Pengerusi :
Bismillahhirahmannirrahim,
AlHamdulillahi
robbil
alamiin,
wassolatu wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa
ala alihi wa sohbihi ajmaiin. Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1
Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat
kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama
saya ________________ pada pagi yang berbahagia ini. Hadirin yang
dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli
panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah
disiplin dalam kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam
tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah
ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin
diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini
Pendisiplinan pelajar: Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah
kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka
pintu-pintu kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah
khususnya dalam persoalan mengatasi masalah disiplin pelajar.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih
dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita
pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan
sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari
ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama saudari
_______________________
yang
merupakan
__________________________ Apa khabar saudari? Panel Pertama :
AlHamdulillah sihat Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi macamana?
Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel
kedua, ayu berbaju kurung saudari____________________________,
jawatan. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak
pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari _________________.
Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada
1
Slot 1
Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang segak bergaya dan
molek budi pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih
dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi
intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan
seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pada pendapat
saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat dipisahkan dan
sudah semestinya membawa kepada persoalan yang berkait
dengan kawalan individu, pemimpin, masyarakat dan sebagainya.
Kawalan inilah yang penting dalam menentukan jati diri, akhlak,
serta kualiti yang ingin dicapai ataupun di tonjolkan. Ringkasnya
tanggungjawab adalah rukun utama dalam pembentukan disiplin.
Di sekolah, disiplin satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan teratur dan lancar. Maka disinilah terletaknya
tanggungjawab yang digalas oleh semua pihak yang terlibat
dengan disiplin pelajar sama ada murid itu sendiri, guru disiplin,
guru-guru, pihak pentadbiran mahupun ibu bapa atau masyarakat
umumnya. Bagi masyarakat di luar sekolah, tanggungjawab dan
disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup
selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Amanah yang
dipikul dengan baik adalah tunjang kepada kawalan sosial yang
baik. Namun tidak dinafikan, ramai juga masyarakat di luar sana
2
SLOT 2
SLOT 3
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas
pandangan yang amat bernas sebentar tadi.
Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa
sebenarnya terdapat banyak asas pendisiplinan
yang boleh diimplementasikan untuk mengawal
masalah disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang
panel kita tadi menerangkan tentang konsep
5
Panel Ketiga :
Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya
untuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab
persoalan ini, umum sedia maklum, isu-isu berkaitan dengan
masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah sering diperkatakan
pada masa kini dan menjadi fokus media massa. Buktinya, pada 5
Ogos 2007, berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun
6
SLOT 4
Pengerusi:
Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang
ketiga. Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak
harus
bekerjasama
bagi
mendisiplinkan
atau
memantapkan akhlak pelajar pada masa kini bak kata
pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. Tetapi
saya ingin bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli
panel kita pada hari ini, siapakah yang sebenarnya
menggalas tanggungjawab utama bagi mendisiplinkan
pelajar di sekolah? Saya persilakan panel kita yang
pertama dahulu untuk memberikan sedikit ulasan.
SLOT 5
penyumbang kepada
dunia, insya-Allah.
kemantapan
ummah
seantero
SLOT 6
Pengerusi: Begitu hebat kata-kata atau pendapat
yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi.
Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan
panduan oleh golongan ibu bapa di luar sana untuk
mendidik anak remaja kita menjadi insan yang
berilmu dan beragama, insya-Allah. Sekarang kita
perdengarkan pula pendapat daripada panel kita
yang kedua, secara ringkas tentang siapakah yang
menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan
pelajar?
10
SLOT 7
11
SLOT 8
12
SLOT 9
Panel Ketiga: Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa
aktif menanyakan banyak persoalan intelek. Baiklah, untuk
menjawab persoalan ini, cuba kita renungi baris-baris akhir
sebuah sajak yang berbunyi: Jika hari ini siapa saja perosak
bangsa; Bermula dengan kegagalan guru kita Cuai mengasuh
generasi muda Saya yakin sajak ini akan menguris hati seorang
guru. Kalaupun tidak terpalit luka mungkin wujud juga sedikit rasa
tersinggung mahupun kecewa lantaran dikatakan gurulah menjadi
punca kepada kemunculan perosak bangsa. Namun itulah
realitinya kehidupan hari ini. Kalau dulu guru merupakan individu
atau kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati, situasi kini
jauh berbeza. Kalau dulu, ramai yang mengakui bahawa
dewasanya seseorang itu adalah dimulakan oleh seorang guru
biasa, namun kini masyarakat lebih mudah menyalahkan para
guru apabila hasil didikan tidak menjadi. Menyedari tentang
keretakan hubungan yang berlaku antara ibu bapa dan guru pada
hari ini, ianya perlu diperhalusi dan dicari penyelesaian terbaik
untuk mengembalikan kepercayaan ibu bapa kepada pihak
sekolah umumnya dan guru khasnya. Hubungan yang erat antara
guru dan ibu bapa amat penting agar masalah disiplin pelajar di
sekolah dapat dikurangkan dan bukan semakin bertambah dan
membimbangkan semua pihak. Justeru pihak yang paling
menggalas beban berat untuk mengatasi masalah disiplin pelajar
di sekolah adalah golongan ibu bapa, guru, pihak berwajib dan
masyarakat sekeliling. Mereka ini seharusnya melakukan anjakan
paradigma dengan lebih berfikiran positif, menerima kelemahan
13
15