Anda di halaman 1dari 15

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

TAHUN 4 (KBSR)

Tahun

4 Alpha
2

Tarikh / Masa

09 Ogos 2012 / 10.10 pagi 11.10 Tengahari


3

Bilangan murid

30 orang ( 19 perempuan, 11 lelaki )


4

Mata pelajaran

Bahasa Melayu
5

Tema

Yang Baik Jadikan Teladan


6

Tajuk

Monyet Yang Pintar


7

Fokus Utama

2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas.
Aras 3
Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan penghayatan yang
sesuai.

Fokus Sampingan

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1
i) Membaca lancar bahan sastera dan
bukan sastera dengan sebutan dan
intonasi yang betul.

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat :


1. Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan, intonasi
yang betul, dan gaya pnyampaian yang menarik.
2. Mempersembahkan cerita & menghuraikan sesuatu yang didengar dengan
intonasi yang betul dan penghayatan yang sesuai.
3. Menyatakan watak dan perwatakan dalam karya.
10

Kemahiran bahasa

Mendengar ; teks yang dibaca oleh rakan

sekelas

Bertutur: Tanya jawab secara bertatasusila


Membaca : Petikan teks cerita
Menulis : Menjawab soalan pemahaman dan melengkapkan soalan yang diberi
berdasarkan teks yang dibaca
11

Sistem bahasa

Tatabahasa: Kata kerja


12

Pengisian kurikulum

Ilmu : Moral
Nilai murni : Kerjasama, hormat menghormati, keberanian dan kebijaksanaan.
i.

Kemahiran berfikir : menilai, mencirikan

ii. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi : Audio, pembesar suara


iii. Kemahiran belajar cara belajar : mendengar aktif
iv. Kecerdasan pelbagai : muzik, verbal linguistik, interpersonal kinestetik
v.
vi.

Pembentukan Kontruktivisme
Pembentukan Kontekstual

13

Media

Audio bunyi-bunyi binatang, pembesar suara


14

Pengetahuan sedia ada

Murid mengetahui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian contohnya


bekerjasama antara satu sama lain.

Langkah dan masa

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan
Set Induksi
(5 minit)

1. Audio memperdengarkan bunyi-bunyi binatang.


Contoh:

Monyet

Singa

Kambing

Arnab

Kijang

1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi binatang.

2. Murid dikehendaki mendengar dengan teliti.


3. Guru menyoal tentang jenis binatang yang menghasilkan bunyi tersebut.
Soalan:
a.

Apakah jenis binatang yang menghasilkan bunyi ini?

Memperdengar bunyi-bunyi binatang.

BBB
Bahan audio, pembesar suara

KP Muzik, verbal-linguistik.
*Strategi berpusatkan bahan
Perkembangan
Langkah 1

Aktiviti Membaca
Petikan teks Monyet Yang Pintar
(Rujuk Lampiran 1)

1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.


2. Guru mengedarkan teks Monyet Yang Pintar kepada setiap kumpulan.
3. Guru memilih secara rawak daripada setiap kumpulan untuk membaca
petikan teks dengan intonasi dan sebutan yang betul.
4. Murid-murid yang lain dikehendaki untuk mendengar dan memahami teks
yang disampaikan oleh rakan mereka. (Baca dalam hati).
5. Kemudian guru membetulkan kesalahan (jika ada ) serta merta semasa murid
membaca teks tersebut.
Kesalahan : sebutan, tanda baca.

Petikan teks cerita Monyet yang Pintar


Bacaan mekanis
BCB-mendengar aktif
Murid lain diminta beri perhatian terhadap kesalan sebutan

BBB:
Teks petikan

*Pendekatan Komunikatif
*Teknik bercerita

Langkah 2

Mempersembahkan cerita Monyet yang Pintar dengan sebutan, intonasi dan


penghayatan yang sesuai.

1.

Murid dikekalkan dalam kumpulan yang sama.

2. Guru memberikan contoh persembahan cerita dengan mengunakan


sebutan, intonasi dan penghayatan yang sesuai.
3. Setiap kumpulan diberikan watak yang berbeza bagi melakonkan cerita
Monyet Yang Pintar di hadapan kelas.
4.

Murid diberikan teks dialog (Rujuk Lampiran 2)bagi setiap watak.

5. Murid dikehendaki mengajuk dan menghafaz dialog berdasarkan watak yang


diberi.
6. Murid dikehendaki memilih salah seorang daripada mereka untuk
melakonkan watak yang telah diberikan.
7. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan
dijalankan.
8. Murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan
intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.

9.

Guru memberi tunjuk ajar kepada setiap lakonan yang dipersembahkan.

BBB
Kad watak berlidi, teks dialog.

KP:
Verbal-linguistik

*Kaedah ajuk hafaz


*Teknik drama-main peranan

Langkah 3

Watak & Perwatakan:

Singa Ganas, kejam

Monyet Berani

KijangPenyayang

Kambing tua Baik hati.

Arnab-ingin tahu

1.

Murid masih dikekalkan dalam kumpulan yang sama.

2. Guru menyediakan satu kotak ajaib yang mengandungi watak-watak dalam


cerita Monyet Yang Pintar.
3. Murid dari setiap kumpulan dikehendaki mencabut salah satu watak dan
menggayakannya di hadapan kelas tanpa bersuara.
4. Kumpulan yang memerhatikan perlu meneka watak yang digayakan serta
memberikan perwatakan watak tersebut dalam cerita Monyet Yang Pintar.

5. Guru bertanyakan tentang watak yang menjadi pilihan mereka dan mengapa
mereka memilihnya?

BBB:
Kotak ajaib

KP:
Kinestetik, intrapersonal, logik
*Teknik drama-simulasi

Pentaksiran

Soalan pemahaman
(Rujuk Lampiran 3)

1. Murid membaca soalan pemahaman tersebut dan memahami kehendak


soalan.
2.

Murid mencari dan menyemak semula petikan cerita Monyet Yang Pintar

3.

Murid menulis jawapan di ruangan yang disediakan.

BBB:
Lembaran kerja
KP:
Menjana idea

Pemulihan

Aktiviti Membaca
Petikan teks Monyet Yang Pintar

1.
Guru memperbetulkan sebutan serta intonasi yang kurang sesuai
digunakan oleh murid.

BBB:
Petikan Teks Monyet Yang Pintar
Pengayaan

Mempersembahkan cerita Monyet yang Pintar dengan sebutan, intonasi dan


penghayatan yang sesuai.

1.
Murid berbincang dalam kumpulan tentang aktiviti lakonan yang akan
dijalankan.
2.
Murid mempersembahkan lakonan di hadapan kelas dengan sebutan dan
intonasi yang betul serta penuh dengan penghayatan.

BBB
Kad watak berlidi, teks dialog.

KP:
Verbal-linguistik

Penutup

Rumusan pembelajaran

1.

Guru berbincang dengan murid berkaitan dengan isi pelajaran hari ini.

2.

Guru merumuskan isi pelajaran untuk hari ini.

Murid memberi respon tentang pengajaran dan pembelajaran hari ini.

LAMPIRAN 1

MONYET YANG PINTAR


Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di
tempat mereka. singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan
raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering
menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan
untuk menghapuskan singa itu.
"Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu
kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi," kata kambing tua
kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan
rakan-rakannya.
Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh.
"Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu
hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari." Terdiam semua
binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada
mereka.
Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu
berkata dengan marah.
"Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan
kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kitamenjadi mangsa seterusnya."
"Tapi bagaimana, kijang?" sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak
tadi.
"Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama,"
kata monyet dengan berapi-api.
Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu.

"Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?" herdik singa.
"Ma... ma ... maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah
ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja," sembah monyet purapura ketakutan.
"Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si
bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!" kata singa dengan bengis. Panas
hati singa mendengar penjelasan monyet.
Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi
tersebut, monyet pun berkata, "Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku,"
Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang
masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa
yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya.
Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman
dan bahagia.

LAMPIRAN 2

Nama: _______________________
Tarikh: _______________

Jawab semua soalan yang diberikan berdasarkan teks petikan Monyet Yang
Pintar yang telah anda baca.

1.

Berapakah jenis binatang yang terlibat dalam cerita ini?

______________________________________________________________

2. Kedatangan siapakah yang membuatkan binatan-binatang kecil tidak puas


hati?

______________________________________________________________

3. Apakah sikap singa yang membuatkan binatang lain mahu


menghapuskannya?

______________________________________________________________

4.

Siapakah yang pandai memperdayakan singa?

______________________________________________________________

5.

Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada cerita ini?

__________________________________________________________