Anda di halaman 1dari 7

1.0.

Pengenalan
Guru ialah seorang insan yang paling penting dan berharga dalam kehidupan

seseorang. Seseorang tidak boleh maju dalam kehidupanya tanpa guru. Guru juga boleh
disebutkan dalam pelbagai perkataan seperti orang yang mengajar, pendidik, pengasuh dan
sebagainya.

Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk

memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, guru harus memainkan
peranan yang penting untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.
Jika kita melihat kerjaya guru menurut perspektif agama Islam, peranan guru adalah
sangat meluas. Guru adalah penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru
atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Mengikut istilah yang
digunakan oleh sarjana-sarjana Islam, guru atau pendidik ialah murabbi, muallim, muaddib,
ustaz, mudarris, mursyid atau ulama. Semua istilah-istilah yang digunakan berasal dari Bahasa
Arab dan pada dasarnya istilah-istilah tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu memberi
pengajaran atau pendidikan.
Konsep kerjaya guru menurut Akta Pendidikan 1996, Guru bererti seseorang yang
mengajar murid di suatu institusi pendidikan atau menyediakan atau mengeluarkan bahan
pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan
jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua. Menurut Kamus Dewan 1992, guru
bermaksud pendidik atau pengajar atau pengasuh. Menurut Kamus Dewan Online MerrianWebster, guru didefinisikan sebagai seorang yang mengajar. Sinonim-sinonim yang
disenaraikan bagi perkataan guru termasuk pendidik, instruktur, ahli pedagogi, jurulatih
dan tutor.
Tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai
pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan
yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara. Bagi merealisasikan
FPK, para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang
besar. Guru bukan sahaja perlu mempertingkatkan profesionalisme mereka malahan guru juga
perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini.
Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guruguru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja

malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion
perguruan itu sendiri.
Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan
menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru
di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha
memartabatkan profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang profesional.
Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz,
1971), mencadangkan supaya diadakan etika keguruan bagi pembentukan tatasusila guru.
Etika keguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan
seharian sebagai guru.
Keberkesaan etika keguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam
memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang
digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan
dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu
sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar. Oleh itu, seseorang guru perlulah
sentiasa mematuhi etika keguruan.

2.0

Ulasan secara kritis terhadap laporan media atau artikel jurnel berkaitan
isu-isu etika dan integriti guru dengan merujuk kepada kod etika,
akauntibiliti dan integritiri guru.
Antara ciri yang sangat penting yang perlu dipegang oleh seseorang guru ialah

mematuhi etika keguruan. Etika keguruan membawa maksud prinsip-prinsip tingkah laku yang
perlu dipatuhi oleh seorang guru semasa berkhidmat sebagai guru. Etika keguruan ini akan
membentuk seorang guru menjadi berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
berbanding dengan orang lain. Ia akan memberi kedudukan yang tinggi dalam kalangan
masyarakat.
Namun pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengan pelangaran etika keguruan sering
keluar dalam media massa. Antara isu atau masalah yang sering menjadi buah mulut
masyarakat ialah berniaga di sekolah, tidak meguruskan masa dengan tepat, kerja sambilan
dan pengurusan kewangan yang tidak baik dan lain-lain. Keadaan ini membawa kepada
kejatuhan imej profesion keguruan. Ia juga turut memberi impak yang negatif kepada taraf
pendidikan di negara ini.

2.1

Artikel guru memukul anak murid berusi 7 tahun sehingga menyebabkan kematian
Artikel yang dipilih ialah berkaitan dengan kes seorang guru sekolah agama memukul

muridnya yang berusia 7 tahun sehingga menyebabkan kematian. Kejadian yang berlaku di
sebuah sekolah agama di Arau, Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan. Lebih-lebih
lagi suspek adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama berkenaan. Mangsa, Saiful
Syazani Saiful Sopfidee dikatakan dipukul dan dibelasah oleh gurunya yang berusia 26 tahun
atas sebab kesalahan mencuri RM7. Murid tersebut dipukul selama 2 jam menyebabkannya
pengsan akibat daripada kecederaan di kepala dan tubuh badan kesan daripada pukulan yang
bertubi-tubi oleh guru berkenaan.
Kes yang berlaku ini mendapat liputan meluas oleh media-massa kerana kes ini
melibatkan suspek yang menyandang jawatan sebagai seorang guru iaitu satu pekerjaan atau
profesion yang sangat dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling. Merujuk sumber Berita
Harian (2012), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan kes murid
sekolah agama yang dibelasah guru sehingga maut adalah jenayah serius yang tidak boleh
dimaafkan. Beliau juga berkata, walaupun sekolah berkenaan bukan di bawah Kementerian
Pelajaran, namun perbuatan guru itu tetap tidak boleh dibiarkan kerana ia membabitkan

keselamatan murid. Hal ini adalah bertentangan dengan akauntabiliti keguruan terhadap murid
dan isu kesantunan guru. Setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan
murid daripada hal-hal lain.
Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam pembinaan modal insan. Setiap
guru perlu mempamerkan perlakuan yang santun menerusi kata-katanya dan mahir
berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-peraturan berbahasa serta mengawal tingkah
lakunya. Guru yang berkenaan dalam kes memukul anak murid tersebut haruslah bijak
mengurus emosi beliau. Sejak kebelakangan ini, kebanyakan guru diamanahkan dengan
bebanan kerja yang begitu banyak. Kemungkinan besar guru tersebut juga menghadapi
masalah yang sama dan beliau menghadapi anak murid yang berbuat salah semasa tekanan
emosi yang tidak seimbang. Situasi inilah, berpunca kepada guru tersebut memukul anak murid
yang bersalah sehingga menyebabkan kematian.
Sebagai seorang guru yang memahami dan mematuhi etika keguruan dan memahami
aspek kesantunan guru beliau haruslah pandai menguru emosinya. Guru tersebut seharusnya
menghadapi murid tersebut dengan cara yang lebih efektik. Tiada seseorang pun suka terhadap
layanan secara kasar tidak kira dewasa ataupun kanak-kanak pada mana-mana situasi sahaja.
Oleh itu, sebagai tenaga pengajar kita seharusnya sentiasa memberi layanan positif kepada
anak-anak murid. Terdapat beberapa cara positif yang boleh membuatkan murid-murid insaf
kepada kesalahan yang mereka buat iaitu memberi nasihat, memberi kaunseling dan juga
memberi teguran negatif yang tidak mencederakan mereka.

2.2

Artikel guru menasihatkan murid bukan islam minum air kencing


Artikel yang dipilih ialah berkaitan dengan kes seorang Penolong Kanan Hal Ehwal

murid di sebuah sekolah rendah menasihatkan murid bukan Islam minum air kencing. Hal ini
berkait rapat dengan keprihatinan guru yang membawa maksud seperti gabung perasaan,
pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu yang dihadapi semasa
melaksanakan tugasanya. Kejadian yang berlaku di sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak
di Sungai Petani, Kedah ini merupakan tragedi panas yang menghiaskan dada media sosial.
Lebih-lebih lagi, suspek adalah merupakan tenaga pengajar dan dia juga merupakan guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah tersebut. Suspek telah didakwa menasihatkan
murid bukan Islam di sekolah itu supaya minum air paip atau air kencing sendiri jika tidak

membawa bekal air ke sekolah sebagai tanda menghormati rakan-rakan beragama Islam telah
membangkit terhadap guru tersebut menulis surat kepada Pengarah Jabatan Negeri Kedah
untuk mengambil tindakan atas guru yang berkenaan.
Kejadian ini menjadi sesuatu pengajaran kepada ke semua warga pendidik di negara ini.
Negara kita Malaysia bukan sahaja kaya dengan pelbagai hasil bumi tetapi pada masa yang
sama ia kaya dan popular dengan renungan perpaduan antara pelbagai kaum dan etnik yang
hidup dalam keadaan aman dan damai. Sebagai seorang pendidik yang menyumbang kepada
kemajuan dan ketenteraman negara kita haruslah berhati-hati dengan isu-isu perkauman dan
persoalan agama. Lebih-lebih lagi

guru yang berkenaan dengan kejadian tersebut bukan

sahaja menimbulkan sentiment perkauman tetapi dia turut memalukan murid-murid yang tidak
beragama Islam di khalayak orang ramai.
Terdapat juga banyak pluang untuk tercetusnya rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei
akibat daripada perbuatan yang tidak prihatin oleh guru tersebut. Sebagai seorang guru yang
melahirkan insan-insan yang bakal menerajui negara, kita haruslah menumpukan perhatian
bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi peningkatan nilai-nilai keperibadian. Oleh
itu guru perlulah menjadi teladan kepada murid-murid dengan nilai-nilai kemanusiaan dan
keperibadiaan tinggi yang boleh ditiru oleh anak murid.

2.3

Guru Besar mengaku menerima wang suapan berjumlah RM 4 400


Artikel yang dipilih ialah berkaitan dengan kes seorang guru besar sekolah jenis

kebangsaan menerima wang suapan berjumlah RM 4 400 daripada seorang pengusaha kantin.
Suspek bernama M.Subramaniam, 55 telah dipercayai menerima wang suapan ataupun boleh
dikatakan sebagai rasuah daripada untuk memberi surat sokongan untuk melanjutkan kontrak
kantin di sekolah berkenaan. Hal ini berkait rapat dengan pengurusan kewangan seorang guru
semasa bertugas di sekolah mahupun pengurusan kewangan kepada diri sendirinya.
Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan
ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka
guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan
kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru
tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut
menerima wang suapan daripada pihak kantin dan bertindak tidak adil kepada pihak sekolah

dan juga proffesion. Guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya
yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kerjayanya.
Selain daripada isu ini, ada juga isu-isu seperti ini yang kerap menghiaskan halaman
media sosial seperti peningkatan isu penyalahgunaan wang dalam kalangan. Sebagai contoh,
baru-baru ini, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan
pesanan kerajaan yang mengandungi butiran palsu. Antara contoh lain penyalahgunaan wang
yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk
dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara
pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu,
mengutip yuran khas daripada murid tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dan
membelanjakannya untuk kepentingan diri serta tidak mengeluarkan resit bagi setiap
pembayaran yang dilakukan murid.
Oleh itu, pihak tertentu hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala
kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan wang di sekolah dengan lebih
cekap bagi memastikan pengurusan wang yang efisyen untuk mempertahankan standard
proffesion perguruan jatuh akibat isu-isu seperti ini.

2.4

Guru Lewat Ke Sekolah, Kesilapan Libatkan Integriti


Artikel yang dipilih ialah berkaitan dengan peneguran anggota Exco Perak mengenai

kehadiran lewat ke sekolah secara berterusan hampir setiap hari walaupun hanya satu atau dua
minit adalah antara kesilapan melibatkan integriti dalam kalangan warga sekolah termasuk
guru. Beliau turut menerangkan bahawa terdapat sebilangan warga sekolah yang masih tidak
mengendahkan isu integrity dan isu-isu seperti lewat masuk ke kelas, guru masuk kelas tetapi
pembelajaran dan pengajaran tidak berlaku, tidak memeriksa buku latihan murid, tidak menulis
Buku Rekod Mengajar dan sebagainya masih berlaku dalam kalangan tenaga pendidik.
Di negara kita, waktu persekolahan untuk sesi pagi ialah 7.30 pagi sehingga 1.15 petang
yang mempunyai lima hingga enam jam. Ia tidak termasuk aktiviti kokurikulum yang dijalankan
di sesebuah sekolah. Dalam tempoh masa ini, guru dan murid terlibat secara langsung dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sejak kebelangkangan ini, isu penyalahgunaan masa dan
pengurusan masa yang tidak tepat sering timbul dalam kalangan guru sekolah.

Antara kegiatan penyalahgunaan masa yang dilakukan oleh guru ialah tidak menepati
masa untuk memasuki kelas, tidak menyampaikan isi pembelajaran pada waktu yang tepat,
tidak menepati waktu untuk keluar kelas, menggunakan masa di sekolah untuk kegunaan
perbadi seperti melayari laman web sosial dan melakukan kerja sambilan pada waktu sekolah.
Kesemua aktiviti tersebut dikatakan penyalahgunaan masa yang dilakukan oleh guru yang
memberi impak kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penyalahgunaan masa berlaku disebabkan sikap guru itu sendiri. Sekiranya guru
mempunyai sikap negatif seperti malas, tidak ambil peduli, dan tidak melakukan tugasan
dengan penuh tanggungjawab maka dikatakan mereka melangar etika keguruan. Ia memberi
kesan yang agak serius kepada pencapaian murid kerana ia berkaitan dengan akademik murid.
Seseorang guru perlu mengelakkan diri daripada sikap-sikap ini demi kebaikkan diri sendiri.
Masalah ini berlaku akibat daripada kelemahan yang ditunjukkan oleh pihak atasan. Pihak
pentadbir kurang melakukan pemantauan terhadap guru untuk mengurangkan masalah ini.
Apabila tiada pemantauan yang tegas maka guru mula berani menyalahgunakan kuasa mereka
dan melanggar peraturan terutamanya berkaitan dengan pengurusan masa. Keadaan sebegini
akan mengakibatkan kemerosotan pencapaian murid dan imej guru terjejas. Masyarakat juga
akan turut berpandang rendah terhadap kerjaya guru dan tidak yakin dengan kebolehan
pengajaran guru.

Anda mungkin juga menyukai