Anda di halaman 1dari 28

NILAI ILMU DALAM PANTUN PAK NAZEL1

AZIM NORMIZA BINTI AHMAD


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN
DR SHAIFUL BAHRI MD RADZI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ABSTRAK
Ilmu merupakan akar tunjang dalam memastikan martabat sesebuah bangsa sentiasa terpelihara dan tidak tercalar. Bertitik tolak
daripada itu, zaman millanium baru ini menjanjikan muatan cabaran reformasi. Ilmu pengetahuan perlu diberi melalui saluran
pendidikan atau pembelajaran peringkat awal. Nilai ilmu yang terkandung dalam nilai-nilai murni Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah rasional, kesederhanaan, kejujuran, keadilan, ketekunan, dan hemah tinggi. Penggunaan pantun-pantun Pak
Nazel amat bertepatan untuk menggarap nilai ilmu dalam mendidik khalayak tentang pentingnya ilmu dalam kehidupan. seluas
lautan di dunia ini menggambarkan ilmu juga tidak bertepi. Generasi berilmu menjadi pemangkin bangsa bertamadun. Ilmu yang
dimiliki akan memartabatkan seseorang ini pada pandangan mata masyarakat. Hal seperti ini tidak datang dengan sendirinya
melainkan manusia yang berilmu diberi tanggungjawab dan peranan utama untuk merancang dan mengurus pembangunan
manusia daripada segi agama dan kepercayaan, politik dan pentadbiran, perniagaan dan perdagangan, manusia dan masyarakat,
pendidik dan sebagainya. Golongan remaja tidak terkecuali untuk mendapat pendedahan awal tentang alam dewasa yang akan
dilalui dan diterokai untuk masa hadapan. Pak Nazel mencipta pantun-pantunnya untuk memberi gambaran yang jelas tentang
kehidupan yang akan ditempuhi oleh remaja masa kini dan akan datang. Ciptaan pantun-pantun Pak Nazel bersifat didikan secara
keseluruhannya memberi impak kepada khalayak pembaca terutama golongan kanak-kanak dan remaja mengambil inisiatif dan
ikhtibar di samping sulaman bait-bait indah dalam pantun-pantun ciptaan beliau. Penggunaan kata-kata yang mudah difahami dan
mesej yang disampaikan dalam maksud-maksud pantun beliau memudahkan saluran penerapan nilai ini diketengahkan kepada
golongan pelajar khususnya bagi membentuk sahsiah yang unggul dan bermodal insan.
KATA KUNCI: BERILMU, RASIONAL, KESEDERHANAAN, KEJUJURAN, KEADILAN.

1.0 Pengenalan
Pemilik nama sebenar Pak Nazel ialah Hashim Mohamad merupakan seorang guru yang begitu
gigih menghasilkan karya sastera. Kehebatan beliau dalam menghasilkan karya sastera bukan
sahaja terbatas ke atas sastera moden tetapi juga termasuk juga sastera tradisional.
Kecenderungan menghasilkan karya-karya adalah berdasarkan jiwanya seorang guru yang tidak
henti-henti mendidik golongan sasarannya supaya terus terajar memerlukan pelajaran sepanjang
hayat. Dunia sedia maklum bahawa seorang guru itu tugasnya mendidik. Tugas mendidik tidak
dapat lari dalam diri beliau. Pendidikan boleh dicanai daripada pelbagai cabang dan gaya. Pak
Nazel telah menggunakan peluang dan ruang seluasnya untuk mendidik masyarakat dengan hasil
buah tangan beliau. Beliau mula mendekati sasaran khalayak dengan mendekati dunia kanakkanak. Ini bertepatan dengan dunia kerjayanya yang mula mengajar di sekolah rendah.
Pengalamannya yang luas di kawasan pelabuhan, hutan paya, pergunungan dan sawah padi
1

ditambah dengan psikologi kanak-kanak yang dipelajari sewaktu di maktab perguruan dan
hubungannya dengan masyarakat guru dan bukan guru banyak membantu Nazel dalam
menghasilkan karya untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Karya-karya kreatif beliau
menjurus kepada novel, cerpen, drama dan puisi tradisional. Beliau begitu meminati
menghasilkan puisi tradisional Melayu dengan menyelitkan pantun-pantun itu nampak segar dan
menarik untuk didendangkan.

Tiada kata seindah bahasa, tiada gambar secantik lukisan. Kias ibarat itu merujuk kepada
puisi tradisional yang tidak dapat disangkal lagi mempunyai keindahan barisan kata yang
memukau. Beliau mengangkat genre pantun ini dengan penciptaan pantun-pantun dengan motifmotif tempatan yang melingkungi kehidupan dan dunianya. Pantun-pantun ini diangkat dan
diletakkan di persada khalayak yang mencintai puisi tradisional ini. Diksi-diksi yang indah
ditintakan oleh Pak Nazel dalam penghasilan buku-buku pantun beliau. Pantun-pantun ini
mempunyai kesegaran dan sesuai dengan golongan sasaran yang membacanya. Buku Pantun
Pak Nazel disusun dengan bait-bait kata yang indah mencerminkan penciptaannya mempunyai
kemampuan kosa kata yang luas dalam penghasilan pantun. Penyusunan rima yang berentak
merdu memberi impak yang kuat dan dibuai alunan pantun apabila didendangkan. Selain
daripada bait-bait indah, makna pantun yang dirungkaikan diselit pengajaran nilai murni
memberi satu konotasi kepada khalayak yang membacanya. Buku Pantun Pak Nazel yang
diterbitkan oleh DBP pada 2010 adalah bertepatan dengan 21 nilai-nilai murni Kementerian
Pelajaran Malaysia antaranya rasional, kesederhanaan, kejujuran, keadilan, ketekunan dan hemah
tinggi2.
2.0 Juraian Ilmu Dalam Nilai-Nilai Murni Kementerian Pelajaran Malaysia Dalam
Pantun Pak Nazel
Nama sebenar Nazel Hashim Mohamad ialah Hashim bin Mohamad. 3 Sungguhpun begitu beliau
lebih dikenali sebagai Pak Nazel dalam dunia penulisan. Beliau dilahirkan di Kampung Masjid,
Port Swettenham pada 23 April 1942. Beliau merupakan anak kedua daripada lapan orang adik
2

beradik, empat lelaki dan empat perempuan. Ayahnya seorang kelasi kapal tunda di Pelabuhan
Klang dan bersara sebagai nakhoda manakala ibunya seorang suri rumah. Beliau mendapat
pendidikan rendah di Sekolah Melayu Port Swettenham dari tahun 1949 hingga awal 1952.
Nazel antara insan bertuah kerana kedua-dua ibu bapanya mementingkan pelajaran walaupun
dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai adik beradik yang ramai. Pencapaiannya di sekolah
rendah dikatakan baik sehingga Nazel dinaikkan ke darjah lima daripada darjah tiga dan belajar
sekelas dengan kakaknya Madinah. Ayah dan ibu Nazel ingin menentukan masa depan satusatunya anak lelaki mereka ( ketika itu) mendapat pendidikan Inggeris di sekolah Melayu dan
menyokongnya menjadi guru pelatih. Kehendak ayah Nazel didahului dan Nazel menduduki
peperiksaan kemasukan Special Malay Class (SMC) di Klang High School yang mempunyai
cawangan sekolah rendahnya dari tahun 1952 hingga 1959 hingga memperolehi School
Certificate (SC) pada tahun 1959.
Setelah tamat persekolahan, beliau bekerja sebagai pekerja di Kilang Kasut Bata di Jalan
Kapar, Klang, Selangor sementara menunggu permohonan untuk memasuk maktab perguruan.
Akhirnya beliau mendapat tawaran memasuki maktab perguruan kerana memiliki School
Certificate (SC)yang melayakkan beliau untuk memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),
Tanjung Malim Perak pada tahun 1960. Setelah tamat menjalani latihan perguruan, beliau
ditempatkan memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengar,
Sabak Bernam pada 13 Januari 1963. Pencarian ilmu bukan berhenti setakat itu sahaja. Beliau
mengambil daya inisiatif sendiri dengan menduduki peperiksaan Higher School Certificate
(HSC) hingga lulus penuh pada tahun 1968 ketika berusia 26 tahun. Beliau telah mendirikan
rumahtangga pada 15 April 1966. Pada 1 Januari 1967, beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan
Batu 2 , Jalan Sanglang, Kodiang, Kedah iaitu bertugas dari Januari hingga Disember 1968 di
sekolah tersebut. Kemudian berpindah ke Sekolah Inggeris Kangar ( sekarang Sekolah
Kebangsaan Seri Indera) pada 1 Januari 1969. Tanpa menoleh ke belakang lagi, beliau mengorak
langkah untuk lebih maju dalam bidang kerjayanya dan ke menara gading iaitu Universiti
Malaya pada 13 Mei 1969 dan lulus dengan Ijazah Sarjana Muda (Am) Pengajian Melayu
Pengkhususan Linguistik Tulen pada tahun 1971. Setelah menamatkan pelajaran di Universiti
malaya, beliau telah ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Syed Safi, Simpang Empat,
Perlis pada 20 Januari 1972. Beliau ditugaskan mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu serta menjadi guru perpustakaan.

Kemudian dipilih menjadi kakitangan penting perpustakaan sekolah bagi negeri Perlis
dan di peringkat Persekutuan. Nazel ditawarkan jawatan ke Pusat Kurikulum Kementerian
Pelajaran tetapi terpaksa menolaknya kerana beliau baru sahaja kehilangan putera sulungnya
( Ogos 1973). Apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur memulakan kursus
khas setahun bagi guru-guru perpustakaan, Nazel juga dipilih sebagai salah seorang pelopornya
pada tahun 1975. Dengan Sijil Guru Khas (kepujian) Sains Perpustakaan mulai Januari 1976
Nazel ditempatkan di Sekolah Menengah Sains Perlis, Kangar untuk menyediakan sebuah
perpustakaan yang sistematik. Unit perpustakaan Sekolah, Bahagian Sekolah-sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada ketika itu beribu pejabat di Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur menawarkan posisi di unit mereka tetapi kerana tugas Nazel belum selesai maka
beliau tangguhkan pemergiannya dan hanya melapor diri pada 2 Mei 1978. Nazel diberi jawatan
Pegawai Pelajaran (Perpustakaan). Pada 8 Januari hingga 30 Mac 1979, Nazel telah mengikuti
kursus Innotech Three-Month Training Programme in Eduational innovation and Technologydi
bawah anjuran Southeast Asian Ministers of Educations Organization (SEAMEO) di Quezon
City, Filipina. Memandangkan Nazel juga terlibat sebagai editor kepada buletin dan kebetulan
sebagai pengarang yang mula produktif, Nazel disokong untuk menghadiri Twelth Training
Course on Book Production in Asia di Shinjuku-ku, Tokyo Jepun pada 11 September sehingga 20
Oktober 1979 anjuran Asian Cultural Centre for UNESCO (ACCU). Pada bulan Januari 1980
beliau telah ditukarkan ke Jabatan Pelajaran Perlis sebagai Pengelola Perpustakaan Sekolah,
daerah negeri Perlis Indera Kayangan sehingga 31 Mei 1980.
Beliau juga telah mengambil peluang melanjutkan pelajaran ke University of Maryland,
College Park, Amerika Syarikat (MLS) pada bulan Jun 1981 sehingga Jun 1982 dan berjaya
membawa pulang ijazah Master of Library Science. Beliau mendapat peluang belajar ke Amerika
Syarikat telah memberi input baru dalam kanvas kehidupan sebagai seorang pendidik. Setelah
pulang ke tanah air, beliau telah ditempatkan di Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur. Tidak di tempat lamanya di Perlis sebagai Penolong Pengarah (Perpustakaan) di Unit
Teknologi. Pada 16 September sehingga 28 Februari 1983, beliau memohon ditukarkan semula
ke Perlis dan mengajar bahasa Melayu di Sekolah Tuanku Syed Putra, Kangar (sebelum ini
Sekolah Menengah Sains Perlis) mulai 1 Mac 1983. Sekembalinya Nazel ke Perlis, beliau tidak
lagi aktif dengan perpustakaan sekolah atas sebab-sebab amat peribadi maka Nazel menumpukan
seluruh kepakarannya dalam mengajar bahasa Melayu. Memandangkan pengalamannya yang

agak luas selain mengajar, Nazel dipilih menjadi Guru Kokurikulum di Sekolah Menengah Perlis
pada 16 Disember 1992 sehingga 31 Disember 1994. Nazel kemudian menjawat jawatan yang
sama di Sekolah Menengah Arau mulai 1 Januari 1995 sehingga beliau bersara wajib pada 23
April 1997. Nazel berkhidmat dalam perkhidmatan pendidikan selama 34 tahun, 3 bulan dan 10
hari. Beliau terus memberi khidmat dalam bidang pendidikan sehingga bersara. Sehingga ke saat
ini, dalam usia beliau 71 tahun masih memberi sumbangan dalam dunia kreatif.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, sahsiah para pelajar amat penting sebagai teras
membina sahsiah unggul. Maka nilai murni amat perlu diserap dalam diri semua pelajar di
seluruh negara. Abd Rahim Abd Rashid (2001a) menegaskan, nilai murni sewajarnya menjadi
asas kepada pembinaan dan pembangunan manusia. Masyarakat perlu mempertahankan nilainilai yang baik atau nilai-nilai murni bagi mengatasi segala bentuk kejahilan, kemungkaran,
kejahatan dan kemusnahan.4 Terdapat 21 nilai murni yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Nilai murni dalam bidang pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang baik dan
berakhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi
muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai dan
masyarakat Malaysia harus dipupuk sama ada secara langsung dan tidak langsung selaras dengan
nilai sejagat. Juraian 21 nilai-nilai murni ini dirangkumkan dalam satu kerangka yang berfokus
kepada lima ciri yang besar iaitu berilmu, semangat patriotik, nilai kemanusiaan, dinamik dan
berdisiplin. Bertunjangkan teras berilmu yang merangkumi nilai-nilai murni yang berkait rapat
antara satu sama lain iaitu rasional, kesederhanaan, kejujuran, keadilan, ketekunan dan hemah
tinggi. Berbicara tentang ilmu yang menjadi sandaran kepada kebijaksanaan seseorang manusia
untuk mengorak langkah dalam kehidupan manusia di dunia ini.
Ilmu merupakan akar tunjang dalam memastikan martabat sesebuah bangsa sentiasa
terpelihara dan tidak tercalar. Bertitik tolak daripada itu, zaman millineum baru ini menjanjikan
muatan cabaran reformasi. Ilmu pengetahuan perlu diberi melalui saluran pendidikan atau
pembelajaran peringkat awal. Ilmu pengetahuan akan mewarnai kehidupan manusia. Engku
Ahmad Zaki Engku Alwi (2006) menggariskan ilmu adalah mekanisme terpenting dan prasyarat
utama ke arah menjana kemantapan akhlak, kekuatan rohani, kecelikan minda dan
menghasilkan produktiviti yang bermanfaat kepada ummah. Dengan penguasaan ilmu yang
4

menyeluruh, umat Islam berupaya menabalkan dirinya sebagai umat yang berkualiti,
bertanggungjawab dan berperanan positif serta produktif dalam menentukan hala tuju kemajuan
dan kecemerlangan Islam pada alaf baru yang mencabar ini. Hanya masyarakat Islam yang
berperadaban tinggi sahaja yang layak menjadi model kepada komuniti sejagat. Bagi Pak Nazel
pula, konsep ilmu ditekankan oleh beliau kerana kehidupan beliau bergelumang dengan ilmu.
Perkara ini ditekankan kerana beliau merupakan seorang guru dan mendidik golongan kanakkanak dan remaja mencintai ilmu. Pantun-pantun beliau yang dikaitkan dengan ilmu seperti
pantunke-1059:152
i

; umpamanya:
Buah pisang kelat,
Jual tentu laku;
Belum terbang lalat,
Bangun baca buku. (1059)
Ayat Belum terbang lalat, bangun baca buku menunjukkan bahawa menuntut ilmu

perlulah dimulakan seawal pagi untuk belajar iaitu pergi ke sekolah atau bangun awal
sembahyang subuh serta membaca Al-Quran untuk mendapat keberkatan dalam hidup. Firman
Allah s.w.t yang maksudnya:
Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekalian
makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah Tuhanmu Yang
Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar
manusia apa yang tidak diketahuinya.(Al-Alaq 1-5).
Mengapai dunia dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang
memang penting dan perlu diberi perhatian utama. Tuntutan zaman telah membuktikan seseorang
yang berilmu akan menjamin kejayaan jika ilmu digunakan secara bijaksana. Sehubungan itu,
semua orang hendaklah berusaha mencari ilmu sebanyak mungkin untuk menjamin kesejahteraan
dalam kehidupan seperti bait kata Ilmu pelita hidup. Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah
pasti akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan negara secara khususnya. Sekiranya
rakyat negara ini berilmu, masyarakat yang proaktif dapat dilahirkan dengan menjurus kepada
fikiran yang positif atau optimis. Mengamalkan budaya yang sentiasa dahakan ilmu pengetahuan

dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang hayat atau Life long learning sebagai faktor
pemangkin dalam kehidupan seharian.

Rajah 1: Berilmu dan Pecahan Nilai Murni


2.1 Rasional
Adanya ilmu dalam diri setiap manusia akan menyebabkan manusia dapat berfikir dengan
sempurna. Manusia itu akan lebih matang membuat pertimbangan dalam mendepani sesuatu
rintangan dan cabaran. Kurniaan Allah terhadap manusia yang membezakan dengan haiwan
adalah akal. Akal akan memberi panduan kepada manusia untuk membuat sesuatu dengan
berfikir secara rasional. Berfikir dengan baik akan boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya
untuk membuat keputusan. Penaakulan dan merenung baik buruk keputusan yang dilakukan
akan memberi impak yang besar. Logik akal, berfikir secara terbuka dan berfikiran akan memberi
ruang keada seseorang untuk bertindak rasional. Pak Nazel telah memberi garis panduannya
dalam pantun-pantun ciptaan beliau kepada golongan sasaran iaitu remaja supaya jangan
bertindak mengikut perasaan sebaliknya rasional. Perkara ini ditegaskan oleh beliau kerana
golongan remaja mudah terpengaruh dengan anasir-anasir tidak sihat seperti merokok,

vandalisme dan buli. Abd Rahim Abd Rashid (2001b) menyarankan satu prinsip penting
pendidikan nilai adalah dengan melatih terutamanya golongan remaja secara khususnya dan
seluruh umat manusia secara amnya supaya dapat mengembangkan pemikiran rasioanal dalam
membincangkan sesuatu nilai serta membuat keputusan, menentukan pendirian, memutuskan
sama ada menyokong atau menolak sesuatu kes moral. Kematangan emosi akan membolehkan
seseorang lebih rasional dan tidak bertindak membabi buta. Pemikiran rasional memerlukan
seseorang bersifat adil, bertimbang rasa, logik, objektif dan berfikiran terbuka. Pengukuhan
tentang sikap rasional terdapat dalam pantun ke-4: 1 seperti berikut:
Akar lana5 jalar bertindih,
Pokok kawa tumbuh di rawa;
Tidak guna bergundah sedih,
Nanti jiwa terus kecewa. (4)
Susunan ayat Tidak guna bergundah sedih, nanti jiwa terus kecewa membawa maksud
dalam kehidupan sikap lara tidak perlu dibawa dalam kehidupan sehingga mengganggu tugas
seharian. Seseorang yang mengalami kesedihan dalam hidup perlu berfikiran rasional kerana
hidup perlu diteruskan. Umpamanya menghadapi kematian orang tersayang, yang pergi tetap
pergi dan tidak akan kembali lagi. Bagi Abd Rahim Abd Rashid (2001a) menyarankan mencorak
sikap rasional perlu melahirkan perasan, membincangkan sesuatu isu secara rasional, melihat
perspektif, mencapah pro dan kontra, analisis nilai serta menunjukkan empati dan simpati.
Pengetahuan yang tinggi akan tetapkan keimanan seseorang insan. Penguasaan ilmu
pengetahuan, kefahaman isu dan kemahiran berfikir secara rasional sangat penting dalam
pendidikan nilai.
Selamat sudah gong dipalu,
Tidak henti orang ke Tioman;
Jangan dedah hati nan pilu,
Takut nanti tertumpas iman.(17)
Pak Nazel menitikberatkan konsep rasional dalam pantun yang ke-17: 3 bermaksud
Jangan dedah hati nan pilu, takut nanti tertumpas iman merujuk kepada jangan diikut kata hati
jika mengalami kesedihan atau mala petaka dalam hidup. Perkara ini ditekan oleh pengarang
5

kerana takut iman seseorang itu akan rosak kerana mempersoalkan qada dan qadar yang telah
ditentukan oleh Allah. Sebagai manusia yang beriman kepada Allah, ketentuan daripadaNya
perlulah diterima dengan redha. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2006) membicarakan tentang
konsep sabar adalah satu sifat mulia lagi terpuji yang sewajarnya dimiliki oleh setiap individu
muslim untuk mencapai darjat keimanan dan ketakwaan yang tinggi di sisi Allah. Sikap rasional
amat perlu dalam menangani setiap masalah yang mendatang.
Kucing gemuk di atas lekar,
Rasa kesian nyenyak lenanya;
Marahkan nyamuk kelambu dibakar,
Sesal kemudian tiada gunanya. (9)
Marahkan nyamuk kelambu dibakar, sesal kemudian tiada gunanya dibuat penegasan
oleh pengarang supaya rasional bagi mengawal emosi terutama ketika marah keadaan marah.
Perlu banyak bersabar. Bukan membuat keputusan yang melulu kerana penyesalan akan
membelenggu diri jika keadaan kembali reda. Lebih merumitkan keadaan jika keputusan yang
dibuat itu adalah salah dan tidak sepatutnya dilakukan. Jadi perumpamaan yang diberikan oleh
pengarang adalah benar untuk mendidik khalayak bersikap rasional dalam membuat sesuatu
tindakan dan keputusan. Pak Nazel telah menggunakan peribahasa dalam maksud pantun
tersebut supaya unsur-unsur peribahasa tidak hilang ditelan arus zaman. Engku Ahmad Zaki
Engku Alwi (2006) mengupas sifat sabar ini amat perlu disemai dan dibajai dalam diri kerana
kehidupan ini pada hakikatnya merupakan satu medan perjuangan dan arena pertarungan
sengit menuntut pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit. Malahan hidup ini kadangkadang menuntut kerahan buah fikiran, tenaga, harta dan bahkan dengan nyawa sekalipun.
Maka dengan kesabaran yang bertakhta di hati akan memiliki keteguhan hati, keyakinan diri
dan keimanan yang mantap dalam menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
Mendaki gumuk6 mencari akar,
Akar khasiat serba guna;
Jangan diamuk orang yang ingkar,
Pujuk nasihat amat berguna. (12)

10

Pak Nazel juga mengambilkira konsep sabar diungkapkan dalam maksud-maksud pantun
tersebut seperti Jangan diamuk orang yang ingkar, pujuk nasihat amat berguna iaitu orang yang
dalam keadaan marah tidak boleh dimarahi kerana ini akan menaikkan lagi kemarahannya.
Sebaliknya, perlu bersabar untuk menanganinya. Setelah keadaan kembali reda, segala yang
diperkatakan akan didengar tanpa menimbulkan kekecohan.
Pergi ke Ligur membeli anggur,
Di situ tempat suku-sakat;
Bukan tegur sebarang tegur,
Tegur makrifat membawa berkat. (27)
Pucuk beluntas bunga ketela,
Buat kerabu sambut menantu;
Jangan terlintas mencari bala,
Masuk serbu tidak menentu. (36)

Bagi kupasan maksud pantun-pantun dalam empat rangkap pantun tersebut membawa
kesimpulan bahawa bagi pantun rangkap pertama iaitu Bukan tegur sebarang tegur, tegur
makrifat membawa berkat. Perkataan makrifat itu sendiri membawa maksud tasauf peringkat
paling tinggi. Perkara ini menunjukkan bahawa teguran yang diberi secara berhemah akan dapat
diterima kerana segala butir perkataan yang dikeluarkan daripada mulut tidak menyakiti hati.
Seiring juga dengan maksud pantun pada rangkap kedua, Jangan terlintas mencari bala, masuk
serbu tidak menentu memberi gambaran bahawa nasihat yang akan diberikan perlulah dalam
keadaan berhati-hati dan berjaga-jaga supaya tidak menimbulkan kemarahan pada orang yang
ditegur. Perasaan marah tidak boleh dilawan dengan kemarahan juga. Perlu dimenangi hati orang
yang marah itu.
Di tepi bendang rumah limas,
Burung dendang di dahan meranti;
Orang memandang pada emas,
Saya memandang pada budi. (57)
Rasional dalam erti kata Orang memandang pada emas, saya memandang pada budi
dalam pantun ke-57: 9 memberi maksud budi adalah nilaian utama untuk melihat sahsiah dan
sikap seseorang. Bukan harta yang menjadi ukuran. Dalam dunia serba materialistik, konsep budi

11

tetap ada di hati manusia untuk melihat ketinggian peribadi yang tetap menjadi kayu ukur
seseorang yang bergelar insan. Walaupun mudah disogok tetapi kebaikan juga akhirnya akan
dipandang orang. Aminudin Mansor (2012) menegaskan penekanan kepada aspek akal budi
penting untuk mengekal jati diri bangsa. Pembangunan akal budi masih penting kepada generasi
masa kini menghadapi dunia globalisasi yang penuh cabaran seiring dengan pembangunan sains
dan teknologi serta ekonomi.
Pantun-pantun berikutnya menunjukkan pengarang memberi peringatan dan nasihat
kepada seorang yang bergelar pemimpin. Pemimpin yang berkarisma dan bertindak dalam
keadaan rasional adalah pemimpin yang disanjung. Elok pemimpin eloklah rakyat, sebaliknya
apabila pemimpin rosak maka rakyatlah yang menanggung sengsara. Perkara di atas
diperkukuhkan oleh pengarang dalam pantun ke-63: 10:
Awang-awang cerah dikelih7,
Purnama siddi Allah kurnia;
Orang berwang juga dipilih,
Sudah menjadi adat dunia. (63)
Dalam baris ayat Orang berwang juga dipilih, sudah menjadi adat dunia menunjukkan
spesifik kepada pemimpin masa kini seseorang yang ada kedudukan dan mempunyai wang akan
diangkat menjadi pemimpin. Pak Nazel memberi peringatan lazim kepada khalayak remaja
bahawa maksud pantun tersebut adalah adat dunia. Keadaan ini sudah tidak asing lagi dalam
kehidupan masyarakat yang semua orang berlumba-lumba untuk berada di peringkat tertinggi
bagi mendapat kuasa dan kekayaan. Adat dunia ini boleh diubah jika pemimpin ini beramanah.
Tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Pantun tentang
pemimpin terus dilunas oleh pengarang dalam pantun ke-84: 13:
Pak Andah tubuhnya sasa,
Mulut bersentil tembakau seketul;
Kalau sudah gila kuasa,
Amalan yang batil dikata betul. (84)

12

Pengarang menterjemahkan maksud pantun dalam bait-bait kata Kalau sudah gila kuasa,
amalan yang batil dikata betul. Ketamakan dalam mengejar kekuasaan akan menghalalkan cara
untuk kepentingan peribadi. Kesimpulan daripada maksud di atas seorang pemimpin itu perlu
bijaksana atau berkebolehan membuat perhitungan dengan menilai dulu baik buruk berdasarkan
pertimbangan ilmu dan pengalaman. Keberanian dan kesungguhan serta sanggup menghadapi
cabaran yang mendatang. Seorang pemimpin perlu mempunyai inisiatif atau tindakan yang
dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang untuk bertindak kepadanya. Tidak
terkecuali juga dapat menyelesaikan masalah yang wujud dalam kelompok masyarakat yang
dipimpinnya. Sifat yang rasional adalah tunggak penting dalam mencernakan kepimpinan yang
ada hala tuju.
Kerasionalan seseorang pemimpin itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut iaitu
seseorang pemimpin itu harus bersedia untuk belajar daripada sesiapa sahaja kerana kepimpinan
itu boleh terus menerus dipelajari daripada latihan dan pengalaman. Seorang pemimpin juga juga
harus mempunyai perasaan empati iaitu memahami perasaan orang lain dan bersimpati. Pak
Nazel memberi peringatan kepada para remaja dalam pantun-pantun kerana suatu hari nanti
remaja ini akan menginjak usia dewasa dan menjadi seorang pemimpin. Maka harapan Pak
Nazel, para remaja ini menjadi pemimpin yang sejati. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2008)
mengupas manusia mempunyai keperluan jiwa yang ingin berasa dirinya dihargai, diperlukan,
dimuliakan dan dihormati oleh manusia-manusia lain. Keperluan itu terbahagi kepada dua jenis
iaitu keperluan dalaman dan keperluan luaran. Keperluan dalaman menyebabkan seseorang
individu itu ingin berasa dirinya seorang yang merdeka, bebas, yakin, kuat, berjaya, bijaksana,
istimewa dan lain-lain perasaan seperti itu. Keperluan luaran menyebabkan individu itu ingin
menjadi individu yang ternama, berkuasa, berharta, terkenal, penting, mulia, dihormati,
berpangkat, disegani dan lain-lain. Rangkapan pantun yang ke-126: 19 mengungkap maksud:
Buah nangka isteri mengidam,
Sama kelisa8, paku rawan;
Orang suka menaruh dendam,
Iblis sentiasa menjadi kawan. (126)

13

Orang suka menaruh dendam, iblis sentiasa menjadi kawan memberi makna sebagai
seorang insan terutamanya golongan remaja yang dititikberatkan oleh Pak Nazel dalam
pantunnya ini kesucian hati dan segala tindak tanduk serta perlakuan perlulah ikhlas. Jika hati
tidak bersih iblis akan mudah merasuk dan mudah dipengaruhi gejala tidak sihat seperti gila
kuasa, tamakkan harta, rasuah dan penyelewengan wang. Jika seseorang itu bergelar pemimpin,
perlu menjadi pemimpin yang baik tidak boleh mengamalkan sikap berat sebelah. Sama ada
daripada penyokong dan musuh politik, diangkat sebagai pemimpin perlulah menjalankan
tanggungjawab yang berkesan dalam komuniti masyarakat yang dipimpin. Menurut Abdullah
Hassan dan Ainon Mohd (2008) kajian-kajian pakar cuma menjumpai dua jenis ciri yang
nampaknya konsisten ada pada para pemimpin. Pertama, tubuh badan para pemimpin adalah
lebih tinggi sedikit daripada purata tubuh badan para pengikut mereka. Kedua, mereka
mempunyai kepintaran yang lebih tinggi sedikit daripada kebanyakan individu yang mereka
pimpin9.
2.2 Kesederhanaan
Kesederhanaan dalam tindak-tanduk menjalani kehidupan akan membentuk peribadi dan tingkah
laku yang tidak keterlaluan. Kesederhanaan dalam pertuturan, tidak materialistik dan
kesederhanaan menimbang kepentingan diri serta orang lain akan melahirkan seseorang itu
berpersonaliti menarik dan mudah didekati. Bersifat tawaduk 10 dalam setiap perkara yang
dilakukan akan membentuk sahsiah diri yang baik. Kesederhanaan dalam menjalani kehidupan
akan menghakis sikap kesombongan yang ada dalam diri. Sifat kesederhanaan ini perlulah
dipupuk oleh ibu bapa iaitu insitusi keluarga yang mula-mula dilihat oleh anak-anak untuk keluar
dari masyarakat yang lebih besar. Segala tunjuk ajar ibu bapa memainkan peranan pembentukan
sahsiah mulia yang diterima oleh masyarakat secara keseluruhannya. Pantun yang ke-32: 5
membicarakan tentang kesederhanaan iaitu:
Kaki dituap muka dilutut,
Lepas senja merenung bintang;
Besar suap daripada mulut,
Pincanglah belanja menggamit hutang. (32)
9
10

14

Maksud pantun Besar suap daripada mulut, pincanglah belanja menggamit hutang
memberi maksud berbelanjalah mengikut kemampuan. Janganlah berbelanja melebihi
pendapatan sehingga hidup dibelenggu hutang piutang keliling pinggang. Pepatah Melayu ada
menyebut Besar kerak daripada periuk. Bersederhanalah dalam berbelanja. Islam sendiri
mengajar umatnya bersederhana dalam segala segi supaya tidak memudaratkan diri. Kupasan
tentang kesederhanaan ialah sikap merendah diri dalam pantun ke-58:
Buah pedada di tepi paya,
Dimakan kera tinggal satu;
Apalah ada pada saya,
Sebatang kara yatim piatu. (58)
Pengarang telah mengungkap maksud pantun di atas iaitu Apalah ada pada saya,
sebatang kara yatim piatu menjelaskan sikap kesederhanaan dan merendah diri seorang individu
yang mempunyai kelebihan tetapi penonjolan tidak dilakukan kerana tiada ibu bapa yang telah
pergi menghadap Ilahi. Kelebihan dalam sesuatu perkara tidak diketengahkan untuk mengelak
diri menjadi riak. Amalan kesederhanaan adalah amalan yang mulia dan dituntut dalam Islam.
Sikap merendah diri adalah dituntut kerana setiap manusia di dunia ini tidak sempurna. Sikap
merendah diri akan mengawal diri supaya tidak menjadi takbur. Alam persekolahan merupakan
institusi terbaik untuk mengawal diri daripada mendongak ke langit. Bercampur-gaul dengan
pelbagai lapisan masyarakat dan kawan akan mendidik para remaja supaya menghormati dan
menghargai kawan-kawan di sekeliling mereka. Pantun yang ke-296 misalnya memberi maksud
jelas kepada kesederhanaan:
Belum reda dan belum aman,
Sudah mahu menambah iri;
Tepuk dada tanyalah iman.
Barulah tahu duduknya diri. (296)
Menerusi frasa Tepuklah dada tanyalah iman, barulah tahu duduknya diri menjelaskan
bahawa tanyalah diri untuk mengetahui tentang tahap sikap dan perangai seseorang insan.
Berbanding tepuk dada, tanya selera memperlihatkan Pak Nazel secara tidak langsung
mendidik khalayak remaja supaya mendekati agama. Setiap insan yang hidup di dunia, jika

15

mengikut lunas-lunas agama akan sejahteralah hidup mereka. Tidak perlu mendabik dada untuk
mewarwarkan kepada orang lain tentang keistimewaan yang dimiliki. Biarlah orang tahu secara
tidak langsung supaya kesombongan dan riak tidak bersarang dalam diri.
2.3

Kejujuran

Nilai jujur, amanah dan bercakap benar merupakan nilai etika yang sangat penting dalam semua
profesion yang perlu dipertahankan. Masyarakat dan negara akan musnah sekiranya nilai
kejujuran dan amanah tidak menjadi prinsip dalam membina kehidupan dan menegakkan
keadilan. Oleh itu, institusi pengurusan, kewangan dan institusi sosial lain yang
bertanggungjawab menjaga kepentingan negara perlu bertindak berasaskan kepada lunas-lunas
kejujuran, amanah dan bercakap benar. Pak Nazel tidak lupa menerapkan nilai jujur dalam
pantun-pantun beliau terutamanya glongan remaja yang sudah tahu membezakan keadaan yang
baik dan buruk.
Air melata di hilir kota,
Dingin segar di lubuk hati;
Tidak mengota janji dikata,
Jasadnya bugar jiwanya mati. (7)
Pantun yang ke-7: 2 tidak tertinggal nilai kejujuran diungkapkan maksud pantun oleh
pengarang Tidak mengota janji, jasadnya bugar jiwanya mati membicarakan janji perlu ditepati.
Tidak boleh Menanam tebu di tepi bibir. Walaupun seseorang itu nampak bergaya tetapi dek
kerana suka mungkir janji, personaliti seseorang akan tergugat dan dipandang serong oleh
masyarakat. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Kejujuran akan
dapat meningkatkan kreadibiliti, integriti, keyakinan dan perkembangan individu. Semakin
seseorang itu bersifat jujur dan bercakap benar semakin teguh kepercayaan dan keyakinan diberi
orang kepada individu yang terbabit. Nilai murni ini penting diterapkan dalam sistem pendidikan
bagi membentuk pelajar mempunyai sahsiah yang baik. Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid (2001)
mengulas benar dalam kata-kata ialah tidak bercakap kecuali dengan benar dan sentiasa
menunaikan janji. Benar dengan niat dan kehendak ialah ikhlas semata-mata kepada Allah dalam
segala perbuatan. Benar dalam cita-cita dan tekad ialah benar dalam cita-cita berkenaan dan tidak

16

ada ragu-ragu lagi. Benar dalam melaksanakan cita-cita ialah benar-benar melaksanakann citacita itu apabila berpeluang.
Rambutnya genjur wajahnya redup,
Jangan termala tidak keruan;
Amalan jujur kemudi hidup,
Tersilap hala hilang tujuan. (87)
Manik saga dibuat hiasan,
Dibeli dari negeri Sindhi;
Berkhidmat tenaga mengharap balasan,
Menunjuk diri lemahnya budi. (127)
Burung ketitir turun ke lanar,
Bertunda-tunda mula beranjur;
Usah khuatir berkata benar,
Itulah tanda orang yang jujur. (143)

Rangkuman maksud pantun-pantun di atas secara keseluruhannya memperkatakan


tentang kejujuran. Sebagai contohnya pada pantun yang ke-143, maksud pantun Usah khuatir
berkata benar, itulah tanda orang yang jujur. Kejujuran untuk menapak dalam diri adalah sukar
jika tidak didik daripada kecil lagi. Oleh itu, Pak Nazel mendidik para pelajar remaja secara
khususnya supaya mengamalkan sikap jujur dalam diri sejak kecil lagi. Bagi berlaku jujur
terhadap individu lain, seseorang perlu jujur dahulu pada diri sendiri. Proses ini memerlukan
kekuatan dalaman dan kesedaran diri yang membawa kepada penyuburan peribadi. Salah satu
cabang untuk bersikap jujur adalah berbicara benar. Bercakap benar akan memperkukuhkan diri
individu dan dapat berdiri teguh untuk menegakkan kepalsuan yang membelenggu diri. Tidak
tertinggal nilai kejujuran digubah dalam pantunnya yang menjadi tonggak keperibadian manusia
adalah keikhlasan. Pengarang menggariskan maksud-maksud pantun dengan menonjolkan
keikhlasan berdasarkan pantun-pantun ke-452: 65 dan 472: 68;
Bawa dedak di dalam kantung,
rumput kumpai dikendongnya;
Guru tidak mengejar untung,
Ilmu disampai dengan ikhlasnya. (452)

17

Buah keranji pokok ketapi,


Tengah laman jauh di sana;
Pandai berjanji tunainya sepi,
Periksalah iman duduk di mana. (472)
Keikhlasan memainkan peranan yang penting dalam membentuk jiwa yang luhur.
Melihat maksud pantun yang ke-452 yang memberi maksud Guru tidak mengejar untung, ilmu
disampai dengan ikhlasnya begitu mendalam sekali. Jika jiwa seorang guru, keikhlasan
mengajar anak didiknya walau diceruk rantau tanpa ada sempadan dengan sifat ikhlas 11. Ilmu
yang dicurahkan bukan untuk dibalas. Keikhlasan dalam diri untuk memberi didikan yang
terbaik untuk anak didik. Keikhlasan merupakan pemangkin kepada kejujuran. Keikhlasan yang
ada dalam diri akan membawa kebenaran kepada pertuturan dan tindakan. Keikhlasan ada
berkaitan dengan jiwa yang akan menjurus kepada keperibadian mulia kerana mempunyai
berilmu.
Ikan beliak mata,
Hidang untuk tamu;
Jujur tutur kata,
Tanda ada ilmu. (987)
Buat pengat keladi,
Makan tempat redup;
Jujur hati budi,
Jadi amalan hidup. (1196)
Pak Nazel mengambilkira nilai kejujuran dalam pantun yang ke-987: 142 dan pantun ke1196: 171 memberi maksud Jujur tutur kata, tanda ada ilmu memperlihatkan pengarang
menekankan jujur dalam percakapan menunjukkan seseorang itu berilmu. Apabila berilmu,
martabat seseorang itu diangkat dan dipandang tinggi oleh masyarakat manakala bagi pantun
yang ke-1196 yang memberi makna Jujur hati budi, jadi amalan hidup dijadikan teras dalam
kehidupan untuk bersikap jujur12 dalam apa jua keadaan. Kejujuran yang bermula dalam diri
akan memberi impak terhadap keseluruhan kehidupan yang dijalani setiap hari di dunia ini. Abd
Rahim Abd Rashid (2001a) mengkelaskan jujur merupakan nilai murni yang amat penting dalam
kehidupan individu dan masyarakat.
11
12

18

2.4 Keadilan
Buku Pantun Pak Nazel yang membicarakan tentang bentuk sahsiah remaja terutamanya di
sekolah menengah yang menjurus kepada nilai keadilan. Nilai keadilan perlu diwujudkan dalam
semua aspek pembangunan dan meliputi keadilan sosial terutamanya. Pendidikan memainkan
peranan yang amat penting bagi memupuk nilai keadilan supaya setiap individu dapat
menghayati dan mempertahankan nilai keadilan mengikut lunas-lunas perlembagaan dan
undang-undang negara. Huraian di atas diperkukuhkan dengan rangkap pantun yang ke-76: 11:
Cuaca terang di Ujung Batu,
Memang sempat menggetis turi;
Menuding orang jari yang satu,
Empat lagi ke diri sendiri. (76)
Maksud pantun Menuding orang jari yang satu, empat lagi ke diri sendiri menunjukkan
melihat kesalahan orang tetapi kesalahan sendiri lebih banyak daripada kesalahan orang lain.
Oleh itu, sifat adil perlu ada. Manusia remaja ini tidak perlu mengikut perasaan dan kata hati
perlu memuhasabah diri untuk membentuk peribadi yang baik. Setiap manusia di dunia ini tidak
sempurna peribadinya tetapi perlulah berusaha untuk menjadi manusia yang baik. Abd Rahim
Abd Rashid (2001a) nilai keadilan menjadi asas dalam pembinaan masyarakat dan negara. Nilai
keadilan perlu dipertingkatkan untuk menjamin kesejahteraan dan melindungi hak individu
mengikut perubahan dan keperluan. Undang-undang yang ditegakkan perlu dilaksanakan
mengikut lunas-lunas keadilan, bukan penindasan dan bukan dilakukan semata-mata bagi
menjaga kepentingan kerajaan atau pemerintah. Keadilan undang-undang perlu telus dan tidak
bertujuan menafikan hak individu dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip
demokrasi.Abd Rahim Abd Rashid (2001a) nilai keadilan menjadi asas dalam pembinaan
masyarakat dan negara. Nilai keadilan perlu dipertingkatkan untuk menjamin kesejahteraan dan
melindungi hak individu mengikut perubahan dan keperlun. Undang-undang yang ditegakkan
perlu dilaksanakan mengikut lunas-lunas keadilan, bukan penindasan dan bukan dilakukan
semata-mata bagi menjaga kepentingan kerajaan atau pemerintah. Keadilan undang-undang perlu

19

telus dan tidak bertujuan menafikan hak individu dalam sebuah negara yang mengamalkan
prinsip demokrasi.
Pengarang memberi pandangan tentang manusia yang suka melihat kesalahan orang lain
tetapi tidak pernah melihat akan kesalahan diri sendiri. Bait-bait pandangan itu dihuraikan dalam
maksud pantun Menuding orang jari yang satu, empat lagi ke diri sendiri. Sewajarnya dalam
kehidupan, kita perlu memuhasabah diri supaya dapat dibaiki kepincangan-kepincangan supaya
kesempurnaan personaliti akan terbentuk dalam diri. Nilai keadilan dicerna dalam pantun ke103: 15 dan pantun ke-282: 41:
Ati-ati cantik warnanya,
Kesian diceruk di banir sentul;
Ambillah pati buang hampasnya,
Tolak yang buruk ambil yang betul. (103)
Buah nanas masih putik,
Pokok delima berduri batangnya;
Baru nak tunas sudah dipetik,
Lama-lama mati pokoknya. (282)
Huraian maksud pantun ke-103 Ambillah pati buang hampasnya, tolak yang buruk ambil
yang betul memberi gambaran yang jelas umpama peribahasa Buang yang keruh, ambil yang
jernih. Tidak perlu memanjangkan cerita dan mengeruhkan keadaan. Selesaikan masalah yang
dihadapi dengan baik umpama Menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak
berselerak. Keadilan perlu wujud dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Bagi pantun yang ke282 yang maksudnya Baru nak tunas sudah dipetik, lama-lama mati pokoknya memberi
gambaran bahawa orang atasan jangan menindas orang bawahan. Sifat adil ini perlu dipupuk.
Tidak boleh menindas dan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Keadilan perlu
wujud dalam tindakan. Kekadang akibat rasa iri hati, dendam kesumat dan sifat benci dalam diri
membuatkan keadilan tidak wujud dan sifat berat sebelah akan berlaku. Oleh itu, kelangsungan
keadilan dalam diri perlu ada bagi menjamin kesejahteraan dalam kehidupan manusia. Jiwa
keadilan yang tertanam dalam diri akan menangkis segala bentuk kezaliman dan penindasan
yang wujud akibat tuntutan nafsu yang membuak-buak dalam dada. Rentetan keadilan dalam
pantun tersebut, juga terdapat dalam pantun ke-644: 93 yang lebih menjurus kepada bidang
kehakiman.

20

Rasa kerdil duduk berlahan,


Lawan bestari tidak serasi;
Hakim yang adil mukmin pilihan,
Allah ganjari syurga firdausi.13 (644)
Maksud pantun tersebut adalah Hakim yang adil mukmin pilihan, Allah ganjari syurga
firdausi menerangkan dengan jelas tugas hakim yang berat mengadili orang yang salah perlulah
adil ketika menjatuhkan hukuman. Allah telah menjanjikan syurga kepada sesiapa yang bersikap
adil dalam melakukan dan membuat keputusan. Jika nilai keadilan tidak dirasai dan diamalkan
secara peribadi, maka keadilan tidak akan terjadi dalam diri. Nilai keadilan perlu direnungi setiap
individu untuk mewujudkan keadilan sosial. Abd Rahim Abd Rashid (2004) mengulas prinsip
dan lunas keadilan terletak kepada perlaksanaannya di mahkamah iaitu pembelaan diri dan
perlindungan undang-undang diberikan kepada kepada tertuduh. Walau bagaimanapun,
kelemahan manusia amat besar dalam melaksanakan keadilan. Undang-undang bukan sahaja
memberi keadilan tetapi ada kalanya memberikan lebih banyak kuasa kepada pihak tertentu
untuk mengambil tindakan terhadap salah laku yang telah diwartakan mengikut undang-undang
dan peraturan.
2.5 Ketekunan
Nilai ketekunan berupaya membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda ke tahap kejayaan
yang cemerlang. Penerapan semangat usaha, gigih, sabar, tabah, berdedikasi, bersemangat waja
dan cekal merupakan resepi penting bagi meletakkan sesuatu kejayaan di tempat yang tersendiri.
Ketekunan dalam melakukan sesuatu sama ada belajar dan bekerja akan melenyapkan budaya
tertangguh, cepat bosan, membazir dan berpandangan negatif. Ketekunan menjurus kepada
memberi tumpuan keadaan sesuatu kerja sehingga selesai dengan sempurna dan membawa
kejayaan serta kecemerlangan kepada individu atau kelompok masyarakat. Apabila berbicara
tentang ketekunan, gambaran ketekunan itu ialah semut. Serangga yang kecil ini tidak kenal erti
penat lelah apabila melakukan sesuatu sama ada membina sarang atau membawa makanan dalam
kumpulannya. Kebiasaannya Sang Semut akan memikul benda-benda yang berpuluh kali lebih
berat daripada dirinya. Namun ketekunan mengatasi segalanya. Semuanya dapat dibereskan
13

21

sehingga matlamat tercapai. Ketekunan ini telah dipepatahkan oleh orang tua-tua Sedikitsedikit, lama-lama menjadi bukit. Pantun yang memperlihatkan nilai ketekunan adalah pantun
yang ke-105: 16:
Bersalam tangan bila bertemu,
Mula mengajar beberapa tajuk;
Bersahabat dengan orang berilmu,
Dapat belajar dan petunjuk. (105)
Dalam pantun Pak Nazel menjuruskan dengan jelas maksud pantun iaitu Bersahabat
dengan orang berilmu, dapat belajar dan petunjuk. Nilai ketekunan ada pada orang berilmu
kerana untuk mendapat ilmu memerlukan pengorbanan yang banyak. Hanya orang yang mampu
dan mempunyai nilai ketekunan dalam diri akan memperolehi ilmu. Berdamping dengan orang
berilmu akan mendorong seseorang itu mengikut jejak langkah ke arah kebaikan. Secara tidak
langsung nilai ketekunan yang ada pada orang berilmu ini akan meresap masuk ke dalam diri dan
akan berubah ke arah menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya.
Pisang sesikat dibuat lepat,
Buat pangan pergi ke pekan;
Kalau pukat tak mendapat,
Musim jangan disalahkan. (343)
Pantun Pak Nazel mencerminkan nilai ketekunan iaitu pantun ke-343: 50 memberi makna
Kalau pukat tak mendapat, musim jangan disalahkan memberi peringatan kepada khalayak
bahawa jika melakukan sesuatu tetapi tidak menjadi, jangan di salah faktor sekeliling. Jadikan
sifat tekun tertanam dalam diri. Usaha itu tangga kejayaan. Jangan bagi ruang sifat putus asa
bersarang dalam diri kerana gagal sekali bukan gagal untuk selamanya.
Damar colok mula mencair,
Pergi ke darat menyuluh tarang;
Bagai geluk tinggal di air,
Hidup melarat mengharap orang. (482)
Memperkatakan tentang maksud pantun yang ke-482: 89 iaitu Bagai geluk tinggal di air,
hidup melarat mengharap orang menunjukkan bahawa sifat tekun perlu ada dalam diri.

22

Kesempurnaan dan kekuatan fizikal dan mental memberi kelebihan seseorang untuk bekerja
mencari rezeki meneruskan kelangsungan kehidupan. Bukan mengharap belas ehsan seseorang.
Geluk yang sifatnya hanya mengisi air menggambarkan unsur tersirat bahawa rezeki ada di
mana-mana cuma memerlukan daya usaha dan sifat tekun seseorang untuk mendapatkannya.
Bagi mendapat sifat tekun dalam diri, seseorang perlu gigih dalam melaksanakan tugas, rajin dan
sentiasa berusaha. Tekun dalam pekerjaan, sabar dalam menghadapi cabaran dalam pelajaran,
pekerjaan, berdisiplin, berpandangan jauh, bersemangat dalam melaksanakan tugas yang
diarahkan, dedikasi, sanggup berkorban, cekal menghadapi segala kesulitan semasa bekerja,
tidak patah semangat dan bercita-cita tinggi.

2.6 Hemah Tinggi


Masyarakat yang berhemah tinggi mempunyai idealisme dan falsafah hidup untuk membina
kebaikan. Mereka berjuang ke arah kebaikan dan menolak sebarang bentuk kemungkaran atau
kejahatan. Pendidikan perlu membentuk individu supaya mempunyai nilai berhemah tinggi.
Orang yang berhemah tinggi mempunyai kualiti moral dan sahsiah yang baik. Abd Rahim Abd
Rashid (2001a) nilai ini merupakan nilai peribadi dan nilai personal yang ada pada orang yang
mempunyai cita-cita dan perjuangan yang mulia. Nilai berhemah tinggi dapat menguatkan citacita dan perjuangan yang mulia. Nilai berhemah tinggi dapat menguatkan keazaman seseorang
untuk mengangkat diri menjadi terbilang dan disanjungi. Dengan idealisme dan nilai-nilai murni
yang dimiliki, seseorang dapat mengangkat diri ke mercu kejayaan dan kegemilangan. Pantun
yang ke-enam: 1 memperlihatkan sikap hemah tinggi iaitu:
Kulit lekir jadi hiasan,
Buah pedada, bunga geti;
Bijak berfikir sebelum dilisan,
Itu tanda mukmin sejati. (6)
Dalam penciptaannya pantunnya, Pak Nazel mengetengahkan maksud pantun berhubung
dangan nilai hemah tinggi iaitu Bijak berfikir sebelum dilisan, itu tanda mukmin sejati.
Pengarang memberi garis panduan bahawa untuk memperkatakan sesuatu perlu berfikir dahulu
kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Mengaitkan personaliti mukmin

23

sejati menunjukkan bahawa seorang yang berhemah tinggi akan memperkatakan perkara yang
bai-baik sahaja. Individu yang berhemah tinggi yang disasarkan oleh Pak Nazel dalam pantun
beliau iaitu golongan remaja mempunyai keluhuran dan keunggulan sifat diri yang terserlah
melalui watak, gaya, sikap dan tindakannya. Sentiasa menjaga kehormatan diri di samping
mengamalkan budi bahasa yang santun dan tidak sombong.
Pokok atun hujungan desa,
Sama naik pokok pala;
Orang bersantun kita berbahasa,
Amal yang baik dapat pahala. (46)
Rangkap pantun yang ke-46: 7 mencerminkan Orang bersantun kita berbahasa, amal
yang baik dapat pahala menggambarkan budi bahasa menjadi taruhan kepada pembentukan
peribadi seseorang manusia. Kebaikan yang dilakukan akan dihitung oleh Sang Pencipta untuk
bonus pahala di akhirat kelak. Berbudi bahasa seseorang itu akan melahirkan sikap hemah tinggi
dalam dirinya. Hemah tinggi merupakan budi pekerti dan tingkah laku yang mulia diamalkan
oleh individu dengan individu juga kelompok masyarakat yang lain. Manusia yang mempunyai
sikap hemah tinggi tahu akan batas tatasusilanya.
Kerbau luka lalu dituntun,
Di depan beranda rumah pak lebai;
Orang berseloka kita berpantun,
Adabnya ada jangan diabai. (47)
Barisan ayat dalam pantun yang ke-47: 7 memperlihatkan maksud Orang berseloka kita
berpantun, adab ada jangan diabai bermaksud perlu pandai membawa diri dalam situasi dan
tempat. Adab dan susila perlu dijaga supaya tidak dipandang serong masyarakat. Memelihara
adab dan susila akan melahirkan nilai hemah tinggi dalam diri. Individu yang berhemah tinggi
akan terpancar sifat-sifat mulia pada dirinya. Kemuliaan sikap itu akan disukai, dihormati dan
menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling. Batas-batas kesusilaan itu akan menjadi norma
dan amanah yang terpikul di bahunya untuk menjadi teladan kepada individu yang lain.
Tanjung Sekayu hujung negeri,
Dagang senteri terpuji iman;
Bangsa Melayu santun bahari,
Akal budi teruji zaman. (840)

24

Maksud pantun tentang bangsa Melayu 14 yang berbicara tentang hemah tinggi adalah
maksud pantun ke-840 iaitu Bangsa Melayu pantun bahari, akal budi teruji zaman memberi
ruang kepada masyarakat mengetahui bahawa orang Melayu terkenal dengan budi bahasanya.
Walaupun zaman berubah, kesantunan dan budi orang Melayu tetap berakar umbi daripada
dahulu sehingga kini. Berbahasa elok dan indah akan memancarkan perilaku seseorang. Ismail
Noor dan Muhammad Azaham (2000) menegaskan unggulnya personaliti budaya Melayu,
diindahkan lagi adat dan susunan bahasa yang menarik seperti sajak, pantun, syair, puisi,
perumpamaan atau peribahasa. Perilaku yang baik di tuntut dalam Islam. Maka sikap hemah
tinggi akan terserlah apabila seseorang itu mengikut lunas-lunas Islam dalam dirinya.
3.0 KESIMPULAN
Seluas lautan di dunia ini menggambarkan ilmu juga tidak bertepi. Generasi berilmu menjadi
pemangkin bangsa bertamadun. Ilmu yang dimiliki akan memartabatkan seseorang itu pada
pandangan mata masyarakat. Hal seperti ini tidak datang dengan sendirinya, melainkan manusia
yang berilmu diberi tanggungjawab dan peranan utama untuk merancang dan mengurus
pembangunan manusia daripada segi agama dan kepercayaan, politik dan pentadbiran,
perniagaan dan perdagangan, manusia dan masyarakat, pendidikan dan sebagainya. Golongan
remaja tidak terkecuali untuk mendapat pendedahan awal tentang alam dewasa yang akan dilalui
dan diterokai untuk masa hadapan. Pak Nazel mencipta pantun-pantunnya untuk memberi
gambaran yang jelas tentang kehidupan yang akan ditempuhi oleh remaja masa kini dan akan
datang. Disertai dengan nilai-nilai murni yang melingkungi manusia berilmu iaitu rasional,
kesederhanaan, kejujuran, keadilan, ketekunan dan hemah tinggi memantapkan personaliti
manusia yang berilmu ini.
Nilai-nilai murni ini memainkan peranannya yang berkesan membentuk manusia menjadi
manusia mempunyai personaliti dan sahsiah cemerlang dalam kehidupan. Penerapan nilai ini
bukan sahaja dicaturkan dengan bait-bait kata tetapi pantun-pantun yang dikarang yang
melingkari ke arah penerapan nilai murni boleh diangkat sebagai salah satu medium didikan.
Ciptaan pantun-pantun Pak Nazel bersifat didikan secara keseluruhannya memberi impak kepada
khalayak pembaca terutama golongan kanak-kanak dan remaja mengambil inisiatif dan iktibar
14

25

di samping sulaman bait-bait indah dalam pantun-pantun ciptaan beliau. Penggunaan kata-kata
yang mudah difahami dan mesej yang disampaikan dalam maksud-maksud pantun beliau
memudahkan saluran penerapan nilai ini diketengahkan kepada golongan pelajar khususnya bagi
membentuk sahsiah yang unggul dan bermodal insan.

1. Senarai 21 nilai murni cabutan daripada tesis Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia (2013) Azim Normiza
Binti Ahmad, Nilai-Nilai Murni Kementerian Pelajaran Malaysia Dalam Pantun Pak Nazel: Satu Analisis.
2. Nilai-nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia adalah baik hati, kerajinan, keadilan, kejujuran, rasional, kesyukuran,
kerjasama, hemah tinggi, kesederhanaan, kebebasan, kebersihan fizikal dan mental, keberanian, keyakinan, berdikari,
tanggungjawab, patriotik, kasih sayang, menghargai, hormat-menghormati, ketekunan dan semangat kemasyarakatan.
3. Biografi sumbangan Pak Nazel.
4.Penandaan ini bermaksud pantun yang ke-1059 pada muka surat 152 buku Pantun Pak Nazel: ( 2010).
5. Sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuan, daun patuk tuan, rumput melian, Thunbergia laurifolia . Sumber:
prpm.dbp.gov.my/Searchaspx?k=lana [16 Jun 2013].
6. Gumuk- tanah keras. Pustaxa.dbp.gov.my/pustakadigital/pd/bahan/buku/penuh/3435.pdf [26 Jun 2013].
7. Dikelih bermaksud melihat mengikut loghat negeri Perlis.
8. Kelisa merujuk kepada sejenis sayur kekacang iaitu kacang botol. Kacang botol dipanggil kacang kelisa bagi orang di
sebelah utara tanahair.
9.Kajian-kajian terbaru mendapati ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat aspek-aspek yang berbeza di antara ciri-ciri
pemimpin dan mereka yang dipimpin. Perbezaan-perbezaan itu juga boleh diukur. Para pengkaji menyimpulkan bahawa
ciri-ciri peribadi tertentu bersama-sama dengan faktor-faktor lain mempengaruhi keberkesanan seseorang pemimpin. Ciriciri lazim yang ada pada diri pemimpin yang berkesan ialah: 1. Semangat: mereka mempunyai cita-cita, tabah, tekun, tekad,
daya usaha, tenaga dan hasrat bagi berjaya. 2. Kejujuran dan integriti: mereka mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai,
jujur dan boleh diharapkan. 3. Dorongan kepimpinan: mereka mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individuindividu yang lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh si pemimpin. 4.
Keyakinan diri: mereka sangat percaya pada keupayaan diri sendiri. 5. Kepintaran: mereka berupaya menggabungkan dan
mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar belum tentu dapat membuatkan
seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya. Malah ada kalanya menimbulkan kesan negatif pula. 6. Pengetahuan dalam
bidang: mereka mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup di dalam bidang yang dipimpin. 7. Kreativiti: mereka berupaya
mencipta idea-idea yang baru dan berguna. 8. Fleksibiliti: mereka berupaya menyesuaikan diri mengikut keperluan
individu-individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Ciri ini membolehkan para pemimpin mengenal
pasti tindakan-tindakan yang sewajarnya mereka ambil di dalam keadaan-keadaan tertentu dan melaksanakan tindakan itu.
Kajian mendapati para pemimpin yang sangat berjaya tidak menunjukkan sikap dan tingkah laku yang serupa sahaja di
semua keadaan. Mereka banyak menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan akan menukar-nukar gaya kepimpinan mereka
sesuai dengan perkara yang diperlukan oleh individu-individu yang mereka pimpin dan juga sesuai dengan tekanan waktu
itu ( Abdullah Hassan dan Ainon Mohd 2008).
10. Tawaduk dan merendah diri ini boleh berlaku dalam dua keadaan, dunia dan akhirat. Di dunia dia kan disegani dan
dihormati oleh orang ramai dan di akhirat dia akan mendapat pahala yang tinggi nilainya (Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid
2001).
11. Sifat ikhlas amat penting disemai dan dibaja di setiap hati individu dalam semua lapangan hidupagar dapat
menempatkan diri di kalangan hamba-hambaNya yang bertakwa. Perlu disedari bahawa sifat ikhlas ini tidak perlu hanya
diserlahkan ketika pelaksanaan amalan-amalan ibadat sahaja seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya malahan niat
yang ikhlas akan meningkatkan mutu amalan yang dianggap keduniaan semata-mata dan menjadikannya sebagai satu ibadat
yang diberi ganjaran pahala kerananya (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi 2006).
12. Masyarakat perlu menghargai dan mempertahankan nilai jujur dan amanah supaya tidak timbul perbuatan dan tingkah
laku yang tidak bermoral dan tidak berakhlak seperti menipu, mencuri, pecah amanah, tidak boleh dipercayai dan tidak
bertanggungjawab. Masyarakat tidak boleh memandang ringan perbuatan keji yang melanggar nilai kejujuran dan amanah.
Golongan muda perlu dilatih supaya jujur dan amanah dalam semua urusan, pekerjaan, hubungan dan tanggungjawab.
Pengaruh kebendaan, perasaan tamak haloba dan keinginan cepat kaya menyebabkan golongan peniaga sanggup melanggar
etika dengan bersikap tidak jujur dan tidak amanah dalam urusan perniagaannya. Begitu juga dengan masalah rasuah di

negara ini meningkat disebabkan orang yang bertanggungjawab tidak jujur dan tidak amanah. Nilai jujur dan amanah
merupakan nilai etika yang sangat penting dalam semua profesion yang perlu dipertahankan. Masyarakat dan negara akan
musnah sekiranya nilai kejujuran dan amanah tidak menjadi prinsip dalam membina kehidupan dan menegakkan keadilan.
Oleh itu, institusi pengurusan, kewangan dan institusi sosial yang lain yang bertanggungjawab menjaga kepentingan orang
ramai dan kepentingan negara perlu bertindak berasaskan kepada lunas-lunas kejujuran dan amanah (Abd Rahim Abd
Rashid 2001b).
13. Firdausi merupakan sebuah cerpen karya Pak Nazel yang bernama Fairuz Firdausi (Dewan Siswa Mac 1980) yang
dijadikan judul kepada antologi cerpen kanak-kanak (DBP, 1993). Nama ini diabadikan kerana Pak Nazel kehilangan putera
keduanya yang meninggal pada usia sepuluh hari setelah dilahirkan bernama Fairuz Firdaus Has-Yun pada 15 Ogos 1973.Rujuk Lampiran B.
14. Dalam perlembagaan yang dikatakan Melayu ialah seorang yang mengamalkan agama Islam, yang keturunannya dapat
dikesan hinggalah kepada nenek moyangnya di Empayar Melaka Lama atau mana-mana tempat di gugusan pulau-pulau
Melayu dan kini bermastautin di Malaysia. Seorang Melayu mestilah berwarisan budaya tradisi yang memperkenalkannya
sebagai insan berbudi pekerti. Dia hidup di dalam persekitaran yang penuh harapan serta berpandangan optimistik dalam
menghadapi sesuatu kemungkinan. Keberkatan yang dianugerahkan Allah s.w.t membentuk sahsiahnya sebagai insan yang
mengikuti jalan kesederhanaan dan kesusilaan. Cabaran dunia moden ini telah meletakkan orang Melayu di dalam arena
perdagangan dan perniagaan yang menjurus kepada k-ekonomi sehingga menjanakannya ke arah globalisasi dengan penuh
keyakinan ( Ismail Noor & Muhamad Azaham 2001).

BIBLIOGRAFI
Abd Rahim Abd Rashid. 2001a. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan
cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Abd Rahim Abd Rashid. 2001b. Perubahan paradigma nilai: ke arah transformasi sosial dan
pembentukan Malaysia baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Abd Rahim Abd Rashid. 2004. Patriotisme agenda pembinaan bangsa. Kuala Lumpur: utusan
Publications & Distributors.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2008. Bakat dan kemahiran memimpin: panduan untuk pemimpin
meningkatkan prestasi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Aminudin Mansor. 2012. Akal budi Melayu dalam pantun dan sajak. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Azim Normiza binti Ahmad. 2013. Nilai-nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pantun
Pak Nazel: satu analisis. Sarjana sastera. Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2006. Membina peribadi muslim: muhasabah diri ke arah kehidupan
yang diredhai. Shah Alam: Karya Bestari.
Ismail Noor & Muhammad Azaham. 2000. Takkan Melayu hilang di dunia. Subang Jaya: Pelanduk
Publications.
Mahmood Zuhdi Hj. Abdul Majid. 2001. Bagaimana Islam memimpin masyarakat majmuk. Batu
Caves: PTS Islamika.
Nazel Hashim Mohamad. 2010. Pantun Pak Nazel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai