Anda di halaman 1dari 2

Cerpen

Muhammad Zul Fiqar Bin Sabri (2014477214)


JBM111 3H
Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.
Disebuah kampung terdapat seorang budak yang bernama Zach yang tinggal
bersama ayahnya. Ayahnya seorang nelayan. Zach hanya tinggal bersama bapanya oleh
kerana ibunya telah meninggal ketika melahirkanya. Zach seorang budak yang malas
di sekolah oleh kerana dia hanya pergi ke sekolah apabila bapanya member duit
sekolah kepadanya. Disebabkan bapanya seorang nelayan jadi sumber rezekinya tidak
menentu. Kadang-kadang Zach hanya makan dua hari sekali saja.
Pada suatu hari, Zach berasa tidak sedap hati. Cuaca kelihatan agak mendung.
Zach menasihati bapanya supaya tidak perlu pergi ke laut. Tetapi ayahnya tidak peduli
nasihati anaknya dan tetap pergi turun ke laut. Sebelum bapanya keluar rumah Zach
sempat untuk salam dan cium tangan bapanya. Setelah beberapa hari , bapanya tidak
pulang ke rumah. Zach sudah mula bimbang. Pada suatu petang, seorang polis telah
datang ke rumah Zach dan memberitahu bahawa bapanya telah meninggal akibat bot
nelayan terbalik akibat angin yang kencang. Zach hanya mampu membisu dan terkejut
kerana dia tidak mempunyai sesiapa lagi.
Sejak kematian bapanya, Zach telah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah
dan terus berkerja oleh kerana dia tidak mampu untuk membiayainya. Zach bekerja
sebagai membancuh air di warung Pak Kassim. Zack memperolehi RM900 sebulan.
Dengan gajinya sekarang, dia hanya mampu menyara diri dan mampu membayar sewa
rumah. Zach hanya berkerja di warung pada waktu pagi saja dan pada malam hari dia
hanya berehat. Oleh kerana dia memikirkan nasib dia yang tidak seberapa ini, lalu dia
bertekad untuk mencari kerja sampingan untuk waktu malam.

Setelah mencari kerja dan dia telah dapat kerja tersebut. Kerja pada kali ini Zach
menjadi seorang pembantu tukang masak. Gaji kasar sebulan dia untuk kerja malam
adalah RM1200. Hasil kedua-dua kerjanya untuk siang malam gaji Zach mencecah
RM2100. Zach telah mula menyimpan wangnya di SSPN. Zach seorang kerja yang
disiplin dan memberi komitmen yang penuh terhadap pekerjaannya.Beberapa tahun
kemudian, Zach telah mencecah usia dewasa, dan dia telah mempunya wang simpanan
yang banyak. Dia bertekad untuk keluar dari kampungnya dan pergi ke Kuala Lumpur
untuk meneruskan perjalanan hidup.
Zach pergi Kuala Lumper dengan niat untuk memulakan perniagaan. Oleh sebab
itu, dia telah mengikuti banyak seminar Azizan Osman. Ketika berada dia seminar dia
telah berjumpa dengan rakan baru yang bernama Pete. Pete mengajak Zach untuk
menjadi rakan perniagaannya tetapi Zach tidak perlu membuat tetapi mengeluarkan
modal sahaja. Hal-hal yang lain semua diurus oleh Pete. Zach bersetuju dan memberi
kesemua wang simpanan kepada Pete untuk dijadikan modal. Pete tidak memberitahu
bahawa dia mahu menjalankan perniagaan dadah. Setelah beberapa hari, Zach dapat
ketahui bahawa Pete mengunakan semua wang simpanan dan hasil lelahnya untuk
menjual dadah. Zach sangat kecewa pada mulanya. Akan tetapi setelah dia sedar
bahawa menjual dadah memperolehi untung yang tinggi lalu dia tidak sedih lagi malah
dia gembira kerana wang simpanan dihabiskan pada tempat yang betul. Kini Zach dan
Abu merupakan pengeluar dadah yang besar di Asia dan hampir memasuki ke pasaran
Eropah. Kini hampir 100,000 hospital Zach telah berjaya membekalkan dadah. Jadi
betulah pepatah melayu mengatakan susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.

Anda mungkin juga menyukai