Anda di halaman 1dari 5

STRUKTUR KARANGAN CEMERLANG

Pendahuluan
# Pilih soalan yang paling dikuasai. Fahami kehendak soalan.Mulakan dengan ayat rangsangan yang menyentuh tema
karangan secara umum(untuk merangsang pembaca). Ulas isu dalam soalan dengan baik. Berhati-hati semasa mengulas
isu dalam pendahuluan agar tidak mengulas isi karangan.
# Perlu mempunyai ayat arahan iaitu ayat yang menyentuh kata kunci/kehendak karangan dan hala tuju karangan
Soalan 1: Teater merupakan kesenian yang mempunyai ciri,nilai seni, dan fungsi yang tersendiri. Walau bagaimanapun,
unsur seni ini masih belum mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kita kini. Bincangkan sebab wujudnya
keadaan sedemikian
Pendahuluan: Teater merupakan sejenis drama pentas yang dapat menyemai bakat seni lakon dalam kalangan mereka
yang berminat.(teknik pendefinisian-pengetahuan am calon luas) Kegiatan seni ini bukan sahaja memberikan hiburan
kepada si pelakon, malah kepada penontonnya. Di samping memenuhi masa lapang, seni ini dapat menyemai dan
menyuburkan bakat lakonan dan penulisan skrip drama. Kini, seni teater semakin mendapat perhatian masyarakat di
negara kita. Hal ini terbukti daripada kekerapan penggiat seni teater mengadakan pementasan teater, terutamanya di Kuala
Lumpur. (calon menganalisis dengan baik senario semasa-tidak terlalu terikat dengan kenyataan dalam soalan).
Walaupun sambutan terhadap sesetengah teater adalah menggalakkan, tetapi secara keseluruhannya kegiatan seni teater ini
masih kurang menarik perhatian masyarakat dan keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor. (calon menulis ayat
arahan yang menyatakan kata kunci soalan iaitu faktor-pemeriksa jelas tentang hala tuju karangan calon)
Soalan 2: Banyak penduduk di Negara Dunia Ketiga masih berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit seperti taun,
malaria, dan batuk kering. Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan keadaan tersebut dan kemukakan
cadangan untuk mengatasinya
Pendahuluan: Negara-negara Dunia Ketiga yang umumnya terdiri daripada negara-negara miskin dan mundur masih
mengalami masalah rebakan penyakit berjangkit yang boleh mengancam nyawa, seperti penyakit malaria dan taun. ( calon
membuat klasifikasi Negara Dunia Ketiga dengan betul dan mengaitkan dengan isu-pengetahuan am luas).
Kebanyakan Negara Dunia Ketiga merupakan negara-negara miskin di Asia, di Afrika, dan di Amerika Latin yang pada
umumnya merupakan negara tropika yang terkenal dengan pelbagai penyakit berjangkit yang dibawa oleh serangga
seperti nyamuk dan lalat.(calon memperkukuhkan huraian dengan menyatakan contoh). Terdapat pelbagai punca yang
perlu dikenalpasti supaya penularan wabak ini dapat ditangani dengan baik (calon menulis ayat arahan yang
menyatakan kata kunci soalan iaitu punca-hala tuju karangan jelas)
# Untuk menghasilkan pendahuluan yang baik, calon boleh menggunakan beberapa teknik seperti memberikan definisi,
mengemukakan sejarah atau latar belakang, mengemukakan situasi semasa tentang sesuatu tajuk,
mengemukakankutipan(quotation), mengemukakan peribahasa atau cogan kata dan mengemukakan persoalan (rujuk buku
Oxford Fajar m/s 189)
# Ingat, pendahuluan penting kerana melibatkan persepsi awal/ impression pemeriksa terhadap calon. Jika pendahuluan
kurang baik, maka sedikit sebanyak akan menjejaskan pandangan/persepsi pemeriksa untuk membaca karangan calon.
Isi Karangan
1

# Mesti mempunyai 5 isi. Isi perlu tepat mengikut kehendak soalan. Susun isi mengikut tahap yang paling penting kepada
yang kurang penting dan yang paling kuat/meyakinkan kepada kurang kuat/kurang meyakinkan. Satu perenggan satu isi
dan jangan campur adukkan isi. Pastikan huraian yang digunakan tidak bertindih antara isi. Calon dinasihatkan membuat
rangka karangan supaya pertindihan isi dan huraian dapat dielakkan
# Setiap perenggan isi harus mempunyai ayat topik/idea utama(isi karangan), ayat huraian, ayat contoh dan ayat
penegas. Contoh tidak semestinya perlu ada dalam setiap setiap isi, namun huraian yang matang perlu ada. Calon juga
boleh memasukkan bukti dan data jika perlu
# Biasakan diri menggunakan penanda wacana untuk menunjukkan tautan menarik. Kesilapan ejaan tidak harus berlaku
bagi karangan standart STPM.
# Tunjukkan kematangan fikiran, idea yang bernas, kupasan yang mendalam dan menarik dalam menghuraikan isi. Isi
yang dihurai secara tidak matang hanya umpama nota ringkas dan tidak memenuhi standart karangan pra-universiti.
#Bagaimana Menghuraikan/Mengembangkan Isi? Setelah menentukan isi, tanyakan soalan apa, siapa, bagaimana,
mengapa dan di mana. Pilih soalan yang sesuai dengan sesuatu isi. Bukan semua soalan relevan untuk sesuatu isi. Contoh
tajuk: Kini, kerajaan menggalakkan orang ramai supaya menggunakan perkhidamatan dalam talian apabila berurusan
dengan agensi kerajaan. Pada pendapat anda, apakah kebaikan urusan sedemikian dan apakah pula masalah yang boleh
menjejaskan kelancaran pelaksanaannya? Jelaskan
Analisis soalan/tajuk

Kata kunci: (1) berurusan dalam talian (2) kebaikannnya (3)


masalah yang boleh menjekaskan kelancarannya
Tugasan: memberikan penjelasan tentang kebaikan dan
masalah dalam pelaksanaannya.

Isi pertama

Soalanmasa
siapa?
ramai,kakitangan awam)

Kebaikan-Menjimatkan masa

(jawapan:

masa

orang

Soalan-bagaimana boleh menjimatkan masa? (jawapan:


orang ramai tidak perlu dating ke pejabat-pejabat
kerajaan,tidak perlu berbaris menunggu giliran,mereka
hanya perlu menekan kekunci computer. Masa kakitangan
awam juga tidak terbuang kerana perlu melayani orang
ramai)
Memperkembangkan isi dalam satu perenggan

Satu daripada kebaikan jika orang ramai berurusan dengan


agensi kerajaan secara dalam talian ialah penjimatan masa,
baik bagi orang ramai mahupun kakitangan kerajaan. Orang
ramai tidak perlu menghabiskan masa untuk pergi ke
pejabat-pejabat kerajaan bagi menguruskan sesuatu hal.
Misalnya, untuk mengetahui status permohonan biasiswa
anak-anak. Mereka juga tidak perlu mencari parkir dan
berbaris untuk menunggu giliran bagi menemui pegawai
bertugas. Mereka hanya perlu menekan kekunci computer
untuk mengakses laman-laman web kerajaan yang
2

berkaitan. Pihak kakitangan awam pula tidak perlu


meluangkan masa untuk melayani orang ramai. Masa yang
sepatutnya digunakan untuk melayani pelanggan boleh
digunakan oleh mereka untuk menyelesaikan tugas yang
lebih bermanfaat.

Kesimpulan
# Buat kesimpulan secara keseluruhan. Tidak perlu menyentuh isi. Sekiranya dalam karangan mempunyai dua aspek yang
perlu dihuraikan, maka sentuh semula kedua-dua aspek isi tersebut. Contohnya,
Soalan: Nuklear merupakan sumber tenaga yang
mempunyai potensi yang besar untuk menggantikan tenaga
daripada sumber yang tidak boleh diperbaharui. Walau
bagaimanapun, kebanyakan orang berasa takut akan
perkataan tersebut kerana nuklear dikatakan boleh
membawa kesan buruk kepada manusia. Bincangkan
kebaikan dan keburukan penggunaan tenaga tersebut dalam
kehidupan dengan memberikan contoh yang sesuai.

Penutup: Memandangkan nuklear boleh memberikan


manfaat yang besar kepada kehidupan manusia, di samping
boleh membawa bencana, suatu rancangan yang teliti dan
rapi perlulah dilakukan sebelum kuasa ini dihasilkan secara
meluas oleh sesebuah negara. Hal ini demikian supaya
kesan buruknya dapat dielakkan dan manusia dapat
menikmati anugerah tuhan dengan selesa dan tenteram.
Perasaan fobia kebanyakan orang terhadap nuklear juga
harus dibetulkan dan mereka harus disedarkan bahawa
penggunaan tenaga nuklear secara saintifik dan terkawal
akan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

#calon digalakkan memasukkan peribahasa(perumpamaan, kiasan, pepatah/bidalan, simpulan bahasa,perbilangan) namun


mesti tepat.
# Terdapat beberapa teknik khusus membuat kesimpulan seperti ; (1) merumuskan langkah-langkah yang telah
dilaksanakan dan pernyataan harapan penulis secara umum (2) merumuskan isi secara umum dan menyatakan gagasan
umum (3) menegaskan pendirian (4) menegaskan pendirian dan mengaitkannya dengan pernyataan tajuk *sila rujuk buku
Oxford Fajar m/s 198
Kesalahan/Kelemahan Dominan Calon
1. Esei terpesong semua isi esei tidak menepati kehendak tajuk
Contoh tajuk: kini, banyak penyakit yang lazimnya menjangkiti haiwan, misalnya penyakit selesema burung.
Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah tersebut dapat diatasi? Isi terpesong calon: membincangkan jenisjenis penyakit yang lazimnya dihidapi oleh haiwan dan menjelaskan punca penyakit itu boleh merebak dalam
kalangan manusia.
2. Isi sipi atau kurang tepat
Contoh tajuk: Sungai di negara kita kerap mengalami pencemaran. Jelaskan kesan keadaan tersebut. Isi sipi calon:
Nelayan akan kehilangan sumber pendapatan ( isi ini merupakan kesan lanjutan, bukan kesan langsung.
Sepatutnya isi yang tepat ialah populasi hidupan akuatik akan terancam)
3

3. Isi tidak bernas


Contoh tajuk: Jelaskan punca-punca pencemaran bunyi dan kesannya kepada orang ramai. Isi tidak bernas calon:
Tapak pembinaan berdekatan dengan kawasan perumahan (yang bising bukan tapak tetapi aktiviti pembinaan)
4. Isi bertentangan dengan fakta/realiti
Contoh tajuk: Jelaskan faktor pelancong asing ramai dating ke Malaysia. Isi salah calon: Adanya kemudahan
mendapatkan visa sebaik sahaja sampai di negara ini atau diistilahkan sebagai VOA.( fakta ini bertentangan
dengan fakta kerana kemudahan ini sudah ditarik balik)
5. Isi tidak menepati kehendak tugasan soalan
Contoh tajuk: Kemukakan cadangan tentang langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan masalah
pemanasan global. Isi calon: Satu daripada langkah yang berkesan ialah kita kini mula melakukan penebangan
hutan secara terancang di samping merangka program penghutanan semula. Langkah ini dapat mengurangkan
kadar gas karbon dioksida di udara(isi tidak bersifat cadangan kerana pun dilakukan)
6. Isi bertindan- beberapa isi yang dikemukakan itu hampir sama
Contoh tajuk: Kini ramai remaja lari dari rumah. Pada pendapat anda apakah punca gejala ini?
Isi 1: Anak-anak tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa.
Isi 2: Ibu bapa tidak memberikan perhatian terhadap anak-anak kerana mereka sibuk dengan kerjaya
Isi 3: Anak-anak ditinggalkan dengan pembantu rumah sepanjang hari. Apabila pulang, ibu bapa sudah keletihan
dan tiada masa untuk melayani anak-anak
(ketiga-tiga isi di atas adalah saling berkaitan dan boleh disatukan sebagai satu isi sahaja)
7. Satu perenggan mengandungi lebih daripada satu isi- hal ini menyebabkan huraian isi tidak berfokus kepada isi
penting yang telah dinyatakan pada awal perenggan
8. Liputan isi terbatas
Contoh soalan: kemukakan cadangan anda, bagaimanakah sektor pertanian di negara ini dapat dimajukan dengan
lebih pesat lagi?
Isi 1: Petani hendaklah menggunakan jentera dalam kerja-kerja penanaman supaya kerja tersebut dapat dijalankan
dengan lebih cepat. Oleh yang demikian, petani dapat mengusahakan tanaman dengan lebih banyak atau di
kawasan yang lebih luas.
Isi 2: Mesin yang lebih canggih hendaklah digunakan dalam kerja-kerja pemprosesan hasil tanaman,misalnya
kerja-kerja mengasingkan isi dengan biji dan kulit buah hendaklah dilakukan dengan mesin. Hal ini dapat
mengurangkan penggunaan tenaga buruh yang kosnya lebih mahal.
Isi 3: Kerja-kerja pembungkusan dan pengetinan makanan yang telah diproses juga hendaklah dilakukan dengan
penggunaan peralatan moden yang sesuai agar makanan dapat tahan dengan lebih lama.
4

(isi berfokus pada satu perkara sahaja, iaitu penggunaan mesin atau jentera sedangkan banyak lagi langkah lain
seperti mengusahakan pembiakbakaan, membuat penyelidikan bagi penghasilan produk hiliran, mengkaji
kesesuaian sesuatu kawasan tanah dan mempelbagaikan jenis tanaman)
9. Satu isi mengandungi dua isi daripada dua perkara yang diminta dalam soalan. Sebagai contoh, calon
menggabungkan isi tentang faktor pemanasan global dan kesan pemanasan global dalam satu perenggan.
Sepatutnya isi diasingkan mengikut nisbah 2:3 atau 3:2.
10. Huraian isi lemah
-huraian terlalu ringkas(satu perenggan tidak sampai pun 60 patah perkataan)
-huraian meleret-leret
-huraian tidak berkaitan
-huraian tidak berfokus kepada isi utama
-huraian mengandungi contoh
-fakta dalam huraian meragukan-khususnya huraian yang bersifat perangkaan/statistic/tarikh peristiwa
11. Persembahan/olahan lemah
-tiada perancangan(rangka karangan) sebelum menulis esei
-huraian tidak berfokus. Menulis apa-apa sahaja yang terfikir secara spontan menyebabkan persembahan idea melompatlompat/tidak memperlihatkan kesinambungan
-penggunaan penanda wacana yang tidak tepat/tiada langsung penanda wacana
-pendahuluan atau penutup tidak relevan
-pemerengganan tidak seimbang

-ada isi dan huraian yang terpesong

-keseluruhan esei tidak meperlihatkan sifatnya sebagai satu wacana yang utuh

12. kesalahan tatabahasa (rujuk buku Oxford Fajar ms 182)

Anda mungkin juga menyukai