Anda di halaman 1dari 247

Penggal 3: Sejarah Malaysia 940/3

1.1 Sistem Beraja dan Pembesar


1.1 Institusi Pemerintahan (Raja dan Pembesar)
Soalan 1: Jelaskan konsep dan Peranan Raja dalam pemerintahan di Negeri-negeri
Melayu sebelum campur tangan British.
Pengenalan
Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri
Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam
sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing.
Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa
dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera
pentadbiran Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan
luas dalam politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.
Isi-isi penting:
1

Konsep

Biasanya raja akan mendirikan pusat pemerintahan dan pentadbiran di muara sungai dan
kuasa baginda terhad di kawasan diraja tersebut. Dari segi teori, raja dikatakan mempunyai
kuasa mutlak. Akan tetapi, kekuasaan politik sebenarnya dipegang oleh pembesar daerah.
Raja sangat bergantung kepada pembesar untuk menjamin kedudukan, kewibawaan, dan
kekuasaan. Misalnya, pembesar di perak berkuasa melantik bakal sultan yang disukai dan
menyingkirkan calon tidak disukai.

Dari segi realiti, terdapat pembahagian kuasa dalam kalangan pembesar daerah di
sesebuah negeri. Raja menjadi lambang perpaduan rakyat dan baginda menjalankan tugas
yang lebih berat kepada hal ehwal keagamaan dan adat istiadat Melayu. Sebenarnya,
baginda tidak memainkan peranan penting dalam sistem politik negeri kecuali di kawasan
diraja. Namun, raja diiktiraf sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat dan harus dihormati
oleh segenap lapisan masyarakat.

Peranan dari aspek Politik

a.

Sebagai Ketua Kerajaan.

Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran
negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak
sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesar tidak boleh membantah perintah
sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan.
Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun
bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal
undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak
mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar.

b.

Melantik Pembesar.

Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar
negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan
pembesar-pembesar yang lain. Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja
akan menerima sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya.
Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar
berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan
lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar hanya
menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa melantik pembesar,
baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar.

c.

Menentukan Hubungan Diplomatik.

Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai
ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh
sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan
campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para
pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada
perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan pada pembesar.
Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir
dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah
payah untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di
Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.
d.

Ketua Pertahanan.

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan,
sultan akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan
negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab
menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negerinegeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang.
Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan
tentera Negeri-Negeri Selat sahaja. Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua
tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang saudara yang berlaku antara tahun
1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di
Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan
pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.
2.
a.

Peranan dari aspek Ekonomi


Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi.

Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan.
Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut

cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta
mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya.
Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada
Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai
Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat
bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.
b.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah.

Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa
dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah
membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng
pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.
Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi
juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem
ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu,
kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status
sosial dalam kalangan rakyat.
3.
a.

Peranan dari aspek Sosial


Lambang dan memelihara perpaduan negeri.

Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat
pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya.
Pembesar-pembesar daerah merupakan pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering
berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering
juga menentang sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah
mereka.
b.

Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu.

Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan
dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu.
Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri
dan seluruh tanah jajahannya.
Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama
Islam di Tanah Melayu. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa,
sultan akan mengadakan majlis jamuan.
Kesimpulan
Sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi
mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang
raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan.

Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik,
ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat
istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.

Soalan 2: Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan


British di Tanah Melayu.
Pengenalan
Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri
Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam
sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing.
Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa
dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera
pentadbiran. Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British
dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.
Isi-isi Penting:
Pentdbiran Peringkat Negeri
Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/
raja/ yang di Pertuan Besar

Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar.


Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri.
Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan
di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang.

Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota


Perlantikan sultan/raja sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu
seperti Sistem penggantian bergilir di Perak dan dilantik oleh Undang Berempat di N.S

Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena
tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa dalam,warna, alat-alat kebesaran, alat muzik
dan cop mohor.
Pentdbiran Peringkat Daerah

Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah
daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan Pembesar yang
bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan dan Pembesar yang bekerja atau
mentadbir daerah di luar istana. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan dan merupakan
individu yang paling taat setia kepada sultan/ raja - contoh Long Jaafar ( Larut ) - Dato
Maharaja Lela ( Pasir Salak )

Tugas-tugas pembesar daerah Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada


cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar, Menyediakan tentera, Menyediakan
kerahan tenaga, Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya,
Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann
jenayah dan Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.
pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di
kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.
Pentdbiran Peringkat Kampung
Unit pentadbiran paling kecil yang Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada
kalangan keluarga baik-baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah
oleh sultan.
Tugas-tugas penghulu: Memungut cukai, Menjaga keamanan kampung, Mengendalikan
dan menyelesaikan masalah yang timbul, Membekalkan tenaga tentera semasa
peperangan, Mendapatkan tenaga buruh dan Memastikan rakyat di kampungnya taat setia
kepada Sultan.
Kesimpulan
Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu
sistem pentadbiran yang sistematik Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami
perubahan drastik selepas campurtangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja
dan pembesar-pembesar Melayu.
Soalan 3: Jelaskan konsep dan hierarki pembesar pada abad ke-19
Pendahuluan
Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat melayu tradisional mempunyai system pemerin
tahan yang teratur. Asas kepada sesebuah kerajaan itu ialah Raja dan raja itu menjadi
tonggak kepada sesebuah kerajaan melayu.
Institusi beraja dalam masyarakat melayu bermula dengan kemasukan pengaruh hindu kea
lam melayu yang meresap ke dalam kehidupan masyarakat tempatan. Namun ini bukanlah
bermakna sebelum kedatangan pengaruh hindu, masyarakat melayu tidak mempunyai
sistem pemerintahan.
Isi-isi penting
1.

Konsep

Merupakan golongan yang menduduki lapisan selepas raja dalam hierarki masyarakat.
Membantu sultan dalam melaksanakan pentadbiran di peringakat tertentu.
Pembesar di institusi pemerintahan peringkat daerah ialah pembesar daerah. Pembesar
daerah dibahagikan kepada beberapa lapisan yang mencerminkan kedudukan,
keistimewaan, dan kuasa mereka dalam sistem politik dan masyarakat.

Pembesar dilantik terus oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Sistem pembesar
digubal berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini didahului oleh empat orang
pembesar yang utama, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana.

2.

Hierarki
Bendahara

menasihati sultan dalam pemerintahan dan memangku jawatan sultan ketika baginda diluar
negeri, merangka, mengubal dan melaksana dasar-dasar kerajaan.
Bendahara pemerintah tertinggi angkatan tentera.
Temenggung
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan negeri terutamanya tentang keamanan
dan keselamatan negeri dan rakyat.
Memastikan undang-undang kerajaan dilaksanakan dengan teratur.
Laksamana
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan negeri terutamanya tentang keamanan
dan keselamatan negeri dan rakyat di kawasan laut dan perairan negara
Memastikan undang-undang kerajaan dilaksanakan dengan teratur khususnya berkenaan
dengan undang-undang laut, pelabuhan, keselamatan pedagang luar dan dalam negeri.
Penghulu Bendahari
Penghulu bendahari menjadi ketua pemegang khazanah dan harta kerajaan, mengawasi
syahbandar, bendahari, dan menyimpan daftar segala hamba.
Pembesar-pembesar yang lain
Pembesar Empat di bantu oleh Pembesar Lapan yang lebih rendah tarafnya. Pembesar
Berlapan di bantu oleh Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
Sistem Pembesar di Perak berasaskan kepada sistem Empat Lipatan dengan gelaran
pembesar negeri dibahagikan kepada empat peringkat iaitu, Orang Besar Empat, Orang
Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas, dan Orang Besar Tiga Puluh Dua. Orang besar
lapan dan orang besar enam belas mempunyai bidang kuasa sama seperti orang besar
empat Cuma kuasa mereka terhad dalam kutipan cukai, pengadilan, dan pentadbiran.
Orang besar raja merupakan sekumpulan pembesar yang penting semasa berlakunya
peperangan.
Di selangor, jawatan pembesar ialah Tok Penggawa Permatang, Tok Kelang, Dato Naga,
dan Dato Menteri. Di negeri Sembilan mengamalkan Adat perpatih, dibahagikan kepada
beberapa daerah yang dipanggil Luak. Ketua bagi setiap Luak bergelar undang berempat
ketua bagi luak-luak lain dipanggil penghulu.

Sistem pembesar di Pahang mempunyai seorang Bendahara, penghulu Bendahari, dan


temenggung. Orang berempat di Pahang digelar Orang Besar Indera Maharaja Perba Jelai
atau tok Raja, Orang kaya indera segera temerloh, orang kaya pahlawan chenor dan orang
kaya indera syahbandar.
Dalam sistem pembesar di Kelantan, terdapat gelaran seperti ;Tuan dan Wan. Pembesar
yang menggunakan gelaran perdana menteri merupakan pembesar yang utama dalam
sistem politik.
Penutup
Sistem pemerintahan sesebuah negeri dibahagikan kepada 3 unit politik. Unit politik terbesar
ialah negeri yang diketuai oleh raja atau sultan atau Yang Dipertuan Besar. Baginda
merupakan ketua kepada negeri itu secara keseluruhan.
Unit politik seterusnya ialah daerah atau jajahan. Unit politik ini diketuai oleh seorang
pembesar daerah yang bukannya dari golongan kerabat diraja.
Soalan 4: Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.
Pengenalan
a.

Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas sultan. Merupakan


sekumpulan pegawai yang membantu sultan atau raja menjalankan pentadbiran di peringkat
negeri dan daerah. Sistem pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan
sistem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka.
Diamalkan di negeri Melayu seperti Pahang, Perak, Selangor dan Johor. Sistem pembesar
di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain kerana dipengaruhi oleh Adat
Perpatih.

b.

Pembesar merupaka orang kedua penting selepas sultan penasihat utama sultan. Mereka
adalah orang yang sangat taat dan menjadi orang kepercayaan sultan. Diberi surat tauliah,
sebilah pedang, cop mohor dan daerah pegangan
Isi Penting:

1.

Peranan Pembesar Sebelum campurtangan British

Sebagai pemangku sultan ketika sultan keluar negeri


Ketua pentadbir awam dalam semua urusan pentadbiran negeri. Menjadi tunggak sesebuah
negeri bagi membantu sultan melicinkan urusan Pentadbiran dan pemerintahan.
Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perhubungan luar negara

Mengetuai angkatan tentera semasa peperangan dan Ketua tentera laut dan
mempertahankan negara daripada serangan musuh dari laut

Ketua polis dan menjaga keselamatan


Menjaga perbendaharaan negara dan mengawasi pungutan cukai
Ketua adat istiadat dan upacara rasmi istana terutama jamuan

Mengadili dan menghakimi kes-kes jenayah dan sivil kecuali hukuman bunuh
2.

Peranan Pembesar Selepas campurtangan British

Hilang kuasa dan hak untuk memungut cukai kerana diambil alih oleh Residen atau wakil.
Hilang sumber pendapatan utama. British memberi elaun/ gaji sebagai ganti rugi
Hilang kuasa politik sebagai penasihat sultan dalam Majlis Penasihat sultan
Hilang kuasa kehakiman ,diambil alih oleh Majisteret
Hilang kuasa mentadbir wilayah yang diambil alih oleh Pegawai Daerah British

Penghulu merupakan pegawai bergaji dan boleh dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke
kampung lain. Hak dan tanggungjawab penghulu tertakluk di bawah undang-undang negeri
Kesimpulan

Berlaku penentangan kerana pembesar tidak puas hati seperti penentangan Dato Maharaja
Lela di Perak, Dato Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan lain-lain. Walaupun
hilang hak dan kuasa dalam politik, masih lagi berpengaruh, dihormati dan menjadi sumber
rujukan utama para pengikut dan masyarakat.
Soalan 5: Huraikan peranan pembesar pada abad ke-20 sebelum kedatangan British.
Pendahuluan

Pembesar merupakan golongan yang menduduki lapisan selepas raja dlm hierarki
masyarakat. Mereka membantu Sultan atau Yang Dipertuan Besar dlm melaksanakan
pentadbiran di peringkat tertentu. Namun,mereka bukan golongan keturunan diraja.

Pembesar di institusi peringkat daerah atau jajahan ialah pembesar daerah


Isi-isi penting
1.

Peranan dari aspek Politik

Pembesar yang menduduki hairaki yang kedua ini juga dianggap sebagai orang kanan raja
atau sultan.Pembesar seperti bendahara misalnya mempunyai kuasa untuk menasihati raja
atau sultan dalam melaksanakan pemerintahannya.Sultan Abu Bakar yang memerintah
Johor telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam pentadbiran negeri.
Pembesar juga bertugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman terhadap
kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil. Pembesar peringkat daerah dan kampung juga
bertanggungjawab menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah kecuali
hukuman mati.
Pembesar juga berkuasa melantik bakal pengganti atau menentukan putera mahkota,
menentukan bakal permaisuri dan menentukan lokasi istana. Di negeri Sembilan, empat
orang Undang dari Sungai Ujong, Rembau, Jelebu dan Johol berhak melantik sesiapa
sahaja daripada kerabat diraja untuk menjadi Yam Tuan Besar.

Malahan, terdapat juga pembesar-pembesar peringkat istana yang terlibat secara langsung
dalam penggubalan undang-undang negeri. Pembesar peringkat istana seperti Penghulu
Bendahari pula berperanan penting dalam hal ehwal istana terutama dalam adat-istiadat
diraja. Penghulu Bendahari juga akan mengetuai upacara adat-istiadat istana dan diraja.
Biasanya, pembesar-pembesar akan dianugerahkan daerah pentadbiran masing-masing.
Sebagai contohnya, Ngah Ibrahim telah dianugerahkan kawasan pegangan yang menjadi
kawasan pemakanannya di Daerah Larut, Perak. Tanggungjawab mereka sangat besar
terhadap daerah jajahannya. Mereka akan memastikan keamanan,kesejahteraan dan
kebajikan semua penduduk dalam daerah jajahannya. Mereka juga akan melaporkan
kepada sultan berkaitan dengan semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya.
Malahan segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada anakanak buahnya dalam daerah jajahannya. Pembesar daerah dan kampung juga
bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal peperangan, ketenteraan dan
pertahanan.Mereka menyedia dan membekalkan tenaga tentera untuk mempertahankan
negara dan memperluaskan wilayah. Pembesar daerah memperoleh hak memerintah
sesebuah kawasan melalui surat tauliah daripada sultan atau Yang Dipertuan Besar.
Kawasan pentadbiran pembesar ini dikenali sebagai kawasan pegangan yang merupakan
anugerah daripada sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka atau menjadi
pentadbir daerah atau jajahan.
Pembesar memainkan peranan penting dlm bidang politik. Mereka merupakan golongan
yang memonopoli segala kuasa politik dlm kerajaan sehingga mempunyai kuasa utk
melantik raja. Misalnya, empat orang Undang di Negeri Sembilan Undang Jelebu, Undang
Rembau, Undang Johol dan Undang Sungai Ujong akan melantik Yang Dipertuan Besar.
Pada pertengahan abad ke-19, peranan pembesar semakin menonjol dan mereka
mempunyai cap mohor sendiri dlm melaksanakan tugas. Mereka mempunyai hubungan erat
dgn rakyat. Oleh demikian, pembesar ibarat Jambatan yang menghubungkan rakyat dgn
pemerintah. Pembesar juga berperanan dalam menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes
jenayah di daerah mereka. Namun,hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan.
2.

Peranan dari aspek Sosial

Golongan pembesar menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat.Titah perintah raja
juga akan disampaikan kepada rakyat melalui pembesar.Biasanya pembesar peringkat
kampung merupakan pembesar yang paling rapat dengan rakyat jelata.Selain menjaga
kebajikan rakyat,pembesar juga akan memastikan mereka taat setia kepada
sultan.Pembesar juga akan mengerahkan rakyat untk menjadi buruh secara percuma bagi
membina istana,membuka tanah dan membina kapal. Golongan pembesar juga wajib
melaksanakan istiadat menjunjung duli kepada raja dengan bersedia memberi khidmat
kepada raja apabila diperlukan.Istiadat ini akan dilakukan di balairung seri apabila
menghadap dan menyembah sultan.
Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dan memastikan seluruh
masyarakat di kawasannya taat sultan.
Pembesar menjadi hakim dlm sesuatu perbicaraan bagi menyelesaikan perselisihan anak
buah di daerah jagaanya.

Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh utk membina istana baharu, kapal utk
sultan, panggung atau pentas serta perhiasan istana utk sesuatu perayaan. Pembesar
melaksanakan tugas tersebut melalui sistem kerah di kawasannya.
3.

Peranan dari aspek Ekonomi

Para pembesar seperti syahbandar pula bertanggungjawab untuk memastikan urusan


perdagangan dalam negeri berjalan lancar.Mereka menentukan timbangan dan sukatan
yang betul.Mereka juga memastikan kebajikan dan keselamatan golongan pedagang di
gudang dan pelabuhan-pelabuhan. Malahan penggunaan mata wang dalam urusan
perdaganagn akan dipantau oleh pembesar. Laksamana pula akan bertanggungjawab
menjaga perairan daripada pencerobohan lanun dan keselamatn para pedagang di perairan.
Dari segi ekonomi, pembesar lebih berkuasa daripada sultan. Mereka menguasai hasil
perlombongan bijih timah dan menjalankan kegiatan perlombongan melalui sistem serah
dan sistem kerah. Mereka memperoleh sumber pendapatan lumayan yang mampu menyara
anak buah mereka. Didapati bahawa ada dlm kalangan pembesar yang lebih berkuasa dan
berwibawa di daerah masing-masing berbanding dgn sultan.
Para pembesar juga membantu membangunkan ekonomi negeri. Mereka memastikan
urusan perdagangan dlm negeri berjalan lancar. Mereka menentukan timbangan dan
sukatan yg betul. Misalnya, Jemaah Menteri Perbendaharaan di Kelantan mengendalikan
harta benda dan hasil mahsul negeri. Pembesar juga menjalankan kegiatan perdagangan
tetapi dgn izin sultan. Namun, mereka tdk terlibat secara langsung kerana mereka hanya
mengeluarkan modal. Urusan perdagangan dijalankan oleh wakil-wakil yang dilantik.
Pembesar berperanan sebagai pemungut cukai bagi pihak sultan. Mereka diberi surat
tauliah oleh sultan untuk memungut cukai. Pembesar Daerah dan kampung juga akan
memastikan semua rakyat dalam daerah kekuasaannya akan membayar cukai bagi pihak
sultan.Contohnya,di negeri Perak, pembesar mengenakan cukai terhadap barangan yang
dibawa melalui Kuala Kinta.$12.50 sen bagisetiap pikul kulit haiwan dan $ 4.00 untuk setiap
bahara bijih timah. Setiap tahun pembesar akan menghantar Orang Kaluruntuk melawat
kampung bagi mengutip cukai sebanyak 50 sen bagi satu keluarga sebaga tanda
kekuasaan bendahara. Lazimnya, sebahagian daripada hasil pungutan cukai akan
digunakan dan sebahagian lagi akan diserahkan kepada sultan sebagai lambing kesetiaan.
Para pembesar juga menguasai sumber ekonomi seperti hasil galian dan hasil hutan serta
hasil eksport yang lain.Mereka menggunakan tenaga serah dan kerah untuk memperoleh
hasil-hasil tersebut. Terdapat juga pembesar yang melibatkan diri dalam kegiatan
perdagangan. Walaupun begitu mereka tidak terlibat secara langsung sebaliknya menjadi
pengeluar modal dengan izin sultan.Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh
wakil-wakilnya atau orang kiwi.
Penutup
sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu ,golongan pembesar Melayu
mempunyai kuasa politik,ekonomi dan sosial yang tiada batasnya.Namun kekuasaan
mereka tidaklah melebihi kekuasaan raja atau sultan.Peranan mereka sangat penting dalam
sistem politik Melayu. Namun,campurtangan British secara rasmi pada tahun 1874 dan

pengenalan sistem residen telah menjejaskan kedudukan pembesar melayu dari aspek
politik, ekonomi dan sosial.
Sistem pemerintahan sesebuah negeri dibahagikan kepada 3 unit politik. Unit politik terbesar
ialah negeri yang diketuai oleh raja atau sultan atau Yang Dipertuan Besar. Baginda
merupakan ketua kepada negeri itu secara keseluruhan. Unit politik seterusnya ialah daerah
atau jajahan. Unit politik ini diketuai oleh seorang pembesar daerah yang bukannya dari
golongan kerabat diraja. Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang
diperintah berperanan mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah.
1.2 Hukum adat dan Undang-undan
Soalan 6. Apakah yang dimaksudkan dengan hukum adat dan undang-undang dalam
masyarakat Melayu.
Pendahuluan

Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah
masyarakat secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum
atau undang-undang yang harus dipatuhi.
Undang-undang merujuk kepada peraturan tertentu yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota
dalam sesebuah masyarakat. Undang-undang berperanan sebagai panduan tentang
perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sesebuah masyarakat serta bentuk
hukuman yang bakal diterima jika sesuatu peraturan tidak dipatuhi.
a)

b)

c)
d)
e)
f)

Isi-isi penting
Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu, iaitu Adat
Perpatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini dipercayai berasal dari tempat yang
sama, iaitu Minangkabau, sebuah wilayah yang terletak di sebelah barat Pulau Sumatera,
Indonesia.
Kedua-dua hukum adat ini dalam bentuk tidak bertulis dan dihafal oleh ketua adat.
Pemisahan antara kedua-dua adat ini bermula apabila seorang pembesar di Sumatera
membahagikan pentadbiran kawasannya kepada dua orang anak lelaki beliau, iaitu Datuk
Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Ketemenggungan.
Undang-undang 99 Perak agak berbeza daripada undang-undang biasa kerana disusun
dalam bentuk dialog dan bukannya berasaskan kepada fakta dan fasal.
Undang-undang 99 Perak mempunyai pengaruh Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
Undang-undang ini mengandungi hampir semua perkara berkaitan hak pemerintah,
perhambaan, jenayah, harta, perkahwinan, dan pertelingkahan kecil.
Undang-undang ini dikatakan undang-undang yang paling bertimbang rasa dalam Adat
Temenggung. Undang-undang ini terdiri daripada 99 buah undang-undang yang
menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan satu himpunan undang-undang yang
menjadi perlembagaan asas bagi negeri Johor. Perlembagaan yang digubal pada 14 April
1895 dinamakan sebagai undang-undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895. Undangundang ini digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Penutup

Kewujudan hukum dan undang-undang membuktikan bahawa masyarakat tempatan telah


mempunyai satu sistem perundangan yang teratur untuk dijadikan panduan dalam
kehidupan mereka sebelum kedatangan penjajah.
Menerusi sistem perundangan ini, keamanan dan ketenteraman dapat dipelihara bagi
membolehkan golongan pemerintah dan rakyat menjalankan urusan masing-masing dengan

teratur. Jika timbul sesuatu masalah, mereka mempunyai undang-undang yang dapat
dijadikan panduan dan rujukan sebelum sesuatu tindakan itu diambil.
Soalan 7: Terangkan bentuk dan pelaksanaan Adat Perpatih.
Pendahuluan

Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah
masyarakat secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum
atau undang-undang yang harus dipatuhi.
Istilah Adat Perpatih berasal daripada gelaran Sultan Balun(Sutan Maharajo Bosa).iaitu
Datuk Perpatih Nan Sebatang.Hukum adat ini tidak bertulis dan dihafal oleh ketua
adat.Datuk Perpatih Nan Sebatang dikatakan mempunyai pendekatan yang berbeza dalam
beberapa perkara terutamanya cara mentadbirkan negeri,beliau lebih mengutamakan kaum
wanita dalam pemberian harta pusaka.Datuk Perpatih Nan Sebatang memerintah di sebelah
Pagar Ruyong sejak itu bermulalah tersebarnya resam dan amalan Adat Perpaatih iaitu
apabila orang Miangkabau berhijrah ke Tanah Melayu.Adat ini mulanya dibawa bersama
untuk diamalkan dan lama-kelamaan menjadi sebahagian adat resam masyarakat
tempatan.
Isi-isi penting:
Bentuk dan Pelaksanaan Adat Perpatih
Adat Perpatih merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak bertulis dalam
bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan kepada generasi
lain.Susunan hukum ini dikenali sebagai tambo atau kata perbilangan adat.Hukum adat ini
didasarkan kepada dua jenis sumber,iaitu resam dan adat turun-temurun,dan hukum syarak
yang diambil daripada mazhab Shafie.Kedua-dua sumber ini telah disesuaikan tetapi
biasanya hukum adat ini tidak mengatasi hukum syarak.
Adat Perpatih mengandungi susunan peraturan yang lengkap meliputi setiap sudut
kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan.Adat ini memberi panduan tentang
susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik,aturan kekeluargaan dan perkahwinan,
pembahagian harta,undang-undang jenayah serta hal ehwal kemasyarakatan.
Aspek Pemerintahan
Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan kedaulatan berada di
atas tangan rakyat.Pemerintahan dijalankan secara muafakat melalui wakil-wakil daripada
setiap suku.Pemerinthan mesti mematuhi undang-undang dan tidak boleh bertindak sesuka
hati.Tiada siapa yang boleh menguasai teraju pemerintahan secara mutlak kerana setiap
jawatan akan dilantik oleh jawatan lain.
Seseorang lelaki tidak mempunyai hak dalam mentadbir.Mereka yang melanggar adat akan
dibicarakan dan dihukum.
Ketua pentadbir dan pemerintah yang tertinggi ialah Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan
Besar (Raja). Ini diikuti oleh Undang. Lembaga, Buapak dan Anak Buah. Yamtuan dilantik
oleh empat Undang, Undang dipilih oleh Lembaga. Lembaga dipilih oleh Buapak dan
Buapak pula dipilih oleh Anak Buahnya.Ini bermakna sistem pelantikan mengikut Adat
Perpatih dibuat berasaskan peringkat dari bawah ke atas.
Aspek Kekeluargaan dan Perkahwinan
Adat Perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku yang membawa maksud
secara berkeluarga daripada sebuah keluarga yang besar.Setiap suku mempunyai
yang tersendiri untuk memudahkan mereka mengetahui pertalian darah antara satu
lain.Setiap suku dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil,iaitu Perut.Setiap
dipecahkan kepada Ruang dan setiap Ruang kepada Rumpun.

hidup
nama
sama
Perut

Susunan keluarga masyarakat berdasarkan matrileneal;di susur galur kepada keturunan


sebelah ibu.Hubungan antara anggota masyarakat sangat rapat dan dianggap
bersaudara.Adat Perpatih tidak membenarkan sesama suku kerana suku yang sama
dianggap bersaudara.Perkahwinan hanya dibolehkan dalam suku yang berbeza.Sistem ini
dikenali sebagai eksogami.
Aspek Pembahagian Harta
Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta
melalui keturunan wanita,iaitu daripada pihak ibu(sebagai pengasa kelurga)kepada anak
perempuan.Sekiranya ibu tidak mempunyai anak perempuan,harta akan diwariskan kepada
adik perempuan,anak adik-adiknya atau cucu-cucunya.
Harta pasangan suami isteri dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu Harta carian-harta
yang diperoleh oleh pasangan suami isteri sepanjang perkongsian hidup Mereka, Harta
dapatan-harta yang sedia dimiliki oleh isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian
harta kekal milik isteri, Harta pembawaan-harta yang sedia dimiliki oleh si suami sebelum
berkahwin dan Harta sebelah-harta asal kepunyaan suami dan isteri yang diberi oleh ibu
bapa sebelum mereka berkahwin.
Undang-Undang Jenayah
Hukuman dalam Adat Perpatih dilaksanakan dengan tujuan memperbaiki keadaan dan tidak
menghukum pealah.Pesalah dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan.Undang-undang
jenayah dalam Adat Perpatih lebih menekankan sifat bertimbang rasa.Seseorang yang
melakukan kesalahan didenda mengikut kesalahannya dan masa diberi ganti
rugu.Contohnya,hukuman atas kesalahan mencuri.Pesalah akan dihukum dengan
memulangkan barang yang dicuri atau membayar ganti rugi.
Kemasyarakatan
Adat menetapkan bahawa perbincangan antara anggota masyarakat harus dibuat terlebih
dahulu sebelum sesuatu perkara dilakukan.Tindakan menyelesaikan masalah teebut digelar
sebagai muafakat. Setiap anggota masyarakat harus bersikap bertimbang rasa serta
menekankan nilai-nilai yang menunjukkan tentang hidup bermasyarakat. Adat ini
menetapkan satu peraturan hidup yang berlandaskan kepentingan hidup bersama,
bergotong-royong, dan bekerjasama. Setiap anggota masyarakat dalam Adat Perpatih
dianggap mempunyai kebolehan dan kemampuan tertentu.
Apabila sesuatu yang diusahakan itu berjaya, adat tidak menekankan kepada kejayaan
orang perseorangan sahaja tetapi kejayaan kelompok masyarakat.Begitu juga sebaliknya
berlaku, semua anggota perlu menanggung kerugian atau kegagalan itu.
Penutup
Penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Tanah Melayu telah membawa masuk adat
Perpatih yang telah banyak membantu untuk mengurus dan mentadbir masyarakat Tanah
Melay
dengan
lebih
teratur
dan
sistematik.
Soalan 8: Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Temenggung.
Pendahuluan
Adat merujuk kepada peraturan tidak bertulis tetapi menjadi undang-undang yand diamalkan
oleh masyarakat secara turun-menurun sehingga menjadi hukum yang mesti dipatuhi oleh
semua masyarakat.
Undang-undang ini disebut hukum adat dan terdapat dua jenis hukum adat iaitu adat
perpatih dan adat temenggung yang mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan. Adat
Temenggung merupakan adat yang Berasal dari sumatera.
Isi-isi Penting:

Aspek Politik
1.
Sistem Pemerintahan
Bercorak autokratik dan kuasa tertinggi terletak di tangan raja atau sultan. Puncak struktur
politik ialah raja atau sultan menjadi Ketua pentadbir, agama dan simbol kedaulatan dan
perpaduan rakyat, diikuti oleh kerabat diraja, pembesar negeri dan daerah atau jajahan.
Mereka dilantik oleh raja dan memerintah sebagai wakil raja. Pembesar bertugas pada
peringkat mukim dan lapisan paling bawah ialah ketua kampung yang memerintah
kampung.
Pelantikan raja berdasarkan warisan dan raja yang mangkat akan digantikan oleh putera
sulung. Jika tidak ada putera, adindanya akan mengambil alih takhta dan jika kedua-duanya
tidak ada, raja bendahara akan dilantik menjadi raja.
2.
Perundangan / Hukuman
Berpegang kepada perinsip pembalasan dan hukuman mati adalah hukuman paling berat.
Dijatuhkan ke atas kesalahan berat seperti membunuh, memfitnah atau menderhaka
terhadap raja.
Undang-undang dalam adat Temenggung memerlukan bukti yang kukuh terhadap sesuatu
kesalahan. Dalam suatu kes, saksi amat penting.
Aspek Ekonomi
1.
Pembahagian Harta
Harta ialah hak individu dan melibatkan pembayaran cukai kepada penguasa tampatan.
Sistem perwarisan menjadi hak milik tetap bagi seseorang individu.
Harta diwarisi oleh anak lelaki.
Aspek Sosial
1.
Kekeluargaan
Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah.
Selaras dengan hukum syarak, lelaki diberikan keutamaan kerana mereka menjadi ketua
keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.
2.
Perkahwinan
Isteri akan mengikuti suaminya dan tinggal bersama dengan ibu bapa suaminya. Isteri akan
menjadi keluarga suaminya.
Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami (selari dengan hukum syarak).
Perkahwinan hanya boleh dilangsungkan sekiranya: Tidak melanggar hukum agama Islam,
Tidak ada pertalian darah atau perkahwinan, Pasangan tidak berkahwin dengan orang lain,
Pasangan bukan daripada saudara susun dan Larangan berkahwin dengsn dua orang
perempuan yang bersaudara.
3.
Kemasyarakatan
Pengelompokan seperti dalam adat perpatih tidak wujud.
Kesimpulan
Hukum berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun dan hukum syarak
mengikut mazhab Syafie.
Hukum ini tidak pernah ditulis tetapi dihafal oleh ketua Adat.
Soalan 9: Bandingkan pelaksanaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung dalam
masyarakat Melayu tradisional.
Pengenalan

Hukum Adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup serta diwarisi
sejak turun-temurun lagi. Hukum Adat menjadi satu peraturan atau undang-undang yang
perlu dipatuhi oleh masyarakat Melayu. Pada peringkat awal, ianya hanyalah sebagai rutin
harian dan seterusnya menjadi satu kebiasaan dan akhirnya berubah menjadi peraturan
yang harus dan wajib dipatuhi.
Hukum Adat ini tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-undang atau
hukum yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain tanpa ditulis atau dibukukan,
sebaliknya dihafal oleh Ketua Adat. Hukum Adat adalah berdasarkan dua sumber utama
iaitu resam atau adat turun- temurun dan pengaruh agama Islam melalui penerapan hukum
syarak berdasarkan al-Quran dan diambil daripada mazhab Shafie.
Isi-isi penting:
Persamaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung
Hukum Adat yang paling awal wujud di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat
Temenggung.
Kedua-dua adat ini berasal dari satu keturunan yang sama iaitu keturunan darah diraja
yang mewarisi pemerintahan di Sulawesi.
Kedua-dua hukum adat ini berasal dari sebelah barat Pulau Sumatera.
Perbezaaan Adat Perpatih dan Adat Temnggung
a.

Asal-usul dan pengasasan

Adat Perpatih dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk Perpatih
Nan Sebatang. Beliau menjaga kawasan tanah sebelah darat dan pusat pemerintahannya
terletak di Pagar Ruyung.Orang Minangkabau dikatakan bertanggungjawab membawa
masuk adat ini ke Negeri Sembilan dan wilayah Naning pada kurun ke-17.
Manakala menurut Terombo atau lagu asal usul adat, Adat Temenggung diasaskan oleh
Datuk Ketemenggungan yang menjadi pemerintah di Palembang, Sumatera. Beliau
menjaga kawasan persisiran pantai dan laut dan pusat pemerintahannya terletak di
Palembang. Adat ini kemudiannya dibawa masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke-15 dan
diamalkan di semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan
wilayah Naning.
b. Bentuk dan pelaksanaan
Adat perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ianya merupakan pepatah yang
diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat ini dikenali sebagai tambo atau
perbilangan adat. Adat Perpatih berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turuntemurun yang diwarisi dan hukum syarak daripada mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh
Ketua Adat.
Manakala Adat Temenggung pula, pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu,
adat ini mempunyai pengaruh agama Hindu terutamanya Undang-undang Manu. Adat ini
kemudiannya menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mengikut Mazhab Shafie. Adat
Temenggung dihafal dan dilaksanakan oleh Tok Sidang, penghulu atau penggawa.
c.

Pentadbiran dan pemerintahan

Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan berbentuk demokrasi. Kuasa pemerintah


dilaksanakan secara muafakat melalui wakil daripada setiap suku. Kuasa pemerintah
tertinggi ialah Yam Tuan Besar dan diikuti oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah
(Perut). Ketua pada setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada
peringkat bawah hingga atas iaitu bermula dari Perut, Buapak, Lembaga, Undang dan Yam

Tuam Besar. Perlantikan Yam Tuan Besar adalah ditentukan oleh empat orang Undang yang
menjadi ketua pemerintah di luak atau daerah utama iaitu Luak Sungai Ujung, Rembau,
Johol dan Jelebu. Sementara pemilihan Undang pula ditentukan oleh Lembaga. Manakala
Lembaga pula akan dipilih oleh Buapak. Buapak pula dipilih oleh Perut
Sebaliknya, Adat Temenggung mengamalkan sistem autokrasi iaitu kuasa pemerintahan
terletak di tangan pemerintah iaitu raja atau sultan yang berkuasa mutlak. Buktinya ialah
perlantikan sultan dan pembesar adalah secara monarki iaitu warisan. Sultan juga
bertanggungjawab dalam segala aspek iaitu merangkumi aspek politik, ekonomi mahupun
dari segi sosial. Adat ini mementingkan golongan raja atau golongan yang memerintah.
Rakyat wajib menurut segala titah perintah sultan tanpa mempersoalkannya.
d. Undang-undang perkahwinan
Adat Perpatih melarang perkahwinan sesama suku. Hal ini kerana ahli dalam satu suku
mempunyai pertalian erat dan justeru itu mereka dianggap bersaudara. Perkahwinan
sesame suku juga tidak digalakkan kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan.
Perkahwinan sesama suku akan menyebabkan mereka hilang kepentingan dalam suku
tersebut. Oleh itu, perkahwinan mestilah dengan suku yang berbeza. Sistem perkahwinan
ini dikenali sebagai eksogami. Selepas berkahwin, si isteri akan membawa suaminya
tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran
dengan rumah pusaka ibunya.
Keadaan berbeza dalam Adat Temenggung yang lebih menjurus kepada perundangan
Islam. Menurut Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan
tiada pertalian darah atau muhrim. Bermakna perkahwinan di antara saudara seibu sebapa
adalah dilarang. Setelah berkahwin, si isteri akan tinggal bersama keluarga suami.
e.

Undang-undang keluarga

Undang-undang keluarga Adat Perpatih pula bersifat matriarchal iaitu memberi keutamaan
kepada kaum wanita yang menjadi asas wujudnya suku. Bagi Adat Perpatih, ibu dianggap
sebagai ketua keluarga. Suami dikehendaki tinggal bersama keluarga isteri. Dari segi
hubungan kekeluargaan pula, keluarga sebelah ibu lebih diberi keutamaan berbanding
keluarga sebelah bapa.
Sementara undang-undang keluarga Adat Temenggung pula bersifat patriarchal iaitu lebih
mengutamakan kaum lelaki. Ini kerana kaum lelaki diangggap melanjutkan keturunan
sesebuah keluarga. Bapa merupakan ketua keluarga. Oleh itu, nasab keturunan dikira
daripada sebelah keluarga. Keadaan ini bersesuaian dengan hukum Islam. Dari segi
hubungan kekeluargaan, keluarga di sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting.
Seseorang isteri dikehendaki tinggal bersama keluarga suaminya kerana ia telah menjadi
ahli keluarga si suami setelah berkahwin.
f.

Pembahagian harta pusaka

Adat Perpatih menetapkan bahawa harta pusaka dalah diturunkan melalui keturunan iaitu
diwarisi daripada ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan. Hal ini kerana,
kaum wanita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam masyarakat dan menjadi
asas wujudnya suku. Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Suami tidak
boleh memiliki harta pusaka. Sekiranya tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan
diwariskan kepada adik perempuannya atau menjadi hak suku.
Sementara pembahagian harta pusaka Adat Temenggung pula berlandaskan syarak di
mana anak lelaki berhak mewarisi dua pertiga daripada harta keluarganya. Selebihnya akan
diberikan kepada anak perempuan. Pemberian harta yang lebih kepada anak lelaki adalah
kerana berdasarkan kepada tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga
berbanding dengan anak perempuan. Hal ini bermakna Adat Temenggung memberi
keadilan kepada semua pihak, tidak kira lelaki atau wanita.

g.

Undang-undang jenayah

Hukum jenayah Adat Perpatih adalah bersifat pemulih. Hal ini kerana adat ini tidak
bertujuan menghukum pesalah, sebaliknya berusaha memperbaiki keadaan. Kesalahan
membunuh dapat diselesaikan apabila salah seorang ahli suku mengambil alih
tanggungjawab tempat si mati menanggung nafkah keluarga dan sebagainya.
Sedangkan Adat Temenggung, hukum jenayahnya adalah lebih keras dan bersifat
pembalasan. Contohnya, kesalahan membunuh akan dikenakan hukum bunuh. Walau
bagaimanapun, hukuman yang dikenakan oleh pemerintah kepada golongan rakyat adalah
lebih berat berbanding hukuman yang dijatuhkan kepada golongan atasan. Golongan
pembesar yang melakukan kesalahan membunuh hanya dikenakan hukuman buang negeri
sahaja.
Kesimpulan
Kesimpulannyanya, Hukum Adat memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu
tradisional. Meskipun ia dilaksanakan secara lisan, namun ketelusannya tidak pernah
diragui. Kewujudan Hukum Adat menjadi panduan kepada penulisan undang-undang moden
yang dihasilkan dalam bentuk dokumen. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka merupakan undang-undang bertulis yang tertua di Tanah Melayu. Dari sinilah
wujudnya undang-undang yang diamalkan di seluruh Tanah Melayu.
Kedatangan kuasa barat telah mengubah perlaksanaan undang-undang tradisional
masyarakat Melayu. Meskipun demikian, adat-adat lama masih kekal wujud hingga kini.
Soalan 10: Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan
amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.
Pengenalan
Undang-undang dibuat bagi membentuk peraturan dalam kehidupan manusia. Dengan
adanya peraturan ini, manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram. Masyarakat juga
akan tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing dan dengan ini dapat pula
membentuk pemerintahan yang adil dan saksama. Keteraturan sistem pemerintahan
Kerajaan Melayu Tradisional turut berpunca daripada wujudnya aturan atau undang-undang
yang dilaksanakan.
Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan adaptasi
dari Hukum Kanun Melaka lalu diubahsuai mengikut keperluan negeri masing-masing dan
dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Undang-undang yang diamalkan di Negerinegeri Melayu berasaskan Adat Temenggung dan menjadi undang-undang bertulis. Antara
undang-undang tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undangundang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan
warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Isi-isi Penting:
Undang-undang 99 Perak
Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz. Mengandungi 99
buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab
Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :
a)
Tugas dan tanggungjawab pemerintah
b)
Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja
c)
Perkara-perkara jenayah
d)
Hal-hal kekeluargaan

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor


Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan perlembagaan bertulis
yang pertama di Semenanjung T.M. Berdasarkan system pentadbiran di Britain.
Antara perkara yang terkandung ialah :
a)
b)
c)

Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing


Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan
bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan
menggubal undang-undang

Kesimpulan
Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal
perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara.
Digunakan untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan
hak setiap anggota masyarakat dalam kehidupan.
Soalan 11: Huraikan prinsip-prinsip umum undang-undang 99 Perak
Pendahuluan
Undang-undang 99 perak ialah undang-undang yang tertua sekali di Perak berkaitan dengan
hal ehwal agama dan tradisi masyarakat tradisional. Undang-undang 99 Perak dikanunkan
pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900.
Dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa dari luar iaitu Syed Hassan dari Hadramaut
pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-undang ini mengandungi
pelbagai aspek yang memperlihatkan ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa dan
kompromi.
Isi-isi Penting:
Penzinaan
Fasal 6 hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang: Fasal 6 memperuntukkan
seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang dari mukimnya. Sekiranya
tidak dibuang, dia dikehendaki membayar denda (emas). Bagi perempuan pula,
hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
Fasal 50 hukuman bagi pesalah yang melakukan zina: Jika kedua-dua penzina
mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar denda sepaha emass.
Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan dan
dimaafkan.
Perkahwinan
Fasal 65: Undang-undang 99 perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baru
bernikah tidak dibenarkan bersama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga
keimanan masing-masing.
Pembunuhan
Fasal 23 Pembunuhan sesama orang Islam: Orang Islam yang membunuh orang Islam
tidak boleh dijatuhi hukuman kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang

membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah ialah denda empat tahil
dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
Fasal 4 Orang kafir membunuh orang Islam: Orang kafir yang membunuh orang islam
tidak akan dibunuh kerana orang kafir tersebut tidak akan sempat memeluk islam. Pewaris
si pembunuh dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk
emas) kepada
keluarga si mati.
Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar
Fasal 24 Prokol istana: Seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap
raja atau pembesar seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung
seri, menumpukan perhatian (tidak
boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh
memandang muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada
suara yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.
Fasal 77 Peraturan raja: Fasal ini menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah
tersebut mangkat, maka takhtanya akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua. Jika tiada,
maka anak raj yang paling kecil akan mewarisi takhta. Syarat untuk mewarisi takhta
pemerintahan mestilah anak gahara (anak yang dilahirkan oleh raja dan permaisuri daripada
golongan diraja).
Peperangan
Fasal 74: Strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata,
menggunakan akal, mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang
berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan
kewangan, mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat sokongan orang ramai, dan
tidak mengikut kata-kata orang lain.
Pembahagian harta
Fasal 33: Menyentuh terhadap pembahagian harta si mati, anak perempuan akan diberikan
rumah, kebun, pinggan-mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah pad,
lombong, diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti
berikut, anak lelaki mendapat dua kali ganda lebih daripada anak perempuan. Harta lain
akan dibahgikan secara adil kepada anak. Anak
yang belum berkahwin mesti mendapat
sepuluh peratus lebih daripada anak lain.
Hal ehwal agama
Fasal 58: Syarat menjadi imam tatu khatib ialah mempunyai sifat yang mulia, pertuturan
yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah payah
demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang wal masuk ke masjid
pada hari jumaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.
Fasal 79: Syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala
hukum Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, mengetahui adat dan hukum negeri,
mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan
memiliki sifat yang mulia.
Penutup
Undang-undang ini tidak memperlihatkan unsur Islam kerana lebih menjurus kepada adat
tempatan. Contohnya pembunuhan didapati tidak selaras dengan hukum Islam, yang perlu
dibalas dengan bunuh.

Undang-undang 99 Perak menyentuh pelbagai aspek namun masih terdapat kelemahan


dan kekurangan berbanding Hukum Kanun Melaka. Segala hukuman hanya berbentuk
denda wang iaitu emas.
Soalan 12: Huraikan Prinsip-prinsip Umum Undang-undang Tubuh Negeri Johor.
Pendahuluan:

Undang-undang tubuh kerajaan johor merupakan satu himpunan yang menjadi


perlembagaan asas bagi negeri johor semasa pemerintahan sultan abu bakar.
Undang-undang tubuh kerajaan johor telah dipindah sebanyak 4 kali. Pindaan pertama pada
1 april 1908. Pindaan kedua , pada 17 september 1912 dan pindaan ketiga, pada 12 mei
1914. Pindaan yang terakhir pada 17 julai 1918.
Isi-isi Penting:
Perlantikan Raja dan Bakal Pengganti Raja
Dalam menentukan soal perlantikan raja, beberapa fasal telah digubal salah satunya ialah
fasal kedua, yang menyatakan bahawa syarat bakal pengganti raja mestilah berbangsa
melayu, berdarah raja daripada keturunan pemerintahan Johor yang terdahulu, iaitu zuriat
sultan Abu Bakar. Lelaki dan beragama Islam. Fasal ketiga pula, jika tiada keturuan
daripada zuriat Sultan Abu Bakar yang boleh ditabalkan menjadi raja, maka seorang anak
lelaki daripada zuriat temenggung Ibrahim boleh ditabalkan menjadi pengganti raja.
Fasal kelima di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyerahkan beberapa
perkara dalam Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah pangkuan negeri untuk membuat
pertimbangan berasaskan beberapa syarat iaitu; Seorang lelaki yang cukup umur dan
sempurna akal; Berasal daripada bangsa melayu Johor dan rakyat kerajaan Johor;
Beragama islam, diakui daripada darah yang merdeka; Mempunyai pengetahuan, boleh
membaca dan menulis bahasanya; Memiliki budi perkerti, tabiat perangai dan tingkah laku
yang baik dan terpuji.
Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri
Undang-undang tubuh kerajaan johor telah menetapkan kewajipan raja untuk memelihara
kedaulatan negeri johor sepanjang masa. Fasal 15 menyatakan bahawa, melarang raja
yang memerintah daripada menyerahkan atau membuat sebarang perjanjian untuk
menyerahkan negeri atau sesuatu bahagian dari negeri Johor kepada sebarang kerajaan,
kuasa Eropah dan Bangsa-bangsa yang lain. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
memainkan peranan penting semasa dalam memelihara kedaulatan negeri Johor semasa
kebangkitan orang melayu menentang cadanganpenubuhan Melayan Union. Kebangkitan
orang melayu berpunca daripada kebimbangan mereka terhadap raja-raja melayu yang
akan hilang kuasa sabagai pemerintah berdaulat.
Oleh sebab itu, apabila sultan Johor (sultan Ibrahim) memberi persetujuan dan
memandatangani perjanjian Melayan Union, orang Melayu johor yang diketuai oleh para
pembesar negeri telah bangkit menentang tindakan beliau. Mereka mendakwa tindakan
sultan Johor menandatangani Perjanjian Melayan Union talah menyalahi peruntukan yang
terkandung di dalam Undang-undang tubuh kerajaan,iaitu tidaj membenarkan sultan johor
melakukan apa-apa tindakan yang boleh menggugat kedudukan Johor sebagai sebuah
negeri yang berdaulat.
Peruntukan Berkaitan Agama Islam
Undang-undang tubuh kerajaan johor menyatakan agama bagi negeri Johor agama islam
tetapi agama lain boleh mengamalkan dengan aman dan sempurna. Selaras dengan
kedudukan sultan sebagai pemerintahtertinggi, baginda hendaklah memerintah mengikut
undang-undang dan bertanggunjawap untuk memerihara agama Islam sebai agama negeri.

Peruntukan ini memperlihatkan dengan jelas bahawa perlembagaan bercorak Islam telah
mendapat tempat dalam sistem pemerintahan kerajaan Johor. Dalam urusan pentadbiran
keadilan negeri, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan segala mahkamah,
para pegawai, dan kakitangan kerajaan hendaklah menjalankan undamg-undang negeri
dengan adil dan benar.
Perlantikan dan bidang tugas Jemaah Menteri
Fasal 28 hingga 44 memperuntukan perkara-perkara berkaitan Jemaah Menteri yang
diinstitusikan secara bertulis dalan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Bilangan jemaah
mernteri yang dilantik hendaklah tidak kurang daripada lapan orang dan tidak melebiho 12
orang yang diketuai olej Menteri Besar. Anggota jemaah menteri hendaklah dilantik daripada
bangsa Melayu, rakyat johor, dan beragama islam. Mereka dikendaki mengangkat sumpah
di hadapan dua orang saksi daripada kalangan pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu
dan beragama islam serta taat setia kepada raja dan kerajaan.
Anggota jemaah menteri ditugaskan untuk menbantusuktan dalam urusan pemerintahan
negeri. Dalam hal ini, sultan boleh meminta pandangan dan fikiran anggota jemaah menteri.
Namun segala keputusan yang diambil terletak di bawah tanggungjawap sultan.
Penutup
Masyarakat melayu tradisi mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun. Setiap
golongan mempunyai peranan yang tersendiri dalam masyarakat.
1.3 Sistem Sosial
1.3 Sistem Sosial
Soalan 13 : Terangkan konsep dan susun lapis masyarakat melayu pada abad ke-19
Pendahuluan
Taraf seseorang dalam masyarakat ditentukan oleh beberapa faktor; keturunan, hubungan
kekeluargaan, pangkat dan kedudukan, kewibawaan serta tugas.
Kedudukan hierarki seseorang dalam masyarakat Melayu boleh berubah melalui 2 cara.
Pertama, pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya. Kedua,
melalui
taraf
pencapaian.
Isi-isi Penting:
1. Konsep susun lapis
Konsep susun lapis masyarakat bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada
beberapa lapisan atau kelas sosial yang berlainan kedudukan dan disusun dalam satu
hierarki.
Pada asasnya, susun lapis masyarakat melibatkan kedudukan yang berbeza dan tidak
bersifat setaraf dari segi kekayaan, kekuasaan, gaya hidup, peluang, hak dan
tanggungjawab.
2. Susun Lapis Masyarakat
Susun lapis masyarakat Melayu tradisional bercorak hierarki. Terdapat 2 jenis golongan
dalam masyarakat; golongan pemerintah dan golonagn diperintah. Golongan pemerintah
merupakan kelas atasan yang dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan diperintah
pula merupakan kelas bawahan iaitu rakyat jelata.

Golongan Pemerintah
Terdiri daripada sultan, raja atau Yang Dipetuan Besar, keluarga dan kerabat diraja serta
pembesar negeri, iaitu golongan bangsawan, ulama, pendeta, dan penghulu. Golongan
pemerintah menerima penghormatan dan ketaatan berdasarkan taraf dan kedudukan
masing-masing dalam masyarakat. Bertanggungjawab dalam menjalankan urusan
pentadbiran negeri.
Sultan/ Raja
Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu
oleh kerabat diraja atau para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan kewibawaan untuk
menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri serta seluruh jajahan takluknya.
Berperanan sebagai lambang perpaduan negeri, menjadi sumber segala gelaran dalam
negeri, bertanggungjawab menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan, dan memajukan
negeri. Sultan atau raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata.
Keluarga dan Kerabat Diraja
Golongan anak raja dan kerabat diraja, iaitu mereka yang bergelar Raja atau Tengku.
Golongan ini tidak ramai tetapi mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas
rasmi negeri.
Golongan Bangsawan dan Pembesar
Terdiri daripada para pembesar dan kaum kerabat yang amat berpengaruh dalam kalangan
pemerintah atau pentadbir.
Pembesar dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Pembesar yang diberi hak
untuk mentadbir biasanya dapat mempertahankan daerah itu dengan kekuatan sendiritanpa
sokongan sultan.
Golongan Ulama dan Pendeta
Dianggap sebagai golonagn cerdik pandai. Golongan ini sering menjadi sumber rujukan
dalam perkara-perkara tertentu yang memerlukan khidmat nasihat mereka. Golongan ulama
pakar dalam bidang agama Islam. Dilantik menjadi guru, ketua agama dan kadi. Mereka
berperanan menyebarkan agama Islam. Disamping itu, mereka juga bertanggungjawab
menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan agama.

Golongan pendeta mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian, kebudayaan,


kesusasteraan, adat istiadat, dan salasilah raja.
Penghulu

Ketua pentadbir di peringkat kampung yang dilantik dalam kalangan rakyat biasa. Penghulu
menjalankan perintah yang diarah oleh pembesar daerah dan mewakili penduduk kampung
untuk menyatakan pandangan atau masalah yang dihadapi.

Antara bidang tugas penghulu ialah menyelusaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam
kalangan anak buahnya, memelihara keamanan kampung, mengarah rakyat melaksanakan
arahan pemerintah, dan menjadi lambang perpaduan kampung.
Golongan Diperintah
Merupakan golongan yang paling ramai dan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu rakyat
biasa atau rakyat asing yang bebas dan golongan hamba. Mempunyai peranan penting dari
aspek fizikal dan tradisi kemasyarakatan terutamanya dalam mendukung institusi beraja dan
pembesar.
Berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat atau menjadi
penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.
Rakyat Biasa
Masyarakat peribumi yang bermastautin di sesuatu kawasan dan biasanya tinggal di
kawasan luar istana atau kampung-kampung kecil. Kebanyakannya terdiri daripada petani,
nelayan, pedagang, dan tukang. Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa politik dan tidak
memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran.
Dari segi ekonomi, hasil pengeluaran mereka berbentuk sara diri, iaitu hanya cukup untuk
menanggung hidup sekeluarga. Terdapat juga yang menjadi ahli tenun, penghibur diraja,
pemain sandiwara, bomoh, dukun, pawang, dan guru agama.
Rakyat Asing
Selalunya bukan orang melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk memenuhi tujuan
tertentu seperti pedagang, mubaligh, dan santeri. Santeri ialah orang yang merantau dari
tempat ke tempat lain untuk menuntut ilmu.Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti
menjadi tentera upahan kerajaan atau menjalankan kegiatan ekonomi.
Tidak diwajibkan mengamalkan dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan
Golongan Hamba
Menduduki hierarki paling bawah. Menjadi hamba kepada para pembesar dan orang kaya
dengan melakukan pelbagai tugas seperti mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu
api, dan menjadi askar.
Penutup
Terdapat dua golongan dalam susun lapis masyarakat iaitu golongan memerintah dan
golongan diperintah. Golongan memerintah merupakan golongan kelas atasan manakala
golongan diperintah merupakan golongan kelas bawahan.
Soalan 14: Bincangkan golongan yang diperintah dan tanggungjawab mereka
terhadap pemerintah.
Pengenalan

1.

Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan
bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang
memerintah dan golongan yang diperintah.
Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Mereka
merupakan kelas bawahan yang tetapi bilangannya adalah banyak. Namun rakyat
mempunyai kuasa mobiliti yang tersendiri yang tidak dapat disekat oleh golongan
pemerintah.
Isi-isi Penting:
Rakyat Biasa
Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang
mentadbir daerah dan jajahan. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi.
Mereka rela dengan amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa
mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana
Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan,
melombong dan menjadi tukang mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras
dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja. Rakyat biasa sesebuah
kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara
bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian
dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih
teratur dan berjaya
2.

Orang Asing

Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu.
Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan mereka
selesai.Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri (orang merantau kerana menuntut ilmu)
dan mubaligh. Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan, iaitu: melibatkan diri
dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka
berasal daripada Jawa dan Pasai, melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga
runcit, pemborong dan pelombong. Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang
paling ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi.
Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan.
Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan
tempatan.
Terbahagi kepada hierarki yang berbeza taraf kedudukan antara mereka. manakala
sebahagiannya akan terlibat dengan pekerjaan dalam rumah. Antara jenis hamba:
a)

Hamba raja (biduanda) - paling tinggi kedudukannya. Akan dibebaskan dengan kerelaan
raja.

b)

Hamba Abdi - hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur, hamba
serah, dan anak hamba.

c)

Hamba berhutang - orang berhutang, anak emas, hamba waris, hamba bayar.

d)

Hamba abdi dan hamba berhutang akan berkhidmat untuk tuannya sebagai pengikut

Antara peranannya:
a)

menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam masyarakat.

b)

menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan

c)

menjadi pegawai kepada tuannya

d)

menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.


Kesimpulan

Golongan yang diperintah memberikan ketaatsetiaan yang sepenuhnya kepada pemerintah


sama ada sultan ataupun pembesar. Manakala golongan pemerintah akan memberikan
kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat. Di sinilah wujudnya hubungan timbal balik di
antara golongan pemerintah dan yang diperintah.
Soalan 15: Jelaskan peranan golongan hamba dalam sistem sosial masyarakat
melayu tradisional

Pendahuluan
Golongan hamba menduduki susun lapis masyrakat yang paling bawah sekali. Mereka tidak
boleh bertindak mengikut kemahuan sendiri kerana dikawal oleh peraturan dan perintah
yang ditentukan oleh pemilik (tuan) mereka.
Dalam masyarakat melayu tradisi, perhambaan mempunyai pengertian yang tersendiri
berbanding dengan sistem perhambaan yang biasa di fahami. Terdapat 3 jenis hamba, iaitu
hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
Isi-isi penting
a)

Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan
sebahagiannya membuat kerja-kerja rumah

b)

Hanba berhutang terlibat dalam kegiatan ekonomi seperti dalam bidang pertanian dan
melombong bijih timah

c)

Hamba lelaki biasanya di berikan tugas di luar rumah untuk tujuan pertahanan atau
penghasilan pertanaian seperti membajak, menanam, menuai, dan memagar hutan baru
atau bertugas melombong bijih timah.

d)
e)

Ada juga hamba lelaki yang di bawa mengikut tuannya berdagang atau berniaga
Hamba perempuan membuat kerja-kerja di rumah dan menjadi dayang kepada
pemerintah. Mereka juga menjadi tukang masak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air
membelah kayu dan menganyam. Ada kalanya mereka bekerja di sawah untuk menuai padi

f)

Ada di kalangan hamba perempuan itu yang di tugaskan untuk memperoleh pendapatan
bagi tuan mereka, khususnya hamba wanita yang di paksa melacurkan diri dan sebahagian
pendapatan tersebut diserahkan kepada tuan hamba mereka

g)

Golongan hamba juga berperanan untuk mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu
api dan menjadi askar
Penutup

Golongan hamba menduduki satu daripada lapisan sosial dalam masyarakat melayu tradisi.
Mereka mempunyai peranan tertentu yang perlu dilaksanakan dan membentuk sebuah
institusi sosial yang tersendiri

1.4 Sistem Ekonomi


1.4 Sistem Ekonomi
Soalan 16: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional Melayu pada abad ke-19.
Pendahuluan:

Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai
Suvarnabhumi yang bermaksud bumi emas. Ini kerana, hasil bumi Tanah Melayu kaya
dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak.

Kedudukan Tanah Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan
tumpuan kepada kegiatan perdagangan. Ini membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi
masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi.
Isi-isi penting:
Konsep ekonomi tradisional

Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk
memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga. Kegiatan ekonomi jenis ini juga
dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan kegiatan asas dan kegiatan utama
bagi masyarakat pada masa itu.

Tiada pengkhususan dalam pekerjaan ; masyarakat boleh melakukan pelbagai pekerjaan


pada masa yang sama seperti petani, nelayan, penternak dan pembuat sampan. Tiada
pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur.
Peralatan tradisional digunakan untuk mengerjakan suatu pekerjaan. Misalnya, bubu,
tangguk, lukah, serkap dan jala khusus digunakan bagi menangkap ikan.
Berskala kecil. Tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain, hanya apabila
adanya lebihan, barulah ada aktiviti penjualan.
Ciri-ciri ekonomi tradisional

1)

Tiada Pengkhususan Pekerjaan

Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. Pekerjaan juga melibatkan
semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua.
Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur
ikan, menganyam tikar, dan memungut rotan.
2)

Kegiatan Ekonomi Berkait Rapat Dengan Kawasan Penempatan

Tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman.
Jika kawasan penempatan berhampian laut, maka kegiatan utama masyarakat cenderung
kepada aktiviti perikanan.
Pertanian pula, lebih dekat dengan masyarakat yang tinggal di pedalaman kerana kekayaan
hasil bumi seperti rotan, buluh, damar, kabung, mengkuang, pinang dan akar-akar kayu.
3)

Tiada Peralatan Moden

Hanya menggunakan peralatan tradisional dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan.


Alatan tradisional tersebut biasanya dibuat sendiri oleh seseorang pekerja. Misalnya, bubu
yang diperbuat dari rotan kemudian dijadikan satu alat untuk menangkap ikan.

4)

Amalan Bergotong-royong

Amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas dalam kehidupan
masyarakat tempatan. Berderau adalah amalan yang dilakukan bersama atau secara
berkumpulan bagi memudahkan serta mempercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang
dilakukan di samping mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat.
Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan
menuai padi sawah.
5)

Tiada Lebihan Hasil

Dalam ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui pengeluaran
kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya.
Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan
lebihan penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor, iaitu: Masalah tenaga buruh yang
terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya kepada tenaga keluarga
sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah dan sawah, Tiada ternakan yang boleh
melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu hanya mula digunakan dalam kerjakerja membajak pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan.,
Petani terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah.
Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendiri tidak dapat
disiapkan dan Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil
mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang
dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepada golongan pemerintah akan ditambah.

Penutup:
Kesimpulannya, ekonomi tradisional Melayu adalah lebih kepada kegiatan secara kecilkecilan, belum terdedah kepada aktiviti penjualan langsung. Masyarakat petani pada masa
itu, percaya sekiranya mereka mahu menambahkan harta dengan aktiviti ekonomi yang
lebih besar, ini bermakna mereka perlu menyerahkan kepada pembesar dalam bentuk cukai
yang juga lebih tinggi.
Oleh sebab itu, pengumpulan kekayaan lebih tertumpu kepada golongan pemerintah dan
bukannya dalam kalangan petani itu sendiri.
Soalan 17: Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu tradisional mengamalkan
ekonomi sara diri. Sejauh manakah kenyataan ini benar.
Pengenalan
Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara
diri, ekonomi komersial dan perdagangan.
Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem ekonomi
separa diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial dijalankan di Johor
dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan.
Isi-isi Penting:

mi sara diri
Bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan
pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. Mengamalkan ekonomi
sara diri disebabkan beberapa faktor iaitu; Alat-alat tradisional digunakan seperti parang,
cangkul, tenggala, Saiz tanah kecil dan tenaga buruh tidak mahir
Hasil pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja.
Antara kegiatan yang dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi sawah di Kedah, Kelantan dan
Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh orang Asli. Tanaman sampingan seperti
pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh yang ditanam di sekeliling. Menternak binatang seperti
ayam, itik, lembu, kambing, kerbau untuk bekalan makanan dan bekerja di sawah. Meramu
seperti mengumpul damar, rotan, buluh , ubat-ubatan. Menangkap ikan air tawar dan air
masin.

mi Separa Sara Diri


Terdapat di Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain contohnya
Pulau Pinang.
Tanah dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah tersebut.

an Komersial
Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja
ladang gambir dan lada hitam. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada
hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan melalui Singapura.

Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh
pedagang Eropah.

bongan
Diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh Cina
seperti di Taiping, Larut, dan Sungai Ujong.

Terdapat perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina untuk


memajukan perlombongan bijih timah contohnya Ngah Ibrahim dengan ketua kongsi gelap
Perak.

angan Antarabangsa
Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas tahun
1820an. Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem ekonomi kapitalis.
Juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.
Kesimpulan
Ini membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan ekonomi sara diri
sahaja. Kesan daripada perkembangan ekonomi telah menghapuskan sistem barter dan
digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan sistem sukatan barangan bertujuan untuk
memudahkan sistem perdagangan. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu membawa
kepada kewujudan masyarakat majmuk.
Soalan 18: Bincangkan sebab-sebab masyarakat melayu tidak berminat untuk
meningkatkan lebihan hasilpengeluaran ekonomi sara diri pada abad ke-19.
Pendahuluan
Sistem ekonomi sara masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai,iaitu sara diri,separa
sara diri,ekonomi komersial,dan perdagangan. Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh
hampir semua negeri Melayu,sistem ekonomi separa sara diri dijalankan di Kedah dan
Perlis,kegiatan pertanian komersial dijalankan di Johor,Singapura,Pulau Pinang,dan Melaka
serta aktiviti perdagangan.
Sebahagian besar daripada masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk
sara diri.Sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan
sendiri sahaja.Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran,hasil tersebut akan ditukar dengan
barang-barang keperluan lain.
Isi-isi Penting:
1.

Alat-alat tradisional yang digunakan untuk bertani.

Alat-alat tradisional seperti cangkul,parang,dan tenggala serta ketiadaan ternakan seperti


lembu dan kerbau yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat.
Kegiatan ekonomi tradisional dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan dan hasil lain
untuk memenuhi keperluan harian.

Masyarakat tempatan pada masa ini tidak menggunakan teknologi moden. Alatan pertanian
adalah mudah dan tradisional,iaitu penggunaan haiwan atau binatang dan manusia tanpa
teknologi moden.
2.

Saiz tanah pertanian.

Masyarakat melayu memiliki saiz tanah dalam ukuran yang kecil sahaja.Oleh sebab itu,
masyarakat melayu tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian yang berlebihan hanya
mampu untuk sistem sara diri dan memenuhi keperluan seharian mereka.
Petani disesetengah neger diminta menyerahkan satu persepuluh daripada hasilmereka
kepada golongna pembesar sebagai sememnuhi tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran
yang dihasilkan adalah bertambah , maka sumbangan kepada golongan pemerintah juga
terpaksa ditambah.
3.

Tenaga buruh tidak mahir.

Masyarakat tempatan pada zaman dahulu tidak mempunyai tenaga buruh yang mahir.
Mereka tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang khusus dalam satu-satu bidang
pekerjaan sebagai contoh pertanian. Mereka hanyak mengusahakan tanah pertanian
mereka secara tradisional tanpa menggunakan sebarang alat-alatan moden untuk
meningkatkan mobiliti buruh.
4.

Penduduk terikat kepada sistem kerah.

Petani terpaksa mematuhi perintah kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah.Jika
mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah,kerja mereka sendiri tidak dapat
disiapkan.
Penutup
Faktor-faktor yang berlaku menyebabkan petani dalam masyarakat melayu tradisi tidak
berusaha untuk melebihi keupayaan sendiri. Mereka hanya mengusahakan tanaman yang
dapat menampung keperluan diri dan keluarga sahaja.
Secara umumnya,masyarakat melayu telah mengamalkan sistem ekonomi sara diri untuk
memenuhi keperluan kehidupan mereka sejak berabad lamanya dan dibahagikan kepada
dua sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi tradisional dan sistem ekonomi kormesial.
Soalan 19: Jelaskan konsep dan kegiatan ekonomi komersial melayu pada abad ke19.
Pendahuluan :
Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini
disebabkan golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam
perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab, dan kerajaan serantau.

Bukti hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian


perdagangan antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak
bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.

Isi-isi penting :
Konsep Ekonomi Komersial
Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menjurus kepada lebihan
pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan itu akan dieksport dan dijual kepada pedagang bagi
mendapatkan keuntungan.
Kegiatan menternak, memburu binatang, mengumpul hasil hutan, dan menanam padi yang
dianggap sara diri sebenarnya menjurus ke arah ekonomi komersial. Kegiatan ekonomi
komersial lebih tertumpu kepada kegiatan perdagangan dan perlombongan. Kegiatan
ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan pemerintah iaitu raja dan pembesar.
Kegiatan Ekonomi kemersial Melayu
1.

Perdagangan

Perdagangan dilakukan secara jual beli dan secara eksport. Pemodal terdiri daripada raja
dan pembesar dan memonopoli kegiatan perdagangan. Rakyat menjalankan kegiatan
perdagangan secara berjaja di pasar atau di luar kawasan. Mereka menjual barang seperti
rempah-ratus, sayur-sayuran, hasil kraf tangan dan sebagainya.
Lokasi perdagangan di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai. Pelabuhan
menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang. Contohnya, pelabuhan Kedah, Klang
dan Singapura.
2.

Penanaman lada hitam dan gambir

Pemerintah Johor iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan sistem Kangcu pada
tahun 1833 dan memajukan perdagangan lada hitam dan gambir. Beliau mengawal dan
mengawasi penanaman lada hitam dan gambir melalui sistem kangcu. Melalui sistem ini,
orang cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai surat sungai untuk menetap dan
mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir di tebing sungai. Setiap Kangkar diketuai
oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.
Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan membawa kepada
peningkatan eksport dan mendapat sambutan yang baik di pasaran singapura dan eropah.
3.

Pemungutan hasil hutan

Catatan Munsyi Abdullah mengatakan bahawa terdapat orang Jakun yang mengutip hasil
hutan seperti damar, rotan, kayu wangi untuk diperdagangkan dengan orang melayu di
Pahang pada tahun 1838. Pada tahun 1844, Bendahara Ali melantik seorang ketua orang
Asli sebagai wakil di penempatan orang Asli di Pahang untuk mengawal kegiatan
pemungutan hasil hutan.
Di Johor, Temenggung Ibrahim memonopoli kawasan getah perca dengan bantuan orang
melayu dan orang Asli, beliau Berjaya membawa bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke
luar negara. Hasil hutan mendapat pasaran yang baik di China.
4.

Penanaman Padi

Masyarakat
menjurus ke
negara jiran
padi utama.
Singapura.

peribumi mengusahakan penanaman padi secara tradisional tetapi telah


arah tahap komersial apabila padi dieksport ke negeri lain. Padi dieksport ke
terutama dari kawasan yang subur. Kedah dan Kalantan menjadi pembekal
Kedah membekalkan padi ke Pulau Pinang manakala Kelantan pula ke

Begitu juga Selangor, Perak dan Terengganu. Pada abad ke-19, Selangor menjadi
pengeluar padi dan tidak perlu mengimportnya lagi.
Penutup :
Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan ekonomi masyarakat peribumi lebih tertumpu kepada
kegiatan ekonomi tradisional tetapi terdapat juga kegiatan ekonomi komersial. Hal ini
berlaku kerana sistem ekonomi masyarakat Melayu bersifat terbuka.
Masyarakat peribumi sebelum kedatangan British bukannya masyarakat pertanian sematamata. Terdapat bukti mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial melalui kegiatan jual
beli dan kegiatan pengeksportan tanaman dan hasil galian.
Soalan 20: Jelaskan ciri-ciri ekonomi komersial melayu pada abad ke-19 di Tanah
Melayu.

Pendahuluan :
Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini
disebabkan golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam
perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab, dan kerajaan serantau.

Bukti hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian


perdagangan antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak
bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.
Isi-isi penting :

1.

Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi

Pada zaman dahulu, antara barang berharga yang diterima sebagai wang dalam urusan jual
beli ialah logam berharga daripada emas, perak, tembaga atau timah yang berbentuk ketul,
keping atau dibentuk seperti binatang.
Misalnya tampang buaya (berbentuk buaya kecil), bapa ayam (bentuk ayam jantan),
jongkong tampang (bentuk empat segi) dan syiling yang mempunyai nama pemerintah.
2.

Urusan jual beli dijalankan di tempat yang tertentu

Mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi bercorak komersial biasanya berniaga di
pasar atau luar dari pelabuhan dengan menggunkan perahu atau kapal kecil.
Tempat-tempat seperti kuala sungai sering menjadi tumpuan para pedagang kerana
mempunyai pelabuhan yang dapat menjadi persinggahan kapal perdagangan daripada
dunia luar.

3.

Melibatkan semua lapisan dalan masyarakat

Kegiatan ekonomi bercorak komersial dijalankan oleh semua lapisan dalam masyarakat.
Kegiatan ekonomi komersial bagi rakyat biasa dikenali sebagai berjaja dan mereka biasanya
berniaga di pasar.
Golongan pembesar juga terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial secara tidak langsung.
Mereka hanya menjadi pemodal dengan melantik wakil-wakil tertentu untuk menjalankan
dan menguruskan perniagaan mereka. Wakil-wakil ini yang dikenali sebagai kiwi terdiri
daripada orang yang mahir dalam mengendalikan urusan perniagaan.
4.

Wujudnya aktiviti perdagangan dengan dunia luar

Kegiatan ekonomi komersial telah mewujudkan aktiviti perdagangan dengan dunia luar yang
giat dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan. Di tanah Melayu,
terdapat empat buah pelabuhan utama yang menjadi pelabuhan persinggahan, iaitu Kedah,
Melaka, Kelang, dan Johor Lama.
Pelabuhan ini sering menjadi pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar-saudagar dari
Asia Tenggara, India, Arab dan China.
5.

Kemasukan pelabuhan Asing untuk tujuan eksport

Selepas kemasukan penjajah British, ekonomi Tanah Melayu secara berunsur-unsur telah
berubah daripada kegiatan pertanian tradisional kepada kegiatan ekonomi bercorak
komersial. Selain adanya modal tempatan yang dilaburkan oleh golongan pemerintah yang
terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi, pihak British juga membawa masuk
pelaburan asing untuk dilaburkan ke dalam beberapa sektor penting seperti perlombongan
dan perladangan bagi tujuan eksport.
Ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah yang
diusahakan para pemodal asing.
Penutup
Ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses
penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Walaupun kegiatan
ekonomi komersial telah wujud, tetapi bilangan penduduk tempatan yang melibatkan diri
dalam kegiatan tersebut amat sedikit dan lebih tertumpu kepada golongan pembesar.
Pada peringkat awal, kegiatan ekonomi bercorak komersial diusahakan melalui tanaman
ladang untuk tujuan dagangan. Kegiatan ini mula diberi perhatian secara besar-besaran
setelah perlombongan bijih timah dan perusahaan getah mendapat tempat dan berkembang
pesat menjelang pertengahan abad ke-19.
Soalan 21: Bincangkan sebab-sebab kemunculan kegiatan ekonomi komersial di alam
Melayu pada abad ke-19
Pengenalan
Sistem residen yang diperkenalkan di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad 19 bukan
sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga melibatkan bidang

ekonomi. Keamanan yang Berjaya dipulihkan telah melahirkan satu suasana yang
membolehkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat.
Isi-isi Penting:
1.

Perkembangan di peringkat antarabangsa seperti keperluan utk bahan mentah oleh


Negara perindustrian di Barat, penggunaan kapal wap yg dpt mempercepat perjalanan &
pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan pelayaran mempengaruhi corak
ekonomi Tanah Melayu.

2.

Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dgn sumber bahan mentah mendorong kuasa
Barat untuk menguasainya. British berpeluang utk meluas dan mengukuhkan pengaruh di
Tanah Melayu.

3.

Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya dan
landasan kereta api menggalakkan lagi perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kemudahan
tersebut dibina bagi memudahkan bahan-bahan diangkut dgn mudah

4.

Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dgn sebahagian besarnya tertumpu dgn
kawasan yg hamper dengan perusahaan itu. Pembangunan infrastruktur ini terbatas kpd
kawasan yg terdapat kedua-dua komoditi berkenaan.
Penutup

Negeri-negeri di pantai Timur yg mempunyai bilangan penduduk yg sedikit dan sistem


perhubungan yg tidak terbatas tidak mengalami banyak perubahan.
Sebaliknya lebih tertumpu di sepanjang pantai Barat seperti Johor dan Perak terutamanya di
kawasan pengeluaran bijih timah dan getah
Soalan 22: Huraikan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada
struktur masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada abad ke 19.
Pengenalan
Kedudukan ekonomi Tanah Melayu lebih bersifat sara diri sebelum kedatangan British
meskipun terdapat aktiviti-aktiviti ekonomi bersifat komersial yang dilakukan dalam skala
yang kecil dan membabitkan golongan pemerintah. Sistem ekonomi komersial
diperkenalkan oleh barat telah membawa perubahan besar kepada perkembangan struktur
masyarakat di T.Melayu.
Isi-isi Penting:
a)

Pengenalan sistem ekonomi komersial sangat berkait rapat dengan kemasukan pelabur
asing, pelaburan modal, penggunaan teknologi baru, pengenalan tanaman baru telah
membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat tempatan.

b)

Kemasukan imigran asing terutama dari India dan China mempunyai kaitan langsung
dalam bidang perlombongan bijih timah dan pertanian seperti getah, tebu dan
sebagainya.Keadaan ini menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk.

c)

Dasar pecah dan perintah British menyebabkan masyarakat dikenali berdasarkan


pekerjaan mereka dan lokasi tempat tinggal dan bekerja.

d)

Wujud pendidikan vernakular yang mengasingkan pendidikan Melayu, Cina, India dan
Mubaligh daripada segi bahasa pengantar, guru, sukatan pelajaran dan buku.

e)

Budaya yang pelbagai mengikut kaum seperti penggunaan bahasa pertuturan, adat resam,
sambutan perayaan, agama, kesenian, cara berpakaian dsb.

f)

Kewujudan amalan kongsi gelap dalam masyarakat Cina yang menyebabkan timbulnya
masalah pergaduhan dan keganasan. Amalan sistem kasta dalam masyarakat India.

g)

Pertambahan penduduk Tanah Melayu.


Kesimpulan

Pengenalan ekonomi komersial sama ada dalam bidang pertanian mahupun perlombongan
menjadi faktor penting yang mengubah struktur masyarakat di Tanah Melayu.
Satu rumpun bangsa menjadi sekurang-kurangnya tiga bangsa yang berbeza iaitu Melayu,
Cina dan India. Sistem pendidikan dijadikan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat
pelbagai kaum yang akhirnya menerima proses asimilasi.

2.1 Peluasan Kuasa Asing


2.1 Peluasan Kuasa Asing
Soalan 23: Bincangkan faktor-faktor perluasan kuasa asing di negeri-negeri melayu.
Pendahuluan:
peluasan kuasa asing di tanah melayu merujuk kepada kehadiran kuasa barat seperti
portugis, belanda dan british secara meluas dalam pemerintahan atau pentadbiran
masyarakat tempatan. Peluasan kuasa ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan spt
penaklukan atau melalui perjanjian yg ditandatangani antara kuasa asing.
Isi-isi penting:
1. Faktor Ekonomi
Ekonomi merupakan faktor terpenting yg mendorong peluasan kuasa british di tanah
melayu. Revolusi perusahaan di eropah, menyebabkan Britain memerlukan bahan-bahan
mentah. Britian memerlikan tanah jajahan yang dapat memenuhi keperluan itu. Secara
kebetulan, negeri-negeri melayu kaya dengan bahan mentah yg diingini British. Selepas
revolusi perusahaan, AS dan Britian muncul sebagai pengimport bijih timah yg terbesar.
Permintaan bijih timah semakin meningkat. Harga bijih timah yg melambung, menyebabkan
negeri2 melayu yang kaya dengan bijih timah semakin penting. Ramai pelabur berminat
melabur di tanah melayu.
Setelah monopoli perniagaan dengan china dibubarkan pd tahun 1883, golongan saudagar
dibenarkan menjalinkan hubungan scra langsung dgn china. Akibat pkembangan ini,
golongan saudagar dinegeri2 selat kehilangan kuasa monopoli perniagaan yg dimiliki

sebelum itu. Golongan saudagar mendesak British supaya campur tangan untuk
memulihkan keamanan.
2.

Bimbang campur tangan kuasa barat lain

Selepas tahun 1870-an, keadaan politik mula berubah apabila kuasa-kuasa asing seperti
Belanda, Itali, Perancis, Rusia dan Jerman mula bersaing untuk mendapatkan tanah
jajahan.
British paling mencurigai jerman. Hal ini kerana, selepas penyatuan Negara tsebut jerman
mula melancarkan serangan agresif yang mengancam kedudukan britian. Golongan
pemodal mgunakan faktor kebimbangan untuk menguatkan lagi tuntutan spya british
campur tangan di negeri2 melayu.
3.

Perubahan politik dan dasar Britain

Selepas kerajaan parti konservatif di bwh pimpinan Benjamin disrael yg menyokong dasar
imperalisme meletakkan jawatan pd tahun 1868, di ambil ahlih oleh wiliam E. Gladstone iaitu
parti liberal. Pd tahun 1874 gladstone di jatuhkan dan digantikan semula dgn Benjamin
Disraeli.
Pelantikan lord Kimberly sebagai setiausaha di pejabat tanah jajahan dan Edward
knatchbull sbg setiausha rendah parlimen menyebabkan munculnya golongan baharu yang
menyokong dasar peluasan kuasa melindungi kpentingan british di seberang laut. Clarke
diarah untuk meneliti kadaan yg berlaku di ngeri-negeri melayu bagi memulihkan keamanan
serta mengekalkan kepentingan perdagangan british di negeri-negeri melayu.
4.

Pembukaan Terusan Suez

Revolusi perusahaan dieropah telah menghasilkan banyak rekaan baharu yg membantu


memudahkan pedagang eropah untuk datang ke Asia tenggara. Kapal berkuasa wap yg
mempercepatkan perjalanan ke asia tenggara dan boleh memebawa lebih banyak
baranagan dagangan.
Terusan suez yg menghubungkan laut merah dgn laun Mediterranean dpt memendekkan
perjalanan laut dri britian ke tanah melayu. Penciptaan kapal wap dan pembukaan terusan
suez telah dpt memendekkan perjalanan antara timur dan barat serta menjimatkan masa
dan kos perjalanan ke asia tenggara
5.

Keadaan huru-hara di nergei-negeri Melayu

Negeri-negeri melayu berada dalam keadaan huru hara. Raja tidak berkuasa penuh di atas
pembesar. Keadaan huru hara disebabkan oleh perebutan kuasa antara para pembesar
melayu. Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap serta kegiatan lanun yg berleluasa di
tanah melayu.
Huru harajga disebabkan oleh perang saudarayg tercetus ditanah melayu spt perak ,
Pahang dan Selangor. Perang tersebut memaksa british untuk campur tangan bertujuan
untuk memulihkan keamanan ttpi bgi memastikan kpentingan ekonomi mreka tdk terancam
akibat kadaan huru hara yg berlaku itu.
Penutup:

Campur tangan kuasa asing telah menyebabkan perubahan faktor politik terutamanya para
pembesar di negeri-negeri melayu kehilangan kuasa dan sultan masih berkuasa tetapi atas
nasihat residen.
Soalan 24: Bincangkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara tahun
1897-1909 yang membawa kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu
Utara.
Pengenalan ;
1.

Perjanjian Burney 1826 telah berjaya menyelamatkan negeri-negeri Melayu Utara


daripada perluasan kuasa Siam. Walaubagaimanapun perjanjian ini merupakan permulaan
kepada campurtangan kuasa British di Tanah Melayu.

2.

Inggeris meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tiga perjanjian: Perjanjian


Sulit (1897), Perjanjian Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909).
Isi-isi Penting:

1.

a.

Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897)

Sebab:
i.
ii.

b.

Khabar angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk
memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah.
Terusan ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura.

iii.

Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.

iv.

British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.

Syarat-syarat:
i.

British mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap mana-mana wilayahnya di selatan garis


lintang 11 darjah Utara kepada kuasa lain.

ii.

Siam berjanji tidak akan memberi konsensi perdangan kepada mana-mana kuasan asing
tanpa persetujuan kerajaan British.

iii.

i.

British berjanji akan membantu Siam sekiranya di serang musuh.

c.

Kesan-kesan

i.

Menandakan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap NNMU

ii.

NNMU akan dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa British dan Siam.

2.

Perjanjian/Pengistiharan Inggeris-Siam 1902.

a.

Sebab:
Kebimbangan campur tangan kuasa asing.

Walaupun Perjanjian Sulit 1897 di tandatangani antara Sian dengan British. British masih
bimbang Siam tidak berupaya mempertahankan negerinya daripada pencorbohan asing.
Contoh: Jerman-Pulau Langkawi, Rusia-Ujong Selang (Pulau Phuket), AmerikaTerengganu.
ii.

Peranan Frank Swettenham

F. Swettenham memberi perlindungan kepada Sultan Mahmud IV dari Kelantan daripada di


ancam oleh Siam.
iii.

Kegiatan R W Duff di Kelantan

1900 Sultan Kelantan menyerahkan tanah seluas 7770 km persegi kepada Duff (British).
Sebagai balasannya Sultan Kelantan menerima wang tunai dan saham dalam syarikat
Pembangunan Duff. Siam tidak mengesahkan hak milik Duff dan Duff tidak mengindahkan
tuntutan pertuanan Siam ke atas Kelantan. Duff mengugut akan mempelawa Jerman
menyokong tuntutannya jika British enggan membantunya. British berunding dengan Siam
agar mengesahkan konsesi Duff agar menghalang Duff daripada meminta bantuan luar.
Swettanham mendesak Siam mengesahkan konsesi Duff. Sekiranya Siam tidak bersetuju
British akan menyokong Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka mendapatkan
kemerdekaan. Ugutan British menyebabkan Siam terpaksa menerima cadangan
Swettanham.
c.

Syarat-syarat

a.

Siam diberi kuasa melantik penasihat dan penolong British di negeri-negeri tersebut.

b.

Siam akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu.

d.

Kesan-kesan

a.
b.
3.

b.

Sultan Kelantan dan Terengganu mendakwa mereka tidak dibawa berunding Mengenai
pengistiharan itu. Sultan Terengganu enggan mengakui pengistiharan itu.
Pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.

Perjanjian Bangkok 1909


a.

Sebab-sebab

i.

Pakatan Inggeris Perancis 1904.

ii.

Kebimbangan campurtangan asing yang lain.

iii.

Pembatalan hak-hak wilayah asing.

iv.

Masalah kewangan Siam.

Syarat-syarat
i.

Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.

ii.

Inggeris pula akan menyerahkan hak wilayah asingnya di Siam.

iii.
c.

Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.

Kesan:
i.

NNMU berpindah tangan dari Siam ke Inggeris.

ii.

Penerimaan seorang penasihat Inggeris di NNMU.

iii.

Menetapkan sempadan antara Siam dengan Tanah Melayu.

iv.

Menjamin Inggeris menjalankan dasar monopoli perdagangan di Tanah Melayu.


Kesimpulan:

Inggeris berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu kecuali Johor yang hanya dikuasai pada
tahun 1914.
Soalan 25: Huraikan tentang Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dan implikasinya
terhadap Negeri-negeri di Tanah Melayu.
Pendahuluan :
Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai akibat perebutan kawasan perdagangan yang
strategik antara pihak British dengan Belanda . British telah membuka pengkalan baru iaitu
Singapura bagi menyaingi Belanda. Akibatnya Belanda membawa Singapura di bawah
kuasanya.
Demi kepentingan ekonomi dan mengelakkan pertelingkahan dengan Belanda, British telah
menanda tangani perjanjian ini pada tahun 1824.
Isi-isi penting:
Syarat Perjanjian Inggeeris-Belanda 1824.

1.

Pembahagian wilayah takluk masing-masing. Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak


milik British dan bersedia melepaskan segala tuntutannya ke atas Singapura. Belanda juga
bersetuju menyerahkan semua loji/pusat perdagangannya di India, di samping penyerahan
Melaka dan segala jajahan takluk di utara Singapura kepada British.

2.

Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian
dengan pembesar tempatan. British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua
kawasan Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. British juga berjanji tidak akan
membuka petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan . Kedua-dua
pihak juga bersetuju menduduki tempat tersebut jika mana-mana pihak berundur daripada
salah satu kawasan dan setiap wilayah tidak boleh diserahkan kepada kuasa asing.

3.

Menghadkan kawasan perdagangan bagi kedua-dua pihak. Belanda diberikan monopoli


ke atas kepulauan rempah sahaja. Dan kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar
perdagangan bebas. Manakala perjanjian bijih timah antara Belanda dengan Selangor,
Perak dan Kedah berakhir. Belanda tidak akan menganiaya pedagang-pedagang British
dengan mengenakan cukai yang tinggi. Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara

bebas dengan pelabuhan-pelabuhan


menghapuskan kegiatan lanun.
4.

kedua-dua

pihak

di

samping

bekerjasama

Belanda membayar hutangnya sebanyak 100,000 pound kepada British dan kedua-dua
pihak bersetuju tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan negeri-negeri
tempatan yang boleh menjejaskan perdagangan pihak lain.
Implikasi Perjanjian Inggeris Belanda:

1.

Kepulauan Melayu dibahagi kepada dua iaitu Singapura dan kawasan utaranya Terletak
di bawah naungan British, manakala kawasan di Selatan Singapura di bawah naungan
Belanda.

2.

British bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan mana-mana


pihak. Melalui perjanjian ini, British mempunyai tiga buah penempatan iaitu Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka yang akhirnya dikenali sebagai Negeri-negeri Selat pada 1863.

3.

Perpecahan empayar Johor yang dahulunya terdiri daripada kepulauan Riau Lingga di
bawah pemerintahan Sultan Husin(pengaruh British) dan kepulauan Riau-Lingga di bawah
pemerintahan Sultan Abdul Rahman (pengaruh Belanda). Pahang telah membebaskan diri
daripada empayar Johor dan diperintah oleh keluarga bendahara.

4.

Perdagangan Singapura semakin berkembang maju.


Kesimpulan:

Perjanjian ini membawa keuntungan kedua-dua pihak kerana pembahagian


kawasan,wilayah dan perdagangan yang lebih jelas. Perdagangan kedua-dua pihak
semakin maju dan dapat mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku sebelumnya.
Soalan 26: Huraikan cara peluasan kuasa asing di negeri Johor pada abad ke-19
hingga abad ke-20
Pendahuluan

Peluasan kuasa British telah bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau
Pinang (1786). Penglibatan yang dikatakan sebagai peluasan kuasa tidak rasmi bermula di
kebanyakan negeri di Tanah Melayu seperti Kedah, Perak, Naning dan Johor.
Peluasan kuasa British secara rasmi di Negeri-negeri Melayu terlaksana pada tahun 1874
dengan termeterainya Perjanjian Pangkor. Mulai tahun 1874, British giat meluaskan kuasa
dengan meletakkan seorang Residen British atau Penasihat British. Stamford Raffles tiba di
Singapura dan mendapati paling sesuai untuk tujuan perdagangan kerana kedudukannya
strategik. British meluaskan pengaruh di Johor melalui perjanjian.
Isi-isi Penting
1)

Cara Peluasan Kuasa British di Singapura

Raffles mencadangkan Tengku Hussein ditabalkan sebagai Sultan Johor dan tinggal di
Singapura. Tengku Hussein bersetuju dengan cadangan Raffles dan menandatangani

perjanjian rasmi dengan Raffles pad 6 Februari 1819. Raffles berjaya menduduki Singapura
dengan menggunakan muslihat dan memaksa Tengku Hussein dan Temenggung Abdul
Rahman menandatangani Perjanjian 1819.
Pertabalan Sultan Hussein sebagai sultan menyebabkan kerajaan Johor mempunyai 2
orang Sultan. Sultan Hussein bersemayam di Singapura dan Sultan Abdul Rahman pula di
Lingga.
2)

Perjanjian Persahabatan 1855

Sultan Hussein mangkat pada tahun 1835 di Melaka dan diganti oleh puteranya, Tengku Ali.
Pertengahan abad ke-19, berlaku pertikaian antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim
(anak Temenggung Abdul Rahman) tentang hasil negeri Johor.
Pada tahun 1847, Tengku Ali menuntut gelaran Sultan Johor tetapi telah ditolak dan didesak
agar menggugurkan segala tuntutannya terhadap pentadbiran Johor kerana Temenggung
Ibrahim lebih berpengaruh. Penglibatan British dalam hal ini telah membawa kepada
Perjanjian Persahabatan antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim pada Mac 1855.
3)

Penglibatan British dalam peristiwa Pengilhakan Muar (1877)

Temenggung Ibrahim meniggal dunia pada tahun 1862 dan digantikan dengan anaknya,
Maharaja Abu Bakar yang amat rapat dengan British. Pihak British telah meluaskan
pengaruhnya secara tidak langsung apabila A.E.H. Anton menawarkan Muar kepada
Maharaja Abu Bakar buat sementara sehingga satu undian dijalankan oleh Temenggung dan
penghulu-penghulu Muar. Pada 20 Jun 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai. Jenazahnya
tidak dapat dikebumikan hampir sebulan kerana masalah pengganti. Temenggung Muar dan
penghulu-penghulu Muar telah menandatangani surat mengakui Tengku Alam (anak Sultan
Ali) sebagai pengganti.
Maharaja Abu Bakar telah bertindak dengan menangkap Temenggung dan penghulupenghulu Muar bagi mendapatkan undian. Demi mengelakkan pertumpahan darah,
Temenggung dan penghulu-penghulu Muar telah meminta perdamaian dan mematuhi
peraturan Maharaja Abu Bakar. Upacara undian diadakan pada bulan September 1877 di
Kesang disaksikan oleh pegawai-pegawai British. Majlis bersidang dan bersetuju melantik
Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar. Dengan ini, kekuasaan waris-waris Sultan
Johor terhadap takhta Johor tamat. Pihak British meluaskan kuasanya secara langsung
sekali lagi melalui Perjanjian 1885 dengan Maharaja Abu Bakar dan mengiktirafnya
sebagai Sultan Johor.
4)

Penubuhan Lembaga Penasihat Johor

Lembaga ini ditubuhkan di London pada 1886. Sultan Johor boleh berhubung terus dengan
pejabat Tanah Jajahan di London. Usaha British meluaskan kuasanya melalui lembaga ini
nyata berhasil apabila Lembaga tersebut berfungsi menguruskan hubungan luar Johor dan
menasihati sultan dalam hal-hal pentadbiran. Lembaga Penasihat Johor juga menasihati
Sultan Ibrahim supaya meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada Negeri-negeri Selat
untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura. Cadangan tersebut
merupakan muslihat British untuk mengawal kewangan Johor. Dato Abdul Rahman Andak
sedar akan muslihat tersebut menasihati Sultan Ibrahin agar tidak menerima tawaran
pinjaman tersebut.

British mendapati agak sukar untuk meluaskan kuasa ke atas negeri Johor lalu berusaha
menyingkirkan Dato Abdul Rahman Andak. Pada tahun 1907, John Anderson (Gabenor
NNS) mencadangkan agar Dato Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke
London. Beliau menerima pencen sebanyak 1000 paun setahun. Pada tahun 1914, Sultan
Ibrahim terpaksa menandatangani perjanjian dengan British dengan syarat Johor mesti
mematuhi nasihat daripada Penasihat Am British. British berjaya meluaskan kuasa ke atas
Johor apabila Douglas Campbell dilantik sebagai Penasihat British.
Penutup
Kesimpulannya, British bertekad meluaskan pengaruh ke negeri Johor. Mereka telah berjaya
menguasai Negeri-negeri Melayu yang lain sejak 1874 tetapi kurang berjaya di Johor.
British berjaya meluaskan pengaruh di Johor melalui perjanjian dengan kerajaan Johor
semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar. Strategi yang digunakan bermula sejak
Perjanjian Persahabatan 1855 ditandatangani apabila hal ehwal luar Johor diletakkan
dibawah kawalan British.
Soalan 27 : Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Naning pada abad ke-19
hingga ke-20.
Pendahuluan
Perluasan kuasa asing oleh british boleh di kesan sebelum tahun 1874 lagi ( dianggap
sebagai tahun british campur tangan secara rasmi ). Kuasa british telah menduduki
Singapura (1819), Melaka (1824), dan Siam mencerobohi kedaulatan Negeri-negeri Melayu
Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu.
Isi-isi penting
1.

Berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Belanda telah menyerahkan Melaka


kepada british. Ini bermakna british mula melibatkan dirinya di Melaka. Perang Naning
meletus apabila Robert Fullerton, Gabenor Negeri-negeri Selat menganggap Naning
sebahagian daripada Melaka. Beliau cuba melaksanakan sistem undang-undang tanah dan
kehakiman Melaka di Naning. Pada masa yang sama beliau cuba mengutip hasil cukai
setempat yang berhak dimiliki oleh Melaka menurut perjanjian awal dengan Belanda.

2.

Dakwaan dan tindakan British ini berdasarkan kepada perjanjian pada tahun 1801 antara
Kolonel Aldwell Taylor, wakil british dengan penghulu dan Empat Suku Naning, bagi Naning
pula, perjanjian ini berasaskan kepada perjanjian antara Belanda dengan Naning pada
tahun 1643 dan tidak melibatkan British.

3.

Oleh sebab british mendakwa naning sebahagian daripada Melaka, ini bermakna naning
di bawah pertadbiran british. Oleh yang demikian, kes-kes jenayah yang berlaku di naning
harus dibawah ke Melaka dan undang-undang negeri-negeri selat patut dilaksanakan di
naning. Tindakan british ini telah mencabar kedudukan tradisi penghulu Dol Said,
pemerintah naning. Beliau tidak boleh menghakimi kes-kes jenayah naning. Apabila
penghulu Dol Said menyelesaikan kes jenayah di naning, beliau telah diberi amaran dan
dituduh tidak mematuhi arahan british di Melaka.

4.

Dol Said tidak menghiraukan dakwaan british. Beliau telah mengarahkan pengikutpengikutnya supaya tidak mematuhi arahan british yang cuba menjalankan bancian di
naning. Tindakan Dol Said adalah berdasarkan pendapatnya bahawa naning sebuah negeri
bebas dan merdeka.

5.

Cara-cara perluasan kuasa british di naning. Peperangan berlaku antara melayu naning di
bawah pimpinan penghulu Dol Said dengan british antara tahun 1831 dan 1832. Naning
mencapai kejayaan pada tahun 1831, tetapi tewas di tangan british pada tahun 1832. Ini
kerana pada mulanya naning mendapat bantuaan daripada Yamtuan Ali dari Rembau dan
beberapa pemimpin negeri Sembilan yang lain. Pada tahun 1832, brtish telah membuat
persetiaan dengan Rembau. Rembau berjanji tidak akan membantu naning.

6.

Pada bulan Mac 1832, Kolonel Herbert mengetuai tentera menyerang naning. Pakatan
british dengan Rembau telah Berjaya mengalahkan naning. Taboh, iaitu pusat pentadbiran
naning telah ditawan dan rumah penduduk naning dibakar. Dol Said berundur ke Seri
Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak british. Selepas itu, british menyatukan
daerah naning dengan Melaka.
Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 28: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Terengganu pada abad ke19
hingga ke 20.
Pengenalan
Perluasan kuasa British di Tanah Melayu (TM) telah bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu
dengan pendudukan Pulau Pinang. Penglibatan yang di katakan sebagai perluasan kuasa
tdak rasmi telah bermula di kebanyakan negeri di TM seperti Kedah, Perak, Naning dan
Johor.
Perluasan kuasa British secara rasmi di Negeri-Negeri Melayu terlaksana pada tahun 1874
dengan termeterainya Perjanjian Pangkor. Mulai tahun 1874, British giat meluaskan kuasa
dengan meletakkan seorang Residen British atau Pensihat British.
Isi-isi Penting:
a)

British berjaya meluaskan pengaruh di Terengganu melalui Perjanjian Bangkok yang di


tandatangani pada tahun 1909. Pada mulanya, Sultan Terengganu, iaitu Sultan Zainal Abidin
III enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok yang dipersetujui antara Siam dengan British
kerana baginda tidak dibawa berunding semasa perjanjian tersebut di buat.

b)

Namun, setelah didesak oleh British, baginda terpaksa menerima seorang wakil British di
Terengganu. Selepas Sultan Zainal Abidin III mangkat, seorang penasihat British dilantik di
Terengganu pada tahun 1919.

c)

Selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali (pemerintah Pahang) pada tahun 1857, rimbul
perbalahan antara dua orang anaknya, Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Hal ini
menyebabkan tercetusnya perang saudara. Wan Ahmad meminta bantuan daripada

kerajaan Siam. Siam ingin menjadikan Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan
serangan keatas Pahang.
d)

Kerja-kerja melombong bijih timah milik syarikat British di Kuantan terjejas. Demi menjaga
kepentingan ekonomi di Pahang dan menyekat perluasan kuasa Siam di Negeri-negeri
Melayu, Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Orfeur Cavenagh memberi amaran kepada
sultan Terengganu supaya tidak terlibat dalam perang saudara di Pahang, namun amaran
tersebut langsung tidak dipedulikan.

e)

Hal ini menyebabkan Gabenor Orfeur Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk
menyerang Terengganu. Apabila rundingan dengan sultan Terengganu gagal, British
menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala Terengganu. Kesan daripada serangan
tersebut menyebabkan : British berjaya campur tangan secara tidak langsung di
Terengganu, British berjaya menyekat perluasan pengaruh Siam dan British berjaya
menjamin kepentingan ekonominya.
Penutup

Pada dasarnya, perluasan kuasa British melalui dua cara, iaitu melalui peperangan misalnya
di Naning dan menandatangani perjanjian seperti Perjanjian Burney dan Perjanjian Pangkor.
Soalan 29: Huraikan cara perluasan kuasa British di Perak
Pendahuluan
Peluasan British di tanah melayu yang bermula pada tahun 1874 lebih berkait dengan
kepentingan ekonomi dan perdagangan, kebimbangan pengaruh kuasa asing lain yang
boleh menggugat ekonomi dan keperluan bahan mentah, dan pasaran akibat Revolusi
perindustrian di Britain.
Di Sarawak dan sabah, kepentingan perdagangan merupakan factor utama peluasan kuasa
british. Peluasan kuasa asing oleh british boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Kuasa
british telah menduduki singapura ( 1819 ), Melaka ( 1824 ), dan siam mencerobohi
kedaulatan Negeri-negeri Melayu utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.
Isi-isi penting
1.

Perang Larut

Long jaafar, seorang pembesar melayu telah menjumpai bijih timah di larut. Pada tahun
1848, beliau telah membawa masuk ramai orang cina untuk memajukan perlombongan bijih
timah di larut. Orang Hakka Chen Sang merupakan pelombong paling awal tiba di larut pada
tahun 1840-an. Mereka tertumpu di kawasan perlombongan kelian Pauh. Kebanyakan
daripada mereka merupakan ahli kongsi gelap Hai San. Orang Hakka Fui Chew tiba pada
tahun 1850-an dan tertumpu di kawasan Kelian Bahru. Kebanyakan daripada mereka ialah
ahli kongsi gelap Ghee Hin.
Pada tahun 1875, long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut
diambil alih oleh anaknya, Ngah Ibrahim.seperti ayahnya, beliau menggalakkan orang cina
bekerja di lombong-lombong bijih timah. Akan tetapi, Ngah Ibrahimtidak mempunyai kuasa
terhadap Ghee Hind an Hai San. Apabila pergaduhan meletus antara kedua-dua kongsi

gelap itu, Ngah Ibrahim akan menyebelahi pihak yang lebih kuat untuk menjaga
kepentingannya.
2.

Perebutan takhta kerajaan perak

Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera raja mesti menjawat tiga
jawatan sebelum menjadi sultan. Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja
Muda. Oleh itu, apabila sultan mangkat, putera sulungnya tidak akan menjadi sultan secara
automatik. Raja Di Hilir merupakan putera sultan yang sedang memerintah manakala Raja
Bendahara dan Raja Muda ialah putera sultan sebelumnya.
Sistem pewarisan ini tidak selalunya berjalan dengan lancer kerana sultan yang sedang
memerintah dan pembesar yang berpengaruh sentiasa campur tangan dalam pelantikan
calon yang dianggap layak. Campur tangan Sultan dan Pembesar dalam sistem pewarisan
pada tahun 1857 membawa kepada perebutan takhta kerajaan perak pada tahun 1873 di
mana terdapat tiga calon yang bakal menaiki takhta.
Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam
Shah dan Raja Ali menjadi Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, Raja Yusuf
yang merupakan Putera Sultan Abdullah sepatutnya diberikan jawatan Raja Bendahara
tetapi beliau telah diketepikan oleh pembesar-pembesar perak kerana dianggap tidak layak.
Raja Ismail pula dilantik menjadi Raja Bendahara. Jawatan Raja Di Hilir diberikan kepada
sultan Jaafar, iaitu Raja Abdullah. Oleh itu, Raja Yusuf telah di ketepikan.
3.

Perang saudara di perak

Raja Abdullah berasa kecewa kerana tidak dilantik menjadi sultan perak. Keadaan di larut
tidak tenteram kerana perang saudara antara Hai San dengan ghee hin. Hai san mendapat
sokongan ngah Ibrahim dan sultan ismail. Raja Abdullah pula menyokong ghee hin. Pada
tahun 1873, perang meletus antara hai san dengan ghee hin dan kali ini dengan penyertaan
ngah Ibrahim, sultan ismail, dan raja Abdullah. Ghee hin dengan bantuan raja Abdullah telah
menyerang simpang dan menawan pangkalan yang strategic itu.
Saudagar- saudagar british di perak mengadu bahawa kekacauan di larut telah menganggu
perdagangan mereka. Mereka menghantar surat rayuan kepada sir harry ord untuk meminta
perlindungan.
4.

Cara peluasan kuasa british di perak

Sir Andrew Clarke bertindak dengan segera. Beliau memanggil semua pihak yang terlibat
menghadiri satu mesyuarat di pulau pangkor.
Pertemuan itu berlangsung di atas kapal british, iaitu H.M.S. Pluto di luar Pulau Pangkor
pada 20 januari 1874. Raja Abdullah dan penyokongnya seperti ngah Ibrahim, pembesarpembesar hilir perak, ketua hai san, dan ketua ghee hin telah hadir. Sultan ismail dan raja
yusuf tidak hadir.
5.

Syarat-syarat perjanjian pangkor 1874

Perjanjian pangkor dibahagikan kepada dua, iaitu persetiaan kongsi-kongsi gelap cina dan
persetiaan pangkor. Syarat-syarat persetiaan kongsi-kongsi gelap cina iaitu ghee hin dan

hai san bersetuju menamatkan pertelingkahan antara mereka dan mengekalkan keamanan
di larut. Sesiapa yang menimbulkan kekacauan akan didenda sebanyak $50 000. Keduadua pihak bersetuju menyerahkan senjata mereka kepada pihak bnerkuasa dan
memusnahkan semua kubu yang dibina.
Syarat-syarat persetiaan pangkor iaitu British mengiktiraf raja Abdullah sebagai sultan
perak. Bekas sultan perak. Raja ismail akan diberi gelaran raja muda dan menerima pencen
bulanan sebanyak $ 1 000. Sultan perak akan menerima seorang pegawai yang digelar
residen untuk menasihati baginda dalam semua hal- ehwal pentadbiran kerajaan kecuali
hal-hal berkaitan dengan agama dan adat istiadat melayu. Sultan juga dikehendaki
membina tempat kediaman untuk residen dan membayar gajinya. Orang kaya memteri
larut , ngah Ibrahim akan mengekalkan gelarannya dan menjaga urusan di daerahnya.
Beliau akan menerima seorang penolong residen.
Penutup
Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam
Shah dan Raja Ali menjadi Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang
putera raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum menjadi sultan. Jawatan ini ialah Raja Di
Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda.
Pada tahun 1875, Long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut
diambil alih oleh anaknya.
Soalan 30: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di Negeri Sembilan pada abad ke-19
hingga ke-20
Pendahuluan:
Perluasan kuasa British di Tanah Melayu telah bermula pada abad ke-18 lagi iaitu dengan
pendudukan Pulau Pinang pada tahun 1786

Perluasan kuasa British secara rasmi di negeri-negeri Melayu terlaksana dengan


termeterainya Perjanjian Pangkor.Mulai tahun 1874,British giat meluaskan kuasa dengan
meletakkan seorang residen atau penasihat British..
Isi-isi penting:
1.Perjanjian antara Dato Kelana dengan British 1874

Sungai Ujong merupakan kawasan pengeluaran bijih timah yang utama di Tanah Melayu
pada awal abad ke-19. Dua masalah utama di Sungai Ujong, iaitu percubaan pembesarpembesar mengenakan cukai terhadap pengeluaran bijih timah yang dibawa keluar melalui
Sungai Linggi dan percubaan Dato Kelana untuk menegakkan kuasanya ke atas Sungai
Ujong.
Bijih timah dari Sungai Ujong dieksport melalui Sungai Linggi akibat daripada perdagangan
bijih timah yang meningkat dengan pesatnya. Kesannya, setiap ketua yang berpengaruh di
sepanjang Sungai Linggi ingin mengenakan cukai terhadap bijih timah yang dibawa keluar
melalui Sungai Linggi. Dato Bandar Kulop Tunggal menuntut hak untuk mengutip cukai di
sepanjang Sungai Linggi tanpa memberitahu Dato Kelana Sendeng yang turut mempunyai

hak yang sama dengannya di Sungai Ujong.Ini menimbulkan kemarahan Dato Kelana
Sendeng yang mengarahkan Dato Bandar Kulop Tunggal ditangkap di Melaka atas tuduhan
gagal menjelaskan hutang-hutangnya.
Keadaan ini tidak menghalang pembesar lain mengutip cukai.Saudagar-saudagar Melaka
merayu kepada British agar campur tangan bagi melindungi pelaburan mereka.British
memilih Dato Kelana Sendeng. Dato Kelana Sendeng menandatangi persetiaan
perdagangan dengan British. Manakala Dato Bandar Kulop Tunggal masih menuntut hak
yang sama di Sungai Ujong. Walaupun aktiviti perlombongan berjalan seperti biasa, Dato
Kelana Sendeng gagal menegakkan kuasanya di Sungai Ujong. Dato Kelana Syed Abdul
Rahman telah menggantikan Dato Kelana Sendeng yang meninggal dunia. Dato Kelana
Syed Abdul Rahman dan Dato Bandar Kulop Tunggal telah bekerjasama menghalang
percubaan penghulu yang baru, Dato Perba Rembau yang membina kubu-kubunya di
sepanjang Sungai Linggi. Saudagar-saudagar Melaka telah menghantar surat rayuan
kepada gabenor negeri-negeri selat,Sir Harry Ord. beliau cuba mengadakan perjumpaan
dengan semua pembesar tetapi gagal.
2. Cara perluasan kuasa British di Sungai Ujong dan syarat-syarat perjanjian.
Pada tahun 1874,Sir Andrew Clarke memanggil satu mesyuarat pembesar-pembesar di
Singapura. Hanya Dato Kelana Syed Abdul Rahman yang hadir. Satu perjanjian telah
ditandatangi antara Dato Kelana Syed Abdul Rahman dengan Sir Andrew Clarke.
Dato Kelana Syed Abdul Rahman diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong yang sah.
British akan memberi perlindungan kepada beliau.
3. Kesan-kesan perjanjian
Dato Bandar Kulop Tunggal tidak bersetuju dengan campur tangan British dan menyerang
Dato Kelana Syed Abdul Rahman yang mendapat perlindungan British. Dato Bandar Kulop
Tunggal tewas dan terpaksa berundur ke Kepayang.
Seorang Residen iaitu P.J. Murray ditempatkan di Sungai Ujong.
Penutup:
Kesan daripada perluasan kuasa asing,berlaku perubahan dalam pentadbiran, ekonomi dan
pendidikan.
Semua aspek ini memberi kesan kepada masyarakat tempatan.
Soalan 31: Jelaskan cara peluasan kuasa asing di negeri Selangor pada abad ke-19
hingga ke-20.
Pendahuluan
Daerah Klang kaya dengan bijih Timah. Daerah ini dibawah kekuasaan Raja Sulaiman tetapi
apabila Raja Sulaiman mangkat, Sultan Abdul Samad telah menyerahkan daerah tersebut
kepada Raja Abdullah. Penyerahaan ini tidak dipersetujui. Berlaku peperangan saudara.
Manakala, daerah klang menjadi rebutan dalam kalangan pembesar.
Hal ini menyebabkan campur tangan British dalam kekecohan ini.

Isi-isi penting
Cara-cara perluasan kuasa di Selangor
a)

British mencari alasan untuk memaksa Sultan Abdul Samad menerima Residen British.

b)

Pada pertengahan November 1873, sebuah kapal dagang British dalam perjalanan dari
Pulau Pinang ke Melaka diserang oleh lanun berhampiran Sungai Jugra,Langat.

c)

Orang Jugra dituduh dan Sembilan orang diberkas. Sultan Abdul Samad telah
menjatuhkan hukuman mati ke atas orangJugra ini.

d)

Pada tahun 1874, rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado diserang di
perairan Selangor. Sir Andrew Clarke, Gabenor Negeri-Negeri Selat memaksa Sultan Abdul
Samad menerima Residen baru.

e)

J.G Davison dilantik sebagai Residen British yang pertama dan Frank Swettenham
sebagai penolongnya.

f)

Selangor menjadi negeri naungan British. British dengan rasminya mengiktiraf Tengku
Kudin sebagai wakil Sultan Selangor.
Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 32: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri-negeri melayu utara (NNMU)
pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
British meluaskan kuasanya ke atas Negeri-negeri melayu utara sejak awal abad ke-19.
Selain itu, Negeri-negeri melayu utara seperi kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan
negeri-negeri naungan Siam.
Hubungan antara Negeri-negeri melayu Utara dengan British dan Siam dipengaruhi oleh
faktor seperti penghantaran bunga emas ke Siam, hubungan Inggeris-Siam, dan dasar tidak
campur tangan British. Dengan itu, British ingin memelihara hubungan baik dengan Siam
atas soal kepentingan pedagangan.British hanya akan campur tangan jika kepentingan
terancam.
Isi-isi penting
1 . Persekutuan Crawfurd 1882
Pada tahun 1818, Siam mengarahkan kedah menyerang perak dan memaksa menghantar
bunga emas ke Bangkok.
Siam menawan kedah pada tahun 1821 apabila sultan kedah, Sultan Ahmad Tajuddin gagal
menghadirkan diri di Bangkok untuk menjelaskan beberapa perkara. Baginda meminta
bantuan ketenteraan dari British tetapi gagal. Baginda juga gagal mendapatkan semula
takhta karajaannya.

2 . Perjanjian Burney 1826


Pada awal tahun 1825, Raja Ligor menyediakan satu angkatan tentera laut dan ingin
menyerang perak dan Selangor. Kapten Henry Burney dihantar ke Ligor untuk
membincangkan beberapa perkara. Persetiaan awal diadakan pada tahun 1825. Syaratsyaratnya ialah Raja Ligor tidak akan menyerag perak dan Selangor,Siam tidak akan
memaksa perak menghantar bunga emas, dan jika sultan kedah mendapat kembali takhta
kerajaannya, baginda mesti menghantar bunga emas setiap tiga tahun sekalidan $ 4000
tiap-tiap tahun. Persetiaan awal ini disahkan oleh kerajaan British di india.
Pada awal tahun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Kapten Burney dengan
Raja Siam
3 . Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897
Pda akhir abad ke-19, keajaan British ingin menuruskan hubungan baik dengan Siam untuk
menjaga kepentingan perdagangan di Siam.British juga ingin mengekalkan Siam sebagai
Negara penampamdi antara india dan Perancisdi indo-China. Siam pula ingin mengekalkan
kemerdekaan. Perancis Berjaya menduduki indoChinadan cuba meluaskan pengaruhnya di
Siam. Pada tahun 1896, British mandatangani Peristiharan Inggeris-Perancis untuk
melindungi kepentingan mereka di Siam dam Tanah melayu. Melalui penghistiharan
tersebut, kemerdekaan Lembah Menam Chao Phraya terjamin.
Kebimbangan peluasaan kuasa Barat yang lain memaksa British menandatangani perjanjian
sulit inggris- Siam pada tahun 1897. Britishbimbang kuasa Barat seperti jerman akan
menguasai Negeri-negeri melayu Utara.
Penutup
British menggiatkan usahanya meluaskan kuasa ke atas Negeri-negeri melayu utara dengan
menandatangani Peristiharan Inggris- Siam pada tahun 1902
Penasihat british telah dilantik di kedah dan perlis pada tahun 1905. Selain itu, pada tahun
1909, Negeri-negeri melayu utara di serahkan kepada British melalui perjanjian Bangkok.
Soalan 33: Jelaskan Cara Perluasan Kuasa Asing Di Negeri Sabah
Pendahuluan
Perluasan kuasa asing oleh British boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. British telah
menduduki Singapura 1879), Melaka(1824), dan Siam mencerobohi kedaulatan Negerinegeri Melayu Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Potensi sabah dari segi ekonomi telah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat dari As,
Britain, Balanda, dan Sepanyol. Kerajaan British telah meluaskan pengaruh dan kuasanya
terhadap Sabah secara tidak langsung melalui pemberian Piagam Diraja. Di Sabah,
kepentingan perdagangan merupakan salah satu faktor utama perluasan kuasa British.
Isi-isi penting

a)

Perluasan kuasa asing di Sabah melibatkan beberapa tokoh pedagang bermula pada
tahun 1865. Seorang warga Amerika iaitu Claude Lee moses mendapatkan dua konsesi
pajakan beberapa kawasan daripada kesultanan Brunei.

b)

Bagi mendapatkan keuntungan , Moses telah menjual hak pajakannya kepada pedagang
Amerika ( joseph William torrey dan Thomas B.Haris) dan hong kong ( wo hang) Dan telah
menubuhkan The American Trading Company untuk memajukan kawasan tersebut.

c)

Disebabkan kekurangan modal, Overback telah menjalankan usahasama dengan british (


Dent Brother) tahun 1877 dan telah mencetuskan satu perjanjian baru.

d)

Bagi mengatasi pertindihan kuasa, Overback diiringi dengan William hood gabenor
Labuan, berjumpa dengan kesultanan sulu dan telah menandatangani perjanjian pada 22
jan 1878. Dalam perjanjian tersebut kesultanan sulu bersetuju menyerahkan kesemua tanah
kepada syt Overback dan Dent.
Penutup

Kesannya, melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatngani pada tahun 1877-1878. Syarikat


Overbeck dan Dent memperolehi Borneo Utara yang meliputi kawasan antara Teluk gaya di
pantai baratt hingga ke Sungai Sibuku di Timur Wilayah Kimanis.
Soalan 34: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Sarawak pada abad ke-19
hingga Ke-20
Pendahuluan
Perluasan kuasa asing oleh British boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Bagi Sarawak,
perluasan kuasa dilakukan oleh James Brooke, seorang pesara yang melibatkan diri dalam
kegiatan perdagangan.
Beliau belayar dengan kapalnya Royalist dan berusaha mencari kawasan perdagangan di
tanah melayu dan Sarawak. Di Sarawak, kepentingan perdagangan merupakan faktor
utama perluasan kuasa British.
Isi-Isi penting
a)

Perluasan kuasa Brooke di Sarawak


Penentangan di Sarawak 1836-184. Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian
daripada kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya, kerajaan
Brunei tidak campur tangan dalam pentadbiran Sarawak dan Sarawak ditadbir oleh
pembesar-pembesar tempatan sahaja. Sultan Omar Ali telah menghantar pangeran Indera
mahkota sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.

b)

Pangeran Indera Mahkota bertindak


Merampas kuasa politik dan ekonomi. pembesar-pembesar melayu. Mereka kehilangan
monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimony yang
merupakan eksport utama Sarawak ketika itu. Mengenakan cukai yang tinggi keatas orang
melayu dan Membeli hasil orang melayu dengan harga rendah. Sekiranya orang Bidayuh
gagal menjelaskan hutang, maka isteri dan anak akan dijadikan sebagai hamba abdi.

Akibatnya, orang bidayuh dan orang melayu yang dipimpin oleh Datu patinggi Ali dan orang
dayak memulakan penentangan pada tahun 1836.
c)

Pakatan Panggeran Raja Muda Hashim dengan james Brooke


Pangeran Raja Muda mengambil keputusan meminta bantuan orang luar. Kebetulan ketika
itu james Brooke seorang bekas SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun
1839. Panggeran raja Muda dengan segeranya meminta bantuan Brooke untuk
mematahkan penentangan di Kuching. Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik
sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebagai wakil sultan Brunei.

d)

Cara perluasan kuasa Brooke di Sarawak


Satu perjanjian telah ditandatangani antara james Brooke dengan pengeran Raja Muda
Hashim (1841). Syarat-syarat James Brooke di beri kuasa memerintah Sarawak serta
jajahannya, James diberi hak untuk memungut cukai di sarawak, Bertanggungjawab dalam
hal kewangan Sarawak dan Dikehendaki menghormati dan memelihara undang-undang
serta adat istiadat orang melayu di Sarawak.
Penutup

Kesimpulannya, kesan daripada perjanjian 1841, james Brooke telah dilantik sebagai
gabenor Sarawak dan Raja Sarawak (24 Nov 1841).
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing
2.2 Penentangan terhadap kuasa asing
Soalan 35: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa
asing di negeri Kedah terhadap Siam pada 1821-1842.
Pendahuluan
Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa
asing di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak. Penentangan yang berlaku sepanjang
abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap penguasaan
kuasa asing disebabkan kehiangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap
ajaran Islam dan adat istiadat tempatan.
Isi-isi Penting:
Penentangan
Hubungan diplomatik Siam-Kedah dalam konteks tradisional memang lama wujud. Ini
terbukti dengan penghantaran bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali.
Kedah dibawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin menentang penjajahan Siam ini dengan
hebat. Perang pembebasan Kedah ini juga melibatkan Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Tunku
Long, dan Tunku Muhammad Saad. Perjuangan mereka turut disokong oleh rakyat seperti
Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. Terdapat dua bentuk
penentangan iaitu perang gerila dan perang terbuka.
Sebab-Sebab Penentangan

1.

Hubungan Siam-Kedah

Bagi Kedah pula, penghantaran bunga emas dan Perak ke Siam bersifat sosial dan tidak
ada natijah politik. Ini bermakna Kedah dan Siam mempunyai pandangan yang berbeza
tentang status masing-masing. Siam memaksa Kedah menghantar bunga emas dan perak
tiga tahun sekali. Selain itu, Kedah dikehendaki memberi khidmat tenaga buruh dan askar,
serta membekalkan makanan dan senjata.
Siam juga mengarahkan Kedah (di bawah Sultan Ahmad Tajuddin) menghantar bantuan
tentera menentang Burma pada tahun 1811. Seterusnya, pada tahun 1813, Kedah diarah
menyerang Perak dan sekali lagi pada tahun 1818. Ini berikutan keengganan Perak
menghantar ufti ke Bangkok. Pada tahun 1818, Kedah diarah menyediakan 2500 orang
askar untuk menawan Tonkah dan Burma.
2.

Hubungan Siam-Burma

Pada abad ke-18 dan awal abad ke-19, Kedah tersepi antara kuasa Siam dan Burma.
Kedua-dua kuasa ini cuba menguasai negeri-negeri Melayu Utara disebabkan persaingan
politik dan tujuan sosioekonomi seperti tenaga manusia dan sumber.
Kedah terpaksa mengahadapi kedua-dua kuasa tersebut dengan mengamalkan dasar suaifaedah, iaitu dasar diplomasi yang memihak kepada kuasa yang lebih kuat dalam sesuatu
masa. Dalam keadaan yang tidak pasti sama ada Siam atau Burma akan menang, Kedah
terpaksa mengakui pertuanan kedua-dua kuasa tersebut.
3.

Perselisiahan dalam negeri Kedah

Sultan Ahmad Tajuddin menghadapi cabaran daripada saudaranya, Tunku Daud, Tunku
Bisnu, Tunku Ibrahim, dan Tunku Yaakop. Tunku Daud dan Tunku Ibrahim telah
mencetuskan pemberontakan bersenjatatetapi Berjaya dipatahakan.
Tunku Bisnu dan Tunku Yaakop telah mempengaruhi kerajaan Siam dengan bersubahat
dengan Gabenor Singgora dan Ligor. Pihak Siam bimbang Sultan Ahmad Tajuddin akan
membuat hubungan sulit dengan Burma.
4.

Hubungan Sultan Ahmad Tajuddin dengan Gabenor Ligor

Sultan Ahmad Tajuddin juga menghadapi saingan daripada Gabenor Ligor, iaitu Nakhon Sri
Thammarat kerana beliau cemburu dengan kejayaan baginda yang dianugerahi pangkat
Chao Phaya oleh istana Bangkok.
Pada 12 November 1821, Siam, menghantar angkatannya ke Kuala Kedah. Askar-askar
Siam melakukan keganasan dengan menembak rumah-rumah di tebing sungai, menangkap
orang lelaki dan menyeksa mereka hingga mati. Mereka juga merampas barang-barang dan
membawa tawanan perang balik ke Siam sebagai hamba. Gabenor Ligor menegakkan
kekuasaanya di Kedah. Beliau meletakkan anaknya, Phra Pakdi Borirak (Saeng) sebagai
Gabenor dan seorang lagi anaknya, Nai Nut sebagai Naib Gabenor.
5.

Faktor Agama

Orang Siam beragama Buddha Theravada dan orang Melayu beragama Islam. Golongan
agama di Kedah menggunakan pelbagai cara untuk menaikkan semangat menentang Siam
seperti syarahan agama, Khutbah Jumaat dan Kelas Agama.
Penentangan terhadap Siam juga digerakkan melalui semangat jihad. Pejuang-pejuang
Kedah diberikan semangat mati syahid.
Penutup

Pada tahun 1823, Tunku Abdullah memimpin seramai 3000 orang tentera untuk
membebaskan Kedah daripada Siam melalui Seberang Perai. Namun, perjuangan ini gagal
kerana Siam mendapat bantuan British. Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala
Kedah dari Melaka pada tahun 1831. Sekali lagi, perjuangan tentera Melayu dicabar oleh
Siam yang mendapat bantuan British. Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam
melalui Bruas pada tahun 1836. Malangnya, rancangan tersebut gagal kerana penglibatan
British Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap.

Perang pembebasan Kedah diteruskan oleh Tunku Muhammad Saad pada tahun 1838.
Tentera Kedah berjaya menawan semula Selatan Kedah, Kota Kuala Kedah sehingga mara
ke Songkla. Namun, Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British.
Soalan 36: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa
asing di Naning pada tahun 1831-1832
Pendahuluan
Naning ialah sebuah kawasan penempatan minangkabau yang terletak antara negeri
Sembilan dengan Melak. Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said berasal daripada
keturunan suku seri meleggang.Beliau telah dilantik menjadi penghulu yang baru selepas
DatoAnjak ,Penghulu Naning meninggal dunia. Pada tahun 1831,penduduk Naning di
bawah pimpinan Dol Said telah bangun menentang british.
Penentangan mereka ini adalah untuk mengekalkan adat dan cara hidup tempatan .Mereka
juga menentang perturan dan undang-undang british yang cuba dipaksa ke atas
mereka.Perjuangan Dol Said selama 2 tahun ini lebih berbentuk perang gerila.Namun
penentangan mereka ini gagal. Dol Said terpaksa berundur ke Seri Menanti dan akhir nya
menyerah kalah diri kepada british . Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.
Isi-isi penting
Aspek Politik
1. British mencabar kedaulatan Naning
Selepas perjanjian surat-surat kew, British menduduki Melaka antara tahun 1795-1818.
Kolonel Taylor yang menjadi pemerintah british di Melaka telah melawat Naning pada tahun
1801. Taylor telah menadatangani perjanjian dengan Naning. Naning bersetuju akan taat
setia dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) . Naning juga bersetuju membayar hasil
padi empat ratus gantang setahun.

Semasa Robert Farquhar menjadi residen Melaka, beliau berusaha untuk


memperkukuhkan pengaruh british di Naning. Beliau telah menamatkan kutipan cukai 45

1/2sen ke atas setiap perahu Naning yang dating ke Melaka. Beliau juga menghapuskan ufti
tahunan beberapa ekor kerbau yang di hantar ke Melaka. Robert Farquhar ingin pihak
berkuasa Naning menyerahkan hak membicara dan menjatuhi hukuman di serahkan kepada
pihak berkuasa Melaka .Secara implisit,Farquhar ingi mengukuhkan kuasa british ke atas
Naning.Perkara ini di tentang oleh penguhulu Dol Said kerana hak mengadili kes jenayah
merupakan hak tradisi tempatan.
Bagi penghulu Dol Said dan pembesar Naning yang lain, tanggapan british tidak berasas,
bagi mereka Melaka tetap merdeka sejak zaman Belanda lagi, Naning bebas melaksanakan
undang-undang adat dan agama mereka sendiri
2. Pelaksanaan undang-undang british.
British cuba menyekat pengaruh dan kuasa Penghulu Dol Said dengan memperkenalkan
peraturan penghulu. Peraturan penghulu ialah menetapkan bahawa penghulu Naning tidak
boleh membicarakan kes-kes jenayah atau awam yang berat.Tindakan british ini jelas
bercanggah dengan adat tradisi tempatan Naning.
Pada tahun 1828, Dol Said telah membicarakan satu kes pembunuhan di Naning. pihak
british berasa marah kerana menggikut peraturan penghulu,kes tersebut sepatutunya di
bawah ke mahkamah Melaka. Penghulu Dol Said didakwa telah melanggar undang-undang
british. Penghulu Dol Said dianggap sebagai ancaman besar kepada kewibawaan
british.Beliau diugut akan di lucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi undangundang British.
Ekonomi
1. Pelaksanaan cukai
Gerakan anti-cukai merupakan satu isu penting dalam perang Naning. British memaksa
Naning membayar hasil satu persepuluh kepada Melaka. Pada tahun 1828, pemungut Hasil
Tanah Melaka,iaitu W.T Lewis telah mencadangkan kepada Robert Fullerton supaya
mengutip hasil padi satu persepuluh daripada Naning
Beliau membuat bancian dan mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4 500 dolar
setahun. Penghulu Dol Said hanya sanggup membayar seribu enam ratus gantang padi
sebagai balasan SHTI tidak campur tangan dalam hal ehwal Naning.
2. Sistem pemilikan tanah.
British ingin melaksanakan system pemilikan tanah untuk memudahkan pengutipan cukai.
Undang-undang british berbeza dengan amalan tempatan. Terdapat tanah adat dan tanah
pusaka yang ditadbir secara adat perpatih di Naning.

Peraturan 19 tahun 1830 diluluskan berkaitan soal tanah. undang-undang ini


memperuntukkan kuasa kepada British untuk mengutip cukai satu persepuluh dari hasil
pertanian. SHTI juga berhak terhadap semua tanah kosong, tanah-tanah yang tidak
diusahakan selama lima tahun akan menjadi milik kerajaan. Peraturan 19 tahun 1830
ditentang hebat oleh penduduk Naning sehingga mencetuskan perang Naning.
Penutup

Kebangkitan Dol Said bermula apabila satu peperangan antara orang melayu Naning dan
tentera british meletus pada tahun 1831-1832.Sebelum itu Dol Said telah di beri amaran
oleh british di Melaka bahawa beliau akn di pecat daripada jawatan penghulu dan
digantikan dengan orang lain.
Penentangan di Naning adalah untuk mempertahankan adat dan cara hidup tempatan
penduduk Naning.peduduk Naning yang di pimpin oleh Dol Said tidak dapat menerima
undang-undang dan peraturan british.
Soalan 37. Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa
asing di negeri perak pada tahun 1874-1875.
Pendahuluan
Sultan Abdullah merupakan sultan perak yang bersetuju dengan penempatan seorang
Residen British yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan
dengan agama dan adat istiadat Melayu.
Di Perak, penguasaan British yang didalangi oleh J.J.W Birch ditentang oleh orang
tempatan dan penentangan ini berlaku secara bersama oleh pembesar dan sultan. Pada 4
November 1874, J.J.W Birch merupakan Residen British yang pertama bertugas di Perak
dan beliau dibunuh pada 2 November 1875 dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai
Perang Perak.
Isi-isi penting
Sebab penentangan.
1.

Campur tangan dalam adat resam tempatan (percanggan makna adat)

Mengikut Perjanjian Pangkor, Residen British tidak boleh menyentuh agama dan adat
resam orang Melayu tetapi segala urusan pentadbiran am negeri dijalankan berdasarkan
nasihat British.
Bagi orang Melayu, adat merangkumi segala cara hidup yang meliputi aspek politik,
perdagangan, ekonomi dan kebudayaan. Bagi orang Melayu juga, unsur keagamaan dan
kenegaraan ini tidak boleh diasingkan.
2.

Sistem pewarisan takhta

British telah campur tangan dalam sistem pengganti sultan. Tindakan tersebut telah
mencabar strukur negeri-negeri Melayu tradisional apabila Sir Andrew Clarke melanti Raja
Abdullah sebagai sultan.
Tindakan ini juga, bercanggah dengan adat tradisi sistem pewarisan kerajaan Perak.
Pelantikkan Raja Abdullah oleh British ini boleh dipesoalkan kerana beliau dilantik dtidak
disokong dengan alat kebesaran Perak seperti Sultan Ismail.
3.

Pemungutan cukai
Pembesar Perak dan Sultan Abdullah menentang hebat cadangan J.W.W. Brich
mewujudkan sebuah khazanah pusat yang akan dikelolakan oleh seorang Residen untuk

menguruskan pembayaran gaji. Mengikut adat Melayu, pembesar dan sultan behak ke atas
pungutan cukai di daerah mereka. Hasil cukai tesebut merupakan sumber pendapatan dan
sumbe unutk menanggung anak buah mereka.
J.W.W. Birch telah menghapuskan peraturan masyrakat Melayu dan sekali lagi campur
tangan dalam adat istiada Melayu dengan penghapusan hak pungutan cukai.
4.

Amalan perhambaan

Birch juga secara terbuka menentang adat hamba hutang malah sanggup memberi
pelindungan kepada hamba abdi yang lari dan berlindung di kediamaannya. Dalam
perjanjian Pangkor, tidak disebutkan tentang amalan perhambahan.
Pada pandangan orang British, penghapusan amalan ini adalah perlu kerana dianggap
bertentangan dengan kerajaan bertamadun. Birch telah melanggar perjanjian Pangkor
apabila cuba menghapuskan perhambahan kerana perhambahan termasuk dalam adat
orang Melayu.
5.

Perundingan dan kehakiman

demi memastikan bahawa segala peraturan baharunya diikuti dan berjalan lancar, Birch
telah memperkenalkan undang-undangan awam dan jenayahnya sendiri.
Penguatkuasan undang-undang ini akan dilaksanakan oleh sepasukan polis kerajaan.
Beberapa buah balai polis didirikan seperti di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia dan Kota
Lumut.
Penutup

Penentangan terhadap British di Perak berkait rapat dengan cita-cita British untuk
menguasai dan mentadbir Tanah Melayu. Sultan Abdullah terperangkap dalam rangkaian
imperiasilme British apabila baginda menandatangani perjanjian pangkor dan besetuju
menerima seorang Residen British.

Peluasan kuasa British menyebabkan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar tercabar.
Soalan 38: Bincangkan penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sembilan pada
abad ke-19 hingga ke-20.
Pendahuluan
Pada tahun 1874, British mengiktiraf Dato Kelana Syed Abdul Rahman sebagai pemerintah
Sungai Ujong. Pada tahun yang sama, British telah melantik Kapten W.I. Tatham, Penolong
Residen untuk membantu DatoKelana Syed Abdul Rahman dalam pentadbirannya.
Pelantikan Dato Kelana Syed Abdul Rahman dan W.I. Tatham ditentang hebat oleh Yam
Tuan Antah dan pembesar lain di kawasan Terrachi, Gunung Pasir, Hulu Muar, dan Jempol.
Isi-isi penting
1.Penentangan

Kebangkitan Yam Tuan Antah bermula apabila beliau menghantar satu pasukan untuk
menghalang juruukur British, iaitu Daly dan beberapa orang polis daripada membuat
siasatan. British meminta bantuan dari Sungai Ujong dan pasukan di bawah pimpinan
Leftenan Hinxman telah dihantar. Lanjutan daripada itu, pertempuran berlaku antara
pasukan British dengan pasukan Yam Tuan Antah.
Yam Tuan Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan
pertempuan dengan pasukan Yam Tuan Antah. Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan
satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan jawatannya tetapi kuasanya terhad di kawasan
Seri Menanti sahaja seperti Johol, Hulu Muar, Terachi, Gunung Pasir dan Inas.
2. Kronologi penentangan di Negeri Sembilan
a)

Walaupun British tidak melibatkan diri di kawasan Yam Tuan Antah tetapi sudah terdapat
kebangkitan menentang British yang dipimpin oleh Yam Tuan Antah sendiri.

b)

Hal ini adalah kerana nilai-nilai tradisi di Negeri Sembilan tercabar dengan penglibatan
British di Sungai Ujong.

c)

Semasa pertabalan Yam Tuan Antah sebagai Yam Tuan Seri Menanti, Dato Kelana Syed
Abdul Rahman tidak hadir. Ini adalah kerana beliau ingin melantik Tengku Ahmad Tunggal
sebagai Yam Tuan. DatoKelana Syed Abdul Rahaman tidak mengiktiraf pelantikan Yam
Tuan Antah dan Yam Tuan pula tidak mengiktiraf Dato Kelana Syed Abdul Rahman sebagai
pemerintah Sungai Ujong. Yam Tuan bimbang Dato Kelana Syed Abdul Rahman yang
disokong oleh British akan meluaskan kuasanya.

d)

Dato Kelana Syed Abdul Rahman bersikap sedemikian kerana mendapat sokongan
British. Brittish sememangnya mempunyai hasrat meluaskan kuasa mereka di Negeri
Sembilan yang kaya dengan bijih timah.

e)

Dato Kelana Syed Abdul Rahman kemudiannya menuntut hak ke atas Terachi yang
merupakan kawasan hak Yam Tuan Antah. Dato Kelana Syed Abdul Rahman seterusnya
melantik seorang Penghulu mengawal Terachi.

f)

British sekali lagi mengambil kesempatan membantu Dato Kelana Syed Abdul Rahman.
Residen British di Sungai Ujong, iaitu P.J. Murray telah dihantar ke Terachi untuk membuat
siasatan.
Kesimpulan

Yam Tuan Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan
pertempuan dengan British pada tahun 1876.
Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan
jawatannya tetapi kuasanya terhad di kawasan Seri Menanti sahaja seperti
Johol,Hulu,Muar,Terachi,Gunung Pasir dan Inas.
Soalan 39: Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa
asing di negeri Pahang pada abad ke-19 hingga ke-20.
Pendahuluan

Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa
asing di Negeri-negeri Melayu. Di Negeri Pahang, penentangannya terhadap penjajahan
British pada 1891-1895.
Penentangannya yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan
bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa
pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran islam dan adat istiadat
tempatan.
Isi-isi Penting
Penentangan di Pahang terhadap British
Pahang menentang British melalui satu kebangkitan bersenjata. Residen pertama di Pahang
ialah J.P. Rodger yang dilantik pada oktober 1888.

J.P. Rodger melantik pegawai-pegawai British sebagai hakim dan pemungut cukai
menggantikan pembesar-pembesar melayu.
Sebab-sebab penentangan di Pahang

1.

Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad

Sultan Ahmad kehilangan kuasa pentadbiran. Kedudukan baginda dalam majlis mesyuarat
negeri tidak bermakna apabila segala keputusan dibuat oleh residen.
Residen yang memutuskan jumlah bayaran pencen kepada pembesar dan sultan. Residen
juga telah menghapuskan amalan perhambaan.
2.

Ketidakpuasan hati pembesar

Pembesar-pembesar melayu yang menjadi pemimpin dalam gerakan menentang British


tidak puas hati dengan peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British. Peraturan itu
menjejaskan kedudukan dan kewibaaan mereka.
Pembesar-pembesar melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan British ialah
Dato Bahaman (Orang Kaya Semantan), Tok Gajah (Orang Besar Raja), Tok Raja (Orang
Besar Berempat).
3.

Perasaan tidak puas hati rakyat

Rakyat berasa tertekan dan tertindas dengan pengenalan peraturan baharu. Residen British
telah memperkenalkan sistem cukai dan peraturan pemungutan hasil hutan.
Rakyat mesti mendapatkan lesen dan surat izin serta membayar cukai tanah. Mereka juga
dikerah menjadi buruh paksa.
Penutup
Kebangkitan Pahang bermula dengan peristiwa penangkapan beberapa orang pengikut
Dato Bahaman. Pejuang-pejuang Pahang mendapat kemenangan dengan mudah.
Kebangkitan Pahang tamat pada tahun 1895.

Soalan 40. Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa


asing di negeri Kelantan pada abad ke-19 hingga ke-20.
Pendahuluan :
Pada tahun 1903, W.A. Graham telah dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan. Tugas
beliau ialah menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat
Melayu.

Penentangan terhadap British berlaku di Pasir Puteh semasa pemerintahan Sultal


Muhammad IV. Penentangan ini diketuai oleh Tok Janggut atas arahan Engku Besar Jeram
Tuah Ahmad. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad adalah pembesar di daerah Jeram. Beliau
menikmati beberapa keistimewaan sebelum campur tangan British di Kelantan.
Isi-isi Penting:
Proses Penentangan

Engku Besar Jeram yang tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran British telah
berjumpa dengan Tok Janggut dan meminta beliau supaya menentang dan mengusir orang
British di Pasir Puteh. Kebangkitan Tok Janggut bermula apabila Encik Latiff menghantar
Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan gagal membayar cukai.
Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain Berjaya
melarikan diri lalu membuat laporan kepada Encik Latiff.
Tok Janggut dan pengikutnya Berjaya menyerang balai polis dan pejabar daerah Pasir
Pureh. Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut Sebagai
Perdana Menteri. Mereka hanya menduduki pasir Puteh selama 3 hari sahaja. Pada tahun
1915, British dari negeri-negeri melayu menawan semula Pasir Puteh dan Tok Janggut dan
pengikut terpaksa melarikan diri. Belaku pertempuran di Kampung Dalm Pupuh dan Tok
Janggut terkorban manakala Engku Besar Jeram tercedera diselamatkan oleh Awang
Deraman dan melarikan diri ke Reman, Thailand.
Sebab-sebab Penentangan:
Kemerosotan Kuasa Engku Besar Jeram Tuan Ahmad
Campur tangan British menyebabkan kewibawaan Engku Besar Jeram tercabar. W.A
Graham mencadangkn supaya membentuk jajahan di Kelantan dlm Majlis Mesyuarat
Negeri. Kesannya jajahan pasir puteh dibentuk. Kuasa hal-ehwal pentadbiran bukan lagi dlm
kuasa Engku Besar Jeram tetapi Pegawai daerah.
Pelantikan Che Andak sebagai Tok Kweng (penghulu) yang bertanggungjawab terus kepada
Pegawai Daerah memburukan lagi keadaan.Engku Besar Jeram berasa lebih tercabar
apabila beliau dilantik sebagai Tok Kweng Muda, jawatan yang lebih rendah daripada
jawatan Tok Kweng.
Sebelum campur tangan British, Kedudukan Engku Besar Jeram lebih tinggi daripada Che
Andak. Engku Besar jeram semakin tidak puas hati apabila dikehendaki membayar cukai
kerana sebelum ini beliau tidak dikenakan cukai malah dpt mengutip cukai. British telah
melayannya seperti rakyat biasa.

Peraturan baharu sistem cukai yang diperkenalkan oleh British


Undang-undang Hasil Padi diperkenalkan pada tahun 1905. Berdasarkan undang-undang
tersebut, setiap rakyat Kelantan mesti melaporkan kepada Tok Kweng jumlah hasil sawah
yang dimiliki dan kawasan letaknta tanah sawah itu.
Satu sistem cukai turut diperkenalkan di Pasir Puteh. Menurut sistem cukai baharu ini,
semua tanah sama ada diusahakan atau tidak dimestikan membayar cukai.
Sikap kasar pegawai yang bertugas.
Penduduk Kelantan yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda . Kadangkala
mereka dimarahi dengan kata-kata kesat. Tindakan ini adalah tidak munasabah kerana
pejabat bayaran cukai terletak jauh di Bandar.
Tambahan pula, pembayaran hanya boleh dilakukan dlm waktu dan hari tertentu sahaja.
Hakikatnya, mereka tidak dpt membayar dlm waktu tertentu kerana syarat yang ditetapkan
oleh British . Contohnya, Tok Janggut pernah ke pejabat bayaran cukai beberapa kali tetapi
gagal membayar dlm masa yang ditetapkan.
Pelantikan Encik Latiff sebagai Pegawai Daerah Pasir Puteh.
Pelantikan ini tidak disenangi oleh penduduk Kelantan kerana beliau bukan anak jadi
Kelantan tetapi berasal dari Singapura. Beliau merupakan seorang yang tegas
menguatkuasakan undang-undang tanah dan memungut hasil cukai mulai 1 Januari 1915.
Penduduk Kelantan juga tidak puas hati dengan tindakan beliau menawarkan kontrak
pengutipan telur penyu dan kercut kerana sebelum ini melakukan pekerjaan ini tanpa
sebarang bayaran.
Penutup :
Kesan kebangkitan penentangan terhadap British di Kelantan menyebabkan British bertapak
lebih kukuh dikelantan.
Kebangkitan di Kelantan menjadi perangsang kepada kebangkitan menentang British di
Terengganu.
Soalan 41 : Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa
asing di negeri Terengganu pada abad ke 19 hingga ke 20
Pendahuluan :
British Berjaya meluaskan kuasanya ke Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909. Walau
bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin III yang memerintah Terengganu enggan mengiktiraf
Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara British dengan Siam kerana baginda
tidak diberitahu dan dibawa berunding sebelum perjanjian dibuat. Selepas menghadiri
rundingan dengan British, Sultan ZainalAbidin III bersetuju menerima seorang wakil British
iaituW.L.Conlay pada tahun 1910.
Selepas kemangkatan Sultan ZainalAbidin III, atas usaha bersungguh-sungguh British, Sultan
Muhammad II bersetuju menerima seorang penasihat British, iaitu J.L Humpreys pada tahun

1919. Peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British telah mencabar nilai-nilai
masyarakat tempatan. Kebangkitan menentang British tercetus pada tahun 1922, 1925 dan
1928.
Isi-Isi Penting :
(a)

Penentangan
1.

Penentangan 1922

Penentangan pertama terhadap British berlaku pada tahun 1992 di Hulu Telemong. Penduduk
pedalaman Terengganu menentang pengenalan cukai tanah. Akibat penentangan tersebut,
seramai 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh tidak
mempunyai pas kebenaran semasa membersihkan tanah dan bercucuk tanam. Haji Abdul
Rahman Limbong membela mereka yang tertuduh.

Pihak kerajaan mengalami kegagalan kerana tidak dapat memberi keputusan muktamad.
Akhirnya setelah beberapa kali dibicarakan, kes tersebut dimansuhkan tanpa keputusan
mahkamah.
2.

Penentangan 1925

Pada tahun 1925, seramai 300 hingga 500 orang penduduk pedalaman telah berkumpul di Kuala
Temelong untuk membersihkan tanah Tengku Nik Maimunah dari Lubuk Batu hingga
Kampung Pelam. Mereka melakukan kerja membersihkan kawasan tanpa pas. Pada masa
itu, kerajaan telah mengumumkan undang-undang pendaftaran tanah. Bagi penduduk
Terengganu, hal ini membebankan mereka yang hidup susah.
Kebangkitan pada tahun 1925 membimbangkan pihak British yang kemudiannya meminta jasa
baik Tengku Nik Maimunah supaya menyuraikan mereka yang berkumpul itu.
Walaubagaimanapun, tidak ada tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat dalam
kebangkitan pada tahun 1925 itu.
3.

Penentangan 1928

Kebangkitan 1928 lebih hebat dan merupakan satu kebangkitan menentang peraturan baharau
British. Dalam kebangkitan tersebut, agama memainkan peranan penting. Haji Abdul
Rahman Limbong telah menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan tidak
mempunyai hak mengenakan cukai ke atas tanah Allah itu. Golongan agama menegaskan
bahawa undang-undang British adalah undang2 kafir dan segala yang kafir mesti ditentang.
Dua tempat telah menjadi pusat perhimpunan iaitu Kuala Berang dan Kampung Pelam,
Telemong. Penduduk Terengganu yang tidak berpuas hati telah berkumpul di Kuala Berang
yang melibatkan kira2 1000 orang petani dan telah menyerang bangunan kerajaan.

Atas nasihat British, kerajaan Terengganu telah menghantar pasukan polis di bawah pimpinan
Datuk Seri Amar Diraja seramai 25 orang untuk menawan semula Kuala Berang. Satu
pasukan seramai 50 orang polis dari Singapura telah dihantar untuk menangkap Haji Abdul
Rahman Limbong dan pengikutnya. Beliau dibicarakan dan dijatuhi hukuman buang negeri
ke Makkah.
(b)

Sebab-SebabPenentangan

4.

Faktor Politik

Terengganu dibahagikankepada 3 wilayah. British telah meletakkan Penolong Penasihat dan


Pegawai Daerah untuk menjalankan pentadbiran. British telah membelakangkan system
pentadbiran tradisional yang terdiri daripada sultan dan pembesar daerah. Akibatnya, kuasa
sultan dan pembesar daerah tergugat.

Peranan sultan telah diambil alih oleh Penasihat British. Elaun tahunan sultan dikurangkan
daripada $9500 kepada $3500. Sultan turun daripada takhtanya dan digantikan dengan
saudara baginda, iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
5.

Faktor Ekonomi

Pada tahun 1921, penduduk Terengganu diwajibkan mendapatkan surat kebenaran atau pas
terlebih dahulu sekiranya ingin membuka tanah untuk bercucuk tanam atau mengambil hasil
hutan. Penduduk yang ingin membuka penempatan sementara di atas tanah kerajaan mesti
membayar 50sen setahun.
Pada tahun 1923, melalui Undang-Undang Kawalan Binatang Buas, penduduk mesti mendapat
lesen sebelum memburu binatang. Pada tahun 1924, peraturan tanah yang diluluskan
mengkehendaki setiap pemiik tanah membayar sebanyak $2.50 kepada mahkamah untuk
menyelesaikan massalah tanah mereka.
6.

Faktor Sosial

Terdapat pegawai yang bersikap kasar semasa memungut hasil atau mengeluarkan pas.
Kebangkitan sebanyak 3 kali dipimpin oleh beberapa orang guru agama terutamanya Haji
Abdul Rahman Limbong dan Haji Musa Abdul Ghani.

Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan negeri
tidak boleh mengenakan cukai ke atas tanah.
Penutup:
Penduduk Terengganu terpaksa menerima undang-undang British yang berjaya mengukuhkan
kuasa mereka di Terengganu
Soalan 42: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa
asing di negeri sabah pada abad ke-19 hingga ke-20.
Pendahuluan :
Kehadiran British untuk mentadbir sabah juga mendapat tentangan daripada masyarakat
tempatan.
Pada tahun 1881, British memberi surat piagam kepada British North Borneo Company
untuk memerintah sabah. Pada tahun 1882, nama syarikat itu ditukar kepada British North
Borneo Chartered Company (syarikat berpiagam borneo utara british atau dikenali sebagai
SBBU).
Isi-isi penting :

Faktor Agama

Penentangan Mat salleh didorong daripada semangat perjuangan jihad orang sulu
menentang kuasa sepanyol di Filipina.

Seorang pegawai SBUB, iaitu Aledander Coock menganggap Mat Salleh sebagai Mahadi
Baru. Pengaruh islam juga dibuktikan daripada catatan pada alat-alat kebesaran yang
mengatakan hasrat Mat Salleh untuk meninggikan syiar islam. SBBU bimbang dengan
pengaruh Sulu-Islam yang kuat menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.
Faktor Ekonomi
SBBU menguatkuasakan cukai ke atas barang-barang dagangan dan bayaran lesen perahu.
Penduduk tempatan juga dibebani dengan cukai kepala dan cukai beras. Selain dikenakan
cukai, penduduk di kawasan pedalaman dikerah membina telegraf melalui amalan buruh
paksa.
SBBU membuka tamu di beberapa buah tempat. Langkah ini tidak disenangi oleh penduduk
di beberapa kawasan. Suku Kwijau di penampang menyerang dan membunuh seorang
pegawai british di keningau sebagai memprotes tindakan SBBU.
Faktor Politik
Pada tahun 1894, pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang pedagang iban di sungai
sugut. Mat Salleh enggan menyerahkan pengikutnya itu kepada SBBU. Mat Salleh
melarikan diri apabila pasukan SBBU menyerang kampungnya di pulau jambangan. Pada
tahun 1895, Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan pergi ke Sandakan untuk
berunding dengan SBBU tentang masalah cukai kepala, lessen perahu, dan tindakan keras
pegawai british terhadap penduduk.
Mat Salleh ingin berunding dengan Gabenor Beaufort, iaitu C.V Creagh tetapi percubaannya
gagal. Mat Salleh tidak dilayan walaupun telah menunggu selama sepuluh hari. Gabenor
Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBBU. SBBU bertindak
membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh. SBBU juga menawarkan hadiah
sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.
Penutup :
Kesan daripada penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19
hingga ke-20 telah membawa kepada SBBU yang berjaya mengukuhkan kuasanya di
sabah. Tambunan juga turut diambil alih oleh SBBU.
Ketua Anak Negeri diambil untuk berkhidmat dengan SBBU. SBBU lebih berhati-hati dalam
tindakan membabitkan masyarakat tempatan.
Soalan 43. Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing
di negeri Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan :

James Brooke menguasai Sarawak secara berperingkat selepas berjaya mengatasi


kebangkitan rakyat tempatan terhadap kezaliman Pangeran Indera Mahkota.

Keluarga Brooke melaksanakan perubahan dan peraturan baharu dalam sistem politik,
ekonomi dan sosial. Perubahan tersebut mencetuskan penentangan rakyat tempatan
terhadap pemerintahan Brooke.
Isi-isi penting :
1. Penentangan Linggir (1849)
Linggir ialah seorang pemimpin Iban di Saribas. Beliau menyerang kapal Nemesis dekat
Batang Lupar. Serangan ini dibuat kerana James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang
pelayaran mereka di Sungai Saribas.
Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
2. Penentangan Syarif Masahor (1853)
Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau
merupakan pembesar yang dihormati oleh orang Melanau dan Iban. Sebagai Gabenor
Sarikei, beliau telah campur tangan dalam pertelingkahan antara dua orang pembesar di
Mukah iaitu dengan menyerang bandar tersebut dengan bantuan orang Iban. Ini
menyebabkan Charles Brooke mendenda dan menghalau Syarif Masahor dari Sarikei.
Beliau juga dilucutkan jawatan sebagai Gabenor Sarikei.
Syarif Masahor telah bersepakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang kubu
James Brooke di Kanowit dan Kuching dengan bantuan orang Melayu, Melanau, Iban dan
penduduk Igan di Mukah. Namun, angkatan beliau telah dikalahkan oleh tentera James
Brooke. Beliau dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861.
3. Penentangan Rentap (1853)
Rentap ialah pemimpin Iban yang menentang pentadbiran James Brooke di Sarawak. Nama
sebenar beliau ialah Libau dan digelar Raja Darat atau Raja Ulu. Beliau berasal dari Hulu
Skrang. Rentap menentang pemerintahan Brooke yang menganggap orang Iban di Sungai
Skrang sebagai lanun. Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di
Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap. 1853, Rentap menyerang dan
berjaya menawan kubu Brooke di Sungai Skrang. Serangan tersebut mengorbankan
pegawai Brooke iaitu Allan Lee.
1854, James Brooke melakukan serangan balas dan Rentap terpaksa berundur dan berkubu
di Bukit Sadok. 1861, Brooke sekali lagi menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap berjaya ditewaskan seterusnya
beliau berundur ke Bukit Lanjak dan Entabai sehingga meninggal dunia beberapa tahun
kemudian. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke
membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa.
4. Penentangan Banting (1893)
Banting ialah penghulu Iban di Hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Beliau digelar
Ijau Layang. Banting dan beberapa orang ketua Iban yang berniaga di Karpuas enggan
membayar cukai. D.J. S. Bailey dilantik sebagai Residen Bahagian Kedua pada akhir tahun

1890. Beliau terlalu tegas dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang kerajaan. Ini
menimbulkan kemarahan Banting dan orang Iban.
Perasaan anti-pentadbiran Brooke semakin membara apabila Bailey menghantar ekspedisi
menghukum Banting pada tahun 1896. Satu persatu saudara Banting dan orang Iban
dibunuh menyebabkan Banting bertindak balas. 1901, seorang Iban dari kawasan
sempadan Kalimantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Banting dibunuh
di Semat menyebabkan Banting menyerang rumah panjang di Semat pada bulan Mac dan
Mei 1902. 1908, Banting dapat ditewaskan oleh tentera Brooke.
5. Penentangan Asun (1930-an)
Asun bermula dengan memihak kepada pentadbiran Brooke. Bagi mengenang jasa beliau,
Brooke melantik beliau sebagai Penghulu Entabai pada 1915. Beliau sangat dihormati oleh
masyarakat Iban sehingga dilantik sebagai Tuai Rumah.
Vyner Brooke melaksanakan cukai pintu yang menimbulkan kemarahan orang Iban. 1926,
Residen Bahagian Ketiga mengarahkan orang Iban hanya boleh membina rumah panjang
yang boleh memuatkan tidak lebih sepuluh keluarga. Orang Iban membantah arahan
tersebut kerana bertentangan dengan adat mereka.
Residen Bahagian Ketiga berusaha menghantar wakil berjumpa dengan Asun untuk
mengadakan rundingan namun Asun terus menentang dan menghasut orang Iban. Pada
Disember 1932, Asun menyerah diri kepada Pegawai Daerah. Asun dipenjarakan dan
selepas itu dibuang daerah ke Lundu.
Kesimpulan
Apa-apa yang berkaitan

2.3 Pengubahsuaian
2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan
Soalan 44: Huraikan perubahan pentadbiran dalam sistem residen (1874) di negerinegeri Melayu.
Pendahuluan
Sistem Residen yang diperkenalkan pada tahun 1874 merupakan satu bentuk sistem
pemerintahan secara tidak langsung di negeri-negeri Melayu. Residen ialah seorang
pegawai British yang ditugaskan untuk menasihati sultan dan nasihatnya itu mesti dipatuhi
dalam semua perkara, kecuali melibatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Kuasa memerintah jatuh ke tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan. British
telah memperkenalkan beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu
melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu.
Isi-isi penting
1. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri

Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang


melibatkan pentadbiran negeri. Pada tahap awal penubuhannya, Majlis Mesyuarat Negeri
berperanan sebagai badan penasihat. Majlis Mesyuarat Negeri dianggotai oleh sultan
sebagai ketua, Residen British, 12 orang pembesar Melayu, dan seorang wakil masyarakat
Cina. Mesyuarat ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan semua usul dan cadangan
dibahas sebelum dijadikan undang-undang.

Tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Kuasa sultan dalam Majlis juga terbatas
kerana baginda hanya berkuasa dalam agama dan adat istiadat melayu.
2. Sistem Pentadbiran Tanah
Sistem Residen telah mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan British meneruskan
usaha mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. British telah mengambil
langkah untuk menyusun semula sistem pentadbiran tanah. Antaranya memperkenalkan
undang-undang dengan menjadikan tanah sebagai hak milik persendirian.
Akibat pengenalan langkah ini, tanah menjadi satu daripada sumber pendapatan kerajaan.
Pengenalan perubahan ini menimbulkan bantahan dan membangkitkan penentangan para
pembesar Melayu terhadap pentadbiran British.
3. Sistem Pentadbiran Negeri

British mengadakan perubahan pentadbiran dengan membahagikan negeri kepada


beberapa buah daerah yang diketuai oleh seorang Pemungut Cukai dan Majistret untuk
memungut cukai dan mentadbir keadilan di daerah itu. Pemungut cukai dan Majistret ditukar
kepada Pegawai Daerah dan ditambah beberapa tugas.

Pembahagian negeri kepada daerah menyebabkan wujudnya sempadan geografi yang jelas
antara negeri. Di bawah sistem pentadbiran negeri yang baharu, setiap daerah dibahagikan
kepada beberapa buah unit pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim dengan
diketuai oleh seorang penghulu. Unit di peringkat bawah sekali ialah kampung yang diketuai
oleh seorang ketua kampung. Beliau berperanan sebagai penghubung antara penduduk
kampung dengan pentadbir yang lebih tinggi.
Penutup
Walaupun Sistem Residen merupakan satu sistem pemerintahan yang secara tidak
langsung, tetapi sistem ini dilaksanakan tanpa garis panduan yang lengkap.
Sistem Residen dijalankan dengan terlalu bebas sehingga banyak kuasa terlepas ke tangan
British.
Soalan 45: Huraikan sebab-sebab dan kesan-kesan penubuhan dan Persekutuan 1896
terhadap perubahan pentadbiran di negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pendahuluan.
Pada tahun 1893, Frank Swettenham mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan
yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.

Perjanjian persekutuan ditandatangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai
1896. Perjanjian ini telah membawa kepada penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
Isi-isi penting
Sebab-sebab Penubuhan Persekutuan 1896
1.

Masalah Kewangan Pahang

British campur tangan di Pahang pada tahun 1888. Pahang menghadapi masalah
kewangan yang rumit akibat kebangkitan rakyat menentang British. Perbelanjaan negeri
melebihi pendapatan. Oleh yang demikian, Pahang banyak meminjam dari Negeri-negeri
Selat. Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak lagi mampu meneruskan pinjaman itu kerana turut
menghadapi masalah kewangan.
Pegawai-pegawai di Pejabat Tanah jajahan bimbang dengan masalah kewangan Pahang.
Mereka mempuyai dua pilihan, sama ada menarik diri dari Pahang tanpa menyelesaikan
masalah kewanganya atau mencari penyelesaian. Imej dan martabat Bitish akan jatuh
sekiranya British menarik diri dari Pahang. Pembentukan Persekutuan merupakan satusatunya jalan penyelesaian yang paling baik atas alasan negeri kaya seperti Perak dan
Selangor yang membantu Pahang.
2.

Mengurangkan kuasa Residen

Residen di keempat-empat buah negeri Melayu bertindak tanpa panduan yang jelas.
Terdapat kes-kes di mana Residen mempuyai kuasa yang lebih luas daripada sultan.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang tinggal jauh di singapura tidak dapat mengawal Residen
secara langsung.
Tanpa pengawasan yang berkesan, Residen menjadi teralu berkuasa sehingga Sultan dan
Majlis Mesyuarat Negeri tidak berupaya mengawal mereka. Majlis Mesyuarat Negeri hanya
berfungsi meluluskan usul yang dibentangkan oleh Residen.
3.

Keseragaman Pentadbiran
Keempat-empat buah negeri Melayu tidak mempuyai sebarang penyelarasan dan
keseragaman. Setiap negeri mempuyai sistem kehakiman, undang-undang tanah, dan
sistem percukaiannya tersendiri. Pembentukan Persekutuan membolehkan sumber di
keempat-empat buah negeri Melayu ini digunakan secara optimum. Begitu juga dari segi
kecekapan pentadbiran.

Terdapat juga faedah dari segi kekuatan pertahanan apabila semua negeri yang disatukan
itu dapat menghadapi ancaman anasir luar secara bersama.
4.

Dasar Penjajah British

Sejak tahun 1890-an, kerajaan British telah menggalakkan tanah jajahan dan negeri-negeri
naugannya menubuhkan Persekutuan.
British telah memulakan dasar ini dengan jayanya di Australia dan afrika.

Kesan-kesan politik Persekutuan 1896


1.

Kesatuan politik

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) bukan satu persekutuan dalam erti kata sebenar.
Ianya lebih mirip kapada satu kesatuan politik disebabkan NNMB tidak memenuhi syaratsyarat pentadbiran yang berupa sebuah persekutuan. Sepatutnya, setelah keempat-empat
buah negeri Melayu itu dijadikan Persekutuan, salah seorang atau berdasarkan sistem
giliran, keempat-empat Sultan dijadikan Ketua Kerajaan Persekutuan. Walau
bagaimanapun, dalam NNMB yang berkuasa ialah Residen Jeneral sebagai ketua
Kerajaan Persekutuan.
Asas pembentukan sesebuah persekutuan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri. Pembahagian ini tidak wujud dalam Persekutuan 1896. Negerinegeri Melayu Bersekutu hanya melaksanakan beberapa tugas tidak penting. Segala tugas
dan dasar penting digubal oleh kerajaan Persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur.
2.

Kuasa Residen Jeneral

Persekutuan memberikan kuasa yang luas kepada Residen Jeneral. Hampir semua kuasa
dan tugas Residen dipindahkan ke tangan Residen Jeneral.
Pesuruhjaya Tinggi yang berada di Singapura tidak berupaya mengawal dan mengawasi
Residen Jeneral.
3.

Kehilangan kuasa sultan

Lebih banyak pegawai British dilantik dalam Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Ini
secara Implisitnya menuju ke arah pemerintah lansung berbeza dengan pemerintah secara
tak langsung semasa di bawah sistem Residen. Dengsupaya pemerintahan an demikian,
kuasa sultan semakin merosot jiak dibandingkan di bawah sistam Residen.
Sultan-sultan berkenaan terpaksa menyerahkan kuasa mereka secara sah kepada Residen
Jeneral. Antara tahun 1874 hingga tahun 1896, penyerahan kuasa tidak berlaku kerana
Residen hanya dihantar untuk membentuk dan membaiki pentadbiran. Melalui Persekutuan
British seolah-olahnya mempuyai kuasa penuh di keempat-empat buah negeri itu.
4.

Penubuhan Persidangan Raja-raja Melayu Durbar (1897)

Penubuhan Persekutuan 1896 telah membuka mata sultan-sultan dan golongan Intelektual
Melayu. Buat pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu (sejak Kesultanan Melayu
Melaka) , sebuah gagasan empayar Melayu dapat mewujudkan keempat-empat negeri
Melayu dalam satu gabungan jang jelas. Sultan dari keempat-empat buah negeri dapat
bertemu antara satu sama lain dan perbincangan tertumpu kepada hal ehwal adat,agama
islam, dan kebajikan orang Melayu.
Ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, empat orang Sultan, Residen Jeneral, dan
empat orang Residen. Durbar diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, Perak dan
Durbar kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Melalui Durbar, Sultan mengkritik
pemusatan kuasa yang berlebihan dalam tanagan Residen Jeneral. Mereka juga
membantah kehilangan kuasa mereka. Sultan juga tidak berpuas hati tentang bilangan

pegawai British yang kian bertambah. Melalui Durbar, Sultan menyeru supaya kuasa
pemerintahan dikembalikan semula.
5.

Pembentukan Majlis Mesyuarat Pesekutuan 1909

Pada Persidangan Durbar kedua, Sultan Idris mencadangkan desentralisasi (pengagihan


kuasa pusat). Residen Jeneral seharusnya membahagikan kuasanya dalam kalangan
Sultan Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen. Kesan cadangan Sultan Idris, langkah
pertama ke arah pengagihan kuasa pusat bermula pada tahun 1909 dengan penubuhan
Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP). MMP sepatutnya menjadi sebuah badan penasihat
kepada sultan tetapi sultan hanya menjadi biasa saja.Sultan tidak mempunyai kuasa
mempengerusikan mesyuarat MMP atau mempunyai hak membatalkan usul yang
dibentangkan dalam MMP.
Ini bermakna MMP boleh menjalankan tugasnya tanpa kehadiran sultan kerana kehadiran
sultan sebagai ahli biasa tidak penting sedangkan segala usul yang diluluskan oleh MMP
ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya oleh sultan. Pemusatan kuasa
terletak pada tanga Pesuruhjaya Tinggi selaku Presiden MMP. Pesuruhjaya Tinggi
mempuyai kuasa luas seperti mencalonkan ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi, memberhentikan
ahli-ahli tidak rasmi sebelum tamat tempoh perkhidmatan mereka, dan mempuyai undi
pemutus.
Kesimpulan
Sebab-sebab penubuhan persekutuan 1896 adalah masalah kewangan di mana British
campur tangan di pahang pada tahun 1888. seterusnya mengurangkan kuasa residen. Hal
ini menyebabkan, sultan dan majlis mesyuarat tidak mampu mengawal kuasa residen.
keseragaman pentadbiran setiap negeri mempunyai sistem yg tersendiri seperti kehakiman,
undang-undang tanah, cukai dan pertahanan. Dasar penjajahan sejak 1980, mereka
menggalakkan tanah jajahan dan negeri-negeri sebagai persekutuan.
Kesan-kesan politik 1896, kesatuan politik. Kempat-empat Sultan dijadikan ketua kerajaan
persekutuan dan Residen Jeneral merupakan ketua bagi kerajaan persekutuan.Kuasa
Residen Jeneral,persekutuan memberikan kuasa yang luas kepada residen jeneral.

Penubuhan persidangan Raja-Raja Melayu Durbar 1897, menyeru supaya kuasa


pemerintahan dikembalikan semula. Pembentukan majlis mesyuarat persekutuan 1909.
Sultan tidak mempunyai kuasa untuk mempengerusikan mesyuarat MMP. Segala usul yang
diluluskan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Soalan 46 : Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan
langkah-langkah ke arahnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.
Pendahuluan:

Menurut L.A. Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai Ia melibatkan pemulangan kuasa


pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada
kerajaan negari. Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang
cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan.

Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang
keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran
ditadbirkan dibawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur. Dasar desentrlisasi
disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan Pusat dengan cara
mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri.
Isi-isi Penting:
Sebab-sebab pengagihan Kuasa Pusat
1.

Rasa tidak puas hati sultan-sultan

Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung


sahaja. Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas
perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji
tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.
2.

Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu


Bersekutu

Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor enggan menyertai
persekutuan tersebut.
Ini kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan
menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Rajaraja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat
menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.
3.

Kemelesetan ekonomi dunia tahun1920-an

Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu


Bersekutu. Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh
sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
Disamping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar
gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris. Dengan pengagihan kuasa kepada negerinegeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana
pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan
negeri sendiri.
4.

Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi

Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden
Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan
Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri kuasa Rasiden Jeneral akan dapat
dikurangkan.
5.

Sokongan orang Melayu untuk memperimbangi sikap anti-Inggeris.

Bertujuan untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orangorang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan
kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.
Langkah-langkah Pelaksanaan Dasar Desentralisasi
1.

Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George Maxwell 1923 Untuk
mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pengagihan kuasa pusat

2.

Antara cadangannya: Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen
Jeneral dan kuasa pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan
negeri. Walaubagaimanapun cadangan ini masih mempunyai beberapa kelemahan.

3.

Sir L. G telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai Pengagihan kuasa


pusat pada tahun 1925.

4.

Cadangan-cadangan Cecil Clementi untuk mempercepatkan proses Desentralisasi.


Kesimpulan:

Walaupun berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British untuk melaksanakan dasar
desentralisasi namun akhirnya ia tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya sokongan
daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan.
Soalan 47: Huraikan Perubahan pentadbiran Dasar Desentralisasi 1909-1939 di negerinegeri Melayu
Pendahuluan
Desentralisasi ialah satu proses pemulangan kuasa dari kerajaan pusat kepada kerajaan
negeri. Dasar ini dilaksanakan kerana Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan
kuasa yang berlebihan pada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Dasar desentralisasi 1909
bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada pada Residen Jeneral dan
Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa antara
kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Semasa pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan


melonggarkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi.
Isi-Isi Penting
Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir John Anderson.

Pada tahun 1909, percubaan pertama ke arah melonggarkan pemusatan kuasa yang ada di
negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John
Anderson. Perubahan perlembagaan yang besar ialah penubuhan Majlis Mesyuarat
Persekutuan ( 1909 ).
Desentralisasi dalam erti kata yang sebenar belum lagi bermula kerana tidak wujud
pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Ini menunjukkan Sir
John Anderson tidak berniat membahagikan apa-apa kuasa kepada kerajaan negeri.
Malahan, setelah Sir John Anderson menjadi Presiden MMP, beliau memusatkan kuasa

yang berlebihan dalam tanganya. Jelas di sini bahawa Anderson hanya mahu mewujudkan
hubungan rapat antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat dan
mengurangkan kuasa Residen Jeneral. Pemusatan kuasa yang dahulunya tertumpu di
Kuala Lumpur kini Berpinda ke Singapura.
Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemard
Pada tahun 1920-an, dasar desentralisasi telah dimulakan selepas pelantikan Sir Lawrence
Guillemard sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Sebab-sebabnya, sultan di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu membantah kehilangan kuasa mereka dan pemusatan kuasa pentadbiran dalam
tangan Pesurujaya Tinggi. Sultan NNMB berasa kecewa dengan penubuhan MMP.
British ingin memujuk Negeri-negeri melayu Tidak bersekutu menyertai Persekutuan. Dasar
desentralisasi dipikirkan sebagai langkah yang paling berkesan kea rah tujuan itu apabila
perubahan yang dijalankan dapat mengembalikan kuasa kepada sultan di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Pada tahun 1924, Sultan Idris telah berangkat ke London dan
mendesak Pejabat Tanah Jajahan supaya meneruskan dasar desentralisasi. Baginda
mengritik perubahan tahun 1909 yang tidak memuaskan itu.
Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir Cecil Clementi
Dasar desentralisasi semasa Sir Cecil Clementi dipercepatkan pada tahun 1930-an.
Cadangan-cadangan Sir Cecil Clementi. Climenti mencadangkan supaya Negeri-negeri
Melayu Bersekutu dibubarkan dan dibentuk satu kesatuan yang menggabungkan semua
negeri. Selain itu, Negeri-negeri ini diberi kuasa mentadbir semua jabatan kecuali Jabatan
Kereta Api, Kastam, dan Pos. Jawatan ketua setiausaha dibubarkan. Tempatnya diambil
alih oleh Setiausaha Persekutuan yang lebih rendah kedudukannya daripada seorang
Residen.
Reaksi terhadap cadangan Sir Cecil Clementi. Golongan pedagang Cina, Eropah, dan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu membantah dengan hebatnya. Bantahan dari
NNMTB berdasarkan pandangan bahawa pemansuhan jawatan Ketua Setiausaha akan
membawa kepada perubahan kuasa kearah Singapura. Masyarakat Cina bimbang mereka
akan dikuasai oleh orang melayu.
Bantahan terhadap cadangan Clementi telah menimbulkan masalah. Oleh itu, kerjaan British
melantik Sir Samuel Wilson, Setiausaha Rendah Tetap di Pejabat Tanah Jajahan mengkaji
keadaan di Tanah Melayu dan cadangan Clementi
Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson
Pada tahun 1933, kerajaan British menerima laporan dari Sir Samuel Wilson. Hasil laporan
Sir Samuel Wilson, hasil drpd cadangan dlm Laporan Sir Samuel Wilson, dasar
desentralisasi dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1934 sehingga tahun
1941.
Majlis Mesyuarat Negeri diberi lebih kuasa. Pada tahun 1935, jawatan Ketua Setiausaha
dihapuskan dan digantikan dengan jawatan Setiausaha Persekutuan. Menjelang tahun1939,
jabatan pertanian, perhutanan, kesihatan, perlombongan dan kerja raya dipindahkan
dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis Mesyuarat Negeri tidak dibenarkan

memungut hasil sendiri tetapi akan diberikan peruntukan tahunan (annual grant) oleh
Kejaraan Pusat. Bilangan ahli tidak rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri ditambah.
Penutup
Dasar ini dilaksanakan kerana Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan kuasa
yang berlebihan pada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Dasar desentralisasi 1909
bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada pada Residen Jeneral dan
Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa antara
kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Semasa pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan


melonggarkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi.
Soalan 48: Bincangkan pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah dan
keluarga Brooke di Sarawak pada abad ke-19.
Pendahuluan:

Syarikat Berpiagam Borneo utara memperkenalkan pentadbiran Barat di Sabah.

Keluarga Brooke menjadi pemerintah di Sarawak dengan menggunakan penduduk


tempatan.
Isi-isi Penting:
Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) di Sabah.

a)

Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang gabenor yang bertanggungjawab


kepada lembaga pengarah syarikat di London.Majlis penasihat ditubuhkan untuk menasihati
gabenor dalam hal ehwal pentadbiran. Pada peringkat awal pentadbiran SBUB Sabah
dibahagikan kepada dua buah residensi sahaja. Iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai
Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi bertambah menjadi 4.

b)

Setiap residensi diketuai oleh seorang residen yang bertanggungjawab terhadap semua
daerah dalam residensinya. Residensi pula dibahagikan kepada 10 buah daerah yang
setiap satunya diketuai oleh pegawai daerah. Pegawai daerah bertugas sebagai majistrate,
pegawai buruh, pemungut cukai ,bendahari daerah dan ketua pentadbir semua jabatan
pada peringkat daerah.

c)

SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa memerintah Sabah. Bagi


mengatasi masalah ini SBUB telah menyerapkan system pentadbiran penduduk tempatan
dengansistem pentadbiran syarikat dengan mengekalkan jawatan Ketua Anak Negeri dan
Ketua Kampung.

d)

Ketua Anak Negeri membantu pegawai daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat
daerah. Mereka diberi surat kuasa oleh SBUB untuk menguruskan perkara-perkara yang
berkaitan dengan masyarakat tempatan .Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di
Mahkamah Anak Negeri.

e)

Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampong. Mereka terdiri daripada


orang yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat.

f)

Dalam bidang perundangan SBUB telah menggunakan dua jenis undang-undang iaitu
undang-undang Barat dan undang-undang tempatan. Selain itu, diwujudkan juga mahkamah
majistrate yang menggunakan undang-undang Barat untuk mengendalikan kes-kes berat
seperti membunuh, menculik dan merompak dan diadili oleh pegawai daerah.
Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak.

a)

Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan
Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Keluarga ini mengamalkan
system pemerintahan beraja. Walaupun mereka menjadi pemerintah Sarawak yang mutlak
system pemerintahan tradisional masih dikekalkan dengan melantik semula pembesarpembesar yang disingkirkan oleh Pengiran Mahkota. Brooke juga mengadakan hubungan
yang rapat dengan ketua-ketua tempatan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan
masyarakat pribumi Sarawak.

b)

Pentadbiran keluarga Brooke dibantu oleh sebuah Majlis tertinggi. Tugas utama MT ialah
meluluskan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran Sarawak.
Majlis Negeri juga dibentuk untuk membawa semua ketua kaum Bumiputera dalam satu
perjumpaan besar dan ketua-ketua kaum Bumiputera boleh bertukar-tukar pendapat dan
menyuarakan pandangan.

c)

Bagi memudahkan pentadbiran, keluarga Brooke telah membahagikan Sarawak kepada


tiga bahagian kemudian ditambah menjadi lima bahagian pada tahun 1912.

d)

Pemerintahan Brooke telah mengadakan sebuah Mahkamah Keadilan dan beliiau menjadi
hakimnya. Pemerintah Brooke juga masih mengekalkan undang-undang tradisional bagi
menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan adapt resam masyarakat pribumi.

e)

Pada 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan perlembagaan bertulis yang
pertama di Sarawak yang menggariskan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Charles
Vyner Brooke akan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada rakyat Sarawak melalui
Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

f)

Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan kerana Jepun telah menyerang dan
menawan Sarawak. Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua , Charles
Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British. Pada 1 Julai 1946,
Chharles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British dan seorang
gabenor telah dilantik untuk menjalankan pentadbiran di Sarawak.
Kesimpulan:

Kedua-dua pihak mempunyai pentadbiran yang terpisah dengan kerajaan British.


Pentadbiran mereka mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.
Soalan 49: Bandingkan perluasan kuasa asing di Sabah dan Sarawak.
Pendahuluan :

Perluasan kuasa British di Sarawak bermula pada 24 Jun 1841 dengan perlantikan James
Brooke sebagai raja Sarawak oleh Raja Muda Hashim iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak.

Perlantikan James Brooke adalah untuk membalas jasa baik beliau menghapuskan
pemberontakan yang dicetuskan oleh Pengiran Indra Mahkota.
Isi-isi Penting:
Sabah :
1.

Perluasan kuuasa British bermula apabila seorang pegawai British yang bernama
Alexender Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu,
Sultan Muizuddin pada 1761. Menurut perjanjian tersebut British diberi kebenaran
mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sultan sulu iaitu di
timur Kimanis. Pada 1763 Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau
Balambangan. Pada 1775, petempatan British di Balambangan diserang dan dimusnahkan
oleh Datu Tating saudara Sultan Israel Sulu.

2.

Kemudian John Harbet serang pegawai British yang mentadbir Balambang terpaksa
membuka petempatan baru di Pulau Labuan tetapi terpaksa dibatalkan kerana
pembukaannya bercanggah dengan arahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.

3.

Sebelum syarikat Berpiagam Borneo Utara, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh
seorang wakil Amerika iaitu Charles Lee Morses yang mendapat konsesi ke atas kawasan
pantai barat Sabah selama sepuluh tahun dengan bayaran ringgit 9500 daripada Sultan
Brunei. Kemudian Morses menjualkannya kepada William Torey , seorang pedagang
Amerika syarikat di Hong Kong.

4.

Torey cuba memajukan dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak
menguntungkan, lalu menjualkan kepada Baron Ven Overback dan Alfred Dent. Overback
dan Dent memperbaharui perjanjian dengan Sultan Sulu dan membentu sebuah Syarikat
British supaya rakyat boleh melabur. Dent menjadi pemilik tunggal kerana Overback telah
menjualkan bahagiannya kerana beliau bukan berbangsa British. 1881, Piagam Diraja telah
diberikan oleh Keerajaan British dan Syarikat Berpiagam Utara ditubuhkan dan meluaskan
pengaruhnya dari 1881 hingga 1946.
Sarawak :

1.

1842, James Brooke telah melawat Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda
di Sarawak. James Brooke mendapat tentangan pribumi seperti orang Iban di kawasan
Seribas dan Sekiang serta Shariff Shahab seorang ketua lanun di Sadung.

2.

1843-1846 James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan


pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.

3.

Jamees Brooke meluaskan kuasanya ke Mukah yang kaya dengan sagu. Setelah
mendapat kebenaran sultan Brunei meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke
telah mendirikan kota di Sarikei dengan alas an untuk menjaga keamanan di situ.

4.

1853-1856, sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan James Brooke


antaranya sungai Sadong ,Saribas, Rejang, samarahan, Krian, Sekrang dan dari rejang ke
Tanjung Kidurung.

5.

1890 Sultan Brunei menyerahkan kawasan Limbang kepada Charles Brooke kerana
beliau mewujudkan keamanan di situ.
Kesimpulan :

Perluasan di Sarawak lebih mendapat penentangan oleh kompulan pribumi berbanding


Sabah . Manakala pentadbiran di Sabah banyak kali bertukar tangan kerana keadaan muka
bumi yang kurang subur untuk pertanian.
Soalan 50: Huraikan perubahan pentadbiran di sarawak pada tahun 1841-1946
Pendahuluan
Sistem pemerintahan beraja diamalkan dan raja mempunyai kuasa mutlak dengan gelaran
Raja Putih. Raja Putih Sarawak yang pertama ialah James Brooke (1841-1868)
Pentadbiran berasaskan pengubahsuaian sistem barat dengan beberapa unsur tempatan.
Isi-isi Penting:
1.

Pentadbiran James Brooke (1841-1868)

Beliau mengekalkan jawatan Ketua tempatan Melayu Sarawak iaitu Datu Patinggi, datu
Temenggung, dan Datu Bandar.mereka dikehendaki memungut cukai di kawasan masing2
dan menyerahkan sebahagian hasil kepada pentadbiran Brooke. Pembesar2 tempatan
berperanan sebagai penasihat kepada Brooke.
Pada tahun 1855, sebuah Majlis Tertinggi Sarawak di bentuk untuk membuat dasar2
pentadbiran. James brooke menubuhkan majlis tertinggi dan majlis negeri dan di bahagikan
kepada 5 bahagian yang ditadbir oleh majlis bahagian.
2.

Pentadbiran charles Brooke (1868-1917)

Charles Brooke mengantikan James Brooke sebagai raja puitih sarawak yang ke-2. Asas
pentadbiran ialah sistem pemerintahan tradisional masih diteruskan.
Majlis negeri ditubuhkan pada tahun 1865, untuk membantu pentadbir dalam pemerintahan
negeri. Majlis negeri dianggotai oleh ahli majlis tertinggi, pegawai kanan kerajaan, dan
pegawai tempatan. Majlis negeri mengadakan mesyuarat 3 kali setahun dan bersidang buat
kali pertamanya pada tahun 1867 di Sibu.
Charles Brooke membahagikan sarawak kepada 3 bahagian yang diketuai oleh seorang
residen dan dibantu oleh pegawai anak negeri, pegawai rendah dan ketua2 suku.
Diperingkat kampung, ketua orang melayu atau ketua orang cina menjalankan
tanggungjawab menjaga keamanan dan memungut cukai.
Badan perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan kehakiman, jabatan polis, pejabat
kastan dan cukai. Pada tahun 1888,Badan perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan
kehakiman, jabatan polis, pejabat kastan dan cukai.
Pada tahun 1888, kerajaan british mengiktiraf sarawak sebagai negeri naungan british dan
charles brooke yang sah.

3.

Pentadbiran Charles Vyner Brooke (1917-1946)

Majlis tertinggi sarawak dikurangkan dan tidak dipanggil bersidang dari tahun 1927-1941.
Sebuah jawatankuasa pentadbiran terdiri daripada 8 orang pegawai kanan eropah, 2orang
melayu, dan 2 orang cina ditubuhkan.
Pada tahun 1941, beliau memperkenalkan perlembagaan baharu bagi sarawak,antaranya;
Menyerahkan kuasa mutlak charles vyner brooke kepada majlis tertinggi(majlis eksekutif)
dan majlis negeri(majlis perundangan), Majlis tertinggi mempunyai 5 orang ahli dan majlis
negeri mempunyai 25 orang ahli, Kedua2 ahli majlis ini dilantik oleh Raja brooke dan
Sarawak dijanjikan kemerdekaan.
Perlembagaan sarawak tidak dapat dilaksanakan kerana serangan jepun ke atas sarawak
pada November 1941. Pentadbiran Brooke pada tahun 1841-1940 merupakan pentadbiran
personal rule kerana tidak terdapat satu perlembagaan formal.
Penutup
Apa-apa yang berkaitan
Soalan 51: Huraikan perubahan pentadbiran di Sabah 1881-1946
Pendahuluan
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) mengambil alih pemerintahan Sabah pada
tahun 1881. Pada tahun 1888, Sabah dijadikan sebuah negeri di bawah naungan Empayar
British dan diperintah secara langsung oleh SBBU antara tahun 1881 sehingga 1946.

SBBU tlh menggabungkan institusi pentadbiran British dgn institusi tempatan dlm
pentadbiran awam negeri. Pentadbiran negeri Sabah diketuai oleh seorang Gabenor yang
dilantik oleh Lembaga Pengarah SBBU dgn persetujuan kerajaan Britain di London.
Isi-isi Penting:

1)

Sabah yang ditadbir oleh SBUB merupakan sebuah syarikat awam di mana saham dijual
kepada orang awam. SBUB mempunyai struktur pentadbirannya sendiri yang digabungkan
dgn institusi tempatan. Sabah menjadi negeri naungan British mulai tahun 1888.

2)

Gabenor merupakan ketua pentadbir SBUB yg dilantik oleh Lembaga Pengarah London.
Ibu pejabatnya di Sandakan dan beliau dibanttu oleh Majlis Penasihatnya yg di anggotai
oleh pegawai kanan SBUB seperti Setiausaha Kerajaan, Bendahari, dan Ketua Pasukan
Keselamatan.

3)

Setiap residensi di Sabah dibahagikan kpd daerah yg diketuai oleh Pegawai Daerah.
Pegawai Daerah dibantu oleh Ketua Anak Negeri.

4)

SBUB mengekalkan golongan peribumi dlm pentadbirannya. Ketua Anak Negeri yg


bergelar Orang Kaya-Kaya dilantik utk menguruskan perkara berkaitan dengan masyarakat
tempatan. Antara Ketua Anak Negeri yang pernah dilantik ialah OKK Haji Mohammad
Arshad.

5)

Walaupun Ketua Anak Negeri mempunyai kuasa tertentu, tetapi kuasa sebenar terletak
dlm tangan Residen dan Pegawai Daerah. Residen dan Pegawai Daerah melantik dan
mengawal Ketua Anak Negeri.

6)

Di Peringkat Kampung, ketua kampung atau digelar Orang Tua dilantik. Pentadbiran
kampung dikenali sebagai Majlis Orang Tua-Tua
Penutup

Pada tahun 1912, Majlis Undangan ditubuhkan bertujuan utk mendapatkan pandangan
pelbagai kaum dlm penggubalan undang-undang. Pada tahun 1915, jawatan Timbalan
Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan. Jawatan ini disandang oleh penduduk tempatan.
Majlis Penasihat Ketua-Ketua Anak Negeri berperanan sebagai orang tengah antara
kerajaan dgn rakyat tempatan. Sebuah Majlis Penasihat Cina dibentuk bagi menasihati
Gabenor mengenai hal ehwal orang Cina. Ini menunjukkan betapa pentingnya orang Cina
dlm kegiatan ekonomi Sabah.
Soalan 52: Huraikan sejarah perkembangan Perusahaan Bijih Timah pada abad ke-19
hingga ke-20
Pendahuluan
Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke-19 bukan sahaja
menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga bidang ekonomi, dan
social. Setelah keamanan dapat dipulihkan, ekonomi Tanah Melayumula berkembang
dengan pesat.
Penjajah British secara beransur-ansur mula mengubah corak ekonomi Tanah Melayu
daripada pertanian sara diri kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial. Selain modal
tempatan, British membawa masuk modal asing untuk dilaburkan ke dalam sektor seperti
perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.
Isi-isi penting
1.

Sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah
diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sampingan. Mereka
menggunakan cara mendulang dan melampan.

2.

Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mula berubah apabila orang
Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah setelah
terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik
melombong yang baharu.

3.

Orang Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan
menggunakan air untuk memisahkan bijih daripada tanah. Mereka juga menggunakan
saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan lombong bagi mengatasi
masalah banjir atau mengawal bekalan air.

4.

Setelah orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka usaha mencari
gali semakin diperluaskan. Mereka menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal

korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah. Akibatnya, mereka dapat menguasai
monopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.
5.

Apabila Revolusi Perindustrian meletus di Eropah, permintaan terhadap bijih timah


meningkat. Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan. Pengeluaran bijih
timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di dunia pada akhir
abad ke-19.

6.

Sebahagian besar bijih timah dieksport ke Amerika Syarikat. Hasil pendapatan ini
digunakan untuk membiayai pentadbiran dan pembangunan ekonomi di negeri-negeri
Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Penutup

Satu skim bagi mengawal harga dan pengeluaran bijih timah turut diperkenalkan untuk
mengurangkan lebihan penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia, dan
Nigeria menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Skim Kawalan Timah.

Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu


berpandukan angka pengeluaran pada tahun 1929 untuk menggelakkan lebihan penawaran.

Hasil daripada perjanjian ini, Majlis Timah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk
menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Kawalan pengeluaran bijih timah menerusi
perjanjian ini telah berjaya menstabilkan harga bijih timah.
Soalan 53: Huraikan perkembangan dan kesan-kesan pertanian dagangan pada abad
ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
Pertanian dagangan mendapat tempat dalam sektor ekonomi dunia. Terdapat beberapa
tanaman menjadi tumpuan negara untuk keperluan mereka dalam menghasilkan produk
negara.
Terdapat dua peringkat dalam pertanian dagangan.
Isi-isi Penting:
Perkembangan
1.

Pertanian dagangan peringkat pertama

Antara jenis tanaman pada peringkat pertama ialah Ubi Kayu, Kopi, Gambir dan Lada Hitam,
Tebu. Ubi Kayu dimulakan oleh orang Cina pada tahun 1850-an. Mendapat permintaan
tinggi daripada pasaran British dan menjadi tanaman dagangan yang menguntungkan di
Melaka pada tahun 1850. Kopi menjadi tanaman eksport yang menguntungkan pada abad
ke-19 dan abad ke-20. Ditanam secara besar-besaran di selangor, Negeri Sembilan, Perak
dan Johor oleh pengusaha Eropah.
Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina dari Singapura di sepanjang sungai di
selatan Johor. Gambir dan lada hitam menjadi eksport utama negeri Johor pada tahun 1910.
Tanaman ini dibuka di Selangor dan Negeri Sembilan. Tebu diusahakan oleh orang Cina dan

Eropah pertengahan abad ke-19. Ladang tebu dibuka di Seberang Perai, Linggi di Melaka
dan Kerian di Perak.
2.

Pertanian dagangan peringkat kedua

Perusahan Getah telah digiatkan. Pada peringkat pertama, perusahan getah ini kurang
mendapat sambutan. Pada awal kurun ke-20, permintaan terhadap getah meningkat kerana
perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat. Perusahaan
getah pesat berkembang atas sumbangan H.N. Ridley, dasar kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, kejatuhan harga kopi dan sumbangan peneroka-peneroka perintis. Selain itu,
pelaburan individu dan syarikat-syarikat Eropah, peningkatan permintaan getah dunia,
tenaga buruh yang murah dan penyelidikan saintifik.
Kelapa sawit juga mula ditanam tetapi sebagai pohon perhiasan sahaja. Ladang kelapa
sawit pertama muncul di Selangor atas usaha Henri Fauconnier pada tahun 1917. Kelapa
sawit muncul apabila berlaku kemelesetan dalam perusahaan getah. Kawasan penanaman
utama di Tanah Melayu ialah Perak, Johor dan selangor. Johor pengeksport utama kelapa
sawit.
Kesan-kesan
Kesan daripada perkembangan pertanian dagangan, permintaan pertanian perdagangan
telah meningkat.
Perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat telah meningkatkan lagi permintaan
getah.
Pertubuhan penanam-penanam getah ditubuhkan pada tahun 1907.
Orang asing dari luar dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk mengusahakan tanaman.
Penutup
Apa-apa sahaja yang berkaitan
Soalan 54: Huraikan sebab-sebab perkembangan dan zaman kemelesetan perusahaan
getah pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke 19 bukan sahaja
menandakan bermulanya perubahan dari segi politik tetapi juga dalam bidang ekonomi dan
sosial.

Walaupun ekonomi berkembang pesat tetapi kegiatan ekonomi tidak dipelbagaikan.


Tumpuan hanya diberikan kepada dua jenis komoditi iaitu bijih timah dan getah. Tanaman
getah yang ditanam di Tanah Melayu berasal daripada jenis Hevea Brasiliensis.
Isi-isi penting

Sebab-sebab perkembangan

1.

Sumbangan H.N. Ridley


Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Botanical Gardens,
Singapura. Beliau memainkan peranan penting dalam perkembangan penanaman getah.
Beliau berusaha memujuk peladang-peladang kelapa, kopi dan tebu yang masih ragu-ragu
terhadap potensi getah supaya menanam getah. Beliau memenuhkan saku kawankawannya dengan biji getah sambil merayu kepada mereka supaya cuba menanamnya.
Keazaman dan minat beliau terhadap getah sangat mendalam sehingga beliau dikenali
sebagai Ridley Getah atau Ridley Gila.

Atas usaha beliau, cara menoreh getah iaitu sistem ibedem atau sistem tulang ikan herring
mula digunakan pada tahun 1897. Sistem ini membolehkan torehan dilakukan beberapa kali
tanpa merosakkan pokok getah. Beliau juga telah memperkenalkan cara mengangkut anak
getah dalam keadaan iklim yang panas dengan selamat iaitu dengan membungkus anakanak getah dalam arang yang lembap.
2.

Dasar kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

British telah mengambil beberapa langkah menggalakkan penanaman yang lebih luas. Pada
tahun 1897, tanah yang digunakan bagi penanaman getah hanya dikenakan cukai tanah
sebanyak 10 sen seekar untuk tempoh 10 tahun yang pertama. Selepas tempoh tersebut,
cukai tanah akan dinaikkan sebanyak 50 sen seekar. Cukai ke atas getah hanya 2.5%
selama 15 tahun daripada tarikh kerja dimulakan. Selepas itu, cukai tidak akan melebihi 5%.
Pada tahun 1905, British telah memberikan 45 dividen kepada syarikat pengusaha getah
dan pengecualian cukai eksport selama 50 tahun. Kerajaan juga mengambil langkah dari
segi kewangan. Pada tahun 1899, sebanyak $4 000 diperuntukkan untuk usaha penanaman
getah dan tanaman lain.
3.

Kejatuhan harga kopi

Pada pertengahan tahun 1890-an, harga kopi merosot disebabkan penawaran yang
berlebihan di pasaran dunia. Persaingan kopi dari Brazil dan ancaman penyakit yang dibawa
oleh kupu-kupu Beehawk memaksa orang ramai mencari tanaman gantian.
Orang ramai mula menanam getah yang ketika itu menjadi tanaman gantian yang paling
sesuai.
Zaman kemelesetan perusahaan getah
a)

Setelah harga getah melambung sebelum perang dunia pertama, perusahaan getah mula
menempuh zaman kemelesetan dan kesukaran. Antara tahun 1920-1922, harga getah mula
tidak stabil dan mengalami turun naik sehingga mencecah harga terendah. Pertubuhan
penanam-penanam Getah yang mewakili pengusaha ladang getah di Tanah Melayu
mendesak British supaya campur tangan. British diminta merangka satu skim sekatan
kepada semua pengeluar kerana stok simpanan yang bertimbun dan hatga yang semakin
merosot.

b)

Pada tahun 1922, satu skim sekatan pengeluaran getah yang dikenali sebagai Skim
Sekatan Getah Stevenson diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan
menstabilkan harga getah. Pada tahun 1928, skim sekatan ini dihentikan dan ketika itu,

jumlah pengeluaran getah di Tanah Melayu melambung naik walaupun harga getah di paras
yang rendah. Keadaan menjadi semakin buruk setelah kemelesetan besar ekonomi
melanda dunia mulai bulan oktober 1929.
c)

Kejatuhan harga telah memaksa negara-negara pengeluar supaya berunding bagi


memulihkan harga getah. Pada bulan Mei 1934, satu perjanjian yang dikenali sebagai
Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa ditandatangani antara Britain, Belanda, India,
Perancis dan Siam untuk mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah.

d)

Semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, harapan untuk
memulihkan harga getah terus musnah apabila getah tiruan diperkenalkan oleh Amerika
Syarikat untuk menggantikan getah asli yang terputus bekalannya di pasaran
antarabangsa.
Penutup

Apabila kemelesetan ekonomi dunia melanda sekitar tahun 1929-1931, ekonomi Tanah
Melayu terjejas teruk.
Selepas tahun 1941, barulah ada usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan
menggalakkan pengeluaran lain-lain jenis tanaman seperti kelapa sawit, kelapa kering dan
nenas.
Soalan 55: Huraikan kesan-kesan perkembangan perusahaan getah dan bijih timah
terhadap ekonomi Tanah Melayu.
Pendahuluan
Perlombongan bijih timah di Tanah Melayu bermula sebelum kedatangan British lagi. Tanah
Melayu pernah mengeksport bijih timah ke India, Tanah Arab, dan China. Pada abad ke-19,
bijih timah menjadi salah satu faktor penting yang menyebabkan British meluaskan
politiknya di negeri-negeri Melayu.

Perusahaan getah jiga mengalami peningkatan pada abad ke-19 atas peningkatan
permintaan.
Isi-isi penting

Perkembangan Ekonomi
Ekonomi Tanah Melayu melalui tahap perkembangan yang menakjubkan. Menjelang akhir
abad ke-19, ciri-ciri ekonomi tanah melayu moden telah muncul. Teras ekonomi
berlandaskan perusahaan bijih timah dan getah. Bijih timah dan getah tidak diperlukan di
Tanah Melayu tetapi untuk dieksport. Dengan ini, wujud ekonomi moden berorientasikan
eksport. Ekonomi moden ini terdedah kepada ekonomi antarabangsa dan dipengaruhi oleh
turun naik ekonomi dunia. Merangkumi 47% pendapatan negara.
Perkembangan sistem perhubungan
Sistem perhubungan moden iaitu landasan keretapi dan jalan raya. Pada peringkat awal,
ianya dirangsangkan oleh keperluan untuk mengangkut bijih timah dan juga disebabkan
ketiadaan sistem perhubungan yang memuaskan kecuali perhubungan melalui sungai atau

kereta lembu sebelum tahun 1874. Pada awalnya, jalan raya hanya dibina di antara pusat
perlombonngan dengan pangkalan terdekat di sepanjang sungai. (Kerja membina landasan
keretapi pertama sepanjang lapan batu antara lombong di Taiping dengan kawassan pantai
di muara Sungai Larut telah bermula pada tahun 1881). Selepas itu, beberapa landasan
keretapi telah dibina oleh pihak British untuk mengangkut bahan bijih timah dan getah.
Kemajuan pelabuhan
Dengan wujudnya landasan keretapi utama, beberapa buah pelabuhan baharu muncul
contohnya Port Weld, Telok Anson, Port Dickson, dan Port Swettenham.
Kemunculan bandar baharu
Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah menyebabkan munculnya bandar-bandar
baharu di kawasan pedalaman. Mengambil alih pentadbiran bandar contohnya Taiping,
Kuala Lumpur, dan Seremban. Kuala Lumpur menjadi tempat pertemuan jalan raya dan
jalan keretaapi utama manakala Gemas merupakan tempat persimpangan jalan. Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang terlibat dalam ekonomi moden.
Ketidakseimbangan perkembangan ekonomi
Selangor dan Perak yang kaya dengan bijih timah mengalami perkembangan yang pesat.
British telah membina infrastuktur yang lengkap. Manakala keadaan di Pahang terus
merosot kerana keadaan Geografi, masalah pengangkutan, kekurangan infrastruktur, dan
kekurangan galian berharga. Negeri-negeri yang lain seperti Terengganu dan Kelantan turut
ketinggalan dari aspek pembangunan kerana tidak mempunyai potensi bijih timah dan
getah.

Perkembangan industri sampingan


Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut membawa kepada perkembangan
perusahaan sampingan yang berkait rapat dengan kedua-dua perusahaan tersebut.
Peluang pekerjaan
Perkembangan perusahaan tersebut telah menyediakan peluang pekerjaan dan keadaan ini
menyebabkan tumpuan kepada aktiviti ekonomi dan pembinaan infrastuktur di kawasan
bandar atau kawasan yang kaya dengan bijih timah dan getah.
Kemunculan sistem dwiekonomi
Sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan penangkapan ikan tidak diambil
berat oleh British. Pertanian tradisional yang diamalkan oleh Orang Melayu di kawasan luar
bandar terus ketinggalan dan berbentuk sara diri. Muncul sistem dwiekonomi di Tanah
Melayu yang terdiri daripada kegiatan ekonomi moden yang berlandaskan eksport di
bandar dan ekonomi tradisional yang berlandaskan pertanian sara diri di kawasan luar
bandar.
Penutup

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah meningkatkan taraf ekonomi di
Tanah Melayu. Akibat daripada perkembangan ekonomi, kemajuan dan pembangunan juga
dapat dirasakan di luar bandar. Contohnya, Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai
kawasan luar bandar, namun setelah British mengenal pasti potensi kawasan tersebut,
maka Kuala Lumpur menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan kereta api utama dan
mengambil fungsi pentadbiran.

Jelaslah bahawa terdapat banyak perubahan yang berlaku akibat perkembangan


perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu.
Soalan 56: Huraikan perkembangan ekonomi di Sabah pada abad ke-19 hingga ke-20.
Pendahuluan

Ekonomi komersial di sabah melibatkan Syarikat Borneo Utara British mengaut keuntungan
daripada sabah. Tanaman tradisional sabah dijalankan secara komersial untuk
mengekploitasi kesuburan tanah.
Kegiatan ekonomi komersial berasaskan kegiatan pertanian dagangan perlombongan, dan
perdangangan.
Isi-isi Penting:
Tanaman Tradisional
Kegiatan ekonomi tradisional dan komersial meningkat di sabah pada zaman pemerintahan
dan pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB), hasil eksport tradisional merupakan
sumber utaman di sabah. SBUB menggiatkan usaha mencari hasil laut seperti trepang, sirip
ikan yu, dan mutiara. Akitiviti ini diusahakan oleh kaum bajau. Trepang mendapat
permintaan yang tinggi di Cina.
Gentian pokok lanut (abaka atau manila hemp) dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal
sebelum dieksport ke Eropah.
Pertanian Dagangan
Demi mengaut keuntungan lumayan, SBUB mengusahakan tanaman baharu seperti getah
dan tembakau. Ini dilakukan memandangkan sabah menpunyai tanah yang luas dan subur.
Tembakau.
Tanaman eksport yang dihasilkan secara komersial pada abad ke-19 dan menjadi tanaman
dagangan utama kerana mutu tembakau sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.
Perusahaan tembakau diusahakan oleh orang Cina. Tanaman tembakau diusahakan di
pulau banggi. SBUB telah memberi tanah secara liberal dan mengecualikan cukai eksport
kepada peladang tembakau.
Menjelang tahun 1890, hasil eksport tembakau bernilai lebih dua juta dolar. Buruh dari
singapura dan Hong Kong diambil untuk mengusahakan ladang tembakau.
Getah

Pembinaan landasan kereta api telah meningkatkan pembukaan ladang getah di Beaufort,
Tenom, dan Jesselton. Bagi menggalakkan penanaman getah SBUB telah menberi 4%
dividen kepada pengusaha getah.
Penanaman getah meningkatkan daripada 3 226 ekar pada tahun 1900 kepada 34 828 ekar
pada tahun 1911.
Kayu Balak
Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau. Buruh dari Filipina
dan Indonesia dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor ini.
British Borneo Trading and Planting company ialah syarikat terbesar yang terlibat dalam
industri ini. Pada tahun 1920, BBTPC sebuah syarikat yang dibiayai olej Harrisons and
Crosflied telah mendapat monopoli untuk menenbang pokok balak di sabah selama 25
tahun.
Sandakan muncul sebagai pelabuhan balak yang penting di dunia. Hasil balak diksport ko
China, Britian, Singapura dan Australia.
Kegiatan Perlombongan
Di sabah, SBUB menggiatkan usaha perlombongan seperti emas, arang batu dan mangan.
Orang Cina mengusahakan perlonbongan emas di sungai segama.
Syarikat British Borneo mengusahakan perlombongan mengan. Mengan dieksport ke
Britian.
Penutup.
Apa-apa yang berkaitan.
Soalan 57: Huraikan perkembangan ekonomi di Sarawak pada abad ke-19 hingga ke20
Pendahuluan
Antara tahun 1900 hingga 1941, perkembangan ekonomi di Sarawak adalah sederhana
disebabkan kerajaan Brooke tidak menggalakkan pelaburan luar sevara besar-besaran demi
menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak. Walaupun keluarga Brooke menguasai
ekonomi Sarawak, namun orang Cina diberi peluang bergiat dalam perdagangan dan
perlombongan.
Pembangunan ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan keluarga Brooke tidak seimbang
dan kebanyakkannya tertumpu di Bahagian Pertama dan Kedua Sarawak.
Isi-isi Penting:
Pertanian Perdagangan
1.

Lada hitam dan Gambir

Lada hitam diusahakan oleh orang Cina disepanjang Sungai Sarawak dan Sarikei di Sungai
Rajang. Lada hitam menjadi bahan eksport utama pada tahun 1910.
Kerajaan Brooke memberi geran tanah dan bantuan kewangan kepada orang Cina untuk
menanam lada hitam. Raja Charles menggalakkan penanaman lada hitam dengan
membenarkan kemasukan orang Cina dari Singapura sehingga projek penanaman lada
hitam berjaya dilaksanakan di kawasan Ulu Sarawak pada tahun 1870-an dan berkembang
ke Lembangan Sungai Rajang.
2.

Getah

Ditanam di Kuching pada tahun 1881. Diusahakan oleh orang Cina dan Iban.
Menjelang tahun 1910, getah menjadi bahan eksport kedua utama selepas minyak.
3.

Kayu Balak

Menjelang akhir tahun 1890-an 1941, kayu balak menjadi eksport utama dan kekal pada
kedudukan kedua selepas getah sebagai hasil pendapatan utama Sarawak.
Penanaman kayu balak dijalankan oleh orang Cina dan Syarikat Borneo di kawasan Sungai
Rajang. Hasil kayu balak dieksport ke Hong Kong, Australia, dan Amerika Syarikat.
4.

Sagu

Sagu menjadi hasil pertanian komersial yang penting mulai tahun 1840-an. Dibawah
pemerintahan keluarga Brooke, penanaman sagu dipergiatkan lagi.
Syarikat Borneo membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada
pekebun-pekebun kecil untuk menanam sagu. Pada tahun 1880-an, Sarawak mengeluarkan
separuh daripada jumlah pengeluaran sagu di dunia dan orang Cina menguasai perusahaan
sagu menjelang abad ke-20.
Kegiatan Perlombongan
Pentadbiran keluarga Brooke mempergiatkan lagi kegiatan perlombongan emas, antimoni,
dan minyak di Sarawak.
1.

Emas

Emas diusahakan oleh pelombong Cina di Bau.


Apabila orang Cina melarikan diri ke Sambas, kerana membantah pengenalan cukai,
perlombongan emas diambil alih oleh Syarikat Borneo.
2.

Antimoni

Syarikat Borneo mendapat monopoli melombong antimoni daripada keluarga Brooke.


Antimoni dilombong di Bau dan Kuching. Perusahaan antimoni menambahkan sumber
pendapatan negeri Sarawak.
Antara tahun 1870 1916, eksport antimoni bernilai hampir dua juta dollar.
3.

Minyak

Pentadbiran keluarga Brooke memberi konsesi kepada The Anglo Saxon Oil Company
untuk menjalankan kegiatan perlombongan minyak di Sarawak. Pada tahun 1882, telaga
minyak yang pertama digali di Miri. Pada tahun 1909 pula, usaha mencari gali minyak
ditawarkan kepada Sarawak Oil Company dan anak syarikat iaitu Syarikat Royal Dutch Shell
untuk dieksport.
Kilang menapis minyak didirikan di Lutong pada tahun 1917.
Penutup

Sebab perkembangan ekonomi di Sarawak ialah perkembangan dalam pertanian


perdagangan iaitu lada hitam dan gambir, getah, kayu balak, dan sagu.

Seterusnya ialah kegiatan perlombongan emas, antimoni dan minyak.


Soalan 58: Jelaskan perubahan sistem pendidikan di negeri-negeri melayu pada abad
ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebagsaan ditanah melayu semasa
penjajahan british. Dasar british yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan
telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular.
Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan british, iaitu sekolah
agama islam, sekolah vernakular melayu, cina, tamil, dan aliran inggeris.
Isi-isi penting
1.

Sekolah agama islam

Sebelum penjajahan british, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid,


dan sekolah pondok. Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-quran, mempelajari
bahasa arab, hukum-hukum agama serta kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Selepas penjajahan british, sistem pendidikan pondok atau madrasah menyediakan
kemudahan pendidikan yang lebih teratur
Ciri-ciri pendidikan madrasah adalah Berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan,
Dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, Tahap pengajian ialah tahap permulaan,
pertengahan, dan pengkhususan dan Mudir atau guru besar bertanggungjawab mengawasi
perjalanan sistem madrasah
2.

Sekolah vernakular melayu

Semasa pentadbiran british, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular
kepada anak-anak petani dan nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca, dan
mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan pekebunan. Sekolah melayu
hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam
Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada
asas-asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Perkembangan

sekolah melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab
perguruan
3.

Sekolah vernakular cina

Pendidikan cina di tanah melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan
klasik confucius. Sekolah-sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara
menghafal, mendeklamasi teks confucius atau klasik cina tanpa memahami maknanya,
penggunaan sempoa adalah penting
Sekolah cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru,
sukatan pelajaran dan buku dibawa dari negara cina
4.

Sekolah vernakular tamil

Pendidikan tamil secara formal di tanah melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan
pertubuhan masyarakat india. Perkembangan sekolah vernakular tamildi pengaruhi oleh
perkembangan ekonomi di tanah melayu, orang india berhijrah secara beramai-ramai untuk
bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah. Sekolah-sokolah tamil didirikan dikawasan
ladang di seberang perai, pulau pinang dan johor

5.

Bahasa pengantar digunakan ialah bahasa tamil dan kadangkala bahasa telegu,
malayalam, punjabi atau hindi

Sekolah aliran inggeris

Sekolah inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di tanah melayu. Sekolahsekolah ini diusahakan oleh mubaligh kristian dan badan-badan awam
Sekolah inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang
lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat
kasut dan pakaian.
Penutup
Kesan daripada perubahan sistem pendidikan, wujud perbezaan politik, ekonomi dan sosial
sehingga perpaduan kaum terhalang. Setiap kaum terpisah mengikut kebudayaan masingmasing. Tiada wujud satu bahasa kebangsaan yang boleh menyatukan semua kaum
Soalan 59:Jelaskan perubahan sistem pendidikan di Sabah pada abad ke-19 hingga
abad ke-20
Pendahuluan:
Sebelum tahun 1963, perkembangan system pendidkan di Sabah tidak begitu maju jika
dibandingkan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini deisebabkan oleh dasar
pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang tidak memberi keutamaan kepada
perkembengan pendidikan di negeri itu.
Isi-isi penting:

Sekolah Mubaligh Kristian


Percubaan awal dilakukan oleh Gabenor W.H Treacher dengan mendirikan sekolah agama,
tetapi gagal kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk yang beragama Islam.
Mereka mencurigai tujuan W.H Treacher. Sekolah pertama yang telah didirikan di negeri
Sabah pada awal abad ke-19 terletak di daerah Sandakan, yang telah ditubuhkan oleh
mubaligh Roman Katolik dan dinamakan sebagai Institut Bryon.
Namun apabila sebuah Jabatan Pelajaran dibentuk , nazir-nazir telah ditempatkan di
kawasan-kawasan pantai timur dan barat Sabah bagi mengawasi perkembangan sekolah
persendirian oleh golongan mubaligh Kristian dan masyarakat Cina.
Sekolah Melayu
Sekolah Melayu Kota Kinabalu telah didirikan pada tahun 1915 bertujuan untuk melatih
anak-anak Ketua Anak Negeri. Penekanannya lebih kepada pembelajaran Bahasa Inggeris
dan al-Quran. Sekolah Melayu yang pertama ditubuhkan di Kota Belud pada tahun 1921.
Pada tahun 1930, hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang
murid.
Sekolah Melayu di Sabah sama dengan sekolah Melayu di Tanah Melayu yang memberi
penekanan kepada latihan jasmani, berkebun, Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar,mata pelajaran Ilmu Hisab dan Kesihatan. Sekolah Melayu hanya pada
peringkat rendah sahaja.
Sekolah Inggeris
Sekolah Inggeris lebih tinggi mutunya jika dibandingkan dengan sekolah lain. Pada tahun
1933, murid dari sekolah Inggeris boleh menduduki peperiksaan Junior dan Senior
Cambridge serta berpeluang menjadi kakitangan kerajaan kolonial.
Semua sekolah berkembang secara berasingan dan tidak dibiayai oleh SBUB. SBUB hanya
menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja. Ini disebabkan SBUB menghadapi
masalah kewangan dan menganggap bidang pendidikan tidak mendatangkan keuntungan.
Maktab Perguruan dan Laporan Woodhead 1953
Bagi menampung keperluan tenaga pengajar untuk sistem pendidikan di negeri Sabah,
Maktab Perguruan Kent, Tuaran telah ditubuhkan pada tahun 1952. Maktab ini telah melatih
lebih ramai guru sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah sekitar Sabah.
Laporan Woodhead pula merupakan satu laporan bagi mencadangkan beberapa perkara
khusus mengenai sistem pendidikan di Sabah temasuklah Peruntukan Kewangan; Langkah
meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah, menengah, vokasional dan dewasa; dan
Sistem pendidikan baharu diwujudkan di Sabahdan kerajaan bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pengurusan sistem persekolahan.
Penutup
Dasar Pentadbiran British di negeri Sabah sememangnya membawa perubahan dalam
sistem pendidikan masyarakat pribumi. Akhirnya, pada tahun 1956 Lembaga Pelajaran
ditubuhkan, dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan dengan tujuan

mengangkat martabat pendidikan di negeri Sabah agar menjadi satu sistem yang lebih
sistematik dan teratur.
Soalan 60: Bincangkan perubahan sistem pendidikan di Sarawak pada abad ke 19
hingga abad ke 20
Pendahuluan
Masyarakat tempatan dan bumiputera mempunyai sisitem pendidikan sendiri sebelum
kedatangan british iaitu berbentuk formal dan tidak formal.Sebelum kedatangan British,
masyarakat tempatan sudah mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk
anak-anak mereka walaupun berorentasikan pengajian agama islam. Sistem pendidikan
zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka
belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran
dan kurikulum juga tidak seragam.
Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik dan tidak terbuka kepada setiap
orang.Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran
untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas tamat
pengajian.
Isi-isi Penting
1.

Dasar pendidikan Brooke tidak banyak mengubah masyarakat tempatan Sarawak.


Brooke enggan mengubah gaya hidup masyarakat tempatan khasnya orang iban melalui
sistem pendidikan barat. Namun, Brooke tidak menghalang para mubaligh menjalankan
usaha menyebarkan pendidikan.

2.

Atas desakan untuk memenuhi kekurangna yang besar dalam bilangan guru, R.O
Winstedt selaku penolong pengarah pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk
mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu.Beliau telah mencadangkan penubuhan
sebuah maktab bagi melatih guru-guru melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah
Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) pada tahun 1992.

3.

Sungguhpun penubuhan MPSI dikatakan satu peristiwa yang bersejarah dalam


pendidikan melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit.Kerajaan British masih tetap
degna dasar ingin mengekalkan status quo orang melayu. Dasar yang dipegang oleh
pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan melayu yang
tahu menulis dan membaca.Menurut Tan Din Eing ...perhatian yang lebih berat diberikan
supaya tiada orang Melayu keluardari Kampung-kampungya untuk mendapat pekerjaan.

4.

Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya.Tumpuan diberi hanya kepada


asas-asas seperti membaca,menulis,dan mempelajari asas kira-kira.Antara tahun 19141940,tidak terdapat sekolah menengah aliran melayu di Tanah Melayu.Perkembangan
sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab
perguruan sahaja.

5.

Selepas tahun 1950-an perkembangan pendidikan di Sarawak semakin bertambah baik


terutama setelah laporan woodhead 1955 memperakuhkan beberapa cadangan untuk
memperbaiki sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak.

6.

Hasil laporan itu, sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak diperkemaskan dengan
penubuhan lembaga pelajaran pada tahun 1956. Lembaga ini dianggotai oleh orang awam
bagi mewakili kaum masing-masing dengan setiausaha majlis tempatan dilantik menjadi
pengerusi dan pengarah pelajaran sebagai ahli
Penutup

Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar
anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.
Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik tidak terbuka kepada setiap orang
pendidikan inggeris. Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan
sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas
tamat pengajian.
Soalan 61: Bincangkan usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka
pada tahun 1946-1957 dan Dasar pendidikan negara selepas merdeka selepas 1957.
Pendahuluan :
Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa
penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan
telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular.
Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British, iaitu sekolah
agama islam, sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan aliran inggeris. Selepas Perang
Dunia Kedua, kerajaan British telah berusaha untuk memperbaiki sistem pendidikan di
negara ini.
Isi-isi penting :
Usaha Pendidikan British sebelum merdeka
1.

Rancangan Cheeseman

Bertujuan menyusun semula dasar pendidikan di bawah Malayan Union. Syor yang
dicadangkan ialah pendidikan percuma di peringkat rendah, pengajaran bahasa inggeris di
semua sekolah rendah dan penubuhan dua jenis sekolah.

2.

Tidak dapat dilaksanakan disebabkan Jabatan Pelajaran terlalu sibuk dengan kerja
membaiki sekolah-sekolah yang rosak akibat peperangan. Pada tahun 1949, satu
Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran telah ditugaskan untuk mengkaji semula dasar
pendidikan di bawah kerajaan Persekutuan. Namun cadangan ditolak oleh Majlis
Perundangan Persekutuan.
Laporan Barnes

Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di sekolah


vernakular melayu. Mencadangkan rombakan semula semua sistem persekolahan termasuk
sekolah melayu.

Syor yang dicadangkan ialah sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum
hendaklah dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem persekolahan yang dinamakan
sekolah kebangsaan., pendidikan percuma untuk semua sekolah kebangsaan., sekolah
rendah diberi sokongan kewangan dan bahasa melayu menjadi bahasa penghantar pada
peringkat sekolah rendah dan bahasa inggeris akan menjadi bahasa penghantar di sekolah
menengah.
3.

Laporan Fenn-Wu

Ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan vernakular cina dan diketuai oleh dua orang
pakar pendidikan cina iaitu Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao.
Syor yang dicadangkan ialah bahasa Melayu, Cina, dan Tamil dikekalkan sebagai bahasa
penghantar, pelajar-pelajar dari semua kaum digalakkan mempelajari semua bahasa,
sekolah cina dikekalkan tetapi sukatan pelajarannya hendaklah berorentasikan kepada
keadaan dan sejarah tempatan dan kerajaan patut menambahkan bantuan kewangan untuk
pentadbiran sekolah cina.
4.

Ordinan Pelajaran 1952

Oleh sebab perbezaan pandangan antara Laporan Barnes dengan laporan Fenn-Wu, satu
jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan-cadangan mereka. Laporan
jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
Cadangannya ialah dua sistem persekolahan yang menggunakan bahasa inggeris dan
bahasa melayu sebagai bahasa penghantar bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar
sekiranya terdapat permintaan, pendidikan vokasional diperluaskan di peringkat sekolah
menengah dan bahasa melayu dan bahasa inggeris diajar di peringkat sekolah rendah
selama enam tahun. Tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan daripada
masyarakat cina dan india, kekurangan kewangaan dan ancaman komunis ketika itu.
5.

Penyata Razak 1956

1955, kerajaan persekutuan telah melantik Tun Abdul Razak untuk mempengerusikan
sebuah jawatankuasa pelajaran. Ditugaskan mengkaji semula sistem pendidikan di tanah
melayu. Tugas jawatankuasa Razak ialah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan
bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang kaum, menjadikan
bahasa melayu sebagai bahasa penghantar, manjaga perkembangan bahasa dan
kebudayaan kaum-kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1956 dan membuat pindaan jika
perlu.
Cadangan diluluskan dikenali Penyata Razak. Cadangan penyata Razak ialah penubuhan
sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar
dan sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan bahasa inggeris, cina, dan tamil
sebagai bahasa penghantar. Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa penghantar dan sekolah menengah inggeris menggunakan bahasa inggeris
sebagai bahasa penghantar. Bahasa melayu dan bahasa inggeris wajib diajar di semua
sekolah.

Dua elemen yang dapat memupuk semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan
yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak
kebangsaan. Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
Dasar Pendidikan selepas merdeka
1)

Akta Pelajaran 1961

Semua syor dalam Laporan Rahman Talib digubal dan diterima sebagai Akta Pelajaran
1961. System pendidikan aneka jurusan ditubuhkan pada 1965 bg sekolah menengah
rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan.
2)

Jawatankuasa cabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979


1974, kerajaan persekutuan telah menubuhkan jawatankuasa cabinet yang telah
dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana MEnteri ketika itu,
Dr.Mahathir Mohammad.

Laporan ini bertujuan untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya selaras
dengan keperluan semasa Negara dengan mempertimbangkan pelbagai aspek spt
keperluan tenaga kerja, pembangunan Negara dan identity kebangsaan.
3)

Akta Pendidikan 1996

Diperkenalkan oleh YDPA setelah diluluskan Parlimen pd 15 Julai 1996. Diwartakan 1 Ogos
1996 dan dikuatkuasakan 31 disembe 1997. Konsep system pendidikan kebangsaan
dimantapkan dgn melipti semua peringkat persekolahan dari pra sekolah hingga peringkat
pengajian tinggi serta meliputi semua jenis sekolah. Memperlihatkan secara jelas halatuju
dan wawasan pendidikan Negara Malaysia. ini berdasarkan hasrat pemimpin Negara yang
ingin menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan daripada pelbagai aspek
Dengan adanya akta ini, sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti utk mencapai aspirasi Negara seperti yang
termaktub dalam Wawasan 2020 dan semangat 1Malaysia.
Penutup :
Usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka telah membawa banyak
perubahan kepada sistem pendidikan di negara kita.
Soalan 62: Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi dasar pendidikan Negara
sebelum merdeka.
Pengenalan.
Dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan
pelajar mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem
persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain. Jenis2 sekolah tersebut ialah
sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil. Pengenalan kepada
isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan dengan dasar pecah dan
perintah yg diamalkan oleh pemerintah Inggeris di Tanah Melayu.

Isi-isi penting:
1.

Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah.


Tiap-tiap sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan
anak2 Melayu, Cina dan India sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk
bergaul bg ketiga-tiga kaum ini hanya terdapat di sekolah inggeris yg terletak di bandar
sahaja. Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan al-Quoran dilakukan di
surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak memungkinkan bangsa lain utk turut serta.
Sementara pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan
atau kelompok berteraskan kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara sambilan
berdasrka buku2 teks klasik dari China. Org India tidak dihiraukan pendidikannya hanya pd
1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan. Pd 1923 Akta Buruh diperkenalkan
iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek Tamil dan pengurusannya diserah kpd pihak
lading.

2.

Tiada Bahasa Penghantar Tunggal


Tidak ada dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan
Sek Melayu menggunakan BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil
menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian kominikasi menjadi sukar disebabkab tiada
medium yg sesuai utk menyatukan mereka.

3.

Perbezaan Kawasan tempat tinggal.


Kebanyakkan sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan
org Melayu di kg2. Sek Cina pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina
terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat di Klang dan Kanching. Di Negeri Sembilan
terdapat di Lukut.
Sementara di sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang.
4.

Tiada Keseragaman Kurikulum

Kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai
kurikulumnya sendiri. Sek Inggeris menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain.
Guru2 yg mengajar di sekolah ini di bawa dr sana. Begitu juga dengan buku2 teks.
Sek Melayu pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran
membaca dan menulis dan mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi
perkebunan dan pertukangan. Sek Cina dan Tamil menggunakan kurikulum yg sama
dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg mrk.Menggunakan bhs
ibunda sbg bhs pengantar. Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik krn mrk
diserapkan kedlm sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah Melayu. Sementara
lulusan India hanya berpeluang meneruskan kerjaya diestet atau sekiranya mampu
membayar yuran yg tinggi boleh meneruskan pemgajian sek Inggeris di bandar.
Kesimpulan.
Dasar pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan
perbezaan ras yg begitu ketara di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris sistem

pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi
utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah Melayu. Dengan cara ini
kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak mempunyai asas dan kekuatan bagi
menetang Inggeris.
Soalan 63: Bincangkan sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas merdeka dari
tahun 1961-1996
Pengenalan
Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar
anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam
Dianggap terbaik dan terbuka kepada semua orang. British juga mengasingkan penubuhan
sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing.
Isi-isi Penting:
Sistem Pendidikan
1.

Pendidikan Melayu

Penang Free School dibuka 1815 dan beberapa sekolah lagi dibuka oleh persatuan
Mubaligh Kristian. 1856, dua buah sekoalh dibuka di Singapura iaitu di Telok Belanga dan
Kampung Gelam. Pada mulanya sambutan ibu bapa terhadap sekolah melayu tidak begitu
menggalakkan, tetapi setelah pengajian al-Quran disediakan, ibu bapa mula membenarkan
anak mereka bersekolah di sekoalh itu.
Apabila orang Melayu menyedari kepentingan pendidikan, lebih banyak sekolah melayu
didirikan. Pendidikan melayu zaman penjajah tidak bertujuan menyediakan kanak-kanak
melayu supaya dapat perbaiki tartaf hidup yang sedia ada atau membolehkan mereka
menyertai sector ekonomi moden.
Maktab Latihan Perguruan
Usaha member latihan kepada guru sekolah melayu dibuat pd 1878 melalui sebuah pusat
latihan di Telok Belanga.. namun usaha ini tidak berjaya kerana gaji guru terlalu rendah
menyebabkan tidak ramai orang berminat utk kekal menjadi guru.. walaupun maktab ini
tidak melashirkan ramai guru pelatih tetapi penubuhannya memulakan satu tradisi latihan
kebangsaan perguruan di Tanah Melayu.
Pengajian Tinggi
Penubuhan Maktab Perubatan King Edward VII pd 1905 menandakan bermulanya pengajian
tinggi di Tanah Melayu. 1949, maktad tersebut digabung dengan Raffles College utk menjadi
UM di Singapura.
Bagi bidang teknikal, Sekolah Teknik dibuka di KL utk melatih pembantu teknik dalam
Jabatan Ukur, Jabatan Kereta Api dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, Maktab Pertanian
didirikan di Serdang Selangor dan setelah dinaik taraf kini dikenali sbg UPM.

2.

Pendidikan Cina

Penubuhan sekolah cina menandakan keinginan orang cina utk bermastautin secara tetap.
Sekolah-sekolah cina lebih tertumpu di kawasan Bandar sekitar kawasan perlombongan dan
pelabuhan spt Singapura, Melaka dan Perak.
Pada 1920, terdapat 494 buah sekolah cina di Tanah Melayu.
Peringkat Pengajian Kurikulum dan Perkembangan.
Orang cina memastikan sekoalh yang ditubuhkan di TM sama coraknya dgn yg terdapat di
China. Sekolah cina menjadi pusat penyebaran ideology yg bercanggah antara pihak
Koumintang dan Komunis.
1902, peraturan mewajibkan semua sekolah cina didaftarkan. Ini bertujuan mengawal
perkembangan sekolah cina di TM. Jabatan Penolong pengarah cina juga ditubuhkan utk
mengawasi sekolah cina.
3.

Pendidikan Tamil

Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yg mewajibkan majikan mendirikan


sebuah sekolah di setiap ladang getah yg mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yg
berumur 10-12 tahun.
Seelepas 1920-an semakin banyak sekolah tamil didirikan di TM. 1932, British mula
memberi bantuan kewangan kpd sekolah tamil.
Peringkat pengajian dan Kurikulum
Bahan bacaan dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India dan tidak ada matapelajaran
BM mahupun BI. Ketiadaan kemahiran bahasa menyebabkan kesukaran utk melanjutkan
pelajaran ke aliran sekolah lain.
Pihak majikan menyediakan menyediakan kemudahan pendidikan hanya bagi mematuhi
arahan kerajaan dan selepas itu sekolah tamil di lading hanya bertujuan utk membasmi buta
huruf dalam kalangan anak-anak buruh.
4.

Pendidikan Inggeris

Dibiayai melalui pungutan yuran dan derma drpd badan persendirian dan orang ramai.
Tertumpu di Bandar-bandar seperti di Perak dimana sekolah aliran Inggeris dibuka di
kawasan perlombongan utama seperti Taiping dan Ipoh.
1930-an anak-anak melayu mula dibenarkan bersekolah di sekolah Inggeris dan mereka
perlu belajar selama 2 tahun sebelum memasuki tahun 4 di sekolah Inggeris.
Peringkat Pengajian
Kurikulum dibentuk dgn memberi tumpuan kepada pelajaran akademik. Dalam sesetengah
matapelajaran, murid-murid hanya didedahkan sejarah keagungan British spt peperangan
dan sejarah Eropah. Mereka tidak mempelajari perkara berkaitan masyarakat tempatan.
5.

Sekolah Agama Madrasah

Kaum Muda berusaha menubuhkan sekolah agama bagi menyaingi sekolah aliran melayu
dan inggeris. Madras ad pertama ditubuhkan ialah madrasah al-Iqbal di Singapura tetapi
kurang mendapat sambutan. Keseragaman dari segi sukatan dan sistem pendbiran juga
tidak ada. Kekurangan ini menyebabkan sekolah madrasah tidak menepati kehendak
moden.
Penutup
Terdapat pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British terhadap pendidikan di
TM terutamanya di sekolah-sekolah Melayu,, Inggeris, Cina dan Tamil.
2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum
2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum
Soalan 64: Bincangkan faktor-faktor yang membawa
masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-20.

kepada

pembentukan

Pengenalan:
Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall pelbagai kaum mempunyai budaya,
agama, bahasa dan adapt resam yang tersendiri. Walaupun berada di bawah sistem politik
yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan. Masyarakat majmuk muncul akibat
daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi.
Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu. Kedatangan imigran dari
Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga
kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India. Pembentukan masyarakat
majmuk adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang berikut.
Isi-isi Penting:
1.

Dasar British

British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan
sector perladangan dan perlombongan . Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat
majmuk di Tanah Melayu.
2.

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

Perkembangan pesat perusahaan Bijih Timah telah menyebabkan kemasukan buruh dari
china. Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu
terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah menarik Minat orang Cina ke
Negara ini.

Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20
meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi Perindustrian,
permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan
buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini. Kegiatan ekonomi yang
berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong, orang India bekerja
sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu
kekal sebagai nelayan dan petani

3.

Kawasan penempatan yang berbeza

seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang
menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India
tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu.
Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang
berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.
4.

Faktor agama

Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang
Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut.
Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang
Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala
orang Cina pula beragama Budha.
5.

Pendidikan / persekolahan

Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , bukubuku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan
perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar.
Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang
getah. Bukubuku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu hanya
untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

6.

Sosio budaya

Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina
dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan
budaya.

Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya


berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina
, India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.
Kesimpulan:

Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan


mengubah system social di Tanah Melayu yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan
antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara yang sama tetapi masih
mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa
mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.
Soalan 65: Huraikan sejarah dan faktor-faktor penghijrahan masyarakat Indonesia di
tanah melayu pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan:
Masyarakat Indonesia yg berhijrah ke tanah melayu terdiri daripada beberapa komuniti spt
jawa, banjar,bugis dan minangkabau. Penghijrahan ini di sebabkan dasar belanda di
Indonesia yang bertujuan mengurangkan kepadatan penduduk Indonesia di pulau jawa.
Isi-isi penting:
1. kesengsaraan social dan ekonomi penduduk Indonesia
Semasa pemerintahan belanda, pendduk Indonesia dikerah, dipaksa, dan ditindas. Belanda
hanya berminat mendapatkan bahan mentah semata2 dan tdk menjaga kebajikan penduduk
tempatan. Pelaksanaan system kultur, petani jawa ditindas dan dipaksa menanam tanaman
kontan yg diperkenalkan oleh belanda.penanaman padi merupakan tanaman utama
diabaikan. Akibatnya drpd 300 000 org mati kebuluran di cheribon pd tahun 1949-1950.
Cukai yg membebankan jga diperkenalkan spt cukai buruh, cukai tanah, cukai harta, cukai
kepala, cukai perniagaan dan cukai tol.
2. Sistem sosial dan sifat keperwiraan.
Di minangkabau, system sosial mreka adalah berasaskan adat perpatih yg lebih memihak
kepada kaum wanita menyebabkan anak lelaki mreka merantau, mengembara, belayar, dan
berniaga mendorong orang bugis menjelajah jauh dri ngeri asal mereka.
3. Kestabilan politik dan perkembangan pesat ekonomi tanah melayu.
Perkembangan pesat di tanah melayu di tanah melayu menyebabkan pada abad ke-19
penduduk Indonesia memainkan peranan penting dalam perlombongan bijih timah. Dengan
ini, pengusaha lading getah telah menggunakan orang banjar terutamanya dlm kerja2
menebas dan menggali parit.
4.Undang-undang tanah yg longgar.

Orang ramai jawa yg berhijrah kejohor akibat dprp dasar pembukaan tanha yg
membolehkan mreka menerokai tanah baharu utk dijadikan kwsn pertanian, lading, dan
kebun kecil. Disamping itu, tiada cukai yg diperkenalkan terhadap peneroka.
Penutup:

Penghijrahan beramai2 orang Indonesia ke tanah melayu pada akhir abad ke-19 dan ke-20
telah membawa kepada perubahan yg ketara dalam msyarakat tanah melayu.
Soalan 66: Huraikan faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat India di
Tanah Melayu pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, semakin ramai orang. Kebanyakan mereka
golongan pedagang, saudagar dan mubaligh. Namun bilangan mereka tidaklah begitu
ramai. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang kembali ke India setelah urusan masing-

masing selesai. Manakala yang lainnya terus menetap di Tanah Melayu dan berkahwin
dengan wanita tempatan.
Buruh asing India berhijrah secara ramai-ramai ke Tanah Melayu bermula pada akhir abad
ke-19 dan awal abad ke-20, apabila semakin ramai tenaga buruh diperlukan untuk sektor
pertanian.
Isi-isi Penting
1)

Faktor Penolak

a)

Pertambahan pesat yang berlaku di India telah menimbulkan pelbagai masalah


terutamanya kepada masyarakat tani. Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan
pertanian semakin berkurang. Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah
kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang. Petani
yang tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang
menyewakannya dengan kadar yang tinggi.

b)

Kesusahan ini ditambah lagi dengan bencana alam yang sering berlaku seperti banjir,
kemarau, kebuluran dan merebaknya wabak penyakit.

c)

Sistem sosial di India juga membataskan mobiliti ekonomi dan sosial. Mereka yang berasal
daripada kasta rendah tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi. Mereka
sentiasa dihina dan tidak dapat menikmati hak yang sama dengan golongan yang berasal
daripada kasta tinggi.

d)

Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan
dengan golongan yang kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah
daripada kasta mereka yang rendah.

e)

Semua masalah ini menimbulkan kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah
ke negara lain untuk memulakan kehidupan baru.

2)

Faktor Penarik

a)

Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah
meningkatkan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan
enggan bekerja di ladang getah. Oleh itu, oranh India dibawa masuk untuk bekerja sebagai
buruh di ladang getah.

b)

Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi


Pertanian di Eropah. Kuasa Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di
beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.

c)

Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di


tanah jajahan British. Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh
meminta British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang
tetap dari India.

d)

British di Tanah Melayu mengalakkan kemasukan buruh asing dari India kerana mereka
sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang sedikit. Selain ladang getah, mereka juga
diambil bekerja untuk membina jalan raya dan landasan kereta api. Orang Punjabi

keturunan Sikh dibawa masuk untu menjadi polis dan tentera. Orang Tamil daripada India
Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan
kerajaan atau bertugas di ladang.
3)

Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kontrak

Pada peringkat awal, kemasukan orang India di Tanah Melayu dikendalikan melalui Sistem
Buruh Kontrak yang mula diperkenalkan pada tahun 1820. Buruh dikehendaki mengikat
kontrak dengan majikan yang membiayai tambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu.
Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk tempoh yang tertentu, biasanya lima
tahun.
Namun sistem ini tidak lama digunakan kerana didapati bersifat menindas. Buruh-buruh
yang dibawa masuk diberi layanan buruk dan dipaksa bekerja keras di ladang-ladang.
Mereka dibayar upah yang rendah sehingga ada yang jatuh sakit dan tidak mendapat gaji.
Pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan dengan satu sistem lain iaitu Sistem
Kangani.
4)

Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kangani

Kangani bermaksud mandur dalam bahasa Tamil. Majikan yang ingin memperoleh buruh
dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke kampung
halamannya untuk mendapatkan pekerja. Kangani itu bertanggungjawab membiayai
tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang majikan masing-masing.
Buruh-buruh ini diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan.

Sistem ini berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dan
kebanyakannya datang secara berkeluarga. Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan
diri dengan suasana dan tempat kerja yang baharu. Buruh-buruh ini dikendalikan oleh
kangani yang dikenali dan dilayan dengan baik.

Walaubagaimanapun, Sistem Kangani juga mempunyai kelemahan. Sistem kangani dibayar


mengikut jumlah buruh yang diambil dan ini mendorong mereka untuk mengambil seberapa
ramai buruh yang ada.
Penutup
Selepas kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an, penggunaan tenaga buruh dari
India dikurangkan. Pada tahun 1938, Sistem Kangani dihentikan setelah kerajaan India
mengenakan sekatan terhadap pengambilan buruh dari negara itu. Bagi mengelakkan
beban kewangan yang besar untuk membantu buruh-buruh yang diberhentikan itu, kerajaan
British memutuskan untuk menghantar mereka pulang ke negara masing-masing.
Melalui Ordinan Imigrasi dan Ordinan Orang Asing, kerajaan British telah berjaya mengawal
kemasukan buruh asing dari negara China dan India ke Tanah Melayu dengan lebih teratur.
Soalan 67 : Huraikan faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat Cina di
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan

Masyarakat pelbagai kaum di tanah melayu terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang
melayu, cina dan india. Terdapat juga golongan minority seperti kaum peranakan atau
kacukan. sebelum pertengahan abad ke-20, hampir semua penduduk di tanah melayu terdiri
daripada orang melayu.
Orang cina berasal dari Negara China dan berhijrah ke tanah melayu sejak wujudnya
jalinan hubungan antara kerajaan melayu Melaka dengan negara china pada abad ke-15.
Pedagang-pedagang cina telah membuka petempatan di Pahang, Kelantan, dan terangganu
pada awal abad ke-17. Pada awal abad ke-19, british telah membuka petempatan di pulau
pinang dan singapura. Orang cina berkerja sebagai buruh, peniaga, tukang dan melibatka
diri dalam pertanian ladang seperti ubi kayu, tebu, dan lada hitam. Kedatangan orang cina
pada peringkat awal bertujuan untuk tinggal sementara dan tidak bermaksud untuk menetap
dan menjadikan negara ini sebagai tanah air mereka. Kedatangan mereka ke tanah melayu
adalah semata-mata dipengaruhi oleh faktor ekonomi.
Isi-isi Penting:
1.

Sejarah kemasukan masyarakat cina di Sarawak

Kemasukan orang cina ke Sarawak berlaku pada pertengahan abad ke-18. Mereka di
jemput oleh sultansultan melayu untuk mengusahakan lombong emas. Pada mulanya,
bilangan orang cina kecil dan tinggal di kawasan seperti pengkalan Tebang. Pelombongpelombong cina di Kalimantan menjalankan kegiatan secara persendirian. Mereka tidak
menubuhkan Kongsi.
Bilangan orang cina telah meningkat dari 45 000 orang pada tahun 1908 kepada 229 154
orang pada tahun 1960. Kemasukan oranfg cina berketurunan Foochow dari selatan China
pada abad ke-20 dikendalikan oleh Wong Nai Siong , ketua Foochow di sibu. Seramai lebih
kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak antara bulan januari
hingga mac 1901. Orang cina Foochow ini mengusahakan ladang lada hitam dan gambir.
2.

Sejarah kemasukan masyarakat cina sabah

Orang cina mula memasuki sabah semasa pemerintahan syarikat borneo utara british
(SBUB). Untuk menggalakkan penglibatan orang cina dalam penanaman getah, tembakau,
pembalakan, perdagangan, dan perlombongan, SBUB telah mengeluarkan pas kepada
mereka.
Petempatan orang cina berkembang sehingga munculnya Bandar Sandakan, kota kinabalu,
tawau, dan kudat.
5)

Faktor Penolak kepada kemasukan masyarakat Cina


Pertambahan pesat yang berlaku di China telah menimbulkan pelbagai masalah
terutamanya kepada masyarakat tani. Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan
pertanian semakin berkurang. Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah
kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang.

Petani yang tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang
menyewakannya dengan kadar yang tinggi. Kesusahan ini ditambah lagi dengan bencana

alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan merebaknya wabak
penyakit.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan
dengan golongan yang kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah
daripada kasta mereka yang rendah. Semua masalah ini menimbulkan kesengsaraan hidup
dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk memulakan kehidupan baru.
6)

Faktor Penarik

Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah
meningkatkan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan
enggan bekerja di lombong-lombong
Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi
Perindutrian di Eropah. Kuasa Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di
beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah
jajahan British.

3.
a)

Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British


mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari
China.
Cara-cara kemasukan orang Cina
Melalui ejen atau sistem tiket kredit

Orang cina datang melalui seorang ejen yang dikenali sebagai Kheh-thau. Ejen ini akan
membayar tambang pelayaran mereka dan mengikat mereka dengtan satu perjanjian untuk
bekerja dengan mereka pada satu tempoh masa sehingga hutang tambang pelayaran
mereka dijelaskan.
Apabila sampai ke destinasi, buruh-buruh cina ini akan dijual pada majikan seperti
pengusaha lombong atau ladang dengan harga $10 seorang. Mereka dikenali sebagai Sin
Kheh. Mereka dikehendaki berkhidmat dengan majikan sehingga hutang tambang mereka
selesai dibayar. Selesai menjelaskan hutang tersebut, mereka yang kini dikenali sebagai
Lau khek bebas berkhidmat dengan sesiapa yang mereka suka.
Pada bulan mac 1872,jawatan pegawai pelindung buruh dari china telah diwujudkan di
tanah melayu bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari china.
b)

Sistem pengambilan kakitangan

Dalam sistem ini, majikan di tanah melayu telah menghantar pegawainya sendiri ke negara
china untuk mendapatkan buruh. Majikan akan menyediakan segala keperluaan seperti
tambangkepada bakal buruhnya.
Pegawai yang Berjaya mendapatkan buruh akan menguruskan buruh tersebut sehingga
sampai ke tempat majikan atau ke tempat kerja.

c)

Sistem pengambilan rumah kongsi

Dalam sistem ini, pegawai di negara china yang di lantik oleh sebuah rumah kongsi di tanah
melayu akan menguruskan kemasukan buruh ke tanah melayu. Pegawai yang
mengendalikan buruh akan menyediakan segala keperluan buruh termasuk tambang dan
perbelanjaan.
Setelah menyerahkan buruh tersebut kepada rumah kongsi, mereka di bayar wang dalam
kadar yang telah di tetapkan oleh rumah kongsi.
d)

Cara kemasukan orang cina adalah melalui tajaan oleh Charles Brooke

melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. Di Sarawak, kemasukan orang cina
berketurunan Foochow dilakukan secara berkumpulan kerana wujud persetujuan antara
ketua Foochow di sibu, iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke. Kesannya, lebih
kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak antara bulan januari
hingga mac 1901.
Penutup
Terdapat pelbagai faktor dan cara kemasukan masyarakat Cina di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak melalui beberapa sistem yang telah digunakan yang telah menjadikan masyarakat
pelbagai kaum telah terbentuk yang terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang melayu,
cina dan india.
Soalan 68: Huraikan perubahan kependudukan dan sebab-sebab kemajmukan
masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Pendahuluan
Masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu (TM) terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu
orang Melayu, Cina, dan India. Terdapat juga golongan minoriti seperti kaum peranakan
atau kacukan. Sebelum pertengahan abad ke-20, hampir semua penduduk di TM terdiri
daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun terdapat sebilangan kecil kaum Cina dan India
di Kelantan, Melaka, Terengganu dan Seberang Perai.
Penghijrahan beramai-ramai orang Cina, India, dan Indonesia ke TM pada akhir abad ke-19
dan abad ke-20 telah membawa perubahan ketara dalam masyarakat TM. Di Sabah dan
Sarawak, masyarakat pelbagai kaumnya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan kumpulan
etnik. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan di TM. Kemajmukan
masyarakat di TM juga telah didorong oleh beberapa faktor.
Isi-isi Penting:
1)

Perubahan kependudukan

a)

Jumlah penduduk

Penghijrahan penduduk ke TM telah menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan


dari segi jumlah penduduk. Orang Indonesia yang berhijrah ke TM seperti masyarakat Jawa,
Minangkabau, Bugis, Banjar dan sebagainya telah menambahkan bilangan orang Melayu di
TM.

Tahun 1870, jumlah orang Melayu hanya 500 000 sahaja. Tetapi menjelang tahun 1921,
jumlah ini telah meningkat sehingga 3 juta orang. Dengan kemasukan orang Cina dan India,
orang melayu tidak lagi menjadi kaum yang terbesar.
b)

Jenis penduduk

Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tidak terdapat sebarang sikap
perkauman dan permusuhan dalam kalangan bangsa Melayu. Keadaan ini telah berubah
dengan drastiknya berikutan munculnya dua kaum besar, iaitu Cina dan India.
Tahun 1921, hampir setengah daripada penduduk di TM merupakan penduduk tidak tetap.
c)

Nisbah jantina

Penduduk melayu pada pertengahan abad ke-19 mempunyai nisbah jantina yang seimbang.
Bilangan kaum lelaki Cina dan India masing-masing jauh melebihi jumlah wanita.
Tahun 1901, bagi setiap seribu orang lelaki India, bilangan wanita India hanya 171 orang,
tahun 1911 pula 308 orang dan tahun 1921 meningkat sehingg 40 orang.
2)

Sebab-sebab kemajmukan masyarakat

a)

Amalan budaya yang berbeza

Orang Cina tertumpu di kawasan perlombongan seperti KL, Ipoh, dan Seremban. Hidup
mereka berkelompok berdasarkan puak masing-masing. Hubungan sosial dalam kalangan
puak-puak cina ini tidak erat. Pergaualan dan interaksi kaum cina dengan masyarakat
melayu juga kurang. Orang India pula terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang
berbeza seperti Tamil, Malbari, Pelikat, Telegu dan Punjabi. Kelompok ini menggunakan
bahasa etnik masing-masing. Mereka juga hidup berasingan daripada kaum cina dan
Melayu.
Orang cina dan india terus mengekalkan budaya mereka seperti cara pemakaian dan
perayaan.
b)

Perbezaan agama

Penubuhan institusi dan tempat beribadat serta pendidikan menyebabkan masyarakat cina
dan india terpisah daripada masyarakat peribumi.
Untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka di tempat asing, orang cina dan india
menubuhkan pelbagai institusi sosial, tempat beribadat dan persatuan tidak rasmi. Kesemua
ini mampu melindungi dan mengekalkan identiti etnik masing-masing.
c)

Perbezaan dalam fungsi ekonomi

Orang melayu meneruskan kegiatan ekonomi sara diri dengan bekerja sebagai petani,
nelayan dan pegawai rendah di pejabat British. Orang cina hidup di bandar utama dan
menjalankan kegiatan ekonomi komersial dengan tumpuan kepada perlombongan dan
perdagangan.

Orang india tertumpu di kawasan ladang getah dan sebilangan kecil bertumpu di bandar
sebagai kerani dan buruh di pelabuhan. Fungsi ekonomi yang berbeza antara ketiga-tiga
kaum ini secara langsung membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.
d)

Perbezaan dalam sistem pendidikan

Orang cina menubuhkan sekolah mereka sendiri dengan menggunakan bahasa penghantar
cina dan matapelajaran yang berteraskan peristiwa yang berlaku di Negara China dan
bukanya mengenai hal ehwal setempat. Orang india dari kelompok Tamil menubuhkan
sekolah di ladang tempat tinggal mereka dengan menggunakan bahasa penghantar Tamil.
Segala mata pelajaran yang diajar berteraskan pengetahuan mengenai negara India.
Pendidikan bagi masyarakat peribumi berteraskan agama islam dan sistem pendidikan
tempatan.
Penutup
Penghijrahan masyarakat Cina, India dan juga orang Indonesia pada abad ke-19 ke TM
telah menyebabkan perubahan kependudukan di TM. Perubahan tersebut meliputi aspek
jumlah penduduk, jenis penduduk dan juga nisbah jantina penduduk.
Kependudukan masyarakat Cina dan India di TM secara tidak langsung membawa kepada
kewujudan masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat di TM telah didorong oleh
beberepa sebab seperti amalan budaya yang berbeza, perbezaan agama, perbezaan dalam
fungsi ekonomi serta perbezaan dalam sistem pendidikan.

3.1 Gerakan Nasionalisme


3.1 Gerakan Nasionalisme
Soalan 69: Huraikan Faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
Pendahuluan
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada
gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan
kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya
asing.
Gerakan nasionalisme di tanah melayu adalah sama dengan gerakan di negara asia lain
(kecuali thailand). Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing.
Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan
institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.
Isi-isi penting
1.

Pengaruh Agama Islam

Peranan agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak
boleh dinafikan.Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan
pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir.Pelajar yang

menuntut di Universwiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang
dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Mereka
memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai
Kaum Muda.
Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini
orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.
2.

Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan kesusasteraan, sama ada
dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan
dalam kalangan orang Melayu.Melalui kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang
Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan semangat mereka untuk bersatu padu.
Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah
Hanum memperjuangkan emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam
cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau, iaitu Putera
Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad dapat di lihat
melalui penceritaan beliau tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British
dalam pemerintahandi negeri-negeri Melayu.
3.

Pengaruh Kewartawanan

Pada tahun 1990-an dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah
kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media cetak sebagai alat pembuka
fikiran.Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka.
Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politk orang Melayu
ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini
memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan Malayan
Union.Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memeinkan peranan penting
dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam
pergerakan politik.
4.

Peranan Pendidikan

Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intektual yang memainkan Melayu


pada awal abad ke-20. Sistem pendidikan agama, Sistem pendidikan ini dikenali sebagai
sistem pondok. Pondok memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dalam
kalangan masyarat Melayu.Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan
melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir.Semasa di
Timur Tengah mereka dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh
Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah Universiti Al-Azhar.
Sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu
dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris.Mereka yang
berada di Singapura mendapat pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Instituation.Antara
tokoh yang mendapat pendidikan Inggeris ialah Raja Chulan dan Mohammad Eunos
Abdullah. Beliau merupakan ahli majlis mesyuarat Negeri-negeri selat dan Raja Chulan
merupakan ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Mereka menngunakan peluang yang ada

dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam
bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.
Sistem pendidikan Melayu. Pada abad ke-20, sekolah Melayu di Tanah Melayu mula
berkembang dan menyebabkan kekurangan tenaga pengajar. Untuk memenuhi kekurangan
ini pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruaan Sultan Idris (MPSI) pada tahun
1922.MPSI telah menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu.
Pergaulan dan perbincangan mereka telah membangkitkan kesedaran ingin memajukan dan
memperbaiki nasib orang Melayu.Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan
semangat dan keazaman ini
5.

Peranan Golongan Intelektual


i.

Golongan intelektual berpendidikan Timur Tengah

Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu tidak
mungkin muncul tanpa sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Isla.
Golongan intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya
diberipetunjuk pada hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang termaktub
dalam al Quran dan Hadis.
Kaum Muda menggesa mengwujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan
memasukan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Gerakan
Isla oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undangundang dikeluakan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda.
Pada pertengahan abad ke -20, perjuangan golongan ini semakin pudar. Perjuangan
nasionalisme telah diambil alih oleh golongan inteleliktual berpendidikan Inggeris
danMelayu.
ii.

Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris

Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris muncul apabila orang Melayu bimbang


penguasaan ekonomi olah bangsa asing. Golongan ini bersikap sederhana dan sanggup
berkerjasama dengan penjajah.

Sebagai langkah ke arah kesedaran tentang perlunya orang Melayu bersatu


mempertahankan hak-hak mereka, Mohammad Eunos Abdullah menubuhkan Kesatuan
Melayu Singgapura(KMS).
iii.

Golongan Intelektual Berpendidikan Melayu

Golongan ini lebih redikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan Timur Tengah
dan Inggeris. Kewujudan golongan redikal ini telah menyebabkan perjuangan orang Melayu
antara tahun 1937-1941 berubah corak daripada sederhana kepada berunsur politik dan
agresif.
Golongan ini menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menydarkan
bangsa Melayu. Golongan ini berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua
dengan harapan Jepun dapat membebaskan tanah air mereka dari penjajahan British.
Penutup

Menjelang awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah Melayu, iaitu penghijraan
beramai-ramai imigran Cina dan India akibat perkembanganekonomi Tanah Melayu yang
pesat.
Pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di dunia turut membangkitkan
kesedaran bangsa Melayu tentang kemunduran mereka.
Soalan 70: Bincangkan peranan pendidikan dalam gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu
Pendahuluan:
Perkembangan pendidikan sama ada di dalam atau luar Negara telah melahirkan golongan
intelektual yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan gerakan nasionalisme
Melayu di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Isi-isi penting:
1.Sistem pendidikan agama
Sistem pendidikan masyarakat Melayu yang terpenting ialah sisitem pendidikan Islam.sistem
ini juga dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan sebagai pusat
pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok,ramai
orang Melayu akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah,sama ada di Mekah atau di
Mesir.
Semasa di Timur Tengah,mereka akan dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang
dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh,pensyarah di Universiti Al-Azhar.apabila mereka
kembali ke Tanah Melayu,mereka ingin melihat pemulihan dalam agama Islam dengan
perjuangan melalui akbar dan majalah.
2.Sistem pendidikan Inggeris
Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan
golongan intelektual berpendidikan Inggeris.Golongan berpendidikan Inggeris mendapat
pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.mereka yang berada di Singapura mendapat
pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Institution.
3.Sistem pendidikan Melayu
Pada awal abad ke-20,sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang. namun,
kekurangan dalam jumlah tanaga pengajar.kerana itu, pihak British telah menubuhkan
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI menjadi tempat
perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu.
Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini. mereka
terdiri daripada guru-guru melayu yang memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat
dan berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama demi menyumbangkan tenaga
dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Penutup:

Golongan intelektual yang mendapat pendidikan agama,Melayu,dan Inggeris menerajui


kepimpinan dan bertindak sebagai egen perubahan.
Soalan 71: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di
Tanah Melayu.
Pendahuluan:
Nasionalisme merupakan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada
gerakan membebaskan tanah air. Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap
penjajahan asing dengan menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan
konsep negara yang bebas dan berdaulat.

Golongan intelektual merupakan golongan yang membekalkan kepimpinan untuk


mewujudkan satu gerakan kebangsaan di Tanah Melayu.
Isi-isi penting:

1.

Golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah

Antara golongan intelektual yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan


nasionalisme di Tanah Melayu ialah golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah.
Golongan ini terdiri daripada Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan Syeikh Muhammad
Salim Al-Kalali. Perjuangan golongan ini adalah melalui majalah Al-Iman iaitu Kaum Muda.
Golongan ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya deberi petunjuk
kepada hakikat dan ajaran Islam yang sebenar.
2.

Kaum Muda

Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk mewujudkan sistem pendidikan
agama yang lebih liberal dengan memasukkan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden
di samping bahasa Arab.
Walau bagaimanapun, idea pembaharuan yang dilakukan oleh Kaum Muda mendapat
tentangan daripada Kaum Tua.
3.

Golongan intelektual berpendidikan Inggeris

Golongan intelektual berpendidikan Inggeris merupakan perjuangan yang muncul apabila


orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh bangsa asing. Golongan ini juga
merupakan golongan yang bersikap sederhana dan sanggup bekerjasama dengan pihak
penjajah.
Antara golongan intelektual berpendidikan Inggeris ialah Raja Chulan, Dato Abdullah bin
Haji Dahlan, Dato Onn bin Jaafar, dan Mohammad Eunos bin Abdullah. Kesatuan Melayu
Singapura yang ditubuhkan oleh Mohammad Eunos bin Abdullah bertujuan untuk
memajukan orang Melayu dalam sistem pendidikan dan bidang politik.
4.

Golongan intelektual berpendidikan Melayu

Golongan intelektual berpendidikan Melayu menyebabkan perjuangan orang Melayu antara


tahun 1937 hingga 1941 yang berunsurkan politik dan agresif. Ibrahim Haji Yaakob

menubuhkan Belia Malaya pada tahun 1930 bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu
dan menentang penjajahan British.
Harun Aminurrashid membangkitkan kesedaran kebangsaan melalui penulisan puisi.
Manakala, Harun Hadi Hassan merupakan pensyarah MPSI sentiasa menanamkan
semangat nasionalisme kepada pelajarnya.
Penutup:

Kesimpulannya, usaha tokoh-tokoh nasionalis ini menimbulkan kesedaran untuk


membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

Mereka berganding bahu bersama bagi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk
memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Soalan 72: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu.
Pendahuluan:

Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu merupakan tindak balas terhadap penjajahan asing
dengan hasrat untuk menegakkan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa
kepada gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan asing.
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada abad ke-20 disebabkan British telah
memperkenalkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.
Isi-Isi Penting:
1.

Golongan yang menganjurkan Gerakan Islah.

Golongan kesedaran Melayu dipelopori oleh golongan yang menganjurkan gerakan Islah
Islamiah dari Timur Tengah pada tahun 1906.
Gerakan Islah Islamiah memperjuangkan Konsep Pan-Islamisme, iaitu satu gerakan
menyatukan semua umat Islam di seluruh dunia dalam penentangan mereka terhadap
perluasan Barat. Gerakan ini juga mendesak umat Islam supaya kembali kepada ajaran alQuran dan hadis.
2.

Gerakan Pan-Islamisme

Gerakan Pan-Islamisme diperkenalkan oleh Sultan Turki yang dianggap sebagaii Khalifah
sangat dihormati oleh seluruh dunia Islam. Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul
Hamid merupakan penyokong kuat gerakan Pan-Islamisme.
Gerakan ini merebak di kebanyakan negara Islam termasuk Tanah Melayu. Dunia Islam
diseru supaya bersatu-padu di bawah satu naungan empayar Turki Uthmaniyah untuk
menyekat perluasan kuasa Barat.
3.

Gerakan Turki Muda


Gerakan Turki Muda di bawah pimpinan Mustapha Kamal Attaturk. Gerakan ini
mempengaruhi golongan intelektual di Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu

gerakan nasionalisme Islam yang berjaya mengatasi kelemahan dan kemunduran rakyat
Turki.
Di Tanah Melayu, pengaruh gerakan Turki Muda ini tersebar dalam bidang politik pada
tahun 1930.
4.

Pengaruh dari Indonesia

Pengaruh dari Indonesia mempunyai impak yang sangat besar kepada orang Melayu. Hal
ini kerana, golongan intelektual di Tanah Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari
Indonesia. Sarekat Islam di Indonesia yang diketuai oleh Sayid Muhammad yang berasal
dari Johor meluaskan pengaruh di Tanah Melayu.
Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia telah berjaya mempengaruhi
golongan nasionalis Tanah Melayu.
5.

Pengaruh dari negara lain

Pengaruh dari negara lain seperti India dan China masuk ke Tanah Melayu. Pengaruh ini
bertujuan membebaskan India daripada penjajahan British.
Manakala, perkembangan di China seperti Revolusi China berjaya menggulingkan kerajaan
Manchu telah membangkitkan kesedaran di Tanah Melayu.
Penutup:
Kesimpulannya, pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu memainkan
peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dalam aspek ekonomi, sosial dan politik
dalam kalangan orang Melayu.
Soalan 73: Huraikan gerakan Islah di tanah melayu pada abad ke-20
Pendahuluan
Pembaharuan yang diperkenalkan oleh British telah membangkitkan kesedaran politik
dalam kalangan orang melayu.
Pada tahun 1900-1920, golongan intelektual berpendidikan Timur tengah memainkan
peranan penting dalam gerakan kebangsaan di Tanah melayu. Dengan itu, Golongan ini
dikenali sebagai kaum muda.
Isi-isi penting
a)

Tujuan perjuanan kaum muda ialah memajukam kaum melayu melalui ajaran islam
sebenar, membebaskan islam daripada ajaran kuno, menyeru orang melayumenggunakan
akal dalam mengamalkan agama mereka, dan menyedarkan orang melayu tentang
kemunduran ekonomi dan social mereka.

b)

Tokoh yang memainkan peranan penting ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh alHadi,Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Sheikh Muhammad Salim al- kalali. Golongan ini
dipengaruhi oleh Gerakan Reformis islam ditimur tengah yang memerjuangkan konsep PanIslamismedan membebaskan agama islam daripada kepercayaan kuno.

c)

Perjuangan kaum muda disalurkan melalui akhbar dan majala seperti al-imam, Neracha,
Idaran zaman, dan Pengasuh. Tujuan al-imam ialah mengingatkan mana yang lalai dan
manjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara
yang menyeru kepada kebajikan.

d)

Demi mencapai kemajuan dalam bidang Sosial dan ekonomi, Kaum muda memerjuangkan
beberapa pembaharuan seperti: Agama diajar dengan menggunakan akal fikiran,
Kebebasan wanita dalam bidang pendidikan dan social, Sistem agama yang lebih liberal
yang meliputi pengajaran bahasa inggeris dan mata pelajaran moden.

e)

Kaum muda mendirikan beberapa madrasah untuk menyalurkan idea perjuangan mereka.
Contohnya, Madrasah Al- Masyhur al- islamiah dan Madrasah II-Ihya Assyariff. Kaum muda
ditentang oleh kaum tua melalui majala seperti Suara benar dan Lidah benar. Selepas tahun
1920-an, pengaruh kaum muda semakin pudar.Kepimpinan gerakan kebangsaan diambil
ahli oleh golongan intelektual yang lebih radikal. Kaum muda gagal mewujudkan satu
gerakan massa dalam kalangan orang melayu.
Penutup

Walaupun kaum muda gagal mengekalkan kepimpinan gerakan kebangsaan pada tahun
1920-an, namun kaum muda memainkan peranan penting dalam membangkitkan
kesedaran social dan politikdalam kalangan orang melayu. Perjuangan kaum muda menjadi
pelopor kepada gerakan kebangsaan seterusnya.
Soalan 74: Huraikan gerakan persatuan dan kelab di negeri-negeri Melayu pada abad
ke-20
Pendahuluan
Gerakan islah, kelab, kesatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan negeri
memainkan peranan sangat penting dalam gerakan memberikan kesedaran kebangsaan
dalam kalangan oarng melayu. Gerakan islah, kelab dan persatuan memperjuangkan isu
berkaitan dengan agama, ekonomi, dan politik
Perjuangan melalui kelab dan persatuan lebih berorganisasikan dan teratur. Hanya pada
tahun 1938 , perjuangan berubah menjadi radikal dengan penubuhan Kesatuan Melayu
Muda (KMM)
Isi-isi Penting:
1.

Gerakan Islah

Gerakan islah ialah satu gerakan yang menyeru masyarakat melayu supaya membetulkan
pandangan mereka terhadap islam. Pendorong gerakan ini di tanah melayu ialah , Syed
Syeikh al-hadi , Syeikh Tahir Jalaludin , Haji Abbas bin Mohd. Golongan ini mengelar diri
mereka sebagai Kaum Muda . Mereka berpendidikan agama dari timur tengah.
Mereka menerima pengaruh dari gerakan reformis islam yang diketuai oleh Syed Jamaludin
al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Saluran gerakan islah Melalui akhbar dan
majalah seperi Al imam , neracha , edaran zaman dan pengasuh. Serta melalui masjid dan

madrasah (kaum muda mengadakan ceramah dan perbincangan agama di masjid dan
madrasah)

2.

Perjuangan Kaum muda

Menjana ajaran islam dari sudut kemajuan dunia dan menyeru orang melayu berpengang
pada al-Quraan dan hadis.orang melayu juga dinasihati mengetepikan amalan-amalan
khurafat yang dilarang dalam agama islam. Menyematkan sikap menkritik penjajah ke dalam
fikiran orang islam terutamanya bangsa Melayu.
Dari segi pendidikan , kaum muda amat mementingkan soal pendidikan bagi memajukan
orang melayu . bagi mereka pendidikan merupakan kunci kepada kemajuan. Kaum Muda
menkritik raja dan pembesar melayu yang tidak memelihara kepentingan orang melayu.
3.

Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

Ditubuhan di Singapura pada tahun 1926. Pengasas ialah , Muhammad Eunus Abdullah dan
Tengku Abdul Kadir. KMS bertujuan menyedarkan orang melayu tentang kepentingan
pendidikan peringkat tinggi. Bertujuan menyedarkan orang melayu tentang kepentingan
pendidikan peringkat tinggi.
Mengingatkan kaum melayu tentang kesan penjajahan British. Menyedarkan orang melayu
tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan Memajukan sosiekonomi orang
Melayu
4.

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob iaitu wartawan akhbar
Majlis di Kuala Lumpur. Penubuhannya lebih bersifat radikal. Nama KMM diilhamkan oleh
sultan Djenain iaitu , pelarian politik dari Indonesia.

Objektif KMM mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh


semenanjung dan untuk meningkatkan taraf pendidikan orang melayu. KMM berkerjasama
dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua untuk menghalau british dari tanah melayu

Penutup
Gerakan persatuan dan kelab di negeri negeri melayu banyak membangkitkan semangat
Nasionallisme dalam kalangan pemikiran orang melayu untuk bangkit menentang penjajah.

Sebagai contoh geraka Islah yang menyeru orang melayu untuk memperbetulkan
pandangan mereka terhadap islam.
Soalan 75: Jelaskan persatuan-persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum
Perang Dunia Kedua.
Pendahuluan

Kesedaran untuk membentuk persatuan bermula pada akhir abad ke 19. Tumpuan
diberikan kepada aspek kebajikan, sosial , pelajaran dan sukan kerana ketika itu minat
kearah politik dan perjuangan kebangsaan masih belum wujud. Kesedaran awal untuk

membentuk persatuan yang bertujuan meningkatkan tahap sosial dan ekonomi rakyat
tempatan timbul sekitar tahun 1927 1936.
Terdapat beberapa persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia
Kedua.
Isi-isi Penting:
A.

Kesatuan Melayu Singapura ( KMS )


Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926 oleh Mohamad Eunos Abdullah bersama Tengku
Abdul Kadir , Imam Haji Mohd Yusof dan Emboh Suloh. Merupakan pertubuhan awal orang
Melayu yang bercorak separa politik. Menjurus kearah nasionalisme walaupun
perkembangan semangat kebangsaan ketika itu belum begitu mendalam dan kegiatannya
berkisar di Singapura.
Memberi tumpuan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan di kalangan orang Melayu
serta membaiki kedudukan sosio-ekonomi mereka. Matlamat penubuhan KMS,
menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam bidang politik, pentadbiran dan urusan
umum, Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam pelbagai bidang serta mewakili
suara dan tuntutan mereka terhadap kerajaan dan Menggalakkan orang Melayu yang
berpendidikan tinggi membantu kerajaan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak
Melayu.
Sebuah pertubuhan bersifat sederhana - memberi kerjasama kepada British. Satu hasil
perjuangan KMS ialah berjaya memperolehi tanah seluas 620 ekar pada 1928 daripada
kerajaan British untuk menubuhkan sebuah petempatan khas bagi orang Melayu di
Singapura dikenali sebagai Kg Melayu. Memberi ilham kepada pemimpin Melayu negeri
lain untuk menggunakan persatuan sebagai alat untuk memperjuangkan kepentingan orang
Melayu. Mendorong kepada penubuhan beberapa buah cawangan di Tanah Melayu.
B.

Pertumbuhan Persatuan-persatuan Negeri

Penubuhan kesatuan sebagai cara untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang
Melayu semakin diberi perhatian. September 1937 pemimpin-pemimpin KMS mengadakan
perjumpaan di Melaka membawa kepada penubuhan cawangan KMS di negeri itu, diikuti
cawangan KMS di Pulau Pinang. Perkembangan ini membawa kepada kemunculan
beberapa buah persatuan Melayu di Perak, Pahang , Selangor, Negeri Sembilan dan
Kelantan.
Penubuhan di peringkat negeri bertujuan membaiki kedudukan orang Melayu dari segi
ekonomi dan sosial. Pemimpin persatuan terdiri daripada golongan istana dan elit.
Persatuan Melayu Negeri yang diterahui oleh golongan istana cenderung untuk menyokong
pemerintahan British. Kesatuan Melayu yang bercorak politik masih bersifat kenegerian
kerana wujudnya perasaan cemburu dan semangat kenegerian yang tebal.
1930 Majalah Pengasuh mencadangkan supaya ditubuhkan persatuan bersifat kebangsaan
yang dinamakan Persatuan Melayu Semenanjung tiada sambutan. Akhbar Saudara
memperuntukan satu ruangan iaitu Sahabat Pena untuk membolehkan penulis baru dari
pelbagai negeri berinteraksi dan menghasilkan karya. April 1934 PASPAM diasaskan oleh
akhbar Saudara untuk memajukan minat orang Melayu dalam semua lapangan kehidupan

menjadi sebuah pertubuhan yang berjaya melangkaui sempanan negeri dan bergiat di
peringkat kebangsaan.
C.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM )

Perjuangan bercorak politik di Tanah Melayu mulai ketara akhir 1930an. Ogos 1938
golongan nasionalis berpendidikan Melayu dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia
menubuhkan parti politik yang dikenali sebagai KMM di Kuala Lumpur - diketuai oleh
Ibrahim Haji Yaacob. Antara pemimpin utama ialah Onan Haji Siraj, Ahmad Boestaman,
Ishak Haji Muhammad dll
Merupakan pertubuhan politik bersifat radikal pertama di Tanah Melayu menganuti
Fahaman aliran kiri dan enggan bekerjasama dengan kerajaan British. Tujuan penubuhan
KMM; mengabungkan semua orang Melayu tanpa mengira negeri asal untuk
mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu,
Menghindarkan orang Melayu dari ditindas oleh kaum lain dan Memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu, seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan
Indonesia Raya.
Menggunakan akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyalurkan pandangan dan
Menyebarkan dasar perjuangan. Menubuhkan beberapa cawangan di seluruh Tanah Melayu
dengan dipelopori oleh Pelajar MPSI. Tidak berjaya menarik banyak sokongan dari kalangan
golongan bawahan dan birokrat Melayu berpendidikan Inggeris.
Kesimpulan
Penubuhan persatuan-persatuan bercorak politik sebelum Perang Dunia Kedua telah
berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
Selepas Perang Dunia Kedua lebih banyak persatuan dan kelab ditubuhkan pertubuhan
didorong oleh perubahan cara hidup.

Soalan 76: Huraikan matlamat perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu serta kaedah
perjuangan mereka.
Pengenalan
Nasionalisme di Tanah Melayu bermula awal kurun ke 20. Pada peringkat awal gerakan ini
dipelopori oleh golongan berpendidikan agama/ Arab.
Mereka menyebarkan idea reformasi dari Timur Tengah ke Tanah Melayu.
Isi-isi Penting:
1.

Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda


Tokoh utama ialah Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas
Muhammad Taha. Mendapat pendidikan di Timur Tengah
Menjadi pelopor kepada gerakan pemulihan Islam iaitu pengamalan ajaran Islam sebenar.

2.

Matlamat perjuangan
i.

Meningkatkan kemajuan orang Melayu yang beragama Islam


menuntut ilmu pengetahuan keduniaan dan akhirat. menceburi bidang perniagaan walau
pun secara kecil-kecilan kerana Islam menggalakkan perniagaan.
Taraf ekonomi orang Melayu dapat ditingkatkan.

ii.

Menyeru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar.


menentang ajaran kurafat dan bidaah yang menyeleweng daripada ajaran dan akidah Islam
sebenar. meninggalkan amalan taklid buta
mengikuti apa yang terkandung dalam al-quran dan hadis.

iii. Emansipasi wanita


meningkatkan taraf wanita. wanita perlu menuntut ilmu untuk memajukan diri sendiri
tinggalkan amalan tradisi ( golongan wanita hanya duduk di dapur )
membebaskan diri dan negara daripada penjajahan
bersatu memajukan diri supaya dapat menentang penjajah.
3.

Kaedah perjuangan
Secara langsung
melalui media seperti majalah dan surat khabar cth Al-Iman, Neracha, Idaran Zaman,
Saudara.
melalui cerpen dan novel spt Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Nurul Ain.
Secara Tidak Langsung
Melalui madrasah yang dibina.
Mengajar ilmu dunia dan agama. Idea diterap dalam pengajaran
Tentangan daripada Kaum Tua.
Terdiri darpada ulama konservatif. Memusuhi pembaharuan agama dan idea nasionalisme
yang dibawa oleh kaum muda.

Percanggahan pendapat hebat dilakukan dalam khutbah-khutbah jumaat, ceramahceramah agama serta disiarkan dalam akhbar dan majalah. Menerbitkan majalah seperti
Pengasoh, Lidah Benar dan Panduan.
Kesimpulan

Memainkan peranan dalam memupuk kesedaran walaupun perjuangan tidak menampakkan


kejayaan cemerlang

Mendapat tentangan daripada Kaum Tua.


Soalan 77: Huraikan Gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM) di tanah melayu pada
abad ke-20.
Pendahuluan.
Kesatuan Melayu muda ialah persatuan berbentuk separa politik yang pertama di tanah
melayu dan ditubuhkan pada tahun 1939 yang di pimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob,iaitu
wartawan akhbar majlis kuala lumpur. Nama KMM diilhamkan oleh sultan Djenain, iaitu
pelarian politik dari Indonesia.
Tujuan penubuhan KMM lebih bersifat politik. Objektif KMM ialah mewujudkan perpaduan
dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung, meningkatkan taraf pendidikan
orang melayu,menentang penjajahan orang british di tanah melayu,menentang penguasaan
ekonomi oleh orang asing,dan menuntut kemerdekaan bersama Indonesia dalam gagasan
Indonesia raya.
Isi-isi penting
1.

Cawangan KMM didirikan di Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, pergerakan KMM sering di awasi oleh pihak british. Pemimpin utama
KMM, Ibrahim Yaacob menggunakan akbar rasmi KMM iaitu Warta Malaya untuk
membangkitkan semangat nasionalisme melayu dan sentiment anti-british.Cara di salurkan
ialah melalui ceramah yang di buat oleh pemimpin utama KMM.

2.

Tindakan radikal KMM menyebabkan british menangkap dan memenjarakan pemimpinpemimpin KMM seperti Ibrahim Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Secara keseluruhannya
KMM gagal mendapat sokongan meluas kerana ,keradikalan KMM dan perjuangan
penyatuan dengan Indonesia,sikap KMM yang anti-biokrasi, dan tiada sokongan kewangan
dan kemahiraan.

3.

Sebaik sahaja Jepun Berjaya menawan tanah melayu, mereka mebebaskan pemimpinpemimpin KMM yang di penjarakan. pemimpin KMM Ibrahim Yaacob telah memberi bantuan
kepada pihak jepun dengan menubuhkan pembela tanahair (PETA), Sebuah ketenteraan
yang di pimpin oleh Ibrahim Yaacob.

4.

Menjelang akhir pendudukan jepun, usaha di buat untuk memberikan kemerdekaan


kepada Indonesia. Ibrahim Haji Yaacob meminta jepun memberikan kemerdekaan kepada
tanah melayu bersama-sama Indonesia ini sesuai dengan matlamat kesatuan melayu muda
KMM,untuk menubuhkan Melayu Raya dan Indonesia Raya.

5.

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah mengadakan perbincangan di


kuala lumpur untuk persediaan kemerdekaan bersama Indonesia. Indonesia
mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 ogos 1945, tetapi kerana kekalahan jepun secara
tiba-tiba soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan lebih awal , iaitu 15 ogos 1945.
Keadaan ini telah menyebabkan persidangan KRIS di kuala lumpur di batalkan, Ibrahim
Yaacob, isterinya dan orang kanannya terpaksa mendapatkan perlindungan di Indonesia.

Penutup

KMM ini adalah untuk menentang penjajahan British di tanah melayu ,dan untuk
mewujudkan semangat perpaduan dan meningkatkan pendidikan dalam kalangan pemuda
melayu di seluruh semenanjung.

Perjuangan KMM di pengaruhi oleh pergerakan politik yang berlaku di luar tanah melayu
seperti, perjuangan parti nasional indonesia pimpinan soekarno,perjuangan dan ketetapan
sumpah pemuda di Indonesia, gerakan parti komunis Indonesia pimpinan Tan Malaka.
3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan
3.2.1 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan Pendudukan Jepun 1941-45
Soalan 78. Bincangkan dasar pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai
kemerdekaan.
Pendahuluan
Negara Jepun dikenali sebagai Negara Matahari Terbit bersesuaian dengan kedudukan
geografinya. Pada tahun 1868, kerajaan Meiji telah membawa pemodenan kepada negara
Jepun. Dalam perjuangannya ke arah pemodenan dan kemajuan, Jepun menghadapi
beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan pertanian dan bahan mentah.
Oleh itu, Jepun menakluki negara-negara lain untuk tujuan mendapatkan bahan mentah.
Negara yang ditakluki Jepun seperti Manchuria, China, IndoChina, Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak. Pentadbiran Jepun memerintah selama 3 tahun iaitu bermula dari 15
Februari 1942 sehingga 12 September 1945.
Isi-isi penting
Dasar Politik:
1.

Sistem Pentadbiran bercorak ketenteraan

Pentadbiran Jepun memerintah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selama 3 tahun iaitu
bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945 adalah bercorak ketenteraan.
Kuasa tertinggi pemerintahan Jepun di Tanah Melayu terletak pada seorang Jeneral Jepun.
Negeri-negei Melayu diketuai oleh seorang Gabenor atau Mayor. Beberapa biro pentadbiran
seperti Hal-Ehwal Umum, Perusahaan, Kewangan, dan Perhubungan ditubuhkan di bawah
pentadbiran Gabenor.
Di Sabah dan Sarawak pula, sistem pentadbiran Jepun juga bercorakan ketenteraan.
Pentadbiran Sabah, Sarawak dan Brunei disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang
dipanggil Borneo Utara. Kuasa tertinggi dalam pentadbian ialah Gabenor Jeneral yang
berpusat di Kuching. Pusat pentadbiran bertukar ke Sandakan selepas berlakunya
pemberontakan Double Tenth di Sabah pada bulan Oktober 1943.
2.

Penglibatan Orang Melayu dalam Pentadbiran

Pemerintahan Jepun mengalami masala kekurangan pegawai awam. Demi mengatasi


masala tersebut, Jepun telah mendirikan Kao Kunrenjo, iaitu Sekolah Latihan Kepimpinan.
Sekolah ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang, dan Melaka yang membieri latihan
pentadbiran kepada orang Melayu. Pelatih akan diberi jawatan dalam perkhidmatan awam
selepas tamat latihan di sekolah tersebut. Sebagai contoh, di Tanah Melayu, Kapten Mohd.

Salleh Haji Sulaiman dilantik sebagai Pegawai Daerah di Hulu Perak dan Ibrahim Yaakob
dilantik sebagai Leftenan Kolonel mengetuai pasukan Pembela Tanah Air (PETA).
3.

Dasar Menggalakkan Pergerakan Nasionalisme Melayu


Sebaik sahaja Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, Jepun memberikan sokongan
kepada Kesatuan Melayu Muda (KKM) pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun juga menubuhkan
Pasukan Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang dikenali sebagai Giyu Gun di
bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun menggalakkan pergerakan Melayu memberi
bantuan kewangan kepada para nasionalis Melayu melalui KMM. Menjelang akhir
pendudukan Jepun, Jepun telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung
(KRIS) pada Julai 1945. KRIS merupakan satu badan yang akan melaksanakan tugas
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia.

4.

Dasar berbeza-beza terhadap Kaum di Tanah Melayu


Jepun melayan orang Melayu dengan baiknya kerana memerlukan sokongan orang Melayu
bagi meneruskan pemerintahan. Orang Melayu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran
Jepun dan Majlis Agama Islam ditubuhkan. Orang India dilayan dengan memuaskan kerana
Jepun mengharapkan sokongan dan kerjasama orang India dalam rancangannya
menguasai India. Bagi orang Cina pula, Jepun telah bertindak kasar terhadap mereka dan
Jepun melakukan pembunuhan beramai-ramai dan bertindak zalim terhadap orang Cina.
Layanan kasar ini berpunca daripada permusuhan antara Jepun dengan China.
Dasar Ekonomi

5.

Dasar Sistem ekonomi kawalan


Salah satu sebab Jepun menyerang negara kita adalah kerana sumber-sumber alam yang
sangat diperlukan oleh industri Jepun. Sistem ekonomi beras ditukar kepada sistem
ekonomi kawalan. Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun.
Misalnya, perusahaan getah dan kayu balak tidak dapat diteruskan di Sabah.

6.

Dasar Sistem Permit


Jepun mempekenalkan sistem permit bagi mengawal semua jenis perdagangan dan
pergangkutan. Dengan permit khas, beberapa barangan utama dikawal dengan ketatnya.
Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi, maka Jepun
telah memperkenalkan catuan beras. Penduduk perlu mendapatkan kupon dari Pejabat
Kawalan makanan untuk ditukarkan dengan beras dan dihadkan dua gantang beras
sebulan.

7.

Dasar Pengenalan mata wang Pokok Pisang


Jepun memperkenalkan dan mencetak mata wang baharu bagi tujuan menambahkan
penggunaan mata wang yang berimejkan Negara Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Bagaimanapun, mata wang ini tidak bernilai di pasaran antarabangsa dan hanya
boleh digunakan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sahaja.
Dasar Sosial

8.

Dasar Rancangan Penjepunan

Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di negara-negara Asia Tenggara dan
negara kita yang menjadi tanah jajahannya. Matlamat ini dicapai melalui pelaksanaan
rancangan Penjepunan melalui ketaatan kepada Maharaja Jepun, wajib menyanyikan lagu
kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku. Bahasa Jepun dijadikan
bahasa pengantar dan bahasa perhubungan dalam semua urusan lain. Kelulusan dalam
bahasa Jepun menjadi syarat utama untuk tujuan kenaikan pangkat dalam pekhidmatan
kerajaan Jepun di TM, Sabah dan Sarawak.
9.

Dasar Pendidikan
Jepun memperkenalkan sistem pendidikan untuk menjepunkan masyarakat tempatan.
Sistem pendidikan Jepun memberikan tumpuan kepada ketaatan dan kesetiaan kepada
maharaja Jepun. Setiap pagi, murid-murid wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu
Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku. Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar dan bukubuku teks dalam bahasa Jepun banyak diterbitkan. Akhbar Syonan Shimbun memainkan
peranan penting dalam menerbitkan pendidikan Jepun. Sekolah-sekolah Cina ditutup
kerana Jepun mengamalkan dasar anti Cina.

10.

Dasar menindas terhadap kaum Cina

Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang melayu dan India tetapi dasar
menindas terhadap kaum Cina. Dasar berbaik dengan orang melayu kerana untuk
medapatkan sokongan mereka melalui pengekalan institusi kesultanan melayu dan
mengambil merka untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Dasar menindas orang
Cina disebabkan perasaan membalas dendam ke atas orang Cina yang menyumbangkan
sokongan kewangan dan peralatan perang kepada China semasa Perang China-Jepun
1937. Beribu-ribu orang orang Cina dan India kehilangan nyawa semasa bekerja dalam
buruh paksa pembinaan projek membina Jalan Kereta Api Maut di sempadan Thai-Burma.
Penutup
Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan
berbeza dan berpaksi kepada negara asal kaum masing-masing. Perkembagang politik
selepas pendudukan jepun memperlihatkan semua kaum di Tanah Melayu berganding bahu
membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan negara.
Soalan 79: Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada
pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 1945 )
Pendahuluan
Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September
1945.
Pendudukan Jepun selama 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada
masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Isi-isi Penting:
Kesan politik

a)

Menyemarakkan semangat nasionalisme kemenangan Jepun yang begitu mudah telah


menjatuhkan imej British di kalangan orang Melayu yang anti British.

b)

Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada


orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa
pemerintahan British. orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu
lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah. Kehidupan semakin sulit timbul
kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah. Keadaan ini telah
membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan
pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu seperti KMM, PETA, KRIS
Kesan Ekonomi

a)

sumber ekonomi utama pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali. Dasar
Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak
dapat beroperasi. rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras
terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.

b)

Jepun melancarkan kempen pertanian rakyat dipaksa menanam tanaman makanan


seperti ubi kayu, keledek dan keladi.

c)

kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas
Jepun. perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak
dapat diimport.

d)

perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun

e)

orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.

f)

Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik
oleh Jepun.

Kesan sosial
a)

perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera
Jepun. permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina cetus
pergaduhan kaum.

b)

orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA bekerjasama dengan Force 136 yang
memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.

c)

tahap kesihatan rakyat merosot terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa
terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis .

d)
e)

pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.


Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan
kebudayaan Jepun mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu.
Kesimpulan

Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi
Tanah Melayu.Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme
Melayu.

Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga


kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut
kemerdekaan
Soalan 80: Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai
kemerdekaan
Pendahuluan

Negara Jepun juga dikenali sebagai Negara Matahari Terbit bersesuaian dengan
kedudukan geografinya. Pada tahun 1868, kerajaan Meiji telah membawa pemodenan
kepada Negara Jepun. Dalam perjuangannya ke arah pemodenan dan kemajuan, Jepun
menghadapi beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan pertanian dan bahan mentah.

Di Eropah, perancis bersekutu dengan Britain menentang Jerman menyebabkan jajahan


Britain dan Perancis di Timur tidak dipertahankan.
Isi-isi penting
1.

Kesan sistem pentadbiran tentera Jepun

Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran kebangsaan yang mendalam dalam


kalangan orang Melayu sehingga orang Melayu telah bangun menentang British apabila
mereka balik semula ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ini jelas dilihat dalam kes
penentangan orang Melayu terhadap pengisytiharan Malayan Union dan Gerakan AntiPenyerahan Sarawak. Orang Melayu sedar bahawa sultan mereka kehilangan kuasa politik
sama seperti pada zaman penjajahan British. Mereka sedar bahawa Jepun hanya
memperalatkan kuasa dan sokongan sultan demi pentadbiran mereka sendiri. Jepun masih
mengekalkan institusi kesultanan Melayu tetapi sultan hanya sebagai ketua agama dan adat
istiadat Melayu sahaja dan bukannya pemerintah negeri.
Orang Melayu sedar bahawa Jepun telah mungkir janji untuk memberikan kemerdekaan
kepada tanah air apabila Jepun menyerahkan empat negeri Melayu Utara, iaitu
Kedah,Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand.
2.

Kesan penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran

Pengalaman dalam pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah memberi keyakinan
diri dan menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri mereka
sendiri. Orang Melayu sedar bahawa semua bentuk penjajahan tidak akan membawa
sebarang manfaat kepada mereka. Mereka sedar bahawa British tidak boleh diharapkan
dalam melindungi tanah air mereka. Maruah dan imej British sebagai kuasa terunggul hilang
apabila British kalah kepada tentera Jepun dalam masa yang singkat.
Orang Melayu sedar mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan
Tanah Melayu dan mesti berusaha sendiri bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta

tanah air mereka. Pendedahan orang Melayu kepada organisasi ketenteraan dan separa
tentera telah menyemai semangat Jepun, kessetiaan, pengorbanan, dan sikap anti-Barat.
3.

Kesan pergerakan nasionalisme Melayu

Pembebasan para nasionalis seperti Ibrahim Yaacob telah membolehkan perjuangan


nasionalisme diteruskan. Ibrahim Yaacob telah menggunakan bantuan kewangan Jepun
untuk membeli akhbar Warta Malaya pada tahun 1941 bagi menyalurkan mesej
nasionalisme, membangkitkan kesedaran politik dan menjadi alat propaganda anti-British.
KMM telah bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah
tanah. KMM berjaya memperalatkan Jepun bagi tujuan nasionalisnya. Dengan sokongan
yang diberikan oleh Jepun, KMM bergiat semula secara sulit dan berjaya menyemarakkan
sentimen anti-British dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pendudukan Jepun telah menyemarakkan kesedaran politik secara berparti dan


berpersatuan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan apabila selepas
pendudukan Jepun banyak parti muncul, antaranya ialah UMNO,MCA,MIC,AWAS,API, dan
PKMM. Idea kemerdekaan juga disemai dalam kalangan orang Melayu semasa pendudukan
Jepun walaupun KRIS gagal mencapai matlamt memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu bersama Indonesia dalam lingkungan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
4.

kesan dasar berbeza-beza terhadap kaum di Tanah Melayu

Membangkitkan semangat kebangsaan yang mempunyai haluan berbeza mengikut kaum


dan berpaksi kepada Negara asal. Orang India lebih cenderung kepada perjuangan
kemerdekaan di Negara India. Orang Cina bersikap anti-Jepun dan berjuang
mempertahankan Negara China daripada pencerobohan Jepun. Akibat dasar menindas
terhadap orang Cina, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan dan menganggotai
Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menjadi parti yang paling popular dalam kalangan orang
Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan Jepun.
Permusuhan antara Jepun dan orang Cina menyedarkan orang Melayu untuk bangun
memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu.
5.

Kesan Dasar Ekonomi

Sistem ekonomi kawalan menyebabkan ekonomi dan taraf hidup rakyat merosot. Ekonomi
Tanah Melayu yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami
kemerosotan. Ini disebabkan pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan sekatan
ekonomi yang dikenakan terhadap Jepun.
Akibat percetakan wang kertas Jepun yang tidak terkawal dan kekurangan barangan
pengguna, Tanah Melayu mengalami inflasi.

Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun seperti Mitsubishi
menyebabkan pengangguran semakin meningkat. System ekonomi kawalan mengakibatkan
Tanah Melayu mengalami kekurangan barangan pengguna terutmanya tekstil dan makanan.
Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya.

Program Grow Your Own Food Crops and Vegetable telah mencerobohi kawasan tanah
simpanan Melayu.

6.

Kesan Dasar Sosial

Dasar penjepunan dan system pendidikan yang diperkenalkan oleh Jepun menimbulkan
kebencian dan kemarahan penduduk tempatan. Namun, sistem pendidikan Jepun
menyemai sifat kerajinan dalam kalangan belia terutmanya orang Melayu. Penduduk
tempatan dipaksa menjadi lebih rajin dan kreatif. Berhadapan dengan situasi kekurangan
bahan keperluan, mereka mencipta kain daripada benang nanas dan bahan api daripada
susu getah.
Penduduk Tanah Melayu hidup sengsara dan menderita di bawah pemerintahan Jepun.
Mereka ditindas dan diseksa oleh Kempeitai tanpa diberi peluang membela diri. Orang cina
yang diseksa melarikan diri ke pinggir hutan untuk mengelakkan kekejaman.
Ramai orang India dijadikan buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk
membina Jalan Kereta Api Maut. Ramai yang meninggal dunia kerana kekurangan makanan
dan wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria. Tambahan pula, tentera Jepun merampas
ubat yang sedia ada.
Tindakan Jepun mengambil orang Melayu sebagai polis dan tentera untuk menentang
MPAJA menambahkan lagi permusahan antara orang Melayu dengan Cina.
Kesimpulan
Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan
berbeza dan berpaksi kepada Negara asal kaum masing-masing. Orang Melayu
memperjuangan pembebasan tanah air melalui kesatuan Melayu Muda, orang Cina lebih
kepada bersikap anti-jepun kesan daripada Perang China-Jepun manakala orang India
berjuang membebaskan Negara India daripada penjajahan.
Perkembangan politik selepas pendudukan Jepun memperlihatkan semua kaum di Tanah
Melayu berganding bahu membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan.
3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan
3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan
Soalan 81: Huraikan sebab-sebab dan bentuk-bentuk penentangan orang Melayu
terhadap rancangan Malayan Union 1946 .
Pendahuluan
Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani
oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika
Syarikat pada Ogos 1941. MU dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah Melayu
setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada orang
Melayu.
Penentangan terhadap perlaksanaan MU didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu
menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya.
Isi-isi Penting:
A.

Sebab-sebab penentangan

i.

Kedaulatan dan kuasa sultan terancam

Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan. Raja
hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja. Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor
yang mempunyai kuasa pembatal (veto). Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam
menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi
pengerusi.
Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan, tidak rela
sultan dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri. kehilangan kuasa sultan akan
menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British
ii.

Pemberian taraf kerakyatan

Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu
terutamanya kaum Cina. syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan
Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui taat setia
orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat nasionalisme mereka
terarah ke negara asal masing-masing.
Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India
mendapat taraf kewarganegaraan Tanah Melayu.
iii.

Cara Mac Micheal mendapatkan tandatangan sultan

Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau
mendapatkan persetujuan secara paksaan ugut sultan akan dilucutkan jawatan atas
alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua. Mac
Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis
Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing.
Orang Melayu marah kerana Mac Micheal tidak menerangkan syarat gagasan MU secara
terperinci serta mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum
sultan menandatangani perjanjian.
B.

Cara-cara penentangan

i.

Tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negara

ii.

15 Dis 1945

- demonstrasi anjuran Persatuan Melayu Kelantan

19 Jan 1946

- demonstrasi Persatuan Melayu Kedah

01 Feb 1946

- Persatuan Melayu Kelantan anjur demonstrasi.

10 Feb 1946

- demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita

Kongress Melayu Se Malaya

oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor dihadiri oleh 107 wakil dan 56
pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se
Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan.

i.

orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU

ii.

raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan
upacara pengisytiharan MU sebagai tanda bantahan.

iii.

kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang kuat untuk menentang MU.

kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum
1941.
iii.

Sokongan bekas pegawai British

bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan
nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan.

Mereka menulis dalam akhbar Times - menyatakan kekesalan terhadap pengenalan


perlembagaan MU yang tidak sesuai dengan Tanah Melayu.
Kesimpulan

Penentangan orang Melayu terhadap MU beroleh kejayaan. MU akhirnya dibubarkan dan


digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Soalan 82: Bincangkan reaksi orang Melayu dan bukan Melayu terhadap cadangan
Malayan Union pada tahun 1946.
Pendahuluan
British perkenalkan MU selepas kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur. MU
bertujuan menyediakan Tanah Melayu kearah kemerdekaan
Orang Melayu dan bukan Melayu memberikan reaksi yang berbeza terhadap MU. Orang
Melayu melakukan penentangan bukan Melayu tidak menunjukkan sebarang reaksi pada
awal tetapi menentang pada tahap berikut. Dasar penentangan berbeza dengan orang
Melayu
Isi-isi Penting:

1.

Reaksi Orang Melayu

Jelas menentang penubuhan MU. Penentangan berasaskan dua tahap : secara individu
dan secara kolektif iaitu cara individu dilakukan melalui tulisan dalam akhbar, perutusan dan
cara kolektif termasuklah melalui persatuan. orang Melayu melakukan demonstrasi besarbesaran. Persatuan Melayu Kelantan berjaya menganjurkan perhimpunan seramai 10,000
orang menentang MU 15 Disember 1946.
penentangan terhadap MU dianjurkan oleh persatuan-persatuan Melayu hingga akhirnya
membawa kepada penubuhan UMNO. Boikot dianjurkan bagi menentukan MU tidak
dilaksanakan. orang Melayu menentang MU kerana tidak diminta pendapat dan pandangan

sedangkan MU akan menentukan kehidupan mereka, Sultan diugut dan dipaksa


menandatangani penerimaan MU, Kandungan Perlembagaan MU terutama tentang
kewarganegaraan tidak memuaskan hati orang Melayu dan Sultan kehilangan kuasa secara
mutlak

Orang Bukan Melayu


ini disebabkan kandungan perlembagaan MU banyak memihak kepada mereka terutama
hal berkaitan kerakyatan. Reaksi mulai timbul apabila rancangan MU ditangguhkan. Orang
Cina dan India mula melihat British menipu mereka lalu menunjukkan penentangan
bersifat kolonial . melahirkan bantahan melalui akhbar cina dan menubuhkan Malayan
Demokratik Union ( pertubuhan berhaluan kiri). bantahan orang Cina dipusatkan kepada
sebuah pertubuhan iaitu Pan-Malayan Council of Joint Action - bertukar kepada All
Malayan Council of Joint Action. AMCJA ditubuhkan Disember 1946 , dipengerusikan oleh
Tan Cheng Lock 400,000 ahli.
Memperjuangkan 6 prinsip iaitu: penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura, anggota
Dewan Undangan Pusat dipilih oleh rakyat, hak yang sama bagi semua kaum yang
menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan mengaku taat setia, Kedaulatan raja-raja
Melayu dikekalkan sebagai raja berpelembagaan menerima nasihat dari badan berunsur
demokrasi, Perkara berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu diletakkan di bawah
tanggungjawab orang Melayu sahaja dan Perhatian khas diberi untuk memperbaiki soal
kemunduran orang Melayu.
orang Cina di Tanah Melayu yang menjadi ahli koumintang lebih memberi tumpuan kepada
perkembangan politik negara China - menganggap penerimaan MU membatalkan
kebangsaan Negara China secara automatik. Bagi kaum India tidak berminat langsung
dengan keadaan politik Tanah Melayu pada awalnya - menumpukan perhatian kepada
keadaan politik di India dan perjuangan parti Kongres India. sikap mulai berubah setelah
UMNO dan orang Melayu mendesak supaya British meminda peruntukan tentang
kerakyatan - mereka menuntut hak kerakyatan yang sama.
Kesimpulan
Rancangan MU telah menunjukkan reaksi yang berbeza antara orang Melayu dengan
bukan Melayu. Reaksi orang Melayu dan bukan Melayu membawa kepada pembatalan MU
dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Soalan 83: Huraikan bentuk penentangan dan faktor kejayaan orang melayu
menggagalkan pentadbiran Malayan Union 1946.
Pendahuluan :
Pada tahun 1944, kerajaan British telah menerima satu rancangan yang diutarakan oleh Sir
Edward Gent. Rancangan ini berusaha menggabungkan Negeri-negeri Melayu Besekutu
(NNMTB), Pulau Pinang, dan Melaka menjadi sebuah Malayan Union. Singapura dipisahkan
menjadi tanah jajahan mahkota British.
Kerajaan Malayan Union diistiharkan pada 1 April 1946 di Kings House, Kuala Lumpur.
Pengistiharan ini secara rasminya menggantikan Pentadbiran Tentera British yang
dikuatkuasakan di Tanah Melayu sejak bulan September tahun 1946.

Isi-isi Penting:
1.

Bentuk penentangan melalui Peranan Akhbar

Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara, Majlis, dan utusan Melayu menyuarakan
bantahan secara berterusan. Ketiga-tiga akhbar ini menyeru orang melayu di seluruh Tanah
Melayu supaya membantah dan menolak Malayan Union serta menubuhkan sebuah badan
yang berupa Barisan Bersatu.
Akhbar utusan Melayu mendesak sultan-sultan supaya meneliti segala cadangan sebelum
meluluskannya. Utusan melayu juga mendesak persatuan-persatuan Melayu membentuk
barisan bersatu bagi melindungi kepentingan orang melayu. Warta Negara telah
memaparkan ketegasan masyarakat Melayu menentang Malayan Union.
2.

Bentuk penentangan melalui Demonstrasi / rapat umum.

Pada 15 Disember 1945, Persatuan Melayu Kelantan menganjurkan satu tunjuk perasaan
yang disertai oleh 10 000 orang semasa ketibaan Sir Harold MacMichael ke istana. Pada 19
Januari 1946, satu tunjuk perasaan yang disertai oleh 50 000 orang telah diadakan di Alor
Star. Perarakan anjuran Persatuan Melayu kedah disertai ulama, pelajar, orang kampung,
dan kaun tani. Pada 3 Februari 1946, perarakan oleh 5 000 orang melayu membantah
kertas Putih.
Orang Melayu telah mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk menunjukan
bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese
Wiliams.
3.

Bentuk penentangan melalui Peranan Sultan

Sultan Negeri-negeri Melayu menghantar kawat ke London membuat bantahan terhadap


penipuan dan paksaan semasa menandatangani perjanjian Malayan Union. Sultan juga
menghantar kawat kepada tokoh yang berpengaruh di British dan bekas pegawai tadbir
British di Tanah Melayu.
Sultan telah berkumpul di kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan
mereka terhadap ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Wiliams.
Sultan memulaukan pengistiharan Malayan union yang diadakan pada 1 April 1946 di Kings
House, Kuala Lumpur.
4.

Peranan Akhbar

Seruan akhbar tempatan menjadi salah satu faktor penting menyatukan orang melayu untuk
menentang Malayan Union. Akhbar tempatan seperti Majlis, Warta Negara, dan Utusan
Melayu telah menyuarakan bantahan secara berterusan terhadap rancangan pengenalan
Malayan Union. Akhbar ini membangkitkan kesedaran tentang rancangan British menjajah
Tanah Melayu melalui Malayan Union, bahaya dan kesan negatif Malayan Union terhadap
orang melayu.
Pada 12 Oktober, Utusan Melayu menyeru supaya Raja-Raja melayu memikirkan kesannya
jika Malayan Union tidak dihapuskan. Majlis menyeru orang melayu menentang Malayan

union dan berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu serta merdeka dan
berdaulat yang ditadbir oleh anak tempatan.
5.

Faktor sokongan rakyat

Hampir semua orang Melayu menentang Malayan Union. Mereka menentang melalui
demontrasi di Alor Star, Kota Bharu, dan Johor Bharu.
Mereka sedar bahawa kerakyatan terbuka yang dianjurkan dalam Malayan union akan
mengancam status quo mereka sebagai peribumi.
Penutup :
Penubuhan Malayan union mendapat tentangan yang kuat oleh orang melayu. Sebab
penentangan ini ialah syarat kewarganegaraan yang longgar, kehilangan kuasa sultan,
tindakan Harold MacMichael dan kedudukan orang melayu.

Bantahan orang melayu yang paling hebat adalah terhadap pemberian hak
kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip jus soli. Orang melayu membantah cara
ugutan dan paksaan yang digunakan oleh Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan
tandatangan sultan.
Soalan 84: Jelaskan sebab-sebab penentangan dan faktor-faktor kegagalan Gerakan
Anti-Penyerahan Sarawak kepada British.
Pendahiuluan:

Keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Sarawak menjadi
negeri naungan British pada tahun 1888. Selepas pendudukan Jepun pada tahun 1946,
Raja Charles Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
Sarawak secara rasminya diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.

British mendesak Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak supaya pelaburan dan
kepentingan ekonomi mereka dilindungi dan lebih terjamin. Penyerahan Sarawak
menunjukkan tindakan British mencerobohi kedaulatan negeri Sarawak kerana Sarawak
kepunyaan peribumi Sarawak dan bukannya milik keluarga Brooke atau kerajaan British.
Isi-Isi Penting:

a)

Sebab-Sebab Penentangan

Ketua2 bumiputera tidak puas hati dengan cara tipu muslihat yang digunakan oleh Gerald
MacBryan semasa mendapatkan persetujuan mereka mengenai rancangan penyerahan
Sarawak kepada kerajaan British. Ketua2 bumiputera Sarawak tidak dibawa berunding
atau diberitahu terlebih dahulu mengenai rancangan tersebut.
Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan
pemerintahan sendiri kepada Sarawak.
Tindakan Charles Vyner Brooke akan menutup peluang Sarawak untuk mencapai
kemerdekaan.

b)

Faktor-Faktor Kegagalan Anti-Penyerahan Sarawak

1)

Tiada pemimpin yang berwibawa

Selepas kematian Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, tiada pemimpin lain yang berwibawa
untuk menggerakkan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak.
Pemimpin yang berkaliber seperyi Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha telah menubuhkan
Young Malay Association yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British.
2)

Tiada pertubuhan kebangsaan

Di Tanah Melayu, pertubuhan nasionalis, iaitu UMNO Berjaya menggerakkan orang Melayu
menentang Malayan Union. Fenomena seperti ini tidak terdapat di Sarawak. Hana terdapat
beberapa pertubuhan seperti Persatuan Melayu Sarawak, Persatuan Dayak Sarawak dan
pertubuhan lain yang menentang.
Tiada satu organisasi nasional yang Berjaya menyatupadukan semua pertubuhan ini untuk
menentang penyerahan Sarawak kepada British.
3)

Tindakan menindas oleh British

Kerajaan British bertindak keras terhadap penyokong Gerakan Anti-Penyerahan. British


mengelarkan Pekeliling No.9 yang memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya
tidak menyertai Gerakan Anti-Penyerahan.
British bertindak keras terhadap ahli Rukun 13 yang terlibat dalam komplot membunuh Gabenor
Kedua Sarawak. Mereka dijatuhi hukuman gantung sanpai mati dan lima belas orang lain
yang terlibat dipenjarakan. British juga mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak.
Penutup:
Apa-apa yang berkaitan
Soalan 85: Bincangkan faktor-faktor dan langkah-langkah pembentukan persekutuan
tanah melayu 1948
Pendahuluan :
Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan
perjanjian Malayan Union 1946.
Kegagalan Malayan Union membuktikan kejayaan orang melayu menentang penjajahan
british di tanah melayu.
Isi-isi penting :
Faktor-faktor pembentukan
a.

Perpaduan orang melayu daripada semua golongan.

Perpaduan dalam kalangan orang melayu dan raja raja melayu telah wujud sehingga
berjaya mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.

Keupayaan orang melayu memujuk dan mendesak british untuk menghidupkan semula
dasar perlindungan telah membantu mereka menolak Malayan Union.
b.

Sikap politik orang melayu yang sederhana.

Sikap politik sederhana orang melayu telah mendorong british memulakan rundingan bagi
mencari jalan penyelesaian. Orang Melayu hanya bertindak dengan menulis rencana dalam
akhbar, berdemonstrasi, berkongres, dan memujuk Raja-Raja Melayu supaya memulaukan
Malayan Union.
Penentangan orang melayu terhadap Malayan Union tidak dengan cara kekerasan seperti
mengangkat senjata seperti yang dibuat oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
c.

UMNO tidak menuntut kemerdekaan.

UMNO dan Raja Raja Melayu menuntut diadakan rundingan kerana tidak bersetuju
dengan pelaksanaan Malayan Union, tetapi mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada
British. Faktor inilah menyebabkan british menerima pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu 1948.
British bimbang orang melayu akan terpengaruh dengan perjuangan parti politik radikal
seperti PKMM, API, dan BATAS yang mendapat pengaruh gerakan politik radikal dari
Indonesia.
Langkah-langkah pembentukan
Jawatankuasa Eksekutif yang dibentuk oleh british terdiri daripada 12 orang ahli yang
mewakili pegawai kanan british, pemimpin UMNO, dan wakil Raja raja Melayu. Mesyuarat
jawatankuasa itu telah diadakan di Kings House, Kuala Lumpur.
Terdapat lima tuntutan yang dikemukakan oleh orang melayu iaitu UMNO dan Raja-raja
Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union, mereka menuntut sebuah
persekutuan berkonsepkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka
dalam Malayan Union, dasar perlindungan terhadap negeri melayu dan orang melayu
hendaklah dikekalkan dan menuntut supaya kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua
negeri melayu diakui serta dipulihkan semula.
Penutup
Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada 21 januari 1948 antara
raja-raja melayu dengan british di Kings House, Kuala Lumpur dan diisytiharkan pada 1
februari 1948. Pengenalan rakyat raja melayu iaitu orang melayu yang lahir di sesebuah
negeri melayu diakui sebagai rakyat negeri tersebut secara automatik telah membuktikan
penerusan dasar perlindungan british terhadap kedudukan istimewa orang melayu, status
quo negeri-negeri melayu dilindungi, kedudukan agama islam dan adat istiadat melayu.
Institusi raja melayu dikekalkan dengan bidang kuasa raja yang jelas dalam pentadbiran.
Setiap negeri mengadakan perlembagaan bertulis dengan british yang dikenali sebagai
undang-undang tubuh negeri.
Soalan 86: Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap
penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.

Pendahuluan

Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran
tindakan Vyner Brooke dan SBBU. British bertanggung jawab membangunkan semula
Sabah dan Sarawak yang hampir Musnah semasa pendudukan Jepun.
Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti
penyerahan berlaku dengan hebat.
Isi-isi Penting:
A.

Sabah

1.

tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan
sebenar Sabah diserahkan. kesedaran politik masih belum jelas tiada parti politik yang
boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut. Penduduk Sabah tidak
berpengalaman dalam pentadbiran

2.

kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia telah mempengaruhi


pertumbuhan pertubuhan bercorak tempatan.

3.

pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti guru dan
pegawai kerajaan antara pertubuhan awal yang muncul Persatuan Pemuda Labuan,
Persatuan Pemuda Jesselton pro Indonesia dan bertujuan meningkatkan taraf
sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah.

B.

Sarawak

1.

wujud penentangan kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan


pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak. penyerahan kepada British akan
melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak terpaksa berjuang untuk
mendapatkan kemerdekaan daripada British. Charles Vyner Brooke tidak berunding terlebih
dahulu dengan ketua kaum bumiputera Sebelum membuat keputusan menyerahkan
Sarawak kepada British.

2.

Persatuan Melayu Sarawak (PPM) pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah
menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah. PPM Sibu diharamkan oleh British,
empat ahli dihukum mati dan yang bersubahat dihukum penjara. kegiatan Rukun 13 lumpuh

3.

PMS menyusun semula gerakan anti-penyerahan dan menengaskan perjuangan akan


dilakukan dengan cara yang sah. 5 April 1950 PMS menghantar surat bantahan kepada
gabenor Sarawak menjelaskan mereka akan mengadakan tunjuk perasaan raksasa tetapi
tidak dibenarkan. 30 Ogos 1950 setiausaha PMS dan Yang Di Pertua Barisan Pemuda
Sarawak ke Singapura untuk bertemu Anthony Brooke bagi menentang gerakan penyerahan
tetapi gagal. British menasihatkan PMS supaya menghentikan penentangan memberi
jaminan Kerajaan British akan membimbing dan membantu rakyat Sarawak memperolehi
Pemerintahan sendiri PMS menamatkan gerakan anti penyerahan pada 1951
Kesimpulan

penentangan memberi peringatan kepada Inggeris bahawa mereka tidak mudah


mengganggu kehidupan sosial masyarakat setempat walau pun penentangan tidak berjaya.
Soalan 87: Galurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak
Pendahuluan :

Selepas perang dunia kedua, SBUB tidak mampu mentadbir Sabah kerana keadaan
ekonomi Sabah merosot akibat peperangan. SBUB kemudiannya menyerahkan pentadbiran
Sabah kepada kerajaan British. 15 Julai 1946, Sabah menjadi tanah jajahan British. Charles
Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British dan Sarawak diisytiharkan sebagai
tanah jajahan mahkota British pada 1 julai 1946.
Kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk melatih penduduk tempatan ke
arah berkerajaan sendiri.
Isi-isi penting :
Perkembangan perlembagaan di Sabah
1. Tahun 1950 (perlembagaan baharu)

17 oktober 1950, British mengisytiharkan perlembagaan baharu bagi Sabah yang


merupakan langkah awal ke arah berkerajaan sendiri. Dalam perlembagaan ini, Gabenor
dibantu oleh Majlis Eksekutif yang terdiri daripada 9 orang ahli yang dilantiknya sendiri yang
bertugas sebagai penasihat kepada Gabenor.

Melalui Majlis Undangan, bumiputera Sabah berpeluang mendapat latihan dan pengalaman
dalam urusan pentadbiran negeri. Tokoh-tokoh yang pernah dilantik sebagai ahli Majlis
Undangan ialah Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun.
2. Tahun 1952 (Majlis tempatan)
Majlis tempatan yg pertama ditubuhkan di Kota Belud. Berfungsi sebagai jabatan kerajaan
peringkat daerah atau bandar dan menjadi asas kepada pemilihan perwakilan untuk
pentadbiran secara demokrasi.
Bertanggungjawab dalam bidang hal ehwal kewangan, pendidikan, bekalan air dan elektrik,
pertanian, kesihatan dan ternakan.
3. Tahun 1960 (pindahan perlembagaan)
Kerajaan British meminda semula Perlembagaan 1950 dengan menambah jumlah bilangan
pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan. Semua ahli
yang dilantik bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi mereka dilantik oleh
Gabenor British yang memegang kuasa sebenar.
Parti UNKO, UNSO, Pasok Momogun dan SCA digabungkan menjadi Parti Perikatan Sabah
yang diketuai oleh Donald Stephens dan Datu Mustapha.
Perkembangan perlembagaan di Sarawak
1. Tahun 1946

British menggunakan Perlembagaan 1941 yang telah dilaksanakan oleh pemerintahan


Brooke seagai asas pentadbirannya di Sarawak. Di bawah Perlembagaan 1941 terdapat
Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi.

Fungsi Majlis Negeri sama dengan Majlis Perundangan yang berkuasa meluluskan
perbelanjaan negeri Sarawak manakala fungsi Majlis Tertinggi sama dengan Majlis Eksekutif
iaitu berunding dengan Gabenor berkaitan dengan pentadbiran.
2. Tahun 1947

Majlis Tempatan yg ditubuhkan pada akhir tahun 1947 merupakan satu usaha memberi
pengalaman pentadbiran dan kepimpinan kepada masyarakat tempatan.

Majlis Tempatan berfungsi mengurus pendidikan rendah, mengawal perbelanjaan di


kawasannya dan mengutip cukai kepala dan cukai-cukai lain.
3. Tahun 1956

Pilihan raya majlis daerah yang pertama diadakan untuk Majlis Bandaran Kuching. Pada
hujung tahun 1959, semua Majlis Daerah di Sarawak mengadakan pilihan raya. Pilihan raya
tersebut memberi peluang kepada rakyat memilih wakil bagi memperjuangkan kepentingan
mereka secara tidak langsung.
Hasil daripada pengenalan Perlembagaan 1956, beberapa parti plitik ditubuhkan seperti
SUPP, PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA.
Penutup :
Parti Perikatan Sabah telah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya yang diadakan
pada tahun 1962.
Pada November 1962, Perikatan Sarawak telah dibentuk. Pembentukan ini adalah bagi
menghadapi pilihan raya pada tahun 1963 dan telah memenangi 138 kerusi dalam pilihan
raya tersebut.
Soalan 88: Huraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Pati Komunis Malaya
Pendahuluan
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930. Sebelum Perang Dunia Kedua,
PKM bukanlah tenaga utama dalam arena politik tempatan, malah ia hanya melibatkan diri
dalam gerakan bawah tanah secara haram. PKM telah beralih kepada dasar agresif apabila
dasar berpelembagaan gagal mencapai cita-cita mereka untuk menubuhkan sebuah
Republik Komunis Malaya.
Dasar baharu yang digunakan oleh PKM ialah percubaan mempengaruhi golongan massa
menentang pemerintahan British.
Isi-isi penting
1. Undang- undang Darurat

Undang- undang Darurat dikuatkuasakan pada tahun 1948 dan beberapa langkah telah
dilaksanakan. Satu sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan. Setiap warganegara
yang berumur 12 tahun ke atas wajib mendaftarkan diri dan mempunyai kad pengenalan.
Mereka mesti membawa kad pengenalan ke mana sahaja. Kerajaan boleh menangkap
sesiapa sahaja yang disyaki sebagai anggota komunis, anggota Min Yuen, atau tali barut
komunis tanpa perbicaraan.

Sekatan jalan raya diadakan untuk menghalang pergerakan bebas komunis dan
mengelakkan bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan senjata sampai ke tangan pihak
komunis. Perintah berkurung dijalankan. Mereka yang didapati berbahaya akan dibuang
negeri atau dihantar balik ke China. Kerajaan juga mengharamkan parti-parti radikal seperti
API, AWAS, PUTERA, dan Malayan Democratic Union.
2. Pengharaman Perti Komunis Malaya dan parti berhaluan kiri

Pada 23 Julai 1948, Parti Komunis Malaya diharamkan.


Parti-parti radikal lain yang memperjuangkan kemerdekaan seperti API, AWAS, PETA,
PERAM, dan Hizbul Muslimin turut diharamkan.
3. Rancangan Briggs
Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs dilantik sebagai pengarah gerakan pada bulan Mac
1950. Briggs telah mengenal pasti bahawa matlamat utama kerajaan adalah untuk
melumpuhkan pergerakan Min Yuen dan seterusnya tentera MRLA yang berada di hutan.
Briggs telah melancarkan satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs yang
mengesyorkan penempatan semula setinggan di kampung baharu yang merupakan
sokongan kepada mereka. Selain itu, Briggs mengadakan kawalan ketat ke atas bekalan
makanan dan ubat-ubatan untuk mengelakkan berlaku penyelewengan.. Kad catuan
makanan membolehkan orang ramai membeli barangan makanan mengikut catuan yang
ditetapkan.
Min Yuen tidak dapat menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan maklumat
kepada pengganas komunis. Tanpa Min Yuen, gerila-gerila komunis terpaksa keluar dari
hutan dan bertempur dengan pasukan keselamatan British.
4. Pasukan keselamatan
Kerajaan bertindak memperbesarkan pasukan tentera dan polis. Pasukan Home Guard
diperingkat kampung dibentuk untuk membantu pasukan polis dan tentera menjaga
keamanan dan keselamatan. Kerajaan seterusnya melatih seramai 24000 orang Mata-mata
Khas Melayu. Mereka ini dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.
Kerajaan British juga bertindak membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel untuk
memperkukuh pasukan keselamatan negara demi membanteras ancaman komunis di Tanah
Melayu. Pasukan ini berjaya mengebom dan melakukan serangan hendap di kawasan yang
menjadi sarang komunis terutamanya di hutan dangan bantuan Tentera Udara British.
5. Perang Saraf (Perang Psikologi)

Perang saraf bertujuan menawan hati dan fikiran rakyat bersama kerajaan dalam
perjuangan menentang komunis.

Antara usaha yang dijalankan adalah Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang
Komunis, Penubuhan Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum 1949, Menawarkan hadiah
kepada sesiapa yang dapat menangkap atau membunuh pengganas komunis,
Mengisytiharkan kawasan putih dan kawasan hitam, Perjanjian dangan negara jiran, dan
Pelaksanaan Sistem Ahli.
6. Pengampunan beramai-ramai
Sebagai langkah menggalakkan gerila komunis menyerah diri, kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam pelbagai
bahasa kepada rakyat. Radio Malaya menyiarkan syarat pengampunan ini pada setiap hari.
Gerila komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Pasukan keselamatan sedia
membantu komunis yang ingin menyerah. Mereka yang menunjukkan kesetiaan kepada
Persekutuan Tanah Melayu dan rela melepaskan aktiviti komunis mereka dibenarkan
bersama dengan keluarga mereka. Gerila komunis yang ingin balik ke China, permintaan
mereka dipertimbangkan.
7. Pertemuan Baling
Pada 28 dan 29 Disember 1955, Pertemuan Baling antara wakil kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tun Tan Cheng Lock) Tandengan
wakil Parti Komunis Malaya (Chin Peng, Chien Tien, dan Rashid Maiden) Dalam pertemuan
tersebut, Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng supaya membubarkan PKM,
meletakkan senjata,dan menyerah diri.
Chin Peng setuju sekiranya PKM diakui oleh kerajaan sebagai satu parti yang sah dan
bebas di Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat yang
dikenakan oleh Chin Peng. Dengan ini, pertemuan Baling gagal mencapai matlamatnya.
Kesimpulan
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sangat berkesan dalam menangani ancaman
komunis. Pada permulaannya, kerajaan berusaha menghapuskan keganasan komunis
dengan keganasan tanpa melibatkan rakyat.
Kerajaan sedar tanpa sokongan rakyat, pengganas komunis sukar dihapuskan sehingga ke
peringkat akar umbi.
Soalan 89: Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan sosio-politik
terhadap Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan.
Pendahuluan
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan. Pentadbiran
Tentera Inggeris gagal memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman
Jepun. PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal,
lalu bergerak secara militant.

1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan
menubuhkan Republik Tanah Melayu. Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan
darurat untuk mematahkan pemberontakan komunis di Tanah Melayu.
Isi-isi Penting:
Kesan Politik
1.

Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis
di tangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan. Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi
supaya tidak mengadakan pakatan sulit dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan
permogokan.

2.

Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh dengan
idea PKM. Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka
dibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan pro-Inggeris dibenarkan bergerak seperti
UMNO, MCA, MIC dan Parti Negara.

3.

Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status
berkerajaan sendiri. Pilihanraya diadakan di George Town (Disember 1951 ) dan Kuala
Lumpur 1952.
B. Kesan Sosial

1.

Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak kerana


dikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang masih terdapat ancaman
komunis. Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada
orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah. Dasar Bumi Hangus
melumpuhkan ekonomi negara .

2.

Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang
menjadi sarang komunis. Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan
untuk memulihkan ekonomi negara.

3.

Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup terpaksa mematuhi banyak


peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad
pengenalan.

4.

Timbul masalah perkauman peperangan menentang komunis dianggap sebagai


peperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada
orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata kerajaan.
Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal
kerakyatan bertujuan menarik mereka pro-kerajaan. Syarat kewarganegaraan
dilonggarkan - kesannya 307,000 orang Cina diluluskan permohonan untuk menjadi
warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957 1.2 juta orang Cina mendapat
kerakyatan.

5.

Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat pengisytiharan darurat
termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.

6.

Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membenteras kegiatan komunis


contoh; antara 1948 -1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan
pergerakan komunis. Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru,
penempatan semula setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan
tersebut. Ini menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris
melahirkan rasa tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi.
Kesimpulan

1.

Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di Baling menemui
kegagalan. PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah republic komunis .

2.

Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha membenteras


pemberontakan komunis. Kegiatan komunis mulai merosot darurat diisytiharkan tamat di
seluruh negara pada 1960.
3.2.3 Kemerdekaan
3.2.3Kemerdekaan
Soalan 90: Analisiskan langkah-langkah ke arah mencapai Kemerdekaan di Tanah
Melayu.
Pendahuluan.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sebagai langkah ke arah
berkerajaan sendiri, kerajaan British memperkenalkan beberapa langkah. Sistem ahli
diperkenalkan pada tahun 1951. Rundingan kemerdekaan telah diadakan pada bulan
Januari 1956.
Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu
yang merdeka. Kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 di Stadium
Merdeka,
Kuala
Lumpur.
Isi-isi penting
1.

Sistem Ahli

Bertujuan memberi latihan kepada pemimpin tempatan dalam pentadbiran. Beberapa orang
Majlis Perundangan Persekutuan dipilih untuk mengetuai jabatan tertentu dan berfungsi
seperti menteri.
Ahli-ahli terdiri daripada pelbagai kaum dan bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi.
2.

Pilihan raya Majlis Tempatan 1951-1952

Pilihan raya ini diadakan pada peringkat tempatan sebagai langkah ke arah demokrasi
berparlimen. Pada 1 Disember 1951, pilihan raya tempatan pertama diadakan bagi 9 kerusi
dalam Majlis Bandaran Pulau Pinang.
Pada tahun 1952, pilihan raya Majlis Kuala Lumpur diadakan. Parti Perikatan UMNO-MCA
mencapai kemenagan yang cemerlang dengan memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi
yang dipertandingkan.
3.

Pilihan raya Majlis Perumdangan Persekutuan (MPP) 1955

Pada Julai 1955, pilihan raya diadakan bagi memilh 52 orang ahli Majlis Perudangan
Persekutuan. Dalam pilihan raya ini, MIC telah meyertai UMNO dan MCA dalam Parti
Perikatan.
Partti Perikatan berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
4.

Rombongan Merdeka

Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rambongan ke London pada Januari 1956 untuk
membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Rombongan ini berjaya apabila kerajaan British bersetujui mengsytiharkan kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
5.

Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid dibentuk untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu yang
baharu merdeka. Ahli-ahlinya terdiri daripada Lord Reid (Britain-Pengerusi), Sir Ivor
Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), Hakim Abdul Hamid (Pakistan), dan B.
Malik (India).
Suruhanjaya Reid mengumumkan satu Rang Perlembagaan pada Februari 1957. Parti
Perikatan membantah beberapa perkara seperti: Islam tidak diterima sebagai agama rasmi
Tanah Melayu, Bahasa Mandarin dan Tamil boleh digunakan dalam Majlis Perundangan
Persekutuan dalam 10 tahun selepas kemerdekaan, Seseorang dibenarkan mendapat
dwikerakyatan, iaitu rakyat Tanah Melayu dan negara Tanah Melayu dan negara lain pada
masa yang sama, Rang Perlembagaan ini dikaji semula oleh satu jawatankuasa Eksekutif
dan Beberapa pindaan dibuat dan diluluskan oleh MajlisPerundangan Persekutuan dan
berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.
6.

Pengisytiharan Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di
stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Kesimpulan
Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai melalui tolak ansur antara kaum.
Ini menunjukkan bahawa Parti perikatan diterima oleh rakyat.
Soalan 91: Galurkan perkembangan sejarah yang membawa kepada kemerdekaan
Tanah Melayu pada tahun 1957.
Pendahuluan
Gerakan nasionalisme yang telah berlangsung sejak era sebelum perang telah diteruskan
pada zaman Jepun dan selepas perang
Tuntutan, desakan dan tentangan orang Melayu dan diikuti dengan kompromi yang diberikan
oleh orang asing iaitu Cina dan India telah membolehkan British tidak mempunyai pilihan
selain daripada memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Isi-isi Penting:
1.

Pendudukan Jepun telah menjadi satu teladan kepada pejuang-pejuang bangsa untuk
berusaha memerdekakan Tanah Melayu. Di dorong juga oleh peristiwa-peristiwa di negaranegara jiran seperti Indonesia yang telah menyemarakkan semangat orang Melayu

2.

Sebaik Jepun menyerah kalah, British kembali ke Tanah Melayu dengan British Military
Administration (BMA) iaitu pemerintahan tentera bercorak sementara sebelum satu sistem
pentadbiran yang lain diwujudkan di Tanah Melayu. Berikutan perundangan-perundangan
yang dilakukan di London, Unit Perancangan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan
mengumumkan Malayan Union. Rancangan ini diumumkan oleh Setiausaha Tanah
Jajahan , George Hall pada 10 Oktober 1942 dan utusan khas bagi memperoleh pendapat
dan tandatangan raja-raja Melayu iaitu Sir Harold Mac-Micheal telah dihantar ke Tanah
Melayu.

3.

Orang Melayu menentang penubuhan MU, demonstrasi dianjurkan secara besarbesaran. Tentangan orang Melayu telah menyebabkan British mengemukakan idea
Persekutuan Tanah Melayu (PTM ) yang dilancarkan pada tahun 1948.

4.

Pada 1951, kerajaan British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan dan ahli-ahli ini diberi taraf menteri. Antaranya ialah Dato Onn Jaafar
yang memegang jawatan ahli hal ehwal dalam negeri, Dato E.E.C Thuraisingham ahli
pelajaran dan sebagainya. Sebagai memberi latihan kepada orang tempatan untuk
memerintah negara sendiri. Pada 1951 pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang
diadakan untuk memilih wakil. Diikuti pilihanraya Umum yang membabitkan parti Perikatan
yang terdiri daripada UMNO,MIC,MCA,Parti Negara dan Pas. Perikatan memenangi 51
daripada 52 kerusi.

5.

Pilihanraya 1955 membawa kepada rundingan ke arah kemerdekaan antara Parti


Perikatan dengan British. Suruhanjaya Reid dibentuk pada 1955 bagi mengesyorkan
pembentukan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.
Januari 1956, rombongan 8 orang wakil berangkat ke London dalam misi mendapatkan
kemerdekaan. British setuju memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan
pengumuman secara rasmi telah dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium
Merdeka.
Kesimpulan

Kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk
dicapai.
Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat
panjang.
Soalan 92: Bincangkan Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia pada 1963
Pendahuluan
Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia
pada tahun 1961 atas sebab kerjasama politik dan kepentingan ekonomi. Cadangan beliau

menjadi realiti apabila Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah dibentuk pada 16 September 1963
Persekutuan Malaysia dibentuk berdasarkan factor politik, ekonomi dan sosial.
Isi-Isi Penting
Kemerdekaan
Pembentukan Persekutuan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah,
Singapura, dan Brunei. Negeri-negeri ini masih dibawah penjajahan British. Saiz Singapura
dan jumlah penduduk Sarawak, Sabah, dan Brunei yang kecil menyulitkan usaha
mendapatkan kemerdekaan secara bersendirian dari British.

Keanggotaan mereka dalam


kemerdekaan yang lebih awal.

Persekutuan

Malaysia

akan

menjamin

pencapaian

Keselamatan/ancaman komunis/pengaruh berhaluan kiri.


Menjaga keselamatan dan kestabilan politik singapura dan Sarawak daripada ancaman
komunis. Penyertaan singapura, sabah, dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia dapat
dijadikan benteng pertahanan yang kukuh terhadap ancaman komunis tersebut.

Bagi British, Pembentukan Persekutuan Malaysia dilihat sebagai satu langkah bagi
kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara. British berharap Pembentukan Persekutuan
Malaysia dapat melemahkan perjuagan komunis di Sarawak dan di wilayah Borneo. Usaha
ini penting bagi british untuk melindungi kepentingan ekonominya di rantau Asia Tenggara
khasnya di singapura.
Dekolonisasi

Pembentukan Persekutuan Malaysia dianggap sebagai satu proses dekolonisasi British


terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. Memberi pembebasan kepada tanah
jajahan.
Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia sejajar dengan usul PPB tersebut. Pada ketika itu,
hampir semua Negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan.
Kemajuan sosioekonomi
Penubuhan Persekutuan Malaysia dapat menjamin kerjasama yang lebih erat dari segi
ekonomi. Membentuk satu kawasan pasaran ekonomi yang luas. Tanah melayu kaya
dengan bahan mentah seperti bijih timah dan getah. Sarawak dan Sabah kaya dengan
sumber balak dan tembakau. Brunei kaya dengan sumber minyak. Menyatukan sumber
tenaga manusia dan sumber asli dalam kalangan negeri dalam Persatuan.
Menghapuskan sekatan cukai dalam kalangan Negeri Persekutuan. Memudahkan usaha
menarik pemodal luar. Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, sabah, dan brunei.
Menbawa manfaat ekonomi kepada singapura kerana bekalan bahan mentah terjamin.
Meningkatkan perusahaan dan pangkalan British di singapura.
Kependudukan/ keseimbangan kaum

Mengimbangi penduduk Melayu dan Bumiputera dengan bukan bumiputera dalam


Persekutuan Malaysia. Tunku Abdul Rahman bimbang akan timbul masalah
ketidakseimbangan kaum sekiranya hanya singapura sahaja yang menyertai Persekutuan
Tanah Melayu dalam gabungan Malaysia. Bilangan kaum cina akan melebihi kaum Melayu
keran 80% daripada penduduk singapura merupakan orang cina.

Penyertaan Sabah, Sarawak, dab Brunei ke dalam Persekutuan Malaysia dapat mengatasi
masalah ketidakseimbangan kaum. Sabah, Sarawak, dan Brunei mempunyai bilangan
bumiputera yang ramai.
Penutup
Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 terdiri daripada Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, dan Singapura. Brunei menarik diri atas soal hasil minyak
dan kekananan menjadi ketua Negara Persekutuan.
Pembentukan Malaysia memperlihatkan usaha kea rah mempercepatkan kemerdekaan dan
kepentingan ekonomi negeri-negeri anggota.
Soalan 93: Bincangkan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia.
Pendahuluan
Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia
pada tahun 1961 atas sebab kerjasama politik dan kepentingan ekonomi. Cadangan beliau
menjadi realiti apabila Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Sarawak, dan Sabah dibentuk pada 16 September 1963
Persekutuan Malaysia dibentuk berdasarkan factor politik, ekonomi dan sosial.
Isi-isi Penting:
1.

Reaksi dalam Negara


Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan tanah melayu melihat pembentukan gagasan tanah melayu sebagai usaha
murni untuk membantu dan memimpin negeri2 anggota. Parti politik di tanah melayu
menyokong cadangan Tunku Abdul Rahman dan menerima prinsip gagasan persekutuan
malaysia.
Parti Islam se-tanah melayu (PAS) dan barisan sosialis mahu idea gagasan dirundingkan
terlebih dahulu dalam kalangan rakyat. UMNO menyokong penggambungan dengan sabah,
sarawak dan brunei tetapi tanpa singapura.
Singapura
Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dibawah Lee Kuan Yew memenangi pilihan raya umum pada
1959 ingin bergabung dengan Persekutuan tanah melayu. Perpecahan dalam PETIR
berlaku berikutan perbezaan fahaman politik antara ahli yang berpendidikan Inggeris
dengan ahli yang berpendidikan cina. Lee kuan Yew menghadapi tentangan hebat daripada

ahli berpendidikan cina yang berhaluan kiri. PETIR kalah dalam pilihan raya kecil Hong Lim
pada April 1961 dan pilihan raya kecil Anson pada bulan julai 1961.

Lee Kuan Yew berunding dengan Tunku Abdul Rahman dan menyeru supaya
penggabungan diantara kedua-dua negeri ini dijalankan dengan secepat mungkin.
Golongan Berhaluan kiri pimpinan Dvid Marshall, pemimpin sekretariat kongres kesatuan
sekerja singapura, barisan sosialis, dan parti buruh membantah cadangan Lee Kuan Yew.
Lee Kuan Yew terpaksa mengadakan satu pungutan suara.
Sabah

Pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia telah melahirkan beberapa buah parti politik
yang masing2 memperjuangkan hak dan kepentingan kaum tertentu. Masyarakat kadazan
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) yang berjuang
mengeratkan hubungan orang kadazandusun. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
(USNO) ditubuhkan di bawah pimpinan Dato Mustapha Datu Harun menyokong gagasan
malaysia kerana ekonomi dsn politik akan terjamin jika sabah menyertai persekutuan
malaysia.
Parti pasok Momogun pimpinan G.S. Sundang disokong oleh orang cina berasa bimbang
dengan kedudukan ekonomi mereka sekiranya Sabah meyertai perssekutuan tanah melayu.
Parti Bersaatu dan parti Demokratik membentuk persatuan cina sabah (SCA) dengan tujuan
menjaga kepentingan masyarakat cina di sabah.
Sarawak
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bimbang sarawak dan sabah akan dikuasai oleh
persekutuan tanah melayu. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pimpinan Stephen kalong
Ningkan menentang pembentukan Persekutuan Malaysia dan menamatkan penentangan
apabila menyertai Parti Perikatan Sarawak pada tahun 1962. Parti Negara Sarawak
(PANAS) menentang pembentukan Malaysia pada awalnya tetapi memberi sokongan
apabila sedar dan manfaat ekonomi sarawak yang diperoleh.
wakil sabah dan sarawak mengemukakan perkara 20 untuk di masukkan ke dalam
Perlembagaan Malaysia yang akan dibentuk oleh jawatankuasa antara kerajaan (JAK).
Brunei

Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Persekutuan Malaysia sebab ingin
mempercepatkan kemerdekaan, memerlukan perlindungan, dan brunei akan terselamat dari
ancaaman komunis. Pemimpin Parti Rakyat Brunei A.M. Azahari menentang hebat
pembentukan malaysia kerana ingin memulihkan zaman kegemilangan, menubuhkan
Persekutuan Bor neo, dan mendakwa brunei akan menjadi tanah jajahan di tsanah melayu.

A.M.Azahari mendapat sokongan kewangan dari Filipina dan indonesia yang juga
menentang pembentukan malaysia. Apabila Azahari gagal mendapat sokongan dari Sultan
Brunei, beliau melancarkan pemberontakan ingin menggulingkan Sultan Brunei pada 7
disember 1962 yang dikenali sebagai Pemberontakan Brunei tetapi dikalahkan oleh tentera
british. Sultan Omar Saifuddin menolak jemputan tanah melayu menyertai gagasan
Persekutuan Malaysia pada bulan julai 1963.

2.

Reaksi luar negara


British

British bersetuju dengan idea pembentukan gagasan persekutuan malaysia. British bimbang
ancaman komunis berpendapat bahawa pembentukan persekutuan Malaysia dapat
menyekat perkembangan pemgaruh komunis.
British berharap agar indonesia mengugurkan tuntutannya terhadap kepualauan borneo.
British berhasrat melindungi kepentingan ekonominya di malaysia dan masih meneruskan
bantuan ketenteraanya.
Filipina
Filipina dibawah pimpinan Presiden Macapagal menentang persekutuan Malaysia dan
mendakwa Sabah adalah milik Filipina. Menurut Presiden Macapagal, kesultanan sulu
memajak sabah kepada SBUB dan bukan menjualnya. Ini dibuktikan dengan pembayaran
tahunan secara tetap oleh SBUB kepada Sultan Sulu.
Hubungan Tanah Melayu dengan Filipina renggang apabila A.M.Azahari melawat macapagal
dan menghasut agar tidak menyokong gagasan persekutuan malaysia. Pada tahun 1946,
SBUB telah menyerahkan Sabah kepada British, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh
waris sultan sulu. Filipina mengiktiraf penubuhan malaysia pada jun 1966.
Indonesia
Menganggap pembentukan malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme yang akan
mengancam indonesia. Memberikan latihan tentera kepada anggota parti rakyat brunei yang
memberontak pada disember 1962. Menggunakan pemberontakan parti rakyat brunei
sebagai alasan brunei tidak menyokong pembentukan malaysia. Mengumumkan secara
rasmi sokongan kepada A.M.Azahari semasa pemberontakan brunei.
Hubungan tanah melayu dengan indonesia yang renggang. Sebab konfrontasi ialah
soekarno menuduh malaysia sebuah negara neokolis.
Penutup
Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 terdiri daripada Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, dan Singapura. Brunei menarik diri atas soal hasil minyak
dan kekananan menjadi ketua Negara Persekutuan.
Pembentukan Malaysia memperlihatkan usaha kea rah mempercepatkan kemerdekaan dan
kepentingan ekonomi negeri-negeri anggota.
Soalan 94: Bincangkan isi-isi perjanjian Malaysia pada tahun 1963
Pendahuluan
Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London pada bulan Jun 1963. Setelah
persetujuan dicapai, perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963
antara kerajaan Britain, Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak yang mengesahkan
peralihan kedaulatan Britain ke atas Sabah, Sarawak, dan Sarawak. Ratu Elizabeth 2 telah

memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British. Ini seterusnya
disusuli dgn kelulusan perjanjian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan
Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak, dan Majlis Undangan Sabah . Pada
26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong tlh memperkenankan Akta Malaysia.
Akta Malaysia tlh memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya diterima dan
dimasukkan ke dlm perlembagaan persekutuannya.
Isi-isi penting
Isi-isi Perjanjian Malaysia 1963
1.

Semua urusan yang berkaitan dgn hal ehwal luar terletak di bawah bidang kuasa dan
tanggungjawab kerajaan persekutuan.

2.

Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan, kecuali Sabah dan Sarawak tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dgn bebas.

3.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, tetapi bahasa Inggeris dan bahasabahasa lain masih boleh digunakan. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, bahasa rasmi bahasa
Inggeris dan bahasa itu masih boleh digunakan sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.

4.

Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imegresen dan perkhidmatan
awam di kedua-dua negeri itu.

5.

Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi, dan Singapura 15 kerusi dlm badan
perundangan di peringkat persekutuan, iaitu parlimen.

6.

Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama, iaitu kedudukan
istimewa dlm perlembagaan persekutuan seperti yang dinikmati oleh orang melayu di Tanah
Melayu.
Penutup

Hampir semua tuntutan Sabah dan Sarawak diberikan pertimbangan sewajarnya, diterima,
dan dimuatkan dlm perlembangan Malaysia 1963.

Dengan ini, pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia menjadi kenyataan pada 16


September 1963.
4.1 Sistem Pemerintahan
4.1 Sistem Pemerintahan
Soalan 95: Huraikan sistem pemerintahan persekutuan, Raja Berperlembagaan dan
demokrasi
berparlimen
di
Malaysia
Pengenalan
Konsep
Isi-isi Penting:
Persekutuan

pemerintahan

a)

Pemerintahan persekutuan dibahagikan kepada dua peringkat pemerintahan kerajaan


persekutuan dan kerajaan negeri. Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi dalam

b)

bidang perundangan tertentu


Ketua negara YDP Agong ( mengikut nasihat

Jemaah Menteri Persekutuan serta

Majlis Raja-Raja)
c)
Perdana Menteri ketua pentadbir Negara
d)
Terdapat Parlimen mengandungi 2 Dewan ( Dewan Rakyat dan Dewan Negara)
e)
Setiap negeri diketuai oleh Sultan / Gabenor dan dibantu oleh Menteri Besar/Ketua
Menteri
Raja Berpelembagaan
a)

YDP Agong sebagai ketua negara yang memerintah berdasarkan kuasa yang diberikan
kepada baginda oleh perlembagaan

b)

Menjadi lambang perpaduan

c)

Mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman

d)

Dipilih daripada 9 orang Raja Melayu secara bergilir-gilir dalam tempoh 5 tahun
Demokrasi Berparlimen

a)
b)

Perlembagaan menjadi asas pembentukan kerajaan


Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga badan (perundangan, eksekutif dan
kehakiman)

c)

Parlimen adalah lambang pemerintahan demokrasi

d)

Pilihanraya diadakan 5 tahun sekali

e)

Wujud parti-parti politik dengan ideologi tersendiri

f)

Setiap warganegara ada hak kebebasan asasi


Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 96: Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan
dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia
Pengenalan
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda merupakan Raja
Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan baginda
diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan Malaysia. YDPA merupakan lambang
kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara. Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh
rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan
sembilan orang sultan Melayu mengikut peraturan pemilikan yang terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia.

Jawatan YDPA dipegang secara bergilir-gilir dan bukan diwariskan mengikut keturunan.
Jawatan YDPA dipegang seiama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang
jawatan tersebut. YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat dengan kuasa
Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan negara berdasarkan
nasihat Perdana Menteri.
Isi-isi Penting:
a)

Pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia. Baginda


merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan negara. Majlis
Angkatan Tentera di bawah kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga
tatatertib, mentadbir dan menguruskan segala perkara yang berhubung dengan angkatan
tentera. Baginda juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman, pengampunan dan
menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera. YDPA
juga berkuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain di dalam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah
di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

b)

Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja
seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. YDPA merupakan
pelindung dan penaung agama Islam di kawasan-kawasan tersebut.

c)

Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk memperkenankan rang


undang-undang yang dilakukan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum
diisytiharkan menjadi undang-undang yang sah. Semua pelaksanaan undang- undang yang
diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan.
Baginda mestilah mengiktiraf undang-undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas
diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang
tersebut, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula.

d)

YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri, Hakim dan Jemaah
Menteri. Baginda juga berkuasa melantik dan mewujudkan jawatan Jemaah Menteri atas
nasihat Perdana Menteri. Baginda berkuasa melantik anggota Jemaah Menteri selepas
berunding dengan Majlis Raja-raja.

e)

YDPA juga bertanggungjawab untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah


Agung dan hakim-hakim mahkamah tinggi. YDPA turut bertanggungjawab untuk memelihara
kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

f)

YDPA juga berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen


atas nasihat Perdana Menteri. Tiada orang lain yang berhak melaksanakan
tanggungjawab tersebut. Baginda juga boleh menolak permintaan untuk membubarkan
Parlimen jika belurn cukup tempoh lima tahun. Baginda boleh memberikan ucapan dalam
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di samping itu, YDPA boleh meminta supaya diadakan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran
Raja-Raja Melayu.

g)

YDPA juga bertanggungjawab untuk mentauliahkan duta-duta yang dihantar ke luar


negara dan menerima tauliah duta dari negara asing. Baginda juga perlu menyambut tetamu

luar negara yang setaraf dengan baginda seperti Ratu England atau Maharaja Jepun.
Baginda juga berperanan menganugerahkan pingat kehormat kepada orang yang telah
berjaya atau banyak berjasa kepada negara. YDPA juga bertanggungjawab untuk menjaga
keselamatan rakyat secara menyeluruh.
Kesimpulan
Kesimpulannya, YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan tanggungjawab tidak
terhad di dalam dan luar negara. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda
bertindak atas nasihat Perdana Menteri seperti melucutkan jawatan atau melantik hakim,
Jemaah Menteri, Ketua Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya.
4.2 Pembinaan Negara Bangsa
4.2
Pembinaan
4.2.1
: Pembangunan Sosial

Negara

Bansa

Soalan 97: Huraikan dasar-dasar pembangunan sosial yang telah dilaksanakan di


Malaysia
Pengenalan

Konsep pembangunan sosial di Malaysia


Isi-isi Penting
Dasar Bahasa Kebangsaan

Perkara 152, perlembagaan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, walau


bagaimanapun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak boleh dihalang.

Tujuan : untuk menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum


Dasar Pendidikan Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama

Pendidikan untuk semua. Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah.
Kurikulum terbahagi kepada 2, iaitu: KBSR dan KBSM. Penekanan juga diberikan kepada
kegiatan kokurikulum

Meningkatkan mutu pendidikan dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh,


seimbang dan bersepadu

Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun


Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik
Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti

Meningkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin


Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Berasaskan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Bersasaskan 3 prinsip iaitu;


Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan; Memupuk dan
memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan
dan Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Bentuk kebudayaan kebangsaan : berteraskan kebudayaan rakyat asal serantau, unsusrunsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima dan Islam dijadikan unsur
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Rukun Negara
Digubal oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) dalan mesyuarat pertama MPN pada 27
Januari 1970. Tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei
1969
Objektif iaitu, Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat, Memelihara cara
hidup yang demokratik dan Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran
dinikmati bersama secara adil dan saksama
Penutup
Apa-apa yang berkaitan
4.2.2 Pembangunan Ekonomi
Soalan 98: Huraikan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan di Malaysia
Pengenalan
Konsep pembangunan ekonomi di Malaysia
Isi-isi Penting:
Dasar Pembangunan Luar Bandar
Berhasrat untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti
di samping mewujudkan kawasan luar bandar yang maju dan menarik. Objektifnya ialah
Memastikan supaya setiap penduduk luar bandar mempunyai minda dan sikap yang positif
serta berdikari, Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam persekitaran
harmoni, indah, selamat dan terpelihara alam sekitarnya dan menjadi tarikan kepada
masyarakat bandar serta pelancong asing

Pada 10 April 1984, Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri telah
memperkenalkan Halacara Baru Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar. Tujuannya
adalah untuk meningkatkan taraf hidup melalui pembasmian kemiskinan, menekankan
penggunaan teknik teknik moden dan pelbagai kemudahan untuk menambah pengeluaran
petani-petani, menggalakkan penggeluaran berskala besar dengan bimbingan dan latihan
organisasi tertentu dan melibatkan perkidmatan sosial untuk membaiki taraf hidup seperti

projek perumahan awam, kemudahan pengangkutan, kesihatan, pelajaran dan kemudahan


rekreasi.
Program program yang telah dilaksanakan
(a)

Pembangunan Industri Kecil

(b)

Penubuhan RIDA untuk merancang dan menyediakan rancangan pembangunan ekonomi


luar bandar

(c)

Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan ditugaskan membuka tanah untuk penempatan


baru dan menambah hasil pertanian

(d)

Kemententerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan untuk menyelaras


projek pembangunan luar bandar

(e)

Kerajaan menyediakan bantuan kredit luar bandar

(f)

Penubuhan FELCRA , MARDI dan RISDA

(g)

Rancangan pembangunan Wilayah KETENGAH, KESEDAR

(h)

Bahagian Industri Kampung untuk menggiatkan lagi program perindustrian di kampong

(i)

Program-program pembangunan di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan


Keluarga Negara
Dasar Ekonomi Baru (DEB)

DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak. Latar belakang ekonomi sebelum merdeka
disebabkan oleh pembangunan yang tidak seimbang ekonomi dualism, jurang ekonomi
antara kaum dan corak kegiatan ekonomi mengikut kaum- mengakibatkan jurang antara
kaum
Dilaksanakan untuk tempoh dua dekad ( 1970-1990) Objektif : memperbaiki kedudukan
sosioekonomi yang tidak seimbang antara kaum, mengurangkan dan menghapuskan
kemiskinan tanpa mengira kaum dan mempercepat proses penyusunan semula masyarakat
Dasar Pembagungan Negara
Dimulakan pada 3 Februari 1986 meliputi tempoh 10 tahun ( 1986-1995)
Matlamat penting ialah, menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan
perindustrian Negara, menggalakkan penggunaaan sepenuhnya sumber asli Negara dan
meningkatkan penyelidikan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas
Dasar Perindustrian Negara
Terdapat 12 sektor dikenal pasti untuk diberi tumpuan iaitu sektor yang berasaskan sumber
tempatan getah, kelapa sawit, kayu kayan, masakan, kimia, logam bukan ferus dan galian
bukan ferus dan sektor industri yang bukan berasaskan sumber seperti elektrik,dan
elektronik, peralatan pengangkutan, mesin, kejuruteraan, logam-logam ferus, tekstil dan
pakaian

Strategi yang telah dilaksanakan ialah Menyusun semula struktur galakan perindustrian
yang sedia ada, Mempelbagai eksport dan menggalakkan sektor gentian import,
Menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia, Mempelbagaikan pasaran eksport
termasuk mencari pasaran baharu di negara-negara yang sedang membangun,
Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan yang kurang maju, Menggalakkan
penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan swasta, Menggalakkan industri berat
dan Menggalakkan pertumbuhan perushaan kecil
Dasar Pertanian Negara
Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam ( Pengerusi Jawatankuasa
Kabinet Dasar Pertanian Negara)
Objektif: garis panduan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan daripada
sumber pertanian, menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasaskan satu
komoditi,memaksimakan pendapatan pengusaha, bertujuan untuk memaju dan
meningkatkan hasil serta mutu komoditi
Strategi:
(a)

Pembukaan tanah baharu, pembangunan institusi, perkhidmatan sokongan pertanian dan


pembangunan sosial.

(b)

Membangunkan kawasan-kawasan melalui MADA, KADA dan perbadanan-perbadanan


pembangunan wilayah

(c)
(d)

Meningkatan penyelidikan melalui institusi seperti PORIM, MARDI, RRI


Meningkatkan mutu persembahan dan pembungkusan , pengenalan kepada sistem gred,
penstabilan harga dan pengukuhhan kemudahan infrastuktur dengan bantuan FAMA dan
LPP
Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 99: Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam konteks
perjuangan dan pembangunan Negara Malaysia.
Pengenalan
Putera kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah ke-24. Dilahirkan pada 8 Februari 1903.
Anak Melayu pertama berkelulusan University Of Cambridge, England. Merupakan Perdana
Menteri Malaysia yang Pertama.
Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a)

penentangan terhadap Malayan Union

b)

menerajui kepimpinan UMNO

c)

memperjuangkan kemerdekaan

d)

mengemukakan idea pembentukan Malaysia

e)

mengasaakan PERKIM ( Pertubuhan Kebajikan Islam)

f)

Membantu dalam penubuhan OIC pada tahun 1969


Sumbangan Ekonomi

a)

Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan beliau melancarkan Rancangan Malaya Pertama

b)

Menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959
Sumbangan Sosial

a)

melancarkan projek pembangunan seperti pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara,


Muzium Negara, Bangunan Parlimen dan lain-lain

b)

menganjurkan pembentukan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji pembentukan


dasar pendidikan kebangsaan

c)

mencadangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 100: Huraikan Sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato Hussein
Pengenalan
Beliau Dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pekan, Pahang. Anak sulung kepada Orang Kaya
Indera Shahbandar Datuk Hussein. Lulusan daripada Lincolns Inn di London. Menjadi
Perdana Menteri yang Kedua pada 22 September 1970
Diberi gelaran Bapa Pembangunan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik
a)

salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956

b)

memperluaskan gabungan perikatan (UMNO-MIC-MCA) kepada parti-parti lain seperti


Gerakan, dan PPP

c)

banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti alat kelengkapan,


melancarkan RELA dan Skim Rukun Tetangga

d)

mengubah dasar luar dari pro-Barat dan anti-komunis kepada Dasar Berkecuali

e)
f)
g)

menjadi Pengarah MAGERAN untuk menyelesaikan masalah perkauman selepas


rusuhan 1969
melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970
mewakili Malaysia menjalin hubungan dan rundingan Malaysia-Indonesia selepas
peristiwa konfrantasi
Sumbangan Ekonomi

a)

di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan
Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan program di peringkat bandar,
daerah dan kampung, mengawasi FELDA, FELCRA

b)

melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya sebagai Perdana
Menteri

c)

memulakan pelan pembangunan yang komprehensif yang dikenali sebagai Rancangan


Malaysia Lima Tahun

d)

menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar seperti Lembaga


Beras dan Padi Negara, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
( RISDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya

e)

memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan Buku Hijau


Sumbangan Sosial

a)

sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak

b)

mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk mewujudkan


perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

c)

meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan dengan menubuhkan
Maktab Rendah Sains Mara pada tahun 1972
Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 101: Huraikan sumbangan Tun Hussein bin Onn
Pengenalan
Beliau Dilahirkan peda 12 Februari 1922 di Johar Bharu. Anak kepada Dato Onn Jaafar,
lulusan undang-undang dari Lincolns Inn, London. Menjadi Perdana Menteri yang Ketiga
pada 15 Januari 1976.
Dikenali sebagai Bapa Perpaduan
Isi-isi Penting:
Sumbangan Politik

a)

menyelesaikan kemelut politik di Kelantan pada tahun 1977

b)

menghapuskan amalan rasuah dalam kalangan kaki tangan kerajaan dan kepimpinan
UMNO

c)

membentuk KUB ( Koperasi Usaha Bersatu ) untuk menggalakkan penyertaaan kaum


Melayu dalam bidang perniagaan

d)

mengukuh dan memperbesar angkatan bersenjata akibat krisis kejatuhan Vietnam ke


tangan komunis

e)

berusaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO


Sumbangan Ekonomi

a)

Melancarkan Rancangan Malaysia Ketiga pada tahun 1976

b)

Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah yang


dilaksanakan oleh agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR

c)

Menggalakkan kaum Melayu dan golongan bumiputera lain dalam pemilikan modal dan
saham dengan mengumumkan pindaan hak milik Skim Amanah Nasional dikendalikan oleh
Yayasan Pelaburan Bumiputera
Sumbangan Sosial

a)

semasa menjadi Menteri Pelajaran, pada tahun 1970 menjadikan Bahasa Melayu
sebagai syarat wajib lulus dalam peperiksaan awam.

b)

memperkenalkan sistem kuota dalam kursus iktisas di universiti tempatan

c)

memulakan langkah dalam penubuhan Universiti Pertanian Malaysia

d)

Melancarkan Lembaga Perpaduan Negara

e)

merasmikan PEMADAM untuk menghadapi ancaman dadah


Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 102: Huraikan sumbanga Tun Dr Mahathir bin Mohammad dalam konteks
pemodenan Negara malaysia
Pengenalan
Beliau Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah. Anak bongsu daripada sembilan adik
beradik. Beliau merupakan Lulusan Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya,
Singapura.
Pada tahun 1976 menjadi Timbalan Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri keempat
pada tahun 1981. Dikenali sebagai Bapa Pemodenan
Isi-isi Penting:

Sumbangan Politik
a)

orang pertama mendaftar sebagai ahli apabila UMNO ditubuhkan

b)

memperkenalkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan

c)

memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur untuk meningkatkan produktiviti

d)

memperkenalkan idea wawasan 2020


Sumbangan Ekonomi

a)

menolak konsep pasaran bebas laissz faire dan menganjurkan ekonomi terkawal agar
tidak dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu

b)

melancarkan program Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan pada tahun 1983

c)

memperkenalkan dasar Sogoshosha

d)

melancarkan Dasar Perindustrian Negara

e)

berjaya mengawal masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997


Sumbangan Sosial

a)
b)

memperkenalkan Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( TQM)


memperkenalkan Dasar Komunikasi Negara pada tahun 1994, mengasaskan Pusat Kajian
Angkasa Lepas dan menubuhkan Planetarium Negara

c)

melancarkan satelit milik Malaysia MEASAT 1 pada tahun 1995

d)

melancarkan Koridor Raya Mutimedia (MSC)

e)

pembinaan KLIA dan Menara Kembar Petronas dan membangunkan Putrajaya


Penutup

Apa-apa yang berkaitan


4.3 Wawasan 2020
4.3 Wawasan 2020
Soalan 103: Huraikan cabaran dan strategi utama Negara Malaysia dalam usaha
merealisasikan wawasan 2020
Pengenalan
Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri
keempat, iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk
menjadikan negara ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan
negara-negara maju yang lain.

Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan
bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan
nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta
semangat yakin diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh
negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.
Isi-isi Penting:
a.

Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Malaysia
menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup
dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas kekuatan
penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama
Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga
dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran
Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai
usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakat yang beridentitikan Malaysia.

b.

Cabaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan.
Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan,
sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan
dihormati oleh rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan
pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan
menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha
untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan negara di
persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah.

c.

Seterusnya, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia


perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang
menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain.
Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina.
Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional
akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak. Perasaan tidak puas hati dan teguran
disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.

d.

Selain itu, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika bagi
merealisasikan Wawasan 2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait
rapat dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu,
kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai
ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu
diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan
berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama,
pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan
keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat
yang bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk
melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

e.

Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan
bertolenrasi. Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak
secara melulu. Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran

terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain. Masyarakat yang bertolenrasi
dapat digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan
adat resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan
kepada negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta
Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang,
liberal dan bertolenrasi.
f.

Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik.


Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan
persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh
terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains
dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat yang maju dan
saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif. Malaysia
seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut
sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.

g.

Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal ini merujuk
kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan
individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling
sistem kekeluargaan yang kukuh.Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling
memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat
berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri
sendiri.Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih
sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam
masyarakat juga ditekankan dalam agama.Kasih sayang dalam masyarakat bermula
daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat
ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu
ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang.

h.

Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang
ekonomi. Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan
mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang
dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang
diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan
ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

i.

Cabaran yang terakhir ialah memupuk dan membina masyarakat yang makmur.
Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai
taraf hidup yang tinggi. Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat
yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada
pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing,
dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk
menjadi masyarakat yang makmur.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar


kerajaan adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020.
Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara dapat dicapai
dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara.
4.4 Perhubungan Luar
4.4
Perhubungan
Luar
Soalan 104: Huraikan faktor-faktor yang menentukan dasar luar negara
Malaysia dari tahun 1957-1970?
Pengenalan

Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam
menjalin hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita
mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj.
Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi
faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga
faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu.
Isi-isi penting
Faktor keselamatan dan pertahanan negara
Dasar luar negara yang bercorak pro-Barat disebabkan oleh faktor keselamatan negara.
Persekutuan Tanah Melayu memerlukan bantuan, kerjasama, dan hubungan yang erat
dengan Britain. Persekutuan Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada
Britain melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957
Melalui perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah
Melayu jika diceroboh atau diancam oleh mana-mana kuasa lain. Perjanjian itu
ditandatangani kerana kedudukan pertahanan negara ketika itu tidak kuat dan tidak mampu
menghadapi ancaman dari luar
Faktor ideologi
Faktor ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar negara. Malaysia mewarisi
sistem pemerintahan demokrasi dari Britain. Sistem ini bertentangan dengan ideologi
komunis. Negara berideologi komunis dianggap sebagai ancaman kepada Tanah Melayu
pada masa itu
Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China yang berideologi komunis
apabila negara itu menyerang Taiwan. Apabila negara diancam oleh Parti Komunis Malaya,
ini mendorong negara mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis
Faktor ekonomi

Dasar luar juga mengambil kira faktor ekonomi. Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran
bebas. Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan
ekonomi. Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan
British
Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan
utama. Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada
Britain dan Amerika Syarikat. Hubungan yang baik dengan negara Britain dan Amerika
Syarikat menjamin kepentingan ekonomi negara
Faktor politik
Faktor politik diambil kira dalam penggubalan dasar luar negara. Malaysia mengamalkan
demokrasi berparlimen dan menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip
keamanan sejagat. Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik di Kampuchea.
Contohnya Malaysia aktif membincangkan mengenai Kampuchea dengan menyertai
Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa Tentang Kampuchea di
Paris,
Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB di New York.
Malaysia menyokong semua resolusi yang dibuat oleh PBB untuk mengekalkan keamanan
dunia
Faktor sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan
China, Arab dan Siam. Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei,
Singapura dan Indonesia
Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik
dengan Britain, Australia dan New Zealand
Faktor geografi
Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara. Malaysia bersempadan dengan
hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina, Brunei dan
Indonesia
Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia. Kawasan ini sering
menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh dan kuasa masingmasing. Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan
terhadap keselamatan negara Malaysia
Faktor demografi
Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan
negara-negara Islam. Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana
negara itu menceroboh dan menindas penduduk Palestin
Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan
hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan
Kesimpulan

Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku
Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun
1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik
dengan semua negara
Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia
berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan
negara jiran
Soalan 105: Huraikan Asas-asas perhubungan luar Negara Malaysia
Pengenalan
Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam
menjalin hubungan dengan negara lain. Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita
mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj.
Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi
asas yang mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga
asas lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu.
Isi-isi Penting:
Asas-asas Dasar luar antarabangsa Malaysia
(a)

Saling menghormati kedaulatan semua negara

(b)

Menjalin hubungan secara diplomasi

(c)

Mengamalkan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik

(d)

Mengamalkan prinsip hidup bersama

(e) Memelihara kepentingan dan keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat
(f) Menghormati kebebasan asasi, Mahkamah Antarabangsa dan Piagam Perhubungan Bangsa
Bangsa Bersatu
Kesimpulan
Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku
Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh. Menjelang tahun
1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik
dengan semua negara
Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia
berkeinginan menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan
negara jiran
Soalan 106: Huraikan penglibatan Malaysia dalam Komanwel

Pengenalan
Ditubuhkan pada tahun 1931. Terdapat 54 anggota. Mengadakan mesyuarat ketua-ketua
Kerajaan ( CHOGM) dua tahun sekali
Syarat-syarat keanggotaannya mestilah Bekas tanah jajahan Britain, Bebas menyertai dan
menarik diri, Ratu England sebagai Ketua, Hak dan kebebasan sama rata dan Tidak terikat
dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh negara Britain
Isi-isi Penting:
Penglibatan Malaysia :
a.
b.

Membantah Dasar Apartheid ( 1982-1984)


Mesyuarat CHOGM menjadi tuan rumah 1987

c. Menyuarakan kebimbangan terhadap penyertaan Britain dalam EEC ( Komuniti Ekonomi


Eropah) 1972
d.

Menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan negara-negara maju yang mengubah


dasar pertukaran mata wang

e. Malaysia dijadikan model dalam pelaksanaan Tabung Penswastaan Baru Komanwel (CEPF)
f. Dilantik sebagai Pengerusi Program Kerjasama Komanwel bagi Pengurusan Teknologi pada
tahun 1996
g. Menjadi tuan rumah Sukan Komanwel (SUKOM)- 1998
Penutup
Apa-apa yang berkaitan
Soalan 107: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu
Pengenalan
Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di Amerika Syarikat. Terbuka kepada semua negara
merdeka. Terdapat 191 buah negara anggota
Isi-isi Penting:
Matlamat penubuhan:
a) Memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa
b)
Menyelesaikan perselisihan
c)

Menggalakkan hubungan baik dalam kalangan anggota

d)

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan, melindungi hak hak asasi
manusia tanpa mengira bangsa, jantina dan agama

e)

Menyatupadukan penduduk dunia


Penglibatan Malaysia

a) Mendapat bantuan PBB dalam pembentukan Malaysia


b)
Pernah memegang jawatan penting dalam PBB
c) Terlibat dalam perjuangan isu dunia Israel-Palestine, mengutuk tindakan Komunis China
menceroboh Tibet (1959), menyertai misi pengaman di Congo (1960), membantu Zimbabwe
mendapat kemerdekaan, menyertai UNTAC ke Namibia (1989), pasukan pengaman ke
Somalia (1993), pengaman ke Bosnia (1993), misi ke Timor-Timor (1999)
d)

Menjadi ahli agensi-agensi PBB seperti WHO,FAO, Bank Dunia.

e)

Menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio de Jeneiro
pada tahun 1992 dan isu alam sekitar pada tahun 1998. Menjadi jurucakap Dunia Ketiga
dalam Persidangan Kemuncak Dunia Solar di Namibia pada tahun 1996

f)

Mewujudkan Kumpulan Penghubung Pertubuhan OIC dan Kumpulan Mobilisasi Bantuan


Bosnia
Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 108: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan ASEAN
Pengenalan
Ditubuhkan pada tahun 1967 , kerjasama Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan
Thailand
1984- anggota bertambah dengan Vietnam, 1995 -Laos dan Myanmar, 1997 Kemboja.
Matlamat penubuhan :
a) Membangunkan ekonomi, memajukan sosial dan kebudayaan serantau.
b) Mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi
prinsip Piagam PBB
c)

Menggalakkan kerjasama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal , saintifik dan


pentadbiran

d) Saling membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan penyelidikan, teknikal dan
pentadbiran
e) Bekerjasama memajukan bidang pertanian dan perusahaan
f)

Memelihara hubungan yang erat dan bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan
serantau bagi kepentingan bersama
Penglibatan Malaysia:

a)
b)

Mencetuskan idea penubuhan ASEAN


Konsep ZOPFAN

c)

Perjanjian SEANWFZ

d)

Kerjasama ekonomi: Projek baja urea di Bintulu (Sarawak) dan di Acheh (Indonesia)

e)

AFTA di Singapura (1992)

f)

ASEAN +3
Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 109: Huraikan prinsip dan peranan Malaysia dalam NAM (Pergerakan NegaraNegara Berkecuali)
Pengenalan
Ditubuhkan pada tahun 1961. Gabungan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan
Amerika Latin
Dibentuk sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar ( Amerika
dan Russia)
Prinsip-prinsip:
a) Menghormati hak asasi manusia dan prinsip PBB
b) Menghormati kedaulatan dan keutuhan semua negara
c) Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa
d) Mengiktiraf persamaan semua bangsa dan persamaan semua negara
e)

Mengamalkan dasar berkecuali

f) Menyelesaikan pertelingkahan dunia secara rundingan


g)

Menggalakkan kepentingan bersama dan kerjasama


Penglibatan Malaysia :

a) Mesyuarat Penyediaan Sidang Kemuncak di Dares-Salam Tanzania (1970)


b)
Sidang Kemuncak Lusaka (1970)
c)

Sidang Kemuncak New Delhi (1983)

d)

Sidang Kemuncak Harare (1989)

e)

Sidang Kemuncak Belgrade (1989)

Penutup
Apa-apa yang berkaitan

Soalan 110: Huraikan matlamat dan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan OIC
Pengenalan
Ditubuhkan pada tahun 1971 (57 buah anggota- 3 buah negara pemerhati)
Matlamat :
a) Menjalin hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang
b)
Memperjuangkan kepentingan umat Islam
c) Memelihara perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam
d)

Memastikan tempat-tempat suci Islam tidak dicemari


Penglibatan Malaysia :

a)
b)

Mencetus idea penubuhan OIC


Menjadi tuan rumah Persidangan Islam (1964, 1969, 1974, 2002 dan 2003)

c)

Setiausaha Agung OIC

d)

Isu Israel-Palestine

e)

Isu Iran-Iraq

f)

Penubuhan

UIAM

Kesimpulan
Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku
Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh.

Penggal 3: Sejarah Asia Tenggara 940/3

1.1 Institusi Pemerintahan


1.1 Institusi Pemerintahan Beraja dan Pembesar
Soalan 111: Huraikan konsep dan peranan raja di Vietnam dan Thailand pada abad ke19
Pendahuluan
Raja Vietnam ditatabalkan oleh wakil Maharaja China. Jawatan ini diwarisi secara warisan
oleh keluarga tertentu seperti Nguyen, Tuc, dan Minh dan sistem beraja di Vietnam
dipengaruhi oleh konsep mandate dari syurga dan Confucianisme serta raja merupakan
ketua negara dan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan.
Raja Thailand merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja, iaitu wakil dewa dan
jelmaan tuhan di bumi untuk memimpin manusia. Kepercayaan ini wujud kesan daripada
pengaruh agama Hindu dan Buddha di Thailand.
Isi-isi Penting
Peranan Raja di Vietnam
1.

Pemerintahan dan Keagamaan

Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan urusan
keagamaan.
Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua pentadbir. Raja merupakan sumber
autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat
mandate dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah negara.
2.

Dari Segi Ekonomi

Raja berkuasa penuh dalam bidang ekonomi dari segi penguasaan terhadap sumber
ekonomi seperti tanah, buruh, hasil pertanian, kegiatan perdagangan, perkhidmatan, dan
aktiviti mengutip cukai.
3.

Kehakiman dan Ketenteraan

Raja sebagai ketua hakim dan penggubal undang-undang. Raja berada di atas undangundang dan tidak boleh didakwa atas kesalahannya. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi
dan sumber segala undang-undang. Maharaja berkuasa mutlak dalam segala hal.
Raja juga berperanan sebagai ketua tentera atau ketua panglima tentera.
Peranan Raja di Thailand
4.

Dari Segi Politik

Raja Thailand merupakan seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak dan menduduki
hierarki tertinggi dalam pemerintahan serta berkuasa melantik pembesar.

Mengikut konsep order kosmos, raja dan istana sebagai pusat kegiatan. Kuasanya tidak
terbatas meliputi keduniaan dan keagamaan sahaja.
5.

Dari Segi Sosial

Raja Thailand bertindak sebagai pelindung dan lambing perpaduan yang menjadi pelindung
kepada rakyat daripada sebarang penganiayaan.
Raja dikenali sebagai Tuhan Kehidupan sesuai dengan konsep dhramaraja dengan
pelbagai gelaran seperti Chaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin(Tuan Tanah)
sehingga raja dianggap berkuasa memutus hidup dan mati rakyat.
6.

Dari Segi Ekonomi

Raja berkuasa dalam bidang ekonomi dan menguasai sumber ekonomi seperti pungutan
cukai, hasil pertanian, dan kegiatan perdagangan. Contohnya, raja berkuasa ke atas balak
dan beras.
Raja melantik pembesar sebagai pegawai untuk menguruskan semua kegiatan ekonomi
bagi pihaknya.
Penutup
Raja mengetuai kerajaan dan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki politik. Raja
merupakan pemimpin yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dengan tuhan.
Raja di Vietnam dianggap sebagai Thein-Tu (anak tuhan) manakala raja di Thailand
dianggap sebagai devaraja, iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia. Raja di Vietnam dan
Thailand secara umumnya mempunyai peranan dalam semua aspek seperti politik,
ekonomi, dan sosial.
Soalan 112: Huraikan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam pada abad
ke-19.
Pendahuluan
Sistem pemerintahan yang diamalkan dan diguna pakai di sesebuah negara adalah
berasaskan sistem kerajaan.Kerajaan berperanan untuk menggubal dasar-dasar negara
serta membuat keputusan untuk rakyat yang diwakili.Kerajaan diketuai oleh seorang raja
dan dibantu oleh para pembesar.

Pembesar memainkan peranan yang penting untuk memastikan segala urusan


pentadbiran,ekonomi dan sosial sesebuah negara berjalan lancar bersesuaian dengan
arahan daripada raja.Pembesar mempunyai kuasa tertentu namun terbatas mengikut
keperluan dan kehendak raja.
Isi-isi penting:
Konsep Pembesar

Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat
jawatan tertentu dan melaksanakantugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan

kepadanya sebelum kemasukan pengaruh Barat.Negara Asia mengamalkan sistem


pemerintahan beraja dan disokong oleh sistem pembesar.
Kumpulan pembesar inilah yang melaksanakan tugas-tugas pemerintahan. Kedudukan
pembesar sangat penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja atau
maharaja dalam hierarki pemerintahan. Pengagihan tugas kepada pembesar tidak
menjejaskan kuasa mutlak raja atau maharaja kerana mereka hanya mempunyai kuasa
yang terhad dan melaksanakan tugas mengikut apa yang telah diarahkan raja.
Hierarki Pembesar
Pembesar Mandarin
Mereka mengetuai setiap peringkat pentadbiran terutama semasa pemerintahan Maharaja
Gia Long.Golongan Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem yang diamalkan di
China.Golongan Mandarin yang mendapat pendidikan Confucius yang baik adalah yang
paling layak untuk menjadi pegawai pentadbiran,mereka akan mengetuai Quan atau
kementerian.Golongan ini juga sangat berpengaruh kerana mereka melaksanakan tugastugas maharaja,mendapat sokongan,sanjungan dan dihormati rakyat,penegak keadilan
pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.
Majlis Tertinggi (Noi-cac)
Majils ini dibentuk dan dipengerusikan oleh maharaja.Baginda akan diantu oleh enam
kementerian iaitu Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman dan
Peperangan.Quan Hal Ehwal Awam mempunyai kedudukan yang paling tinggi berbanding
Quan ynag lain.
Mereka bertangungjawab dalam memberikan pandangan kepada maharaja dalam semua
hal yang bekaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.Majlis ini juga
merupakan forum unuk menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan di
peringkat kementerian.
Peringkat Daerah/Kampung

Pembesar peringkat daerah berperanan untuk mengutip cukai,menjalankan upacara


keagamaan dan adat istiadat,mengambil dan melatih tentera serta dalam bidang
kehakiman.Manakalan pembesar peringkat kampung(komun) bertindak sebagai ketua
hakim dan pentafsir undang-undang.Pembesar peringkat komun terdiri daripada Majlis
Orang Tua.
Peranan Pembesar

Peranan pembesar adalah berdasarkan kepada peringkat atau bahagian yang disusun
mengikut tugasan tertentu.Pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat berdasarkan
jabatan yang dipegangnya.Pembesar bertanggungjawab melaksanakan tugas yang
diamanahkan untuk memastikan jawatannya kekal.
Pembesar kanan(Quan)-bertanggungjawab menasihati dan membantu maharaja dalam
membuat keputusan.
Pembesar pusat bertanggungjawab di ibu kota.

Kerajaan dan istana mereka bertanggngjawab mengetuai sesebuah jabatan seperti jabatan
jabatan peperangan,kehakiman dan percukaian.
Penutup
Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar melaksanakan
tugasan yang diarahkan oleh raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar bukan sahaja
bertangunggjawab secara terus kepada raja tetapi juga pengikutnya.Peranan pembesar
sememangnya amat penting untuk memastikan sistem pentadbiran Vietnam berjalan lancar
dan teratur.
Soalan 113: Bandingkan sistem pembesar di Vietnam dan Thailand pada abad ke-19
Pendahuluan
Sistem pembesar di Vietnam dan Thailand diwujudkan untuk membantu raja/maharaja
dalam melaksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan
penting dalam sistem politik Thailand dan Vietnam. Menduduki lapisan kedua dalam struktur
sosial masyarakat.
Raja/maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongsn pembesar di peringkat pusat,
daerah dan kampung.Raja/maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan
dalam politik, ekonomi dan sosial dalam raja/maharaja. Mempuyai tugas tertentu.
Isi-isi Penting:
Persamaan
Vietnam mempunyai hierarki pembesar. Begitu juga di Thailand terdapat hierarki pembesar,
iaitu pembesar peringkat pusat dan peringkat daerah.
Pembesar di vietnam membantu maharaja dalam urusan di peringkat pusat, daerah dan
kampung dan melaksanakan tugas yang diberikan oleh maharaja. Manakala di Thailand,
pembesar menjalankan tugas yang diberikan oleh raja.
Pembesar di Vietnam dan Thailand menduduki lapisan kedua selepas raja dalam sistem
pemerintahan.
Perbezaan
Vietnam menggunakan gelaran maharaja. Manakala di Thailand, menggunakan gelaran raja.
Vietnam tidak mempunyai pembesar yang terdiri daripada golongan bangsawan. Manakala
di Thailand pula, pembesar terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan yang
dikenali sebagai khunnang. Jawatan khunnang adalah diwarisi.
Di Vietnam, kedudukan dan kuasa pembesar terletak pada golongan bangsawan (Quan)
yang merupakan golongan sarjana berpendidikan Confucius dan mempunyai kedudukan
istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi
Mandrin(Quan) dengan syarat mendapat pendidikan tinggi Confucius. Berbeza dengan
Thailand, pembesar ini tidak terbuka kepada golongan rakyat. Rakyat biasa tidak terlibat

dalam sistem pemerintahan walaupun mempunyai kelayakan. Hanya putera-putera raja


memegang jawatan seperti Menteri.
Golongan Mandrin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan Vietnam dan dipengaruhi oleh
sistem pentadbiran Tanah Besar China.
Kesimpulan
Kedatangan Barat menyebabkan perubahan dalam peranan pembesar di Vietnam dan
Thailand. Golongan Mandrin di Vietnam kehilangan kedudukan dan kuasa, diambil alih oleh
golongan berpendidikan Barat.
Thailand tidak dijajah tetapi pemodenan dalam sistem pentadbiran sedikit banyak telah
mengubah peranan pembesar tradisional.
1.3 Sistem Ekonomi
1.3 Sistem Ekonomi
Soalan 115: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam dan
Indonesia pada abad ke-19 M.

Pendahuluan

Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan
sistem ekonomi sara diri yang menjadikan pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem
ekonomi tradisional yang diamalkan di Vietnam dan Indonesia menunjukkan
kebergantungan yang kuat antara pemerintah dan yang diperintah.
Bersifat kecil-kecilan dan hanya untuk menampung keperluan sekeluarga sahaja.
Isi-isi penting
Ciri-ciri ekonomi
Vietnam
1.

Menjalankan pertanian sara diri

Sara diri, hanya untuk menampung keperluan bekalan makanan keluarga mereka sahaja.
Tanaman utama adalah sawah padi juga tanaman yang lain seperti ubi keledek, jagung,
kekacang, dan buah-buahan.
Hasil yang lebih ditukar kepada barang keperluan yang lain.
2.

Teknologi pertanian yang lama digunakan

Petani bergantung kepada sistem parit dan tali air untuk mengawal banjir dari Sungai Song
Koi dan lebihan air dari delta digunakan untuk mengairi kawasan kering. Sistem tali air

membolehkan petani untuk menanam padi dua kali setahun di kawasan Delta Sungai Song
Koi manakala keadaan berbeza di Delta Mekong akibat taburan hujan yang kurang
menyebabkan petani hanya menanam padi setahun sekali.
Teknik kawalan air dan penggunaan sistem roda yang dikendalikan oleh binatang yang
diambil dari China.
3.

Tanah dikuasai oleh Tuan Tanah yang kaya

Petani kekal miskin kerana Tuan Tanah MENGUASAI kegiatan pertanian dan hasil
pertanian dikuasai oleh Tuan Tanah. Petani yang menyewa tanah ditindas oleh Tuan Tanah
mereka.
Hasil pengeluaran setiap kampung terhad untuk keperluan sendiri. Selain aktiviti pertanian,
penduduk mengusahakan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang.
Indonesia
1.

Bersifat sara diri

Kegiatan sara diri seperti pertanian, merupakan kegiatan utama di Indonesia. Selain itu,
perikanan, memungut hasil hutan, berburu, perlombongan, dan perdagangan secara kecilkecilan turut dijalankan. Terhad dan untuk keperluan keluarga sahaja.
Lebihan hasil akan ditukarkan untuk mendapatkan keperluan asas yang lain.
2.

Menggunakan peralatan yang mudah dan tradisional

Aktiviti sara diri hanya menggunakan peralatan tradisi seperti cangkul, bajak dan tenggala
yang ditarik oleh kerbau atau lembu untuk membajak tanah. Hasil yang diperoleh amat
sedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga.
Penanaman padi secara tradisional yang dijalankan Pulau Jawa (Karawang dan Cianjur),
Bali, Madura, dan Sulawesi.
3.

Hasil hanya mencukupi untuk keperluan sendiri

Padi Bukit dan Padi Sawah ditanam secara kecil-kecilan. Tidak mendapat pulangan yang
banyak kerana tidak menggalakkan kegiatan secara besar-besaran.
Penggunaan alat yang mudah dan ringkas seperti tajak, cangkul dan sebagainya.Buruh
terdiri daripada ahli keluarga sahaja.
Penutup
Negara Vietnam dan Indonesia mempunyai sedikit persamaan.
Ekonomi sara diri hanya bersifat kecil-kecilan dan tidak menggalakkan aktiviti secara besarbesaran. Bersifat terbatas dan mempunyai terhad.
Soalan 116: Jelaskan ciri-ciri ekonomi komersial di Vietnam dan Indonesia pada abad
ke-19
Pendahuluan

Ekonomi komersial mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses


penukaran barangan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual
beli serta melibatkan pembayaran. Penglibatan masyarakat tempatan dalan kegiatan
ekonomi bercorak komersial dikatakan telah pun bermula sejal abad ke-15, namun kegiatan
ekonomi komersial sejak kemunculan Melaka sebagai pusat perdangan dan beberapa buah
bandar pelabuhan yang lain.
Pelbagai jenis ekonomi komersial diperkenalkan seperti peneneman padi, kopi, dan buah
pala, perlombongaan bijih timah dan arang batu serta aktiviti pembalakan dengan
megetepikan tanaman tradisional seperti penanaman padi.
Isi-isi Penting:
Konsep Ekonomi Komersial
Isi-isi Penting:
Kegiatan Pertanian Dijalankan secara Besar-besaran.
Vietnam menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran terutama tanaman komersial
seperrti padi dan getah. Dalam penanaman padi, Vietnam menghasilkan daripada
pengeluaran beras dunia.
Kawasan penanaman padi yang utama di kawasan Delta Sungai Merah (song-koi) dan Delta
Mekong di selatan. Dalam pengeluaran getah pula, Vietnam merupakan pengeluran ketiga
terbesar getah dunia.
Sistem Pengairan yang Baik
Kegiatan penanaman padi secara komersial dapat dilaksanakan kerana wujudnya sistem
pengairan yang baik. Petani menggunakan teknologi pengairan yang dibawa oleh orang
cina ke vietnam. Selain itu, sistem kawalan air yang baik melalui pembinaan benteng.
Sistem ini telah berjaya menghalang limpahan air hujan dari sungai song-koi ke kawasan
pertanian.
Oleh itu, kegiatan penanaman dapat dijalankan secara meluas seperti di wilayah Tonkin dan
Annam. Penanaman padi dua kali setahun juga dapat dijalankan dengan adanya
pengaiaran yang baik. Contahnya seperti di wilayah Tonkin.
Pelabuhan Modal yang Banyak.
Kegiatan pertanian secara komersial dibantu oleh keupayaan modal yang banyak. Saudagar
Cina dan Eropah menguasai kegiatan mengeksoprt beras kerana golongan ini menguasai
sebahagian besar tanah untuk diusahakan secara ladang.
Petani Vietnam yang berkerja untuk golongan ini di sawah akan menanam jagung dan ubi
kayu sebagai tanaman makanan secara bergilir.
Ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia
Menanam Tanaman Eksport.

Bermula apabila Belanda memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa pada tahun 1830. Petani
dipaksa menamansebahagian daripada tanahnya dengan tanaman eksport atas arahan
kerajaan dan memperolehi pendapatan daripada cukai tanah.

Hasil tanaman eksport dikumpul dan diuruskan oleh pedagang-pedagang Belanda


menggunakan kapal milik Belanda dan dijual di pelabuhan-pelabuhan Belanda.
Pengenalan Sisten Ekonomi Wang

Pengenalan sisten ekonomi wang berlaku terutama kesan daripada perkembangan industri
gula di indonesia. Ini menggalakkan pelabur asing untuk membuka ladang bagi manaman
tanaman eksport
Penggunaan wang sebagai upah kepada petani dan buruh yang bekerja oleh penguasa
ladang atau kilang telah menggalakkan perkembangan ekonomi kemersial di indonesia.
Penguasaan Ekonomi oleh Penguasa Cina dan Eropah.
Belanda membuat perjanjian kepada penguasa Cina dan Eropah untuk memungut hasil
tanaman bagi pihak Belanga dengan harga yang telah ditetapkan. Belanda telah
memonopoli tanaman kopi apabila mewajibkan semua hasil kopi dijual pada Belanda
dengan kadar yang telah ditetapkan.
Undang-undang Pertanian De waal telah diperkenalkan bagi membolehkan pemodal dan
pengusaha swasta bebas menyewa tanah daripada penduduk tempatan mengikut perjanjian
jangka pendek dengan syarat-syarat tertentu.
Pengenalan Ekonomi Pasaran Bebas atau Laissez-faire
Pengenalan ekonomi pasaran bebas atau laissez-faire telah meggalakkan kemasukan
pelabur Barat ke Indonesia dengan membuka kilang dan ladang bagi tujuan komersial tanpa
campur tangan daripada kerajaan Belanda.
Belanda mendapatkan hasil daripada cukai dan duti eksport yang dikenakan laissez-faire
telah menyebabkan penguasaan syarikat-syarikat Belanda di indonesia.
Penutup;
Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan
sistem ekonomi sara diri yang menjadi pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem ekonomi
komersial di vietnam dan Indonesia menentukan kejayaan rakyat dalam aspek ekonomi.
1.2 Sistem Sosial
1.2 Sistem Sosial
Soalan 114: Jelaskan konsep dan susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia
pada abad ke-19M.
Pendahuluan
Susun lapis masyarakat Vietnam dibentuk melalui sistem feudal yang diambil dari China dan
pengaruh ajaran agama Confucius.

Susun lapis masyarakat Indonesia pula semakin jelas dan tersusun selepas kemunculan
kerajaan islam di Sumatera dan Pulau Jawa.
Isi-isi penting
Konsep Masyarakat

Masyarakat Asia Tenggara mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional


berasaskan sistem feudal. Sistem sosial masyarakat Asia Tenggara terdiri daripada
golongan pemerrintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah merangkumi raja dan
bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.

Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara terutama di Vietnam dan
Indonesia menunjukkan pembahagian lapissan masyarakat yang jelas antara golongan
yang memerintah dan diperintah. Masyarrakat Vietnam dan Indonesia mengalami
perubahan yang besar apabila kedudukan golongan yang memerintah semakin lemah dan
hilang kuasa akibat pengenalan sistem pentadbiran Barat setelah berlakunya imperalisme
pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Susun lapis masyarakat Vietnam
1.

Maharaja

Maharaja berada pada kedudukan yang paling atas dalam susun lapis masyarakat Vietnam
dan berkuasa mutlak. Maharaja mewarisi takhta secara warisan mengikut keluarga atau
dinasti seperti Nguyen dan Tuc. Maharaja diwajibkan mendapat pendidikan confucius yang
baik. Maharaja dianggap suci dan sering dikaitkan dengan ajaran Buddha serta perlu ditaati.
Baginda dianggap Anak Syurga yang mendapat mandat untuk memerintah daripada
Tuhan.
Kebijaksanaan maharaja akan menentukan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, sekiranya
seseorang maharaja mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka tindakan itu
akan memberi kesan kepada negara.
2.

Golongan Cendekiawan (Mandarin/Quan)

Golongan Mandarin mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam


masyarakat Vietnam kerana merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab
menjalankan tugas-tugas maharaja. Golongan Quan atau Mandarin mendapat pendidikan
tinggi berdasarkan keupayaan mereka menguasai ajaran Confucius.

Golongan Mandarin merupakan perantara maharaja dengan rakyat seperti menyampaikan


maklumat atau perintah maharaja kepada golongan bawahan. Mereka juga
bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara serta
mengetuai upacara keagamaan Buddha di Pagoda. Quan ditugaskan mengetuai
kementerian seperti kementerian kewangan dan kementerian kehakiman.
3.

Rakyat

Dalam struktur susun lapis masyarakat Vietnam, golongan bawahan terdiri daripada rakyat
biasa dan petani. Meskipun golongan ini mewakili kumpulan terbesar ddalam susun lapis
masyarakat Vietnam namun mereka tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan. Rakyat
biasa yang pandai dan berpengetahuan dalam ajaran Confucius dengan mendalam
berpeluang menjadi pegawai tinggi awam atau kerajaan. Ini membuktikan mobiliti sosial
wujud dalam sistem sosial di Vietnam. Rakyat biasa juga melakukan aktiviti seperti menenun
kain atau menghasilkan tembikar.
Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling bawah tetapi dipandang tinggi dalam
masyarakat kerana peranannya membekalkan makanan kepada penduduk. Petani
menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, iaitu mananam padi sawah.
Susun Lapis Masyarakat Indonesia
Struktur masyarakat di Acheh
1.

Sultan

Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosila masyarakt Acheh.Sultan Acheh
merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung kepada masyarakat Acheh.
Sultan mengetuai kerajaan dan bertanggungjawab menyatukan rakyat, memakmurkan
negara dan menjamin keselamatan negara. Sultan Acheh berkuasa mutlak dengan
memerintah seluruh negara dan keseluruhan jajahan takluknya.
2.

Kerabat Diraja

Menduduki kedudukan kedua selepas sultan dalam hierarki sosila masyarrakat Acheh.
Kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.
3.

Pembesar/Uleebalang/Golongan Bangsawan/Ulama

Pembesar atau Uleebalang mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting dalam hierarki
sosial di Acheh kerana mereka merupakan tulang belakang pemerintahan dan pertahanan.
Mereka menggunakan gelaran Teuku. Golongan bangsawan pula terbahagi kepadda dua,
iaitu yang terdiri daripada kerabat diraja atau bukan kerabat diraja.
Ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Ulama mempunyai kedudukan yang
tinggi dalam masyarakat dan dihormati kerana ketinggian ilmunya dan sering menjadi
rujukan kepada masyarakat setempat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan
kedudukannya dalam masyarakat.
4.

Rakyat

Rakyat menduduki kedudukan paling bawah dalam hisrarki sosila masyarakat Acheh.
Rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat kelas rendah.
Rakyat menjadikan aktiviti pertanian dan kelautan sebagai pekerjaan utama seperti petani,
nelayan, pelayar dan pedagang.
Struktur masyarakat di Pulau Jawa

1.

Sultan

Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam susun lapis masyarakat di Pulau
Jawa seperti Sultan Aagong. Sultan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah dan
jajahan takluknya.
Sultan merupakan ketua agama Islam dan giat menyebarkan agama Islam melalui
penaklukan dan peluasan kuasa. Baginda dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa,
berdaulat serta tidak boleh diderhaka. Sultan juga dianggap Khalifah Allah di muka bumi dan
pemimpin bagi umat Islam
2.

Priyayi atau Bangsawan

Priyayi menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat jelata.Hubungan antara golongan
bangsawan dan petani adalah rapat dan bersepadu. Mereka juga merupakan pemimpin
kerohanian atau agama dalam masyarakat jawa.
Priyayi mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Priyayi
sangat dihormati dan dipercayai oleh rakyat. Golongan Priyayi berkuasa ke atas masyarakat
peribumi dan ketua adat tempatan (Bupati).
3.

Golongan Rakyat

golongan rakyat tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan.
Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi.
Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas
yang diberikan dan menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan.
Penutup
Raja masih merupakan tonggak dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia
kerana terikat dengan sistem feudal yang diamalkan.
Kemaraan kuasa Belanda di Indonesia dan Perancis di Vietnam telah mengubah susun
lapis masyarakat di kedua-dua negara.
2.1 Perluasan Kuasa Asing
2.1 Perluasan Kuasa Asing
Soalan 117: Huraikan faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di negaranegara Asia Tenggara?
Pendahuluan
Abad ke 19 merupakan zaman imperialisme Barat. Revolusi Perindustrian yang bermula
di Britain telah memengaruhi kuasa-kuasa Barat mencari tanah jajahan di Asia Tenggara
bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran.
Faktor ekonomi memang penting dalam mempengaruhi kuasa-kuasa barat campur tangan
di Asia Tenggara tetapi faktor-faktor lain juga penting.
Isi-isi Penting:

Faktor Ekonomi
Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke 19 telah menyebabkan kepesatan sektor
perkilangan. Ini menyebabkan peningkatan permintaan kepada bahan mentah. Produk dan
hasil perkilangan telah menyebabkan pasaran yang lebih besar diperlukan bagi
memasarkan barangan tersebut.
Asia Tenggara dijadikan sebagai pembekal sumber bahan mentah kepada keperluan
ekonomi Eropah dan tempat pasaran kepada hasil-hasil perkilangan mereka. Asia Tenggara
mampu memberikan kekayaan kepada mereka kerena kawasan ini kaya dengan bahanbahan mentah seperti bijih timah, getah asli, kayu jati, rempah ratus, teh, gula dan
sebagainya. Sebagai contoh: British berminat dengan Myanmar kerana perdagangan kayu
jatinya.
Vietnam dijadikan sebagai pasaran barangan Perancis serta mendapatkan bahan-bahan
mentah dari Timur untuk kegunaan industrinya di Perancis. Di Filipina, kemajuan dalam
perusahaan mengilang tebu serta terciptanya mesin memproses tebu telah membawa
kepada perkembangan pesat industri perladangan tebu. Ini telah secara tidak langsung
membawa kepada campur tangan Sepanyol di Filipina untuk mendapatkan tebu.
Faktor Politik
Masyarakat Barat sering beranggapan mereka mempunyai martabat yang lebih tinggi dan
baik berbanding dengan bangsa lain. Keunggulan martabat ini dibuktikan dengan jumlah
tanah jajahan yang dimiliki oleh mereka. Semakin banyak tanah-tanah jajahan, semakin
tinggi martabat mereka di kalangan kuasa-kuasa lain. Keadaan ini telah menyebabkan Barat
ingin membentuk empayar yang besar dan muncul sebagai kuasa dunia.

Kebimbangan kuasa-kuasa Barat terhadap musuh mereka dalam persaingan untuk


mendapatkan tanah jajahan antara kuasa-kuasa Barat besar seperti Britain, Sepanyol,
Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat. Dasar British yang bercampur tangan di
Tanah Melayu dengan alasan bimbang kuasa-kuasa asing lain terlebih dahulu menguasai
Tanah melayu tersebut. Kebimbangan kuasa Perancis di Myanmar telah juga mendorong
British menjalankan dasar imperialisme secara agresif ke atas Myanmar.
Faktor Kebudayaan dan Peradaban

Kuasa-kuasa Barat menganggap kebudayaan dan peradaban orang Barat lebih tinggi
berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah yang disebut oleh orang British sebagai white mans
burden.
Campur tangan Barat juga bertujuan menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk
pribumi di Asia Tenggara.
Perkembangan Sistem pengangkutan dan perhubungan
Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan menambahkan lagi minat kuasakuasa Barat terhadap dasar imperialisme di Asia Tenggara. Perkembangan sistem
perhubungan laut seperti terciptanya kapal berkuasa wap perjalanan laut menjadi lebih
cepat, selamat, dapat membawa muatan lebih dan kos pengangkutan jadi lebih rendah.
Pembukaan Terusan Suez 1869 telah meningkatkan lagi dasar imperialisme terhadap Asia

Tenggara. Terusan ini memendekkan masa perjalanan, urusan perdagangan dan kos dapat
dijimatkan.
Ciptaan telegraf mempercepat urusan perniagaan pedagang Eropah dan ejen-ejennya di
kawasan Asia Tenggara.
Kesimpulan

Kesan perkembangan pesat Revolusi Perindustrian dan kepentingan ekonomi telah


mendorong campur tangan Barat di Asia Tenggara.

Namun, kepentingan politik, kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga
penting.
Soalan 118: Bincangkan faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia
pada abad ke-19
Pendahuluan
Perluasan kuasa merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi
perolehan tanah jajahan bagi menguasai politik dan ekonomi ke atas negara lain.
Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah proses perkembangan kuasa
melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi
sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat yang lain.
Isi-isi Penting:
Faktor ekonomi
Keperluan untuk memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus dan teh telah
mendorong Belanda menjalankan dasar peluasan tanah jajahan di Timur. Perkembangan
Revolusi Industri di Eropah pada tahun 1800 terutama di Belanda menyebabkan keperluan
terhadap bahan mentah yang banyak, murah, dan berterusan bagi keperluan kilang mereka
di Eropah.
Perkembangan industri juga mewujudkan persaingan antara negara-negara Eropah yang
lain.
Faktor perkembangan teknologi perindustrian
Bijih Timah. Merupakan eksport utama Indonesia terutama di Pulau Bangka, Pulau
Belitung, dan Palembang. Permintaan tinggi terhadap bijih timah di Eropah didorong oleh
perkembangan industri mengetin.Disebabkan pengeluaran bijih timah di Eropah yang tidak
dapat memenuhi permintaan, keadaan ini telah memaksa mereka beralih ke Asia Tenggara
yang kaya dengan bijih timah.

Petroleum. Penciptaan kereta bermotor, mesin berjentera, dan kapal terbang yang
memerlukan petroleum sebagai bahan api telah menyebabkan permintaan terhadap

petroleum melambung tinggi. Indonesia menjadi pilihan Belanda kerana, Kaya dengan
pelbagai jenis galian seperti bijih timah, bijih besi, emas, dan petroleum, Iklim yang sesuai
dan tanah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit,
padi, dan tebu danKaya dengan pelbagai hasil hutan seperti rotan, kayu jati, dan damar.
Faktor Politik
Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menjamin keselamatan
nasional dan kekuatan ketenteraan bagi melindungi kepentingan tanah jajahan mereka.
Belanda memperluaskan kuasanya di Indonesia kerana bimbang pengaruh British di Tanah
Melayu akan mengancam kepentingannya.
Kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan
Telah meningkatkan minat kuasa Barat untuk menjalankan dasar peluasan kuasa ke atas
negeri lain.

Kemajuan dalm perhubungan laut berlaku setelah terciptanya kapal berkuasa wap.
Penciptaan sistem pengangkutan ini telah mendorong dan mempercepatkan dasar peluasan
kuasa Barat di Asia Tenggara.
Cara Peluasan Kuasa Belanda di Indonesia
Peluasan kuasa semasa Marshal Daendals di Pulau Jawa (1808-1811)

Marshal Daendals ditugaskan untuk menyusun semula pentadbiran Belanda di Pulau Jawa,
mengadakan pembaharuan serta mengukuhkan. Dasar pentadbiran: Pentadbiran Belanda
berpusat di Betawi, Pulau Jawa dibahagikan kepada 5 bahagian dan 38 buah daerah dan
Pembesar tempatan dilantik sebagai wakil raja yang dibayar gaji sebagai pegawai Belanda
dan berpangkat tentera.
Dasar ketenteraan. Pertahanan di Pulau Jawa diperkukuhkan melalui penubuhan angkatan
tentera laut di Selat Sunda, Timur Surabaya, dan Pulau Madura. Jalanraya diperbaik dan
dibina bagi memudahkan operasi ketenteraan. Kilang senjata dan peluru juga dibina di
Surabaya dan Semarang.
Campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan: Belanda menyerang dan memusnahkan
kota Bantam kerana keenggganan sultan Bantam menghantar buruh ke Betawi, Sultan
Bantam dibuang ke Pulau Ambon manakala menterinya dibunuh dan Tindakan Sultan
Amangkubuwono II, iaitu Sultan Jogjakarta yang bersekutu dengan British bagi
memperkukuhkan tenteranya turtu menimbulkan kebimbangan Belanda.
Peluasan Kuasa Belanda semasa De Bus de Gisignes (1825-1830)
Perang Jawa (1825-1830) berlaku akibat perasaan tidak puas hati Diponegoro. Putera
kerajaan jogjakarta terhadap dasar pentadbiran Baron Van Der Capellan di Pulau Jawa.
Akibat daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya menguasai Banjumas, Bangelan,
Madiun dan Kendiri yang sebelum ini dikuasai oleh sultan Jogjakarta.
Melalui Campur Tangan dalam Hal Ehwal Tempatan dan Perjanjian

Perkembangan kegiatan perlombongan arang batu di Banjarmasin dan timur Pulau Kutai
menyebabkan berlakunya perang antara Belanda dan Sultan Banjarmasin antara tahun
1859-1863. Pemerintahan Bugis di Sulawesi juga sering berlaku huru-hara akibat perang
menentang Boni pada tahun 1858 dan 1859 yang membawa kepada campur tangan
Belanda.
Pada tahun 1858, pemerintah Deli, Serdang, Langkat dan Assahan telah membuat
perjanjian dengan Belanda.
Melalui Penaklukan
Pada tahun 1856, Belanda menakluk jajahan Lampung, jajahan Batak (1857), dan
Bangkahulu (1868). Belanda menguasai Acheh melalui serangan yang dilancarkan pada
tahun 1873-1899. Belanda berjaya menamatkan tentangan daripada pembesar tempatan
dan menguasai Acheh sepenuhnya.
Pada tahun 1894, Belanda menguasai Lombok.
Penutup

Faktor perluasan kuasa asing di Belanda terdiri daripada faktor ekonomi, faktor
perkembangan teknologi perindustrian, faktor politik dan kemajuan dalam sistem
perhubungan dan pengankutan.

Cara yang digunakan untuk memperluaskan kuasa ialah semasa Marshal Daendals
ditugaskan unutk menyusun pentadbiran di Pulau Jawa dan juga melalui campur tangan
dalam hal ehwal tempatan dan perjanjian.
Soalan 119: Bincangkan faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Myanmar
pada abad ke-19
Pendahuluan
British meluaskan kuasanya terhadap myanmar peringkat demi peringkat bermula dengan
perang inggeris-myanmar I (1824-1826), perang-inggeris-myanmar II (1852-1853) dan
perang inggeris-myanmar III (1885).
Isi-isi penting
Faktor-faktor Peluasan kuasa asing
Masalah sempadan arakan
Raja bodawpaya menakluki arakan pada tahun 1784, menyebabkan myanmar mempunyai
sempadan yang sama dengan british di wilayah chittagong

Pada 1811, masalah sempadan arakan menjadi rumit apabila seorang pemimpin
pemberontakan arakan iaitu chin byan menyerang arakan dari pangkalannya di chittagong
dan menawan mrohaung
Ancaman perancis

Sewaktu british berperang dengan perancis di india pada tahun 1782, perancis telah
mengambil kesempatan menghantar wakilnya, laksamana de suffren dan charles castleneau
de bussy ke india selatan bertujuan untuk menegakkan semula kekuasaannya di india
Usaha british ini sangat membimbangkan british. Perancis merancang mempergunakan
myanmar sebagai tapak untuk menyerang british di india memandangkan kedudukan
myanmar berhampiran denga india
Penentangan kebudayaan
Hubungan antara british dengan myanmar menjadi renggang kerana perbezaan kebudayaan
Rakyat myanmar menganggap kebudayaan mereka tinggi dan hanya menjalin hubungan
diplomatik dengan raja england
Cara perluasan
Perang inggeris-myanmar I
Dasar perluasan kuasa myanmar di bawah raja bodawpaya
Masalah pelarian arakan di chittagong
Kepentingan perdagangan british di myanmar
Dasar perluasan kuasa raja bagyidaw dan jeneral maha bandula
Perang inggeris-myanmar meletus pada tahun 1824 dan tamatkan dengan perjamjian
yandabo. Myanmar kehilangan arakan dan tanasserim
Perang inggeris burma II
Putusnya hubungan diplomatik antara myanmar dengan british
Raja tharrawaddy enggan mengiktiraf syarat-syarat perjanjian yandabo
Tuduhan keatas kapten sheppard dan lewis melakukan pembunuhan dan penipuan
Pergolakan politik mengancam kepentingan perdagangan british di myanmar
Gabenor pego, maung menganiayai rakyat di rangoon
Perang inggeris-burma III
Dasar luar raja mindon min yang berhubung dengan perancis dan itali. British bimbang
perdagangan mereka tergugat
Masalah hubungan diplomatik. Raja mandon min berasa terhina kerana tidak boleh
berhubung terus dengan london. Beliau hanya boleh mengadakan hubungan diplomatik
dengan wizurai india sahaja
Kerajaan british menggalakkan imperialisme ke atas myanmar.
Penutup

Keinginan untuk mendapat konsesi perdagangan dan sumber Kayu jati selain mencari jalan
ke bhamo untuk perdangangan china mendorong perluasan kuasa british. Istana mynmar
bersikap konservatif dan sangat berpengang kepada adat tradisi menanggalkan kasut
apabila menghadap raja. British tidak senang dengan adat tersebut
Mynmar mengalami perubahan politik, sosial, dan ekonomi akibat perluasan kuasa british.
Soalan 120: Bincangkan Peristiwa-Peristiwa (faktor-faktor) Yang Telah Mencetuskan
Perang Ing-Myanmar I Pada 1824-1826
Pengenalan

Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 merupakan peristiwa penting dalam sejarah
moden Myanmar. Ia tidak sahaja merupakan peperangan yang pertama dengan kuasa asing
(Barat) tetapi ia juga disifatkan sebagai titik peralihan bagi negeri Myanmar. Kekalahan
Myanmar dalam peperangan itu memberi satu pengajaran bahawa negeri itu tidak boleh
merasa bongkak dan mereka merasa dirinya lebih kuat dari negeri lain.

Negeri Myanmar juga harus sedar bahawa negara-negara Barat mempunyai kelebihan
dalam peperangan moden. Selain itu, negeri Myanmar terpaksa menamatkan dasar tutup
pintu (isolasi) yang telah dijalankan begitu lama. Terdapat pelbagai peristiwa penting yang
telah mencetuskan peperangan antara dua negara ini.
Isi-isi Penting:
1.

Dasar meluaskan wilayah

Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan dinasti
Konbaung pada tahun 1752. Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya
telah berjaya menyatukan semula Myanmar.
Pengganti-pengganti Alaungpaya
kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan
Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang
terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas. Raja Arakan
bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu
dibawa ke Myanmar. Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan serangan
ke atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai dan itu pun
dapat diusir oleh Siam.
Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar
telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki
China dan India terutama di kawasan Manipur dan Assam.
2.

Masalah orang pelarian Arakan

Pada tahun 1874, Raja Bodawpaya bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa dengan
cara menyerang dan menakluki Arakan yang bersempadan dengan wilayah Chittagong yang
berada di bawah penguasaan British di India. Ini menyebabkan sempadan ArakanChittagong menjadi tidak stabil kerana orang-orang pelarian Arakan telah bertindak
memasuki wilayah Chittagong dan menjadikannyapusat pergerakan tentera mereka untuk
menentang pemerintahan Raja Bodawpaya

Pelarian Arakan bertindak melancarkan pemberontakan tetapi Berjaya dihapuskan oleh


Bodawpaya. Akibatnya pelarian Arakan melarikan diri ke Chittagong
3.

Pemberontakan oleh Chin Byan

Pelarian Arakan di bawah pimpinan Ngo Than Deed an Chin Byan telah melakukan
pemberontakan di Arakan dan Tanesserim pada tahun 1794 dan 1811 bagi menentang
pemerintahan Bodawpaya yang zalim.
Tindakan Chin Byan mendirikan sebuah pangkalan tebtera di Chittagong telah dibantah oleh
Raja Bodawpaya dan menuduh British member bantuan kepada Vhin Byan untuk
menyerang Myanmar. Usaha British untuk meyakinkan Myanmar bahawa British tidak
member bantuan telah gagal
4.

Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik

Antara tahun 1795-1811 pihak British telah menghantar beberapa utusan ke Myanmar
seperti Michael Symes dan John Canning untuk menyelesaikan masalah sempadan Arakan,
Chittagong, perluasan kuasa Perancis dan perdagangan. Kesemua utusan ini gagal
disebabkan oleh keangkuhan tentera Myanmar dan syak wasangka kedua-dua pihak
Residen-Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Sir Hiram Cox dan John Canning
terpaksa pulang ke India akibat layanan buruk yang diberikan istana Myanmar. Myanmar
juga enggan menjalinkan hubungan langsung dengan Gabenor Jeneral British di India yang
dianggap tidak setaraf dengan Raja Myanmar. Akibatnya hubungan diplomatic antara
Myanmar dan British terputus

5.

Campur tangan Myanmar di Assam

Pada tahun 1819 Raja Bagyidaw iaitu cucu Bodawpaya telah menaiki takhta. Baginda
bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa ke atas negara India akibat pengaruh
Jeneralnya iaitu Jeneral Maha Bandula. Pada tahun 1820, beliau menyerang wilayah Assam
manakala pada 1821 telah menyerang Chachar. Raja Manipur telah melarikan diri dan
mendapat perlindungan di wiayah Chachar. Raja Chacahr meminta bantuan daripada
British. British telah bertindk mengisytiharkan Cahchar sebagai wilayah naungannya. Ini
menimbulkan kemarahan Raja Bagyidaw dan beliau telah menyerang dan menakluki Pulau
Shapuri pada tahun 1823. Pada tahun 1824 Raja Bagyidaw telah menyerang dan menakluki
Chachar dan bersedia menyerang Chittagong
Gabenaor Jeneral British di India iaitu Lord Amherst bertindak mengisytiharkan perang ke
atas Myanmar pada 5 Mac 1824. Perang tamat pada 27 Feb 1826 dengan termetrainya
Perjanjian Yandabo antara kedua pihak
Kesimpulan
Keenganan Myanmar untuk menjalinkan hubungan dengan Inggeris telah membawa
kepada meletusnya Perang Inggeris Myanmar pada tahun 1824. Perjanjian Yandabo yang
ditandatangani pada 24 Feb 1826 bagi menamatkan perang ternyata memihak kepada

Inggeris. Perjanjian ini dianggap menjatuhkan maruah orang Myanmar kerana terpaksa
menerima konsep persamaan taraf.
Melalui perjanjian ini juga, Inggeris telah berjaya mengambil alih wilayah Myanmar Hilir
yang kaya dengan hasil beras iaitu Tenassenim dan Arakan. Perjanjian ini telah
mencetuskan sentimen anti-Inggeris dalam kalangan masyarakat Myanmar malah telah
melahirkan kesedaran nasionalisme di negara itu.
2.2 Penentangan Terhadap Kuasa Asing
2.2 Penentangan Terhadap Kuasa Asing
Soalan 121: Analisiskan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing
di Indonesia pada abad ke-19.
Pendahuluan:
Kedatangan Belanda sebagai kuasa asing yang menjajah negara Indonesia mendapat
tentangan daripada masyarakat di negara tersebut am nya masyarakat Jawa.
Penentangan ini didorong oleh beberapa sebab seterusnya menanamkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat.
Isi-isi penting:
1)

Ekonomi

Penindasan ekonomi oleh penjajah menyebabkan masyarakat Jawa di Indonesia tidak


berpuas hati terhadap Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda. Belanda
juga mengenakan pelbagai jenis cukai yang mesti dibayar oleh masyarakat terutama yang
menjalankan kegiatan ekonomi; seperti cukai tanah pertanian. Belanda telah menyerahkan
kuasa mengutip cukai kepada orang Cina tempatan. Penduduk tempatan marah
disebabkan tindakan orang cina yang mengenakan cukai yang lebih tinggi berbanding cukai
yang dikenakan oleh Belanda. Cukai sempadan pula akan dikenakan ke atas penduduk
apabila ingin membawa hasil pertanian mereka ke ladang melalui kawasan pedalaman.
Kadar faedah yang tinggi juga dikenakan ke atas peminjam wang. Penindasan ekonomi
yang dilakukan oleh Belanda ini menyebabkan penduduk Indonesia mengalami kesusahan
dan kesempitan hidup. Pembatalan kontrak sewa tanah yang diperkenalkan oleh Gabenor
Van der Capellan telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar dan
petani Jawa terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakata. Pembatalan kontrak juga telah
membebankan penduduk sehingga membawa kepada Perang Jawa.
2)

Politik

Campur tangan kuasa Barat dalam hal ehwal politik tempatan khususnya pemerintahan
dan pentadbiran telah membawa kepada berlakunya penentangan terhadap mereka.
Penjajahan Belanda di kepulauan Indonesia telah mengubah sistem pentadbiran tradisional
masyarakat di sana.
Gabenor Jeneral Belanda merupakan pemegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran.
Beliau dibantu oleh empat orang konsul yang ditugaskan untuk menasihati dan menjadi
bahan perundangan kerajaan.

3)

Sosial dan Budaya

Penentangan penduduk tempatan terhadap Belanda berlaku akibat pencabulan agama dan
budaya setempat. Perjuangan menjadi semakin hebat ekoran keinginan untuk menegakkan
agama Islam terutama setelah kedatangan agama Kristian dan Budha di Indonesia.
Beberapa buah persatuan ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Islam seperti Sarekat
Islam. Perjuangan mereka berdasarkan prinsip reformasi Islam. Tindakan Belanda
membina jalan raya merentasi tanah perkuburan diraja. Tanah perkuburan tersebut
menempatkan kubur ibu bapa Diponegoro. Tindakan Belanda deianggap melampaui batas.
Penutup:
Tindakan kuasa Belanda yang mengubah sistem pentadbiran kepada sistem yang tidak adil
bagi masyarakat Indonesia telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat sehingga
penentangan tersebut berlaku.
Soalan 122: Analisiskan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing
di Myanmar pada abad ke-19.
Pendahuluan
Penentangan terhadap British di Myanmar didorong oleh kekecewaan penduduk tempatan
terhadap penguasaan ekonomi oleh orang asing.

Hubungan yang buruk antara Raja Myanmar dengan british telah memperluaskan
penentangan dalam kalangan penduduk tempatan.
Isi-isi penting
Faktor-faktor penentangan:

a)

Dari segi ekonomi

Penduduk tidak bersetuju dengan kuasa barat barat yang lebih membantu pihak pemberi
pinjaman wang dan tuan tanah tetapi tidak memberi peluang kepada petani untuk
menyelesaikan hutang mereka.Ini menyebabkan golongna ceti menguasai tanah milik orang
Myanmar. Petani terpaksa berhutang dengan ceti untuk mengusahakan tanah.
Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka dirampas dan merek menjadi
penyewa atau buruh. Mereka juga dibebani dengan pelbagai jenis cukai hingga
menyebabkan terpaksa meminjam wang.Ini menyebabkan petani menetnag british untuk
mendapatkan semula hak mereka.
b)

Dari segi politik


Penjajahan british menyebabkan perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan
terutama institusi beraja kerana telah diubah dan kemudiannya telah dihapuskan.
Pembaharuan oleh british bermula dengan sistem kerajaan tempatan melaui Akta
Perkampungan Burma 1889.

British juga mengubah sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan dasar kolonialisme
berkembang di Myanmar.

c)

Dari segi sosial dan budaya


Keengganan pegawai british menghormati agama buddha dan budaya masyarakat
tempatan seperti enggan membuka kasut semasa memasuki rumah pagoda dan berhala
telah membangkitkan kemarahan rakyat myanmar. Keangkuhan british yang tidak
menghormati budaya tempatan telah memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

Sistem pendidikan barat mendapat tentangan daripada golongan sami dan buru tradisional
yang tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat. Pembukaan sekolah english telah
melahirkan intelek yang berpendidikan english menyebabkan jumlah dan bilangan murid
sekolah buddha semakin merosot.
Penutup
Pengenalan sitem pentadbiran barat oleh british nmendapat tentangan daripada penduduk
peribumi kerana budaya dan amalan buddha mereka tergugat.
Keadaan bertambah buruk apabila institusi beraja yang sekian lama diamalkan juga terhakis
akibat dasar penjajahan british di Myanmar.
Soalan 123: Nilaikan peranan Diponegoro terhadap penentangan masyarakat terhadap
kuasa asing di Indonesia pada abad ke-19
Pendahuluan :
Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, raja Mataram di Jogjakarta.
Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden
Mas Ontowiryo diketepikan daripada takhta kerajaan Jogjakarta apabila Hamengkubuwono
III mangkat pada tahun 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan
gelaran Hemengkubuwono IV.

Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas


kemangkatan Djarot. Raffles tidak berada di Jogjakarta apabila Djarot mangkat pada tahun
1822. Belanda melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti
dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro hanya dilantik sebagai penasihat. Pada
tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan
Belanda di Pulau Jawa.
Isi-isi penting :

a)

Pembela nasib penduduk tempatan.

Diponegoro berjuang untuk membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan


Belanda. Masyarakat peribumi Jawa tidak berpuas hati dengan tindakan Van der Capellan
yang membatalkan kontrak penyewaan tanah pada tahun 1823. Pembesar tempatan dan
golongan bangsawan berasa tertekan kerana terpaksa memulangkan balik wang sewaan
dan wang pendahuluan kepada pengusaha asing yang terlibat dalam kontrak tersebut.
Demi menyelesaikan wang pendahuluan tersebut, pembesar tempatan dan tuan tanah
memaksa petani bekerja lebih kuat. Semasa kontrak penyewaan tanah masih berlansung,
petani telah ditindas oleh golongan pengusaha dan penyewa tanah. Penduduk tempatan
hidup sengsara apabila pemungut cukai mengenakan kadar tol sesuka hati.Orang cina

memberi pinjaman wang kepada orang jawa dengan kadar faedah yang tinggi. Mereka
menjadi orang tengah dalam perdagangan garam. Mereka memaksa penduduk tempatan
menjual garam dengan harga murah dan selepas itu mereka akan menjualnya dengan
harga yang tinggi di kawasan Bandar.
b)

Mempertahankan kesucian agama islam.


Tindakan Belanda membina jalan raya melalui tanah perkuburan nenek moyang
Diponegoro dianggap melanggar nilai masyarakat tempatan. Diponegoro mengisytiharkan
perang jihad untuk memulihkan pemerintahan islam di Jawa.

Penduduk tempatan mempercayai bahawa Diponegoro ialah Ratu Adil atau Wali Allah yang
dapat membebaskan mereka daripada cengkapan orang kafir. Belanda enggan mengiktiraf
Diponegoro sebagai ketua islam. Tindakan ini menunjukkan Belanda tidak menghormati
agama islam.Diponegoro dan masyarakat jawa menganggap usaha Belanda ini mencabuli
adat resam tempatan serta tatasusila dan nilai-nilai islam.
c)

Pembela maruah negara dan bangsa.

Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang jawa untuk menentang kekejaman dan
penindasan Belanda di Pulau Jawa. Diponegoro berjuang menegakkan maruah negara dan
bangsa.Beliau dan pengikutnya menentang Belanda yang meluaskan kuasanya ke Pulau
Jawa.
d)

Pembatalan Kontrak Sewa Tanah.

Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun
1811 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak
dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.
Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi
buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu
penindasan terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan.
Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan
kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan
pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta
wang pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang
pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan.
Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar ganti
rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan
Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih
kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan
petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.
e)

Putera Pembebas.

Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh masyarakat
tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad
menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk

memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan
kedatangan Belanda dan agama Kristian.
Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar Ratu Adil yang bermaksud Putera
Pembebas yang akan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman
penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri
daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas Belanda
f)

Pembinaan jalan merentasi makam diraja.

Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke
Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam
nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat
tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian
Islam.
Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut
dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan
tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada
meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.
g)

Pemimpin Perang Jawa.

Mendapat sokongan kaum tani, para ulama, golongan bangsawan dan para bupati.
Pengikut beliau ialah Kyai Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi. Mereka
melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda. Pada mulanya, Diponrgoro berjaya
dalam pertumpuran berhampiran Lengkong dan Delanggu. Beliau diangkat menjadi sultan
dengan gelaran Sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo
Khalifatullah Tanah Jowo.
Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan diserang
penyakit. Sentot dan Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada Belanda. Keadaan
tersebut melemahkan perjuangan Diponegoro dan akhirnya beliau bersetuju berdamai
dengan Belanda. Namun, Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan
Surakarta dan Ratu adil.
Penutup :
Peranan penting Diponegoro dalam perang Jawa tidak boleh dinafikan. Beliau Berjaya
memimpin satu penentangan yang agak berkesan bertujuan untuk memulihkan
pemerintahan Islam di Jawa dan membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan
orang kafir. Perjuangan Diponegoro menyedarkan pentadbiran Belanda bahawa penduduk
tempatan tidak boleh dipermainkan.
Perjuangan Diponegoro dalam perang Jawa memberi inspirasi kepada para nasionalis
kemudiannya untuk menggerakkan satu perjuangan yang lebih berorganisasi menentang
Belanda.
Soalan 124: Nilaikan peranan Raja Thibaw terhadap penentangan masyarakat
terhadap kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19

Pengenalan
Raja Thibaw lahir pd 1858 di Mandalay, Myanmar. Meninggal pd 19 Disember 1916 di India
dan merupakan pemerintah terakhir Myanmar. Pemerintahan berakhir dgn pendudukan Hulu
Myanmar oleh British. Baginda menaiki takhta pada 1878. British campur tangan apabila
terdapat kekacauan yang berlaku di Myanmar.
Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe. Beliau dipilih sebagai raja oleh
Permaisuri Utama dengan persetujuan Kinwun Mingyi Ditabalkan pada tahun 1878. Beliau
merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung dalam sejarah Burma (Myanmar). Pemerintahan
beliau berakhir apabila Burma dikalahkan oleh tentera British dalam Perang British-Burma 3
pada 29 November 1885.
Isi-isi Penting:
a)

Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan dan menindas


berbanding pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat
dan kuasa asing. Keadaan ini menyebabkan kekacauan dalam negara yang British campur
tangan di Myanmar. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa
tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Burma Hulu.
Selain itu, perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan sumber
pendapatan semasa zaman beliau. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, beliau
meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.

b)

Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai


usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami British tidak
senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian
perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk
membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 januari 1885. Sebenarnya beliau ingin
membeli senjata dari Perancis.

c)

Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan


Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan
bank di Mandalay kepada Perancis dan pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke
Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis. Beliau berniat sungguh untuk menyekat British
dan keadaan ini menyebabkan hubungan antara British dan Myanmar semakin renggang.

d)

Raja Thibaw tidak menyukai British telah mengambil alih tindakan terhadap Syarikat
Perdagangan Bombay-Burma yang mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan
Burma Hulu. Raja Thibaw mengemukakan beberapa perkara berikut terhadap syarikat
tersebut: iaitu Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan,
Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan, Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada
pekerja-pekerja Burma seperti yang dijanjikan. Keadaan ini menyebabkan Raja Thibaw
bangkit menentang British di Myanmar.

e)

Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee da menyebabkan British tidak puas
hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh
Majlis Hluttaw. British segera meminta rundingan namun ditolak kerana Raja Thibaw
kerana yakin Perancis akan menyokong dan membantu Burma. Namun pada bulan

september, Freycinet (menggantikan Jules Ferry )telah mengubah dasar Ferry dengan
serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British.
f)

British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu
bersiap untuk bertindak secara kekerasan terhadap Burma. Duta Burma di Perancis dan
Duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan. British
menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Burma dan memberi kata dua supaya Raja
Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah dan pada masa hadapan dasar
luar Burma akan ditentukan oleh kerajaan British. Beliau diberi tempoh sehingga 10
november 1885 untuk memberi jawapan. British tidak puas hati lalu mengisytiharkan perang
ke atas Burma Hulu pada 11 November 1885 dan British berjaya menakluki Burma Hulu
pada 1 januari 1886. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan Raja Thibaw menentang
British.
Kesimpulan

Raja Thibaw mewarisi sebuah kerajaan Burma Hulu yang agak aman dan menjalin
hubungan baik dengan kuasa Barat daripada ayahandanya. Tetapi disebabkan
keazamannya merampas semula Burma Hilir dan keyakinan terhadap bantuan Perancis
untuk menentang British, tetapi baginda gagal.
Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan meninggal dunia di sana.
Berakhir Dinasti Konbaung yang memerintah Burma selama 130 tahun. Myanmar manjadi
tanah jajahan Britih sehingga tahun 1948 . British menyatukan Burma Hilir dan Hulu dan
meletakkannya di bawah pentadbiran British di India.
2.3 Pengubahsuaian
2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Sosial
Soalan 125: Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran
di Indonesia pada abad ke-19
Pendahuluan:
Belanda bertapak dgn kukuh di pulau jawa sejak abad ke-17 manakala kwsn lain yg masih
ditadbir oleh raja2 tempatan jatuh ke tangan belanda menjelang pertengahan abad ke-19.
Isi-isi Penting:
1.Institusi pemerintahan beraja di Pulau Jawa.
Sehingga awal abad ke-19 terdapat 2 bentuk sistem pemerintahan dipulau jawa. Bentuk
pertama ialah kerajaan yg diperintah oleh belanda di kenali sbgai kerajaan betawi. Bentuk
kedua ialah kerajaan tempatan yg terdiri drpd beberapa kerajaan kcil di bawah sultan an
susunan spt kerjaan Surakarta, Jogjakarta,bantam dan cheribon. Raffles bertidak terhadap
bantam, iaitu sultan muhamad yg tlah dinaikan takhta oleh belanda sbelum kdatangan
raffles. Raffles memaksa sultan turun takhta dgn memberikan pencen sbnyk 10 000 wang
sepanyol. Pemerintahan sulatan dibantam tamat. Bagi pemerintahan kesultanan bantam
dan cheribon sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Mereka dibenarkan memakai
gelaran sultan tetapi kuasa sama spt seorang bupati.

Di mataram, kdatangan belanda menyebabkan keruntuhan kuasa pentadbiran pusat


tempatan. Awal abad ke-19 sebelum peluasan kuasa belanda, kekuasaan pemerintah
mataram merangkumi empat bulatan. Selepas perang jawa, kerajaan betawi bertindak thdp
Jogjakarta. Sempadan antara Surakarta dan Jogjakarta ditentukan scra jelas. Penjajahan
belanda jga menjejaskan institusi kesultanan di daerah2 spt sambas, bali dan Banjarmasin.
2. Sistem pentadbiran tradisional tempatan.
(a)

Zaman pemeritahan daendels.

Daendels membahagikan bhgian timur laut jawa kpd 5 bhgian dan setipa bhgian kpd
28buah daerah. Daerah jawa diluar kerajaan Surakarta dan Jogjakarta dibhagikan mjadi
9daerah pentadbiran yg dikenali sbgai perfectur dibwh pengawasan prefect. Perfectur dibwh
pentadbiran pusat di betawi.
Peranan bupati amat penting dlm pentadbiran daendels sbg perantara antra pemerintah
dgn rakyat. Bupati mendapat kedudukan militer di bwh kekuasaan perfect. Hak jawatan scra
tradisional para bupati, iaitu scra turun temurun tetap dipertahankan. Pentadbiran daendels
tdk mbawa faedah kpd kerajaan belanda. Hubungan daendels dgn glongan bupati adalah
renggang. Semua msalah ini membebankan krajaan belanda dan akhirnya daendels
dipanggil pulang pd tahun 1811.
(b)

Zaman pemerintahan raffles.

Asas2 pemeritahan smentara british dipulau jawa ditentukan oleh raffles selaku leftenan
gabenor yg sgt dipengaruhi oleh pentadbiran british di india, iaitu pemerintahan scara
langsung. Pulau jawa dibahagikan kpd 16 residensi dan setiap residensi dan setiap
residensi ini diperintah scra langsung oleh seorang residens. Namun begitu. Pentadbiran
raffles tdk mengakui kedudukan tradisi para bupati scra turun temurun, malah beliau cuba
menghapuskan kekuasaan dan pengaruh bupati thadap rakyat sgt kuat. Untuk
mengurangkan kuasa bupati, raffles btindak menolak sistem penggantianbupati scra turun
temurun dan mengambil mreka sbgai pegawai umum pemerintahan british di bwh
pemerintahan langsung oleh resinden dan penolong residen.
Dari segi kehakiman, raffles mperkenalkan undang2 yg sma bgi smua pduduk dipulau jawa.
Mahkamah keadilan, mahkamah polis, mahkamah ulang bicara, mamahkamah awam,
mahkamah ulang bicara, dan mahkamah jenayah ditubuhkan.
(c)

Pemerintahan belanda selepas tamatnya perang napoleon.

Pemerintahan scara tdk langsung diwujudkan smula untuk menggantikan pemerintahan


lngsung raffles. Dipulau2 luar, pentadbiran brada dibwh pembesar2 yg dikwal oleh gabenor
belanda. Belanda meneruskan usaha utk mengurangkan kuasa dan kedudukan para bupati
usha belanda ini tlah menimbulkan penentangan yg memuncak shgga mletusnya perang
jawa. (1825-1830)
Peristiwa ini tlah mnyedarkan belanda btapa pentingnya hbungan baik dgn pihak pembesar
tmpatan. Akan tetapi, usaha mengawal glongan bupati msih diteruskan. Rombokan struktur

birokrasi di Indonesia bermula pd tahun 1848. Sistem pmerintahan yg diterapkan ialah


sistem pemerintahan colonial belanda yg memegang kuasa tertinggi.
Struktur ptadbiran belanda dikenali sbg binenland bestuur yg tdiri drpd gabenor jeneral,
residen, penolong residen, dan controleur. Bupati dilantik oleh gabenor jeneral atas
cadangan residen dan pnolong residens. Pada awalnya, para bupati dipilih dan dilantik
bdasarkan keturunan, trutama anak lelaki sulung dlm keluarga, kemudiannya, pelantikan
bupati mengikut beberapa syarat spt pencapaian pendidikan
Penutup:
Dengan kehadiran penjajah belanda, sistem pemerintahan tradisional digantikan dgn sistem
pemerintahan colonial yg mana penjajah sbg pihak yg menguasai manakala msyarakat
peribumi mrupakan pihak yg harus tunduk kpd sgala peraturan pihak kolonial.
Soalan 126: Huraikan kesan penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran
di Myanmar pada abad ke-19.
Pendahuluan
Dalam kehadiran kuasa Barat di Asia Tenggara telah membawa pelbagai perubahan dalam
sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Perubahan yang dibawa oleh British di
Myanmar telah menyebabkan berlakunya penentangan rakyat tempatan. Mereka berasa
tidak puas hati kerana kepentingan mereka terjejas dan terpaksa menerima pendidikan
Barat yang bersifat tegas, memonopoli serta membebankan mereka dengan pelbagai jenis
cukai.
Tujuan perubahan ini adalah untuk membolehkan kuasa barat mengukuhkan kedudukan
mereka di tanah jajahan.
Isi-isi Penting
1)

Penghapusan Sistem Pentadbiran Tradisional

Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan setelah British berjaya menawan
Myanmar Utara. British menjadikan ketiadaan putera raja yang layak untuk ditabalkan
sebagai waris takhta kerajaan sebagai alasan untuk menghapuskan sistem beraja di
Myanmar. Sistem pentadbiran tradisional seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw, dan
Thatnabaing dihapuskan. British melantik sebahagian daripada ahli Hutdaw sebagai
pegawai kerajaan yang bergaji tetap. Namun, mereka tidak mendapat kerjasama dan
penghormatan daripada penduduk tempatan kerana bekerja dengan pihak British. Desakan
daripada penduduk tempatan agar sistem Thatnabaing dikekalkan telah ditolak oleh pihak
British.
Sir Charles Crosthwaite telah merancang untuk menjadikan kampung-kampung sebagai
unit pentadbiran supaya kesalahan jenayah dapat dipertanggungjawabkan kepada
lingkungan kawasan tersebut. Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar
diperkenalkan untuk membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan.
Berdasarkan undang-undang tersebut, ketua kampung akan dilantik sebagai pegawai
kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan mengutip cukai di kawasan
kampung mereka.

2)

Pelaksanaan Sistem Pentadbiran India di Myanmar

British telah menggunakan corak pentadbiran berdasarkan Dasar Liberal yang disesuaikan
dengan pentadbiran tempatan di wilayah Pegu. Wilayah Pegu dibahagikan kepada 5 buah
daerah dengan setiap daerah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Daerah berbangsa
Inggeris. Daerah-daerah pula dibahagikan kepada bandar-bandar kecil di bawah seorang
Pegawai Bandar atau Myo-ok. Setiap bandar dipecahkan kepada sistem bulatan dengan
seorang ketua sebagai penasihat. Sistem ini mirip dengan sistem di India kerana pegawaipegawai Inggeris yang dilantik pernah berkhidmat di Benggala dan Madras, India.
Myanmar Utara pula dibahagikan kepada 14 buah daerah. Pesuruhjaya British yang
pertama, Sir Charles Bernard mengusulkan supaya pentadbiran awan dan pungutan cukai
dijalankan melalui wakil-wakil tempatan dan mengikut peraturan tempatan. Namun,
pengganti beliau, Sir Charles Crosthwaite menjalankan pentadbiran mengikut sistem di
India.
3)

Penubuhan Dewan Perundangan

Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan terhadap
sistem pentadbiran di peringkat pusat. Jawatan Ketua Pesuruhjaya, iaitu ketua eksekutif
pada peringkat pusat telah dinaikkan menjadi Leftenan Gabenor. Leftenan Gabenor
Myanmar yang pertama ialah Arthur Phayte. Bagi membantu Leftenan Gabenor dalam
pentadbiran, Majlis Perundangan ditubuhkan. Terdapat 9 orang ahli yang terdapat dalam
majlis ini yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan ahli-ahli terpilih.
Selepas tahun 1897, British melakukan beberapa perubahan dalam dasar penjajahannya di
Myanmar, seperti; Mewujudkan jawantan-jawatan tinggi untuk menambahkan kecekapan
pentadbiran. Terlibat secara aktif dalam hal ehwal kerajaan untuk memajukan kegiatan
ekonomi dan Meningkatkan kebajikan rakyat Myanmar.
Pada tahun 1909, jumlah anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 15 orang.
Pada tahun 1920, anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 30 orang.
Golongan pedagang mempunyai wakil terbesar dan diikuti beberapa orang Myanmar
sebagai anggota dewan tersebut.
Penutup
Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh pihak British dalam sistem pentadbiran di
Myanmar ini telah membangkitkan perasaan cinta akan negara dalam kalangan rakyat
tempatan serta keinginan untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British.
Keadaan ini berlaku apabila rakyat tempatan mula menyedari tentang kepentingan sebuah
negara yang merdeka.
Soalan 127: Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Indonesia
Pendahuluan
Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang hanya dilaksanakan untuk menampung
keperluan harian. Hasil yang dikeluarkan tidak bertujuaan untuk dijual atau di perdagangkan.
Lebihan yang ada akan diperdagangkan atau di tukarkan kepada keperluan asas yang lain.

Kegiatan yang dilakukan tertumpu kepada pertaniaan padi, perikanan secara kecil-kecilan,
penternakan, dan pemungutan hasil hutan. Kegiatan tersebut tidak memerlukan modal yang
besar dan peralatan yang di gunakan ialah peralatan primitif yang digunakan oleh keturunan
yang terdahulu.
Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan
kelebihan untuk diperdagangkan serta tidak wujud satu pengkhususan kerja yang jelas.
Kegiatan ekonomi sara diri ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh rakyat Vietnam dan
Indonesia sebelum kedatangan barat. Namun, masyarakat peribumi di Indonesia juga
menjalankan kegiatan ekonomi komersial. Ekonomi komersial merujuk kepada kegiatan
ekonomi yang bertujuan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian sekeluarga tetapi
juga di perlukan sebagai asas dalam pertukaran atau penjualan barangan.
Isi-isi Penting:
A.

Pertanian

Kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia ialah penanaman padi. Padi di tanam di
sepanjang dataran pantai lanar, lembah, lembangan, dan lereng gunung berapi yang di
teres. Penanaman padi sawah di usahakan secara giat di pulau jawa dan Madura kerana
kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan. Padi sawah di tuai pada bulan april setiap
tahun dengan menggunakan kaedah primitive.
Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga di tanam oleh masyarakat
peribumi Indonesia. Padi ini di tanam di kawasan timur jawa yang lebih kering dan dilereng
bukit yang tinggi. Kaedah penanaman padi bukit ialah sesuatu yang primitive, iaitu tebang
dan bakar. Sebelum musim hujan, petani akan membakar kawasan hutan. Pembakaran
hutan akan dilakukan sebanyak 3 kali untuk memastikan kesuburan tanah. penanaman padi
bukit hanya akan berlaku selama 2 hingga 3 tahun diatas kawasan yang sama. Selepas itu,
petani akan berpindah ke tempat lain dan melakukan kaedah yang sama.
Selain penanaman padi huma, tanaman lain seperti ubi kayu dan tanaman berasaskan ubi
juga di tanam untuk menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga penting sebagai
bahan makanan dalam ekonomi sara diri. Jagung di tanam di Madura, jawa timur, dan
sumatera. Tanaman ini di perkenalkan oleh portugis pada abad ke-16.
Masyarakat Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu di tanam di wilayah Cheribon,
dataran pantai utara, bahagian tengah jawa, Jogjakarta, dan Surakarta. Kelapa terdapat di
seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi,
hujan lebat, dan tanah yang berlumpur.
Masyarakat peribumi Indonesia menanam rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala,
dan kayu cendana. Bunga cengkih banyak di tanam di pulau-pulau Maluku, buah pala di
pulau Bonda, dan kayu cendana di pulau timur.
B.

Perusahaan

Perusahaan batik di usahakan oleh masyarakat peribumi Indonesia. Perusahaan batik di


jalankan secara kecil-kecilan di jawa tengah. Aktiviti ini di lakukan sebelum musim menuai
padi pada musim memungut hasil tanaman.

Masyarakat jawa meghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung,
kupu-kupu, buah-buahan, dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan pada satu
generasi kepada generasi yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik akan di ajar oleh
ibu kepada anak perempuan mereka.
Kesimpulan
Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati
keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Ekonomi telah menjadi pesat dalam bidang
pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas.
Masyarakat peribumi yang menjadi buruh diladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah,
dan diperhambakan. Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan
nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20.
Soalan 128: Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Myanmar.
Pendahuluan
Masyarakat peribumi menjalankan kegiatan ekonomi tradisional berasaskan tanaman seperti
beras, sekoi, minyak sayuran, ikan, garam, sutera, kapas, barang tembikar dan senjata.
Dasar pemerintahan kerajaan Myanmar memang tidak berminat menjalankan perdagangan
dengan negara-negara luar kerana mampu menyediakan keperluan sendiri.
Namun, penjajahan British di Myanmar telah mengubah kegiatan ekonomi tradisional
kepada ekonomi komersial yang mendorong perkembangan ekonomi yang pesat bukan
sahaja dalam bidang pertanian bahkan dalam bidang perdagangan, perlombongan dan
kemajuan kemudahan asas.
Isi-isi penting
1)

Kemajuan kegiatan pertanian


Beras. Perkembangan ekonomi yang paling menonjol di Myanmar kesan daripada
penjajahan British ialah perusahaan beras. Arakan dan Tenasserim berkembang pesat
sebagai kawasan penanaman padi semasa penjajahan British. Beras menjadi eksport
utama di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti tanah yang sesuai dan bekalan
air yang banyak. Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan eksport
beras di Myanmar.Hasil daripada perkembangan industri beras, Myanmar menjadi jelapang
padi utama di dunia. Kemajuan industri beras turut menggalakkan kemasukan orang india
untuk membantu pembangunan Myanmar yang kekurangan penduduk.

Kayu balak. Kayu jati ialah bahan eksport utama dalam kegiatan pembalakan di Myanmar.
Perkembangan kegiatan pembalakan di Tenssarim pada tahun 1830an telah mewujudkan
semula kepentingan perusahaan membina kapal pada tahun 1847. British telah
mewujudkan Jabatan Perhutanan pada tahun 1856. Jabatan ini di bawah seorang Ketua
Pemelihara Hutan dan tugas beliau adalah untuk memastikan kegiatan mendapatkan
sumber dari hutan dijalankan dengan sempurna dan betul.Syarat pembalakan dan
pengawalan ditetapkan dan hutan-hutan yang berharga di jadikan hutan simpan untuk
dipajakkan kepada pengusaha swasta.Perusahaan pembalakan di kuasai oleh beberapa
buah syarikat asing seperti Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.

2)

Kemajuan kegiatan perlombongan


Minyak. Telaga minyak dilombong semasa pemerintahan Raja-raja Burma dan
kebanyakkannya berpusat di Yenangyaung. Minyak digunakan dirumah untuk menyalakan
pelita dan mengawet kayu, tikar, dan kertas yang dibuat daripada daun palma. Keadaan
berubah setelah Syarikat Minyak Myanmar ditubuhkan oleh sebuah firma Britsh di Rangoon
pada tahun 1886 yang menjalankan kegiatan menggali minyak dan membeli pajakan
kerajaan serta persendirian.Setelah lima tahun beroperasi, hasil minyak berjaya menandingi
minyak tanah yang diimport dari AS di pasaran tempatan. Malah, syarikat ini mampu
mengeksport minyak ke India dan Pulau Pinang.

Bijih timah. Perusahaan bijih timah tidak sepenting industri minyak. Lombong- lombong di
Bawdwin menghasilkan timah hitam dan dimiliki oleh syarikat Myanmar. Perlombongan bijih
timah diusahakan oleh orang Cina.
Galian lain. Perlombongan emas dan batu permata dijalankan di kawasan Mogok. Syarikat
eropah memajakkan lombong emas dengan cukai sebanyak 315 ribu paun. Lombong perak
dibuka berhampiran Namtu pada penghujung abad ke-19. Lombong besi diusahakan di
Mawchi dan Karen.
3)

Kemajuan kemudahan asas

Pengangkutan air. Sungai Irrawaddy antara sistem perhubungan air yang penting ke
Bhamo di Myanmar Hulu. Menjelang tahun 1900, pengangkutan air sangat penting di
Myanmar. Syarikat Flotilla Irrawaddy memonopoli sistem pengangkutan jarak jauh manakala
Syarikat Flotilla Arracan mengendalikan kegiatan perdagangan di sepanjang pantai Arakan.
Landasan kereta api. Landasan kereta api pertama antara Rangoon dengan Prome siap
dibina pada tahun 1877. Landasan Rangoon-Tounggoo dibuka pada tahun 1885. Pada
tahun 1889, landasan ini disambung dengan Mandalay dan merentang hingga ke Myitkina
pada tahun 1898.
Penutup
Ekonomi Myanmar telah menjadi pesat setelah perluasan kuasa British dalam bidang
pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta kemudahan asas.
Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati
keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Masyarakat peribumi yang menjadi buruh di
ladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah dan diperhambakan.
Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan nasionalisme di
Myanmar pada abad ke-20.
Soalan 129: Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di
Indonesia
Pendahuluan
Belanda hanya memberi keutamaan terhadap pendidikan di Indonesia ketika pelaksanaan di
bawah Dasar Liberal, iaitu sekitar tahun 1870-1900.

Mengikut Dasar Etika, pendidikan penting supaya penduduk tempatan dapat menerima dan
menguasai tamadun Barat.
Isi-isi penting
1.

Pada tahun 1867, Jabatan Pelajaran ditubuhkan manakala system persekolahan


peringkat rendah dijalankan selama tiga tahun. Menjelang tahun 1892, terdapat kira-kira 516
buah sekolah di Indonesia. Pada tahun 1893, Belanda telah memperkenalkan dua jenis
sistem pendidikan, iaitu Sekolah Kelas Pertama dan Sekolah Kelas Kedua.

2.

Sistem pendidikan di Indonesia di Indonesia mengalami perubahan apabila Dasar Etika


diperkenalkan oleh Belanda. Pada tahun 1900 J. H Abendonan, Pengarah Pelajaran
Indonesia yang pertama telah menggalakkan penubuhan sekolah yang menngunakan
bahasa Belanda sebagai bahasa penghantar untuk anak-anak golongan pyiyayi.

3.

Sejak tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan khusus untuk anak-anak golongan
bangsawan atau priyayi dan golongan yang berpengaruh. Pada tahun 1900, Sekolah Jawa
yang didirikan khusus untuk golongan menengah kelas bawahan didirikan.

4.

Pada tahun 1907, sekolah desa disediakan untuk anak-anak petani. Sekolah desa atau
sekolah rakyat hanya setakat kelas III. Dengan kelulusan ini mereka layak untuk menjadi
rendah sahaja.

5.

Belanda juga telah mengadakan beberapa kursus dalam bahasa Belanda sebagai
persediaan kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke pelajaran ke peringkat
universiti. Bahasa Belanda diwajibkan dipelajari di sekolah menengah.
Penutup

Anak-anak peribumi Indonesia tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di sekolah menengah


dan institute pengajian tinggi kerana syarat kemasukan yang ketat.
Bilangan pelajar bumiputera Indonesia yang masuk ke institusi pengajian tinggi amatlah
sedikit kerana kebanyakan mereka tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi.
Soalan 130: Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di
Myanmar.
Pendahuluan:
Pendidikan secular diperkenalkan di Myanmar berikutan penjajahan British di Negara
tersebut. Sistem pendidikan Barat telah melemahkan sistem pendidikan tradisional yang
berlandaskan agama Buddha di Myanmar.
Dasar pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan pendidikan tahap rendah
dan asas kepada masyarakat pribumi.
Isi-isi penting:
1.

Penjajah British telah mengubah sistem pendidikan di Myanmar. pendidikan secular dan
mubaligh yang diperkenalkan menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. penggunaan
bahasa Myanmar tidak begitu penting dengan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris.

2.

Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan bantuan kewangan


diberikan kepada sekolah-sekolah agama kristian yang dimulakan oleh mubaligh Roman
Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptist.

3.

Sistem pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-an.perubahan yang dilakukan


seperti peperiksaan wilayah diadakan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah boleh
melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta. Maktab Ragoon ditubuhkan pada tahun 1884
bertujuan menyediakan penuntut mengambil ijazah luar Universiti Calcutta.

4.

British membina lebih banyak sekolah menengah Inggeris selain mengekalkan sekolahsekolah kebangsaan Myanmar yang menggunakan bahasa Myanmar sebagai bahasa
pengantar.

5.

Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakan sekolah sukarela


menubuhkan kerajaan.kesannya,menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan
sebuah maktab Baptist yang kecil di Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi orang
Karen.

6.

Penubuhan sekolah teknikal untuk kemahiran ukur-mengukur, pengetahuan asas ilmu


kejuruteraan ,bidang kehutanan dan perbidanan. Menjelang abad ke-20,wujud 170,000
buah sekolah kebangsaan, 341 daripadanya dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan.
Penutup:

Kesan daripada pengenalan pendidikan Inggeris,lahir golongan intelektual Myanmar yang


berpendidikan Barat.
Kecewa dengan dasar pilih kasih pihak penjajah akhirnya mendorong kemunculan gerakan
nasionalisme berunsur radikal untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.
3.1.1 Gerakan Nasionalisme
3.1 Gerakan Nasionalisme
3.1.1. Faktor kemunculan
Soalan 131: Bincangkan faktor-faktor luar yang mempengaruhi kesedaran politik di
Asia Tenggara dari tahun 1900 - 1941.
Pendahuluan:
Peristiwa yang berlaku di negara luar berhubung dengan perkembangan nasionalisme telah
menjadi inspirasi kepada pejuang nasionalis tempatan di negara-negara Asia Tenggara
untuk berjuang menentang penjajah barat. Pada keseluruhannya, gerakan nasionalisme di
Asia Tenggara kecuali negara Thai berciri anti penjajahan.
Gerakan nasionalisme disebabkan oleh dasar penjajahan barat. Seterusnya pengaruh luar
iaitu dari Eropah, Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tenggara sendiri memainkan peranan
penting bagi mempengaruhi gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.
Isi-isi Penting:

1.

Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah

dipelopori oleh Syeikh Muhammed Abduh dan golongan Al- Manar di Kaherah yang
mempengaruhi semangat kebangsaan di India dan Indonesia. idea-ideanya
memperjuangkan penyatuan umat Islam seluruh dunia, membebaskan agama Islam
daripada kepercayaan kolot atau ortodok, menyeru umat Islam merujuk kepada al-Quran
dan Hadis serta menggalakkan umat Islam mencapai kemajuan ekonomi dan sosial
kesannya Sarekat Dagang Islam melancarkan Perang Jihad terhadap Belanda dan
pemulihan ekonomi orang Jawa yang ditindas oleh orang China
2.

Perang Rusia Jepun (1904 1905)

melemahkan anggapan masyarakat Asia bahawa kuasa barat tidak boleh dikalahkan akibat
daripada kekalahan Rusia. kesannya mempengaruhi raktyat China yang dipimpin oleh Dr.
Sun Yat sen untuk menggulingkan Kerajaan Manchu
Chang Chin, seorang intelek China mengatakan kekalahan tersebut dapat mencerminkan
kemenangan perlembagaan dan kegagalan pemerintahan beraja. Kebangkitan Boxer 1900
memberi impak kepada Vietnam contohnya, Phan Boi Chau telah menubuhkan Viet Nam
QuangPhuc Hoi yang bercita-cita untuk membebaskan negaranya daripada Peranchis
3.

Kebangkitan di India

Gerakan kongres India menjadi perangsang kepada Myanmar yang dijajah oleh British
Pembaharuan Montagu Chelmsford dapat melatih orang India berkerajaan sendiri tetapi
tidak diperkenalkan di Myanmar. Myanmar menuntut agar perlembagaan yang sama dibuat
di Burma seperti di India.
4.

Revolusi 1917
Revolusi ini telah melahirkan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Comintern) yang
menyebarkan ideologi komunisnya di seluruh dunia

Comintern telah menghantar ejen-ejen ke Asia Tenggara untuk menubuhkan parti-parti


komunis tempatan, contohnya Ho Chi Minh yang ditugaskan di selatan China telah
menubuhkan Parti Komunis Indo-China
5.

Revolusi Eropah
Revolusi Amerika telah menentang parlimen British dan Revolusi Peranchis menentang
pemerintahan raja monarki dan mewujudkan raja berperlembagaan
Kesannya mempengaruhi Gerakan Katipunan di Filipina serta Pelajar-pelajar Thailand
melancarkan Revolusi 1932 untuk menentang kuasa mutlak raja
Kesimpulan:
Pengaruh luar ini telah menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan penduduk untuk
menentang penjajahan barat.Namun begitu pengaruh faktor dalaman juga menjadi
penggerak kepada pejuang-pejuang nasionalis Asia Tenggara menentang penjajah.Pada

peringkat awal penentangan mereka tidak berjaya tetapi menjelang abad ke-20 semua
negara yang dijajah berjaya mencapai kemerdekaan.
Soalan 132. Analisiskan faktor-faktor kemunculan
Indonesia.

Gerakan Nasionalisme di

Pendahuluan
Nasionalisme boleh ditaktrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk
membentuk sebuah negara bangsa . Gerakan nasionalisme secara umumnya bertujuan
menegakkan kebebasan individu atau negara daripada kongkongan dan penindasan Barat.
Di Indonesia dan Myanmar, gerakan nasionalisme lebih kepada gerakan kesedaran dalam
kalangan masyarakat peribumi ke arah perpaduan untuk mencapai kemerdekaan mutlak
dan membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat mengikut acuan mereka sendiri.
Perenggan Isi
1.

Pengaruh Agama

Pengaruh agama terhadap kemunculan nasionalisme begitu jelas sejak awal abad ke-20
melalui peranan yang dimainkan oleh pertubuhan berunsur Islam sebagai teras perjuangan
bangsa. Pertubuhan tersebut seperti Sarekat Dagang Islam, Sarekat Islam, Muhammadiyah
dan Nahdatul Ulama. Sarekat Dagang Islam ditubuhkan pada tahun 1909 oleh R.M
Tirtoadisurjo dengan kerjasama persatuan Pedangang Arab Indonesia. Sebuah
cawangannya ditubuhkan di Bogor oleh Haji Semanhoedi, seorang pedangang kain batik
yang hampir muflis. Beliau ingin melindungi kepentingan golongan pedangang batik Islam
agar mereka dapat bersaing dengan pedangang batik Cina. Agama islam digunakan
sebagai alat penyatuan pedagang batik Islam supaya bersatu padu menentang penindasan
pedangang batik Cina.
Pada tahun 1912, pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan oleh Kiyai Haji Ahmad Dahlan.
Dalam perjuangannya, menekankan pentingnya penyebaran ajaran agama Islam yang sejati
berlandaskan Al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup untuk menentang ancaman
sekularisme dan perkembangan agama Kristian dia Indonesia. Nahdatul Ulama di bawah
pimpinan Kiyai Hashim Ashari merupakan sebuah pertubuhan ortodoks. Namun, pertubuhan
ini juga menggunakan agama Islam untuk menyatukan umat Islam menentang penindasan
Belanda dan menghadapi ancaman penyebaran Kristian.
2.

Peranan Bahasa dan Kesusasteraan


Belanda tidak menggalakkan penggunaan bahasa Belanda dalam kalangan orang
Indonesia. Kerajaan Belanda tidak membenarkan orang Indonesia menggunakan bahasa
Belanda, malah kerajaan Belanda sendiri menggunakan bahasa Indonesia dalam urusan
penradbirannya di Indonesia. Dengan demikian, kedudukan bahasa Indonesia
diperkukuhkan lagi. Bahasa Indoneia menjadi alat penyebaran maklumat yang paling
berkesan dalam kalangan masyarakat Indonesia.

Karya Raden Adjeng Kartini bertajuk Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang
Puteri Jawa berjaya membangkitkan semangat nasionalisme. Melalui karya tersebut, Raden

Ajeng Kartini berjaya mendedahkan kemunduran bangsa Indonesia yang ditindas dan
dicengkam oleh penjajah Belanda.
Penggunaan bahasa Indonesia pada zaman pendudukan Jepun telah memperkukuhkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat tempatan. Ini dapat menghapuskan
sifat kedaerahan orang Indonesia. Bahasa Indonesia telah menjadi satu lambing perpaduan
yang mengikut kaum-kaum yang ada di Indonesia.
3.

Pengaruh Kewartawanan

Selepas Raden Ajeng meninggal dunia, usaha memperjuangkan pendidikan untuk kaum
wanita diteruskan oleh sebuah pertubuhan wanita yang bergelar Putri Merdeka (1912).
Pertubuhan ini menerbitkan Wanita (1913) dan Putri Merdeka (1916) untuk menyebarkan
idea-idea baharu, menuntut hak-hak wanita mendapat pendidikan moden, mengritik amalan
sosial, dan ketidakadilan terhadap kaum wanita. Putri Merdeka membangkitkan isu poligami
dan sekolah campuran.
Dr.Wahidin Sudira Husodo menyebarkan idea tentang keperluan pendidikan moden
terutamanya ilmu perubatan melalui terbitannya, iaitu Retno Dumilah. Parti Nasional
Indonesia berjuang menyalurkan idea nasionalisme dan kemerdekaanya melalui penerbitan
surat khabar Banteng Priangan di Bandung dan Persatoean Indonesia di Jakarta.
4.

Peranan Pendidikan

Pentadbiran Belanda mengutamakan anak Priyayi. Golongan ini diberi pendidikan tersendiri
dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sekoalah Eerste Klasse, iaitu sebuah
sekolah elit tahap tinggi berasaskan model Barat dibina untuk anak-anak golongan Priyayi,
golongan bangsawan dan golongan berada. Antara tahun 1900 hingga 1921, Sekolah
Doktor Jawa dimajukan menjadi sekolah latihan doktor (STOVIA). STOVIA disediakan untuk
rakyat biasa daripada pelbagai lapisan masyrakat seperti anak petani, polis, pegawai
kerajaan, guru, dan golongan bangasawan yang berasal dari pelosok Indonesia. STOVIA
menjadi pusat perbincangan dan perbahasan idea nasionalisme dalam kalangan pelajar.
Perkembangan pendidikan Barat membolehkan kemunculan golongan elit berjuang dan
memimpin penduduk tempatan ke arah nasinonalisme dan kemerdekaan. Golongan ini
terdedah dan terpengaruh dengan idea-idea liberal seperti demokrasi, sosialisme, dan
nasiaonalisme. Golongan elit sedar dasar pihak penjajah yang menekan dan menindas
penduduk tempatan. Nasiaonalisme perpendidikan Islam memainkan peranan menubuhkan
pertubuhan berteraskan ajaran agama Islam sebagai asas perjuangan mereka untuk
menentang orang kafir dan perluasan penyebaran agama Kristian.
5.

Peranan Golongan Intelektual

Sehingga tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang
untuk memajukan masyarakat peribumi dalam aspek sosial, kebudayaan, agama, dan
ekonomi. Perjuangan mereka bersifat sederhana. Apa yang penting bagi golongan
intelektual ini ialah kesedaran dalam kalangan masyarakat peribumi untuk menggunakan
pendidikan dan agama sebagai alat kemajuan dan perpaduan.

Antara golongan intelektual yang memainkan peranan pada tahap awal gerakan
nasionalisme Indonesia ialah Raden Adjeng Kartini, Dr. Wahidin Sudira Husodo, Omar Said

Tjokroaminoto, Haji Ahmad Dahlan, dan Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan
peranan utama dalam gerakan nasionalisme radikal selain golongan intelektual seperti R.M.
Sartono, Muhammad Tabrani, Dr. Mohammad Hatta dan Sutan Syahrir.
6.

Pengaruh Luar

Reformis Islam di Timur Tengah. Gerakan Reformis Islam di Mesir meningkatkan


kesedaran dalam kalangan umat islam di Indonesia untuk membela nasib bangsanya.
Pembaharuan dalam agama Islam haruslah dibuat demi memajukan umat Islam sedunia.
Gerakan ini tidak menolak sepenuhnya pengaruh Barat. Apa yang penting bagi umat Islam
ialah kebebasan berfikir dan kesedaran bahawa agama Islam dalam bentuk yang suci dan
mulia menjadi alar kemajuan. Gerakan Reformis islam mempengaruhi pebuhan Sarekat
Islam dan Muhammadiyah dalam perjuangannya untuk menegakkan kekuatan umat islam
daripada ancaman pengaruh asing dan agama Kristian.
Dasar Perjuangan Mahatma Gandhi di India. Gerakan menentang kerajaan colonial
British di India mempengaruhi perjuangan para nasionalis di Indonesia. Kepimpinan Budi
Utomo yang dibantu oleh golongan bangasawan Jawa diilhamkan oleh perjuangan
Mahatma Gandhi.
Penutup
Kemunculan gerakan nasionalisme di Indoensia dan Myanmar disebabkan pelbagai factor
sepeti pengaruh agama, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan,
peranan pendidikan, peranan golongan intelektual dan pengaruh luar.
Soalan 133: Jelaskan Faktor-faktor kemunculan Gerakan Nasionalisme Di Myanmar
Pendahuluan
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada
gerakan membebaskan tanah air. Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan
nasionalisme di Myanmar. Gerakan Nasionalisme merupakan tindak balas masyarakat
menentang susunan politik, sosial, dan ekonomi yang dibina di negara mereka kesan
daripada penjajahan Barat.
Terdapat beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Myanmar seperti pengaruh agama
islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, dan peranan
pendidikan.
Isi-isi penting
1.

Pengaruh agama
Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan .
Agama buddha menjadi mekanisme penting untuk meraih sokongan rakyat. Kemunculan
nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya diketuai oleh golongan sami Buddha
kerana kedudukan dan pengaruhnya terancam ekoran penjajahan British di Myanmar.
Pertubuhan terawal ialah sasanadara (1897) dan diikuti Persatuan Agama Maktab Rangoon
(1904).

2.

Peranan Bahasa Dan Kesusasteraan

Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh buah kumpulan etnik yang terbesar yang
mempunyai bahasa dan kesusteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon , Arakan, dan
Shan. Bahasa Myanmar menjadi alat penting dalam menyatukan ideology politik dan
nasionalisme. Penggunaan bahasa Myanmar memudahkan ide nasionalisme disampaikan
ke seluruh Negara melalui propaganda dan ceramah yang disampaikan oleh pejuang
nasionalis. Mereka banyak menulis karya kesusasteraan seperti sajak,cerpen, dan novel
yang mengkritik penjajah British dan menyampaikan idea-idea Demokrasi dan
kemerdekaan.
3.

Peranan Golongan Intelektual


Di Myanmar, golongan intelektual menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Mreka
terdiri daripada golongan berpendidikan Barat seperti Dr.Ba Maw, U Pu, U Thein Maung,
dan U Ba Pe. Golongan ini telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha dan telah bergabung
dengan pemimpin pelajar di Universiti Rangoon untuk melancarkan mogok dan bantahan
menentang dasar British. Peranan golongan intelek telah menyebabkan penyebaran idea
nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Myanmar serta mendapat sokongan
rakyat.

4.

Pengaruh Kewartawanan
Surat khabar dan majalah juga menjadi pemangkin kepada penyebaran dan kesedaran
kebangsaan di Myanmar. Akhbar dan majalah yang dicetak dalam bahasa inggeris dan
bahasa Myanmar serta suku minoriti lain membolehkan idea-idea nasionalime disebarkan
dengan cepat dan meluas dalam kalangan penduduk peribumi. Kebanyakkan wartawan dan
penulis mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British di Myanmar, dan kedudukan
agama Buddha serta masyarakat peribumi yang ditindas semasa pemerintahan British.
Penutup

Kesimpulannya, kemunculan nasionalisme di Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor


seperti pengaruh agama islam, peranan bahasa dan kesusasteraan, pengaruh
kewartawanan, dan peranan pendidikan.
Soalan 134: Jelaskan peranan agama dalam mempengaruhi gerakan nasionalisme di
Myanmar sebelum Perang Dunia Kedua.
Pengenalan
Nasionalisme ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajah kerana
wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Perjuangan nasionalisme
dikatakan bermula di Myanmar sejak campur tangan British pada tahun 1942. Nasionalisme
di Myanmar pada peringkat awal adalah bersifat keagamaan dan kebudayaan yang diterajui
oleh golongan agama.
Hal ini kerana agama Buddha telah ditindas semasa British memerintah. Tidak ada
pengiktirafan diberikan kepada golongan agama tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan
beberapa buah persatuan agama muncul bagi menghidupkan kembali agama Buddha yang
telah merosot.
Isi-isi Penting:

a)

Perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah berlandaskan


agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan
kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Myanmar. Pertubuhan
agama terawal ialah Persatuan Sasanadara yang ditubuhkan pada tahun 1897 di Mandalay
oleh U Shway Thwin. Persatuan ini bertujuan memajukan kehidupan sosial orang Myanmar
dengan menganjurkan sekolah-sekolah agama Buddha. Pada tahun 1904 pelajar dari
Maktab Rangoon menubuhkan Persatuan Agama Maktab Rangoon bagi membincangkan
hal-hal berkaitan dengan agama.

b)

Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan
ketua hierarki agama, Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal
ini menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak
atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat
dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, Oleh itu, golongan pongyi merasa
terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam
masyarakat Myanmar. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat
secara beransur-ansur merosakan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Myanmar.
Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang berpolitik menguasai perjuangan nasionalis
apabila mereka menjalankan perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi
(GCSS). Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik
ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap
pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang beragama Buddha serta
keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami pergerakan nasionalis dengan
cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah menukarkan pergerakan
nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang disukai ramai.

c)

Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Myanmar amat dibimbangi
oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha
memulihkan kepercayaan terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk
galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. Antara usaha pembaharuan
agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan
persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan
agama yang aktif dalam penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemudapemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali sebagai Young
Men Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun 1906.

d)

YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon


(Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal,
kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek pelajaran,
pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas
dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, Buddha Penyelamat
Kita dan Raja, untuk memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka. YMBA
mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan
pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang
dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat sederhana. Kewujudan
pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali membangkitkan isu
kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar
menghormati agama masyarakat pribumi. Hali ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat
British yang mencemar dan melanggar peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut

mereka apabila memasuki kuil. Ini dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian
rumah ibadat masyarakat Myanmar. Masalah kasut menjadi satu agenda utama dalam
persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana
British memandang ringan hal tersebut.
e)

YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan, jika ia
mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan
kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar. Hasilnya, pada tahun
1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang memberi
sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk mendapat
sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan masalah kasut.
Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini sebagai badan
pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang
terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah masalah kasut. Kerajaan telah mengambil tindakan
mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan telah
mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.

f)

Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San


kerana ia dipimpin oleh Saya San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi
berfikiran politik. Saya San dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja
Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan
kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme. Gerakan awal Saya
San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. kira-kira 1500 orang
datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Walau
bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah ditangkap
dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931. Namun demikian, pemberontakan ini
telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Myanmar.
Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari markas Saya San
melancarkan kebangkitan di Yamethin, Myanmar Tengah akibat pemilikan tanah oleh
golongan ceti secara melampau.
Kesimpulan

Jelaslah kebangkitan-kebangkitan agama ini telah menjadi perangsang kepada


perkembangan semangat kebangsaan kemudiannya. Selepas tahun 1935, golongan
Pongyi diganti oleh golongan Thakin yang telah mengambilalih pimpinan gerakan
kebangsaan Myanmar.
Soalan 135: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di
Indonesia
Pendahuluan

Sehingga tahun 1912, golongan intelektual Indonesia lebih memainkan peranan berjuang
untuk memajukan masyarakat peribumi dalam aspek social, kebudayaan, agama, dan
ekonomi.Perjuangan mereka bersifat sederhana. Antara golongan intelektual yang
memainkan peranan pada tahap awal gerakan nasionalisme Indonesia ialah Raden Adjeng
Kartini, Dr. Wahidin Sudiro Husodo, Omar Said Tjokroaminoto, Haji Ahmad Dahlan, dan
Kiyai Hashim Ashari. Soekarno memainkan peranan utama dalam gerakan nasionalisme

radikal selain golongan intelekual seperti R.M Sartono, Muhammad Tabrani, Drs.
Mohammad Hatta,dan Sutan Syahrir.
Isi-isi penting
Raden Adjeng Kartini
Mendapat pendidikan Barat. Menubuhkan sebuah sekolah di japara untuk anak perempuan
pegawai Indonesia. Menyedari pentingnya pendidikan moden demi kemajuan
Negara.Berpendapat bahawa Indonesia mestu standing dengan orang Eropah dalam
pendidikan.
Meningal dunia ketika berumur 25 tahun. Kematiannya tidak membantutkan gerakan ke
arah memerjuangkan hak-hak wanitauntuk mendapatkan pendidikan.
Dr. Wahidin Sudiro Husodo
Menubuhkan Budi Utomo pada tahun 1908.Tujuannya adalah untuk mencapai kemajuan
kebudayaan dan pendidikan orang jawa.
Beliau dibantu oleh dua orang penuntut sekolah perubatan di Betawi, iaitu Raden Soetomo
dan Raden Goenawan Mangoenkoesoemo.pertubuhan ini lebih bersifat Jawa-centric.
Omar Said Tjokroaminoto
Menubuhkan Sarekat islam pada tahun 1912. Sarekat islam berasal dari Sarekat Dagang
islam yang bertujuan melindungi pedagang Batik Jawa daripada persaingan pedagang cina
yang menguasai ekonomi Indonesia dan memajukan kepentingan islam serta kedudukan
sosioekonomi penduduk Indonesia.
Sarekat islam menggunakan islam sebagai lambang penyatuan dan persaudaraan dalam
usaha menentang kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia.
Kiyai Haji Ahmad Dahlan

Menubuhkan Muhammadiyah yang dipengaruhi oleh gerakan reformis islam.


Muhammadiyah menekankanpentingnya menyebarkanajaran islam yang sejati berdasarka
al- quran sebagai pengangan hidupuntuk menentang ancaman sekularisme dan
perkembangan agama kristian.

Muhammadiyah juga aktif dalam penubuhan sekolah , klinik, masjid dan perpustakaan.
Muhammadiyah tidak berunsurkan politik.
Soekarno
Memimpin Parti Nasional Indonesia ( PNI ) Pada tahun 1927. Berpendapat bahawa
penyatuan dan perpaduan rakyat Indonesia adalah perlu untuk mencapai kemerdekaan
mutlak.
Mengamalkan
dasar
tidak
bekerjasama
dengan
belanda
dalam
perjuangannya.Melibatkan diri dan mempopularkan Partindo.
Mengemukakan lima prinsip rakyat, iaitu, Pancasila yang digunakan sebagai garis panduan
kea rah penubuhan sebuah republic Indonesia yang berdaulat . Mengumumkan

kemerdekaan Indonesia pada tahun 17 Ogos 1945. Akhirnya , PBB Bersatu memaksa
kerajaan belanda memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada tahun 1949.
Penutup
Indonesia Berjaya mencapai kemerdekaannya selepas setu siri pemberontakan dan
peperangan belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke
Indonesia selepas tamatnya Peran dunia kedua.
Selain itu, Kerajaan belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27
Disember 1949 setelah pihak belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah
mereka di Indonesia.
Soalan 136: Bincangkan peranan golongan Thakin (intelektual) dalam gerakan
nasionalime di Myanmar sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua
Pengenalan

Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Burma sebelum perang


dunia kedua dapat dikesan melalui penubuhan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906,
Persatuan Dobama pada tahun 1930, dan Liga Pemuda Burma pada tahun 1931.

Pada tahun 1935, Persatuan Dobama dan Liga Pemuda Burma telah bergabung
membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya menggelar diri mereka
dengan gelaran Thakin yang bermaksud Tuan.

Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Burma daripada pihak


British.
Isi-isi penting

a.

Melancarkan Pemogokan

Pada tahun 1935, pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San, Thein Pei,
Rashid, Thi Ham, Kyaw Nyien dan Ko-Ohn telah menguasai jawatan kuasa kerja Persatuan
Pelajar Universiti Ranggoon. Pada bulan Februari 1936, pelajar-pelajar Universiti Ranggoon
yang dipengaruhi oleh golongan Thakin telah melancarkan satu pemogokan bagi
membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin UNU(Presiden Persatuan
Pelajar Universiti Ranggoon) dan Aung San, Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti
Ranggoon. Tindakan disiplin ke atas UNU dikenakan kerana beliau telah membuat ucapan
yang mengkritik pentadbiran Universiti dan ke atas Aung San kerana beliau membuat
tuduhan yang memburukkan nama seorang pensyarah.

Pemogokan ini merebak ke sekolah-sekolah menengah di sekitar Ranggoon. Pemimpinpemimpin Thakin dan pelajar-pelajar mengambil peluang ini untuk menuntut pindaan kepada
Akta Universiti 1920. Pemogokan ini membolehkan pemimpin-pemimpin Thakin muncul
sebagai pembela nasionalisme Burma. Kepopularan mereka semakin bertambah dalam
kalangan rakyat Burma apabila beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta Universiti pada
tahun 1939 seperti yang diminta oleh golongan Thakin.

b.

Penglibatan dalam Pilihanraya

Golongan Thakin telah melibatkan diri dalam politik untuk memperjuangkan ekonomi
dan melakukan usaha-usaha gerakan Kebangsaan utuk mencapai kemerdekaan.

Justeru, pada tahun 1936 golongan Thakin telah mengambil bahagian dalam pilihan
raya yang pertama di Burma melalui parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin. Parti
Komin-Kochin memenangi 3 kerusi sahaja.

c.

Menubuhkan Persatuan-Persatuan

Di bawah pengaruh idea Marxist, golongan Thakin telah menubuhkan perstuanpersatuan untuk mendapatkan sokongan golongan petani dan pekerja. 1938, Thakin Mya
telah menubuhkan Persatuan Kaum Petani Se Burma dan Liga Penanaman Padi Se Burma.
Golongan Thakin telah mencadangkan beberapa pembaharuan cukai bagi membantu
petani.

1940, Thakin Ba Swe telah menubuhkan Kongres Buruh Seluruh Burma bagi
menyelaraskan kegiatan pertubuhan Buruh di seluruh Burma bagi menentang British. 19381940, golongan Thakin telah menganjurkan pemogokan dalam kalangan pekerja-pekerja
Syarikat Minyak Burma. Golongan Thakin menjadi semakin popular dalam kalangan
golongan pekerja dan petani.

d.

Menubuhkan Blok Kebebasan

1939, ketika meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, golongan Thakin telah
bertindak menubuhkan Blok Kebebasan bersama-sama Dr. Ba Maw. Tujuannya untuk
menuntut beberapa konsesi daripada pihak kerajaan bagi penyertaan Burma dalam Perang
Dunia Kedua. Tuntutan mereka mendapat sokongan golongan rakyat melalui golongan
Pongyi (sami-sami Buddha).

Sementara U Pu, Perdana Menteri Burma memberi jaminan kepada British bahawa
Burma akan bantu British dalam Perang Dunia Kedua tanpa syarat. Golongan Thakin telah
bertindak melancarkan kempen anti-perang dengan menyeru rakyat Burma memulau
rancangan perang kerajaan Burma. Kerajaan Burma telah bertindak menangkap pemimpin
Thakin dan Dr. Ba Maw. Sementara Thakin Aung San bersama Thakin lain telah melarikan
diri ke China. Sementara Blok Kebebasan diharamkan.

e.

Mengadakan Pakatan Dengan Jepun

1941, Thakin Aung San telah membuat pakatan dengan Jepun dan bersetuju membantu
Jepun menawan Burma dari British. Jepun pula berjanji akan memberi kemerdekaan
kepada Burma.

Ramai Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di Jepun dan menubuhkan Tentera
Kemerdekaan Burma pada tahun 1941.

f.

Membantu Serangan Jepun ke atas Burma dan Kemerdekaan Burma 1943.


Jepun telah melancarkan serangan ke atas Burma pada bulan Disember 1941 dengan
bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma. Jepun telah Berjaya
menawan seluruh Burma menjelang bulan Mei 1942.

g.

Pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan mereka menganggap sebagai


pembela nasionalisme Burma. Atas usaha-usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi
kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943. Sebuah kerajaan baharu ditubuhkan
dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baharu ini dipengaruhi oleh
golongan Thakin yang memegang banyak jawatan dalam kabinet.
Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist (LPRAF)

Jepun tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya kepada Burma.
Kuasa sebenar masih dipegang oleh pihak Jepun. Justeru, pada tahun 1944 golongan
Thakin dengan pertubuhan nasionalis yang lain di Burma telah menubuhkan Liga
Pembebasan Rakyat Ani-Fasist bagi menentang Jepun.

LPRAF seterusnya menyebelahi British British pada bulan Mac 1945 dengan
mengisytiharkan penentangan terhadap Jepun secara terbuka. Pada bulan Ogos 1945,
Jepun menyerah kalah secara rasmi. LPRAF yang dikuasai oleh golongan Thakin telah
muncul sebagai pertubuhan nasionalis Burma yang utama.

h.

Kemerdekaan Burma 1948

Januari 1947, Thakin Aung San mengetuai delegasi Burma ke London bagi
membincangkan kemerdekaan Burma. April 1947, Kerajaan British bersetuju untuk
mengadakan pilihan raya Dewan Perhimpunan. British bersetuju untuk memberi
kemerdekaan dalam masa setahun.

Dalam pilihan raya Dewan Perhimpunan, LPRAF telah memenangi 171 kerusi daripada
182 kerusi yang dipertandingkan. Dewan Perhimpunan telah menggubal satu perlembagaan
baru bagi Burma selepas mereka. Pada 4 Januari 1948, Burma telah diisytiharkan
kemerdekaan dengan Thakin U Nu sebagai Perdana Menteri.
Kesimpulan

Penglibatan golongan Thakin dalam gerakan nasionalisme Burma adalah sangat penting.
Atas usaha merekalah masyarakat Burma telah berjaya disatukan.
Soalan 137: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di
Indonesia.
Pendahuluan

Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Indonesia. Gerakan


nasionalisme merupakan tindak balas masyarakat menentang susunan politik , social dan
ekonomi yang dibina di Negara mereka kesan daripada penjajahan barat.

Nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha untuk
membentuk sesebuah Negara bangsa. Kemunculan nasionalisme di Indonesia pada abad
ke -20 di sebabkan oleh factor-faktor seperti pengaruh agama , peranan pendidikan ,
golongan intelektual dan sebagainya.
Isi-isi Penting:
1.

Reformis islam di Timur Tengah

Gerakan Reformis islam di mesir meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat islam di
Indonesia untuk membela nasib bangsanya. Tokoh - tokoh yang berpengaruh ialah Syed
Jamaludin Al - Afghani dan Syeikh Muhamad Aduh. Gerakan ini memperjuangkan konsep
pan islamisme ( penyatuan dunia islam bagi menentang peluasan kuasa barat) dan
membebaskan agama islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan dengan ajaran
islam.
Pembaharuan dalam agama islam haruslah dibuat demi memajukan umat islam sedunia.
Gerakan ini tidak menolak sepenuhnya pengaruh barat. Apa yang penting bagi umat islam
ialah kebebasan berfikir dan kesedaran bahawa agama islam dalam bentuk yang suci dan
mulia menjadi alat kemajuan. Tulisan Syeikh muhamad Abduh disebarkan dalam majalah almanar. Gerakan Reformis islam mempengaruhi penubuhan Sarekat islam dan
Muhammadiyah dalam perjuanganya untuk menengakkan kekuatan umat islam daripada
ancaman pengaruh asing dan agama Kristian.
2.

Dasar perjuangan Mahatma Gandhi di India.

Gerakan menentang kerajaan colonial british di india mempengaruhi perjuangan para


nasionalis di Indonesia.
Kepimpinan Budi Utomo yang dibantu oleh golongan bangsawan jawa diilhamkan oleh
perjuangan Mahatma Gandhi.
Kesimpulan
Pengaruh luar banyak membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat Indonesia
untuk bangkit menentang penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa barat.
Pengaruh luar seperti Reformis Islam di Timur Tengah dan dasar perjuangan Mahatma
Gandhi sedikit sebanyak membuka mata dan minda rakya Indonesia untuk bersatu
menentang dan menangkis segala bentuk penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa
asing.
Soalan 138: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di
Myanmar.
Pendahuluan.

Awal abad ke-20 merupakan zaman gerakan nasionalisme di Myanmar.Gerakan


nasionalisme ini merupakan tindak balas masyarakat menentang penjajahan barat.
Nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai perasaan cinta akan tanah air dalam usaha
membentuk sebuah negara bangsa.

Gerakan nasionalisme secara umumnya bertujuan menegakkan kebebasan individu atau


Negara daripada kongkongan dan penindasan barat. Golongan nasionalis di Myanmar
memerhatikan golongan nasionalis di india untuk di jadikan inspirasi mereka.
Isi-isi penting
1. Gerakan kongres india

Gerakan kongres india menentang pemerintahan british yang di pimpin oleh Mahatma
Gandhi memberikan inspirasi kepada gerakan nasinalisme di Myanmar. Gerakan rakyat
yang bersifat penentangan awam (satyragha) dan penentangan pasif tanpa kekerasaan
menimbulkan perasaan kagum dalam kalangan kaum nasionalis Myanmar.
Sehingga tahun1937 ,Myanmar pernah disatukan dengan india .segala aktiviti nasionalis di
india di perhatikan oleh Myanmar. Pembaharuan Montagu-Chelmsford diluluskan untuk
memberi taraf berkerajaan sendiri kepada india .Akan tetapi ,pembaharuan ini tidak di
lakukan oleh Myanmar dengan alasan Myanmar belum bersedia kea rah berkerajaan
sendiri.
Rasa tidak puas hati dan penentangan dimulakan oleh YMBA, para pelajar,dan persatuan
politik sangha sametggi.British tiada pilihan selain memperkenalkan sisitem diarkidi
myanmar .akta kerajaan Myanmar diluluskan oleh parlimen british pada tahun 1921.
2. Perang dunia pertama (1914-1918)
Perang dunia pertama telah menyedarkan orang Myanmar bahawa ekonomi Myanmar
banyak bergantung kepada ekonomi dunia. Mereka tertarik dengan kata-kata presiden
amerika ,Woodrow Wilson tentang hak-hak semua Negara di dunia untuk menentukan nasib
Negara sendiri.
Rakyat Myanmar mendapati bahawa penjajah british tidak mematuhi Empat belas perkara
yang dilaungkan oleh Presiden Woodrow Wilson . Apa yang berlaku di Myanmar ialah
pemerasan,penindasan
dan
kesengsaraan
Negara
bukannya
idea
demokrasi,liberalisme,atau hak-hak memerintah Negara sendiri.
3. Revolusi Rusia 1917
Revolusi rusia atau revolusi Bolshevik 1917 berjaya menggulingkan pemerintahan raja
berkuasa mutlak di rusia. Revolusi ini menyebar idea komunisme yang mendukung prinsip
persamaan dan menentang kapitalisme dan imperialisme.
Nasionalis-nasionalis Myanmar tertarik dengan idea-idea menentang penjajah british dan
menuntut prinsip persamaan dalam peluang pentadbiraan ,pendidikan ,dan pekerjaan.
Penutup.
Apa-apa yang berkaitan
3.1.2 Parti Politik dan Persatuan
3.1.2 Parti Politik dan Persatuan
Soalan 139: Bincangkan peranan Sarekat Islam di Indonesia dalam gerakan
nasionalisme sehingga tahun 1920
Pengenalan
Pada tahun1909, R.M. Tirjoadisurjo telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam. Tujuan asal
Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan pedagang batik Islam supaya
mereka dapat bersaing dengan pedagang batik Cina. Agama Islam menjadi alat penyatuan,

persefahaman dan persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di Jawa. Pada tahun
1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam. Omar Said Tjokroaminoto
menjadi Presiden
Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam ialah mengukuhkan agama Islam bagi
menyaingi perkembangan agama Kristian dan mengembangkan kebudayaan Indonesia.
Sarekat Islam juga bermatlamat memajukan ekonomi dan kebajikan masyarakat tempatan
khususnya bidang pendidikan
Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada
800,000 orang pada tahun 1916. Sarekat Islam berperanan penting dalam gerakan
nasionalisme di Indonesia. Mulai tahun 1916, Sarekat Islam menunjukkan perjuangan politik
secara terbuka, Pada tahun 1917, Sarekat Islam menuntut kemerdekaan mutlak. Sarekat
Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial dan ekonomi
kepada kerajaan Belanda
Isi-isi penting:
Dalam aspek politik
Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan tuntutan berkerajaan sendiri
daripada Belanda. Sarekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis Daerah dan
memberikan kuasa yang lebih luas kepada Volksraad supaya menjadi satu badan
perwakilan yang mempunyai kuasa Legislatif
Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, Sarekat Islam menuntut hak mengundi diberikan
kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-majlis lain, hak
mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atas
Dalam aspek ekonomi
Sarekat Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri penting
seperti besi, tekstil, kertas, pengangkutan dan elektrik. Sarekat Islam menuntut supaya
dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa
Mereka menuntut Belanda mengadakan lebih banyak klinik yang memberikan rawatan
percuma kepada rakyat Indonesia. Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda
menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja maksima bagi pekerja
Mereka mendesak Belanda membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air
Dalam aspek sosial
Sarekat Islam menuntut undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam
dibatalkan
Mereka mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji
tetap kepada kiyai serta penghulu
Dalam bidang pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda menghapuskan diskriminasi
terhadap kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah

Mereka meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun
ke bawah. Kerajaan Belanda didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk
membolehkan pelajar Indonesia menuntut di luar negara . Mereka menuntut institusi
pendidikan Islam diberi subsidi
Mereka juga menuntut Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf sebagai
universiti
Kesimpulan
Berlandaskan kecenderungan terhadap keagamaan, Sarekat Islam mampu berjuang atas
isu-isu politik yang membolehkannya muncul sebagai organisasi massa pertama yang
terlibat dalam gerakan nasionalisme di Indonesia
Walau bagaimanapun pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai merosot. Ini disebabkan
oleh perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti itu
sendiri. Pemimpin Sarekat Islam seperti Semaun dan Darsono telah dipengaruhi oleh
komunis dan mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam
Pada tahun 1926, Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam kerana dituduh
terlibat dalam beberapa pemberontakan yang berlaku Pemimpin Sarekat Islam iaitu Omar
Said Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan
Soalan 140: Terangkan sebab-sebab penubuhan dan matlamat parti politik bagi Partai
Nasional Indonesia.
Pendahuluan
Pada tahun 1922, sekumpulan pelajar Indonesia di Holland telah menubuhkan perhimpunan
Indonesia. Setahun kemudian, perhimpunan Indonesia telah menegaskan rancangan
mereka untuk berjuang kea rah kemerdekaan Negara. Untuk mencapai hasrat tersebut,
Perhimpunan Indonesia menggabungkan usaha semua golangan masyarakat Indonesia dan
menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan kerajaan Belanda. Perhimpunan Indonesia
bersifat agresif dan radikal sejak penubuhannya di Holland.

Perhimpunan Indonesia berjaya mendapat sokongan ramai kerana memperjuangan


kemerdekaan. Antara tahun 1923 dan 1927,ahli-ahli Perhimpunan Indonesia yang pulang
ke Indonesia yang pulang ke Indonesia telah menubuhkan kelab-kelab pelajar di beberapa
buah Bandar. Kelab tersebut menjadi pusat perbincangan dan saluran idea perjuangan
Perhimpunan Indonesia.
Isi-isi penting:
Sebab-sebab dan matlamat penubuhan

1.

Mulai tahun 1927, peranan PNI dalam pergerakan nasional Indonesia amat besar. Antara
sebab dan matlamat penubuhan PNI adalah untuk menuntut kemerdekaan mutlak,
menyatukan rakyat Indonesia melalui gabungan parti-parti politik kebangsaan Indonesia,
membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada semua rakyat
dan Memartabatkan penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.

2.

PNI berjuang secara aktif dan radikal demi mencapai matlamat untuk membebaskan
Indonesia daripada penjajahan Belanda. Antara usaha PNI ialah: Mengamalkan dasar
penentangan pasif, Mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda, Menyeru
pegawai Indonesia memulaukan Volksraad dan perkhidmatan awam kerajaan, Menubuhkan
kesatuan buruh, Memajukan syarikat kerjasama, Menyokong pendidikan kebangsaan,
Menganjurkan kursus dan mendirikan sekolah, Mengadakan rapat-rapat umum,
Menyebarkan idea nasionalis melalui penerbitan surat khabar Banteng Priangan di
Bandung dan Persatoean Indonesia di Jakarta.

3.

Perjuangan PNI dijelaskan semasa Kongres Pemuda yang telah mengeluarkan Sumpah
Pemuda yang menekankan tiga perkara,iaitu: Semua rakyat Indonesia adalah
sebangsa,sebahasa, dan senegara. Berdasarkan prinsip tersebut, PNI menegaskan tidak
akan menggunakan agama Islam sebagai dasar perjuangannya kerana soal kemerdekaan
turut melibatkan rakyat Indonesia beragama Kristian yang berbeza bahasa dan budaya.
Pertubuhan belia seperti Pemuda Jawa, Pemuda Sulawesi, Pemuda Sumatera dan Pemuda
Ambon digabungakan menjadi Persatuan Pemuda Indonesia. Lagu kebangsaan akan
dicipta dan digunakan secara rasmi. Idea nasionalisme dapat disalurkan melalui ciptaan
lagu kebangsaan.

4.

Kebijaksanaan Soekarno mengutamakan soal perpaduan dan persefahaman


membolehkan PNI mendapat sokongan ramai dan menjadi parti politik yang paling popular.
Dalam masa dua tahun sahaja, PNI berjaya meraih sokongan seramai 10000 orang.

5.

Selaras dengan hasrat menyatukan rakyat Indonesia tanpa mengira perbezaan


keturunan, bangsa, dan agama, PNI berusaha menggabungkan parti-parti politik yang
sedia ada seperti Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Kaum Betawi, Kelab Pelajar
Surabaya, dan Sarekat Islam dalam satu gabungan yang besar, iaitu Permuafakatan
Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Melalui PPPKI, PNI telah berusaha
membentuk perpaduan kebangsaan.
Penutup

Dalam kalangan kelab yang ditubuhkan, Kelab Pelajar Bandung yang paling aktif. Dari kelab
tersebut, Soekarno mengambil inisiatif menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pada
4 Jun 1927.
Perserikatan Nasional Indonesia kemudian menukar namanya kepada Partai Nasional
Indonesia (PNI).

Soalan 141: Terangkan sebab-sebab penubuhan dan matlamat persatuan Young Men
Buddhist Association (YMBA) di Myanmar
Pendahuluan
Young Men Buddhist Association (YMBA) atau Persatuan Belia Buddha merupakan
pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1906 oleh golongan berpendidikan
Barat.

Golongan ini terdiri daripada peguam dan mahasiswa Universiti Rangoon seperti U Ba Pe,
Sir Maung Gyi, dan U Kin.
Isi-isi penting
Sebab-sebab Persatuan Young Men Buddhist Association (YMBA)
1.

Memupuk semangat kebangsaan.

Pemimpin bersefahaman radikal telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui isu


kasut. Mereka melancarkan protes terhadap sekumpulan orang Eropah yang memakai
kasut memasuki Pagoda Endawya di Rangoon. YMBA mengambil berat tentang isu kasut
dan perbuatan British dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kesuciaan rumah ibadat
masyarakat peribumi Myanmar. Pada mulanya, British tidak melayan tuntutan YMBA kerana
memandang ringan isu tersebut. Oleh itu, YMBA berusaha mendapat sokongan penduduk di
Bandar dan luar Bandar. British bimbang dengan sokongan kuat itu lalu mengeluarkan
undang-undang melarang pemakaian kasut di pagoda.
YMBA seterusnya membantah kerajaan British berkaitan dengan Laporan MontaguChelmsford pada tahun 1917. Melalui laporan tersebut, kerajaan british telah meluluskan
perlembagaan baharu di India sebagai persediaan ke arah status pemerintahan sendiri.
Akan tetapi,kelulusan ini tidak diberikan kepada Myanmar dengan alasan Myanmar masih
belum mencapai taraf kepandaian membaca dan menulis. British berpendapat Myanmar
masih belum bersedia untuk mentadbir institusi demokrasi di Myanmar.
2.

Mengembangkan pendidikan.

YMBA juga terlibat dalam isu Akta Universiti 1920. Tujuan akta ini adalah menaik tarafkan
pendidikan di Universiti Rangoon. Pada bulan Disember 1920, pelajar di universiti tersebut
mengadakan mogok kerana menganggap akta ini adalah muslihat British untuk melengahlengahkan usaha Myanmar mencapai taraf berkerajaan sendiri.
YMBA berjaya menggerakkan hampir seluruh masyarakat Myanmar untuk menentang
tindakan British tersebut. Mereka menuntut supaya sistem pendidikan dan universiti di
Myanmar bebas daripada pengawasan British. Bagi mengatasi mogok tersebut, British
menguatkuasakan Pindaan Akta Universiti pada tahun 1924. Melalui pindaan tersebut,
banyak kuasa pentadbiran universiti dipindahkan kepada orang Myanmar.
3.

Mengekalkan tradisi agama Buddha.

Menegaskan agama Buddha sebagai penyelamat masyarakat. Mengekalkan semangat


masyarakat peribumi Myanmar dengan cogan kata, Buddha Save The King. Pada
peringkat awal, YMBA memperjuangkan isu sosial dan budaya menimbulkan minat dan
kesedaran orang Myanmar terhadap kesenian, kesusasteraan, kebudayaan, dan agama
Buddha di Myanmar.
YMBA menerbitkan akhbar Thuriya untuk menyedarkan masyarakat Myanmar tentang
kepentingan agama Buddha dalam kehidupan mereka. Bukti YMBA memberi tumpuan
kepada isu agama Buddha, kebudayaan, dan pendidikan orang Myanmar:
Matlamat persatuan Young Men Buddhist Association (YMBA)

a)

Memperjuangkan pendidikan percuma bagi anak-anak rakyat Myanmar.

b)

Menuntut hak pelajaran yang sama diberikan kepada semua rakyat.

c)

Menuntut ajaran dan nilai agama Buddha diserapkan dalam pendidikan.

d)

Menubuhkan sekolah-sekolah yang menekankan agama Buddha.

e)

Menggalakkan pelajar Myanmar dihantar ke luar Negara.


Kesimpulan

YMBA bertindak membentuk Majlis Am Persatuan-persatuan Myanmar GCBA pada tahun


1920. GCBA melancarkan pemulauan terhadap kerajaan British. YMBA menghantar
delegasi ke London sebagai tanda protes. Perjuangan YMBA berjaya apabila kerajaan
British memperkenalkan Sistem Diarki di Myanmar pada tahun 1921.
Kebangkitan orang Thakin, menyebabkan pengaruh YMBA semakin senyap. Namun begitu,
YMBA memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme melalui
agama Buddha. YMBA dapat menyatupadukan masyarakat peribumi Myanmar ke arah satu
matlamat yang sama, iaitu memelihara tradisi agama Buddha dan menimbulkan kesedaran
tentang ketidakadilan dasar penjajah British.
Soalan 142: Terangkan sebab-sebab penubuhan dan matlamat parti politik Poor Mans
Party di Myanmar.
Pendahuluan :
Dr. Ba Maw sangat popular dalam kalangan rakyat jelata dan dianggap wira yang dapat
mempertahankan hak mereka kerana beliau Berjaya membela Saya San yang melancarkan
pemberontakkan menentang British pada tahun 1931-1932. Berdasarkan situasi tersebut, Dr
Ba Maw menubuhkan Sin Ye Tha Ah-pwa pada tahun 1936.
Merupakan parti politik pertama di Myanmar yang Berjaya menarik sokongan rakyat yang
kebanyakannya merupakan kaun tani dan buruh yang miskin. Pada tahun 1937, Dr Ba Maw
dilantik menjadi perdana Menteri bangsa Myanmar pertama selepas Myanmar diasingkan
daripada pentadbiran di India.
Isi-isi penting:
Sebab-sebab penubuhan
1.

Penguatkuasaan ekonomi oleh kuasa-kuasa asing

Kegiatan ekonomi Myanmar dikuasai oleh syarikat asing seperti syarikat british serta
pengusaha India dan Cina.
Pekerja seperti buruh dan perkeranian pula dikuasai orang India. Perkembangan ini telah
menyebabkan ramai orang Myanmar terpinggir dlm bidang ekonomi.
2.

Kemelesetan ekonomi dunia

Kemelesetan ekonomi dunia sekitar awal 1930-an menyebabkan ramai petani hidup melarat

Perkembangan ini menyebabkan timbul masaalah kemiskinan.


3.

Kejatuhan Harga beras

Kejatuhan harga beras menyebabkan kehidupan petani terjejas.


Perkembangan ini melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan petani terhadap british.
Matlamat Penubuhan
Matlamat utama penubuhan parti ini adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan Myanmar.
Parti nini turut memperjuangkan hak dan kebajikan golongan petani
Penutup :
Prinsip perjuangan Poor Mans Party yang menggunakan kelas bawahan yang terdiri
daripada kaun tani, buruh, dan golongan miskin sebagai benteng pertahanan dan penyatuan
jelas memaparkan dasar perjuangan sosialis.
Walaupun parti ini dinamakan Poor Mans Party, namun pada hakikatnya, Dr. Ba Maw hanya
mempergunakan golongan yang miskin sebagai batu loncatan untuk memperkukuhkan
kedudukannya di dalam politik menjadi Perdana Menteri pada tahun 1937.
3.2.1 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan
3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan
Soalan 143: Bagaimanakah pendudukan Jepun telah mempengaruhi perkembangan
nasionalisme
Myanmar
pada
abad
ke-20
Pendahuluan
Jepun telah menyerang Myanmar pada Disember 1941. Menjelang Mei 1942, Jepun
Berjaya menakluki seluruh Myanmar. Pendudukan Jepun di Myanmar berakhir pada Ogos
1945. Pendudukan Jepun telah member kesan penting terhadap perkembangan
nasionalisme Myanmar dan telah mempercepat pencapaian kemerdekaan Myanmar.
Isi-isi Penting:
1.
a.

Pakatan dengan Jepun


Pada tahun 1941, Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun. Melalui
pakakatan ini, golongan Thakin berjanji akan membantu Jepun menakluki Myanmar
daripada Inggeris dan Jepun berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Myanmar.

b.

Pakatan ini membolehkan golongan Thakin menjalani latihan ketenteraan di Jepun.


Golongan Thakin menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar dengan bantuan Jepun.
Menjelang tahun 1941, Tentera Kemerdekaan Myanmar mempunyai 30,000 orang anggota.

2.
a.

Membantu Jepun Menyerang Myanmar


Pada Disember 1941, Jepun menyerang Myanmar dengan bantuan Tentera
Kemerdekaan Myanmar. Pada Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh Myanmar.
Kejayaan ini menyebabkan pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan dianggap
sebagai pembela bangsa dan negara Myanmar dalam kalangan rakyat tempatan.

b.

3.

Kemenangan Jepun dan kekalahan British telah melenyapkan tanggapan rakyat


Myanmar bahawa rakyat British adalah satu bangsa agung yang tidak dapat dikalahkan.
Kekalahan British ini telah menambahkan keazaman golongan Thakin untuk mencapai
kemerdekaan.
Pengalaman dalam bidang pentadbiran

a.

Atas usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada
1 Ogos 1943. Sebuah kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana
Menteri. Kerajaan Ba Maw telah dipengaruhi golonan Thakin yang memegang banyak
jawatan menteri kabinet.

b.

Pengalaman berkerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun telah mengukuhkan


keyakinan diri golongan Thakin untuk menuntut kemerdekaan Myanmar dari British selepas
pengunduran Jepun.

4.

Pembentukan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis (LPRAF)

a.

Jepun telah member kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada Myanmar. Kuasa
sebenar pentadbiran Myanmar masih terletak di tangan Jepun. Kekejaman pentadbiran
Jepun dan kemerosotan taraf hidup rakyat Myanmar semasa pendudukan Jepun telah
mewujudkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar.

b.

Pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis Myanmar yang
lain telah menubuhkan LPRAF bagi menentang Jepun. LPRAF dipimpin oleh Aung San dan
Than Tun. Pada Mac 1945, LPRAF telah menyebelahi British apabila ia secara terbuka
menentang Jepun.

c.

Pada Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, LPRAF di
bawah pimpinan golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis yang utama
di Myanmar.

5.

Kemerdekaan Myanmar 1948

a.

Pada Januari 1947, Thakin Aung San telah mengetuai rombongan ke London untuk
membincangkan kemerdekaan Myanmar. Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan
pilihan raya pada April 1947 dan memberi kemerdekaan kepada Myanmar.

b.

Dalam pilihan raya tersebut, LPRAF telah menenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi
yang dipertandingkan. Pada 19 Julai 1947, Aung San dan 6 rakannya dalam kabinet telah
dibunuh oleh orang-orang upahan U Saw.

c.

Namun, satu perlembagaan telah digubal bagi Myanmar. Lantaran itu, Myanmar
mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 4 Januari 1948. Perdana Menteri pertamanya
ialah Thakin U Nu.
Kesimpulan

Pendudukan Jepun telah memperkukuhkan gerakan nasionalisme Myanmar dan


mempercepat proses kemerdekaan Myanmar selepas Perang Dunia Kedua.

Myanmar mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948 dengan U Nu sebagai Perdana


Menteri yang pertama.
Soalan 144: Huraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas perjuangan
mencapai kemerdekaan di Myanmar.
Pendahuluan:

Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar
imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara
tahun 1941 - 1945. Belanda di Indonesia menyerah kalah kepada Jepun manakala di
Myanmar, British mnyerah kalah.
Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.Pendudukan
Jepun memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai
kemerdekaan.
Isi-Isi Penting:
a)

Dasar Politik

Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai satu pertubuhan untuk


mnyatukan para nasionalis dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang
merdeka. Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr.Ba
Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa
mereka diberi peluang untuk mentadbir negara sendiri. Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi
kemerdekaan kepada Myanmar dan Dr.Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaaan
bersama kabinetnya. Perlembagaan baharu diisytiharkan.

Jepun menyerahkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang


tempatan.Jepun mngamalkan pemerintahan bercorak ketenteraan dan menggalakkan
pendudduk tempatan terlibat dalam ketenteraan. Jepun bertindak mnyatukan kesemua parti
politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali sebagai Dobama Sinyetha Asiayone.
Gabungan ini kemudiannya di panggil Maha Bama Asiayone.
b)

Dasar Ekonomi

Jepun menguasai pengeluaran pertanian dan pengangkutan laut tetapi sector pengedaran
dan perdagangan runcit diberikan kepada rakyat tempatan. Dalam usaha untuk
mngeksplotasi ekonomi tanah jajahan, Jepun melaksanakan rancangan Kawasan
KesemakmuranBersama Asia Timur Raya.

c)

Disebabkan kekurangan bahan makanan, Jepun manggalakkan petani menanam hasil


tanaman yang lebih menguntungkan seperti kapas, kacang, dan jut.
Dasar Sosial
Jepun membenarkan penggunaan bahasa masyarakat majoriti Myanmar di sekolah dan
pusat pentadbiran.

d)

Kesan Politik
Kemenangan Jepun memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Myanmar bahawa
British ialah sebuah kuasa yang kuat. Kemenangan tersebut telah memberi kesedaran
bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air sendiri.

Slogan Asia untuk Orang Asia dan rancangan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia
Timur Raya telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan negara
daripada belenggu penjajah dan mengukuhkan usaha untuk menghapuskan pengaruh dan
budaya Barat. Nasionalismula sedar bahawa Jepun bercita-cita mengekploitasi ekonomi dan
menjajah negara-negara Asia Tenggara melalui slgan mereka itu.
e) Kesan Ekonomi

Jepun mengeksploitasi ekonomi Myanmar. Sumber semula jadi musnah dan Myanmar
mengalami kekurangan bahan keperluan. Sistem ekonomi sara diri yang diperkenalkan oleh
Jepun membebankan rakyat tempatan sehingga berlaku kebuluran di beberapa kawasan di
Myanmar.

Perubahan sistem ekonomi komersial kepada sistem ekonomi sara diri, kadar inflasi yang
tinggi, dan pengeksploitasi ekonomi oleh syarikat-syarikat Jepun mangakibatkan masyarakat
tempatan sanggup menyertai para nasionalis dalam gerakan bawah tanahuntuk menentang
Jepun.
f) Kesan Sosial
Rakyat hidup dalam kebuluran dan penderitaan kerana wabak penyakit yang tidak terkawal.
Jepun menggalakkan penggunaan bahasa kaum majoirit. Akan tetapi, dasar ini gagal
dilaksanakan sehingga menimbulkan konflik antara kaum majoriti Myanmar dengan kaum
minotiti tempatan seperti Karen, Kachin, dan Chin.

Konflik ini akhirnya menyedarkan penduduk tempatan kekejaman dan penindasan Jepun.
Mereka sedar bahawa mereka sepatutnya bersatu menentang sebarang bentuk penjajahan.
Penutup:

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 145: Huraikan dasar dan kesan pendudukan jepun ke atas perjuangan
mencapai kemerdekaan di Indonesia.
Pendahuluan

Jepun menyerang negara-negara asia tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar
imperialismenya. Semua Negara asia tenggara kecuali Thailand ditawan oleh jepun antara
tahun 1941-1945.
Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan social. Pendudukan
jepun memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai
kemerdekaan.
Isi-isi Penting:

1.

Dasar-dasar
Dasar Politk

a.

Penglibatan orang Indonesia dalam pentadbiran

Jepun memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam sistem politik. Ini
disebabkan jepun menghadapi kekurangan tenaga pentadbir perkhidmatan awam. Pada
ogos 1942 setelah belanda ditawan, jepun telah melantik penduduk Indonesia untuk mengisi
jawatan dalam pentadbiran yang dahulunya dipegang oleh belanda. Contohnya Soekarno
dilantik sebagai pemimpin PUTERA dan dibantu oleh Hatta.
Bilangan orang Indonesia yang dilantik menjadi penasihat semakin meningkat dalam
pemerintahan. Jepun telah membentuk Dewan Penasihat di Jakarta dan diletakkan di
bawah pemimpin Soekarno.
b.

Gerakan Tiga A

Jepun telah membentuk gerakan rakyat iaitu Gerakan Tiga A pada april 1942. Gerakan ini
berasal dari slogan jepun iaitu Jepun Ketua Asia atau Jepun Cahaya.
Gerakan Tiga A bertujuan untuk mendapat bantuan orang Indonesia bagi memenuhi
keperluan perang dan menjayakan pelaksanaan rancangan Kawasan Kesemakmuran
Bersama Asia Timur Raya. Jepun menggunakan slogan kata tersebut untuk menyeru orang
asia supaya bersatu di bawah kekuasaan tertinggi jepun untuk menentang kuasa barat.
c.

Pemerintahan jepun di Indonesia

pemerintahan jepun di Indonesia bercorak ketenteraan. Jabatan Gabenor dan Jabatan


Pembantu Residen dihapuskan. Kedudukan Residen sebagai Ketua Wilayah Keresidenan
masih dikekalkan. Begitu juga dengan jawatan Bupati sebagai Ketua Wilayah kabupaten.
Pemerintahan tertinggi dan kuasa Gabenor Jeneral yang dahulunya di bawah pemerintahan
Indonesia dijalankan oleh Perwira Tinggi Tentera Jepun yang dikenali sebagai Saikoo
Sikikan.
Dasar Ekonomi
a.

Bidang pekebunan

Kegiatan pekebunan berkembang dengan kewujudan sebuah badan pengawasan yang


dibentuk oleh Gunseikan. Badan pengawasan ini dinamakan Saibai Kigyo Kanrikodan
(SKK).
SKK mengawasi kegiatan pekebunan, mengendalikan urusan jual-beli, dan menentukan
harga hasil penjual pekebunan. Melalui SKK, bidang pekebunan terutamanya pekebunan
kina iaitu ubat-ubatan dan karet iaitu getah berkembang maju.
b.

Kegiatan pertanian

Jepun menjalankan kegiatan membuka tanah baharu dan bekas tanah pekebunan untuk
penanaman padi. Contohnya, bekas pekebunan tembakau di sumatera timur telah ditanam
dengan tanaman padi yang luasnya lebih kurang 10.000 hektar.

Tanah pertanian baharu di daerah Karo telah dibuka. Di Kalimantan dan Sulawesi pula,
penanaman padi diwajibkan untuk mengatasi masalah kekurangan beras terutamanya di
jawa. Usaha ini juga dapat mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap
pengimportan beras.
c.

Kegiatan perdagangan

Jepun mengeksploitasi bahan mentah Indonesia untuk kegunaannya sendiri. Masalah


pengeksportan berlaku kerana jepun telah mengharamkan eksport ke negara lain.
Bidang perdagangan dimonopoli oleh syarikat swasta Jepun.
2. Kesan-kesan dasar yang dilaksanakan
Kesan politik dan pentadbiran
Penduduk tempatan terutama golongan pertengahan diberikan tempat oleh pentadbiran
tentera jepun dalam sistem pemerintahan dengan memegang jawatan tinggi dalam
pemerintahan. Ini memberikan pengalaman kepada mereka dalam urusan pentadbiran
Negara.
Pendidikan ketenteraan diajar kepada pemuda Indonesia baik dalam PETA dan HEIHO. Ini
merupakan pengalaman paling berharga untuk perjuangan kemerdekaan Indonesia.
Pejuang-pejuang yang dilatih oleh tentera jepun ramai yang menjawat-jawatan penting
dalam Jabatan Tentera selepas Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 ogos 1945.
Kesan ekonomi
Pentadbiran tentera Jepun telah mengeksploitasi sumber kekayaan dengan cara semua
ladang milik belanda, peralatan, dan kemudahan perusahaan seperti elektrik,
telekomunikasi dan pengangkutan diambil alih atau disita oleh tentera jepun. Penduduk
Indonesia dipaksa untuk bekerja di ladang untuk membiayai perbelanjaan perang.
Penduduk diwajibkan menyimpan padi, jagung, dan hasil ternakan dalam jumlah yang besar
untuk memenuhi keperluan logistik jepun di medan perang. Menanam pokok jarak untuk
diambil minyaknya dan diproses sebagai minyak pelincir untuk jentera-jentera dan
kelengkapan perang tentera jepun.
Kesan sosial
Kejayaan jepun mengalahkan Belanda dan Tentera Bersekutu telah meniupkan semangat
nasionalisme. Masyarakat tempatan menyedari bahawa orang asia yang dianggap lemah
juga mampu mengalahkan kuasa barat. Penggunaan bahasa Indonesia semasa
pendudukan jepun dapat menyatupadukan masyarakat Indonesia. Bahasa Indonesia
menjadi lambang perpaduan kebangsaan untuk menentang jepun dan belanda serta
seterusnya mencapai kemerdekaan. Begitu juga, jepun membenarkan penggunaan lagu
kebangsaan Indonesia, iaitu Indonesia Raya. Lagu kebangsaan ini menyemarakkan
perasaan cinta akan Negara dan menolak sebarang penguasaan asing.

Sistem Romusha turut diperkenalkan bagi menjamin sumber tenaga dalam bidang
ketenteraan. Lelaki dan perempuan berumur antara 16 hingga 25 tahun dikerah untuk

menyertai Sistem Romusha. Usaha jepun ini menyemarakkan perasaan benci orang
Indonesia terhadap pentadbiran jepun.
Kesimpulan
Pendudukan jepun telah memberi kesan terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia.
Segala pengalaman yang ditempuh oleh masyarakat tempatan telah diambil sebagai
pedoman hidup untuk lebih bersemangat mengusir penjajah jepun dan barat. Kesan yang
bermakna ialah perubahan pendirian para nasionalis di Indonesia seperti Soekarno yang
pada mulanya bersikap pro-jepun bertukar kepada anti-jepun. Para nasionalis memainkan
peranan penting dalam membawa Negara ke arah perjuangan menentang jepun secara
gerakan bawah tanah dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan pada era selepas
pendudukan jepun.
Pendudukan jepun merupakan era penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat jelata yang menjadi benteng pertahanan yang kukuh.
Soalan 146: Bagaimanakah pendudukan Jepun 1942 1945 mempengaruhi gerakan
kebangsaan di Myanmar dan Indonesia?
Pendahuluan
Jepun telah menduduki Myanmar dan Indonesia pada 1942 . Para nasionalis di kedua-dua
negara ini telah menyokong dan membantu Jepun dalam penaklukan mereka demi
mencapai kemerdekaan. Pendudukan Jepun di Indonesia dan Burma tamat pada 1945.
Pendudukan Jepun telah mengukuhkan gerakan nasionalis Indonesia dan Burma dan ini
mempercepatkan proses
kemerdekaan kedua-dua buah negara.
Isi-isi Penting:
A.

Indonesia
1.

Kekalahan Belanda

kekalahan ini telah mengakibatkan kemerosotan maruah Belanda


menambah semangat anti penjajah
2.

Peluang pentadbiran
peluang ini diberi kepada para pelajar dan nasionalis
mereka diberi latihan dalam jawatan teknikal dan pentadbiran
dapat keyakinan untuk memerintah Negara

3.

Penubuhan PUTERA
sikap Jepun yang lembut telah memberi peluang kepada golongan nasionalis bebas
berpolitik. Sukarno , Hatta dan Shahrir dibebaskan dari penjara
Penubuhan PUTERA mengukuhkan keazaman mereka untuk mencapai kemerdekaan

4.

Penubuhan PETA ( Tentera Sukarela Pembela Tanahair )

dipimpin oleh pegawai-pegawai Indonesia dan mendapat latihan tentera daripada pihak
Jepun
mempertahankan Indonesia daripada kuasa Berikat
5.

Pertubuhan-pertubuhan Jepun
Semendan, Gakototoi dan Barisan Pelopor mendapat latihan tentera. Pihak Jepun telah
membantu penubuhan Majlis Syura Muslimin Indonesia ( Masjumi )
Menentang Belanda

yanmar
1.

Kejayaan Jepun
menjatuhkan maruah British
menyemarakkan keazaman golongan Thakin untuk merdeka

uan Thakin kepada Jepun


Jepun menubuhkan kerajaan baru di bawah Dr Ba Maw
mereka diberi latihan mentadbir sendiri yang memberi keyakinan kepada Thakin untuk
menuntut kemerdekaan
Penindasan Jepun
Jepun memperalatkan Burma dan kerajaan baru itu dalam program mereka untuk
mengeksploitasi sumber alam Burma demi kepentingan ekonomi mereka Golongan Thakin
menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis bagi menentang Jepun dan
bekerjasama dengan pihak Berikat

Kesimpulan
Pendudukan Jepun telah secara langsung telah mempercepatkan lagi proses pencapaian
kemerdekaan. Pendudukan ini telah membuka mata para nasioanalis terhadap muslihat
Jepun dan pihak penjajah. Ini memberi kesedaran bahawa mereka tidak boleh mengharap
kepada Jepun atau penjajah barat untuk menjaga kepentingan negara.
Oleh itu, para nasionalis sedar bahawa bagi mendapat kemerdekaan, mereka perlu
bekerjasama bagi menentang penjajah.
3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan dan Bersenjata
3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan dan Bersenjata
Soalan 147: Nilaikan penentangan rakyat terhadap penjajah secara berperlembagaan
di Myanmar pada abad ke-20
Pendahuluan :

Perjuangan kemerdekaan dilakukan sebelum kedatangan Jepun lagi. Pada mulanya,


pemimpin Aung San mengalu-alukan kedatangan Jepun tetapi kemudiannya mengubah
pendirian disebabkan dasar Jepun. Oleh itu, mereka telah memulakan gerakan anti-Jepun
sejak tahun 1942. Selepas tamat perang dunia kedua dengan kekalahan Jepun di tangan
Kuasa Berikat, British kembali semula ke Myanmar.
Terdapat penentangan dan perselisihan antara golongan nasionalis dngan British tetapi
segala-galanya dapat diselesaikan secara berperlembagaan iaitu secara aman dan tanpa
peperangan.
Isi-isi penting :
a)

Sebelum British kembali semula ke Myanmar, mereka telah dijanjikan taraf kerajaan
sendiri tetapi pada peringkat awal kedatangan mereka, British berusaha memecahbelahkan
perpaduan rakyat. Usaha British ini ditentang oleh golongan nasionalis.

b)

Pertubuhan Anti-Fasis (PAF) yang pada mulanya ditubuhkan golongan Thakin untuk
menentang Jepun telah ditukar nama kepada Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF)
yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan.

c)

Apabila Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, British kembali semula ke Myanmar.
Gabenor British, Jeneral Sir Hubert Rance berunding dengan para nasionalis Myanmar.
Pihak British mencadangkan LPRAF diberi perwakilan minoriti dalam Dewan Eksekutif
namun cadangan tersebut ditolak Aung San dan melancarkan satu mogok kebangsaan.

d)

Aung San merupakan pemimpin yang diplomatik dan bijak. Dengan sifat itu, beliau berjaya
mendapat sokongan puak-puak Karen, Shan, Kachin dan Chui yang pada mulanya enggan
tunduk kepada puak Myanmar. Aung San juga membebsakan LPRAF daripada ancaman
anasir komunis supaya Liga ini lebih diterima oleh puak British.

e)

Disember 1946, wujudnya Perjanjian Atlee-Aung San. Antara isu yang dibincangkan ialah
pilihan raya umum akan diadakan 4 bulan selepas perjanjian tersebut, British menyokong
penyertaan Myanmar dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta sebuah
Dewan Perlembagaan dibentuk.

f)

Pada pilihan raya umum yg diadakan pada bulan April 1947, LPRAF mendapat kejayaan
cemerlang dan U Nu dilantik sebagai Presiden manakala pemimpin utama Myanmar, Aung
San dibunuh oleh orang upahan U Saw.

g)

U Nu meneruskan usaha menggubal perlembagaan baharu Myanmar. Satu rombongan


yg diketuai beliau bertolak ke London untuk menandatangani Rang Undang-undang
Kemerdekaan Myanmar yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada Presiden Kesatuan
Myanmar.
Penutup :

Rakyat Myanmar di bawah pimpinan Aung San telah bekerjasama dengan British semasa
serangan Jepun di Myanmar. Akan tetapi, terdapat penentangan terhadap British selepas
tamatnya perang dunia kedua.

Penentangan di Myanmar akhirnya membawa kepada perundingan dan perjanjian.


Penentangan di Myanmar bercorak penentangan secara berperlembagaan.
Soalan 148: Galurkan penentangan rakyat secara bersenjata di Indonesia pada abad
ke-20
Pendahuluan

Selepas Jepun menyerah kalah, Belanda kembali semula ke Indonesia manakala British ke
Myanmar. Pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat nasionalisme sehingga
masyarakat tempatan dengan dengan berani dan tegasnya menuntut kemerdekaan
daripada pihak penjajah. Perkara yang penting selepas Perang Pasifik ialah hak
kemerdekaan perlu dikembalikan kepada masyarakat tempatan.
Penduduk Indonesia memperjuangkan kemerdekaan mereka secara bersenjata. Bagi para
nasionalis, kehadiran Belanda tidak lagi diperlukan. Apa yang diperjuangkan mereka ialah
pengiktirafan Belanda terhadap kemerdekaan negara yang telah diisytiharkan sebelum
kembalinya pihak Belanda. Penentangan antara nasionalis Indonesia dengan Belanda
memperlihatkan satu siri pemberontakan sehingga membawa kepada campur tangan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Isi-isi Penting:
a)

Kabinet Soekarno terpaksa dibubarkan pada 14 November 1945 apabila Leftenan


Gabenor Belanda, Dr.Van Mook tidak mengakuinya sebagai ketua kerajaan Indonesia.
Beliau mempunyai rancagan sendiri untuk Indonesia. Kaninet Perdana Menteri dibentuk dan
diketuai oleh Sultan Sjahrir. Belanda menandatangani Perjanjian Hubungan Sivil AngloBelanda dengan British untuk menempatkan tentera British di Indonesia untuk mengawal
keadaan di Indonesia.

b)

Pada bulan Julai 1946, Dr.Van Mook telah mengadakan rundingan dengan wakil dari
wilayah-wilayah Borneo dan Kepulauan Luar yang telah ditawan olehnya. Dr. Van Mook
mencadangakan Indonesia dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Jawa, Sumatera,
Borneo, dan Timur Raya. Rancangan Dr.Van Mook ini adalah untuk melemahkan Republik
Indonesia. Perundingan antara Belanda dan Indonesia berlangsung antara bulan Oktober
dan November 1946 di Langgajati berhampiran dengan Cheribon. Pesuruhjaya Khas
Belanda, Lord Killearn dilantik sebagai pengerusi.

c)

Dr.Van Mook berjaya membentuk negara boneka yang digelar Negara Indonesia Timur
melalui Persidangan Den Pasar di Bali pada 18 Disember 1946. Negara boneka ini dikawal
oleh beliau. Belanda melancarkan tindakan polis dengan menghantar dua unit tentera
Belanda di Jakarta dan Bandung untuk menduduki Jawa Barat manakala dua angkatan dari
Surabaya bergerak ke Jawa Timur dan Madura. Serangan juga dilancarkan ke atas kawasan
sekitar Medan, Palembang, Semarang, dan Padang.

d)

Tindakan keras Belanda membawa kepada campur tangan kuasa yang lain. British dan
Amerika Syarikat menentang tindakan ketenteraan Belanda itu. India dan Australia
membawa isu ketenteraan Belanda ke atas Indonesia ke Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-bangsa bersatu (PBB). Majlis Keselamatan kemudiannya mengarahakan gencatan
senjata bai kedua-dua pihak Belanda dan Indonesia pada 1 Ogos 1947. Belanda telah
mencabuli Perjanjian Renaville apabila memlulakan tindakan ketenteraan ke atas Republic

Indonesia. Belanda menyerang dan menawan bnadar Yogjakarta. Tentera Belanda juga
menangkap dan memenjarakan Soekarno, Syahrir dan Hatta.
e)

Melihat keadaan ini, para nasionalis Indonesia meneruskan perjuangan mereka


melancarkan perang gerila. Mereka menentang Belanda dengan hebatnya. Perbincangan
meja bulat diadakan pada bulan Ogos hingga Oktober 1949 dengan persetujuan Republik
Indonesia akan mendapat kedaulatannya semula dan mencapai kemerdekaan.
Penutup

Pendudukan Jepun membangkitkan semangat kebangsaan rakyat Indonesia dan Myanmar


sehingga apabila pihak Penjajah Belanda dan British kembali semula, mereka menuntut
kemerdekaan. Belanda tidak ingin memberi kemerdekaan kepada Indonesia, malah
berusaha mengukuhkan kuasanya. Rakyat Indonesia di bawah pimpinan para nasionalis
seperti Soekarno, Hatta, dan Syahrir menentang usaha Belanda itu. Penentangan secara
bersenjata memperlihatkan meletusnya Oerang Kemerdekaan Indonesia atau dikenali
sebagai Revolusi Indonesia.
Penentangan rakyat Indonesia secara bersenjata membawa kepada penglibatan negaranegara luar seperti India, Australia, Amerika Syarikat, dan Britain. Akhirnya, Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah campur tangan dan Belanda terpaksa tunduk kepada
resolusi PBB untuk memulihkan kedaulatan dan kemerdekaan Indonesia.
3.2.3 Kemerdekaan
3.2.3 Kemerdekaan
Soalan 149: Huraikan langkah-langkah ke arah mencapai kemerdekaan di Myanmar
pada abad ke-20.
Pendahuluan
Perjuangan kemerdekaan Myanmar begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua dengan
kekalahan Jepun di tangan Tentera Bersekutu. Sebenarnya, sebelum Perang Dunia Kedua,
gerakan nasionalisme Myanmar telah muncul ke arah mencapai kemerdekaan.
Pada 4 Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan mutlak daripada penjajahan British.
Pencapaian kemerdekaan Myanmar merupakan satu proses perjuangan para nasionalis
bersama-sama rakyat jelata.
Isi-isi Penting:
1. Sebelum Pendudukan Jepun
Young Men Buddhist Association (YMBA) terlibat dalam pertikaian pemakaian kasut di
pagoda, iaitu Isu Kasut pada tahun 1916. Pada tahun 1917, perjuangan YMBA menjadi lebih
agresif apabila Myanmar tidak dimasukkan dalam pembahruan Montagu-Chelmsford kerana
dianggap masih belum mantap untuk mencapai taraf pemerintahan sendiri. British telah
meluluskan akta Universal pada 28 Ogos 1920. Sekali lagi, YMBA membantah tindakan
British tersebut kerana akta ini bertujuan untuk mengangkat taraf pendidikan di Universiti
Rangoon. Pada para nasionalis, akta ini merupakan satu teknik British melengah-lengahkan
langkah berkerajaan sendiri bagi Myanmar. YMBA mengatur satu mogok pelajar menentang

akta ini. Bantahan ini berjaya apabila British menguatkuasakan Pindaan Akta Universiti pada
tahun 1924 yang bermakna kuasa pentadbiran universiti akan dipindahkan ke tangan orang
Myanmar. YMBA disokong oleh golongan pongyi dalam perjuangan mereka menentang
dasar British.
Pada tahun 1922, Sangha Sametggi telah bergabung dengan Majlis Umum Persatuanpersatuan Myanmar (GCBA) untuk menentang Sistem Diarki yang dilancarkan pada tahun
1921. Mereka memulaukan pilihan raya pertama untuk memilih ahli-ahli Dewan
Perundangan. Seterusnya, mereka memulaukan pilihan raya tahun 1925 dan 1928. Dalam
isu pemisahan Myanmar dari India, kumpulan anti-pemisah yang terdiri daripada Dr. Ba Maw
dan U Khaw Myint membentuk Liga Anti Pemisah kerana bimbang akan melambatkan dan
membantutkan usaha Myanmar mencapai taraf berkerajaan sendiri.
Pada tahun 1930-1931, berlaku Pemberontakan Saya San bertujuan untuk menggulingkan
kerajaan British dan memulihkan agama Buddha. Walaupun pemberontakan ini gagal,
namun pemberontakan ini telah menyedarkan bangsa Myanmar akan kepentingan tradisi
lamanya. Dobama Asiayone yang dipimpin oleh golongan Thakin mengamalkan taktik
perjuangan Mahatma Ghandi di India, iaitu dasar tidak bekerjasama dengan pihak penjajah.
Pada tahun 1936, pelajar-pelajar Universiti Rangoon di bawah pimpinan golongan Thakin
mengadakan satu mogok untuk membantah Akta Universiti 1920. Mereka berjaya apabila
permintaan untuk beberapa pindaan dibuat. Untuk mendapatkan sokongan petani dan
pekerja, golongan Thakin menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Myanmar dan
menegaskan beberapa pembaharuan cukai bagi meringankan beban petani.
Pada tahun 1939, golongan Thakin membentuk Blok Kemerdekaan bertujuan mencapai
pemerintahan sendiri. Blok ini menyarankan kerjasama dengan kerajaan British sekiranya
British memberi kemerdekaan kepada Myanmar. British tidak bersetuju dengan cadangan ini
kerana mencurigai hubungan Blok Kebebasan dengan Jepun.
2. Pakatan Thakin-Jepun Sebelum Perang Dunia Kedua
Golongan Thakin pimpinan Aung San telah bekerjasama dengan Jepun sejak awal tahun
1930-an. Mereka menyokong Jepun dan meminta supaya Jepun memberikan kemerdekaan
kepada Myanmar. Apabila Aung San melarikan diri ke Jepun, beliau telah menubuhkan
pertubuhan tentera bernama Minami Kikan. Pertubuhan ini dilatih oleh tentera Jepun.
Jepun memasuki Myanmar melalui Tenasserim dan pada bulan Mei 1942, angkatan perang
Jepun berjaya menawan seluruh Myanmar.
3. Perjuangan Kemerdekaan Myanmar pada Zaman Jepun
Kemerdekaan Myanmar 1943. Kejayaan Jepun menawan Myanmar telah menamatkan
pemerintahan British. Golongan Thakin berusaha untuk mencapai kemerdekaan negara.
Bagi membalas jasa Thakin, Jepun telah memberikan kemerdekaan kepada Myanmar pada
1 Ogos 1943. Jepun membentuk satu kerajaan boneka dengan Dr. Ba Maw sebagai
perdana menteri. Myanmar diisytiharkan merdeka di bawah kerajaan boneka dan
mempunyai kabinet sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada para nasionalis Thakin.
Penentangan terhadap Myanmar melalui Liga Pembebasan Rakyat Anti- Fasis. Golongan
Thakin menyedari muslihat Jepun dalam memberikan mereka kemerdekaan.

Kekejaman dan penderitaan semasa pendudukan Jepun telah melahirkan semangat antiJepun. Nasionalis tempatan telah bersatu di bawah Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis
(LPRAF) yang dipimpin oleh Aung San. LPRAF akhirnya menjadi sebuah pertubuhan yang
berpengaruh dalam menuntut kemerdekaan negara. Aung San dan pemimpin Thakin yang
lain berpura-pura bekerjasama dengan Jepun. Sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet
Jepun, Aung San dapat bantuan Than Thon membentuk Tentera kemerdekaan Myanmar
yang bbulan April erunsur anti-Jepun.
Tentera Kemerdekaan Myanmar kemudiannya menjadi asas penubuhan Liga Pembebasan
Rakyat Anti-Fasis pada tahun 1944. LPRAF menentang Jepun melalui sabotaj serta gerakan
bawah tanah dengan harapan dapat menubuhkan kerajaan negara Myanmar yang
berdaulat. Mulai bulan Mac 1945, LPRAF memihak kepada British dan menentang jepun
secara terbuka. LPRAF memihak kepada British dengan penuh keazaman bahawa British
akan mengisytiharkan kemerdekaan secepat mungkin selepas tamatnya Perang Dunia
Kedua.
4. Perjuangan Kemerdekaan Myanmar Selepas Perang Dunia Kedua
Pembentukan kerajaan baharu. Bagi Myanmar, Thakin masih memainkan peranan utama
dalam perjuangn tersebut. Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. British kembali ke
Myanmar tanpa ada tentangan daripada rakyat Myanmar. Gabenor British, Rance telah
mengadakan rundingan dengan pihak nasionalis Myanmar dan mencadangkan bahawa Liga
Pembebasan Rakyat Anti-Fasis diperikan perwakilan minoriti dalam Dewan eksekutif.
Cadangan ini ditolak oleh Aung San dan LPRAF melancarkan satu mogok kebangsaan.
Kerajaan baharu dibentuk dan Aung San dilantik sebagai Perdana Menteri, British mula
mngakui peranan LPRAF.
Perjanjian Atlee-Aung-San 1946. Pada 20 Disember, 1946, Perdana Menteri British, Atlee
telah mengemukakan dasar baharu bagi Myanmar di Dewan Rakyat (House of Commons).
Nasionalis Myanmar dijemputn ke London untuk membincangkan perlembagaan yang akan
menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat Myanmar. Rundingan ini membawa
kepada Perjanjian Atlee-Aung San.
Pilihan Raya 1947. Satu pilihan raya telah diadakan pada bulan April 1947. LPRAF berjaya
mendapat kemenangan cemerlang dalam pilihan raya 1947. Ini bermakna LPRAF akan
membentuk kerajaan baharu dengan kabinet dan perlembagaannya sendiri. Persediaan
perlembagaan baharu. Sebelum Perhimpunan Perlembagaan dibuka, LPRAF telah bersiap
sedia menggubal perlembagaan baharu bagi Myanmar yang akan merdeka. Dalam
perhimpunan tersebut, diadakan perbincangan tentang soal perlembagaan dan
pembentukan negara merdeka yang akan dikenali sebagai Kesatuan Myanmar.
Pembunuhan Aung San. Ketika kabinet sedang mengadakan mesyuarat, empat orang
pemuda berpakaian tentera telah menyerang Dewan Majlis lalu melepaskan tembakan
kepada semua ahli kabinet. Peristiwa tembakan ini mengakibatkan beberapa orang
pemimpin terkorban. Selepas siasatan, didapati bahawa U Saw yang merancang peristiwa
hitam tersebut. Beliau dibicarakan dan dihukum mati. Pencapaian kemerdekaan.
Perjuangan kemerdekaan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin LPRAF yang lain di bawah
pimpinan U Nu.
Penutup

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 150. Huraikan peranan pertubuhan dan parti-parti utama yang berjuang ke
arah membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20
Pendahuluan

Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah berusaha melindungi


kepentingan masyarakat peribumi dan membangkitkan semangat nasionalisme melalui
penubuhan pertubuhan di parti politik. Semasa Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti
Soerkarno, Hatta, dan Syarir telah berganding bahu berjuang mengusir Jepun dan Belanda
dari Bumi Indonesia.

Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan menubuhkan Republik


Indonesia sebelum Belanda Bertapak semula ke Indonesi selepas Perang Dunia Kedua.
Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut, lalu terdapat penentangan dan
bantahan di kedua-dua pihak sehinnga membawa kepada campur tangan kuasa luar dan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai kemerdekaan selepas
mengangkat senjata atau selepas melancarkan revolusi.
Isi-isi penting
Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia pada awal abad ke-20 bagi
membangkitkan semangat nasionalisme dan kesedaran politik.
1.

Sekolah Kartini
Pada tahun 1902, Raden Adjeng Kartini menubuhkan sebuah sekolah bagi anak
perempuan pegawai-pegawai anak Indonesia.

Mengikut J.S. Furnivall, kemunculan Kartini menunjukkan permulaan gerakan kesedaran


Indonesia.
2.

Budi Utomo

Budi Utomo yang ditubuhkan pada tahun 1908 oleh Dr. Mas wahidin Soediro Hoesoedo
bertujuan untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.
Budi Utomo merupakan persatuan golongan pertengahan Jawa yang memperjuangkan
pendidikan Barat untuk penduduk Jawa.
3.

Sarekat Islam

Sarekat islam ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Omar Said Tjokroaminoto. Sarekat Islam
berasal dari Sarekat Dangang Islam yang bertujuan melindungi saudagar-saudagar batik
Jawa dari persaingan orang Cina yang telah menguasai ekonomi Indonesia serta
memajukan kepentingan islam dan kedudukan Sosioekonomi penduduk Indonesia. Sarekat
Islam mengunakan Islam sebagai satu lambang penyatuan dan persaudaraan dalam usaha
menentang kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia.
Kebanyakan pemimpin Sarekat Islam merupakan golongan reformis yang dipengaruhi
oleh Gerakan Reformis di Timur Tengah. Pada tahun 1976, Sarekat Islam memperjuangkan

kerajaan sendiri. Pada tahun 1917, Sarekat Islam di bawah pemimpinan Haji Agus Salim
memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan perlembagaan yang berasaskan undangundang Islam. Kemunculan Sarekat Islam menandakan titik peralihan gerakan kesedaran
Indonesia. Sarekat Islam adalah parti politik massa Indonesia yang pertama.
Keanggotaannya dibuka kepada semua lapisan masyarakat dan tidak terhad kepada
golongan tertentu. Oleh sebab ancaman komunis dan masalah dalaman, Sarekat Islam
mulai merosot pada tahun 1920-an.
4.

Muhammadiyah

Muhammadiyah ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Haji Ahmad Dahlan yang dipengaruhi
oleh Gerakan Reformis Islam. Muhammadiyah menekankan pentingnya menyebarkan
ajaran Islam yang sejati berdasarkan al-Quran sebagai pegangan hidup untuk menentang
ancaman sekularisme dan perkembangan agama Kristian.
Muhammadiyah juga aktif dalam penubuhan sekolah, klinik, msjid, dan perpustakaan.
Muhammadiyah tidak berunsur politik.
5.

Nahdatul Ulama

Nahdatul ulama merupakan sebuah parti konservatif di bawah pimpinan Kiyai Hashim
Ashari. Nahdatul Ulama yang ditubuhkan pada tahun 1926 ingin menyebarkan ajaran
ortodoks Islam.
Keanggotaannya terdiri daripada ulama-ulama ortodoks (kyais), golongan santri, dan
pedagang. Nahdatul Ulama juga bergiat cergas dalam mengendalikan sekolah agama
ortodoks, masjid, dan kerja-kerja kebajikan.
6.

Parti Komunis Indonesia

Pada tahun 1920, Parti Komunis Indonesia (PKI) ditubuhkan oleh Semaun dan Darsono.
Parti ini merupakan sebuah parti radikal yang ingin menubuhkan sebuah republik komunis
di Indonesia melalui revolusi bersenjata. PKI menentang Belanda secara kekerasan. PKI
berjaya menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan telah menganjurkan
beberapa pemogokan antara tahun 1923-1926.
Revolusi bersenjata yang dilancarkan oleh PKI pada tahun 1926-1927 gagal mencapai
matlamat untuk menumpaskan pemerintahan Belanda. Belanda mengamalkan dasar yang
lebih agresif terhadap PKI.
7.

Parti Nasional Indonesia

Parti Nasional Indonesia (PNI) sebuah parti massa sekular ditubuhkan pada 4 Jun 1927
oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung. Pemimpin utamanya ialah Soerkarno. Beliau
berpendapat bahawa penyatuan dan perpaduan rakyat Indonesia adalah penting untuk
mencapai kemerdekaan mutlak. Beliau mengamalkan dasar tidak berkerjasama dengan
Belanda dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Beliau berusaha menyatukan
pertubuhan-pertubuhan nasional yang ada melalui penubuhan satu persekutuan yang
longgar, iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPKI).

Pihak Belanda berasa cemas dengan sokongan kuat terhadap PNI dan dasar antiBelandanya yang terlalu radikal. Memandangkan kedudukan Belanda agak terjejas, Belanda
bertindak menangkap Soerkarno dan tukuh orang pemimpin yang lain. Ini melemahkan PNI
dan akhirnya PNI berpecah. Ahli-ahli PNI menubuhkan tiga buah parti yang lebih kecil, iaitu
Partindo, Parti Rakyat Indonesia, dan Kelab Pendidikan Nasional.
8.

Rayuan Soetardjo dan Rayuan Wiwoho

Rayuan Soetardjo (1936) meminta supaya Volksraad mengadakan satu persidangan bagi
membincangkan autonomi Indonesia dalam satu kesatuan Belanda-Indonesia. Rayuan ini
diluluskan oleh Volksraad tetapi ditolak oleh kerajaan Belanda.
Permintaan yang sama juga dibuat melalui Rayuan Wiwoho. Seperti Rayuan Soertardjo,
Rayuan Wiwoho juga ditolak oleh kerajaan Belanda dengan alasan Pembaharuan politik
akan dibincangkan selepas Perang Dunia Kedua.
9.

Majlis Rakyat Indonesia

Kegagalan Rayuan Wiwoho menigkatkan semangat perpaduan para nasionalis untuk


menubuhkan sebuah pertubuhan yang tetap, iaitu Majlis Rakayat Indonesia.
Majlis ini bertujuan untuk menubuhkan sebuah parliman yang dapat mewakili rakyat
Indonesia. Rancangan Majlis terbantut apabila Jepun menyerang Indonesia.
Kesimpulan

Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri pemberontakan dan


peperangan dengan Belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula
ke Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember


1949 setelah pihak Belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di
Indonesia. Bagi Myanmar, perjuangannya ke arah kemerdekaan lebih aman daripada apa
yang berlaku di Indonesia. Myanmar mencapai kemerdekaannya secara perlembagaannya.
Soalan 151: Huraikan langkah-langkah ke arah mencapai kemerdekaan di Indonesia
pada abad ke-20
Pendahuluan

Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah berusaha melindungi


kepentingan masyarakat peribumi dan membangkitkan semangat nasionalisme melalui
penubuhan pertubuhan di parti politik. Semasa Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti
Soerkarno, Hatta, dan Syarir telah berganding bahu berjuang mengusir Jepun dan Belanda
dari Bumi Indonesia.

Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan menubuhkan Republik


Indonesia sebelum Belanda Bertapak semula ke Indonesi selepas Perang Dunia Kedua.
Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut, lalu terdapat penentangan dan
bantahan di kedua-dua pihak sehinnga membawa kepada campur tangan kuasa luar dan

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai kemerdekaan selepas


mengangkat senjata atau selepas melancarkan revolusi.
Isi-isi penting
Perjuangan kemerdekaan sebelum Perang Dunia Kedua
Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia pada awal abad ke-20 bagi
membangkitkan semangat nasionalisme dan kesedaran politik seperti Muhammadiyah dll.
Perjuangan Kemerdekaan Semasa Perang Dunia Kedua
Para nasionalis Indonesia menyokong kedatangan Jepun demi mencapai kemerdekaan.
Jepun telah mengusir Belanda memerintah Indonesia pada tahun 1942-1945. Terdapat tiga
unit pentadbiran, iaitu Sumatra, Jawa, dan Indonesia Timur. Jepun mengekalkan sistem
pentadbiran asas Belanda dan memerintah Indonesia melalui golongan Priyayi (elit).
Pentadbiran Jepun memperlihatkan berlakunya inflasi, penindasan, kebuluran, dan
penderitaan rakyat. Penduduk Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui
kejayaanya mengalahkan Belanda. Jepun telah membebaskan nasionalis Indonesia yang
telah dipenjarakan oleh Belanda. Jawatan pentadbiran diberikan kepada rakyat tempatan.
Penubuhan PUTERA pada Mac 1943 di mana Soerkarno menjadi pengerusi. Melalui
PUTERA, Soerkarno cuba mendapatkan sokongan rakyat tempatan. Soerkarno
mengunakan PUTERA untuk meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk
Indonesia dan mengukuhkan keazaman untuk mencapai kemerdekaan. Penubuhan PETA
dipimpin oleh pegawai Indonesia dan menerima latihan tentera dari pihak Jepun. PETA
bertujuan mempertahankan Indonesia dari serangan kuasa Barat. PETA membangkitkan
semangat antipenjajah melalui: Penubuhan MASJUMI untuk menyebarkan perasaan antiBelanda melalui agama dan menjanjikan kemerdekaan.Jawatan Kuasa Persedian
Kemerdekaan dibentuk. Pengerusinya ialah Soerkarno.

Soerkarno membentuk Pancasila dengan lima prinsip, iaitu nasionalisme,


internasionalisme, kerajaan yang mewakili rakyat, kemakmuran sosial dan kepercayaan
kepada Tuhan. Apabila nasionalis Indonesia mendapati bahawa Jepun tidak berniat ingin
memberi kemerdekaan, mereka menentangnya melalui gerakan bawah tanah. Terdapat
empat kumpulan gerakan bawah tanah iaitu, Gerakan bawah tanah pimpinan Amir
Syarifudin, Gerakan bawah tanah pimpinan Sutan Syahrir, Gerakan bawah tanah anjuran
Persatuan Mahasiswa Universiti Jakarta dan Gerakan bawah tanah pimpinan Soerkarno.
Perjuangan Kemerdekaan Selepas kembalinya Kuasa Belanda

Dua hari selepas Jepun menyerah kalah kepada kuasa-kuasa Berikat, Soerkarno dan Hatta
telah mengumumkan Kemerdekaan Republik Indonesia,iaitu pada 17 Ogos 1945. Belanda
enggan mengiktiraf kerajaan baharu Soerkarno yang merdeka itu. Belanda ingin berkuasa
semula. Belanda melantik Syahrir, seorang ahli sederhana sebagai ketua kerajaan republik
itu. Rundingan bermula antara kabinet Syahrir dengan kerajaan Belanda.
Walau bagaimanapun Syahrir mengumumkan bahawa tuntutan dasar kerajaan republik
ialah pengiktirafan Belanda. Belanda enggan berbuat demikian dan tetap dengan pendirian
mengenakan kawalan terhadap pulau-pulau Indonesia. Percubaan Belanda ini

menyebabkan penentangan dan pertumpahan


Kemerdekaan Indonesia (1945-1949).

darah

sehingga

berlaku

Revolusi

Pada tahun 1946, kerajaan Belanda mengesyorkan pembentukan sebuah Komenwel


Indonesia. Komenwel ini terdiri daripada wilayah-wilayah dengan kerajaannya sendiri.
Sebuah parlimen yang dipilih akan mengawal hal-ehwal kerajaan. Kerajaan komenwel ini
akan diketuai oleh wakil Belanda. Komonwel Indonesia akan menjadi sebahagian daripada
kerajaan Belanda.
Pada bulan Jun 1946, Syahrir dan beberapa ahli kabinetnyadiculik oleh komunis di bawah
Tan Melaka. Rancangan tersebut merupakan percubaan komunis untuk merampas kuasa.
Soerkarno dengan segaranya mengisytiharkan darurat. Syahrir dan rakan-rakanya
dibebaskan dua hari kemudian.
Perjanjian Linggajati 1946
Sementara itu, kuasa Barat yang lain seperti British mengkrtik tindakan Belanda di
Indonesia. Tentera British sedia berundur dari Jawa. Belanda kurang senang dan terpaksa
menyelesaikan krisis Indonesia di meja perundangan.
Akhirnya, perundingan antara kedua-dua pihak berlansung di Langgati antara bulan
Oktober dan November 1946. Menurut perjanjian tersebut: Pihak Belanda mengiktiraf
republik itu sebagai kuasa pemerintahan di Pulau Jawa, Madura, dan Sumatra, Persekutuan
yang dinamakan Kesatuan Negeri-negeri Indonesia akan dibentuk dan Kesatuan Negerinegeri Indonesia merupakan sebahagian daripada Kesatuan Belanda-Indonesia dan Ratu
belanda menjadi ketua kesatuan ini.
Perjanjian Linggajati bukan sahaja gagal tetapi juga ditentang oleh pihak tertentu seperti
PNI, MASJUMI, dan ahli-ahli komunis. Kerajaan republik tidak dapat menerimanya
memandangkan Belanda telah mengumumkan bahawa sehingga Kesatuan Negeri-negeri
Indonesia dibentuk, maka kerajaan Belanda menjadi kuasa agung di seluruh Indonesia.
Perjanjian Renville 1948
Melihat keadaan huru-hara di Indonesia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atas
desakan India dan Australia mengeluarkan satu perintah gencatan sejata. Satu
jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil Australia, Belgium, dan Amerika Syarikat
dibentuk untuk menyelesaikan masalah itu. Hasilnya Perjanjian Renville ditandatangani
pada bulan Januari 1948. Antara syarat-syaratnya ialah Belanda dan Indonesia bersutuju
mengundurkan tenteranya. Perjanjian Renville gagal menyelesaikan perselisihan antara
Belanda dengan Indonesia. Para nasionalis Indonesia menuduh Belanda cuba menyekat
perkembangan bandar dan pelabuhan Republik Indonesia manakala Belanda mendakwa
bahawa Republik Indonesia dikuasai oleh golongan komunis.
Belanda sekali lagi mengenakan tindakan militan, iaitu tindakan polis dan pemimpin
nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syahrir ditangkap. Walaupun tanpa pemimpin
utama, perjuangan kemerdekaan masih diteruskan. Menteri kewangan, Syafruddin
Prawiranegara telah menubuhkan pemerintahan Darurat Republik Indonesia dan Sumatra.
Beliau berjaya menyeru rakyat melancarkan dasar tidak kerjasama dengan Belanda.
Perjanjian Hague 1949

Belanda dikecam hebat oleh dunia luar. Akhirnya Soekarno, Hatta, dan pemimpin-pemimpin
lain dibebaskan. Oleh sebab tidak ingin peperangan berterusan maka Perjanjian Hague
ditandatangani pada 2 November 1949.
Belanda terpaksa mematuhi desakan kuasa luar untuk mengadakan Rundinagn Meja
Bandar di Hague atas sebab Belanda tidak ingin perang kerana kerajaannya tidak
mempuyai tenaga perang untuk menakluki Indonesia secara kekerasan.
Belanda ingin melindungi kepentingan ekonominya di Indonesia. Jika berlakunya perang,
semua kegiatan ekonomi akan musnah. Belanda tidak ingin negaranya tersingkir daripada
hubungan diplomatik antara bangsa kerana soal kemerdekaan Indonesia memperlihatkan
penglibatan kuasa luar terutama Amerika Syarikat. Belanda masih bergantung kepada
Amerika Syarikat untuk kegiatan perdagangannya.

Antara syarat-syarat Perjanjian Hague 2 November 1949 ialah: Belanda bersetuju


melepaskan penguasaannya ke atas Hindia Timur Belanda tanpa syarat kepada Republik
Indonesia Syarikat sebelum 30 Disember 1949 dan Republik Indonesia Syarikat akan
merangkumi 16 buah negeri.
Perjuangan Ke Arah Kemerdekaan Mutlak

Belanda menyerahkan kuasa kepada Republik Indonesia Syarikat pada 27 Disember 1949.
Ini bermakna Indonesia mencapai status negara merdeka dan berdaulat yang bebas
daripada penjajahan Belanda.
Pada 27 Disember 1949, Ratu Juliana menyerahkan kedaulatan kepada Kesatuan Negerinegeri Indonesia. Soerkarno dilantik sebagai Presiden dan Hatta sebagai Perdana Menteri
bagi Republik Indonesia yang merdeka.
Kesimpulan

Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri pemberontakan dan


peperangan dengan Belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula
ke Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember


1949 setelah pihak Belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di
Indonesia.
4.1 Sistem Pemerintahan
4.1 Sistem Pemerintahan
Soalan 152: Huraikan sistem pemerintahan Republik di Filipina
Pendahuluan
Semasa Frank Murphy dilantik sebagai Gabenor Jeneral Amerika Syarikat di Filipina, beliau
menyokong kemerdekaan Filipina. Setelah Manuel Quezon mengetuai rombongan
kemerdekaan ke Amerika Syarikat, Presiden Amerika Franklin Roosevelt bersetuju
menerimanya pada Mac 1934. Akta Tydings-McDuffie diluluskan dan Kerajaan Sementara
Filipina ditubuhkan pada 4 Julai 1936.

Filipina
Isi-isi Penting:

mengamalkan

sistem

demokrasi

berparlimen.

Selepas kedatangan Jepun, pilihan raya umum diadakan pada 23 April 1946. Parti Nasional
mencadangkan Sergio Osmena sebagai Presiden, Parti Liberal pula cadang Manual A.
Roxas dan Parti Modenis cadang Hilario C. Moncado.
Manual Roxas mendapat mandat dan sokongan dari Amerika Syarikat. Seterusnya
mengisytiharkan Republik Filipina sebagai sebuah negara merdeka pada 4 Julai 1946.
Beliau menjadi Presiden Republik Filipina yang pertama.
Filipina mengamalkan pemerintahan Republik Demokrasi berpresiden. Pentadbirannya
terbahagi kepada tiga badan iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan
kehakiman. Presiden mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai ketua kabinet.
Beliau dipilih melalui pilihan raya bagi tempoh enam tahun sekali dan mempunyai kuasa
veto.
Demokrasi berparlimen di Filipina adalah mencontohi sistem yang diamalkan di Amerika
Syarikat, iaitu Presiden dipilih melalui pilihan raya di seluruh negara.
Kesimpulan
Kesinambungan waris pemerintahan Filipina tetap diteruskan sehingga sekarang. Presiden
Filipina menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Presiden juga adalah tonggak
kestabilan negara dalam memelihara sistem demokrasi di Filipina.
Soalan 153: Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang
diamalkan di Thailand selepas tahun 1932
Pengenalan
Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki
berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun
1932. Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan
monarki mutlak. Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan
bentuk pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara. Thailand
mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan. Raja merupakan ketua negara dan
mengetuai tiga badan utama kerajaan iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan
Badan Kehakiman.
Ssitem demokrasi berparlimen di Thailand pula berdasarkan kedudukan raja sebagai
penaung dan pelindung. Walaupun perlembagaan berada di atas raja, namun raja
mempunyai keistimewaan tertentu dan dihormati dari segi perundangan. Selepas Revolusi
Thai 1932, Thailand mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Raja Thailand
merupakan ketua negara dan Perdana Menteri merupakan Ketua Kerajaan
Isi-isi Penting:
a)

Raja Thailand tertakluk kepada perlembagaan negara dan tidak berkuasa mutlak dalam
pemerintahan. Raja Thailand menjadi simbol kedaulatan kerajaan yang memerintah tanpa

sebarang kuasa pemerintahan. Semua urusan pemerintahan akan dilaksanakan oleh


kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
b)

Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu badan eksekutif,
badan perundangan dan badan kehakiman. Badan Eksekutif adalah badan yang berkuasa
membuat dan melaksanakan dasar-dasar negara. Perdana Menteri mengetuai badan
eksekutif, iaitu kabinet yang akan membantunya dalam membuat keputusan dan
menentukan dasar-dasar negara. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain terdiri
daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula bertindak
melantik Perdana Menteri.

c)

Badan perundangan mengandungi dua dewan yang iaitu Dewan Negara (Senat) dan
Dewan Undangan Negeri. Dua dewan ini berkuasa menggubal dan meluluskan undangundang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya. Dewan Negara dan
Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan empat tahun sekali.

d)

Sebuah lagi badan ialah badan kehakiman yang bebas daripada badan perundangan dan
badan eksekutif. Badan kehakiman berkuasa dalam melaksanakan hukuman berdasarkan
peruntukan di dalam perlembagaan negara. Badan ini terdiri daripada golongan hakim yang
dilantik oleh Raja Thailand. Terdapat empat jenis mahkamah yang membantu bandan
kehakiman iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Jenayah dan
Mahkamah Sivil.
Kesimpulan

Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun
bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand.
Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda,
namun ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand.
Kesinambungan waris pemerintahan raja Thailand tetap diteruskan sehingga sekarang. Di
Thailand, raja adalah dihormati. Raja menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Raja
juga adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan
masalah politik dalaman Thailand.
4.2 Pembangunan Ekonomi
4.2 : Pembangunan
Soalan 154: Huraikan Pembangunan dan Dasar Ekonomi di Filipina.
Pendahuluan
Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan
mewujudkan satu bangsa dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa, budaya, dan
undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua individu yang menjadi warganegara.

Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk


pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden Manuel
Roxas menjadi Presiden yang pertama.
Isi-isi Penting:

Dalam krisis kewangan Asia 1998 Filipina tidak menerima kesan yang nyata kerana dibantu
oleh pengiriman wang oleh rakyatnya yang bekerja di luar negara. Di samping itu juga
insentif-insentif kerajaan kepada firma-firma tempatan dan asing untuk melabur dengan
menyediakan Akta Galakan Pelaburan 1967. Namun Filipina terpaksa membangunkan
ekonominya untuk mengatasi masalah kemiskinan yang tinggi dan kadar hutang yang
meningkat di samping untuk membiayai kemudahan infrastuktur dan perbelanjaan sosial.
Filipina menggunakan ekonomi laissez-faire dalam pembangunan ekonominya dan banyak
berurusan dengan Amerika Syarikat. Manuel Roxas dan beberapa presiden seperti Quirino,
Magsaysay dan Macapagal telah mengambil beberapa dasar dan langkah untuk
memulihkan ekonomi Filipina.
Antara dasar ekonomi Filipina ialah menekankan kepada perusahaan gula, perusahaaan
kelapa, perusahaan abaka, perusahaan getah dan perusahaan perlombongan dan
perindustrian. Dalam perusahaan-perusahaan itu diperkenalkan beberapa tarif untuk
meningkatkan pengeluarannya.
Undang-undang juga diperkenalkan untuk melindungi kepentingan penduduk tempatan
seperti memperkenalkan Akta Organik 1902 dan Akta Nombor 2874 Filipina tahun 1919.
Soalan 155: Pembangunan dan Dasar Ekonomi Thailand
Isi-isi Penting:
Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melakukan banyak dasar dan program
pemodenan ekonomi. Ekonomi Thailand bergantung kepada pertanian padi, getah, bijih
timah, kayu jati, jut dan sebagainya.
Pada tahun 1936 kerajaan Thailand mula mengusahakan perusahaan minuman keras.
Kerajaan Thailand juga melaksanakan ekonomi agresif termasuk memiliknegarakan jalan
keretapi dan kapal terbang, membina Sekolah Sains Chulalongkorn untuk memberi latihan
teknikal, memperhebatkan bidang perindustrian, dengan membina kilang kapas, kilang
kertas, kilang gula, kilang mengetin dan sebagainya. Kerajaan juga mengubah suai kadar
tarif untuk melindungi perusahaan desa.

Semasa pemerintahan Phibun sebagai Perdana Menteri, dasar ekonomi anti Cina
dilaksanakan. Beliau menubuhkan beberapa perbadanan untuk menggalakkan
masyarakat peribumi Thailand terlibat dalam bidang perniagaan dan perdagangan dan
berusaha mengambil alih dari kuasa lain.

Kerajaan Thailand juga berjaya memajukan industri penghasilan beras, getah, kayu-kayan,
tembakau, besi dan keluli serta gelas. Industri terbaru Thailand tahun 1959 ialah pembinaan
kilang penapis minyak dengan kemampuan pengeluaran minyak sebanyak 280,000 tong
sehari.
Kesimpulan
Apa-apa yang berkaitan
4.3.1 Bentuk Pemerintahan
4.3.1
Bentuk Pemerintahan

Soalan 156: Huraikan Bentuk Pemerintahan di Filipina

Pendahuluan
Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan
mewujudkan satu bangsa dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa, budaya, dan
undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua individu yang menjadi warganegara.

Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk


pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden Manuel
Roxas menjadi Presiden yang pertama.
Isi-isi Penting:

a)

Presiden sebagai ketua negara dan ketua kerajaan. Presiden dipilih untuk selama enam
tahun bagi mengetuai kabinet dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Presiden tidak
dipilih oleh parlimen tetapi dipilih secara langsung oleh rakyat.

b)

Parlimen Filipina memiliki dua buah dewan perwakilan iaitu House of Representatives
dan Senate House of Representatives (HoR). HoR mempunyai 260 orang anggota
(Seramai 208 dipilih secara langsung, 52 orang dipilih melalui sistem Parti List untuk selama
3 tahun) dan Senat pula terdiri daripada 24 orang anggota dipilih oleh rakyat. Parlimen
Filipina memiliki kuasa menggubal undang-undang.

c)

Sistem pemerintahan bercorak presiden. Badan Eksekutif dan Legislatif memiliki


kedudukan yang bebas dan tersendiri.

d)

Berdasarkan Perlembagaan 1973, terdapat beberapa institusi yang memainkan peranan


dalam struktur pemerintahan negara iaitu Presiden, Kabinet dan Dewan Menteri, Majlis
Nasional (National Assembly) dan Mahkamah Agung (Supreme Court).

e)

Antara 1972 1983 Undang-Undang Darurat Perang diperakui iaitu berlaku sekatan
terhadap anggota parlimen dan ketidakbebasan dalam memberi pendapat serta
penyelesaian rombakan perlembagaan oleh Majlis Perlembagaan.

f)

Semasa rejim Marcos berlaku peningkatan dan penglibatan tentera dalam bidang
pemerintahan serta memperkenalkan undang-undang Darurat Perang.
Kesimpulan

Apa-apa yang berkaitan


Soalan 157 : Huraikan Bentuk Pemerintahan di Thailand
Pengenalan
Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah
perlembagaan negara.

Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa


kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku
coup detat atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan
politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
Isi-isi Penting:
a)

Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah
perlembagaan negara. Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan
revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan
perubahan di Thailand. Berlaku coup detat atau rampasan kuasa yang menyebabkan
penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi
berparlimen.

b)

Kerajaan yang muncul merupakan kebangkitan golongan tentera dengan agenda politik
yang tersendiri. Kebangkitan golongan tentera berlaku semasa pemerintahan Pya
Manopakorn. Pembaharuan ekonomi Pridi yang membela nasib rakyat Thailand dengan
cadangan kerajaan memiliknegarakan semua punca penghasilan negara termasuk tanah
tidak menyenangkan Pya Manopakorn. Pya mengecam rancangan ekonomi Pridi sebagai
manifesto Komunis dan Pridi letak jawatan dan lari ke luar negara. Pya Manopakorn
menangguhkan persidangan Dewan Perundangan dan mewujudkan pemerintahan bersifat
diktator. Tindakannya menggagalkan sistem demokrasi berparlimen.

c)

Pimpinan tentera di bawah Pya Bahol telah rampas kuasa pada Jun 1933. Semasa Pya
Bahol, pilihan raya diadakan dan kerajaan Pya Bahol menang dalam pilihan raya dengan
dibantu oleh Pridi Phanomyong sebagai Menteri Dalam negeri dan Phibun Songkhram
sebagai Menteri Pertahanan. Namun erti prinsip demokrasi sebenar masih tidak
dilaksanakan.

d)

Tahun 1938 Phibun Songkhram dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Pya
Bahol yang uzur. Perlantikan Phibun mula meletakkan asas penguasaan golongan tentera
dalam kerajaan Thailand. Phibun seorang nasionalis Siam yang melampau dengan sikap
anti orang Cina dan barat. Beliau menjadi seorang diktator tentera dan bekerjasama
dengan Jepun.

e)

Pridi berusaha memulihkan pemerintahan demokrasi di Tahiland dan memenangi pilihan


raya pada 6 Januari 1946 tapi gagal kerana perselisihannya dengan Khuang Aphaiwong
yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Bulan November 1947 golongan tentera rampas
kuasa dan kemudiannya Siam sering berlaku rampasan kuasa dan kerajaaannya sering
bertukar kuasa.
Kesimpulan

Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah
perlembagaan negara.
Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa
kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku

coup detat atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan
politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.

4.3.2 Sumbangan Tokoh


Soalan 158: Huraikan sumbangan Macapagal dalam konteks pembangunan Negara
Filipina
Pengenalan
Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao Pampanga pada 28 Sept. 1910. Presiden
Filipina ke-9 (1961-1965) sebagai Orang Terjujur dan bertindak menghapuskan rasuah.
Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat.
Isi-isi Penting:
a)

Dari segi politik beliau mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4
Julai (Hari Amerika Syarikat menyerahkan Kemerdekaan tahun 1946) kepada 12 Jun iaitu
Hari semasa Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol 1898.

b)

Beliau juga membuat tuntutan ke atas Sabah tahun 1962 kerana dianggap sebahagian
daripada milik Kesultanan Sulu sedangkan Sabah pada masa itu telah dijual kepada
Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

c)

Dari segi ekonomi pula Macapagal merangsang pertumbuhan ekonomi dengan


membiarkan wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing.
Melaluinya berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun. Beliau juga meningkatkan
pengeluaran makanan, peluang pekerjaan, reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah
Pertanian 1963.

d)

Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah, dan memperkenalkan nilai-nilai
kemasyarakatan di Filipina.
Kesimpulan

Keseluruhannya, Macapagal telah berjaya melaksanakan program dan pembangunan


politik,
ekonomi
dan
sosial
untuk
kepentingan
rakyat.
Soalan 159: Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram
Thailand pada tahun 1938 hingga 1957.
Pengenalan

dalam pembinaan negara

Phibun Songkhram atau Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram dilahirkan pada 14 Julai
1897 di sebuah kampung pertanian di Daerah Nonthaburi.Nama sebenar beliau ialah Plaek
Khitasangkha.Phibun Songkhram merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun 1938
hingga 1944.Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 1964 di Sagamihara,Kanagawa,Jepun
semasa berumur 66 tahun.Pada tahun 1948 hingga 1957 beliau menjadi diktator
ketenteraan pula.Sepanjang tempoh tersebut ,Phibun Songkhram telah memberi

sumbangan yang penting dalam pembinaan negara Thailand dari aspek politik,ekonomi dan
sosial.
Isi-isi Penting:
Aspek politik
a)
Dari aspek politik, Phibun Songkhram memberi sumbangan penting dengan membawa
Thailand menyertai SEATO.Beliau juga turut memberi sokongan kepada Amerika Syarikat
dalam Perang Korea untuk menentang kegiatan komunis dunia.Hasilnya ,Thailand telah
mendapat bantuan yang banyak daripada Amerika Syarikat.
b)

Phibun Songkhram juga berjaya menghidupkan semula politik dalam negeri setelah beliau
melawat Amerika Syarikat dan Britain pada tahun 1957.Kesannya pelbagai parti politik mulai
muncul dengan ketara.Beliau jugalah tokoh yang berperanan penting dalam membawa
gerakan nasionalisme Thailand ke peringkat yang lebih radikal.

c)

Selain itu ,Phibun Songkhram berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand dengan


mengamalkan dasar pro-Jepun pada tahun 1930an.Beliau juga sanggup mewujudkan
Pakatan Thai-Jepun pada awal tahun 1940an.Malahan,Jepun juga merupakan rakan
perdagangan dan negara pelabur kedua terbesar di Thailand sebelum Perang Dunia
Kedua.Phibun juga telah memberi laluan kepada Jepun untuk mara ke Tanah Melayu
semasa berlakunya Perang Dunia Kedua.Dasar pro-Jepun ini akhirnya menjadikan Thailand
satu-satunya negara yang tetap merdeka berbanding dengan negara-negara lain di Asia
tenggara yang telah dijajah.

d)

Aspek Ekonomi
Sumbangan Phibun Songkhram dari aspek ekonomi juga tidak kurang hebatnya.Demi
membangunkan ekonomi Thailand,Phibun telah melancarkan satu rancangan ekonomi yang
nasionalistik.Tujuan rancangan ini diadalah adalah untuk menghapuskan penguasaan orang
Eropah dan Cina dalam kegiatan ekonomi.

e)

Beliau juga turut memberi sumbangan kepada kaum tani dengan memperkenalkan
Kanun Hasil Negara pada bulan Mac 1939.Kanun ini bertujuan membebaskan kaum tani
daripada cengkaman golongan peminjam wang.Kadar cukai atas petani juga
dikurangkan .Manakala cukai tinggi dikenakan kepada syarikat dan pelabur-pelabur
asing.Subsidi diberikan pula kepada syarikat swasta Thai.

f)

Kebajikan rakyat Thailand terus terpelihara apabila Phibun menyediakan kawasan


pembalakan yang lebih baik kepada orang Siam sahaja.Selain itu,undang-undang syarikat
perkapalan menetapkan 75% pekerjanya mestilah terdiri daripada orang Thai.Setiap
pelaburan modal mesti meliputi 70% modal Thai.Kilang-kilang seperti kilang kapas di
Bangkok dan kilang gula di Lampang telah dibina dan diletakkan di bawah kawalan dan
tajaan kerajaan.

g)

Phibun Songkhram ternyata telah berjaya memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam
aspek ekonomi. Misalnya, pada tahun 1941,orang Thai telah mengambil alih industri
tembakau rokok melalui penubuhan Syarikat Monopoli Tembakau Negara.
Aspek Sosial

h)

Dari aspek sosial, Phibun turut menyumbang jasa yang besar dalam memperkukuhkan
semangat dan cinta akan negara dalam kalangan penduduk Thai.Beliau menetapkan agama
Buddha dijadikan syarat kenaikan pangkat .Agama Buddha juga disamakan dengan
semangat patriotik.Kesannya sebahagian besar masyarakat Thai sehingga ke hari ini adalah
penganut agama Buddha.

i)

Sumbangan lain yang ketara dan penting ialah apabila beliau berjaya menukar nama
Siam kepada Thai yang bermakna Tanah Bebas.Beliau juga berjaya menaikkan semangat
dan kebanggaan orang Thai terhadap negara mereka yang bebas daripada sebarang
bentuk penjajahan.

j)

Demi menjaga kesejahteraan rakyat Thai,dasar anti-Cina telah dilakukan oleh Phibun.
Antara langkah yang dijalankan ialah akhbar,sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina
ditutup.Orang Cina yang ingin masuk ke Thailand dikenakan bayaran sebanyak 100
baht.Penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dibatalkan.

Kesimpulan
sumbangan Phibun Songkhram sangat penting dalam pembinaan negara Thai pada tahun
1938 hingga 1957. Sumbangan beliau jelas terutama dalam melindungi kesejahteraan
rakyat dan negara Thai.Program-program yang dilaksanakannya berjaya mengggalakkan
orang Thai menceburi bidang perdagangan dan perniagaan.
Masyarakat Thailand juga berjaya disemai dengan nilai-nilai bangga akan negara
.Namun demikian,sistem demokrasi berparlimen semasa pemerintahan Phibun terbantut
apabila Phibun menjadi diktator tentera yang berkuasa mutlak.
4.4 Perhubungan Luar
4.4.1 : Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa
Soalan 160: Huraikan Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa Filipina
Pendahuluan

Filipina telah menganggotai PBB sejak tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi
banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran
makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian
Gandum Antarabangsa.

PBB memberi penghormatan pada Filipina sebagai sebuah negara yang aktif di Asia
Tenggara
Isi-isi
Penting:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
a)

Filipina menyertai PBB tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah
seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan,
mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum
Antarabangsa.
b)
Filipina berjuang dalam PBB untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di
dunia dan hantar tentera pengaman PBB seramai 6,000 orang dalam krisis Perang Korea.

c)

Filipina berjaya mempengerusikan Kajian 2010 Non-Proliferation Treaty (NPT) bertujuan


mencegah penularan senjata nuklear dan teknologi senjata, menggalakkan kerjasama
dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman.

d)

Terlibat dalam forum serantau dan antarabangsa seperti Asia Pacific Ekonomic
Cooperation (APEC), World Trade Nations Conference on Trade dan Development
(UNCTAD)
dan
lain-lain
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).

a)

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dibentuk bulan Sep. 1954. Filipina
merupakan salah sebuah negara penaja utama penubuhannya. Penglibatannya disebabkan
oleh hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan perasaan bimbang terhadap
perkembangan ideologi komunis di Filipina.
b)
Pembentukan SEATO merupakan tindak balas daripada permintaan bahawa kawasan
Asia Tenggara akan dilindungi daripada pengaruh komunis.
c)

Penglibatan Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi dan
pembangunan sosial. Contohnya projek latihan pekerja mahir. Namun penglibatan Filipina
dalam SEATO agak terhad kerana SEATO tidak memainkan peranan seperti yang
ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak berfungsi.
Association of South East Asian Nation (ASEAN)

a)

Filipina menyertai Pertubuhan Asia Tenggara bersama-sama Thailand dan Tanah Melayu
pada tahun 1962. Gabungan ketiga-tiga buah negara ini di namakan sebagai MAPHILINDO.

b)

ASEAN merupakan jalinan hubungan dan kerjasama serantau melalui Deklarasi Bangkok
pada 8 Ogos 1967. Dalam Deklarasi Kuala Lumpur, ASEAN diisytiharkan sebagai Zon
Aman Bebas dan Berkecuali. Tujuannya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan
politik di rantau ini dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana blok.

c)

Filipina mencadangkan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN 1984 bahawa ASEAN
sebagai kawasan Zon Bebas Senjata Nuklear dan bekerjasama dengan negara-negara lain
mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

d)

Filipina melibatkan diri dalam pelbagai projek ASEAN seperti projek Fabrikasi Tembaga
dan
sebagainya.
Kesimpulan

Filipina telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya
sehingga kini.
Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama
menyelesaikan
krisis
sempadan
dan
kepentingan
bersama
Soalan 161: Huraikan Penglibatan Thailand Dalam pertubuhan dan Organisasi
Antarabangsa
Pendahuluan
Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946

PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara
Isi-isi
Penting:
Pertubuhan

Bangsa-Bangsa

Bersatu

(United

Nations).

Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Thailand juga memberi
bantuan
kepada
PBB
dalam
Perang
Korea.
Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis
Ekonomi.
Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO.
Bangkok sering dijadikan tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB.
Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan
kewangan untuk memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.
Tahun 1956 hingga 1957, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan
Perhimpunan
Agung
ke-11
PBB.
Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha
Agung
PBB.
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
Thailand menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat. Nai Pote Sarasin
menjadi Setiausaha Agung SEATO yang pertama. Penglibatan bertujuan melindungi
wilayah yang bersempadan dengan kawasan bergolak di Indo- China serta bimbang
terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.
Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan
ketenteraan. Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta tahun 1957. Thailand juga
membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk
memerangi komunis di Indo-China.
SEATO merupakan satu pakatan kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui
latihan kerjasama ketenteraan.
Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai
budaya,
agama
dan
sejarah
di
rantau
Asia
Tenggara.
Association of South East Asian Nation (ASEAN)
Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri luar negara terbabit pada 8 Ogos 1967
telah membawa kepada penubuhan ASEAN. Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina,
Indonesia dan Singapura. Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari 1974), Vietnam (18
Julai 1995), Myanmar dan Laos (23 Julai 1997) dan Timur Leste.
Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia
Tenggara dan mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan. Thailand bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mewujudkan
konsep ZOPFAN.
Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan sokongan PBB menghapus
konflik di Kampuchea.

Thailand menyokong usaha melaksanakan AEC sebagai Kawasan Perdagangan Bebas


ASEAN (AFTA).

Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN di Bangkok 1994 berkaitan
keselamatan kawasan ASEAN.

Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear di Bangkok 1995 membuktikan tanggungjawab


ASEAN untuk menjaga keselamatan negara ASEAN. Thailand juga menghulur bantuan
kepada Kampuchea untuk memajukan infrastrukturnya.
Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan ASEAN, China, Jepun dan Korea
dalam
konsep
ASEAN+3.
Kesimpulan
Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya
sehingga kini. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota
PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama
Soalan 162: Jelaskan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa pada
abad
ke-20.
Pendahuluan
Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946
PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara
Isi-isi Penting:
1.
Sering terlibat sebagai tentera pengamanan PBB
menamatkan konflik di Korea. Thailand menjadi peserta aktif dalam pelbagai bidang
kerjasama antarabangsa seperti pertubuhan antarabangsa dan agensi khusus PBB serta
terkenal dengan sumbangan positif kepada kemajuan dan pembangunan PBB.
Thailand Juga menganggotai pertubuhan lain seperti Suruhanjaya Perhutanan Asia-Pasifik,
Majlis Perikanan Indo-Pasifik dan Suruhanjaya Beras Antarabangsa
2.

Tuan rumah kepada pejabat serantau agensi khusus PBB.

Bangkok telah lama menjadi ibu pejabat bagi Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi
Asia Pasifik (ESCAP). Sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif Thailand dalam PBB,
bekas menteri luar Thailand, iaitu Waithayakorn telah dipilih untuk berkhidmat sebagai
Presiden Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1956.
Pada 22 Oktober 1984, Thailand telah dipilih untuk berkhidmat sebagai anggota bukan
tetap Majlis Keselamatan PBB dari tahun 1985 1986 buat kali pertama. Pada tahun yang
sama juga , Thailand mencadangkan penciptaan sebuah sistem amaran awaluntuk PBB
dalam Perhimpunan Agung
3.

Sumbangan kewangan ke arah operasi pengaman PBB di seluruh dunia

Thailand sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada PBB. Thailand mengambil
bahagian dalam Kumpulan Amerika Bangsa-bangsa Bantuan.

Contohnya, bantuan pengamanan Peralihan (UNTAC) di Namibia, menyediakan pegawai


tentera Thailand untuk berkhidmat di Iraq-Kuwait, menjadi pemerhati misi (UNIKOM) dan
berkhidmat sebagai ahli Pengawal PBB di Iraq.
4.

Sumbangan penyelesaian politik melalui resolusi Perhimpunan Agung

Isu Kemboja melalui resolusi Perhimpunan Agung dengan cadangan agar permusuhan
dihentikan, menyekat kemasukan tentera asing dan member hak kebebasan kepada rakyat
Kemboja untuk menentukan nasibmereka sendiri. Resolusi ini menerima sokongan pada
daripada ahli Perhimpunan Agung selama lebih 112 tahun berturut-turut.
Sokongan ini menjadi satu faktor penting dalam mewujudkan insentif yang kuat bagi
pengunduran tentera asing dari Kemboja yang bermula pada tahun 1989.
5.

Menjadi Tuan rumah dalam dua mesyuarat di Pattaya

Wakil pihak Kemboja yang hadir dan bersetuju dengan beberapa elemen asas bagi
penyelesaian politik menyeluruh yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai
Paris pada 23 Oktober 1991.
Pada bulan Mei 1993, 27 orang pegawai Thailand telah dipilih unuk bertindak sebagai
Pegawai Pilihan Raya Antarabangsa bagi membantu PPP mengendali dan mentadbir pilihan
raya di Kemboja
Kesimpulan
Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya
sehingga kini.
Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama
menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama

Anda mungkin juga menyukai