Anda di halaman 1dari 12

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

3. PERNYATAAN MASALAH

Menurut Lee Shok Mee (1994) Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu
atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia,
yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses mendapatkan maklumat
yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan
peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya
dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa
sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.
Pada peringkat sains awal, guru menyediakan peluang pembelajaran sains dengan
cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-kanak
memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan
membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Kanak-kanak juga mendapat
pembelajaran melalui pengalaman dan membuat rumusan saintifik daripada pengalaman.
Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah dalam sains awal
penting bagi mencapai pembelajaran yang terancang, menyeluruh dan mampu menarik minat
murid kerana menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas
kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar.
Pengajaran dan pembelajaran guru juga boleh melibatkan kaedah

pendidikan

elektronik terutamanya penggunaan alat bantuan pengajaran berbantukan komputer (PBK).


PBK merupakan satu kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini
kerana semua ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi yang
interaktif terdapat dalam perisian PBK yang sekaligus dapat meningkatkan pemahaman
kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan PBK ini bukan
sahaja boleh menarik minat kanak-kanak malah turut membantu guru memberi tumpuan yang

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

lebih terhadap setiap murid. Selain itu, PBK juga membabitkan penggunaan banyak deria
dan dimensi kecerdasan di kalangan kanak-kanak. Ini menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Tambahan pula, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di peringkat
prasekolah memerlukan guru yang berperanan merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanakkanak. Untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlu merangka persekitaran
pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan
aktiviti sains. Sains di peringkat prasekolah adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini
secara tidak langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan
pengalaman harian mereka. Melalui penggunaan PBK, guru-guru dapat menarik minat kanakkanak yang secara semulajadinya sukakan benda-benda yang menarik. Perisian PBK yang
dilengkapi dengan arahan-arahan secara teks dan audio yang jelas dan mudah difahami oleh
kanak-kanak. Ia juga mempunyai objektif yang jelas, sesuai dengan tahap dan kemahiran
kanak-kanak, interaktif, dan mempunyai grafik-grafik yang menarik dan pelbagai.

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

4. REKA BENTUK KAJIAN


4.1 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian adalah berdasarkan teori pembelajaran kognitif di sekolah oleh
Bloom (1956). Teori ini dapat diringkaskan kepada model dalam Rajah 1.1. Latar belakang
pelajar yang di maksudkan dalam kajian ini ialah lokasi sekolah iaitu sekolah di kawasan
bandar dan sekolah di kawasan luar bandar.

Latar Belakang Pelajar


(Lokasi)
Prestasi Akademik Pelajar

Kaedah Pengajaran

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian (Diubahsuai dari teori pembelajaran kognitif
Bloom 1956)

Kajian tindakan ini menggunakan formula satu putaran penyelidikan, seperti yang
diperkenalkan oleh Cogan (1973) dan Goldhammer (1969). Ianya terdiri dari lapan langkah
iaitu :

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

Langkah 1 (Mengenal pasti masalah) langkah ini memulakan hubungan antara guru dan 10
orang murid yang dikaji. Pertemuan ini dirancang untuk menjelaskan tujuan kajian dibuat dan
menyatakan fungsi guru bagi mengatasi masalah mereka yang tidak mengusai cara penulisan
jawapan kertas sains bahagian B. Dengan cara ini murid-murid dapat memahami tujuantujuan dan matlamat kajian tindakan dilakukan kepada mereka.

Langkah 2 (Perancangan Kajian) Guru merancang pelajaran dengan menetapkan objektif,


menyenaraikan langkah-langkah pengajaran serta juga hasil yang diharapkan dari segi
pembelajaran murid. Jadi perancangan ini meliputi juga strategi pengajaran yang akan
dijalankan oleh guru dan bahan-bahan bantu belajar bagi setiap pembelajaran yang menjadi
tumpuan iaitu bahagian B.

Langkah 3 (Perancangan Pemerhatian) Guru merancang strategi pemerhatian yang hendak


dijalankan. Ini meliputi kegiatan-kegiatan yang akan difokuskan, teknik pengajaran dan
bagaimana pemerhatian itu akan direkodkan atau bagaimana data akan dikutip.

Langkah 4 (Pemerhatian) Langkah ini adalah penting. Guru menjalankan pemerhatian


terhadap murid yang dinilai dengan menggunakan segala yang dipersetujui dalam langkah 2
dan 3 tadi sebagai kayu pengukur.

Langkah 5 (Analisis) Guru menganalisis semua hasil pembelajaran murid. Tujuan langkah
ini ialah memastikan matlamat kajian menuju kea rah sasaran tercapai.

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

Langkah 6 (Post Mortem) Guru berbincang dengan murid tentang pencapaian mereka
setakat ini dan membuat pengukuhan / pengayaan / penilaian bagi murid-murid yang
memerlukan. Dengan cara ini matlamat pasti dapat dicapai.

Langkah 7 (Penilaian dan Perancangan Semula) - Setelah guru menganalisis dan membuat
post mortem, satu tindakan atau perancangan semula perlu dilakukan bagi mengatasi segala
masalah yang telah dikenal pasti pada langkah 6. Perubahan perlu dibuat, memulakan putaran
yang baru dengan teknik atau strategi yang baru dan pengubahsuaian yang diperlukan.

4.2 KUMPULAN SASARAN (SAMPLE KAJIAN)


Kajian ini telah dijalankan dengan melibatkan 25 orang murid pra sekolah Sekolah
Kebangsaan Sungai Pasir Kecil sebagai kumpulan sasaran. Mereka terdiri daripada 12 lelaki
dan 13 perempuan. Secara amnya umur sample ini berada dalam linkungan 5 hingga 6 tahun.
Majoriti daripada sample berbangsa Melayu .
Walaubagaimanapun dari segi minat murid untuk subjek sains mereka adalah pada tahap
sederhana tetapi masih boleh diperbaiki dengan sedikit usaha. Kesemua sample mengikuti
sesi persekolahan secara normal iaitu lima waktu seminggu.

4.3 MERANCANG TINDAKAN


4.3.1 Pengenalan.
Tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan masalah. Setelah membuat pemerhatian
dan mengenal pasti punca permasalahan murid , kami telah membuat keputusan untuk
menggunakan ict sebagai cara penyelesaian masalah. Dari segi istilah sains, didefinisikan
sebagai ujian yang memerlukan hanya satu faktor yang berubah dalam satu masa dan faktor

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

lain yang juga memberi kesan ujikaji tersebut manakala terdapat foktor lain yang kekal malar.
Kaedah penggunaan bahan ict dipilih kerana ia merangkumi pelbagai bahan atau sumber
untuk menarik minat murid untuk mengikuti proses pembelajaran subjek sains di peringkat
pra sekolah. Dengan menjalankan ujikaji, murid secara automatik akan menjana idea dan
membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengalaman yang mereka lalui.

4.3.2 PERANCANGAN LANGKAH TINDAKAN


Kami

telah memilih tiga pendekatan khusus yang disesuaikan untuk digunakan bagi

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu pendekatan ini juga dapat
digunakan untuk meningkatkan kemahiran proses sains murid. Ketiga-tiga langkah adalah
seperti berikut:
1. Menggunakan perisian komputer sebagai bahan bantu mengajar dan belajar.
2. Menggunakan sistem audio visual semasa proses PdP dilaksanakan di dalamkelas.
3. Menggunakan teknik Hands On berpandukan tunjukcara secara online melalui internet.

4.3.3 .Pengajaran semula


Setiap hari murid akan belajar banyak perkara baru dan jika kami mahu membuat pengajaran
semula bagi keseluruhan topik, ianya agak susah untuk menghabiskan sukatan pelajaran
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, pengajaran semula disini bermaksud mengajar
semula tentang topic-topik yang dapat menarik minat murid dengan menggunakan pelbagai
perisian ict . Selain menarik minat murid untuk mempelajari sains , kami juga dapat
menerapkan kemahiran proses sains yang asas secara tidak langsung. Dengan ini, murid
bukan sahaja mempertingkatkan kemahiran mereka dalam bidang Dunia Sains dan Teknologi
tetapi juga dalam kemahiran proses sains.

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

Langkah 1: Pengenalan kembali kepada teknik untuk mengembangkan idea murid dalam
bidang Sains dan Teknologi.
Langkah 2: Menggunakan Power Point bergambar untuk mengajar tajuk tumbuhandan
haiwan tentang kata kunci konsep kemahiran proses sains.

4.3.4 Perlaksanaan Ujikaji .


Sains adalah proses memahami prinsip atau konsep. Konsep dan prinsip boleh dibuktikan
kesahihannya dengan melakukan eksperimen atau ujikaji. Melalui ujikaji,murid akan belajar
menguasai kemahiran proses sains secara tidak langsung.Untuk memudahkanmurid di tahap
pra sekolah . Apabila murid melihat, mendengar dan mengaplikasikan sendiri ujikaji maka
murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan itu dan ianya dapat disimpan dalam memori
mereka. Berdasarkan fakta ini, kami telah memastikan murid-murid melakukan eksperimen
sekurang-kurangnya satu ujikaji bagi setiap topik yang diajar. Sebelum murid melakukan
ujikaji , kami akan memastikan semua murid membuat pemerhatian dan menerangkan
terlebih dahului dengan berbantukan slaid atau contoh di dalam komputer .Secara tidak
langsung murid akan memahami bahawa perkara yang sama akan dilakukan bersama-sama
guru dan rakan mereka.
Selain itu, kami juga memerhatikan kemajuan mereka secara berterusan dengan
menggunakan senarai semak yang telah disediakan. Dengan merujuk kepada senarai semak
ini, kami dapat memastikan sama ada sasaran yang kami letakkan tercapai atau tidak.

4.3.5.Latih tubi yang berterusan


Latih tubi bertindak sebagai penguat dan pengukuhan kepada pemahaman dan penguasaan
murid tentang konsep sains. Latih tubi juga digunakan bagi tujuan menilai perkembangan
murid. Tambahan pula kepekaan murid bagi menyiapkan latihan juga membantu mereka

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

mempelajari konsep sains dalam sesuatu topik sekaligus menolong meningkatkan penguasaan
mereka berkenaan suatu konsep itu. Bagi memastikan murid-murid tersebut dapat mencapai
sasaran, kami telah mencuba untuk mengaitkan latih tubi ini dengan teknik penggunaan ict
semasa pembelajaran di dalam kelas.

4.4 PENGUMPULAN DATA


Dalam menjalankan kajian ini, kami menggunakan dua instrumen khusus untuk mengumpul
data dan maklumat. Dua instrumen khusus yang telah dipilih adalah

soal selidik dan

Pemerhatian.
4.4.1. Soal Selidik
Soal Selidik merupakan satu rangkaian soalan bagi menguji kesan tindakan rawatan ke atas
sample menggunakan bahan iaitu soalan temuramah . Di antara soal selidik atau temuramah
itu terdapat selang masa bagi perlaksanaan tindakan rawatan. Instrumen ini dapat digunakan
untuk memberi gambaran kepada guru tentang keberkesanan proses tindakan rawatan yang
telah diambil. Kebolehpercayaan dan kesahihan menggunakan kaedah penggunaan ict dalam
pengajaran Sains untuk Kank-Kanak. Dapatan soal selidik ini, boleh dijadikan rujukan atau
gambaran awal tentang pengukuran penguasaan murid terhadap minat murid dan
keinginanmurid untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Selepas itu tindakan rawatan akan
dilaksanakan dan disusuli dengan temuramah di kalangan murid yang dipilih secara rawak.
Daripada kedua-dua instrument ini kami dapat melihat sama ada akan berlaku perubahan atau
tidak ke atas sample selepas berlakunya tindakan rawatan. Analisis akan dilakukan
menggunakan analisis peratus perubahan peningkatan atau penurunan.

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

4.4.2. Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu lagi instrumen pengumpulan data yang telah dijalankan
sepanjang kajian ini. Satu senarai semak yang ringkas telah dibina bagi memantau
perkembangan murid sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Beberapa aspek telah dinilai
berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian ini adalah pemerhatian yang berstruktur kerana
pemerhatian dibuat adalah berdasarkan senarai semak. Sepanjang tempoh kajian kami telah
melakukan pemerhatian secara terus dengan memantau sample setiap kali sesi pengajaran
danpembelajarandi laksanakan. Sekurang-kurangnya sepanjang tempoh kajian, kami telah
membuat pemerhatian secara langsung sebanyak tiga kali sepanjang tempoh tindakan rawatan
dijalankan. Berikut merupakan senarai semak yang telah dibina bagi tujuan pemerhatian.
Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan analisis kualitatif berdasarkan senarai
semak seperti dibawah (rujuk lampiran ).

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI SAINS DALAM


PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN ICT/MULTIMEDIA
Arahan: sila tandakan ( ) pada pilihan yang anda buat.
1. Tahun:
Jantina:

lelaki (

Perempuan (

2. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan bahan ICT
dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan KPS.
Petunjuk:
5-Sangat setuju
4- setuju
3- Kurang pasti
2- Tidak setuju
1- Sangat tidak setuju
Item
Saya suka belajar dengan menggunakan bahan ICT
Komputer membantu saya belajar dengan mudah
Saya dapat memahami pengajarn guru dengan
mudah
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan
eksperimen berpandukan tayangan video
Saya dapat menjawab soalan latihan yang diberikan
guru melalui komputer guru.
Saya dapat tahu pelbagai sifat dan kelakuan haiwan
melalui tayangan video yang ditunjukkan guru.
Saya harap cikgu akan melakukan lebih banyak
aktiviti melibatkan bahan ICT
Saya dapat menjawab soalan guru dengan baik
selepas penerangan guru dan tunjukcara melalui
slaid yang ditunjukkan guru.
4.5 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

Dalam analisis dan interpretasi data kami telah melakukan penganalisian terhadap semua data
mentah yang telah dikumpul sepanjang tempoh perlaksanaan kajian.

4.5.1 Soal Selidik dan Pemerhatian kesemua sample seramai 25 orang telah terlibat dalam
menjawab soalan bagi kedua-dua ujian ini. Proses ini dilakukan sebanyak dua kali iaitu
sebelum dan selepas tindakan rawatan diambil. Soalan untuk Soal Selidik adalah sama cuma
berlaku perubahan nombor soalan sahaja bagi mengelakkan murid menjawab secara
hafalan.Segala dapatan yang dikumpul akan dikategorikan mengikut bahagian dapatan
sebelum tindakan dan selepas tindakan. Jadual dibawah menunjukkan dapatan selepas ujian
dilaksanakan. ( rujuk lampiran ).

SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI DALAM


PEMBELAJARAN SAINS (2) MENGGUNAKAN ALATAN ICT
Arahan: sila tandakan ( ) pada pilihan yang anda buat.
3. Tahun:
Jantina:

lelaki (

Perempuan (

4. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan eksperimen (Fair
Test) dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan
pemboleh ubah.
Petunjuk:
5-Sangat setuju
4- setuju
3- Kurang pasti
2- Tidak setuju
1-Sangat tidak setuju

Soal Selidik Mengkaji Keberkesanan Aktiviti

Kajian Tindakan Sains Awal Kanak-Kanak

Item

Saya suka belajar dengan menggunakan komputer


ICT membantu saya memahami soalan berkaitan
topik Sains yang diajar oleh guru.
Saya dapat mengenalpasti KPS dengan mudah
selepas belajar menggunakan ICT
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan
eksperimen tunjukcara melalui video.
Saya dapat memahami konsep sains melalui lakonan
dan nyanyian menggunakan iringan muzik dan
audio visual.
Saya dapat membuat perkaitan antara jawapan
sebenar dengan ramalan melalui aktiviti ujikaji
berpandukan tayangan video.
Saya harap cikgu akan melakukan lebih banyak
aktiviti sains menggunakan bahan ICT
Saya dan rakan sangat seronok dengan aktiviti sains
yang diajar oleh guru menggunakan alatan
multimedia.

Data yang dikumpul telah dianalisis mengunakan kaedah analisis kuantitatif mudah dan
peratus.

Anda mungkin juga menyukai