Anda di halaman 1dari 37

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

KOLEJ VOKASIONAL SERI


MANJUNG,
32040 SERI MANJUNG,
KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL: 05 688 1608
FAX: 05 688 6327
KERTAS PENERANGAN
KURSUS

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK

SEMESTER / TAHUN

2/2014

NO. DAN TAJUK MODUL

ETE 602 ELECTRICAL APPLIANCES SERVICING

NO. DAN PERNYATAAN


TUGASAN

OBJEKTIF
AKHIRAN

PENCAPAIAN

NO. KOD :

1.
2.
3.
4.

Performs maintenance on connection termination.


Performs maintenance on machinery load.
Performs maintain fire alarm system.
Performs maintain air conditioning electrical system.

At the end of the module, students should be able to perform


maintenance on connection termination, machinery load, fire
alarm system and air conditioning electrical system.

ETE 602

TARIKH :

NAMA PELAJAR:
KUMPULAN:
BIL:

ajmt67

Markah:
3. Menyelenggara Penyaman
Udara

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Isi Kandungan
Perkara

Bil
1.
2.

3.

Mukasurat

Definisi Penyaman Udara


Jenis-jenis Pendingin Udara
Jenis berasingan
Jenis tingkap

3
3
3
4

Jenis pakej
Jenis berpusat

4
5
6
6

Prinsip Asas Penyaman Udara


Pemampat

6
7
7

4.

Pemeluwap
Peranti Pemeteran
Penyejat
Kendalian Penyaman Udara

5.

Penyelenggaraan Penyaman Udara

Jenis-jenis Penyelenggaraan
Komponen/bahan dan Alat Tangan Pemasangan dan Penyelenggaraan

10
11

Kerja-kerja Penyelenggaraan
Penyelenggaraan sistem
Merancang dan membuat Jadual Servis
Penyelenggaraan Penapis Udara

13
14
14

Memeriksa dan Servis Paip Alir Keluar


Pendakap dan Bingkai
Penyambungan Kabel
Proses Menurunkan Bahan Pendingin (Pump-down)
Sistem Pengungsian (Vacuum System)
Mengecas Bahan Pendingin

15
17
18

Mengesan Kebocoran

20
23
24
25
26

6.
7.
8.

Mengesan dan Menguji Kemampuan Sistem


Pemeriksaan Sistem
Kerosakan Motor

27
27
30

9.
10.

Mengesan dan Menguji Alat Kawalan


Memeriksa Komponen Mekanikal

34
36

ajmt67

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA (Air-condition Servicing)


1. Definisi Penyaman Udara
Penyaman udara boleh ditakrifkan sebagai pengawalan suhu atau perawatan udara di dalam
sesebuah bilik atau mendinginkan bilik tersebut. Dengan kata lain, penyaman udara ialah
proses pendinginan udara untuk mendapatkan keadaan udara yang selesa dan bersih. Daripada
definisi di atas, perkara mustahak dalam sistem penyaman udara ialah:
a) Mengawal suhu
b) Mengawal kelembapan
c) Mengawal aliran udara
d) Mengawal pembuangan habuk dan kekotoran
e) Pembuangan udara yang tercemar
2. Jenis-jenis Pendingin Udara
a) Jenis berasingan (split type)
- Dipasang secara berasingan di antara unit dalam(indoor unit) dengan unit
luar(outdoor unit).
Jenis Dinding

Jenis Siling

Jenis Lantai

Jenis Kaset
(Cassette type)

Rajah 1: Penyaman Udara Jenis Berasingan

ajmt67

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

b) Jenis tingkap (window type)


- Dipasang semua komponen unit penyaman udara di dalam satu kotak.

Rajah 2: Penyaman Udara Jenis Tingkap


c) Jenis pakej (packaged type)
- Jenis berasingan dan jenis tingkap biasanya digunakan untuk penyaman udara
berkapasiti rendah iaitu antara 5 ton.
- Bagi jenis berpusat pula, ianya digunakan untuk kapasiti tinggi sehingga 20 ton.
- Bagi kapasiti antara 5 ton hingga 15 ton, jenis pakej digunakan.
- Semua komponen dimasukkan di dalam satu bekas/kotak dan dipasangkan di
kilang.
- Terdapat dalam dua jenis iaitu menggunakan penyejuk air dan satu menggunakan
penyejuk udara.
- Biasa digunakan di restoran, masjid atau mana-mana bangunan bersaiz sederhana.

Rajah 3: Penyaman Udara Jenis Pakej

ajmt67

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

d) Jenis berpusat (central type)


- Untuk penggunaan berkapasiti tinggi seperti kilang-kilang, pasaraya, banunan
pejabat bertingkat, hotel dan bangunan-bangunan besar.
- Menggunakan air atau udara sebagai penyejuk (Cooling Tower)
- Jenis berpusat adalah terdiri daripada:
i.
Pendingin (Chiller).
ii.
Pam Air.
iii.
Unit Pengendalian Udara - AHU (Air Handling Unit).
iv.
Menara Penyejuk (Cooling Tower)

Komponen Penyaman Udara Jenis Berpusat

AHU

Menara
Penyejuk

Pam Air

Pendingin(Chiller)
Rajah 4: Penyaman Udara Jenis Berpusat

ajmt67

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

3. Prinsip Asas Penyaman Udara


Pada asasnya penyaman udara terdiri dari 4 komponen utama:
a) Pemampat (Compressor)
- Pemampat berfungsi mempampatkan gas (bahan pendingin) ke pemeluwap.

a) Pemampat (domestik)

b) Pemampat (kereta)

Rajah 5: Pemampat (Compressor)


b) Pemeluwap (Condenser)
- Menyingkirkan haba
penyeluwap.

panas

dengan

menggunakan

kipas

dan

sirip-sirip

Rajah 6: Pemeluwap (Condenser)

ajmt67

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

c) Peranti Pemeteran (Metering Device)


- Menyemburkan cecair menjadi seperti debu halus ke penyejat.

Rajah 7: Peranti Pemeteran (Metering Device)


d) Penyejat (Evaporator)
- Menghasilkan udara sejuk dan akan disebarkan ke dalam bilik melalui kipas.

Rajah 8: Penyejat (Evaporator)

ajmt67

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

4. Kendalian Asas Penyaman Udara


Peranti Pemeteran
Cecair sederhana
panas

Cecair sejuk
Penyejat

Pemeluwap
Gas/wap bertekanan
tinggi

Gas/wap sejuk

Pemampat
Angin Panas
Masuk
Penyejat
Pemampat

Pemeluwap

Angin Panas Keluar


Peranti
Pemeteran
Angin Panas Keluar
Rajah 9: Kitar Asas Penyaman Udara

a) Pemampat adalah nadi dalam operasi sebuah penyaman udara. Pemampat berfungsi
memampatkan gas bahan pendingin dan mengalirkannya ke pemeluwap. Gas bersuhu
dan bertekanan tinggi dari pemampat ini akan dialirkan ke pemeluwap.
b) Di pemeluwap haba disingkirkan dengan bantuan kipas dan sirip pemeluwap. Gas
bahan pendingin berubah kepada cecair.
c) Cecair bahan pendingin akan masuk ke penyejat melalui peranti pemeteran.
Rekabentuk peranti pemeteran yang berdiameter dalam yang sangat kecil (0.5mm
2.28mm) menyebabkan halaju dan tekanan cecair bahan pendingin menjadi rendah.
Di penyejat cecair bahan pendingin akan menyerap haba dalam bilik. Proses penyejatan
berlaku dan cecair bahan pendingin bertukar semula kepada gas bahan pendingin. Gas ini
akan masuk semula ke dalam pemampat dan kitaran di atas berulang lagi.
ajmt67

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5. Penyelenggaraan Penyaman Udara


Penyelenggaraan adalah sebahagian kerja dan tugas seorang mekanik atau juruteknik dalam
penyejukan dan penyamanan udara. Walaupun kerja yang dilakukan agak ringan penuh
tanggungjawab. Setiap sistem penyaman uada dan penyejukan, samada sistem domestik atau
kommersial perlu dibuat selanggaraan pada setiap bulan.
Sebelum membuat sesuatu kerja senggaraan, seorang juruteknik atau mekanik mestilah
mengetahui litar skematik bagi sistem penyaman udara tersebut bagi memudahkan kerja-kerja
senggaraan dilakukan. Rajah 10, adalah contoh litar skematik bagi penyaman udara.

Rajah 10: Litar skematik penyaman udara

ajmt67

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.1 Jenis-jenis Penyelenggaraan


Diantara jenis-jenis penyelenggaraan ialah:
a) Penyelenggaraan berkala (Periodic maintenance) / Penyelenggaraan rutin (Routine
maintenance).
- Dijalankan berulang-ulang dalam satu jangka masa tertentu.
b) Penyelenggaraan Mencegah (Preventive maintenance).
- Penyelenggaraan yang tidak dibuat berulang-ulang tetapi dilakukan sekali sekala
hanya untuk mencegah dari sesuatu kerosakan yang berat dari berlaku.
c) Penyelenggaraan Luar Jangkaan / Breakdown / Force maintenance
- Dijalankan apabila berlaku kerosakan diluar jangkaan. Contohnya kerosakan yang
disebabkan bencana alam seperti banjir, ribut, pokok tumbang dan sebagainya.
Tujuan penyelengaraan
Tujuan penyelengaraan adalah:
a) Memastikan sistem sentiasa beroperasi pada tahap keupayaan yang sebenar.
b) Membantu memanjangkan jangka hayat komponen-komponen pada sistem.
c) Menentukan sistem tidak mudah ditimpa masalah dan kerosakan semasa beroperasi.

ajmt67

10

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.2 Komponen/Bahan serta Alat Tangan Pemasangan dan Penyenggaraan Penyaman


Udara

Pemotong tiub
kuprum (cutter)

Pemutar skru

Penyembur Api
(Flaming torch)

Set Pengembang tiub


kuprum (Flaring set)

Pelulas (reamer)

Sepanar (spannar)

Pembengkok tiub
kuprum (bender)

Pegas pembengkok
tiub kuprum

Sepanar boleh laras


(Adjustable spannar)

Pelaras air
(Water level)
Vakum
(Vacuum)

Set kunci Allen


(Allen key)

Tolok pancarongga
(Manifold gauge)
Rajah 11: Alat Tangan Untuk Pemasangan dan Selenggaraan Penyaman Udara
ajmt67

11

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Tiub kuprum
(Cooper tube)

Bahan penebat kuprum


(Cooper Insulator)

Nat penyambungtiub
kuprum

Elektrod kuprum
Gas bahan pendingin
Rajah 12: Bahan-bahan untuk Memasang dan Menyenggara Penyaman Udara

ajmt67

12

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.3 Kerja-kerja Penyelengaraan


Kerja ini hendakalah dibuat dengan meliputi setiap aspek. Peyelenggaran haruslah dibuat
mengikut aturan dan sistemetik. Kerja penyelenggaraan yang baik membantu mekanik itu
sendiri pada masa akan datang dalam menyelesaikan tugasannya. Penyelenggaraan ke atas
sistem adalah melibatkan kerja-kerja berikut:
a) Pembersihan dan servis.
b) Pemeriksaan.
c) Rekod dan laporan.
5.3.1 Pembersihan dan servis
Antara kerja-kerja pembersihan dan servis adalah:
a) Membersih dan mencuci penapis udara.
b) Membersih dan mencuci fin pada gegelung penyejat.
c) Membersih dan mencuci gegelung pemeluwap.
d) Membersih saluran paip air bgunagan.
e) Membersih keseluruhan bahagian luar unit.
f) Membersih bahagian takungan air di menara pendingin.
g) Membuat pelinciran (Greasing) pada bearing.
h) Mengetat skru, bolt dan nat yang longgar.
i) Membersih papan suis dan litar penghidup dari habuk.
j) Mengetat skru pengikat pada setiap terminal pendawaian.
5.3.2 Merekod laporan Pemeriksaan
a) Setiap kriteria pemeriksaan yang dijalankan samada pada arus, suhu dan tekanan
hendaklah direkod pada borang laporan servis. Dari sinilah analisa keputusan dapat
dibuat .
b) Dalam keadaan yang tertentu, keputusan yang tepat hendaklah dapat dibuat setelah
dianalisakan bacaan arus, suhu dan tekanan.
c) Elakkan dari membuat keputusan malalui satu bacaan sahaja.
d) Kaedah bagi menganalisa keadaan operasi sistem ialah berpandukan kepada carta
tekanan entalpi. Sebagaimana contoh dibawah dengan merakamkan data-data suhu
sistem pada carta tekanan entalpi (molier).
Contoh:
Sebuah sistem penyamnan udara menggunakan R12 dengan data suhu seperti
dibawah:
Suhu bahan pendingin masuk ke pemampat = 10C.
Suhu Penyejatan = 5C.
Suhu bahan pendingin masuk ke tiub rerambut = 40C.
Suhu pemeluwap = 46C.

5.3.3 Servis
Perkhidmatan sengaraan, penjagaan dan membersih bahagian-bahagian luar sistem khasnya
unit penyaman udara bagi menghasilkan penyejukan yang lebih berkesan.

ajmt67

13

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.4 Penyelenggaraan sistem


5.4.1 Bahagian mekanikal
a) Pemampat
b) Pemeluwap
c) Peranti Permeteran
d) Penyejat
e) Mengecas
f) Alatan tambahan
5.4.2 Bahagian elektrikal.
a) Motor (Pemampat/kipas )
b) Suis
c) Beban Lampau
d) Alatan lain
e) Pemuat
f) Laras suhu
g) Wayar kabel
5.5 Merancang dan membuat jadual servis
Tujuan:
a) Menjalankan kerja servis mengikut jadual.
b) Membuat pengaggihan kerja.
c) Mengelakan pertindihan tugas.
d) Mengenalpasti kerja sevis yang perlu.
e) Menyusun kerja mengikut jadual.
f) Memberi kepuasan kepada pengguna.
5.5.1 Tujuan servis/penyelenggaraan
a) Memanjangkan hayat sistem.
b) Meningkatkan keupayaan sistem ke tahap maksima.
5.5.2 Panduan servis
a) Servis bulanan.
- Membersihakan turas (Filter)
- Jika kotoran dilakukan lebih kerap.
b) Servis Tahunan.
- Membersihkan pemampat, pemeluwap, penyejat, kipas, motor, casing dan
sebagainya.
- Pemeriksaan atau servis yang lebih kerap jika cepat kotor.

ajmt67

14

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.6 Penyelenggara Penapis udara


a) Penapis udara ataupun air-filter digunakan bagi setiap unit penyamanan udara untuk
memastikan udara yang diterima oleh penguna adalah bersih.
b) Udara dingin yang di sembur keluar dari evaporator akan memenuhi ruang bilik yang
di sejukkan dan kembali semula ke evaporator.
c) Sebelum memasuki evaporator udara ini akan melalui penapis udara dan segala
kekotoran yang terdapat bersama - sama udara ini akan di tapis oleh penapis udara
yang di pasang.
d) Penapis udara yang telah menjadi kotor dan tersumbat akan mengurangkan kadar
aliran udara menerusi turas dan keupayaan pendinginan.
e) Sekiranya tersumbat dengan banyak , tekanan rendah akan menurun dan memberikan
kekurangan keupayaan sistem.Oleh itu turas hendaklah di bersihkan sekurang kurangnya sebulan sekali atau lebih kerap.
f) Air atau penyembur angin(blower) boleh di gunakan semasa mencuci.
5.6.1 Jenis-jenis penapis udara (Air-filter)
Terdapat 3 jenis penyaring udara:
a) Penapis udara jenis pelekat.
b) Penapis udara jenis elektrostatik.
c) Penapis udara guna buang.
a) Penapis udara jenis pelekat
- Penapis udara jenis pelekat popular di gunakan dalam semua jenis alat
penyamanan udara.
- Penapis ini di perbuat daripada kaca gentian (fibre-glass), benang, bahan sintetik
dan aluminium.
- Penapis jenis ini hanya di lekatkan pada permukaan penyejat untuk menapis semua
kekotoran.
- Ia boleh menyingkirkan debu sehingga 90%.
- Kekotoran yang melekat pada penapis tidak seharusnya dibiarkan sehingga tebal
kerana ini boleh mengurangkan keupayaan penyerapan haba oleh penyejat.

Rajah 13: Penapis udara jenis pelekat

ajmt67

15

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

b) Penapis udara jenis elektrostatik


- Penapis udara jenis elektrostatik pula digunakan bagi unit penyamanan udara yang
dipasangkan di kilang-kilang perusahaan elektronik atau elektrik.
- Penapis ini dapat menapis habuk-habuk besi halus sehingga 600 kali.
- Apabila arus elektrik dialirkan masuk ke dalam dawai penapis, dawai tersebut
akan menjadi elektromagnet dan menarik habuk-habuk besi dalam udara yang
akan diagihkan ke dalam bilik.
- Oleh sebab voltan yang digunakan tinggi dan berbahaya maka unit penyamanan
udara mestilah diberhentikan daripada beroperasi semasa penapis ini berfungsi.

Rajah 14: Penapis udara jenis elektrostatik


c) Penapis udara pakai buang
- Penapis udara jenis pakai buang (throwaway) pula agak berbeza kerana ia direka
bentuk menjadi sebuah rangka yang di dalamnya diletakkan kasa-kasa dawai halus
atau kertas keras bersama-sama dengan tetulang dawai.
- Apabila kerja menservis dilakukan, penapis ini perlu ditarik keluar dari tempatnya
untuk dicuci dan dibersihkan.
- Walau bagaimanapun, penapis ini perlu diganti dengan yang baru dua kali setahun
untuk menjamin keupayaan penyerapan kekotoran.
- Penyamanan udara jenis berpusat (besar) menggunakan penapis udara jenis ini.

Rajah 15: Penapis udara pakai

ajmt67

16

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.7 Memeriksa dan menservis paip alir keluar.


a) Saluran paip alir keluar bagi sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara adalah
bertujuan untuk mengalirkan air yang di hasilkan oleh sistem, keluar dari sistem.
b) Air ini terhasil dari evaporator hasil dari proses penyejatan.
c) Air ini akan menjadi banyak kandungannya di dalam sistem apabila sistem dihidupkan
dengan lama.
d) Oleh itu saluran paip alir keluar mestilah dipasang bagi memastikan air akan keluar
dari sistem dan menggelakkan tumpahan air di dalam bilik yang didinginkan ataupun
di dalam kabinet penyejukbekuan.
Kabel sumber elektrik
Tiub kuprum(copper tube)
Paip saluran air

Tiub kuprum(copper tube)


Penebat tiub kuprum

Rajah 16: Gambarajah keratan sistem saluran


Terdapat dua jenis paip air yang digunakan iaitu:
a) Paip PVK (Polivinil Chloride pipe)
b) Paip besi galvani (G.I pipe)
5.7.1 Kaedah servis saluran paip air keluar
a) Menggunakan dawai halus yang lembut. Dawai halus yang lembut ini akan di tarik
keluar dan masuk di dalam saluran paip alir keluar yang hendak di servis.
b) Menggunakan hos getah / tembakan air dan bahan kimia. Bahan kimia hendaklah
dicurahkan kedalam salur paip alir keluar dan dibiarkan 10 minit. Hos getah ini akan
dimasukkan ke dalam saluran paip air yang hendak di servis dan dilalukankan air
kedalam saluran itu.
c) Menggunakan hand blower Angin yang di keluarkan oleh hand blower akan di
semburkan ke dalam saluran paip alir keluar yang hendak di servis.
5.7.2 Keselamatan paip alir keluar
Jangan menggunakan alat - alat yang keras ketika menservis paip alir keluar di takuti alat alat ini akan memecah dan membocorkan paip alir keluar tersebut

Rajah 17: Kedudukan paip alir keluar


ajmt67

17

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.8 Pendakap dan bingkai (Bracket and casing)


Jenis-jenis pendakap.
a) Jenis dinding
b) Jenis siling
c) Jenis lantai.
Bahan-bahan:
a) Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pendakap(bracket) ialah angle iron
mild steel. Ini kerana rupa bentuk dan sifat-sifat angle iron lebih kukuh dan ia
mudah dibentuk.
b) pendakap jenis dinding biasa digunakan pada unit luar yang saiznya antara kuasa
kuda hingga 3 kuasa kuda.
c) Pendakap jenis lantai pula adalah untuk unit luar yang melebihi 3 kuasa kuda dan juga
dipasang untuk unit pakej (packaged type).
d) Pendakap jenis siling adalah untuk unit dalam dan unit luar.
5.8.1 Jenis-jenis kerosakan pada pendakap dan bingkai
a) Karat
b) Tercabut pengikatnya.
c) Bengkok

Jenis siling

Jenis dinding

Jenis lantai
Rajah 18: Jenis-jenis pendakap

ajmt67

18

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.8.2 Senggaraan terhadap pendakap dan bingkai


a) Pendakap perlu dijaga dengan rapi. Kegunaan pendakap ialah untuk menampung
benda yang berat seperti unit luar.
b) Oleh itu binaan pendakap hendaklah kukuh dan kuat.
c) Seandainya pendakap tidak dipasang dengan kemas, dikhuatiri pendakap akan tercabut
dan unit luar akan jatuh. Ini akan merbahaya kepada pengguna.
d) Sekiranya pendakap itu berkarat, ia hendaklah di bersihkan dan disapu dengan cat anti
karat.
e) Sekiranya pengikat tercabut atau longgar dari pemegang pendakap maka hendaklah
diketatkan semula.
f) Sekiranya bengkok hendaklah diganti dengan yang baru.
g) Bingkai (casing) ialah badan(body) pada sesebuah unit penyaman udara.
h) Unit luar selalunya terdedah kepada hujan dan panas matahari. Oleh itu kebanyakkan
bingkai pada unit luar akan mudah berkarat.
i) Oleh itu sekiranya berkarat hendaklah disapu dengan cat anti karat.
j) Sekiranya bahagian yang berkarat itu perlu dibaiki, hendaklah ditampal dengan kaedah
kimpalan arka.

ajmt67

19

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.9 Penyambungan Kabel


Cara penyambungan kabel penyambung unit penyaman.
- Penyambungan kabel dalam unit penyaman bergantung kepada jenis unit.
- Bagi unit berasingan, sambungan akan dibuat pada unit dalam dan unit luar.
- Bagi unit tingkap, pasang terus pada sambungan yang telah tersedia.
- Panel sambungan kabel biasanya berada di bahagian hadapan unit dalam dan di bahagian
sisi unit luar.

Rajah 32: Litar penyambungan kabel elektrik

ajmt67

20

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.10 Pengemasan terakhir (Finishing)


5.10.1 Penebatan dan kemasan pada sambungan paip
- Bahagian sambungan paip hendaklah disaluti dengan bahan penebat haba, kemudian dibalut
dengan tape getah.
- Sila ikut cara pemasangan unit dalam bilik dan unit luar bilik untuk mengikatkan paip dan
kabel penyambung dengan tape getah, kemudian gunakan pengepit untuk kukuhkan
penyambungan.
- Bagi mengelakkan bahagian salur air dan paip yang terdedah menghasilkan titisan air, sila
balutkan bahagian ini dengan salur penebat untuk menambahkan lagi kesan penebatan haba.
- Sila sumbatkan liang-liang kecil dengan gam penampal.
5.10.2 Pemasangan alat kawalan jauh
- Alat kawalan jauh boleh diletakkan di atas pemegangnya yang dipasang pada dinding atau
tiang.
- Jika anda ingin mengendalikan alat kawalan jauh di atas pemegangnya, sila pastikan
isyaratnya boleh diterima oleh mesin penyaman udara terlebih dahulu bagi menentukan
kedudukan pemegangnya. Penyaman udara akan mengeluarkan bunyi beep apabila
menerima isyarat dari alat kawalan jauh. Selain itu, cahaya lampu juga boleh mempengaruhi
penerimaan isyarat, oleh itu sila pasangkan lampu semasa hendak menentukan kedudukan
pemegang walaupun pada siang.
- Alat kawalan jauh hendaklah disisipkan daripada atas ke bawah pemegangnya seperti
ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.
5.10.3 Memasukkan/mengecas gas ke dalam sistem unit penyaman
- Ada beberapa cara atau kaedah untuk mengisi bahan pendingin untuk unit penyaman di
rumah iaitu:
a) Kaedah berat - menggunakan timbang kilogram.
b) Kaedah suhu - menggunakan thermometer untuk mengambil bacaan suhu.
c) Kaedah tekanan - menggunakan bacaan tekanan pada tolok pancarongga(manifold
gauge).
d) Kaedah arus - menggunakan meter kapit (clamp meter) untuk mengambil bacaan
ampere unit.
- Namun demikian kaedah yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan kaedah
tekanan(pressure) yang menggunakan tolok pancarongga.

ajmt67

21

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Langkah kerja menggunakan kaedah tekanan(pressure)


a) Harus diambil perhatian semasa melakukan kerja-kerja ini, hendaklah memakai
pelindung mata untuk mengelakkan gas terpercik terkena mata.
b) Pasangkan tolok pancarongga pada unit penyaman udara di mana hos biru
disambungkan ke injap tekanan rendah manakala hos kuning disambungkan ke tangki
bahan pendingin R22 (untuk unit penyaman 1 kuasa kuda (1HP) tiada injap tekanan
tinggi yang mana sepatutnya hos merah dari tolok pancarongga disambungkan).
c) Selepas hos kuning disambung ke tangki R22, satu proses yang dinamakan
penyingkiran(purging) iaitu membuka sedikit hujung penutup hos kuning pada tolok
pancarongga supaya udara dan lembapan yang terdapat di dalam hos kuning akan
disingkirkan.
d) Selepas itu buka injap pada tangki R22 dan buka injap tangan pada tolok pancarongga
yang berwarna biru pada arah lawan jam, sedikit demi sedikit dan pada masa ini beban
akan dimasukkan ke dalam sistem, perhatikan jarum penunjuk pada tolok
pancarongga, biasanya ia akan menaik sehingga ke satu tahap ia akan berhenti atau
perlahan.
e) Pada masa ini unit penyaman akan dihidupkan supaya gas bahan pendingin akan
masuk ke dalam sistem dengan lebih efisien dan pada masa inilah tekanan 60 -70 psi
diambil setelah unit dihidupkan sekitar 5 minit ke atas.
Selepas bacaan tekanan sudah mencapai 60 -70 psi, maka bolehlah ditutup injap pada tangki
R22 dan tutup injap tangan pada tolok pancarongga ikut arah pusingan jam. Buka sambungan
pada injap tekanan rendah di tepi unit penyaman itu.

ajmt67

22

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.11 Proses Menurunkan Bahan Pendingin (Pump-Down)

Rajah19: Tatacara membuat pump-down


Langkah kerja
a) Pasang tolok pancarongga pada unit (pada injap A dan B)
b) Periksa tekanan sistem-tekanan rendah (suction line melebihi 120 psig)
c) Hidupkan unit pastikan jarum tolok turun antara 55 psig hingga 80 psig
d) Biarkan tekanan sistem stabil
e) Tutup injap A (liquid valve), kemudian buka semula satu pusingan.
f) Tutup injap valve), sehingga jarum tolok tekanan rendah akan naik kemudian buka
semula injap B supaya jarum tolok berada di tempat asal.
g) Tutup injap A (liquid valve) sepenuhnya, pastikan jarum tolok tekanan rendah turun
sehingga mencapai bacaan tolok antara 10 psi 0 psi.
h) Kemudian tutup injap (B) (suctionvalve) sepenuhnya
i) Off kan unit (D.O.L starter / Remote control)
j) Utamakan Keselamatan

ajmt67

23

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.12 Sistem Pengungsian (VACUUM SYSTEM)

Rajah 20: Tatacara pengungsian


Apabila kita memperbaiki kebocoran atau menggantikan alat-alat yang rosak, perlulah sistem
tersebut divakum terlebih dahulu, ini bertujuan untuk membuang segala kekotoran dan
kelembapan udara di dalam sistem.
Cara-cara pengungsian sistem dapat dilihat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 20.
Langkah-langkah kerja pengungsian (vacuum)
a) Gunakan pam vakum yang baik. Tukarkan minyak pam vakum selalu supaya pam
boleh bekerja dengan baik.
b) Gunakan tolok pan yang baik untuk kerja-kerja pengungsian, pastikan jarum tolok
tekanan rendah pada bacaan 0 psig.
c) Pasang hos tekanan rendah (Biru) pada suction valve (B).
d) Pasang hos rawatan (kuning) pada pam vakum.
e) Hidupkan pam vakum dan buka injap tolok tekanan rendah perlahan-lahan supaya
minyak di dalam pemampat tidak disedut keluar.
f) Pastikan jarum tolok tekanan rendah turun sehingga 30 inch Hg / 76 cm Hg / 760 mm
Hg (merkuri).
g) Jalankan pam vakum kira-kira 15 minit atau 30 minit.
h) Tutup injap tolok tekanan rendah kemudian hentikan pam vakum, biarkan manifold
gauge pada sistem, lihat jarum tolok tekanan rendah, jika jarumnya naik ini.
menunjukkan ada kebocoran di dalam sistem.
i) Jika tiada kebocoran, masukkan bahan pendingin dan charging sistem.
j) Utamakan Keselamatan

ajmt67

24

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.13 Mengecas bahan pendingin (Charging System)

Rajah 21: Tatacara mengecas bahan pendingin


5.13.1 Mengecas wap bahan pendingin berpandukan tekanan
a) Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu
b) Kesan kebocoran seperti yang telah diterangkan sebelum ini
c) Lakukan pengungsian
d) Setelah proses pengungsian selesai, tutup injap di tolok pancarongga dengan rapi dan
tutup bekalan pam vakum
e) Tanggalkan hos rawatan di pam vakum
f) Sambungkan hos rawatan ke tangki servis bahan pendingin
g) Buka injap di tangki servis bahan pendingin
h) Lakukan pelegaan di hos rawatan
i) Buka sedikit injap di tolok pancarongga dengan perlahan-lahan. Biarkan wap bahan
pendingin masuk ke dalam sistem dengan kadar yang melebihi tekanan atmosfera
j) Tutup semula injap di tolok pancarongga
k) Jalankan sistem tersebut.
l) Semasa sistem sedang beroperasi, masukkan sedikit demi sedikit wap bahan pendingin
dengan membuka injap di tolok pancarongga di bahagian tekanan rendah.
m) Jika tekanan saluran sedutan telah sampai ke takat tekanan yang dikehendaki, tutup
injap di tolok pancarongga dan tolok di tangki bahan pendingin.
n) Tutup injap (jika injap servis kedudukan ke belakang), jika ada. Jika sistem tersebut
menggunakan injap tangan, maka perlulah dikapit terlebih dahulu. Setelah dikapit,
tanggalkan hos tekanan rendah dan tanggalkan injap tangan.

ajmt67

25

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

5.14 Mengesan kebocoran (Leaking system)


Cara pengujian tekanan dalam
a) Pasangkan tolok pancarongga pada sistem.
b) Pastikan hos tekanan rendah dipasang pada saluran sedutan.
c) Pastikan hos tekanan tinggi dipasang pada saluran nyahcas.
d) Pastikan hos rawatan dipasang di tangki nitrogen/karbon dioksida/bahan pendingin.
e) Buka injap di tangki nitrogen dan injap tangan di tolok pancarongga tekanan rendah.
f) Masukkan gas nitrogen ke dalam sistem pada kadar tekanan di bawah 12 kg/cm (170
psi).
g) Setelah gas dimasukkan ke dalam sistem, tutup injap tolok pancarongga.
h) Setelah itu barulah proses mengesan kebocoran dapat dilakukan.
Dua cara yang popular ialah dengan menggunakan pengesan gas bocor (Gas leakage detector)
ataupun dengan menggunakan buih sabun.
Rajah 22 menunjukkan penggunaan alat penguji kebocoran untuk memastikan sama ada
terdapat agen penyejuk terbocor keluar dari bahagian sambungan soket atau tidak. Jika
terdapat kebocoran, sila ketatkan lagi sambungan untuk menghalang kebocoran. (Gunakan
pengesan(detector) atau buih sabun (Rajah 23).

Rajah 22: Memeriksa kebocoran gas menggunakan pengesan


Buih sabun

Tiub penyejukan
Rajah 23: Memeriksa kebocoran gas menggunakan buih sabun
Mengesan kebocoran dengan menggunakan larutan buih sabun
a) Lakukan pengujian tekanan terlebih dahulu.
b) Letakkan larutan buih sabun pada semua sambungan atau bahagian-bahagian yang
bengkok atau tempat-tempat yang disyaki bocor.
c) Perhatikan dengan teliti keadaan buih sabun tersebut. Jika terdapat kebocoran, buih
sabun tersebut akan membesar (menggelembung).
ajmt67

26

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

6. MENGESAN DAN MENGUJI KEMAMPUAN SISTEM


6.1 Mengesan kerosakan pada litar kawalan
Litar kawalan sering mengalami kerosakan samada terjadi litar pintas, litar terbuka, kerosakan
pembumian atau sebagainya. Pemasangan litar kawalan khususnya pada unit yang besar
menggunakan penghidup seperti berikut:
a) DOL Starter/litar kawalan terus, untuk motor berkuasa 0.37 KW(0.5 HP) hingga
2.2KW (3 HP).
b) Penghidup Bintang Delta/Star Delta. Untuk motor yang berkuasa 7.5 KW (3 HP)
hingga 7.46 KW(10 HP).
c) Penghidup Alat Ubah/Auto Transfomer. Untuk motor yang berkuasa 7.5 KW (10 HP)
hingga 18.6 KW(25HP).
d) Penghidup rintang sekunder/Rotor Resistence. Untuk Motor yang berkuasa melebihi
18.6 KW (25 HP keatas ).
Sebarang projek yang dilakukan mestilah diberitahu kepada tenaga pengajar yang berkenaan,
begitu juga peralatan yang digunakan mestilah memperolehi kebenaran terlebih dahulu.
6.2 Langkah-langkah melakukan kerja-kerja mengikut Peraturan
a) Sebarang projek atau kerja yang dilakukan mestilah mendapat kebenaran daripada
tenaga pengajar terlabih dahulu.
b) Mengetahui aturcara atau langkah melakukan projek yang ingin dilakukan.
c) Menggunakan peralatan yang tidak rosak.
d) Menggunakan peralatan mengikut penggunaannya bagi mengelakan kerosakan pada
alat jika digunakan di luar kemampuan alat tersebut.
e) Sebarang kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan kepada juruteknik yang
berkenaan.
f) Melakukan projek di tempat yang telah dikhaskan. Mengutamakan keselamatan
semasa melakukan projek.
g) Menyimpan segala peralatan pada tempat asal dan membersihkan tempat kerja setelah
selesai.

7. PEMERIKSAAN SISTEM
Untuk menentukan samada sesebuah sistem penyaman udara berfungsi dengan baik dan
beroperasi dengan baik, pemeriksaan secara terperinci perlu dilakukan. Dari pemeriksaan
inilah seseorang mekanik itu dapat menganalisa dan memberi keputusan hasil penelitiannya.
Keputusan yang tepat tentunya datang dari individu yang berpengetahuan, cekap dan
berketerampilan. Justeru itu langkah pertama anda sebelum memeriksa sistem tersebut ialah
anda mestilah betul-betul berpengetahuan dan memahami fungsi, operasi dan lain-lain perkara
berkaitan sistem penyaman udara serta setiap komponen yang dipasang pada sistem tersebut.
7.1 Pemeriksaan secara menyeluruh adalah meliputi perkara di bawah:
a) Komponen utama Dapat berfungsi dengan baik atau sebalikanya.
b) Komponen tambahan sama seperti diatas.
c) Salur tiub tiada kemek, geseran , gegaran atau sentuhan dengan lain-lain tiub atau
komponen.

ajmt67

27

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

d) Pusingan kipas gerakan yang licin, tidak bising, kurang gegaran atau pusingan
seimbang dan tidak bersentuhan dengan objek yang lain.
e) Kekotak / kerangka Pastikan dalam keadaan yang baik dan tidak berkarat dan masih
teguh atau kuat.
f) Skru Pengikat Dalam keadaan yang ketat dan tidak berkarat .
g) Komponen elektrik Dapat berfungsi dengan baik dan selamat.
h) Kabel dan Penyambung Penebat yang baik dan iakat yang ketat dan selamat.
i) Lain lain yang difikirkan perlu.
- Selain pemerikasaan diatas biasanya pemerikasaan terhadap operasi sistem dilakukan yang
meliputi pemerikasan pada:
a) Tekanan
b) Suhu
c) Arus
Kaedah, tujuan, cara dan penganalisanya sama seperti pemeriksaan pada peti sejuk.
7.2 Memeriksa keadaan operasi sistem
a) Arus :- Pemeriksaan ini cara pemeriksaan yang paling mudah kerana ia hanya
dilakukan hanya merancang atau mengcngkupkan clamp amp meter pada wayar hidup
motor pemampat dan bacaan arus dapat direkodkan terus.
Keputusan:
- Jika arus sama dengan arus mengikut panduan servis bermakna operasi motor
berada dalam keadaan baik.
- Jika arus melebihi had ini menujukan sistem menghadapi masalah,
kemungkinannya banyak kerosakan seperti tersumbat, pembebasan haba di
pemeluwap terhalang dan voltan rendah atau sebagainaya.
- Jadi pemeriksaan terperinci perlu dilakukan Jika arus rendah dari sepatutnya
menunjukan kemungkin sistem kekeurangan gas mengalami kebocoran dan
sebagainya.

b) Suhu Pemeriksaan suhu operasi sistem kebiasaanya dijalankan pada penyejat dan
pemeluwap menggunakan jangka suhu jenis poket dan dial.
Keputusanya :- Suhu opersasi yang baik mestilah hampir sama dengan suhu yang ditunjukan pada
buku panduan servis.
- Jika suhu penyejat tinggi bebrapa kemungkinan masalah seperti kekurangan gas,
sistem tersumbat, pelarasan termostat tidak betul, kebocoran haba dan lain-lain
yang perlu dibuat pemeriksaan ayang lebi teliti bagi mengesanya.
- Jika suhu terlalu rendah mungkin juga di sebakan kerorakan pelarasan suhu atau
lain-lain masalah yang berkaitan.

ajmt67

28

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

c) Tekanan - Sekiranya manifold gas telah dipasang pada bahagian tertentu pada sistem
pemeriksaan lebih mudah dan cepat dilakukan. Jika sebaliknya kita mestilah terlebih
dahulu memasang manifold gas pada sistem, biasanya ia di pasang di bahagian
tekanan tinggi dan tekanan rendah.
Keputusannya:
- Tekanan operasi sistem yang baik adalah sama atau hampir sama dengan tekanan
mengikut buku panduan servis.
- Jika bahagian tekanan tinggi terlalu tinggi tekananya ini mungkin disebabkan
lebihan cas, pemeluwap kotor , tersumbat pada alat pengjangkaan atau alur keluar
cecair dan lain-lain.
- Jika bahagian tekanan rendah terlalu tinggi bacaannay ia mungkin disebabkan
lebihan cas, gasket dan injap reed pemampat bocor, saiz atau larasan injap
penjangkaan tidak betul dan sebagainya.
- Jika bahagian tekanan tinggi terlalu rendah tekananya, Ia mungkin ekoran dari
kurang gas, sistem tersumbat, pelarasan suhu rosak dan sebagainya.
7.3 Menguji unit semasa beroperasi
Bagi memastikan sistem penyejukan dan penyaman udara beroperasi dengan baik atau
sebaliknya, tidak semestinya pemeriksaan secara menyeluruh pada setiap komponen.
Pemeriksaan pada suhu, arus dan tekanan operasi sudah cukup memberi gambaran bagi
membantu kita membuat penganalisa dan keputusan. Bagaimanapun sebelum penganalisa dan
keputusan dapat dirumuskan. Seseorang mekanik mestilah terlebih dahulu cukup kenal dan
faham jenis dan fungsi setiap komponen yang dipasang pada sistem. Begitu juga dengan cara
mengguna dan membaca alat ukur berkaitan seperti manifold gas, termometer, amp meter dan
sebagainya yang telah di libatkan.
7.4 Mengesan kerosakan elektrik
Terdapat dua jenis litar iaitu litar penyejukan dan litar penyamanan udara, ianya termasuklah
jenis untuk penggunaan industri, domestik dan komersial.
a) Litar elektrik penyamanan udara
- Sius pilihan digunakan untuk memilih punat tekan hidup, kipas, dingin-laju dan
dingin perlahan. Apabila punat tekan henti ditekan, kesemua suis punat tekan akan
terbuka dan akan menyebabkan arus elektrik tidak dapat mengalir ke semua
komponen dalam unit penyamanan udara.
b) Litar penyejukan
- geganti permulaan dipasang bersama larasuhu dalam satu tempat. Ianya bertujuan
untuk menyambungkan bekalan AU ke gegelung mula dan memutuskannya
apabila motor mencapai 75% daripada pusingan penuh.

ajmt67

29

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

8. Kerosakan Motor
- Kerosakan motor elektrik terbahagi kepada dua iaitu :
a) Bahagian elektrikal
b) Bahagian mekanikal
8.1 Elektrikal
a) Masalah kerosakan motor elektrik adalah sama pada motor kedap udara atau motor
jenis terbuka.
b) Masalah motor terbuka adalah kecil dan senang untuk memahami atau menentukannya
sebab ia boleh dibuka kerap kali untuk dilihat atau diservis..
c) Apabila motor jenis terbuka dibuka , kerosakan dapat ditentukan dengan senang
kerana lilitan motor boleh dilihat semuanya dan bunyinya setelah di ON pada
keseluruhan motor.
d) Berbanding dengan masalah motor kedap udara, perlatan mestilah / perlu digunakan
kerana ia hanyalah menentukan masalah kekotoran sahaja.
e) Masalah kerosakan motor elektrik biasanya disebabkan oleh tiga punca kerosakan
iaitu:
- Lilitannya terbuka.
- litar pintas dari lilitan pada / dengan badan motor.
- litar pintas dari lilitan ke lilitan.
8.2 Mengenal dan menentukan kerosakan
Kerosakan
Unit tidak hidup

ajmt67

Kemungkinan
1. Fius terbakar.
2. Pendawaian longgar atau
putus.
3. Voltan rendah.
4. Suis pilihan rosak.

Pembaikan/Pemulihan
1. Periksa wayar pintas pada
semua punca. Ganti suis.
2. Ketatkan wayar dan
tukarkan wayar.
3. Uji voltan. Voltan
mestilah di antara 10%
daripada voltan yang
dibekalkan.
4. Uji voltan pada suis. Jika
voltan betul tetapi
keterusan tidak ada, ganti
suis.

30

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Kerosakan

Kemungkinan

Kipas kendali tetapi


pemampat tidak berkendali

1. Termostat rosak.
2. Pendawaian rosak atau
longgar.
3. Pemuat penghidup atau
pemuat pejalan rosak.
4. Beban lampau rosak.
5. Voltan rendah.

Fius terbakar

1. Wayar pintas atau wayar


salah pasang.
2. Pemuat penghidup
pejalan atau pemuat
pejalan terpintas.
3. Pemampat terpintas atau
melekat.
4. Pemampat susah hendak
hidup.
1. Voltan rendah.
2. Aliran udara tersekat
melalui pemeluwap.
3. Pemampat kotor dan
tersumbat.
4. Bebuli perasa larasuhu
terkena penyejat.
5. Beban lampau rosak.

Pemampat henti hidup

Unit bergegar

ajmt67

1. Tiub nyahcas atau


sedutan terkena
permukaan besi.
2. Penutup pemuat atau
penutup kotak simpang
pemampat longgar.
3. Bilah kipas longgar atau
bengkok.
4. Motor kipas terkeluar
daripada jajaran atau
cagak longgar.

Pembaikan/Pemulihan
1. Buat pintas pada punca
thermostat, jika
pemampat hidup, tukar
thermostat.
2. Periksa pada punca
pemampat dan pada
sambungan wayar. Tukar
jika rosak.
3. Uji pemuat penghidup
dan pemuat pejalan. Jika
rosak, tukarkan.
4. Tukar beban lampau.
5. Uji voltan, baiki
1. Periksa pendawaian. Buat
pembetulan jika salah.
2. Uji kedua-dua pemuat.
Tukar jika rosak.
3. Periksa pemuat. Baiki
atau tukar jika perlu.
4. Periksa voltan rendah di
penghidup.
1. Uji voltan dan arus. Baiki
jika perlu.
2. Periksa kipas dan punca
udara tersekat. Baiki.
3. Bersihkan sirip
pemeluwap.
4. Pasangkan di tempat asal
iaitu di udara kembali.
5. Tukar.
1. Bengkokkan tiub yang
terkena permukaan besi.
2. Ketatkan.
3. Tukar kipas motor.
4. Betulkan jajaran dan
ketatkan cagak.

31

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Kerosakan

Kemungkinan

Titisan air dari unit

1. Aras unit tidak rata.


2. Salir alir memeluwap
tersumbat.
3. Panci penyejat atau
selubung kipas bocor.

Kipas bising

1. Kipas tergesel dengan


permukaan.
2. Motor kipas atau kipas
longgar.
3. Kipas bengkok.
1. Turas tersumbat.
2. Udara luar masuk ke
dalam unit.
3. Udara melalui
pemeluwapan tidak
cukup.
4. Pemeluwap tersumbat.
5. Udara panas pemeluwap
masuk ke dalam unit.
6. Pemampat atau sistem
penyejukan kurang
keupayaan.

Keupayaan unit tidak cukup

Penyejat fros

ajmt67

1. Turas kotor atau


tersumbat.
2. Kipas penyejat rosak.
3. Udara luar terlalu sejuk.
4. Penyejat kotor atau
tersumbat.

Pembaikan/Pemulihan
1. Araskan unit atau
condongkan ke bawah di
bahagian luar.
2. Bersihkan salir air
memeluwap.
3. Gunakan permagnum
atau sebatian adang untuk
adang kebocoran.
1. Periksa kelegaan kipas
dengan permukaan.
2. Ketatkan kipas dan motor
kipas.
3. Periksa. Tukar jika perlu.
1. Bersihkan atau tukar
turas.
2. Periksa lubang udara.
Tutup dengan ketat walau
didapati terbuka.
3. Periksa udara
pemeluwap.
4. Bersihkan.
5. Periksa halangan udara
pemeluwapan.
6. Kurang cas, tiub rerambut
tersumbat. Tambah cas
dan tukar tiub tersumbat.
1. Bersihkan atau tukar
turas.
2. Baiki atau tukarkan.
3. Periksa jika udara luar
terlampau sejuk.
4. Bersihkan penyejat.

32

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

MASALAH
1. Sistem tidak beroperasi.

2. Sistem beroperasi hanya seketika.

3. Sistem beroperasi terus menerus.

4. Sistem sangat bising

5. Saluran sedutan fros


6. Saluran cecair fros
7. Pemampat terlalu panas

8. High head pressure atau high


condensing

ajmt67

SEBAB ATAU PUNCA


1. Fius terputus.
2. Overload trip.
3. Sambungan wayar longgar atau terputus.
4. Pendawaian rosak.
5. Bekalan elektrik terputus.
1. Kekurangan bahan penyejuk.
2. Termostat rosak.
3. Oil binding terbentuk di penyejat.
4. High condensing.
5. Metering device tersumbat.
6. Udara bercampur dengan bahan
pendingin (none condensable gas).
1. Kekurangan bahan penyejuk.
2. Pendawaian tidak betul.
3. Beban haba yang terlalu banyak.
4. Kapasiti unit yang terlalu kecil.
5. Thermostat dilaras terlalu rendah.
1. Lebihan cas bahan pendingin.
2. Pemampat bergegar.
3. Tekanan tinggi terlalu tinggi.
4. Kerosakan mekanikal pemampat.
1. Kekurangan bahan pendingin.
2. Cecair memasuki pemampat.
1. Filter-drier tersumbat.
2. Metering device tersumbat.
1. Kekurangan bahan pendingin.
2. Kekurangan minyak pemampat.
3. High condensing.
4. Kerosakan mekanikal pemampat.
1. Pemeluwap kotor.
2. kipas pemeluwap rosak.
3. pembebasan haba di pemeluwap
terhalang.
4. Pam air pemeluwap tidak beroperasi.
5. Kipas di menara pendingin tidak
beroperasi.
6. Udara terperangkap di paip air atau
Airlock

33

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

9. Mengesan dan Menguji Alat Kawalan


Alat kawalan elektrik digunakan adalah bertujuan untuk memelihara komponen dengan
selamat.
Terdapat empat jenis alat kawalan elektrik iaitu:
a) Larasuhu.
b) Pelaras tekanan
c) Suis tekanan minyak.
d) Pemasa nyahfros.
9.1 Larasuhu (thermostat)
Ia mengawal suhu dalam peti sejuk pada bilik pada kadar yang dikehendaki dengan cara
memutuskan dan menyambungkan litar. Terdapat dua jenis larasuhu iaitu:
a) Dwilogam.
b) Buli perasa ( tekanan )
i.
Dwilogam
Ia terdiri daripada dua logam iaitu kuprum dan keluli. Apabila sejuk kuprum
mengecut dengan cepat dan menyebabkab sesentuh terbuka dan memutuskan litar.
Apabila suhu panas kuprum mengembang lebih cepat dari keluli dan akan
menyebabkan sesentuh tertutup.
ii.

Buli perasa (tekanan)


Ia dipasang pada penyejat. Buli ini dihubungkan dengan tiub rerambut. Dalam
bebuli terdapat sejenis bendalir yang menghasilkan tekanan pada sebarang
perubahan suhu.

9.2 Pelaras tekanan


Tujuan penggunaan pelaras alat kawalan tekanan ialah untuk memelihara pemampat supaya
berada dalam keadaan tekanan tertentu. Terdapat dua jenis alat pelaras tekanan:
a) Pelaras tekanan tinggi ( high pressure switch )
b) Pelaras tekanan rendah ( low pressure switch )

9.3 Mengenal pasti komponen elektrik yang rosak


Pada pemampat motor
MASALAH
1. Tidak ada dengung dan tidak berputar.

SEBAB-SEBAB
- pemutus beban lampau terpelantik.
- pemutus beban lampau rosak
- pendawaian tidak betul
- sesentuh kawalan terbuka

2. Berputar tetapi bising

- bahan pendingin lebih


- tekanan kepala tinggi.

ajmt67

34

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

Pada Motor Kipas


MASALAH

SEBAB-SEBAB

1. Tidak berputar

- beban lebih terputus


- wayar putus atau sambungan longgar

2. Tidak berputar, membakar dan bila


beban lebih ia putus.

- motor terbakar.
- pemuat putaran salah saiz atau terbakar.

9.4 Memeriksa dan menguji komponen


Untuk memeriksa komponen-komponen elektrik bagi mengetahui sama ada ia terbuka atau
tidak ialah dengan menguji keterusannya menggunakan multimeter. Kaedahnya ialah dengan
menyambungkan kedua-dua kuar meter penguji pada terminal komponen seperti di bawah.
Keputusan :
- Jika ada keterusan, ini menandakan komponen tersebut adalah baik.
- Jika tiada keterusan ini menunjukkan komponen ini atau tersebut terbuka atau putus.
9.5 Litar pintas
Ia terjadi apabila pengalir fasa (kabel hidup) dan neutral tersentuh antara satu sama lain.
Perkara tersebut terjadi disebabkan oleh salah satu dari gejala di bawah:
a) Penebat kabel pecah atau rosak.
b) Pengalir yang longgar dari punca sambungan hingga bersentuhan dengan pengalir
kutub yang lain.
c) Berlaku pintasan pada pengalir yang sepatutnya berperintang.
9.5.1 Langkah atau tatacara mengesan litar pintas.
a) Tanggalkan pengalir fasa dan neutral bagi litar yang dijangkakan berlaku pintasan dari
kotak agihan.
b) OFF semua suis dalam litar.
c) Tanggalkan semua beban.
d) Jalankan ujian rintangan penebatan.
e) Sambungan prod penguji meter ohm di antara pengalir fasa dan neutral dalam kotak
fius agihan.
f) ON setiap suis mengikut giliran sehingga bacaan meter ohm menunjukkan rintangan
yang rendah (0).
g) Kerosakan terjadi pada suis ataupun komponen berperintang yang menunjukkan
rintangan rendah.
h) Betulkan kerosakan tersebut atau tukar yang baru.

ajmt67

35

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

9.6 Menentukan sambungan dan punca sambungan motor.


Bagi menentukan punca gelung motor pula mestilah mengikut kaedah pegukuran dan
penentuan
berpandukan multimeter, seperti contoh di bawah;
a) motor pemampat
- motor pemampat mempunyai tiga terminal sambungan iaitu :
i. common-rintangan tertinggi
ii. starting-rintangan pertengahan
iii. running-rintangan paling rendah
b) motor kipas
- motor kipas mempunyai jumlah punca kabel bergantung kepada jumlah berkelajuan
sama ada satu, dua atau tiga kelajuan. Dari sinilah dapat ditentukan mengikut turutan
di bawah:
i. starting rintangan tertinggi
ii. running rintangan kedua tertinggi
iii. low speed ketiga tertingga
iv. medium speed keempat tertinggi
v. high speed paling rendah
10. Memeriksa Komponen Mekanikal
Pengenalan
Sesebuah sistem mestilah perlu dilakukan kerja-kerja menguji terlebih dahulu sebelum
dioperasikan atau dihidupkan. Ia dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui sama ada
sistem tersebut layak atau boleh dihidupkan ataupun tidak boleh dihidupkan. Kerja-kerja
untuk menentukan sama ada unit boleh dioperasikan atau tidak ialah commissioning test.
10.1 Peringkat Commisioning
Sistem yang akan dibuat commissioning melalui berbagai-bagai peringkat. Peringkat
peringkat tersebut ialah ;
1. Pre-commisioning
2. Final-commisioning
10.1.1 Pre-commisioning
Pada peringkat ini pemeriksaan dilakukan secara pemerhatian ke atas bentuk fizikal sistem.
Pemerhatian adalah untuk memastikan sistem dipasang mengikut rekabentuk yang telah
ditetapkan. Contoh pemerhatian secara fizikal ke atas sistem yang dipasang adalah:
Sistem : Bilik sejuk ( Cold Room )
- saiz dan ukuran bilik sejuk
- kedudukan unit pemeluwap
- kapasiti unit yang digunakan
- kekemasan lantai
- cat dan warna dinding
- pemasangan kabel dan pendawaian
- papan switch
ajmt67

36

ETE 602 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK

- bekalan kuasa elektrik


- paip salur air buang
Sistem : Penyamanan udara kemas siap sejukkan air :
- saiz dan kapasiti unit
- kedudukan unit penyejukan dan menara penyejuk
- sesalur udara
- kedudukan dan jenis pam air
- cat dan warna pada paip air
- papan suis
- pemasangan kabel dan pendawaian
- paip dan salur air buang
- damper , diffuser, air register, return air, grill dan lain-lain lagi.
10.1.2 Final commissioning
Pada peringkat ini adalah peringkat yang paling mustahak sekali. Pada peringkat ini sistem
akan ditentukan operasi menepati reka bentuk dan kriteria yang ditetapkan atau dikehendaki.
Sistem akan diuji keupayaan yang mana adakalanya mengambil masa yang lama sehingga
kepada beberapa hari. Di antara ujian dan pemeriksaan yang dibuat adalah:
Sistem : Water cooled package unit
- suhu penyejatan, pemeluwapan, udara masuk dan udara keluar
- jenis bahan pendingin
- tekanan sedutan dan luahan
- arus larian pemampat, motor kipas dan lain-lain
- arus gerak mula pemampat, motor kipas dan lain-lain
- voltan bekalan
- suhu air masuk dan suhu alir keluar
- isipadu dan kelajuan udara di salur udara
- suhu udara bekalan dan suhu udara kembali
- gegaran, paras bunyi, kapasiti penyejukan dan sebagainnya.
11. Rekod dan Data
Data ini akan disimpan bagi tujuan penyelengaraan, ubahsuai dan pembaikan yang mungkin
akan dilakukan. Rekod adalah yang disimpan adlah termasuk:
-Lukisan yang berkaitan.
-Diagram litar pendawaian.
-Maklumat operasi sistem.
-Penerangan tentang penyelenggaraan.

ajmt67

37

Anda mungkin juga menyukai