Anda di halaman 1dari 3

Model ASSURE

Dalam perbincangan ini, Model ASSURE (Heinich, Molenda & Russel, 1889) akan
disentuh dan dibincangkan supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam
bagaimana merancang proses pengajaran pembelajaran.
Model ini diasaskan oleh Heinich, Molenda dan Russel (1989).
Terdapat enam langkah yang perlu diikuti:

1. Analisis Ciri-Ciri Pelajar (Analize Learner Characteristics)


Kenalpasti

Ciri-ciri umum pelajar:


- jantina
- umur
- bakat
- taraf sosioekonomi
- kebolehan (membaca/menulis

Ciri-ciri kesediaan dan pengetahuan sedia ada berdasarkan topik dan


kandungan pelajaran:
- pengetahuan
- kemahiran
- sikap

2. Menyatakan Objektif (State Objective)

Nyatakan apakah objektif yang diharapkan dapat dicapai oleh pelajar.

Pernyataan objektif haruslah khusus dan boleh dicapai (boleh diukur/dicerap


pencapaiannya (dalam bentuk tingkah laku).

Hasil pembelajaran dapat ditentukan oleh objektif pembelajaran yang telah ditetapkan
terlebih dahulu. Leishin, Pollock dan Reigeluth (1992) berpendapat keputusan untuk
memilih media hanya dibuat setelah domain pembelajaran, tugasan dan peristiwa
pengajaran ditetapkan manakala Gropper (1976) berpendapat media dipilih kerana
keupayaannya untuk melaksanakan strategi pengajaran (dicatat dari Yusup (1994)).
Lima (5) jenis hasil pembelajaran yang perlu ialah; (Gagne', Briggs dan Wager, 1988)
i) Kemahiran intelek
ii) Maklumat lisan
iii) Strategi kognitif
iv) Kemahiran motor
v) Sikap

3. Memilih, Mengubahsuai Atau Mereka Bentuk Bahan.


Design materials)

(Select, Modify Or

Pilihlah beberapa kaedah atau strategi pengajaran yang sesuai dengan isi kandungan
pelajaran anda. Guru juga boleh memilih media yang sesuai dengan isi kandungan
pelajaran yang akan diajar.

4. Menggunakan Bahan (Utilize materials)


Semasa melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan
media pengajaran yang sesuai supaya membantu pelajar memahami isi kandungan
pelajaran disamping menarik minat untuk belajar.

Sediakan persekitaran atau tempat


Persediaan tempat lebih awal akan melancarkan pengajaran. Contoh, sekiranya
pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan di makmal sains, guru perlu bersedia
dengan peralatan yang lengkap dan berfungsi dengan baik. Biasanya peralatan
teknologi pendidikan ditempatkan di sebuah bilik khas seperti bilik tayang atau pusat
sumber sekolah. Guru perlu mempastikan persekitaran dan tempat untuk melakukan
pengajaran telah ditempah dan peralatan yang terdapat dalam bilik tersebut berfungsi
dengan sempurna.
Sediakan pelajar
Guru perlu memberikan maklumat mengenai isi kandungan pengajaran sebelum
pengajaran tersebut dilakukan. Maklumat yang penting adalah seperti latar belakang,
istilah penting, vokabulari, objektif dan rasional.

Persembahan
Guru perlu dapat mengawal tumpuan perhatian pelajar dan berkeupayaan untuk
mengubah perhatian melalui beberapa kaedah seperti;
o
pergerakan badan
o
kedudukan badan
o
menjadikan suasana sentiasa ceria - unsur kecindan (humour)
o
mengawal tumpuan pelajar seperti tumpuan mata (eye contact)
penggunaan OHP dapat menghasilkannya
o
Membuat kejutan (surprise) pelajar dengan membuat kesimpulan yang
tidak diduga dan sebagainya
o
sinkronisasi suara dan visual sentiasa diambil perhatian

5. Memerlukan Tindak Balas Pelajar (Require learner response)


Pembelajaran tidak akan berlaku jika tidak ada tindak balas daripada pelajar. Aktiviti
yang diberikan kepada pelajar semasa sesi pengajaran dijalankan dapat menghasilkan
tindakbalas. Guru juga perlu bertindak balas terhadap tindak balas pelajar seperti
memberikan kata pujian, rangsangan dan dorongan serta pengukuhan. Memberikan
latihan dan aktiviti yang lebih mencabar juga merupakan rangsangan kepada pelajar.
Fikirkan rangsangan yang dapat dihasilkan oleh pelajar dari media yang akan di
hasilkan. Apakah deria yang terlibat? rasa, bau, sentuhan, pendengaran, penglihatan!
Ciri-ciri fizikal seperti warna, bentuk, reka bentuk, penghurufan dan ketahanan adalah
dapat merangsang tindak balas pelajar semasa media digunakan.

6. Penilaian (Evaluate)
Apakah objetif tercapai?
Adakah media itu membantu proses pengajaran pembelajaran?
Adakah semua pelajar menggunkan media dengan cara yang betul?
Adakah suasana pembelajaran selesa?
Adakah guru dapat memberikan perhatian individu?
Penilaian boleh dijalankan secara formatif atau sumatif sama ada bentuk lisan atau
bertulis.
Penilaian Dibuat Terhadap

Pencapaian Pelajar

Proses Pembelajaran

Rujukan:
Dick, W. and Reiser, R. (1989) Planning effective instruction. New Jersey: PrenticeHall Inc.
Heinich, R., Molenda, M. and Russell, J.D. (1991). Instructional Media and
Technologies of instruction (4th ed.) New York: MacMillan Publisher Ltd.
Kemp, J.E. (1989). Planning and Producing Audiovisual materials (5th. Ed.). New
York: Harper and Row.
Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.