Anda di halaman 1dari 11

SEJARAH

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Isi Kandungan

Pendahuluan
5.1 Perjanjian Aqabah
- Perjanjian Aqabah Pertama
- Perjanjian Aqabah Kedua

5.2 Hijrah
-Konsep Hijrah
-Sebab dan Tujuan Hijrah
-Kepentingan Hijrah

5.3 Piagam Madinah


-Kandungan Piagam Madinah
-Kepentingan Piagam Madinah
-Penyebaran Islam

5.4 Perjanjian Hudaibiyah


-Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
-Pembukaan Semula kota Makkah
-Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah

Pendahuluan
Madinah terletak di utara Makkah merupakan kota yang penting
bagi pedagang Arab sebelum kemunculan Islam.
Kedudukan adalah strategik kerana terletak di pertengahan jalan
antara Makkah dan Syam telah mendorong pedagang luar
mengunjunginya.
Terdapat tiga golongan mendiami Madinah iaitu Arab, Yahudi dan
Nasrani.
Arab: suku Aus dan Khazraj
Yahudi: Bani Quraizah, Bani Qainuqa dan
Bani Nadhir
Suasana kehidupan di Madinah kurang aman disebabkan oleh
pengeseran yang berlaku dalam kalangan suku Arab serta
penguasaan ekonomi oleh orang yahudi.
Pertemuan antara suku Aus dan Khazraj dengan Nabi Muhammad
SAW di Aqabah pada tahun 621 M telah membuka lembaran
baharu dalam sejarah Madinah.

5.1 Penjanjian Aqabah

Perjanjian Aqabah pertama


Antara isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama
Suku kaum Aus dan Khazraj perlu beriman kepada Allah SWT dan
Rasul.
Mereka berjanji untuk membantu perjuangan baginda.
Mereka tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti minum arak,
berjudi dan membunuh bayi perempuan.
Selepas Perjanjian Aqabah Pertama, baginda telah menghantar
pendakwah Islam, Mus`ab bin Umair untuk menyebarkan Islam ke
Madinah.
Dakwah Islamiah telah tersebar di Madinah sebelum kehadiran
baginda dan orang Islam di kota itu.

Perjanjian Aqabah Kedua


Antara isi Perjanjian Aqabah Kedua

Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mereka mengukuhkan lagi
taat setia kepada baginda.
Mereka menjemput baginda dan orang Islam berhijrah ke Madinah.

Mereka dengan sukarela menyediakan tempat tinggal serta menjaga


keselamatan baginda dan orang Islam Makkah.

Mereka bersedia mempertahankan Islam.

Jaminan keselamatan dan kesanggupan orang Madinah


mempertahankan Islam telah menjadi pendorong utama
berlakunya penghijrahan.
Sokongan dan bantuan orang Arab Madinah kepada orang Islam
Makkah juga merupakan faktor penting kejayaan hijrah ke
Madinah.

5.3 Piagam Madinah


Piagam Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah yang
merupakan sebuah perlembagaan bertulis.
Dirangka oleh baginda pada tahun 622 M yang berpandukan
wahyu Allah SWT.
Piagam Madinah merupakan asas pemerintahan kerajaan Islam
Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat
bukan Islam.
Piagam ini dirangka berasaskan persetujuan orang Islam yang
terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar dan orang bukan Islam
terdiri daripada kaum Yahudi dan suku Arab yang lain.
Kandungan Piagam Madinah
Piagam Madinah mengandungi 47 fasal:
23 fasal Membincangkan hubungan dan
tanggungjawab dalam kalangan
orang Islam
24 fasal Membincangkan tanggungjawab orang
bukan Islam termasuk Yahudi
Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama
di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang
berdaulat.
Pembentukan kesemua perlembagaan ini agak lewat berbanding
dengan Piagam Madinah yang telah pun dirangka pada tahun 622
M bersamaan 1H.

Piagam Madinah boleh dirumuskan kepada tujuh aspek penting


iaitu politik, sosial, ekonomi, kedudukan yahudi, agama,
perundangan dan pertahanan.
Pembentukan Piagam Madinah menunjukan betapa luas
pandangan baginda.

Kepentingan Piagam Madinah


Model kerajaan Islam
Aspek ekonomi
Pembentukan ummah
Aspek perundangan
Kaedah mendirikan sebuah kerajaan
Beberapa ciri kerajaan Islam di Madinah terdapat di Malaysia
Penyebaran Islam
Kerajaan Islam Madinah dibentuk pada tahun 622 M dan ini
menimbul perasaan iri hati kepada Arab Quraisy.
Mereka mencari sokongan Yahudi dan sokongan daripada
penduduk Arab di Tanah Arab.
Baginda juga menyusun strategi menyebarkan Islam dengan
menghantar perutusan ke Rom Timur, Mesir, Habsyah dan sekitar
Semenanjung Tanah Arab.
Baginda mengutus warkah untuk mewujudkan rasa persekitaran
dan menyeru mereka memeluk Islam.
Dalam Islam, peperangan tidak dibenarkan kecuali untuk
mempertahankan maruah diri, agama dan bangsa.
Peperangan hanya diizinkan dengan kebenaran Allah SWT iaitu
setelah wahyu diturunkan oleknya

-Perang Badar (624 M/2 H)


-Perang Uhud (625 M/3 H)
-Perang Khandak (627 M/5 H)
-Perang Tabuk (630 M/8 H)

Prinsip peperangan dalam Islam


Peperangan hanya dibenarkan dengan keizinan Allah SWT
melalui wahyu.
Tentera Islam dilarang membunuh kanak-kanak, wanita dan
orang tua
Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan membunuh
binatang ternakan
Setiap pertempuran dan peperangan dalam Islam adalah untuk
menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
Seandainya musuh ingin berdamai, Islam harus memilih
perdamaian.
Tidak boleh merobohkan rumah ibadat.

Pengajarannya daripada Nabi Muhammad SAW adalah supaya


umat Islam mengamalkan akhlak yang mulia, saling bertolak ansur
dan menunjukkan teladan yang baik.

5.4 Perjanjian Hudaibiyah

Orang Islam tercadang menziarahi Makkah pada 628 M kerana:


Di situ terletaknya kaabah, pusat ibadat orang Islam
Tempat asal Muhajirin
Tempat turunnya wahyu pertama

Hasrat murni orang Islam dipersetujui baginda dan baginda juga


ingin mengerjakan umrah.
Kedatangan orang Islam disekat di Hudaibiyah kerana orang Arab
Quraisy merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan
kekuatan Islam.
Uthman bin Affan diutuskan untuk menerangkan tujuan
kedatangan orang Islam ke Makkah.
Orang Islam berikrar dan bersumpah setia Baiah al-Ridhwan
untuk menuntut bela kematian Uthman bin Affan.
Akhirnya termeterailah Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628
M/6 H antara pihak Islam dengan Arab Quraisy.
Kadungan Perjanjian Hudaibiyah
Gencatan senjata selama 10 tahun.
Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada Islam atau Arab
Quraisy Makkah.
Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa izin pejaganya
tidak perlu dipulangkan.
Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa izin penjaganya
perlu dipulangkan semula.
Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun
berikutnya (7H).

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah

Menerusi Perjanjian Hudaibiyah orang Islam berpeluang


menunaikan Haji pada tahun 629 M.
Orang Islam bebas memasuki Makkah dan beribadat di Kaabah.
Hal ini membolehkan baginda merangka program dakwah
Islamiah khususnya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara
aman.
Kandungan perjanjian ini menggambarkan bahawa Islam tersebar
dengan aman.
Perjanjian ini melambangkan ketokohan baginda sebagai
pemimipin yang unggul.
Persetujuan orang Arab Quraisy menanadatangani perjanjian ini
menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam
Madinah.
Dapat ditumuskan bahawa Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis
ke arah pembukaan semula kota Makkah.

Pembukaan Semula kota Makkah

Baginda akhirnya dapat menguasai semula kota Makkah pada


tahun 630 M bersamaan 8 H.

Antara faktor pembukaan semula kota Makkah ialah:


Orang Arab Quraisy telah melanggar Perjanjian Hudaibiyah.
Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.
Kedudukan kerajaan Islam Madinah tentu akan menjadi mantap.

Baginda menyediakan empat pasukan tentera yang terdiri


daripada 10000 orang iaitu pasukan Khalid bin Al-Walid, pasukan
Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubaidah dan Zubair al-Awwam.
Taktik ini telah berjaya membuka semula kota Makkah secara
mudah kerana orang Quraisy telah dikepung dengan rapi.

Faktor yang memudahkan pembukaan semula kota Makkah


Pengalaman al-Abbas dan Abu Sufian menyebabkan orang Arab
Quraisy yang lain turut sama memeluk Islam.
Baginda Rasulullah menjamin keselamatan penduduk Makkah.
Bilangan tentera Islam adalah lebih besar
Strategi tentera Islam dengan membahagi kepada empat buah
pasukan dan mengepung Makkah mengikut empat arah penjuru.
Panglima tentera Islam adalah handal.

Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah


Setelah berjaya menguasai kota Makkah, baginda bertawaf
sebanyak tujuh kali mengelingi Kaabah kemudian berpidato
kepada untuk Islam.
Pembukaan semula kota Makkah membuktikan negara Islam yang
dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan baginda.
Menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh
Tanah Arab.
Penguasaan terhadap Makkah mewujudkan sebuah pusat
pemerintahan Islam yang kuat.
Makkah dijadikan sebagai sebuah wilayah Islam dengan baginda
melantik wakil di Makkah untuk menjalankan pentadbiran.
Baginda telah meninggalkan pusaka yang tidak akan menjadikan
umat Islam sesat iaitu al-Quran dan as-Sunnah baginda.

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam


dapat dipratikkan dalam kehidupan harian secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai