Anda di halaman 1dari 18

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERAPOK

2015

KAJIAN TINDAKAN:
NOTA RINGKAS MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN
PEPERIKSAAN BAGI SUBJEK PERDAGANGAN

ZULKIFLI BIN MANSOR

ISI KANDUNGAN
Unit 1

Pengenalan kepada kajian tindakan


Pengenalan
Latar belakang kajian
Pernyataan masalah
Rasional kajian
Fokus kajian
Objektif kajian
Kumpulan sasaran
Kepentingan kajian

Unit 2

Tinjauan literatur
Kajian literatur

Unit 3

Metodologi
Metodologi kajian
Reka bentuk kajian
Instrumen kajian
Metodologi analisis
Perancangan kajian

Unit 4

Pengumpulan dan analisis data


Pengumpulan data
Teknik dan alat pengumpulan data
Mengurus dan menganalisis data
Penutup

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan
Saya telah membuat kajian tindakan berkaitan dengan keberkesanan nota ringkas dalam
meningkatkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan bagi matapelajaran perdagangan di
sekolah. Kajian ini dilakukan ke atas pelajar SMK Merapok,Lawas dengan menggunakan 27
orang pelajar dari kelas tingkatan 4 Perakaunan sebagai sampel kajian.
Isu yang hendak dikaji adalah bilangan pelajar yang mencatat nota ringkas semasa sesi
pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dilakukan bagi melihat bilangan pelajar yang betulbetul menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan mencatat nota penting
yang ditekankan oleh guru bagi memudahkan proses mengingat dan membantu ketika
mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan. Didapati hanya sebilangan pelajar sahaja
yang mencatat apa yang diucapkan oleh guru berkaitan topik yang diajar tidak kira sama
ianya merupakan kata kunci penting ataupun contoh.

1.2 Latar Belakang Kajian


Matapelajaran perdagangan merupakan satu matapelajaran elektif yang boleh dipilih oleh
pelajar setelah tamat tingkatan tiga. Subjek ini diambil oleh pelajar yang memilih aliran
sastera sewaktu tingkatan empat dan lima. Subjek ini merupakan sambungan kepada
kemahiran asas yang dipelajari dalam matapelajaran kemahiran hidup menengah rendah.
Melalui matapelajaran ini, nilai-nilai murni dan sikap positif yang berkaitan dapat dipupuk
dalam diri pelajar seperti meningkatkan kreativiti dan inovasi serta sentiasa bersemangat
merebut peluang.
Bagi kebanyakan sekolah, pelajar yang memilih aliran sastera dan vokasional merupakan
pelajar yang berada dalam tahap kognitif yang lebih rendah berbanding pelajar yang
mengambil aliran sains. Namun harus diingatkan bahawa dalam perkembangan pendidikan
hari ini, ilmu keusahawanan juga penting bagi membentuk pelajar yang berinisiatif,
berpandangan jauh dan mempunyai daya saing yang tinggi.

Merujuk kepada tajuk yang ingin dibincangkan, pelajar yang akan menjawab soalan
peperiksaan matapelajaran perdagangan perlu melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan bab-bab yang dipelajari dalam sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Ini kerana huraian isi-isi penting serta fakta merupakan aspek yang
penting untuk menilaian ketepatan jawapan yang diberikan oleh calon.

1.3 Penyataan Masalah


Berdasarkan permasalahan kajian ini, topik kertas kerja kajian tindakan yang diperoleh ini
adalah hasil daripada temubual yang dijalankan antara saya dan juga guru yang mengajar
subjek perdagangan tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Merapok iaitu Puan
Marlineh binti Masdin. Hasil daripada temubual ini, saya mendapati terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan pelajar kurang menguasai cara menjawab soalan esei bagi
matapelajaran perdagangan dalam peperiksaan. Walaupun guru telah menerangkan kaedah
menjawab yang betul kepada pelajar, mereka tetap juga tidak dapat menghurai dan
menghubungkait jawapan dengan soalan yang diberikan dengan baik. Masalah ini berlaku
kerana pelajar tidak menumpukan jawapan kepada kata kunci penting.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, pelajar mampu memahami dan mengingat
dengan baik topik yang yang diajarkan oleh guru dalam waktu P&P. Namun, situasi berubah
apabila saya memerhatikan pelajar sewaktu mereka menjawab soalan ujian berbentuk esei.
Pelajar tersebut tidaklah gagal untuk menjawab sebarang soalan, namun mereka tidak
mampu menjawab mengikut kehendak soalan. Sebilangan pelajar tidak dapat menghuraikan
isi dengan baik serta tidak memberikan contoh yang sesuai yang dapat memantapkan lagi
jawapan mereka.
Kelemahan pelajar dalam mengusai kemahiran menghurai isi dan fakta jawapan
menyebabkan mereka tidak skor dalam peperiksaan walaupun mereka sebenarnya tahu
jawapan bagi soalan-soalan yang diberikan. Antara faktor yang menyebabkan pelajar kurang
menguasai teknik menjawab soalan dengan betul adalah pelajar tidak diajar teknik khas bagi
memudahkan pelajar mengingat fakta-fakta penting dalam setiap topik yang diajar. Selain itu
faktor guru juga memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pelajar supaya lebih
menumpukan perhatian ketika guru menerangkan topik pembelajaran di dalam kelas.

1.4 Rasional Kajian


rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana matapelajaran perdagangan adalah salah
satu metapelajaran yang penting dan mendapat perhatian pihak kementerian pelajaran pada
masa ini. Banyak kelebihan yang diperolehi dalam matapelajaran ini kerana ia
membincangkan tentang satu aliran kerjaya yang semakin mendapat tempat dalam kalangan
masyarakat di negara kita. Ilmu asas keusahawanan adalah sangat penting untuk dikuasai
oleh setiap individu, tidak hanya kepada pelajar yang mengambil matapelajaran ini di
sekolah.
Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana melalui pemerhatian saya terhadap
pelajar tingkatan 4 SMK Merapok mendapati pelajar yang faham topik yang dipelajari turut
menghadapi masalah untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan kerana
terdapat kelemahan dalam menjawab bahagian esei.
Kajian ini diharap dapat membantu guru dan pelajar mengenalpasti kelemahan yang ada
supaya masalah gred rendah dalam matapelajaran perdagangan dapat dielakkan pada
masa akan datang.

1.5 Fokus Kajian / Isu Keprihatinan


Kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar yang kurang
menguasai teknik-teknik menjawab soalan bahagian esei dalam peperiksaan. Kajian ini
penting untuk dijalankan kerana guru perlu mengetahui punca kelemahan pelajar dalam
menghurai jawapan esei dan mengenalpasti kaedah yang paling berkesan untuk
meningkatkan kemahiran belajar, berfikir, menghubungkait serta meningkatkan keyakinan
pelajar untuk mengahadapi peperiksaan penting seperti SPM di tingkatan 5 nanti.
Dapatan yang diperoleh menunjukkan, pelajar mengetahui isi penting bagi jawapan kepada
soalan yang diberikan, tetapi mereka mempunyai kesukaran dalam menyampaikan jawapan
dalam bentuk esei yang jelas dan tepat. jadi, fokus kajian ini dijalankan adalah untuk
menunjukkan cara yang betul untuk menjawab soalan esei dalam peperiksaan bagi
matapelajaran perdagangan.

Antara kelemahan yang dikenalpasti daripada tinjauan yang dibuat ialah;


i.

pelajar kurang mahir menghubungkait isi penting dengan huraian yang

ii.
iii.

bersesuaian
pelajar tidak memahami kehendak soalan yang sebenar
pelajar tidak dapat membezakan antara isi penting, fakta atau konsep yang
ditanya di dalam soalan.
Contoh; pelajar tidak dapat membezakan atara konsep pengeluaran dan
kepentingan pengeluaran.

1.6 Objektif Kajian


Setelah kajian ini dijalankan, pelajar dapat
Objektif Am
i.

Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan esei bagi kertas II peperiksaan


bahagian A subjek perdagangan

Objektif Khusus
ii.

memberi penekanan topik-topik yang ada dalam silibus perdagangan dari segi

iii.

konsep, penggunaan, kepentingan dan kesan-kesannya.


Dapat membezakan topik-topik yang ada dari segi konsep, penggunaan,

iv.
v.
vi.

kepentingan dan kesan-kesannya


Menarik minat para pelajar untuk mempelajari maapelajaran perdagangan
Memahami soalan berdasarkan kata kunci yang diberikan
Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti di luar kelas secara
praktikal berbanding dengan teori semata-mata supaya dapat meningkatkan

vii.

kefahaman pelajar
Memberi panduan kepada guru untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar

viii.

berkenaan
Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas

1.7 Kumpulan Sasaran


Kajian ini akan melibatkan sejumlah 27 orang pelajar tingkatan 4 Perakaunan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Merapok, Lawas, Sarawak. Kajian ini turut

melibatkan penglibatan seorang guru yang mengajar mata pelajaran perdagangan


iaitu Puan Marlineh Binti Masdin.

1.8 Kepentingan Kajian


Dapatan kajian ini diharap dapat menyumbangkan kepada penambahbaikan dalam P&P dan
menjadi panduan kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Perdagangan.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.0 Kajian Literatur


Kertas kerja ini menerangkan secara ringkas tentang perkaitan berkenaan ciri-ciri kajian
tindakan dan teori-teori berkaitan dengan proses dan prosedur kajian tindakan. Seperti yang
telah diterangkan dalam bab 1, topik yang dibincangkan adalah tentang penggunaan
ataupun catatan nota ringkas dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan
bahagian esei bagi matapelajaran Perdagangan.
Pengkaji menggunakan Model Somekh dalam merangka kajian ini. Menurut Somekh (1989),
terdapat lapan langkah dalam melaksanakan satu-satu kajian. Langkah pertama adalah
mengenalpasti di mana masalah yang dikenalpasti oleh pengkaji adalah penggunaan nota
bagi memudahkan pelajar mengingat fakta-fakta untuk menjawab peperiksaan.
Langkah kedua merupakan proses mengumpul data daripada sampel kajian. Antara kaedah
yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah temubual. Selain itu, pengkaji turut
menggunakan kaedah kaji selidik dengan mengedarkan borang soalan kaji selidik kepada
pelajar untuk melihata berapa ramai yang mengaplikasikan cara mencatat nota ringkas bagiu
meningkatkan daya ingatan dan kefahaman mereka dalam subjek Perdagangan.
Langkah ketiga adalah melakukan ujian pengesanan kepada pelajar bagi mengukur sejauh
mana keberkesanan penggunaan nota ringkas dalam membantu mereka meningkatkan
kebolehan menjawab peperiksaan. Menurut Somekh, langkah yang ketiga adalah analisis
data kajain yang diperolehi daripada sampel kajian yang dilakukan. Langkah keempat dalam
model Somekh adalah merancang pelan tindakan di mana pengkaji telah merancang untuk
menggunakan teknik nota ringkas dalam apa jua bentuk mengikut kreativiti.
Langkah seterusnya, kelima adalah melaksanakan pelan tindakan mengikut perancangan.
Pengkaji telah menyediakan beberapa set pelajar untuk melakukan beberapa aktiviti bagi
melihat tahap keberkesanan dan penerimaan pelajar. Antara aktiviti yang dirancang ialah
catatan nota, buku log dan pembentangan. Setelah melaksanakan, langkah keenam ialah

mengumpul data untuk mengesahkan perubahan yang dialami oleh responden yang terdiri
daripada pelajar.
Langkah ketujuh dalam model Somekh adalah menganalisis dan menilai keberkesanan
kaedah yang dilaksanakan oleh pengkaji. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pengkaji
perlu membuat analisa kajian untuk melihat aktiviti mana yang paling memberi kesan positif
kepada pelajar. Langkah terakhir iaitu yang kelapan ialah putaran kajian yang seterusnya, di
mana kajian tindakan yang sama atau baru perlu dijalankan bergantung kepada kejayaan
atau kegagalan di dalam ujian tersebut.

Bab 3
METODOLOGI

3.0 Metodologi Kajian


Rekabentuk kajian ini ialah kajian tindakan meninjau pengunaan nota ringkas untuk
meningkatkan kemampuan pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan bahagian esei
bagi matapelajaran perdagangan dengan mengunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif
untuk mendapatkan data kajian

3.1 Reka Bentuk Kajian


Metodologi adalah unsur penting dalam rancangan kajian tindakan kerana ia membantu
dalam melaksanakan kajian bagi mencapai objektifnya. Penggunaan model kajian
tindakan dapat membatu pengkaji merancang langkah yang perlu dilaksanakan dalam
kajian tindakan dengan lebih sistematik dan tersusun. Hal ini secara langsung akan
memnbantu memudahkan pelaksanaan tindakan dijalankan supaya mengikut masa
yang ditetapkan.
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti
model berikut:

Langkah 1

: mengenalpasti isu dan masalah

Langkah 2

: rancangan tindakan

Langkah 3

: pelaksanaan tindakan

Langkah 4

: pemerhatian dan menganalisis data

Langkah 5

: refleksi dan penilaian

3.2 Instrumen Kajian


Tinjauan Masalah
Tinjauan dilakukan bagi mengesan tahap keseriusan ketidakupayaan pelajar dalam
mengingat fakta dan menghurai jawapan ketika menjawab soalan peperikasaan bahagian
esei matapelajaran perdagangan. Saya membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan
mengingati fakta dan menghurai jawapan ini menjdai faktor utama yang perlu diatasi dalam
usaha membina pelajar keyakinan pelajar untuk memahami fakta dan mengaplikasikannya
dalam menjawab soalan berbentuk esei. Tinjauan dijalankan dengan mengutip data melalui
kaedah-kaedah berikut;
a) Temubual Dengan Guru Yang Mengajar Matapelajaran Perdagangan
Pengkaji mendapat maklumat daripada temubual yang dijalankan bersama guru
matapelajaran perdagangan di sekolah tersebut iaitu Puan Marlineh. Guru
perdagangan menyatakan rasa kecewa beliau kerana pelajar tidak dapat
memenuhi target pencapaian yang diharapkan bagi matapelajaran perdagangan
dalam setiap peperiksaan.
Antara punca pelajar tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik ketika
menjawab soalan peperiksaan ialah;
i.
ii.
iii.

pelajar tidak hafal kata kunci


pelajar tidak menjawab mengikut kehendak soalan
pelajar tidak memberikan contoh untuk memantapkan lagi jawapan
mereka

b) Ujian- Ujian Penilaian


i.
Ujian Pra
Ujian Pra ini diberikan kepada pelajar tingkatan 4 Perakaunan untuk mengesan
sejauh mana kefahaman dan tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran
yang dikaji. Ujian ini mengandungi satu soalan esei yang perlu dijawab dalam
masa 25 minit.

ii.

Ujian Post

Untuk menilai kebekesanan tindakan yang diambil, satu ujian post dijalankan.
Langkah dan soalan yang sama dengan ujian Pra diberikan bertujuan untuk
melihat peningkatan dan pengetahuan pelajar untuk menghuraikan jawapan
dengan lebih baik. Pengkaji membuat analisis berdasarkan jawapan pelajar
sebelum dan selepas tindakan dijalankan.

c) Soal Selidik
Pengkaji mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca pelajar tidak
menguasai kemahiran tersebut. Borang soalan selidik diberikan kepada kumpulan
sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak menjawab soalan Pra
dengan betul.
bil

Pernyataan masalah

setuju

1.

Saya tidak dapat mengingat kata kunci bagi topik soalan

2.

yang diberikan
Saya tidak berminat dengan bab yang diajar dalam subjek

3.
4.
5.

ini
Saya tidak tahu untuk memasukkan contoh yang relevan
Saya tidak boleh menghubungkait topik dengan soalan
Masa menjawab tidak cukup

Tidak
setuju

d) Rekod Markah Ujian Bulanan


Pengkaji mendapatkan rekod ujian bulanan pelajar daripada guru perdagangan.
Tujuan rekod ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini dan
mengesahkan kebanyakan pelajar kurang skor dalam kertas II bahagian A, soalan
esei.

bil
1
2
3
4

Nama
DAYANGKU NOR EQMAL SHAHIRRA BINTI
AWANGKU SAIFUDDIN
EMMYLISA SHAMANEY ANAK AJAN
HAZIQ SYAHMI BIN DUA
KELVIN CHUNG

Bah.A %
55.2
48.5
70.0
34.8

Bah.B %

5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

MIRZA NURNI SYASYA BINTI ABAS


MOHAMAD AIDIL IKHWAN BIN AFFANDI
MOHAMED AKMAL SYAHMI BIN MOHAMED
MOHAMMAD IZZAT BIN MAIDAM
MOHD AFI NURFADHZLEE BIN MOHEN
MOHD IKHWANNUDIN BIN MOHIDDIN
MOHD KAMARULZAMAN BIN PAKAN
MOHD NUR REDZUANY BIN ABDULLAH
MUHAMMAD HAZIQ BIN HUSSIN
MUHAMMAD
ISHAK
MUNAWWIR
BIN

46.0
40.8
36.0
65.2
40.4
54.0
34.9
62.0
44.5
58.8

15
16

JUNAIDI
MUHAMMAD IZZAT SYAFIQ BIN SAHRIN
MUHAMMAD SAFUAN HUSAHAIRI BIN

51.2
32.9

17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27

MUSTAPA
MULDER PITIRUS
NELLY ELISBERT MUGA
NUR IZZAH ATIRAH BINTI ROSLAN
NUR SHAFARIZAH BINTI SAHARI
NURUL ASYIKIN ASNARDWATY
RAMLIS RICHARD
SHERRINGTON JORDAN LOWIS
SITI NURFARAWAHIDA BINTI SULEIMAN
SYAHMI NAZHAN BIN SHARPLEE
ZULFADHLI BIN HASSAN
ZULHAMIZAN BIN DAHLAN

36.5
55.0
71.0
35.6
44.5
37.0
35.0
45.5
42.0
40.0
55.0

e) Pemerhatian
Pemerhatian

secara

langsung

dilakukan

supaya

dapat

mengamati

dan

mengenalpasti sesuatu tingkah laku. Pemerhatian dibuat terhadap perubahanperubahan dari segi sikap, tumpuan mendengar, serta reaksi dan tindak balas
terhadap sesuatu tundakan, keadaan dan suasana P&P.

bi

Tingkah laku pelajar

l
1
2
3
4

Berbual dengan rakan


tidur
Melakukan tugasan lain
Menjawab
soalan

yang

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Pelajar

baris 1

baris 2

baris 3

baris 4

baris 5

diberikan
Mencatat

nota,

kata

kunci

penting

3.3 Metod Analisis


a) Temubual
b)
c)
d)
e)

: analisis secara perbincangan tentang keputusan


pelajar dan kaedah pengajaran guru tersebut.
Ujian Penilaian
: analisis markah pelajar
Soal selidik
: analisis tentang pandangan pelajar mengenai
subjek Perdagangan
Rekod markah ujian bulanan : analisis markah pelajar
Pemerhatian
:analisis secara perbincangan tentang tindak balas
pelajar semasa P&P

3.4 Perancangan Tindakan


3.4.1

Aktiviti Dirancang

Pengkaji membimbing pelajar sasaran seramai tiga orang untuk dijadikan sampel
ujian dalam masa 4 minggu. Masa yang diberikan adalah berbeza antara setiap
individu. Aktiviti yang dijalankan ialah;
Aktiviti 1

: Membuat nota ringkas sama ada dalam bentuk peta minda atau peta
Konsep

Aktiviti 2

: Penulisan Jurnal

Aktiviti 3

: pembentangan

3.4.2
bil
1
2

bahan-bahan yang diperlukan


Nota ringkas
Kertas
pensil

jurnal
Buku log
Pen

pembentangan
Kertas majong
Marker

3
4
5
6

pen
Kad manila
warna
Ring file

Rak khas

3.5 Pelaksanaan Kajian


3.5.1

) Aktiviti 1: Nota Ringkas


i. Guru memberi tajuk yang berkaitan dengan topik yang diajar
ii. Pelajar dikehendaki membuat nota ringkas bab demi bab mengikut urutan
silibus
iii. Tinjauan dilakukan bagi memudahkan pelajar bertanya sekiranya terdapat
apa-apa masalah dalam tempoh melakukan tugasan mereka
iv. Pelajar mencatat point-point penting serta kata kunci bagi setiap bab

3.5.2) Aktiviti 2 : Penulisan Jurnal


i. pelajar menyediakan sebuah buku tulis sama yang terpakai ataupun buku
baru
ii. setelah tamat sesi P&P, pelajar dikehendaki menulis catatan jurnal mereka
tentang apa yang mereka pelajari, pengetahuan baru, pendapat dan komen.
iii.pengkaji akan menyemak dan membaca jurnal pelajar tersebut dan
memberikan maklum balas kepada penulisan mereka.
3.5.3) Aktiviti 3 : Pembentangan
i. Beberapa orang pelajar dikehendaki duduk dalam kumpulan semasa P&P
berlangsung. mereka dikehendaki merumuskan topik pembelajaran hari
tersebut mengikut kefahaman mereka.
ii.dengan menggunakan peralatan yang disediakan, pelajar tersebut menulis
kefahaman mereka dan membentangkannya di hadapan kelas.
iii.guru menilai kefahaman pelajar dan membuat pembetulan secara terus.

3.6 Jadual Pelaksanaan Kajian


bil
1
2
3
4

Aktiviti
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan
Melaksanakan tindakan
1. Mengumpul Maklumat
Temubual
Ujian penilaian
Soal selidik
Melihat rekod markah ujian
Pemerhatian
Strategi tindakan yang dicadangkan bermula ( Nota ringkas,
penulisan jurnal dan pembentangan)

Tarikh pelaksanaan
12 Ogos 2015
22 Ogos 2015
3 September 2015

9 September 2015
10 September 2015
10 September 2015
11 September 2015
12 September 2015

BAB 4

4.0 Analisis Data


Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan bahan cara
penyampaian guru dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru. Kemudiannya
dikumpulkan dan disemak oleh penyelidik bagi memastikan pelajar telah menjawab dengan
lengkap. Data yang dipungut daripada soal selidik akan dianalisis. Rekod temubual juga
dianalisis agar maklumat-maklumat yang diperoleh dapat dicernakan dalam bentuk
penulisan dan dikaji.

4.1 Teknik Pengumpulan Data


Keputusan soal-selidik akan dikira jumlah responden yang memilih jawapan setiap skala dan
dikira mengikut peratusan. Hasil peratusan dinyatakan dalam bentuk graf bar bagi setiap
bahagian. Setiap pelajar menjawab soal selidik yang diberikan.

4.2 Penutup
Kajian ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempertingkatkan kemahiran mereka
dalam menjawab soalan peperiksaan. Pelajar dibimbing untuk menjawab soalan dengan

baik dan memenuhi kriteria yang dikehendaki. Dengan adanya kajian ini, diharap pelajar
dapat meningkatkan minat serta pengetahuan mereka dalam matapelajaran Perdagangan.
Guru juga dapa mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada sewaktu sesi P&P
dijalankan dan akan berusaha menambahbaik cara pengajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai