terhadap mangsa
jenayah perang. Kesan paparan berita melalui media cetak dan elektronik
membangkitkan keberanian Malaysia menyatakan secara tegas bahawa rejim Israel
adalah pengganas dan kelantangan Malaysia menyatakan pendirian bahawa tentera
Zionis adalah penjenayah perang sama sekali tidak pernah goyah.
Dalam

kalangan

Negara-Negara

Pertubuhan

Islam

(OIC),

Malaysia

merupakan negara yang paling lantang sekali menentang pencerobohan di Gaza


pada baru-baru ini dan telah menyebabkan negara Malaysia dituduh oleh Israel yang
mengatakan Malaysia menjalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas dengan
memberi latihan kepada tentera Hamas untuk menyerang Israel dari udara dan
menyatakan ingin menyerang Malaysia. Hal ini secara tidak langsung adalah suatu
ancaman bagi rakyat Malaysia dan akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak
selamat.

Gambar 13: Berita Israel tuduh Malaysia tempat latih pejuang


Hamas

Kesan isu Israel-Palestin terhadap aspek ekonomi, Palestin sehingga ke hari


ini tidak dapat memajukan negaranya kerana terpaksa menanggung hutang perang
yang tinggi. Bukan itu sahaja,kuasa-kuasa besar yang lain terus melakukan sekatan
ekonomi terhadap negara Palestin dan hai ini menyebabkan rakyat Palestin pada
hari hidup dalam keadaan yang miskin malahan hanya mampu menunggu
pertolongan daripada negara-negara luar terutamanya negara anggota Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC). Keadaan ekonomi Palestin yang tidak maju adalah kerana
berlaku perang.Hal ini menyebabkan majoriti rakyatnya menganggur kerana tidak
mempunyai peluang pekerjaan disebabkan kerana negara yang tidak pernah aman.
Menurut laporan Harian Metro, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Palestin, Jawad Naji
berkata, sebarang rundingan untuk membangunkan ekonomi Palestin tanpa
menamatkan sekatan Israel tidak akan membawa sebarang makna.

1.2.3 Kesan Terhadap Pendidikan Di Malaysia


1.2.3.1 Kesan Konflik Bosnia-Herzegovina Terhadap Pendidikan Di Malaysia
Melalui

Konflik

Bosnia-Herzegovina,

kita

dapat

melihat

kepentingan

pendidikan di sesebuah negara.Oleh itu, untuk mengelakkan peristiwa seperti konflik


Bosnia-Herzegovina kerajan telah mewajibkan semua rakyat di Malaysia berhak
untuk mendapatkan peluang pendidikan.Hal ini kerana manusia yang mendapat
pendidikan mempunyai fikiran yang berbeza dengan manusia yang tidak
pendidikan.Contohnya, manusia yang berpendidikan mereka akan menjaga
kepentingan orang lain tanpa mengabaikan kepentingan diri tetapi manusia yang
tidak berpendidikan maka mereka akan hanya menjaga kepentingan diri sahaja
bagai enau di dalam berlukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Walaupun mereka mengetahui tindakan yang mereka laksanakan akan
menyusahkan orang lain tetapi mereka tidak peduli.Bagi mereka kepentingan
mereka adalah paling kepentingan berbanding dengan kepentingan orang lain.Oleh
itu, mereka akan menganbil tindakan dengan mengikut nafsu sendiri.
Selain itu, kita juga dapat melihat betapa pendidikan moral dan sivik di
sesebuah negara.Hal ini disebabkan kerana pendidkan moral dan sivik akan
mengajar murid-murid bagaimana menghormati seseorang, toleransi, bertolak ansur

dan sebagainya.Punca-punca konflik Bosnia-Herzegovina berlaku adalah sikap


golongan Serb yang berhasrat menguasai semua etnik di Yugoslavia. Hal ini telah
mencetuskan konflik ini.Jika mereka diterapkan nilai toleransi dan bertolak ansur
maka negara mereka juga akan menikmati keamanan.
Sebenarnya Malaysia telah berlaku satu peristiwa yang seperti Konflik
Bosnia-Herzegovina tapi tidak begitu serius yang telah melibatkan perhatian
antarabangsa. Peristiwa ini ialah peristiwa 13 Mei.Peristiwa ini merupakan satu krisis
perkauman yang terbesar di negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu
Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu memakan korban yang besar iaitu
seramai 196 orang mati, dan 149 orang cedera.Melalui peristiwa ini kerajaan telah
sedarkan bahawa sesebuah negara dapat mengekalkan keamanan sekiranya
semua kaum perpaduan.

KESIMPULAN
Melalui konflik Bosnia-Herzegovina, Malaysia telah mendapat banyak
pengajaran.Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai kaum.Oleh itu,masyarakat
harus sedar akan tanggungjawab masing-masing agar kelestarian hidup yang aman
akan berterusan dan konflik seperti Bosnia-Herzegovina tidak akan berlaku di
Malaysia jika setiap masyarakat melaksanakan tugas masing-masing. Bukan itu
sahaja kita juga tidak mahu keharmonian masyarakat kita dicabul oleh kuasa-kuasa
asing bagi menjatuhkan negara Malaysia yang tercinta.

1.2.3.2 Kesan Konflik Israel-Palestin Terhadap Pendidikan Di Malaysia


Isu Israel-Palestin yang berlaku sehingga ke hari ini secara tidak langsung
juga turut memberi kesan ke atas pendidikan di negara kita. Isu ini boleh
diklasifikasikan sebagai suatu isu politik. Namun, pelajar-pelajar negara kita
nampaknya mudah terpengaruh dengan isu tersebut sehinggakan mereka tidak
sedar sama ada umur mereka itu layak untuk membincangkan isu politik ataupun
tidak. Bukan sekadar itu sahaja, pelajar-pelajar yang melibatkan diri secara tidak
langsung terhadap isu ini juga turut membawa fahaman masing-masing dan
akhirnya akan membawa kepada perbalahan.
Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah pelajar yang menyokong
tindakan Israel dan juga terdapat segelintir pelajar yang menyokong Gaza atau
Palestin. Apabila mereka melibatkan diri secara aktif dalam isu ini melalui
perhimpunan-perhimpunan mahupun perbalahan idea melalui media sosial, ini
secara tidak langsung akan menjejaskan pelajaran mereka dan impian Malaysia
untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nampaknya adalah amat
sukar untuk dicapai.

Buktinya, pada tanggal 3 Ogos 2014 yang lalu seramai lebih daripada 50 ribu
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan, golongan
wanita, dan juga kanak-kanak telah menyertai suatu perhimpunan anjuran
Pertubuhan Viva Palestina dan Aqsa Sharif yang bertempat di Dataran Merdeka. Di
bawah panas terik matahari jam 3 petang, padang yang pernah bergema dengan
laungan Merdeka tersebut telah kembali bergema dengan laungan Free Palestin.
Gambar 14: Peserta perhimpunan yang majority terdiri daripada golongan pelajar
sekolah menengah dan universiti tempatan.

Peserta perhimpunan pada ketika itu baring di tanah untuk menunjukkan


kehilangan jiwa akibat ditembak bedilan tentera Zionis dan sebahagian daripada
mereka turut membawa sepanduk dengan slogan America stop funding the
genocide, Free Gaza, Save Gaza, Malaysia against Zionism, Demi Islam dan
We stand with Palestine. Penglibatan pelajar-pelajar negara Malaysia yang terdiri
daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti ini akan menjejaskan
pencapaian pendidikan di negara kerana asset-aset negara pada masa kini terus
dipengaruhi oleh isu semasa yang berlaku di dunia luar sehingga mengabaikan
pelajaran mereka.
KESIMPULAN
Konflik Israel dan Palestin yang berlarutan sehingga ke hari banyak memberi
pengajaran kepada penduduk dunia khususnya Malaysia. Malaysia merupakan
sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum merupakan suatu cabaran yang
agak berat yang perlu digalaskan oleh setiap penduduk kerana terdapat pelbagai
jenis budaya dan agama yang diamalkan. Sekiranya rakyat negara Malaysia tidak
memiliki dan mengamalkan nilai toleransi dalam diri mereka masing-masing,

nescaya negara Malaysia suatu hari nanti juga akan menghadapi konflik yang sama
seperti yang berlaku di Israel dan Palestin. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah
bersatu padu dan hapuskan sifat perkauman yang wujud dalam diri individu untuk
menjamin kesejahteraan hidup dan supaya Malaysia mampu menjadi sebuah
negara maju menjelang tahun 2020.

1.3 Isu dan Cabaran Pendemokrasian Di Mesir Serta Langkah-langkah Untuk


Mengatasi
1.3.1 Isu dan Cabaran Pendemokrasian Di Mesir
Mesir sedang melalui banyak konflik kerana lebih daripada hanya satu
bahagian. Bahagian-bahagian berpunca dari keperluan untuk mengenal pasti
komponen sosial yang berbeza untuk meramalkan pembolehubah politik dan sosial
mereka. Bahagian-bahagian seolah-olah bertembung dan bersilang kadang-kadang,
kerana mereka biasanya memperjuangkan kepentingan yang berbeza, namun orang
biasanya memberi tumpuan kepada satu dan mengabaikan yang lain kerana ia
berfungsi kepentingan mereka.
Ada yang cuba untuk memaksa Ikhwan Islam dan bukan Ikhwan bahagian ke
masyarakat Mesir. Matlamat mereka adalah untuk mendalamkan polarisasi
kehidupan politik di Mesir supaya Ikhwan menjadi satu kuasa jahat dan lawan
mereka, lelaki yang baik. Jika sesiapa cuba untuk berbeza daripada salah satu
daripada dua pasukan, mereka dengan cepat dilabel sebagai tergolong dalam ruang

"kelima". Tuduhan ini telah menjadi kebiasaan bagi banyak entiti demokrasi kerana
mereka cuba untuk berdiri dengan penyokong negara polis.
Sementara itu, Ikhwan cuba untuk mengubah bahagian ini dengan
melabelkan diri mereka sebagai yang baik dan lain-lain sebagai jahat. Entiti
demokratik, di sisi lain, membahagikan kehidupan politik kepada tiga bahagian:
penyokong negara polis, penyokong negeri Islam itu dan penyokong negara
demokratik awam. Bahagian lagi kehidupan politik Mesir juga boleh bersama-sama
orang-orang yang mahu sebuah negara demokratik dan mereka yang ingin sebuah
negara menindas.
Penyokong sebuah negara Islam termasuk Ikhwan dan Salafi Islam. Mereka
berjaya mencapai kuasa, tetapi dengan cepat dikalahkan. Kegagalan mereka bukan
disebabkan oleh sifat bukan agama rakyat, tetapi kerana amalan tidak adil mereka di
atas tanah. Entiti demokratik dapat membatalkan Ikhwan dalam dua aspek, melalui
golongan elit dan di atas tanah, dengan rakyat. Amalan menindas mereka termasuk
lulus Perkara 219 dalam Perlembagaan 2012, yang meletakkan pihak berkuasa
yang tidak dipilih di atas semua pihak berkuasa lain. Amalan mereka di bandarbandar kecil dan kawasan miskin adalah sebab di sebalik kemarahan rakyat kerana
mereka bertukar menjadi kumpulan mazhab cuba untuk menguasai mana-mana
sumber kuasa di kawasan kejiranan atau bandar dan juga mengawal tingkah laku
seharian rakyat. Penyokong negara polis termasuk tiga kumpulan: mereka yang
ingin penindasannya adil (iaitu mimpi pengklonan Abdel Nasser), mereka yang
panjang untuk zaman Al-Habib Al-Adly, dan mereka yang memperjuangkan
pembaharuan pentadbiran atau kumpulan Gamal Mubarak.
Penyokong negeri demokrasi termasuk tiga buah sekolah utama pemikiran
yang telah wujud sejak Perang Dunia Kedua: yang berhaluan kiri, yang Nasserites,
dan liberal. Selepas 25 Januari, mereka disertai oleh satu kuasa politik baru dan itu
adalah kumpulan sosial-demokratik. Jika tentera tidak menyebelahi negara polis sesuatu yang tidak berlaku lagi, kerana mengikut sentimen popular - kemudian
cabaran yang dihadapi oleh entiti demokrasi adalah perpaduan. Dalam erti kata lain,
cabaran adalah berkaitan dengan bagaimana berdedikasi mereka adalah untuk
projek demokrasi. Beberapa pihak, terutama yang berhaluan kiri, seolah-olah
menyebelahi idea membawa kembali Abdel Nasser, penindas adil. Sebaliknya,

beberapa liberal cenderung ke arah negara polis itu dalam keadaan ketakutan
peremajaan aktivisme sosial, yang akan membawa kepada penurunan dalam
keuntungan untuk peringkat yang lebih tinggi daripada masyarakat. Bahagian ini
boleh menjejaskan perpaduan ucapan politik demokrasi.
Di samping itu, satu lagi cabaran adalah untuk menyedari betapa kuat dan
berapa berpengalaman mereka berada dalam dialog dengan kuasa-kuasa politik
yang lain. Pergerakan demokrasi memainkan peranan yang penting dalam
mengumpul tandatangan Tamarod. Namun, beberapa penyokong negara polis
adalah cepat untuk mengusir entiti demokratik dari arena politik, hanya untuk
menyedari keperluan mereka untuk gerakan untuk menjual orang-orang di
perlembagaan baru. Pergerakan demokrasi masih mempunyai kredibiliti dengan
rakyat walaupun usaha pihak keselamatan 'untuk mencemarkan entiti demokratik
melalui rakaman bocor dan kempen media negatif.
Cabaran-cabaran lain termasuk kekurangan pemimpin politik mengalami
demokratik berhubung dengan bilangan pemain politik di tempat kejadian. Walaupun
kemasukan darah baru dalam parti-parti demokratik, ini juga merupakan masalah
kerana ia meletakkan orang yang tidak berpengalaman menerajui penyertaan politik.
Ini adalah tambahan kepada kekurangan dana kewangan dan sumber-sumber dan
capaian yang tidak rata pergerakan demokrasi di governorates dan kelas
sosioekonomi yang berbeza.

1.3.1.2 Langkah-langkah untuk mengatasi


Langkah untuk mengatasi adalah menggubal perlembagaan dan undangundang demokrasi dengan tidak mengabaikan kepentingan semua rakyat di
Mesir.Contohnya,melalui

kedaulatan

pembaharuan

undang-undang

untuk

memastikan bahawa perundangan, eksekutif dan penyeliaan bersama kehakiman


dan semak dan imbang bersama. Pembaharuan seperti menganalisis mematuhi
prinsip-prinsip undang-undang dan politik, memantau tingkah laku pegawai-pegawai
kerajaan, meminta mereka untuk mematuhi integriti, dan mesti melindungi hak-hak
dan kebebasan rakyat biasa.
Selain itu,perlembagaan dan undang-undang yang diubal tidak akan
memberat sebelah pihak-pihak mana. Ia perlu adalah adil kepada semua rakyat di
Mesir. Contohnya, hak-hak dan kebebesan rakyat biasa adalah semua sama tanpa

mengambil kira kaum dan agama.Jika konsep dapat dipupuk maka pentadbiran
demokrasi baru boleh dilaksanakan.
Rakyat Mesir harus faham bahawa untuk membasmi autoritarian dan rasuah
agensi, mereka perlu mewujudkan mekanisme yang sesuai dan mengambil langkahlangkah untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan semula yang dijalankan
pembaharuan. Mereka juga perlu mengawal emosi mereka, tidak lebih seronok
dalam kemenangan Mubarak digulingkan.Mereka perlu sedarkan bahawa negara
mereka boleh menjalankan pentadbiran demokrasi sekiranya mereka berkerjasama
baik dengan kerajaan.
Selain itu, semua lapisan masyarakat Mesir

termasuk angkatan patriotik,

masyarakat awam, aktivis sosial dan intelektual perlu mengetahui dua perkara iaitu
Mubarak autoritarian tidak akan berakhir dengan pengusiran keluarga berakhir dan
masalah asasnya tidak akan menyelesaikan walaupun meletakkan sesetengah
orang yang melambangkan rasuah dan penindasan rakyat ke dalam penjara.
Di samping itu, negara-negara lain yang mengamalkan pentadbiran
demokrasi boleh memberi pandangan tentang bagaimana menguruskan sesebuah
negara. Negara-negara lain juga boleh berkerjasama untuk cuba mencipta sebuah
strategi pentadbiran yang sesuai dengan negara mesir untuk mentadbir kerana
pemimpin-pemimpin negara lain mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk
menguruskan negara demokrasi berbanding dengan pemimpin Mesir yang baru
hendak menjalankan pentadbiran demokrasi.

Tugasan 2: Penulisan Refleksi-Individu


Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.Saya Chang Hui Yi, guru pelatih
dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, unit PPISMP Sejarah,Semester 1
ambilan JUN telah diberi kerja kursus bagi mata pelajaran Cabaran Dan Isu Semasa
Dunia.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihakpihak yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa
melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah mempelajari banyak perkara semasa
melaksanakan kerja kursus ini.
Terdapat tujuh sub-tugasan yang diberikan iaitu definisi demokrasi daripada
pelbagai tokoh, ciri-ciri demokrasi,konflik yang berlaku di negara Eropah dan Timur
Tengah,kesannya

terhadap

pendidikan

di

negara

kita,isu

dan

cabaran

pendemokrasian di Mesir serta langkah-langkah untuk mengatasinya.


Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus ini
adalah terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya memahami seperti
maksud demokrasi, konflik di negara Eropah dan Timur Tengah.Sememangnya
semua maklumat dapat dicari dan dirujuk di dalam buku rujukan dan internet, namun

untuk menjawab soalan dengan lebih jelas maka saya perlu memahami konflik yang
telah berlaku terlebih dahulu.
Pada saat ini,saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan
segala tugasan mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada saya walaupun
pada mulanya saya berasa amat bimbang

kerana tidak memahami kehendak

soalan kerja kursus kerana terdapat banyak sud tajuk dan saya tidak tahu hendak
memilih sub tajuk mana serta saya tidak pernah membuat kerja kursus seumpama
ini.
Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari banyak maklumat
daripada pelbagai sumber agar saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.Selain itu, saya juga pergi perpustakaan untuk mendapatkan maklumat
yang lebih lanjut dan terperinci tentang tajuk tugasan ini. Hal ini telah membantu
saya berkemampuan untuk menguasai topik tugasan kajian ini dengan lebih
mendalam.
Seterusnya,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
Cabaran dan Isu Semasa Dunia saya, En. Muhammad Ridzuan Bin Idris kerana
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sudi menjawab setiap
persoalan-persoalan yang dikemukakan olehnya.Keterangan yang diberikan oleh
beliau amat jelas dan telah membantu banyak dalam tugasan ini.
Selain itu, saya juga menghadapi pelbagai kekangan semasa pelaksanaan
kerja kursus ini. Antaranya ialah gangguan dari segi talian internet.Semasa saya
melayari laman sesawang,talian hubungan internetnya akan tiba-tiba putus dan akan
mewujudkan perkataan limited, ia bermaksud saya tidak dapat melayari internet
lagi.Hal ini telah menyebabkan saya terpaksa pergi membeli satu boardband untuk
melayari internet.Saya perlu menggunakan boardband itu dengan jimat kerana
takut akan habis sebelum saya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, halangan yang saya menghadapi ialah
Ketika membuat kerja kursus ini saya telah banyak mempelajari pengertian sejarah
dan apakah sebenarnya maksud sejarah.Saya juga mengetahui lebih mendalam
tentang sumber-sumber sejarah yang hendak digunakan dalam sesuatu kajian
ataupun penyelidikan untuk menghasilkan karya yang berkauliti.Seterusnya, saya

juga mengetahui apa itu metodologi, sebelum ini saya tidak pernah mendengar
perkataan ini tapi sekarang saya telah mengetahui metodologi merupakan sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan,
disiplin.Saya

juga

memahami

kepentingan

kritikan

sumber

sejarah

untuk

menghasilkan karya yang berkualiti.


Melalui kerja kursus ini, saya telah mengetahui kepentingan mengatur masa dengan
bijak kerana saya juga perlu menyiapkan kerja kursus lain pada masa yang
sama.Hal ini merupakan kali pertama saya menyentuh kerja kursus yang begitu
banyak dan saya masih belajar bagaimana mengatur masa dengan bijak agar saya
dapat menyiapkan semua kerja kursus tapi saya telah gagal dalam mengatur masa
untuk menyiapkan kerja kursus pada kali ini dan lain kali saya tidak akan gagal lagi.
Saya akan mengehadkan sendiri perlu menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang
telah ditentukan olehnya agar saya dapat menyiapkan kerja kursus lain dengan
membaut satu jadual.