Anda di halaman 1dari 11

PUTRAJAYA 14 Mei - profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada pelbagai cabaran baharu

yang berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baharu dan
isu-isu yang berkaitan dengan masalah etika.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, bagi mendepani cabaran
tersebut para guru perlu membina dan membentuk pelajar agar mampu bangkit dan membina
kekuatan untuk menentukan masa depan yang lebih cerah.
Beliau berkata, guru juga perlu memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak
merupakan asas kepada kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khususnya
profesion keguruan yang bertanggungjawab memelihara tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh
persaingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan
generasi muda untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kita juga perlu melahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu
yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi terkini serta berupaya menangani
gelombang perkembangan dan perubahan masa kini, katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Khair, pemilihan tema sambutan hari guru tahun ini, Guru : Membina Ilmu
Menyempurnakan Akhlak adalah selaras dengan hasrat kementerian melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mengenai enam aspirasi murid.
Kementerian mahu lahirkan murid yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional, sehubungan itu
guru perlu memainkan penting dalam menjayakannya.
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta
kekuatan sesuatu bangsa dan negara, ilmu juga membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi
dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa, saya percaya semua agama dan sistem
sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan, katanya.
Sehubungan itu katanya, para pendidik seharusnya mengorak langkah untuk melengkapkan diri
sebagai pembina dan pemimpin ilmu khususnya berasaskan teknologi serta bersedia menjurus
kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang.
Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan bersedia dengan minda untuk
belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi ketika
ini. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif juga perlu terarah kepada pandangan jauh dan
luar biasa, katanya.
Sejajar dengan tema itu, beliau berkata, kementerian berhasrat untuk melahirkan murid yang boleh
bersaing bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat global, namun dalam masa yang sama
menjadi warganegara yang masih berakar umbi kukuh sebagai rakyat Malaysia bertunjangkan nilai
etika dan kerohanian tinggi.
Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran bagi membudayakan
anak didik dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni, mereka perlu faham bahawa perkembangan
dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat.
Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi
indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga
manusia yang berteraskan keilmuan berkualiti. Oleh itu para pendidik adalah wahana yang boleh
menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baharu di abad ke-21, katanya.
Sementara itu katanya, tugas dan tanggungjawab guru dalam menyempurnakan akhlak adalah
selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang menyatakan pendidikan Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu.
Etika dan kerohanian masih diberikan penekanan dalam PPPM 2013-2025 sebagai salah satu daripada enam aspirasi murid, tanpa memasukkan elemen pendidikan nilai dalam pengajaran dan
pembelajaran, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua aspek tidak akan
berhasil, katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihan tarikh 16 Mei untuk menyambut hari guru, Khir

berkata, tarikh tersebut dipilih bertepatan dengan 16 Mei 1956 iaitu tarikh yang sama ketika
Laporan Razak diiktiraf dan dijadikan sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Objektif utama sambutan hari guru ialah untuk menghargai jasa dan peranan guru dalam
pembangunan negara, modal insan serta perkhidmatan mereka kepada masyarakat selain
memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah dalam kalangan guru.
Tahun ini merupakan tahun terakhir untuk melihat keberhasilan gelombang kedua PPPM 20132025, oleh itu sambutan hari guru 2015 akan memfokuskan kepada elemen keberhasilan
gelombang pertama PPPM khususnya inisiatif-inisiatif yang berkaitan keberhasilan murid, kualiti
guru dan kepimpinan sekolah, katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/umum/cabaran-baharu-kerjaya-guru-abad-ke-211.91781#sthash.aIFcGCaW.dpuf

ARKIB : 04/08/2011

Cabaran dan perubahan dasar pendidikan


PENULIS adalah bekas Ketua Pengarah Pelajaran

ABAD ke-21 akan mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam


bidang ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini berlaku di seluruh
dunia tidak kira sama ada di negara maju atau negara sedang
membangun. Ramai penulis berpendapat perubahan itu berkait rapat
dengan sistem pendidikan dan perkembangan sistem maklumat.
Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah menyatakan bidang
pendidikan di abad ini sangat penting dan mesti berupaya melahirkan
pelajar yang kreatif yang mampu menyelesaikan masalah dan boleh
berfikir secara kritis.
Ini memberi gambaran bahawa pendidikan tidak lagi berkisar hanya
memberikan pengetahuan asas 3M (membaca, menulis dan mengira).
Tetapi mestilah boleh melahirkan orang yang berilmu pengetahuan dan
mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad ini.
Bagi mencapai hasrat itu pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik
yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan
persekitarannya.
Kini perubahan terus berlaku di mana masyarakat dunia di abad ke-21
telah memasuki zaman baru yang dikenali sebagai knowledge age atau kekonomi. Keperluan kepada perubahan baru ini menekankan tentang peri

pentingnya maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan


kepada masyarakat. Perubahan ini juga menekankan perlunya pendekatan
berfikir secara kreatif, menyediakan strategi penyelesaian masalah dan
turut melibatkan aktiviti ekonomi berbentuk global.
Apa yang menariknya dalam zaman maklumat ini ialah ia sentiasa
memberi ruang dan peluang kepada setiap individu untuk
mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi mereka melalui techologypowered knowledge yang boleh didapati di mana-mana melalui
kemudahan ICT.
Seorang lagi penulis terkenal yang mengupas tentang perubahan dan
cabaran abad ke-21 ialah Thomas Friedman dalam bukunya The World Is
Flat : A Brief History of the Twenty-First Century. Menurutnya ekonomi
dunia adalah sangat terikat serta terjalin rapat antara satu negara dengan
lain dalam suatu bentuk ekosistem ekonomi.
Ini bermakna jika berlaku krisis ekonomi dalam sebuah negara ia akan
memberi kesan kepada negara lain. Sebagai contoh, krisis pinjaman
perumahan yang baru-baru ini berlaku di Amerika Syarikat maka
tempiasnya dirasai negara-negara lain. Keduanya, terdapat
kecenderungan bertambah lebar jurang perbezaan ekonomi antara negara
maju dan negara sedang membangun.
Perkembangan yang tidak sihat ini dikatakan akan membawa kepada
berlakunya ketegangan sosial, konflik, munculnya kumpulan pelampau
dan menjadikan dunia seolah-olah tidak selamat.
Ketiganya, wujudnya isu kepanasan global yang membawa kepada
kemarau panjang atau perubahan iklim yang boleh menjejaskan bidang
pertanian dan keperluan bahan makanan.
Selain itu pertambahan mendadak penduduk dunia yang seolah-olah tidak
dapat dikawal terutama di negara-negara sedang membangun. Keadaan
ini menyebabkan bertambahnya kadar kemiskinan dan melebarnya
perbezaan dalam strata masyarakat yang boleh membawa kepada
berlakunya krisis sosial dan politik.
Menurut Friedman ketiga-tiga isu besar itu sebenarnya boleh dikurangkan
atau ditangani melalui transformasi dan perubahan dasar pendidikan.
Jelasnya pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci
utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21
ini.

Perkembangan pendidikan di negara kita juga tidak terlepas daripada


keperluan masyarakat serta persekitaran politik, sosial dan ekonomi pada
masa tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan terbentuknya Dasar Razak
1956, Dasar Rahman Talib 1961 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970
semuanya adalah berkait rapat dengan tuntutan dan keperluan negara
pada masa itu.
Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka
negara juga tidak terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam
pendidikan. Oleh itu baru-baru ini Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyuddin
Yassin, mengumumkan pelaksanaan Transformasi Kurikulum yang
bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
kreatif dan inovatif serta menarik minat pelajar.
Selain itu, diperkenalkan dasar 'Satu Murid Satu Sukan' yang bertujuan
meningkatkan minat dan keupayaan pelajar dalam permainan dan sukan
supaya lebih aktif. Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pula bagi mengembalikan
semula peranan utama bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu di
samping meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa
Inggeris.
Sementara itu, dasar mengehadkan 12 mata pelajaran dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia dan penambahbaikan peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah adalah jelas
untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya melahirkan pelajar yang
seimbang dan mampu mengembangkan potensi diri. Dengan kata lain
dasar ini mengubah persepsi pendidikan supaya tidak hanya
berorientasikan peperiksaan tetapi berupaya melahirkan modal insan
cemerlang.
Satu lagi dasar baru ialah mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam
peperiksaan SPM mulai 2013. Ini bertujuan meningkatkan semangat
patriotik dan menanamkan rasa cintakan negara. Usaha menanamkan
semangat cintakan tanah air melalui pendidikan khususnya dalam mata
pelajaran Sejarah sebenarnya turut menjadi amalan di negara-negara lain
di dunia ini.
Cabaran baru dunia sekarang ialah melalui k-ekonomi. Dalam hal ini
sebenarnya negara kita bersedia dan bertindak awal. Sejak awal 1980-an
apabila bermulanya ledakan teknologi maklumat, sekolah-sekolah kita
telah mula memperkenal dan menggunakan peralatan komputer.

Kini penggunaan ICT begitu meluas sekali di mana makmal komputer


didirikan di semua sekolah. Guru-guru diberi kemahiran melalui latihan
dan penggunaan LCD, laptop dan Internet dan pelajar-pelajar kita
mendapat manfaat yang besar.
Kesimpulannya, Malaysia akan bertambah maju jika rakyatnya dapat
menguasai teknologi maklumat dan menggunakan kemudahan ICT dalam
semua urusan. Sesungguhnya zaman k-ekonomi merupakan perubahan
global dan cabaran baru yang perlu kita tangani melalui perubahan dalam
dasar pelajaran.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=0804&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz4HFCFc2lu
Utusan Melayu (M) Bhd

Globalisasi Pendidikan dan Cara Menanganinya


Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya dan
politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh
menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Persaingan melebihi batas kawasan kepada
persekitaran sejagat dan terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan
menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem
pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu
berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan
negara.
Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek pendidikan, ekonomi,
budaya dan politik adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Cabaran-cabaran pendidikan yang besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk
global, pendidikan bertaraf dunia, penerapan budaya ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P), merapatkan jurang pendidikan, pembinaan budaya ilmu,
memartabatkan profesionalisme perguruan, menghapuskan rintangan pendemokrasian
pendidikan, semua itu perlu dilakukan ke arah membentuk masyarakat madani dan
negara yang maju dalam konteks pendidikan . Justeru itu, agenda penting untuk
membangunkan rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan adalah berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Justeru , kita perlu mengkaji secara mendalam apakah tindakan drastik yang perlu
diambil secara serius supaya globalisasi pendidikan dapat dicapai. Globalisasi
bermaksud merentasi sempadan dan media. Mengikut Profesor Michael Gibbons (2003)
Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel menyatakan globalisasi merupakan
proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu.
Mengikut beliau globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan
pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah
menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran
sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran
dan pengalaman individu. Justeru itu kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa
langkah

positif

seperti

menubuhkan Multimedia

Super

Corridor (MSC)

dan

mengembangkan sekolah-sekolah bestari, mereformasikan kurikulum sekolah , serta


penswastaan pendidikan tinggi dengan memberi peluang untuk penubuhan kolejuniversiti di dalam negeri.
Cabaran seterusnya adalah pendidikan bertaraf dunia. Sektor industri pendidikan di
negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan
dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di
peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan
kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status
World Class Education. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan
kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti,
standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat
antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia
bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan
sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu
menekankan pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi
membaiki taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial
masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan
sains, kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.
Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian
Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan
kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain.
Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan,
sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma
yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu
langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan
di peringkat antarabangsa.
Dalam mencapai kecemerlangan pendidikan, menjadi satu cabaran pendidikan untuk
mempraktikkan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Dalam penggunaan teknologi dan perkomputeran para pendidik perlu mengambil


peranan dan seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk
melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta
bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk
pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. Guru hendaklah berorientasikan
maklumat, iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru yang berkaitan
dengan Pendidikan Komunikasi (ICT). Ini bukan sahaja untuk mengemaskinikan ilmu
pengetahuan dan kemahiran diri sendiri tetapi juga untuk faedah pelajar-pelajar.
Bidang keguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan
zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut
banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai misi nasional. Para guru mesti
bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin
canggih ini. Ilmu IT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai
golongan yang akan menyebar luaskan kepada para pelajar. Guru juga perlu
melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah
bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum
wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020, Kerajaan
membangunkan koridor raya multimedia (MSC) sebagai pusat telekomunikasi dan
penyiaran serantau dan antarabangsa. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara
global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan
dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup
moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah
dihargai oleh guru dengan menggunakan semaksima mungkin. Jangan ada di kalangan
guru dan pentadbir sekolah yang berfikiran sempit dengan mengunci segala peralatan
kerana takut rosak. Situasi ini akan merugikan pelajar dan kerajaan. Guru juga tidak
menjadikan alasan teknologi yang dibekalkan sebagai satu masalah kepada mereka.
Cabaran lain adalah meningkatkan profesionalisme perguruan. Menjadi satu
kepentingan dan amat mustahak supaya golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa
menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi
cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai
golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.
Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan
menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah
di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di
negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih
radikal dilakukan. guru-guru perlu berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan
sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dan dapat mengembangkan
profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang
celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan

positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam
masyarakat perlu diluaskan skopnya dan tidak hanya berada di takuk lama dengan
menganggap guru hanya mengajar di sekolah. Profesyen perguruan harus berkembang
dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu,
masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi
agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang
dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan
perubahan. menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar
seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.
Menjadi hasrat yang amat besar oleh pihak kerajaan untuk mencapai semua kejayaan
terutamanya dalam bidang pendidikan negara. Namun begitu, ia tidak bermakna jika
hanya segelintir rakyat yang mendapat peluang itu. Seluruh rakyat Malaysia tidak kira
Melayu, Cina, India, dan kaum minoriti lain perlu mendapat pendidikan sewajarnya.
Masyarakat bumiputra asli atau mereka yang tinggal di pedalaman perlu diberi perhatian
oleh pihak kerajaan. Ini amat perlu untuk merapatkan jurang pendidikan dan seluruh
rakyat Malaysia mendapat hak mereka. Namun begitu, dengan pelbagai kemudahan
yang disediakan, masih ada ibu bapa dari pedalaman yang takut untuk menghantar
anak-anak mereka ke sekolah. Pemikiran jumud ini perlu dibersihkan supaya keadaan
mereka berubah dan anak-anak merekalah yang akan merubah kehidupan mereka
daripada dibelenggu kemiskinan.
Perdana Menteri Malaysia,YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah meminta
rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini.
Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang
berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di
dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia,
negara pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau
mahukan pembangunan negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar
keseimbangan

antaranya

dapat

memenuhi

hasrat

masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

kerajaan

untuk

melahirkan

Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa


Kini
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang
murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan
menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang
menyatakan menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan
peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan
masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan
sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu
tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses
membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan
negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara kita
seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik
darjah dan sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar
(mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor
dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu
organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran
membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang
yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi
seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan
tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya.
Antara cabaran profesion guru di sekolah rendah ialah tugas seorang guru dalam menyampaikan
pengajarannya dalam bilik darjah. Buat masa ini guru terpaksa menggunakan pendekatan, teknik dan
kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan. Cara chalk and talk bukan lagi
suatu kaedah yang sesuai. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan
pengetahuan sedia ada murid yang bersifat homogenius, menggunakan bahan bantuan mengajar
yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi
terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam
pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Pencapaian
objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran.
Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru
dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.
Persediaan seorang guru bukan lagi berbentuk nota atau ringkasan mengajar tetapi persediaan
mengajar yang lengkap bermula daripada set induksi, perkembangan isi pengajaran, penilaian formatif
dan kesimpulan yang dikaitkan dengan nilai. Unsur nilai tambah seperti pembelajaran kontekstual,
konstruktivisme, pembelajaran masteri dan kecerdasan pelbagai juga perlu diterapkan yang
mempunyai kaitan dengan penyerapan dan penggabungjalinan dalam isi pengajaran. Untuk
menghadapi cabaran ini seorang guru perlu menggunakan peluang kursus penambahbaikan pedagogi
yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum Jabatan pelajaran dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Penggunaan bahan autentik sebagai bahan bantu mengajar dapat menyelesaikan keperluan bahan
bantuan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua ilmu pedagogi yang
diperoleh akan dapat dilaksankan dengan baik.
Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada seseorang guru ialah seorang guru diberikan pelbagai
jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru. Seorang guru terpaksa memegang

beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak berkaitan
dengan subjek yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah dilantik sebagai Ketua Panitia
subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi pengurusan Hal Ehwal Murid seperti Bahagian
Perabot, Keceriaan dan Keselamatan sekolah serta Pengurusan Bangunan dan Pemuliharaan
Bangunan dan pelbagai ini. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan pembelajaran dan
pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru terpaksa menguruskan hal-hal
yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu
dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena dilaksanakan oleh guru bagi membantu
proses pembangunan dan aset sekolah. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak
mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan penandaan
buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut guru perlu mengisi masa lapang atau masa tidak
mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut. Justeru itu, seseorang guru perlu
mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut.
Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai semak.
Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta
tidak melibatkan tugas utama seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP)
dalam bilik darjah. Seorang guru seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai
dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks, sistem
maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid yang
langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Kadang-kadang terdapat
borang-borang yang terpaksa diisi secara adhock dan perlu disegerakan. Tugas guru yang
sepatutnya lebih kepada pengajaran dan mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun
seorang guru perlu melakukannya bagi keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid. Pendapat ini
bersesuaian dengan kajian yang telah dikemukakan oleh Prof Dr Aminah Ayob Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim ( 2010 : Slide 21) dalam pembentangan kertas kerja
Pendidikan Guru Profesional : Cabaran Masa Hadapan di Akademi Sains Malaysia menyatakan
bahawa cabaran guru kini ialah terpaksa melakukan pelbagai kerja perkeranian di samping
menyampaikan isi pengajaran ketika mengulas satu artikel dalam suratkhabar. Justeru itu, untuk
menghadapi cabaran seseorang guru perlu memegang beberapa jawatan yang bukan ada kaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan pelbagai dokumen, seorang guru perlu
mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut.
Takwim persekolahan mesti dikemas kini. Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih
detail beserta dengan senarai semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan seorang guru
bergerak. Semua hal tersebut akan dapat membantu seorang guru melaksanakan tugasnya.
Seterusnya, seorang guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang
telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya seperti Dasar
Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimulai pada tahun
2002.Walaupun dasar tersebut melibatkan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik namun
dasar tersebut tetap dirasai oleh seluruh warga sekolah. Pihak sekolah telah diarahkan untuk
memastikan dasar tersebut berjalan. Akibatnya terdapat unsur-unsur yang cuba mendiskriminasikan
subjek lain terutamanya bahasa Melayu seolah-olah bahasa Melayu bukan lagi bahasa pengantar dan
merentasi kurikulum sekolah. Walaupun dasar ini tidak selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67 namun pihak sekolah tetap melaksanakannya dengan matlamat untuk meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris di sekolah serta meningkatkan peratus sains dan matematik seperti
suatu formula tiga dalam satu. Namun apabila kajian semula dilaksanakan atas persetujuan
Mesyuarat Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia dasar ini telah bersetuju untuk diubah. Sekali
lagi guru dihadapkan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI). Kalau mengikut proses dasar ini melibatkan bahasa Melayu yang akan
mengambil alih tempat bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains da Matematik secara proses
soft landing. Dasar ini perlu dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan
Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris ( 2011:8 ) oleh Kementerian Pelajaran yang
merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid
lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa
Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Bagi menghadapi cabaran ini
seorang guru perlu bersiap siaga dari segi mental dan fizikal kerana dasar yang sering berubah-uabh.
Namun hal yang demikian ini, tidak menghalang seorang guru untuk mengikuti dan melaksanakan
dasar tersebut mesti dilakukan hanya bermatlamat untuk kejayaan murid. Oleh sebab kerangka masa
telahpun ditetapkan maka seorang guru akan akur dengan proses dan prosedur tersebut.

Tambahan lagi, cabaran lain yang perlu dihadapi oleh seorang guru ialah cabaran program-program
kokurikulum wajib di sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri
daripada persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah
memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu Dasar 1 Murid 1 Sukan.Dengan
program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru bukan sahaja perlu
melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut perlu ada perancangan yang lebih
kemas kini. Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan oleh
pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan pada hari
Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah kokurikulum dan sukan
pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan seorang guru berada dari pagi hingga petang di sekolah
selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini seorang guru perlu melaksanakan jadual
yang berkala sifatnya iaitu pengagihan kerja mengikut giliran bertugas iaitu seorang guru hanya perlu
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sebanyak dua kali berselang minggu.
Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan
teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik
darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan
bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya
menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran
yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan
walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di
sekolah rendah.