Anda di halaman 1dari 5

HUBUNGAN AMALAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP)

DAN TAHAP PROFESIONALISME GURU DI SEKOLAH

1.

PENGENALAN

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelakana


segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak
kerajaan.Guru merupakan pelaksana kurikulum dan menjadi teras dalam
menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2015 telah memperkenalkan satu
Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai
profesion pilihan. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 2015, gerlombang pertama ( 2013 -2015) memberi fokus
kepada meningkatkan standard profesionalisme guru.
Guru mestilah sentiasa meningkatkan pengetauhuan dan kemahiran
masing-msing. Ini kerana kemahiran dan keterampilan guru-guru perlu
diperbaharui seiring dengan perubahan yang berlaku sama ada kepada
kandungan atau pendekatan dan pembelajaran (Omar Abdull Kareem & Khuan
Wai Bing). Ini bermaksud, guru -guru harus memperbaiki diri sendiri dalam
memantapkan kemahiran yang dimiliki seiring dengan kehendak dan keperluan
murid yang berubah mengikut peredaran masa. Hakikatnya,mahu atau tidak guru
seharusnya menjalani proses perubahan melalui pembelajaran sepanjang hayat
sama ada secara formal atau tindak formal. Perkongsian ilmu besama komuniti
sekolah merupakan salah satu cara meningkatkan pencapaian murid disamping
mengamalkan ilmu yang dipelajari bersama. Dengan kata lain, warga pendidik
seharusnya melakukan revolusi pembelajaran yang dapat mengubah cara
pembentukan dan perkembangan komunit sekolah. Namun begitu, hal ini tidak
akan mampu dilakukan oleh seorang individu sahaja. Ia melibatkan seluruh
komuniti sekolah.

1.2

LATAR BELAKANG KAJIAN


Soroton daripada kajian mengenai kepentingan profesionalisme guru

maka mekanisme terbaik untuk mengembangkan budaya belajar yang bertahap


tinggi adalah melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). KPP merupakan
salah satu amalan penambahbaikan sekolah yang melibatkan sokongan semua
komuniti dalam dan luar sekolah nagi menghadapi cabaran dalam meningkatkan
pencapaian murid. Kenyataan di atas turut dinyatakan dipersetuju oleh Boyer
(2010), yang mana KPP merupakan kesinambungan amalan dalam bilik darjah
ke dalam komuniti, membawa anggota komuniti ke sekolah untuk menyokong
sekolah dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid, guru dan pengurusan
sekolah secara kolaborasi dalam pembelajaran. Istilah KPP telah diperkenalkan
setelah pelaksanaan organisasi pembelajaran. Ini bermaksud istilh KKP muncul
setelah konsep organisasi pembelajaran diperkenalkan oleh Senge pada tahun
1990 (DuFour et al., 2008; Marshall, 2007). Bagi memastikan kemampanan
sesebuah organisasi pembelajaran dan komuniti perlu berkolaborasi di antara
satu sama lain untuk memaksimumkan kapasiti.
Menyedari mengenai kepentingan budaya pembelajaran harus dilaksanakan
secara beterusan, maka pengkaji barat telah mengkaji kaedah terbaik untuk
penambahbaikan sekolah. Istilah organisasi pembelajaran telah diubah kepada
komuniti pembelajaran profesional oleh pengkaji barat iaitu Henderson dan Hord
(2004). Organisasi bermaksud sesebuah institusi yang diwujudkan melalui
penguatkuasaan sistem dan peraturan yang tidak akan kekal serta berubahubah.Manakala komuniti pembelajaran menjurus kepada faktor budaya yang
lebih bersifat sepanjang hayat. Perkara ini juga disokong oleh Haberman (2004)
yang memberikan pandangan bahawa organisasi pembelajaran dan KPP adalah
dua entiti yang berbeza.
Dalam erti kata yang lebih mudah KPP merupakan satu usahasama dikalangan
komuniti sekolah yang terdiri daripada guru, ibu bapa, murid, badan-badan
kerajaan ataupun swasta yang sentiasa berkerjasama mencari kaedah terbaik

untuk

memperbaiki

kemahiran

dan

profesionalisme

guru

disamping

meningkatkan pencapaian murid secara beterusan. KPP merupakan salah satu


amalan penambahbaikan sekolah yang melibatkan penambahbaikan sekolah
yang melibatkan sokongan semua komuniti dalam dan luar sekolah bagi
menghadapi

cabaran

dalam

meningkatkan

pencapaian

murid.

(Hord,1997a; McLaughlin & Talbert, 2001; Senge, Cambron-McCabe, Lucas,


Smith, Dulton & Kleiner, 2000). Komitmen guru yang tinggi amat diperlukan
dalam memastikan kolaborasi dan kerjasama dikalangan komuniti dapat dicapai
bagi menghasilkan produk atau hasil yang lumayan. DuFour et al (2006)
berpendapat bahawa komitmen tinggi dalam melaksanakan kerja secara
kolaborasi khususnya dalam aktiviti kolektif inkuari dan kajian tindakan bagi
menghasilkan dapatan yang baik.Sesungguhnya kewujudan budaya KKP ini
dapat

melahirkan

guru-guru

yang

mempunyai

nilai

tambah

kepada

penambahbaikan sekolah sejajar dengan perubahan gelombang pendidikan di


negara kita.

1.3

PERNYATAAN MASALAH
Peluang belajar dalam komuniti adalah salah satu faktor penting bagi guru

meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Kajian yang dijalankan oeh Armour


dan Makapoulu (2012) membuktikan bahawa peluang pembelajaran interaktif
dan pengelibatan secara kolektif adalah faktor positif yang membantu
meningkatkan profesionalisme guru. Guru yang sentiasa berkongsi amalan
pembelajaran profesional secara beterusan dikalangan rakan sepasukan akan
memberikan impak yang lebih positif dalam memperbaiki profesionalisme guru.
Sinergi pembelajaran hanya dapat dibina melalui pembelajaran berpasukan.
Kajian yang dijalankan oleh Dahlgren dan Chiriac (2009) mendapati guru
mengakui tugas mereka sebagai kerja profesional memerlukan mereka bekerja
dalam pasukan.
Penambahbaikan di sekolah melibatkan sokongan semua pihak di dalam
komuniti sama ada di dalam dan di luar sekolah khususnya bagi menghadapi

dan meningkatkan pencapaian murid.Menurut sumber daripada PPD Bahagian


Betong, dalam Laporan Ujian Penilaian Sekolah Rendah,Bahagian Betong telah
menduduki tangga ke ________ dalam ________buah sekolah . Ini memerlukan
usaha

sama

komuniti

pembelajaran

di

bahagian

ini

menyokong

mempertingkatkan pencapaian murid. Ini turut dinyatakan oleh Barth (2006)


untuk mencapai matlamat tersebut, guru dan pihak sekolah harus melibatkan diri
secara

berterusan

dalam

mencari

dan

berkongsi

pembelajaran

serta

mengamalkan ilmu tersebut agar murid memperoleh manfaat di akhirnya.


Kajian oleh Thoonan, Sleegers, Oort, Peetsma dan Geijsel (2011)
mendapati pengelibatan guru dalam akitviti pembelajaran profesional memberi
kesan besar kepada amalan pengajarannya. Menurut Zuraidah Abdullah,
Rahimah Hj Ahmad, Faizal Ab.Ghani dan Hailan Salamun (2010) model KKP
bagi sekolah-sekolah di Malaysia masih asing dan baharu. Justeru itu, kajian ini
bertujuan untuk mengetengahkan kajian mengenai hubungan amalan komuniti
pembelajaran profesional dan tahap profesionalisme guru di sekplah-sekolah
bahagian Betong. Sarawak. Model KKP ini akan memperlihatkan keunikan setiap
proes yang

dilakukan

meningkatkan

tahap

oleh

sekolah-sekolah

profesionalisme

guru

di

bahagian

ke

arah

Betong bagi

penambahbaikan

sekolah.Kajian ini akan dilaksanakan menggunakan kaedah kuantitatif yang


melibatkan guru-guru di bahagian Betong.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


1. Mengenalpasti tahap amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP)
2. Mengenalpasti tahap pencapaian murid di sekolah
3. Mengenalpasti hubungan amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP)
dengan tahap pencapaian murid.

1.5 SOALAN KAJIAN


1. Apakah amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP) kerap dijalankan
dikalangan guru?
2. Apakah tahap pencapaian akademik murid di sekolah
3. Adakah hubungan diantara amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP)
dan tahap pencapaian akademik murid
1.6 HIPOTESIS KAJIAN
1.7 KERANGKA KAJIAN
Kerangka kajian ini berdasarkan model KPP yang dibangunkan oleh DuFour
dan Eaker pada tahun 1998. Model tersebut dijadikan kerangka kajian
disebabkan model tersebut merupakan asas kepada kajian lanjutan mengenai
KPP. Kajian mendapati bahawa penambahbaikan sesebuah sekolah dan juga
pembelajaran murid akan terjadi melalui proses pembelajaran sepanjang hayat.
Proses penambahbaikan sesebuah sekolah dan peningkatan pencapaian pelajar
mempunyai hubungan dengan proses pembelajaran sepanajang hayat oleh
guru-guru. Hord (1997) dan Hipp & Huffman (2003). Model KPP yang
dibangunkan oleh DuFour dijadikan kerangka kajian memandangkan wujudnya
rasional

mengenai

hubungan

diantara

amalan

KPP

dengan

tahap

profesionalisme dan juga pencapaian akademik murid di sekolah. DuFour dan


Eaker berhujah bahawa guru harus diorganisasikan dalam kumpulan kolaboratif
supaya dapat memupuk kerjasama dalam pencapaian murid-murid. Mereka
mempercayai kolaboratif guru dapat membantu guru menjadi lebih mantap.
DuFour (2006) membahas bahawa KPP menambah baikkan pembelajaran
pelajar secara berterusan oleh para pendidik. Tujuan utama sekolah adalah
untuk memastikan kualiti pendidikan yang tinggi bagi semua murid. Untuk
mencapai tujuan tersebut, KPP meminta guru tidak bekerja secara individu.