Anda di halaman 1dari 15

HBU 122

Asas-Asas Kimia Kebakaran


NAMA PENSYARAH

NAMA PELAJAR

(2015881808)
DIPERIKSA OLEH

JURUSAN PENGURUSAN SERVIS MAKANAN


SEMESTER 2
DIS 2015 APR 2016

Isi Kandungan

Bi
l
1
2
3
4
5
6

7
8

Perkara

Muka Surat

Muka Depan
Gambar Pasport
Isi Kandungan
Penghargaan
Abstrak

1
2
3
4
5
6-13

Definisi
Punca-punca Kebakaran
Sebab-sebab Kebakaran
Faktor-Faktor dan Proses Kebakaran
Setiga Kebakaran atau Tindakbalas Berantai
Kelas-Kelas Api dan Alat Pemadam Api
Cara Api Merebak
Faktor membantu kemerebakan
Kesimpulan
Rujukan

14
15

Penghargaan
Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi, kerana dengan izin-Nya saya mampu
menyiapkan kerja kursus ini yang mengambarkan sesuatu penyelidikan terhadap asas-asas
kimia kebakaran.
Selain daripada itu, saya beterima kasih kepada rakan-rakan seplatun untuk membantu
saya dengan berkongsikan format dan menolong saya untuk menjalankan tugas dengan
teratur.
Saya amat berterima kasih kepada para-para pensyarah untuk korikulum pertahanan
awam kerana telah memberitahu awal tentang kerja kursus ini dan membantu kami dari
semua platun dengan peedaran format.

Abstrak
Dalam kerja kursus ini, akan dibicangkan tentang asas-asas kimia kebakaran. Pertama
sekali, definisi akan diterangkan secara umumnya tentang sesuatu kebakaran.
Selain itu, akan dikatakan tentang punca-punca berlakunya kebakaran, sebabsebabnya kebakaran berlaku, faktor-faktor kebakaran dengan tambahan proses kebakaran.
Kemudiannya, akan dibincangkan tentang segitiga kebakaran serta tindakbalas
berantai yang terdapat 3 penyumbang untuk segitiga tersebut.
Tambahan lagi, kelas-kelas api serta alat pemadam api akan diterangkan lebih lagi
dalam kerja kursus serta cara api merebak dan terdapat 4 cara untuk ini.
Akhir sekali, akan diterangkan tentang faktor membantu kemerebakan sesuatu
kebakaran.

Definisi
Berdasarkan daripada buku teks JPAM, kebakaran diberi definisi satu proses yang
melibatkan pengewapan dan pengoksidan yang kemudiannya akan menghasilkan tenaga
haba, cahaya serta karbon dioksida.
Daripada sumber lain pula, kebakaran bermaksud satu bencana yang berlaku kerana
pembakaran tidak dikawal yang dapat berlaku sengaja atau tidak sengaja dan dapat membawa
bahaya kepada manusia, bangunan yang ekologi. Kebakaran dapat menjadi sebab kerosakan
pada binaan atau kecederaan serta kematian benda hidup. Kebakaran dapat membawa
kebakaran liar atau ribut kebakaran.

Punca-punca Kebakaran
Terdapat pelbagai punca untuk sesuatu kebakaran berlaku dan di nataranya ialah punca
elektrik, ini boleh disebabkan oleh lintar pintas daripada barangan elektirik. Selain itu,
elektirik statik dan sesuatu percikan boleh menghasilkan kebakaran. Geseran, diberi contoh
geseran antara dua kereta, ataupun bahan dibuat daripada besi dapat menghasilkan kebakaran
kerana geseran tersebut tejadinya percikan dan sedikit haba.
Haba mekanikal atau haba yand terhasil daripada mesin dapat juga menjadi penyebab
punca kebakaran Haba daripada sumber nukelar, petir dan mampatan gas dapat menjadi
punca berlakunya kebakaran. Tindakbalas kimia dan nyalaan juga menjadi sumber kebakaran
terjadi.

Sebab-sebab kebakaran
Terdapat tiga sebab-sebab kebakaran dan antaranya adalah disebabkan sebab
semulajadi. Antara contoh sebab semulajadi ialah kepanasan cuaca, cahaya matahari, gunung
berapi dan juga petir.
Selain daripada sebab yang berlaku secara semulajadi, kejadian berlakunya kemalangan
juga memainkan peranan dalam mejadi penyebab berlakunya kebakaran. Kemalangan
berlaku kerana kelalaian, kecuaian dan kesilapan manusia
Kebakaran juga boleh disebabkan oleh kelakuan secara sengaja. Perlakuan secara
sengaja berlaku apabila kebakaran itu sengaja secara niat untuk dimulakan dan terdorong
dengan perasaan khianat atau jahil manusia.

Faktor-faktor Kebakaran
Terdapat beberapa faktor berlakunya sesuatu kebakaran. Pertama ialah bahan api.
Bahan api menjadi faktor kerana bahan api terdapat unsur yang terkandung di dalamnya wap
atau gas yang mudah terbakar. Bahan api terdapat dalam pelbagai bentuk, pepejal, cecair
ataupun gas. Antara contoh bahan api ialah petrol, gasoline ataupun arang.
Selain daripada itu, oksigen juga menjadi satu faktor. Suatu kebakaran harus digalakkan
oleh oksigen yang cukup untuk membantu kebakaran. Oksigen ialah sejenis gas yang ada
dalam udara dan gas ini dapat membantu proses kebakaran. Peratusan kandungan oksigen
yang diperlukan untuk sebuah kebakaran adalah antara 16% ke 21%.
Haba juga diperlukan bagi adanya suatu kebakaran. Haba menjadi satu faktor kerana
apabila mencapai satu tahap yang akan mencetuskan kebakaran. Haba ialah sejenis tenaga
yang akan menaikan suhu bahan api dan akan berlakunya sehingga satu tahap suhu yang
diberi nama Takat Sambaran atau digelar Flash Point. Selepas takat itu, peningkatan suhu
akan berterusan dan berlakunya kebakaran, ini dinamakan Takat Kebakaran atau nama
Bahasa Inggerisnya, Fire Point.
Proses kebakaran berlaku dalam beberapa peringkat. Bermula dariada peringkat
pertama, bahan api telah membebaskan wap yang mudah terbakar dan terbakar, ini
dinamakan takat sambaran. Kemudiannya, bahan api akan membebaskan wap secara
berterusan, ini diberi nama takat kebakaran. Selepas itu peringkat 3, apabila bahan api
terbakar dengan spontan dan ini diberi nama suhu nyalaan atau ignition temperature.
Untuk penambahan, faktor-faktor tersebut telah diklasifikasikan dalam satu segitiga
yang dinamakan segitiga kebakaran.

Segitiga Kebakaran atau Tindakbalas Berantai

10

Kelas-Kelas Api dan Alat Pemadam Api


Terdapat beberapa kelas-kelas api dan antaranya ialah Kelas A yang terdiri daripada
barangan yang terbakar itu ialah pepejal seperti kayu, kertas dan kain. Kelas ini harus
dipadankan dengan alat pemadam api Kelas A yang mengandungi air atau debu kering. Untuk
kelas seterusnya, Kelas B ialah bahan api dalam bentuk cecair yang terbakar contohnya
minyak, cat dan getah. Alat pemadam api untuk kelas api ini ialah jenis buih, debu kering,
karbon dioksida ataupun air. Kelas C pula ialah bahan api dalam bentuk gas seperti Butane,
Oxy-Actalane, Amonia dan Hidrogen. Untuk kelas ini, alat pemadam api terdiri daripada
debu kering, karbon dioksida ataupun gas. Kelas D ialah bahan api yang dalam golongan
logam. Contoh untuk kelas ini ialah Potassium, Sodium, Calsium dan Magnesium. Alat
pemadam api untuk kelas ini ialah jenis debu kering yang terdiri daripada graphite soda, jenis
pasir kering ataupun karbon dioksida.

11

Cara Api Merebak


Ada pelbagai cara api boleh merebak dan ini terdiri daripada 4 cara iaitu cara terusmenerus (Direct), cara bahangan (Radiation), cara pengaliran (Conduction) dan cara olak
haba (Convection).
Cara terus-menerus ialah apabila bahan pembakar akan terbakar bila sentuh api yang
terdedah dan berterusam membakar semua bahan itu sehingga habis. Api akan membakar
bahan pembakar dari point B ke A, dan secara konsisten serta berterusan merebak.
Cara bahangan pula ialah apabila tenaga haba berpindah dalam bentuk gelombang
elektromagnetik dan ini menaikkan suhu bahan api berjauhan sehingga terbakar. Cara ini
berpindah mengikut gelombang cahaya.
Cara pengaliran pula, tenaga haba berpindah daripada bahan pengalir haba seperti
tembaga dan besi dan menyebabkan bahan pengalir ini panas yang akan menaikkan suhu
bahan api yang akan menyetuh bahan pengalir tersebut sehingga bahan api itu terbakar.
Cara olak haba pula ialah apabila tenaga haba berpindah dalam bentuk gas dan cecair
kerana bentuk ini mudah alir. Apabila bentuk-bentuk tersebut menjadi panas, molekul akan
mengembang dan menyebabkan ia menjadi ringan dan naik ke atas. Udara atau air yang sejuk
akan turun ke bawah dan ini berulang dalam pusingan sehingga keseluruhan bentuk menjadi
panas. Contohnya, jika di dalam bangunan, gas yang di dalam bangunan itu akan naik
bersama dengan asap melalui lubang lif atau tangga.

12

Faktor membantu kemerebakan


Antara faktor yang membantu kemerebakan api dalam suatu kebakaran ialah pertama
sekali, luas pemukaan bahan. Ini ialah satu faktor kerana keluasan permukaan suatu bahan api
akan menggalakan pendedahan lebih banyak kepada udara ataupun oksigen.
Selain itu, kadar pengeluaran atau pemindahan haba ialah satu lagi faktor
kemerebakan. Ini bermaksud dengan jumlah dan kecepatan haba yang dikeluaran.
Tambahan lagi, tiupan angin dan suhu atmosfera ialah antara faktor-faktornya. Tiupan
angin akan membawa kuantiti oksigen lebih banyak. Suhu atmosfera pula kelembapan yang
tahap rendah akan membantu kemarakan sesuatu api.

13

Kesimpulan
Untuk kesimpulan untuk kerja kursus ini, saya telah mempelajari tentang dasar
tentang sebuah kebakaran daripada segi kimia yang menggalakan satu kejadian kebakaran
berlaku, alat pemadam kelas apa yang sesuai untuk bahan api dalam bentuk apa sehinggalah
bagaimana api dapat merebak ke satu rumah ke satu rumah.
Selain daripada itu, saya sekarang dapat membezakan kelas-kelas api yang terdapat
agar dapat membantu dalam kehidupan seharian. Semestinya ilmu yang ada di dalam kerja
kursus ini dapat diaplikasikan dalam hidup seperti mengtahui jenis alat pemadam apa sesuai
untuk memadam api yang berasaskan bahan api bentuk cecair serta tidak menggunakan lif
jika berlakunya kebakaran oleh kerana pemerebakan cara olak haba.
Ternyatanya menghabiskan kerja kursus ini bukan sahaja membantu saya mengetahui
lebih lanjut tentang kebakaran tetapi memupuk semangat pertahanan awam dalam diri.

14

Rujukan

Kokurikulum Pertahanan Awam UiTM Malaysia (2016), Buku Teks Pertahanan

Awam 2, Pulau Pinang; Universiti Teknologi Mara


Margery Cuyler (2001), Stop Drop and Roll ( A book about Fire Safety), New York;

Simon & Schuster Books for Young Readers


Pengenalan Keselamatan semasa Kebakaran, www.civildefence.gov.my,
http://www.civildefence.gov.my/blog/video-jpam/pengenalan-keselamatan-semasa-

kebakaran/
Paul P. Sipiera, Diane M. Sipiera (1998), Wildfires (True Books: Nature), Canada;

Division of Grolier Publishing Co. Inc.


Travis M. Ford, National Fallen Firefighters (2012), Fire Emergency Services Safety
& Survival: 1st Edition, New Jersey; Pearson Education Inc.

15