Anda di halaman 1dari 64

Penagih bukak thread ni untuk sesiapa tambah ilmu.

Bak kata orang biarlah belajar


sampai negeri china. Sekurang-kurangnya takdelah kita terlopong bila orang
bercerita pasal forex. Dalam forex ni kadang kita tak perasaan daripada chart kosong
sahaja, kita boleh agak ke mana arah market (tetapi bukan betul pun 100%).
Cuma pattern dia sama. Sejarah forex yang bukti kan, bukan saya. Kalau saya yang
buktikan, dah kaya dah saya ni. Mungkin ramai yang tengok chart hari-hari tapi
berapa ramai yang perasaan rahsia forex menggunakan teknik breakout? Teknik dia
simple je. Mari Penagih terangkan. Cuba Kita lihat chart kosong ni. Apa yang kita
nampak?

Rasanya ramai yang pernah nampak indicator ni. Tapi banyak yang tertipu dengan
indicator ni juga termasuk penagih masa mula-mula guna indicator ni. Sebab
penagih ingat indicator ni boleh jana profit. Nampak saja hi, terus masuk post sell,
begitu juga lo, terus masuk post buy.
Rupa-rupanya indicator ini repaint(false signal).Inicator ni selalu berubah-rubah
mengikut pergerakkan candlestick sehingga sampai pada low terendah/ hight
tertinggi. Rasanya ramai yang pernah buat macam penagih buat. Last-last salahkan
indi jugak sebab asyik loss je. Rupa-rupanya kita masih tak faham lagi tujuan
indicator ni.
Tapi berapa ramai yang faham mengenai indicator ini? Apa tujuan indicator ni? untuk
reversal ke? Penagih kata jangan cari reversal tapi untuk apa tujuan indicator ni?
Sebenarnya penagih hanya buat tanda sebagai hi dan low sahaja.
Anda boleh guna apa sahaja untuk tandakan paras hi dan low.

Sekarang mari kita tengok apa guna hi low tersebut. Tapi ingat pesan penagih
"Jangan gunakan untuk cari reversal". Sejarah membuktikan bahawa patern dalam
forex adalah sama. Cuba tengok gmbar di bawah
Apabila sesuatu high tertinggi terbentuk, maka akan ada pula low terendah akan
terjadi. candlestick (cs) akan mula cuba untuk memecahkan hi tertinggi sebelumnya.
Tetapi masih tidak berjaya, maka candlestick akan cuba pula untuk memecah kan
low sebelumnya.
Tetapi masih tidak berjaya, maka candlestick selalunya akan berjaya memecahkan hi
tertinggi sebelumnya.
Ringkasan :
Kalau cs tidak dapat memecahkan hi tertinggi sebelumnya, dia akan cuba pecahkan
low yg terendah sebelumnya. Jika tidak berjaya juga, maka dia akan pecahkan hi
tertinggi semula.
Selalunya candlestick akan berjaya memecahkan hi/low tertinggi/terendah
sebelumnya.

cuba lihat gambarrajah dibawah ini

Tapi apa tujuan hi dan lo tersebut? Kalau bukan untuk reversal? untuk apa pula?
supaya kita boleh mengagak sejauh mana market hendak pergi dan kita masih boleh
memegang keuntungan.

Tetapi kebanyakkan trader silap, mereka menggunakan indicator hi lo tersebut untuk


membuat spekulasi bila berlakunya reversal.

cuba lihat contoh yang kedua.

Konsep yang sama dan pattern yang sama. Tapi berapa orang kah yang nampak
pattern ini? Ada yang setahun main forex pun tapi masih tak jumpa pattern ni
walaupun kita hari-hari pandang graf forex ni. Sejarah yang membuktikan pattern ni.
Bukan saya. So dapatlah kita menjana keuntungan sedikit lepas tu bolehla belanja
penagih KFC ke pizza hut ke.
Gunalah 10% sahaja daripada margin anda. So harap dapat membantu trader-trader
semua. Semua ada depan mata. Ramai yang dah pernah guna kan tapi tak tahu
rahsia disebaliknya. So salah siapa? Salah diri sendiri.
158 pun dah cukup, 1 pip 1usd..dah 158usd.. ikutlah kemampuan diri sendiri. Biar
berjaya perlahan-lahan asalkan terus berjaya daripada berjaya hari ini, esok bersara
dari forex.

Cari indicator yang x repaint, contothnya brain, cci adalah indictor yang tak repaint.
Saya cuma buat penanda sahaja. Memang dia akan berubah. Sebab tu saya confirm
dengan trend. Selagi tiada pertukaran trend beerti dia masih boleh membuat new
low atau new hi lagi.
Lihat gambarrajah di bawah

PPH,
bila buka pos, lepas break kat trendline atau lepas break hi/lo?
kalau dia tak break hi/lo sebelumnya, kalau dah ada pos, kita close je la kan? sebab
dia akan break lo/hi yang seterusnya. betul tak?
masuk post selepas break trendline, bukan selepas break hi lo. Itu gantung diri
namanya. Kalau dia x break hi..kita close la post tu..bukak post sell baru..maknanya
kita tau dia akan break low sebelumnya. Cuba tengok graf tu sebelum-sebelum ni.

Kenapa tak entry kat candle stick hammer kat bawah tu?
Sebab kita mana tahu market hendek kemana. cs reversal belum tentu boleh berlaku
pertukaran trend. Mungkin cs reversal itu untuk retracement atau correction. Ramai
org menyangkakan bahawa bila jumpa cs reversal maka market atau bertukar arah.
Kalau setiap kali jumpa reversal, dah tentu ramai yang kaya dalam forex ni. Bila saya
nampak sahaja hammer, saya terus masuk post lawan arah. Sebab apa? Sebab
ramai yang ajar macam tu, bila jumpa reversal sahaja mesti pasang post lawan arah.
Saya pun macam saudara juga dulu. asal jumpa reversal mula sangka market nak
tukar arah. Sebab apa? sebab kalau boleh saya nak dapat untung dari awal. Saya
rasa 95% guna konsep yang sama. Bila dah masuk post, tiba-tiba reversal tak jadi,
cs reversal pulak dipersalahkan.
Saya guna reversal untuk tutup profit saya atau hold profit saya. Bila saya dah
untung, saya tunggu next trend. So trade saya lebih selamat. Daripada kejap saya
untung, kejap saya rugi..silap-silap rugi terus.

Dalam forex, anda hanya diberi 2 pilihan sahaja untuk melakukan buy dan sell.
Tetapi anda juga diberi pilihan sama ada untuk memilih buy/sell utk trend panjang
atau buy/sell untuk trend pendek. Tapi berapa jauh market berjalan? anda kah anda
tahu?
cuba lihat gambar di bawah

Tiada siapa yang tahu ke mana arah tuju market forex. Indicator hanya membantu
tetapi ramai yang silap. Ramai yang menganggap indicator sebagai kunci untuk

mendapatkan keuntungan. Bila indicator mendatangkan rugi, maka indicator pula


yang di persalah. Saya percaya ramai di antara anda memiliki berpuluh indicator,
malah tak kurang beratus. Sebab apa? sebab anda mencari indicator terbaik untuk
mendapatkan profit yang maksimum. Tak salah anda menggunakan indicator.

Mari kita lihat keuntungan yang kita boleh dapat dari pergerakkan turun naik market.

10

244 + 169 + 148 + 59 + 72 + 95 + 176 + 245 + 95 = 1,303 pip


Wow, tentu banyak bukan? kalau 1 pip 1USD tentu anda dah dapat 1,303 USD.
Banyak tu, makan sebulan pun tak habis. Kenapa kita tak dapat 1,303 pip? tetapi
yang kita dapat -1,303 pip? Memang berkerut dahi kalau dapat -1,303 pip. Kalau
banyak duit takpelah. Mungkin boleh hold sampai market turun. Tetapi bagaimana
pula kalau margin call?

11

Disini timbul la perasaan tamak dalam diri kita. Kalau boleh kita nak dpt 1,303 pip.
Sama la dengan perangai saya dulu, last-last yang saya dapat adalah margin call.
Untung hari ni 30 pip, esok rugi 120 pip. Saya rasa ramai yang mengalami masalah
yang serupa. Kadang rasa timbul perasaan nak berhenti sahaja dari main forex. Duit
makin lama makin habis, untung cuma rasa 2-3 kali. Kenapa begitu?

12

Sekali pandang pada graf, bukan susah forex ni. Itulah tanggapan pertama bila
mengenali dunia forex.

kat bawah buy, kat atas sell. Dah boleh dapat profit 1,303 pip. Tapi kenapa ramai
yang dapat margin call? Kenapa 95% trader loss? Indicator ada beratus-ratus, kelas
forex masuk dah berlambak, ada yang bayar, ada yang free. Tetapi kenapa masih
lagi loss?

13

Sebab forex senang sangatlah akhir saya dapat hasil seperti ni

Senang kan? senang untuk dapat merah. Rasa nak menangis pun ada. Nak berhenti
forex pun ada. Salah indicator ke? atau salah cikgu yang mengajar ke?
Kalaulah saya dapat hasil macam yang bawah ni kan best.

Tapi kenapa tak dapat?

14

Itulah dunia forex, bila dah berkecimpung barulah saya tahu bahawa dunia forex
indah khabar dari rupa. majorit 95% trader loss akan buat perkara yang sama
seperti saya buat.

Bila tengok ss orang lain hijau ratus-ratus dan kelas dibuka, ramai lah yang berminat
untuk mendapatkan hasil yang hijau. Padahal ada cikgu yang tak bertanggung jawab
edit post-post supaya kelihatan hijau. Anak murid pun kena tipu. Masuk kelas pun
bukan murah, kurang-kurang RM400. Tapi ada gak cikgu yang bagus. Tapi kerana
nila setitik, rosak susu sebelanga

15

BIla bercerita bab loss, ramai yang beri pendapat. Ada yang kata tamak, tak jaga
margin, signal false, teknik lari. cikgu ajar salah. kalau di ceritakan bab loss, rasanya
tak habis sampai esok pun. Ramai yang suggest Money Management, main 10% dari
modal. Tapi berapa ramai yang ikut?

contoh Money Management yang ada. Tapi tak kan nak dapat 10 pip jer? Kalau 1 pip
1USD okla jugak, Kalau 1 pip 1sen usd? Berapa lama saya nak kumpul?
Main 1 pip 1usd pun loss , main 1 pip 1sen usd pun loss jugak? macam mana pula?

Akhirnya loss jugak. Ada 10k usd pun habis gak, ada 10usd pun habis gak. Lamalama sanggup berhutang sebab forex. Hari ni untung 200usd, esok terus margin call.
Macam mana tu?

Banyak trader membuat kesilapan. 95% buat kesilapan yang sama, Antaranya

16

1. Ramai trader suka predict bila market akan berubah arah.


2. Ramai yang suka tanggung float pip merah yang banyak, tapi bila close pip hijau
yang sedikit.
3. Tidak Berdisiplin bila trade
4. Bukak post trade melebihi 10% daripada margin

Siapakah anda untuk mengetahui market akan berubah arah? Kebanyakkan trader
yang rugi adalah trader yang suka lawan arah market (Tapi mana trader tau market
nak berubah arah). Satu persoalan juga.

Maka berlaku kes seperti Sell di bawah, Buy di atas. Cukup bulan terus margin call.
Ramai trader buat kesilapan seperti di bawah ini. Saya percaya 95% buat kesilapan
ini.

17

Konsep forex yang sebenar adalah Buy di Low, Sell di High. So salah siapa? signal
ke? atau cikgu forex tak beritahu?

Trader juga selalu lakukan kesilapan yang seperti di bawah ni

18

Akhirnya yang dapat adalah float yang banyak sehingga margin call. Kalau nasib baik
float sikit tak mengapa. Bagaimana kalau float sampai -1000? last-last cari juga cikgu
forex padahal diri sendiri yang salah

Lagi satu kesalahan trader yang selalu berlaku

19

Selalu trader suka gatal tangan ( dalam erta kata lain tidak BERDISIPLIN ). Suka cari
penyakit. Trader macam ni, kasi 1000 signal pun atau 1000 cikgu pun still akan loss
sampai bila-bila. Bila dah loss, salahkan indicator. Indicator tak betul la. Yang pergi
kelas, salahkan cikgu pulak. Padahal sendiri yang salah. Yang untung cikgu forex. 1
Kepala RM 400, 10 jenis anak murid degil macam ni dah untung RM 4000. Sebab tu
kelas forex tumbuh macam cendawan. So salah siapa?

Penyakit yang trade suka simpan. Tak tau nak kata macam mana. Mungkin ramai
trader-trader malaysia ni kaya-kaya. Bak kata orang, alah kalau loss topup lagi. apa
susah kan? Sanggup float sampai ratus-ratus, ribu-ribu. Bila dah nak margin call baru

20

gelabah nak topup. Lepas tu rasa frust yang teramat sangat. Kalah orang putus
cinta. Dalan hati rasa menyesal tak cut loss. Rasa nak bersara dari forex la, tak nak
main forex lagi la. Tapi salah siapa? signal ke? cikgu ke?

Lagi satu kesilapan trader adalah TAMAK. Nak cerita bab tamak, saya pun tamak
jugak. Kalau boleh nak dapat 100 pip jugak. Dahla float sampai ratus-ratus. Bila
profit 20-50 pip je. Mana adil, betul tak? Dalam forex turun naik adalah duit. Sapa
yang tak nak duit. Rugi ooo sapa tak nak duit. Tapi macam mana nak dapat duit?

21

balik-balik yang dapat, duit kena telan lagi ada la.

So salah siapa sekarang? signal anda? cikgu forex anda? Saya pun bukan seorang
yang hebat. Dalam trade saya , ada juga saya loss. Dalam forex loss adalah asam
garam. Terima loss anda sebagai pengajaran. Mungkin pagi ni anda loss tapi petang
anda profit. Saya tak harapkan anda ikut cakap saya tapi ubah persepsi cara trading
anda. Maksimumkan profit anda dan kurang kan loss anda. Bagilah duit 5usd sekali

22

pun, kalau konsep dan teknik anda betul, 5 usd akan jadi 5000usd. tapi kalah konsep
dan teknik anda salah , 10k usd pun boleh habis sekejap sahaja.

Panjang jugak saya bercerita, harap lepas ni ramai yang tukar konsep dan cara
trade. Jangan salah sesiapa kalau anda losss dalam forex sebab semua datang
daripada anda sendiri. Benda dah ada depan mata anda tapi anda terlupa atau tidak
perasan . Saya pun pernah lalui apa yang anda lalui sekarang. Memang pahit nak
terima loss, macam-macam cara dah cuba, kelas pun dah banyak masuk. Tapi
jawapan yang saya dapat hanya loss. Forex memang tiada belas kasihan. Dua

23

tawaran sahaja diberikan. Anda rugi atau anda untung. Semua teknik adalah sama
tapi apabila konsep anda salah maka anda sebenarnya yang salah

Dalam forex, TREND adalah sahabat sejati anda. Anda gagal mengenalpasti trend
beerti anda gagal mengusai forex. Dalam forex hanya 2 trend sahaja anda perlu tahu
iaitu Naik atau Turun. Tetapi anda tidak tahu berapa panjang trend itu naik atau
turun. Begitu juga dengan saya. Saya pun tidak tahu sejauh mana trend akan pergi.
Ramai yang berkata kalau nak tengok trend, lihat pada Timeframe D1 (Daily). Itu
sebenarnya bergantung pada diri anda dan cara anda trading. Dalam forex, tiada
batasan untuk anda menggunakan TimeFrame. Trend akan muncul di mana-mana

24

TimeFrame sekali pun. Anda akan jumpa trend naik/turun di Time Frame 15,30,
1jam malah weekly sekalipun.

Tanpa trend , anda seperti kehilangan arah. Macam-macam cara anda boleh ukur
trend. Contoh indicator trendline, rsi, macd. Tapi anda peningkan kepala anda dengn
pelbagai indi.
Trend hanya menawarkan Trend panjang atau trend pendek. Anda bukan tidak kenal
indicator rsi, trendline atau macd. Tetapi sebenarnya anda gagal menguasai indicator
tersebut. Disitu sebenarnya anda perlu lihat kesilapan anda.

25

26

Anda boleh ukur trend menggunakan rsi jugak. Begitu juga macd.
cuba lihat gambar dibawah

Trend memang sahabat sejati anda. Anda telah tahu trend tetapi anda masih loss
atau margin call. Kenapa? Kalau seteakat loss mungkin boleh dimaafkan juga tetapi
kalau margin call? Tentu anda susah hati dan mula menyalahkan trend. Hati anda
akan berkata "Alah dah tahu trend pun kena margin call jugak". Kalau anda telah
tahu trend tetapi anda loss, bermakna anda masih selamat. Tetapi jika anda tahu
trend tetapi anda kena margin call beerti anda memang tidak memahami trend
tersebut.

27

28

Saya pun tidak tahu sejauh mana trend pergi dan saya pun ada loss jugak. Tetapi
profit saya melebihi loss yang saya dapat. Sebab apa? sebab saya faham bagaimana
trend berfungsi. Saya hanya menggunakan salah satu daripada 3 indicator sahaja.
Mari saya tunjukkan contoh

Ini adalah contoh penggunaan trendline indicator. Jumlah pip tersebut adalah
anggaran profit yang anda perolehi. Banyak bukan? tetapi kena masih ada yang
margin call?

29

Bila anda mengetahui sesuatu trend, jangan sesekali anda memikirkan bilakan trend
akan berubah. Kebanyakkan trader loss disebabkan mereka memikirkan bilakah akan
berlakunya reversal. Tanamkan dalam hati anda "Anda tidak tahu sejauh mana
market akan pergi" atau "Lebih baik saya ikut sahaja arah market yang ada".
Kebanyakkan trader loss sebab mereka menjangkakan market akan berubah bila
nampak sebarang reversal berlaku. Apabila mereka nampak bayangan reversal akan
berlaku, dengan senang hati mereka akan bukak satu post yang berlawanan arah.
Bila market tidak mengikut seperti apa yang dijangkakan maka dengan sendirinya
anda telah menetapkan satu post dalam keadaan loss. Disini silap anda, sebab apa?
sebab anda inginkan profit yang maksimum tetapi anda lupa bahawa "tiada siapa
yang tahu ke mana market akan pergi".

30

Walaupun anda mengetahui trend bukan beerti anda berhak membuat keputusan
sesuka hati anda. Kebanyakkan trader loss disebab mereka terpengaruh dengan
pengaruh market. Mereka akan mula berasa tamak dan ingin mendapat keuntungan
lebih. Disinilah terletaknya kekuatan mental /disiplin seseorang trader. Kalau yang
lemah, mereka akan masuk kali kedua post. Tetapi mereka lupa bahawa sebenarnya
mereka hanya menempah kerugian.

Anda perlu ingat "Market boleh berubah bila-bila masa sahaja". Mungkin anda
bernasib baik untung bila untung kali kedua. Tetapi tanya pada diri anda, berapa kali
peluang kedua anda mendatangkan keuntungan?

31

Walaupun anda tahu trend, tidak beerti anda tidak boleh memasuki market sesuka
hati anda. Trader selalu melakukan kesilapan ini kerana ingin mendapatkan
keuntungan. Trader lupa pada "Market boleh berubah bila-bila masa sahaja". Jangan
kerana keuntungan 20 pip, anda kehilangan 20K.

32

Cuba tanya balik dalam diri anda, siapa sebenarnya silap? signal ke? cikgu ke?
market ke? Saya tak nafikan ramai yang loss beribu-ribu, ada yang dah setahun
main forex pun masih loss lagi. Dah bermacam-macam teknik cuba tapi masih gagal.
Tapi kenapa kita gagal? Anda keluarkan duit beratus dan beribu untuk masuk kelas
forex, beli signal semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tapi anda terlepas
pandang apa yang ada di depan mata anda.

33

Jangan salahkan orang lain. Salahkan diri anda sendiri.

34

Jangan sesekali anda mencari perubahan trend. Setiap perubahan trend akan datang
dengan sendiri. Setiap trader hanya perlu mempunyai kesabaran. Tidak salah kalau
anda bersabar. Setiap trend yang akan datang adalah peluang untuk anda menjana
keuntungan. Market bergerak 24 jam sehari selama 5 hari. Setiap saat adalah
peluang untuk anda.
Apa anda perlu lakukan adalah sabar. Market sentiasa memberi peluang kepada
anda mencari keuntungan. Tetapi anda sendiri yang menutup peluang tersebut.

35

Walaupun trade ikut trend tetapi 3 kesilapan tersebut perlu anda hindari. Ramai juga
yang tahu trade ikut trend tapi berapa ramai yang berjaya? Ramai yang trade ikut
trend tersebut tapi masih gagal juga? Sebab apa? sebab mereka memandang
mudah. Dalam erti kata lain "Trade jer ikut trend, mesti selamat".
Cuba lihat gambar di bawah

Bukan tidak boleh entry di kawasan tersebut, tetapi risikonya adaah tinggi.

36

Jangan ambil mudah sesuatu perkara walaupun ianya nampak mudah. Bak kata
orang, kalau mudah tentu yang main forex ni ramai yang dah kaya. Tetapi kenapa
ramai yang gagal? Mencarie Overbaught/Oversold sama juga anda mencari reversal.
Nah tanda disedari anda telah melakukan salah satu kesalahn tersebut. Mudahkan
nak buat silap? Salah siapa? Anda juga bukan?
Cara yang betul adalah tunggu di permulaan market. Dalam ertikata lain, tunggu
perubahan trend. Indicator akan memberitahu anda setiap perubahan trend yang
berlaku. Apa yang anda perlu lakukan hanya tunggu dengan sabar.

Sekiranya anda terlepas trend, tunggu sahaja trend berikutnya. Kalau dah tak tahan
sangat, main la demo/virtual sahaja. Saya pun selalu buat begitu. Demo pun demo
la, janji seronok. Untuk live saya tunggu di setiap permulaan trend
Kerugian anda adalah minimum jika masuk di permulaan trend.

37

Setiap trader inginkan keuntungan. Jumlah keuntungan adalah bergantung pada


setiap trader tersendiri. Ada yang cukup dengan 10 pip sahaja, ada yang 100 pip.
Saya cuma membantu bagaimana teknik exit boleh digunakan untuk menentukan
keuntungan anda. Biasanya indikator pivot atau fibo boleh digunakan untuk sebagai
target untuk keuntungan anda.

38

garisan-garisan tersebut adalah target untuk setiap keuntungan anda.

39

Di dalam forex, kerugian adalah sesuatu yang tidak boleh di elakkan. Saya pun ada
loss dalam trade. Tetapi apa yang kita perlu buat adalah meminima kan setiap
kerugian. Jangan sesekali kita cuba menahan kerugian (float) sehingga beratus-ratus
pip. Di sini ramai trader melakukan kesilapan. Menahan kerugian beerti akan
membenarkan modal anda di ambil sedikit demi sedikit. Lama-lama margin call yang
menanti anda.
Di dalam setiap trend akan berlaku trend pendek dan trend panjang. Adakalanya
trend pendek akan menyebabkan anda kerugian. Tetapi anda terlupa bahawa trend
panjang menyediakan pulangan yang cukup lumayan.
Kerugian Trend Pendek

Keuntungan Trend Panjang

Keuntungan Trend Panjang

Tentu seronok bukan kalau dapat profit macam ini? Belajarlah terima kerugian tetapi
jangan sesekali menahan kerugian dalam trading anda.

40

Anda tentu mengenali indicator trendline, rsi, macd dan banyak lagi. Semuanya ada
depan anda. Saya tidak menyuruh anda menggunakan trendline sebagai kaedah
mengukur trend. Anda boleh mencuba apa-apa sahaja yang boleh mengukur
keadaan trend. Yang pasti anda mengetahui sama ada trend tersebut adalah naik
atau turun.
Penggunaan margin juga perlu dijaga. Setiap trader ada perasaan tamak, tapi biarlah
tamak bertempat. Nak hilang duit memang senang. Nak kumpul duit, hanya diri
sendiri sahaja yang tahu. Biarlah kita untung hari ini seringgit tetapi akhir bulan kita
dapat 1000 ringgit.
Anda membayar Beratus-ratus ringgit ke kelas forex untuk mendapatkan
keuntungan. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Tidak salah anda pergi ke kelas
forex tapi jangan lah terlepas peluang yang ada di depan mata. Kelas hanya untuk
memantapkan sahaja teknik trading kita. Memaksimumkan profit dan
meminimumkan loss adalah tujuan untuk kita pergi kelas.
Cuba tanya pada diri kita. Salah siapakah selama ini? semua ada di depan mata.
hari-hari kita tengok.

41

Ingatlah pesan penagih.


1. Jangan sesekali cuba cari perubahan trend. Biarkan trend berubah sendiri.
2. Jangan sesekali masuk apabila trend sudah tinggi/jauh dari permulaan trend.
Tunggu sahaja trend yang berikutnya.
3. Jangan masuk market buat kali kedua di dalam sesuatu trend
4. Jaga margin anda. Biar untung 1usd sehari tapi akhir bulan untung 1000usd
5. Terima kerugian anda (cut loss) tetapi jangan simpan kerugian anda (float)
6. Masuk market hanya dipermulaan trend sahaja.
7. Mainlah 10% daripada margin anda (Rasanya dah berbuih mulut org kasi tahu,
tapi tak nak dengar jugak). Kalau loss, salahkan diri sendiri.
Penagih minta maaf kalau ada salah dan silap atau terkasar bahasa. Penagih hanya
menyampai ilmu yang sekecil ikan bilis. Siapalah penagih kalau nak dibandingkan
dengan cikgu-cikgu forex yang hebat-hebat

Cuba fahamkan ayat di bawah

42

Right Approach to Forex Trading Business.


Forex trading is fast becoming an alternative income generating business, to its
believer. Many have been taken by the illusion that forex is money trading business
that is capable of easily generating decent income. Knowing that many (95% of
forex traders) lost their money does not hinder the would be trader from
participating.
After going through lot of reading makes me wondering what makes the 5% a
winner and why the rest are loser. It is hard to get to the winner to learn their secret
of winning the trade but we can easily get to the losers and we can see their obvious
weaknesses.
Most of would be traders are either attracted to the forex trading businesses because
of not having sufficient income to support their increasing cost of living, doing odd
job, out of employment or simply attracted by the promise of wealth by
participating in the forex trading business.
No doubt that starting a forex trading business is very easy. You can start the forex
trading business within a few minutes but most of the would be traders are really
NOT prepared to do the business. Their intention to the forex trading business is
unjustifiable by looking at their knowledge. Approach to the forex trading business is
unclear and without proper understanding of what is a business, a trading business
and most importantly the forex trading business. They dont have a plan because
they dont know how to plan. But strangely some of them boost about their strategy
without any plan.
They tend to take the shortest path possible because the time and the system permit
it. They do not bother to acquire all the necessary knowledge prior to executing the
trading with live account and real money. Few days at the demo account and few
winning streak create their dillusion of confident that they are ever ready for the
forex trading business. They take it for granted that the required additional
knowledge will be flowing in as they do the trading.
Their focus will be on the trading but not the trade. To them, their trading is the
business, forex is just the product to trade

Translatenya:Cara Yg Betul Bertrading Forex.

43

Trading forex berkembang pesat sbg income sampingan, kpd yg mempercayainya.


Ramai yg dipengaruhi bhw trade forex senang dpt duit, w/pun sudah diketahui ramai
jugak (95%) gagal tetapi tidak mematahkan semangat utk turut serta.
Setelah banyak membaca, musykil dgn kejayaan mereka yg 5%, apa rahsianya?
Memang agak susah mencungkil kejayaan trader berjaya, tetapi dgn mudah nampak
kesilapan2 trader tidak berjaya.
Ramai yg terlibat dgn forex adalah golongan ingin menaik taraf kehidupan, tidak
bekerja, yg buat kerja2 tidak tetap atau tertarik dgn bermacam2 janji manis beroleh
kekayaan hanya trading forex.
Tidak dinafikan, utk menceburi forex amat mudah. Hanya perlu bbrp minit segala
urusan utk mula trading, tetapi ramai yg tidak bersedia sebenarnya utk berniaga
matawang secara serius. Keinginan utk berniaga forex tidak sealiran dgn ilmu yg
ada. Ramai juga tidak memahami pengertian sebenar forex. Jgn terkejut krn ramai
traders menceburi forex tanpa perancangan, sbb tidak tahu bagaimana hendak
membuat perancangan, dan lagi pelik....ramai berforex membutatuli.
Ramai mengambil jalan singkat dlm urusan forex krn masa serta sistem itu sendiri
membenarkan. Mereka tidak ambil peduli dgn pemahaman asas berforex serta terus
berurusan secara online dgn duit betul. Dgn hanya bbrp hari bermain demo dan
berjaya bbrp kejayaan perolehi pips hijau membuatkan mereka lebih konfiden utk
terus meletakkan duit betul utk berforex.
Sepatutnya urusan forex perlu dititikberatkan secara rasional bukan emosional.
Pengetahuan ditimba/bertambah selari dgn setiap urusan trading.
Fokus utama mereka adalah urusan trading jual/beli, bukan dunia forex itu sendiri.
Bg mereka, trading itu bisnes, manakala forex itu hanya produk yg terlibat.

moralnya...fahamkan dulu apa itu forex sblm terjun dlm urusan jual/beli matawang
dunia.

Alhamdulillah. Ini rezeki pagi selasa. Hasil daripada permulaan trend. Kalau kita
sabar , insyallah ada rezeki. Dulu rasa susah nak dapat hijau. Tapi sekarang

44

alhamdulillah.

Dalam trade ada rugi. Tapi kalau kita ikut cara yang betul, insyallah yang untung
akan cover balik yang rugi dan makin bertambah modal.
Sebenarnya anda pun boleh buat cuma mungkin selama ini konsep anda adalah
salah.
Maklumla penagih ni trader iklan bilis je. Untung pun macam ikan bilis.
yang ni result ptg ni. Gatal tangan tak ikut trend.

Bukan susah nak loss dalam forex ni.

Salam

45

Berjumpa lagi kita dalam thread yang baru. Tentu ramai yang tertanya kenapa
penagih bukak thread ni. Sebab dalam forex ni, kita perlu mendalami ilmu. Belajar
dengan lebih banyak pun tak salah tapi masih berpegang pada konsep yang asas.
Chart Pattern adalah bentuk reversal yang berlaku dalam market forex.
Macam yang penagih pernah cerita dulu.. Jangan sesekali kita mencari reversal
untuk masuk post tetapi lihat reversal yang ada untuk tambah kita punya profit.
Kadang kita tgk ada reversal tapi belum tentu market akan berubah trend.
Disini ramai yang membuat kesilapan bahawa reversal adalah pertukaran trend yang
sebenar. Bila nampak reversal maka ramai la mula memasang post berlawanan arah
dan terjadilah float bila market tak ikut seperti yang di jangka kan. Mari kita
berkenalan dengan chart pattern.

Dalam market forex ada 2 sahaja pilihan iaitu Reversal pattern atau Continuation
pattern. Mari kita lihat bentuk-bentuk reversal pattern

46

1. Head and Shoulder

head and sholder adalah bentuk pattern yang mempunyai 3 puncak yang mana
puncak ditengah-tengah ada lebih tinggi dari di kiri dan kanan mana kala dalam
keadaan terbalik puncak ditengah ada lebih rendah dari di kiri dan kanan. Puncak
yang di kiri lebih dikenali sebagai bahu kiri manakala puncak yang di tengah dikenali
sebagai kepala dan puncak yang dikanan dikenali sebagai bahu kanan . Apa bila kita
dapati terbentuknya pattern sebegini lukiskan satu garisan dibawah seperti
gambarajah diatas disitu kita akan dapati peluang menjual apa bila bahu kanan mula
memecahkan trendline

47

Dalam market forex

48

Selalunya bila terjumpa pattern macam ni, penagih akan peram keuntungan lebih
lama kerana akan berlaku trend yang panjang. Cari reversal untuk memaksimumkan
profit. Jangan cari reversal untuk masuk post.

49

ni lagi contoh head and shoulder

50

Ramai yang dah nampak pattern head and shoulder, so jom kita berkenalan pulak
dengan double top/bottom. Pattern ni biasanya akan menghasilkan trend yang
panjang. Bak kata org, kalau jumpa pattern ni, time ni la nak makan besar, tapi
janganla lupa ajak penagih lak. hehehe..
Double bottom dan top ni yang kita senang nak agak. Biasanya kebanyakkan trader
akan tunggu pattern ni. Double bottom pattern adalah berbentuk W, manakala
Double top patternnya berbentuk M.

Lihat contoh double top dalam chart. Apabila berlaku double top, sekiranya ia tidak
dapat melepasi high yang sebelumnya. biasanya akan berlaku trend yang panjang
selepas itu. Disinilah peluang untuk trader mengaut keuntungan yang tinggi.
Jika trader memasuki post sell, maka trader sudah boleh memasang impian untuk
mendapatkan profit yang banyak

51

cuba lihat double bottom pulak

52

53

Macam penagih cakapla, kalau kita sabar, peluang tu akan ada. Kenapa kita mesti
susahkan diri kita cari reversal. Reversal akan datang sendiri. Tetapi kenapa kita
masih loss? sebab kita seorang yang tidak sabar. Tiada ruginya kalau kita bersabar,
daripada kita float menanggung rugi.
Walaupun berlaku double bottom/top tapi bukan beerti trader boleh buat sesuka
hati. Adakalanya double bottom/top tidak menjadi. Disini trader pperlu confirmkan
dengan trend. Sebab itu penagih tekankan dari awal bahawa trend adalah sahabat
trader.

54

Sekarang mari kita berkenalan dengan wedge pattern. Pattern ni biasa wujud di
mana-mana tf. Ada 2 jenis pattern wedge. 1. ascending dan 2. descending. Kalau
tarik pakai trendline mungkin ada yang perasan dan ada yang tak perasan sebab
selalunya kita tarik trendline satu line sahaja. Yang ni ada 2 line.. atas dan bawah.

pattern ni berlaku apabila price high dan low semakin kecil merundum keatas dan
membentuk satu sudut yang mana range high dan low price semakin kecil seolah
olah ingin bercantum,dan apabila harga high dan low semakin kecil price tidak dapat
bergerak maka akan berlaku bearish break out .anda dinasihatkan membuat place
order dibawah trend line.

55

Contoh ascending wedge dalam market

Yang ni pulak adalah descending wedge. Beza dia satu pattern atas.. satu pattern
bawah. Biasanya bila jumpa pattern macam ni penagih takkan pegang lama-lama
keuntungan. Buat nak nampak simpan lama-lama. Rugi ooo. Baik close. Elok-elok
dah untung 180pip..tinggal 100 pip. So Kalau nampak pattern ni cepat-cepatlah
close. So dapatlah untung yang banyak sikit.

descending wedge berbentuk pattern yang merundum merundum dan meruncing


kebawah yang mana price high / low hampir bertemu , bila range price high dan low
menjadi semakin kecil akan berlaku break out ke atas ..jadi lakukan buy stop diatas
trend line

56

Contoh descending wedge dalam market

Belajar reversal untuk memaksimumkan profit kita. bukan untuk masuk post.

Saya lebih suka ajar reversal pattern daripada reversal cs. Sebab reversal pattern lagi
banyak success daripada reversal cs. Reversal pattern melibatkan trend. Selalu nya
kalau dapat, memang makan besar.
reversal cs ni selalu berlaku tapi belum tentu boleh makan besar. So kalau nak
tamak tu biar bertempat. Dua jenis reversal yang kita patut tahu, 1 reversal untuk
close post dan satu lagi untuk reversal hold profit.

Jom kita berkenalan dengan bullish rejection dan bearish rejection. Biasanya
pergerakkan market akan di sekat pada kedudukan line support dengan resistant.
Selalunya candlestick akan mencuba 2-5 kali untuk menembusi support atau
resistant. Apabila tidak berjaya maka reversal akan berlaku. So bila nampak pattern

57

macam ni selalunya penagih dah bersedia untuk close profit sebab kemungkinan
besar reversal akan berlaku.

Bullish Rejection berlaku apabila market gagal untuk menembusi garisan support
atau harga kerana terdapat tekanan yang kuat dari pihak buyer yang tidak
membenarkan market terus turun ke bawah.
Contoh Bullish rejection pada graf

Bagi sesetengah orang, line pivot dan fibonacci akan dijadikan sebagai support dan

58

resistant. Lihat contoh di bawah

Bearish Rejection berlaku apabila market gagal untuk menembusi garisan Resistant
atau harga kerana terdapat tekanan yang kuat dari pihak seller yang tidak
membenarkan market terus naik ke atas.

59

Sekarang kita dah kenal beberapa reversal pattern dalam market. Kalau penagih nak
huraikan, memang banyak tapi penagih cuma ambil yang penting-penting sahaja.
Banyak-banyak pun kadang kita tak teringat atau terpakai. Bak kata orang, kita
ambik yang glamor-glamor jerla.
Ok jom kita berkenalan pulak dengan continuation pattern. Bak kata orang, kalau
jumpa pattern ni boleh terus hold profit kita.
1. Rectangles

60

Pattern ni adalah sinonim degan sideways. Selalu nya trader ternanti-nanti kemana
arah market. Masing-masing dok memikirkan sama ada market akan bergerak ke
atas atau pun ke bawah. Sebab apa? Tidak banyak aktiviti trading dilakukan pada
waktu itu. Banyak Trader dah tido sebab dah kenyang pip hijau. Termasukla
penagih. hehehehe..
So ada 2 jenis Rectangles. Satu bullish dan satu bearish. Jom kita tengok pattern dia.
Bullish Rectangles

Arah market selepas sideways akan ditentukan pergerakkan arah market sebelum
sideways. Jika market sebelum sideways adalah naik, maka kemungkinan besar
market selepas sideways adalah naik.
Contoh Bull Rectangles dalam market

61

Tetapi harus di ingat, tak semua market akan mengikut arah yang sama. Ada juga
market berubah atau memasang perangkap selepas sideways. Ia dikenali sebagai
Bull Trap.
lihat contoh di bawah

Mungkin ramai yang tertanya, apa yang ada pada chart kosong? yang nampak
market turun naik. Lepas tu yang nampak tinggi rendah. Kalau suruh trade pakai
chart kosong rasanya esok pun dah kena margin call.
Disini penagih tekan kenapa ramai yang terjebak dalam float (Menahan Kerugian).
Sebab apa? Sebab trader suka cari reversal (dah cerita kat thread sebelah) dan
High/Low. Tak salah kita cari hi dan low tapi jangan seseali cari reversal. Sebab apa?
sebab hi dan lo boleh membantu kita untuk menjana profit. Jom kita tengok chart
yang ni pulak.

62

63

64

Anda mungkin juga menyukai