Anda di halaman 1dari 22

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PENDIDIKAN ISLAM

TINGKATAN 1
2014

ii

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL JATI DIRI

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Pertama 2013
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv

KANDUNGAN
Tajuk

Muka Surat

Rukun Negara

vi

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

vii

Falsafah Pendidikan Islam

vii

Pengahantar

viii

Pendahuluan

Matlamat

Objektif

Fokus

Organisasi

3-4

10

Pemetaan DSK Pendidikan Islam PAV 1-3

5-7

11

Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam Pendidikan Asas Vokasional Tingkatan Dua

8-14

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan
Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat.

vii

Pengantar
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan
sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK
ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam
melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil
pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.
Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard
Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini
seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif
industri, pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang
telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

viii

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasionsal (PAV) digubal untuk melahirkan murid bertakwa, berperanan
sebagai hamba dan khalifah Allah SWT yang berjaya di dunia dan di akhirat. Bagi mencapai matlamat ini, murid dibekalkan dengan ilmu berkaitan
al Quran, hadis, akidah, ibadah, sirah dan akhlak. Pendidikan Islam PAV juga menekankan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan
pembudayaan.
Pelbagai strategi digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara handson learning. Penekanan juga diberi kepada kesepaduan ilmu dan amali. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang merangkumi
pendekatan, kaedah dan teknik bagi memenuhi kriteria pencapaian yang telah ditetapkan.
Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran formatif dijalankan
secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan
murid yang dikenal pasti hendaklah diatasi melalui aktiviti pemulihan manakala kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Di
samping itu pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah untuk membina dan membentuk hamba dan
khalifah Allah S.W.T yang berilmu, beriman, bertakwa, beramal soleh, berakhlak mulia, berkemahiran dan berketrampilan berdasarkan alQuran dan al-Sunah serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan ilmu demi mencapai
kejayaan di dunia dan di akhirat.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Membaca ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid.
2. Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian.
3. Menghafaz ayat-ayat dan surah-surah pilihan daripada al Quran dengan betul dan bertajwid
4. Mengamalkan ayat-ayat hafazan sebagai bacaan dalam solat dan amalan kehidupan seharian.
5. Memahami ayat-ayat pilihan daripada al Quran untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya.
6. Memahami hadis-hadis pilihan untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya.
7. Memahami dan meyakini akidah Islamiah sebagai pegangan hidup.
8. Memahami, mengamalkan dan menghayati fikah ibadah dalam kehidupan seharian.
9. Memahami, mengambil iktibar dan meneladani Sirah Nabi Muhammad SAW serta sejarah tokoh-tokoh Islam dalam kehidupan
seharian.
10. Memahami, mengamalkan dan menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian.

FOKUS
Kurikulum Pendidikan Islam PAV memberi penekanan kepada penguasaan membaca, menghafaz ayat al Quran daripada surah-surah
pilihan serta memberi tumpuan kepada kefahaman ayat al Quran dan hadis pilihan. Kurikulum ini juga memfokuskan kepada peneguhan
akidah, pelaksanaan tuntutan fiqh ibadah, mencontohi nilai-nilai murni serta penghayatan terhadap sirah Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh
Islam serta mengamalkan akhlak islamiah dalam kehidupan seharian.
ORGANISASI KANDUNGAN
Organisasi kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Menengah dibahagikan kepada 6 bidang pembelajaran :
1.

Bidang al Quran.
Bidang al Quran menumpukan perkara-perkara berikut:

2.

a.

Bacaan ayat-ayat pilihan.

b.

Hafazan ayat-ayat dan surah-surah pilihan.

c.

Kefahaman ayat-ayat pilihan.

Bidang Hadis.
Bidang Hadis menumpukan perkara-perkara berikut:
a.

Pengenalan Hadis.

b.

Kefahaman hadis-hadis pilihan.

3.

Bidang Akidah.
Bidang akidah menumpukan perkara-perkara berikut:

a. Ilahiyyat.
b. Nubuwwat.
c. Samiyyat.

4.

Bidang Fikah.

Bidang fikah menumpukan perkara-perkara berikut:


a. Ibadah.

5.

Bidang Sirah dan Tokoh.


Bidang sirah dan tokoh menumpukan perkara-perkara berikut:

6.

a.

Sirah Nabi Muhammad SAW.

b.

Sejarah tokoh-tokoh Islam.

Bidang Akhlak Islamiah.


Bidang akhlak Islamiah menumpukan perkara-perkara berikut:
a.

Akhlak dengan Allah SWT.

b.

Akhlak sesama manusia.

c.

Akhlak dengan alam.

PEMETAAN DSK PENDIDIKAN ISLAM PAV TINGKATAN 1-3


Bidang

Tingkatan 1
1.1 Membaca ayat-ayat berikut:
1.1.1 Surah Al Baqarah ayat 1 - 5
1.1.2 Surah Al Baqarah ayat 201
1.1.3 Surah Al Baqarah ayat 255

Tingkatan 2
1.1 Membaca ayat-ayat berikut:
1.1.4 Surah Al Baqarah ayat 255 dan

Tingkatan 3
1.1 Membaca ayat-ayat berikut:
1.1.6 Surah Yaasin ayat 1 27

256
1.1.5 Surah Al Baqarah ayat 284 286

1.2 Membaca dan menghafaz surah-

1. Al Quran

1.2 Membaca dan menghafaz surah-

1.2 Membaca dan menghafaz ayat-ayat

surah berikut:

surah dan ayat-ayat berikut:

berikut:

1.2.1 Surah Al Fatihah

1.2.5 Surah Al Asr

1.2.8 Surah Al Baqarah ayat 1-5

1.2.2 Surah Al Ikhlas

1.2.6 Surah Al Kafirun

1.2.9 Surah Al Baqarah ayat 255.

1.2.3 Surah Al Falaq

1.2.7 Surah Al Baqarah ayat 201

1.2.4 Surah Al Nas


1.3 Memahami ayat Al Quran:
1.3.1 Surah Al Mukminun ayat 5 7
(Menjaga kehormatan diri.)

1.3 Memahami ayat Al Quran:


1.3.2 Surah Al Baqarah ayat 168.

1.3 Memahami ayat Al Quran:


1.3.3 Surah Al Maidah ayat 90.

(Memahami makanan halal dan

(Memahami perbuatan-perbuatan

haram.)

haram yang memusnahkan


kehidupan.)

2.1 Memahami pengenalan Hadis.


2.2 Memahami dan mengamalkan sifat
2. Hadis

Ikhlas

2.3 Memahami tuntutan bercakap

2.4 Memahami kewajipan mencegah

perkara baik.

kemungkaran

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

(Hadis Riwayat Muslim)

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bidang

Tingkatan 1
3.1 Memahami dan mengamalkan
Rukun Islam.
3.2 Memahami dan meyakini Rukun

3. Aqidah

Iman.

Tingkatan 2
3.4 Memahami dan meyakini keimanan
kepada malaikat.
3.5 Memahami dan meyakini keimanan
kepada kitab suci.

3.3 Memahami dan meyakini keimanan

istilah hukum dalam Islam.


4.2 Memahami konsep bersuci dan
mengamalkan cara bersuci.
4.3 Mengenali jenis najis dan cara
4. Fiqah

menyucikannya.

3.6 Memahami dan meyakini keimanan


kepada Rasul.
3.7 Memahami dan meyakini keimanan
kepada Hari Akhirat.
3.8 Memahami dan meyakini keimanan

kepada Allah SWT.


4.1 Memahami dan menghayati istilah-

Tingkatan 3

kepada Qada dan Qadar.


4.8 Memahami dan mengamalkan
Tayammum.
4.9 Memahami dan mengamalkan ibadah

4.10 Memahami dan mengamalkan solat


:
4.10.1 Solat Qasar dan Jamak.

Puasa.

4.10.2 Solat ketika sakit.

4.9.1 Puasa Ramadan.

4.10.3 Solat Fardu Jumaat.

4.9.2 Puasa Sunat

4.4 Memahami dan mengamalkan


Istinjak.
4.5 Memahami dan menyempurnakan
wuduk.
4.6 Mengenalpasti jenis-jenis mandi.
4.7 Mengamalkan solat fardu.
5.1 Mengetahui dan menghayati riwayat

5. Sirah

5.2 Memahami dan mengambil

hidup Rasulullah SAW dan

pengajaran daripada keunggulan

mengambil pengajaran daripadanya

perjuangan tokoh-tokoh Khulafa al

serta mengamalkannya dalam

Rasyidin.

kehidupan seharian.

5.2.1 Saidina Abu Bakar al Siddiq

5.3 Memahami dan mengambil


pengajaran daripada keunggulan
perjuangan tokoh-tokoh.
5.3.1 Saidatina Khadijah
5.3.2 Saidatina Fatimah
5.3.3 Saidina Abdul Rahman bin Auf

Bidang

Tingkatan 1

Tingkatan 2
5.2.2 Saidina Umar al Khattab

Tingkatan 3
5.3.4 Saidina Bilal bin Rabah

5.2.3 Saidina Uthman al Affan


5.2.4 Saidina Ali Abi Talib
6.1 Memahami dan mengamalkan adab
ketika menuntut ilmu.
6. Akhlak

6.2 Memahami dan mengamalkan adab


dengan rakan.
6.3 Memahami, menghayati dan
mengamalkan sifat amanah.

6.4 Memahami dan mengamalkan sifat


mahabbah.
6.5 Memahami dan mengamalkan adab
terhadap ibu bapa dan keluarga.
6.6 Memahami dan mengamalkan sifat
malu.

6.7 Memahami dan mengamalkan adab


di masjid dan surau.
6.8 Memahami dan mengamalkan adab
berjiran
6.9 Memahami, menghayati dan
mengamalkan sifat pemaaf.

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TINGKATAN SATU
STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Membaca ayat-ayat berikut:
1.1.1 Surah al Baqarah

KRITERIA PENCAPAIAN
1.1.1.1 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.
1.1.1.2 Membaca ayat 1-5 surah al Baqarah sebagai amalan harian.

ayat 1 5.
1.1.2 Surah al Baqarah
ayat 201.
1.1.3 Surah al Baqarah
ayat 255.

1. Membaca,
Menghafaz Dan
Memahami Ayat al

1.2 Membaca dan menghafaz


surah-surah berikut:
1.2.1 Surah al Fatihah.

Quran
1.2.2 Surah al Ikhlas.

1.1.2.1 Membaca ayat 201 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.
1.1.2.2 Membaca ayat 201 surah al Baqarah sebagai amalan harian.
1.1.3.1 Membaca ayat 255 surah al Baqarah dengan betul dan bertajwid.
1.1.3.2 Membaca ayat 255 surah al Baqarah sebagai amalan harian.
1.2.1.1 Membaca dan menghafaz surah al Fatihah dengan betul dan bertajwid.
1.2.1.2 Membaca dan mengamalkan surah al Fatihah dalam solat dan amalan
harian.
1.2.2.1 Membaca dan menghafaz surah al Ikhlas dengan betul dan bertajwid.
1.2.2.2 Membaca dan mengamalkan surah al Ikhlas dalam solat dan amalan
harian.

1.2.3 Surah al Falaq.

1.2.3.1 Membaca dan menghafaz surah al Falaq dengan betul dan bertajwid.
1.2.3.2 Membaca dan mengamalkan surah al Falaq dalam solat dan
amalan harian.

1.2.4 Surah al Nas.

1.2.4.1 Membaca dan menghafaz surah al Nas dengan betul dan bertajwid.
1.2.4.2 Membaca dan mengamalkan surah al Nas dalam solat dan amalan harian.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN
1.3 Memahami ayat Al Quran:
1.3.1 Surah al Mukminun
ayat 5 7.
(Menjaga kehormatan diri.)

KRITERIA PENCAPAIAN
1.3.1.1 Menyatakan intisari ayat 5-7 surah al Mukminun.
1.3.1.2 Menyatakan maksud menjaga kehormatan diri.
1.3.1.3 Menyatakan maksud dan hukum salah laku seks berikut:
a) Zina.
b) Liwat (Gay).
c) Musahaqah (Lesbian).
d) Biseksual.
e) Onani.
f) Gangguan seksual.
1.3.1.4 Menjelaskan cara menjaga kehormatan diri dari aspek :
a) Percakapan.
b) Pergaulan.
c) Pakaian.
1.3.1.5 Menyatakan hikmah menjaga kehormatan diri.
1.3.1.6 Menyatakan akibat perbuatan salah laku seks.

2. Memahami
Konsep Hadis

2.1 Memahami pengenalan


Hadis.

2.1.1 Menyatakan maksud Hadis.


2.1.2 Menyatakan kedudukan Hadis sebagai sumber hukum.

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN
2.2 Memahami dan
mengamalkan sifat Ikhlas.
(Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)

KRITERIA PENCAPAIAN
2.2.1 Menyatakan intisari hadis.
2.2.2 Menyatakan maksud ikhlas.
2.2.3 Menerangkan kepentingan ikhlas dalam kehidupan seharian.
2.2.4 Menerangkan ciri-ciri orang yang bersifat ikhlas.
2.2.5 Berusaha untuk mengikhlaskan diri dalam amalan.

3.1 Memahami dan


mengamalkan Rukun Islam.

3.1.1 Menerangkan Rukun Islam:


3.1.1.1 Dua kalimah syahadah.
3.1.1.2 Solat.
3.1.1.3 Puasa.
3.1.1.4 Zakat.

3. Mengukuhkan
Pegangan Akidah

3.1.1.5 Haji.
3.2 Memahami dan meyakini
Rukun Iman.

3.2.1 Menerangkan Rukun Iman:


3.2.1.1 Beriman kepada Allah.
3.2.1.2 Beriman kepada Malaikat.
3.2.1.3 Beriman kepada Kitab.
3.2.1.4 Beriman kepada Rasul.
3.2.1.5 Beriman kepada Hari Akhirat.

10

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN
3.2.1.6 .Beriman kepada Qadha dan Qadar.
3.2.2 Menyatakan akibat tidak beriman dengan Rukun Iman.

3.3 Memahami dan meyakini


keimanan kepada Allah
SWT.

3.3.1 Menyatakan kewujudan dan keesaan Allah SWT pencipta dan pentadbir
seluruh alam.
3.3.2 Menyatakan keagungan dan keesaan Allah SWT yang berhak disembah.
3.3.3 Menyatakan keesaan Allah SWT yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan.
3.3.4 Menyatakan contoh perlakuan orang yang beriman kepada Allah SWT.

4.1 Memahami dan menghayati


istilah-istilah hukum dalam
Islam.

4.1.1 Menyatakan maksud istilah-istilah hukum berikut beserta contoh:


4.1.1.1 Wajib.
4.1.1.2 Sunat.
4.1.1.3 Harus.
4.1.1.4 Makruh.

4. Mengamalkan

4.1.1.5 Haram.

Prinsip Fiqah

4.1.2 Menyatakan hukum berdasarkan masalah.


4.1.3 Berusaha mengamalkan hukum berdasarkan tuntutannya.
4.2 Memahami konsep bersuci
dan mengamalkannya.

4.2.1 Menyatakan maksud bersuci daripada najis


4.2.2 Menyatakan maksud bersuci daripada hadas.
4.2.3 Menyatakan hukum bersuci.
4.2.4 Menyatakan contoh-contoh benda kotor.

11

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN
4.2.5 Menyatakan keburukan mengabaikan kebersihan terhadap diri.
4.2.6 Menjelaskan faedah bersuci.
4.2.7 Sentiasa menjaga kebersihan diri.

4.3 Mengenali jenis najis dan


cara menyucikannya.

4.3.1 Menyatakan maksud najis.


4.3.2 Menyenaraikan contoh benda kotor yang najis dan bukan najis.
4.3.3 Menyatakan maksud najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah
berserta contoh.
4.3.4 Menunjuk cara menyucikan diri, pakaian dan tempat daripada najis
Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah.
4.3.5 Menghasilkan buku skrap berkaitan bersuci.

4.4 Memahami dan


mengamalkan Istinjak.

4.4.1 Menyatakan maksud istinjak.


4.4.2 Menyatakan hukum istinjak.
4.4.3 Menyenaraikan alat-alat yang digunakan untuk istinjak.
4.4.4 Menunjuk cara beristinjak yang betul.
4.4.5 Menjelaskan kelebihan beristinjak terhadap individu.
4.4.6 Sentiasa beristinjak dengan sempurna.

4.5 Memahami dan


menyempurnakan wuduk.

4.5.1 Menunjuk cara berwuduk dengan sempurna.


4.5.2 Menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.
4.5.3 Melazimi diri sentiasa berwuduk dengan sempurna.

12

STANDARD
KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN
4.6 Mengenal pasti jenis-jenis
mandi.

KRITERIA PENCAPAIAN
4.6.1 Menyatakan maksud mandi.
4.6.2 Mengklasifikasikan hukum mandi berdasarkan situasi berikut :
4.6.2.1 Mandi sebelum menunaikan solat Jumaat.
4.6.2.2 Mandi untuk menyegarkan badan.
4.6.2.3 Mandi kerana haid.
4.6.2.4 Mandi sebelum menunaikan solat Hari Raya.
4.6.2.5 Mandi jenazah.
4.6.3 Menyenaraikan perkara-perkara yang menyebabkan wajib mandi.
4.6.4 Menunjuk cara mandi wajib menggunakan model patung.

4.7 Mengamalkan solat.

4.7.1 Menunjuk cara melakukan solat termasuk perkara sunat solat.


4.7.2 Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan solat.
4.7.3 Menerangkan akibat meninggalkan solat fardu.
4.7.4 Menjelaskan kelebihan menunaikan solat.
4.7.5 Melaksanakan solat fardu dengan sempurna.

5. Mengambil Iktibar

5.1 Mengetahui dan

Dan Meneladani

menghayati riwayat hidup

Sirah Rasulullah

Rasulullah SAW dan

SAW Dan Tokoh-

mengambil pengajaran

5.1.1 Menceritakan riwayat hidup Rasulullah SAW :


5.1.1.1 Semasa kecil.
5.1.1.2 Semasa remaja.

13

STANDARD
KANDUNGAN
Tokoh

STANDARD PEMBELAJARAN
daripadanya serta
mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
6.1 Mengamalkan adab
menuntut ilmu.

KRITERIA PENCAPAIAN
5.1.1.3 Semasa dewasa.
5.1.2 Mencontohi sifat Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
6.1.1 Menyatakan hukum menuntut ilmu.
6.1.2 Menyenaraikan adab-adab menuntut ilmu.
6.1.3 Menerangkan kelebihan beradab ketika menuntut ilmu.
6.1.4 Menyatakan kesan buruk tidak beradab ketika menuntut ilmu
6.1.5 Mengamalkan adab ketika menuntut ilmu.

6.2 Mengamalkan adab dengan

6. Mengamalkan

rakan.

Akhlak Islamiah

6.2.1 Menyenaraikan adab dengan rakan.


6.2.2 Menyatakan kepentingan berkawan dengan orang baik.
6.2.3 Menyenaraikan ciri-ciri rakan yang baik.
6.2.4 Mengamalkan adab terhadap rakan.

6.3 Memahami dan


mengamalkan sifat amanah.

6.3.1 Menyatakan maksud amanah.


6.3.2 Menyenaraikan contoh sifat amanah.
6.3.3 Menyenaraikan kepentingan sifat amanah dalam kehidupan.
6.3.4 Menerangkan akibat tidak amanah dalam kehidupan.
6.3.5 Mengamalkan sifat amanah dalam kehidupan.

14

Anda mungkin juga menyukai