Anda di halaman 1dari 12

BAHASAISTANA

Bil

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
21

BAHASA STANDARD

Kalau rakyat makan dan minum


Kalau rakyat tidur
Kalau rakyat mandi
Kalau rakyat marah
Kalau rakyat berjalan
Kalau rakyat sakit
Kalau rakyat bersuara
Kalau rakyat tidur di rumah
Kalau rakyat duduk di kerusi
Kalau rakyat ada isteri
Kalau rakyat ada nenek
Kalau rakyat mati dikuburkan
Kalau rakyat mati
Kalau rakyat mati jadi allahyarham
Kalau rakyat bagi hadiah
Kalau hujan rakyat memakai payung
Kalau rakyat membaling kasut
Kalau rakyat menyambut hari lahir
Kalau rakyat bertolak
Kalau rakyat membuang air kecil
Kalau rakyat suka / sudi
Kalau rakyat pening
Kalau rakyat guna pengasuh
Kalau rakyat gembira
Kalau rakyat sedih
Kalau rakyat duduk
Kalau rakyat ada kepala

BAHASA ISTANA

Raja santap
Raja beradu
Raja bersiram
Raja murka
Raja mencemar duli
Raja gering
Raja bertitah
Raja di istana
Raja duduk di singgahsana
Raja ada permaisuri
Raja ada nenda
Raja dimakamkan
Raja mangkat
Raja mangkat jadi almarhum
Raja bagi anugerah
Raja memakai iram-iram
Raja membaling kaus
Raja menyambut hari keputeraan
Raja berangkat
Raja membuang air seni
Raja berkenan
Raja gering hulu
Raja guna inang
Raja sukacita
Raja dukacita / masyghul
Raja bersemayam
Raja ada jemala

POLADarjahPenghabisanKATAADJEKTIF

ter + kata adjektif


1. Zikril pelajar yang

terpandai

di kelasnya.

paling + kata adjektif


1. Zikril pelajar yang

paling pandai

di kelasnya.

ter + amat / sangat + kata adjektif


3. Suara penyanyi itu merdu.
2. Suara penyanyi itu
1. Suara penyanyi itu

amat / sangat merdu.


teramat / tersangat merdu.

amat / sangat / sungguh + kata adjektif + sekali


3. Kulit penceramah itu gelap.
2. Kulit penceramah itu amat / sangat /
1. Kulit penceramah
itu amat/sangat/sungguh gelap sekali.

sungguh gelap.

amat / sangat / sungguh + kata adjektif + nian


3. Suara pemidato itu lantang.
2. Suara pemidato itu amat / sangat / sungguh lantang.
1. Suara pemidato
itu amat/sangat/sungguh lantang nian.

sungguh amat / terlalu amat + kata adjektif


3. Bisa gigitannya pedih.
2. Bisa gigitannya
1. Bisa gigitannya

sungguh / terlalu pedih.


sungguh amat / terlalu amat pedih.

SENARAIKATAMAJMUKMANTAP
1
2
3
4
5
6
7

antarabangsa
apabila
apakala
bagaimana
barangkali
beritahu
bumiputera

18
19
20
21
22
23
24

8
9
10
11
12
13
14
15
16
17

darihal
daripada
dinihari
dukacita
hulubalang
jawatankuasa
kadangkala
kakitangan
kepada
kerjasama

25
26
27
28
29
30
31
32
33

manakala
matahari
olahraga
padahal
peribadi
peribahasa
perikemanusia
an
pesuruhjaya
setiausaha
sukacita
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
walhal
warganegara

BAHASA ISTANA
Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan di kalangan kerabat
diraja, apabila berhubung dengan kerabat diraja, dan apabila menyebut halehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari
ini mahupun tinggal sejarah.
Bahasa istana Melayu

Bahasa Istana

Bahasa Biasa

Almarhum

Allahyarham

ampun kurnia

maaf

anugerah

beri; hadiah

baginda

dia (rakyat menyapa raja)

beradu

tidur

berangkat

berlepas; bertolak

bercemar duli

berjalan; pergi ke

berkenan

sudi; suka akan

berputera

beranak; bersalin

bersabda

berkata

bersiram

mandi

bertitah

berkata

beta

saya (raja)

daulat

bahagia

gering

sakit

hari keputeraan

hari jadi

Bahasa Istana

Bahasa Biasa

hulu

kepala

iram-iram

payung

kaus

kasut

kurnia

beri; hadiah

mahkota

topi

makam

kubur

mangkat

mati; meninggal dunia

menghadap

menjumpai

murka

marah

patik

saya (rakyat menghadap raja)

peraduan

tempat tidur

permaisuri

isteri

putera

anak lelaki

puteri

anak perempuan

santap

makan

semayam

duduk; tinggal

sembah

memberi salam

singgahsana

kerusi

titah

kata; perintah

Cuba anda nyatakan maksud perkataan di bawah secara spontan.Berjayakah anda?


1. mangkat
5. bersiram
9. berkenan

2. gering
6. berangkat
10.bertitah

3. santap
7. peterana
11. iram-iram

4. beradu
8. semayam
12. kaus

13.makam
17. baginda

14.murka
18.patik

15. menghadap 16.dayang


19. hamba
20.tuan hamba

PENANDA WACANA
Salam sejahtera.
Dalam catatan blog minggu ini, cikgu akan menerangkan tentang penanda wacana .
Apakah Penanda Wacana?
Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan
antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Digunakan untuk
memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.Kegagalan
dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak
mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Contoh penanda wacana seperti berikut:
1. Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
2. Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
3. Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana

d) Hal ini disebabkan oleh


e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala
4. Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti
5. Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,
6. Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,
7. Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian
1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar
8. Penanda memulakan perenggan penutup

a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
9. Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,
10. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........
Soalan 1 hingga Soalan 10
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Sudah beberapa kali permohonan pinjaman Encik Chai Hock ditolak. _________________,
masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk menjalankan perniagaan.
Walau bagaimanapun

2 .Puan Yusnita meletakkan piring kuih itu di atas meja. _______________, dia pun mempersilakan
tetamunya menjamu selera.
Selepas itu
3. Pertandingan Bercerita akan diadakan tidak lama lagi. _____________, para peserta yang akan
mengambil bahagian perlu berlatih dengan gigih.
Oleh sebab itu
4. Pihak penguatkuasa sering mengadakan rondaan di kawasan itu. _____________, masih ada
peniaga yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka.
Namun begitu
5. Mula-mula, saya akan mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Malaysia. _______________, saya
akan mengulang kaji mata pelajaran Matematik pula.
Selepas itu
6. Tabiat merokok membahayakan kesihatan kita. _________________, tabiat tersebut perlulah kita
hindarkan.
Oleh yang demikian
7. Kira-kira lima tahun yang lalu, Puan Sunita pernah menjadi mangsa ragut. ____________, dia
takut untuk berjalan seorang diri di bandar.
Semenjak itu
8 .Saya suka melancong di dalam negara kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang
menarik. ________________, melancong di dalam negara dapat menjimatkan belanja.
Selain itu
9 .Rafik tidak mengendahkan nasihat ibunya supaya dia berjimat cermat. ________________, dia
bertambah kerap menngunjungi pusat-pusat hiburan bersama-sama dengan rakan-rakannya.
Sebaliknya
10 .Wahida sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik. _______________, ________________,
ibu bapa Wahida telah menghantar anaknya itu mengikuti kelas tuisyen.
Oleh sebab itu

HUKUM D-M
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang
mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan
kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan
oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.
1. DEFINISI HUKUM D-M :
a.)Frasa D-M berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam
bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.
b) D bermaksud dibuat atau benda/ perkara/objek.
M pula bermaksud membuat atau sifat benda itu.
c) Frasa bahasa Malaysia berbentuk D-M kerana benda mendahului sifatnya.
2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :
Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')
Contoh:
-Rumah saya
-Kereta baru
-Bebola ikan
-Lampu kereta
-Buku teks
-Kereta Proton
-Idea baru
Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
-Saya rumah (my house)
-Baru kereta (new car)
-Ikan bebola (fish ball)
-Kereta lampu (car lamp)
-Teks buku (text books)
-Proton kereta (proton cars)
-Baru idea (new idea)
3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:
i. Kesalahan kerana meletakkan sifat di hadapan manakala benda di belakang.
Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)
- dia menaiki mini bas.
-makan di Aisyah Restoran.

-makan Maggie mi.


-naik Mara Ekspres
-bercicahkan cili sos.
-membeli goreng pisang.
-di Ah Kong kedai basikal.
-berbincang lain hal.
Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
-dia menaiki bas mini.
-makan di Restoran Aisyah.
-makan mi Maggie.
-naik Ekspres Mara.
-bercicahkan sos cili.
-membeli pisang goreng.
-di kedai basikal Ah Kong.
-berbincang hal lain.
ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan benda di hadapan dan benda
yang digandakan.
Contoh:
Salah: (salah kerana sifat digandakan)
-hal lain-lain
-perkara lain-lain
-peristiwa lain-lain
-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain
Contoh:
Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)
-lain-lain hal
-lain-lain perkara
-lain-lain peristiwa
-lain-lain buku
-lain-lain buku bacaan
Contoh:
Betul: (betul kerana benda di depan dan benda digandakan)
-hal-hal lain
-perkara-perkara lain
-peristiwa-peristiwa lain
-buku-buku lain
-buku-buku bacaan lain.
4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:

i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas.
ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.
iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang
mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.