Anda di halaman 1dari 3

.

.




Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda serta para sahabat sekalian.
Al-hamdulillah, dengan penuh khusyuk dan tawadduk, kami bersyukur di
atas segala nikmat dan rahmat yang telah engkau kurniakan, di mana
dengannya dapatlah kami menyusun pertemuan dan berkumpul pada
malam ini untuk sama-sama meraikan
Allahumma Ya Munzilar Rahmah Wa Ya Fatihal Barakah
Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menadah tangan
pengharapan memohon ehsan dan rahmatMu, limpahkanlah taufiq
hidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami agar majlis yang kami
lakukan ini diberkati, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini akan
menjadikan kami semua insan yang cemerlang, terbilang, disegani dan
dihormati, samada dalam aspek lahiriah mahupun keperibadian.
Ya Allah, kurniakanlah jua pertemuan kami dalam perhimpunan ini dengan
keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan
kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk
kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Allahumma Ya Aliim, Wa Ya Khabiir,
Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan Rahmat Mu, sempena Majlis ini, apa kira
Nya engkau limpahkanlah kesejahteraan kepada semua tetamu yang
hadir dan semua warga Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah.
Ya Allah Ya Tuhan kami, panjangkanlah umur kami sihatkanlah tubuh
badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikilah
amalan kami, luaskanlah dan berkatilah rezeki kami, dekatkanlah kami
kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari segala kejahatan.
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah
kami, guru-guru, pemimpin-pemimpin sekolah agar terus beristiqamah

berkhidmat menabur bakti membangunkan ummah dan masyarakat,


bangsa dan agama serta pelajar-pelajar.


Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat
perpaduan di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan
keji sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri dan
segala sifat mazmumah yang pastinya boleh memecahbelahkan
keharmonian hidup dan semangat perpaduan kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, seandainya di dalam majlis ini terdapat perkara
yang
mengundang
kemurkaanMu,
maka
ampunkanlah
kami,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan
mengikut perkataan yang baik.







Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan
bersyukur.

Jauhilah

kami

Ya

Allah,

dari

melanggari

perintah

Mu.

Berikankanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman


yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dikalangan
kami selepas Majlis ini. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk
memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan di dunia dan di akhirat.