Anda di halaman 1dari 4

Apakah itu projek 1BestariNet?

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di
bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di
Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan
platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan
tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai Kami.
Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?
Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan
penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya
(Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana
juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk keterangan
lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet,
bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah
satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang
menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan
konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan
markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah
mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula
boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh
menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE
boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan
Internet.
Kenapa perlu menggunakan Frog?
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah
dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di
United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan
kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk
mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog
VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang
berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk
memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia
penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik
tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem
pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi,
penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing
sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh
menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut bagaimana
Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan menonton video-video ini!
Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?

ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan anda untuk
mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk
tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila klik di sini.

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet saya?


ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan sekolah
anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.Apakah lagi yang boleh saya
perolehi dengan ID Yes 1BestariNet saya?
Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta seluruh
sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi,
selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan
pembelajaran?
Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka
serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.
Menjimatkan masa dan usaha:
Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti
merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar
akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di
seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber
dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloudbased),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua.
Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah
yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan
membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video,
imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa
perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumbersumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya
pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian
selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan
di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan
kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps
untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran
dan pembelajaran.

Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan


projek 1BestariNet?
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk
memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku
panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka
memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru
boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan ceritacerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara.
Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau
membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai
kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu,
Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai
cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar
yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang
boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk
memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The
Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari
pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang
perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar
boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan
menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang
memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE?
Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa
dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti
anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran
perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.
Mengapakah sekolah saya tidak mendapat liputan sambungan lagi?
Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi
bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula pada
Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara berperingkatperingkat. Semua sekolah rendah dan menengah kerajaan akan mendapat
sambungan menjelang akhir tahun 2013.
Bilakah Frog VLE akan tiba di sekolah saya?
Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja
latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Di sekolah saya sudah terdapat sambungan internet, tetapi mengapakah
sambung VLE belum tersedia lagi?
Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum
boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi
akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya.
Anda boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah anda di sini.Saya
menghadapi masalah dengan sambungan internet atau VLE.

Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung dengan
Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, kami
mempunyaiPortal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog
diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.
Inisiatif ppd kulai minggu buzz week
LOMPAT- latihan dan bengkel,ops guna,PLC,Akses internet,Teknikal
VLE Buzz week
adalah minggu promosi penggunaan VLE
Dilaksanakan sepanjang minggu di semua sekolah pada minggu ke-2 April &
September
Dilaksanakan oleh Jawatankuasa 1Bestarinet VLE sekolah
Pasukan Vle frog terdiri daripada: pengetua,pk
pentadbiran,GKMP,Penyelaras frog,Guru champin frog,student champin frog