Anda di halaman 1dari 9

Kritikan Jurnal

ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan


Pedagogi
Robiah Sidin
Nor Sakinah Mohamad

Pengenalan
Artikel ini adalah hasil kajian untuk mengenal pasti kaedah mengajar yang
sesuai bagi meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar sekolah.
Kajian telah dilakukan di dua buah kelas tingkatan dua sebuah sekolah
menengah di Bentong, Pahang. Subjek yang dipilih ialah Literasi Komputer
dengan tajuk pembinaan laman web. Kajian ini melibatkan dua kumpulan
pelajar yang homogenus iaitu kumpulan rawatan seramai 25 orang diajar
mengikut kaedah perantis yang berunsurkan pendekatan kontruktivisme,
manakala satu kumpulan lagi seramai 24 orang diajar mengikut kaedah
tradisional. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan kaedah perantis berbanding dengan kaedah tradisional , dan
mengkaji kesan kaedah perantis ke atas pencapaian pelajar berbanding
dengan kaedah tradisional
Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina
melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran

terdahulu dengan

pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, murid


membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif,
menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman sedia

ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan


mencapai kefahaman terhadap maklumat baru (Mok Soon Sang 2009).
Selaras dengan Teori Konstruktivisme ini, penyelidik

memberi penekanan

kepada pengetahuan sedia ada murid dan mengaitkan dengan pengetahuan


yang baru serta mencuba kemahiran secara berkumpulan dengan sokongan
guru yang minimum bagi kumpulan rawatan.

Dapatan dan hasil daripada

kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas


pencapaian pelajar. Kumpulan pelajar rawatan yang diajar dengan kaedah
perantis

iaitu

berunsurkan

pendekatan

konstruktivisme

menujukkan

pencapaian yang lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang


diajar

dengan

kaedah

tradisional

yang

lebih

menekankan

kepada

pendekatan tingkah laku pelajar.

Isu
Menurut penyelidik, Pengajaran mengikut pendekatan konstruktutivisme
masih kurang dilaksanakan di sekolah. Kaedaan ini berlaku kerana guru
masih mempunyai tanggapan yang negatif apabila mengajar mengikut
pendekatan ini. Ia dianggap kaedah pengajaran yang sukar dan mencabar.
Mereka masih

berpendapat pencapaian pelajar tidak dapat ditingkatkan

hanya dengan melaksanakan pengajaran mengikut pendekatan ini. Mereka


juga kurang yakin dengan kemampuan pelajar untuk melakukan kerja secara
berkumpulan kerana sokongan dan bimbingan guru adalah terhad. Guruguru

bimbang

sukatan

pelajaran

tidak

dapat

dihabiskan

kerana

ia

memerlukan

masa yang panjang berbanding dengan kaedah pengajaran

tradisional di samping boleh berlaku pemahaman konsep yang salah dalam


kalangan pelajar. Pendekatan pengajaran konstruktivisme juga kurang
mendapat sokongan pentadbir sekolah memandangkan bilangan pelajar
yang ramai dalam kelas dan ini akan menimbulkan masalah kepada guru
untuk mengawal kelas. Namun begitu, kaedah pengajaran tradisional tidak
dapat

menjamin

pelajar

untuk

memindahkan

pengetahuan

atau

mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi.


Pengajaran mengikut pendekatan konstruktivisme

menggalakkan

pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada ataupun mengaitkan dengan


pengalaman pelajar, menyelesaikan masalah secara kumpulan serta mereka
dapat

menggunakan

aras

pemikiran

yang

tinggi

di

samping

dapat

mengaplikasikan pengetahuan yang dimiliki dalam kehidupan harian mereka.


Justeru,

pendekatan

kontraktivisme

lebih

mementingkan

kepada

pemahaman dan berpusatkan pelajar berbanding kaedah tradisional yang


lebih berpusatkan guru dan pelajar pula

banyak diminta menyalin dan

menghafal. Kesannya, pendekatan konstruktivisme mendorong pelajar lebih


banyak berfikir, berkemahiran dan menguasai ilmu pengetahuan.

Ulasan dan Kritikan


Dalam

kajian

ini,

pengetahuan

dan

pemahaman

penyelidik

adalah

mendalam. Penyelidik telah memberi penerangan dan huraian yang jelas

dalam setiap tajuk dan langkah-langkah kajiannya menunjukkan bahawa


penyelidik mempunyai pengetahuan yang luas dan pemahaman yang
mendalam tentang topik penulisan mereka.
Dalam pengenalan pengkaji telah mencadangkan perubahan dibuat ke
atas pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi
maklumat yang sedang berkembang pesat di samping memenuhi polisi dan
dasar pendidikan negara. Penyelidik telah memberi huraian yang lengkap
tentang

konsep

menerangkan

pengajaran

secara

dan

terperinci

pembelajaran
langkah-langkah

konstruktivisme
kajian

yang

dan
telah

dijalankan.
Hasil kajian yang dibuat mempunyai kesahan dan kepercayaan yang
tinggi kerana penyelidik berusaha memastikan perbezaan pencapaian itu
hanya disebabkan oleh faktor rawatan, iaitu kaedah mengajar, maka
pemboleh ubah lain yang member kesan kepada pencapaian adalah dikawal
seperti faktor guru, persekitaran dan kandungan adalah sama bagi keduadua kumpulan. Secara terperinci kawalan yang dilakukan ialah kawalan
kualitatif iaitu pengajaran bagi kedua-dua kumpulan dilaksanakan oleh guru
yang sama, kawalan kuantitatif iaitu iaitu kedua-dua kelas mempunyai
persekitaran serta tempoh pengajaran dan pembelajaran yang sama,
kawalan metodologi iaitu kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme)
dilaksanakan dalam kelas rawatan dan kaedah tradisional (pendekatan
tingkah laku dilaksanakan dalam kelas kawalan dan kawalan kandungan iaitu

kandungan pengajaran bagi kedua-dua kelas adalah sama. Walaupun


pemboleh ubah lain yang mungkin member kesan i seperti latar belakang
keluarga pelajar, pendidikan dan pendapatan ibu bapa serta kemudahan
belajar di rumah diabaikan oleh penyelidik, dapatan kajian ini masih
dianggap mempunyai kesahan dan kepercayaan yang tinggi. Ini kerana ujian
pra dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk pembinaan laman
web

telah

diberikan

kepada

pelajar

kedua-dua

kumpulan

sebelum

pengajaran dibuat. Hasil analisis ujian t ke atas ujian bertulis pra


menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan
tersebut dan penyelidik membuat anggapan bahawa prestasi pelajar bagi
kedua-dua kelas yang terlibat dalam eksperimen adalah setara. Justeru
faktor pemboleh ubah yang diabaikan oleh penyelidik tidak memberi kesan
kepada pencapaian pelajar. Di samping itu, bagi memastikan sesi pengajaran
mengikut kaedah dan langkah-langkah yang ditetapkan, penyelidik berada
dalam kelas memerhati dan merakamkan proses yang berlaku.
Berdasar penyelidikan yang telah laksanakan, walaupun penyelidik
lebih menekankan kepada kaedah pengajaran pembelajaran mengikut
kaedah konstruktivisme tetapi

strategi pembelajaran secara kontekstual

juga boleh digunakan untuk kajian ini. Ini kerana pembelajaran kontektual
merupakan

aktiviti

pengajaran

yang

menggabungkan

isi

pelajaran

berasaskan KBSR/KBSM dengan pengalaman harian murid sendiri di dalam


sekolah dan alam sekitar (Mok

Soon

Sang 2009).

Antara

ciri-ciri

pembelajaran secara kontekstual ialah ia banyak melibatkan potensi intelek,

emosi, sosial dan fizikal murid. Oleh itu, antara kebaikan pembelajaran
secara kontekstual ialah murid dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari
dalam situasi harian sebagaimana yang diharapkan oleh penyelidik agar
pelajar dapat menghargai ilmu yang dipelajari. Penyelidik tidak memberi
perhatian

bagaimana

kaedah

pengajaran

pembelajaran

yang

dapat

membentuk tingkah laku yang kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan
pelajar selari dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Ini
kerana menurut Robiah Sidin (1998) inovasi dan kreativiti penting di
peringkat pelaksanaan atau proses pendidikan

mahupun outpun atau

pengeluaran pendidikan.

Rumusan
Pendidikan adalah berkenaan dengan pembelajaran. Guru harus memikirkan
kaedah dari segi kesannya kepada pembelajaran murid. Guru juga perlu
mengetahui kelebihan dan kelemahan setiap kaedah bagi situasi tertentu.

Sesuatu kaedah dianggap berkesan sekiranya ia berjaya menghasilkan kesan


yang diharapkan (Zol Azlan Hamidin 2000). Dapatan daripada kajian yang
telah dijalankan oleh penyelidik dapat memberi manfaat yang besar kepada
para pendidik bagi menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Hasil dari kajian ini juga guru dapat menggunakan pendekatan
konstruktivisme bukan sahaja untuk mata pelajaran computer tetapi juga
untuk mata pelajaran yang lain. Penglibatan aktif pelajar dalam proses
pengajaran pembelajaran akan dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif,
berani dan mempunyai semangat yang kental untuk terus mencuba hingga
berjaya . Pemikiran kreatif menekankan penggunaan data atau maklumat
yang sedia ada untuk mencetuska idea-idea yang mungkin bagi memenuhi
tujuan tertentu (Samsul Yaacom 1996). Menggalakkan anak-anak mencipta
peluang-peluang gagal bererti kita mengizinkan mereka belajar daripada
pengalaman sendiri (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan 1996). Ini dapat
dilihat apabila hasil tugasan dan ujian bertulis menunjukkan pelajar yang
diajar dengan kaedah perantis yakni pendekatan konstruktivisme lebih baik
berbangding dengan pendekatan tradisional.
Walaupun dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan,
penyelidik menyatakan masih banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh guru
dan pentadbir sekolah apabila melaksanakan kaedah konstruktivisme dalam
bilik darjah. Mereka haruslah berani melakukan perubahan dalam dalam
sistem pedagogi bagi menghadapi cabaran ledakan teknologi maklumat
yang berkembang pesat.

Rujukan

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. 1996. Berfikir dalam Darjah. Kuala Lumpur:
Utusan Publication

& Distributers Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2009.Teks Komprehesif PTK: Pengajaran dan Pembelajaran.


Puchong, Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Robiah Sidin. 1998. Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam, Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd.
Samsul Yaakub. 1996. Aplikasi Kemahiran Berfikir Dalam Pemelajaran Bahas
Melayu Menengah
Atas. Kajang, Selangor: Makruf Publisher & Distributers Sdn. Bhd.
Zol Azlan Hamidin. 2000. Strategi Pengajaran Pendekatan Sains. Teknologi.
Masyarakat.
Selangor: Pretice Hall

Anda mungkin juga menyukai