Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN

KAJIAN TINDAKAN
2015

TAJUK

MURID AUTISMA: MENANGANI MASALAH


TUMPUAN PERHATIAN DALAM PEMBELAJARAN
PENGURUSAN TINGKAH LAKU DENGAN
MENGGUNAKAN
KAEDAH PENYEKATAN MOBILITI

OLEH:
NURIANAH BINTI DAIS
(PENDIDIKAN KHAS)

1.

Tajuk

Murid

Autisma:

Menangani

Masalah

Tumpuan

Perhatian

dalam

Pembelajaran Bahasa Cina dengan Menggunakan Kaedah Penyekatan Mobiliti.

2.

Nama Penyelidik
Nurianah Binti Dais

3.

Nama & Alamat Sekolah


Sekolah Jenis Kebangsaan Polis Hutan
31150 Ulu Kinta Perak
Kod Sekolah: ABB2039

4.

Latar Belakang Kajian


Sewaktu saya menjalani P&P di kelas Pendidikan Khas Dua (PK2), saya

menghadapi masalah tumpuan pengajaran walaupun kelas saya hanya


mempunyai 7 orang. Daripada 7 orang murid saya ini, terdapat 2 orang murid
autisma dan 2 orang murid Sindrom Down dan seorang murid slow learner.
Mereka masing-masing mempunyai masalah bahasa, komunikasi dan sosial
pada tahap berbeza. Setelah saya meneliti corak tingkahlaku dan personaliti
anak-anak murid saya, saya mendapati 2 orang murid autisma yang bertingkah
laku hiperaktif tidak boleh menumpu perhatian sewaktu pembelajaran. Keadaan
ini sedikit sebanyak telah mengganggu proses P&P dalam kelas.
Secara umumnya, autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para
penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia
berlaku. Kanak-kanak autisma mempamerkan kesemua atau sebahagian ciri
daripada yang berikut: suka bersendirian, sukar bergaul langsung dengan
individu lain, menunjuk tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau
memahami bahasa (Hamid Arshat, 2009). Maka, kegagalan menumpu perhatian

dan memahami arahan guru oleh 2 orang murid autisma ini juga mengganggu
proses pembelajaran mereka.

5.

Masalah / Fokus Kajian


Masalah utama yang sering murid hadapi ialah masalah tumpuan

perhatian pada guru. Mereka suka bersendirian dan seoleh-oleh hidup dalam
dunia sendiri. Dalam dunia sendiri mereka, mereka suka berlari ke sana sini,
menyanyi, menconteng buku, memutar-mutar pensil dan menepuk-nepuk tangan.
Oleh itu, kajian ini memfokuskan masalah murid dalam tumpuan pembelajaran
dengan penyekatan mobiliti mereka (immobilization).

6.

Rasional Kajian
Kajian ini dijalankan kerana 2 orang murid autisma dari kelas PK2 ini

sering gagal mengikuti kelas. Tingkahlaku mereka juga telah mengganggu


pembelajaran rakan kelas lain.

7.

Objektif Kajian

Objektif Umum: Untuk memastikan semua murid kelas PK2 boleh mendapat ilmu
sewaktu proses pengajaran & pembelajaran Bahasa Cina dengan
tumpuan perhatian yang setinggi mungkin.2 orang murid autisma
bertingkahlaku hiperaktif itu dapat dikawal dan menumpu perhatian
dalam kelas.
Objektif Khusus:
1

Mengawal tingkahlaku 2 orang murid autisma yang bermobiliti tinggi.

Membina amalan rutin 2 orang murid autisma untuk mendengar arahan guru
semasa proses P&P: membaca dan menulis.

Menanam rasa minat belajar murid kelas PK2.

8. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran adalah seramai 2 orang murid autisma bertingkahlaku
hiperaktif dalam kelas Pendidikan Khas 2: Adam &Kumar.

9.

Strategi Tindakan
Aktiviti 1:Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri
memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan
yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah
laku (behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat-ubatan
untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan (Hamid
Arshat, 2009). Dalam kajian ini, saya akan menggunakan kaedah
pengubahsuaian tingkah laku untuk mengurangkan mobiliti Kumar dan
Adam. Strategi ini melibatkan susunan meja dan kerusi kelas yang ditunjuk
seperti di bawah:
Rajah 1: Pelan Kelas semasa P&P

Ada
m

kuma
r

Kuma
r

Adam

Aktiviti 2:Pemerhatian: Adam amat suka


menyanyi. Selain itu, dia suka menconteng dan membaca buku yang
bergambar dan berwarna-warni. Oleh itu, mobiliti adam mungkin boleh
dikurangkan dengan susunan meja sebegitu dan pembacaan buku kesukaan
dia.
Aktiviti 3:Pemerhatian: Bagi kumar pula, dia amat suka membaca kad gantung
binatang dan buku Sains. Oleh itu, mobiliti kumar boleh dikurangkan dengan
susunan meja sebegitu dengan kawalan pembantu pengurusan murid kelas
(PPM) serta diberikan kad binatang dan buku Sains.

Aktiviti 4:Teknik pengajaran berpusatkan murid dengan pendekatan secara


individu. Bagi setiap waktu kembar Pengurusan Tingkah Laku (60 minit),
setiap murid akan belajar bersama saya selama 7 hingga 10 minit mengikut
keadaan. Jika waktu pengurusan tingkah laku hanya sewaktu sahaja (30
minit), masa untuk setiap murid adalah 3 hingga 5 minit mengikut keadaan.
Bagi adam dan kumar, mereka akan belajar pada giliran terakhir sementara
rakan kelas lain sedang membuat lembaran kerja.

10. Jadual Pelaksanaan Kajian

Masa/ Tempoh

Aktiviti
Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku
aktiviti murid.

Guru membuka buku bacaan perkataan murid.

Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid pada


teks dan membaca teks buku.

Minggu Pertama

(1 minggu)

Guru memegang tangan murid untuk membimbing murid


menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti.

Murid

mungkin

tidak

memberi

respon

atau

cuba

melepaskan tangan guru.

Jika murid bertindak ganas, guru akan memegang


tangan

murid

dengan

lebih

kuat

lagi

atau

memberhentikan tindakan mengikut keadaan murid.


Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku
aktiviti murid.

Minggu ke 2 dan minggu


ke 3
(2 minggu)

Guru membuka buku bacaan perkataan murid.

Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid pada


teks dan membaca teks buku.

Guru memegang tangan murid untuk membimbing murid


menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti.

Murid mungkin tidak memberi respon atau memberi


respon pada kandungan pengajaran tertentu sahaja:
contoh: nyanyian

Murid mungkin mulai menerimacara pembelajaran ini

dan tidak bertindak ganas lagi.


Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku
aktiviti murid.

Minggu ke 4 dan minggu


ke 5
(2 minggu)

Guru membuka buku bacaan perkataan murid.

Guru tidak perlu memegang tangan murid.

Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersama-sama.

Guru membaca teks buku dan murid mengikut.

Guru masih memegang tangan murid untuk membimbing

murid menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti.


Guru mengarah murid untuk mengeluarkan buku teks
atau buku bacaan.

Minggu ke 6

Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersama-sama.

(1 minggu)

Guru membaca teks buku dan murid mengikut.

Guru

tidak

perlu

memegang

bimbingan lembaran kerja.

tangan

murid

untuk

11. Anggaran Kos Kajian

Item
Kertas A4

12.

Kos seunit
RM 10.00 x 1 unit

Jumlah Kos
RM 10.00
Jumlah RM 10.00

Keputusan dan Analisis Kajian

Selepas pelaksanaan tindakan selama 6 minggu, satu penilaian diambil ke atas


kedua-dua murid yang diperhati. Terdapat 5 aspek tingkahlaku telah diambil kira untuk
mengkaji tingkahlaku murid-murid sasaran. Kemudian, perbandingan tingkahlaku murid
sebelum dan selepas kajian telah dilakukan untuk memperlihat perkembangan
pengubahsuaian tingkah laku murid.

Jadual 12a : Perbangingan Senarai Semak Tingkahlaku Murid kumar


Sebelum dan Selepas Tindakan

Tingkahlaku
1

Mengeluarkan buku bacaan dan buku aktiviti tanpa

bantuan
Membuka buku bacaan tanpa bantuan

Menunjuk jari pada teks dan membaca tanpa bantuan.

Menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti tanpa

Sebelum

Selepas

/
/
/

kawalan tingkahlaku.
5

Memberi respon semasa P&P

Tingkahlaku
1

Mengeluarkan buku bacaan dan buku aktiviti tanpa

bantuan
Membuka buku bacaan tanpa bantuan

Menunjuk jari pada teks dan membaca tanpa bantuan.

Menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti tanpa

Sebelum

Selepas
/
/
/

kawalan tingkahlaku.
5

Memberi respon semasa P&P

Jadual 12b: Perbangingan Senarai Semak Tingkahlaku Murid adam Sebelum


dan Selepas Tindakan

Berdasarkan analisis ini terdapat peningkatan pencapaian murid dalam


pengurusan tingkahlaku tetapi pada tahap berbeza. Bagi murid kumar, sebanyak 4
daripada 5 aspek telah tercapai dari keseluruhan tingkahlaku yang dinilai, iaitu berjaya
sebanyak 80%. Bagi murid adam, hanya 3 daripada 5 aspek tingkahlaku yang betul
tercapai dalam tempoh kajian, maka kejayaan dicapai adalah sebanyak 60%.

Kumar

13.

Adam

KUMAR

Refleksi Kajian

Setelah

melaksanakan

semua

aktiviti

yang

telah

dirancang

perkembangan kemajuan murid dinilai dari kekerapan berlakunya tingkahlaku


yang salah dalam kelas, iaitu tidak berduduk di tempat belajar semasa proses
P&P. Berdasarkan pemerhatian selama 6 minggu selepas pelaksanaan tindakan,
didapati kedua-dua murid mendapat kemajuan yang memuaskan.
Walau bagaimanapun, kedua-dua murid ini masih boleh terganggu oleh
beberapa jenis benda dalam kelas semasa proses P&P. Bagi murid kumar, dia
lebih mudah ditarik perhatian oleh alatan media elektronik seperti buku cerita
berbunyi dan komputer. Bagi murid adam, dia akan tertarik pada pensel warna,

alatan media elektronik dan bekas air. Maka, mereka tidak dapat menumpu
perhatian pada P&P jika elemen-elemen ini berada di sekeliling mereka.

14. Cadangan Lanjutan

Memandangkan pengubahsuaian tingkahlaku murid belum lagi mencapai


kejayaan 100%, maka saya akan meneruskan kajian ini dengan membuat
penambahbaikan seperti

aktiviti dengan token ekonomi dan reward menu,

pendekatan extinction agar masalah tingkahlaku kedua-dua orang murid ini


boleh dikurangkan kepada tahap minima.

Anda mungkin juga menyukai