Anda di halaman 1dari 17

.

PENDAHULUAN

Sedasarwasa ini, perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran


pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan teknologi multimedia
merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada dewasa ini. Penggunaan perisian multimedia
merupakan satu medium dan juga cara penyampaian pengajaran konvensional kepada
model baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pelajar.

Menurut Sharifah

Maimunah (2003), Pengarah Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada


tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris.
Justeru, dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu kelebihan
kepada pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana mereka dapat
membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang kebanyakannya ditulis di
dalam Bahasa Inggeris.
Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arah merealisasikan
Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada dewasa ini, ia merupakan suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Pendidikan memainkan peranan penting bagi menjana pertumbuhan
ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saing negara dan menambah baik kualiti
hidup penduduk sesebuah negara.

2.0

PERBINCANGAN UMUM APLIKASI PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DI DALAM KELAS

1
Menurut Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam dasar pendidikan tinggi khususnya
dari segi liberalisasi, pendemokrasian dan reformasi pendidikan tinggi.

Justeru, penggunaan TMK yang menggunakan konsep pengajaran berbantukan


komputer akan membantu para murid untuk mendapat pemahaman yang mantap dan jelas
dalam bentuk konkrit terhadap sesuatu konsep contohnya seperti dalam mata pelajaran
Matematik. Apabila seorang guru di sekolah ataupun tutor di pusat tuisyen akan
memberikan dua konsep penyelesaian masalah yang berbeza kepada satu soalan
matematik. Persoalannnya sekarang adalah, mampukah para murid memahami konsep
penyelesaian masalah yang diajar oleh kedua-dua individu tersebut serta membantu murid
tersebut untuk memahami konsep penyelesaian masalah tersebut. Jadi pada masa genting
seperti inilah, TMK akan memberikan pencerahan kepada murid apabila para guru tidak
mengajar para murid konsep penyelesaian masalahnya dengan menggunakan kaedah
chalk n talk tetapi sebaliknya menggunakan kaedah berbantukan komputer seperti
penggunaan perisian seperti geometrical sketch. Perisian ini akan menjadikan para murid
untuk memahami konsep penyelesaian masalah daripada abstrak kepada konkrit.

Hal ini adalah disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang
diberikan oleh guru-guru pada hari ini iaitu dalam kalangan konsep pengajaran yang
didedahkan oleh guru di sekolah dan tutor di pusat tuisyen Tiga komponen utama yang perlu
ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan
pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan
prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang
optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan
oleh guru Bahasa Melayu. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan
perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis
menggunakan aplikasi perisisan Microsoft Word sepatutnya diberikan perhatian kerana
penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta
dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran,
bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran
dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kesan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga didapati positif dengan kebanyakan
sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk
minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu.

Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer
dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.

Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran
berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai
kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk
membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap
pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian
komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan
kekangan yang sering dihadapi.

Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan
guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara
professional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan
penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh
Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu perlu dirujuk untuk melihat
keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran
secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir
dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004).

2
Guru sentiasa mencari pendekatan baharu bagi mengajar mata pelajarannya yang dapat
memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan, menelaah, menulis dan meransang pelajar
mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kepercayaan kini perisian multimedia berbantukan
komputer adalah cara mentransformkan pendidikan yang paling efisien dan berkesan.
Menurut Ismail (2002), perisian multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi
pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya.
Sebagai contoh, seorang guru boleh menggunakan aplikasi Microsoft Excel dalam subjek
matematik untuk memperolehi nilai tambah, tolak, bahagi dan darab melalui simbol
Autosum. Keadaan ini bukan sahaja dapat memberi satu pendekatan pengajaran yang
baharu tetapi memberi satu nilai tambah kepada para pelajar terutamanya murid-murid di
sekolah rendah bagi meminati subjek matematik yang dikatakan susah.

2.1 KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA GURU

Proses pengajaran dan pembelajaran ICT sememangnya dapat membantu memudahkan


proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban
tugas guru. Oleh itu, pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan
dan motivasi kepada guru bagi membuat seterusnya menghasilkan inovasi pada pengajaran
agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan diikuti oleh pelajar.

2.2 KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA MURID

Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi murid-murid di


samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi
multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Dengan secara tidak langsung, ianya dapat
meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat
kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang serta lengkap dengan nilai
intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

3
Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia
boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar,
video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar tidak perlu terikat
dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu multimedia ini dapat
menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut
kebolehan mereka (Sharifah Alawiah , 1987).

Secara tidak langsung ianya akan

meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar

2.3 GAYA PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana
seseorang itu menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Semasa di dalam bilik
darjah, murid-murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.

Model Gaya

Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokuskan kepada 18 elemen yang mampu
mempengaruhi kebolehan belajar seseorang murid. Justeru, kesemua 18 elemen tersebut
dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori iaitu persekitaran, Emosional, Sosiologikal dan
Fizikal. Berikut merupakan prinsip Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn :

i)

Kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar;

ii)

Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu;

iii)

Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran;


iv)

Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seseorang dapat mengoptimumkan proses


pembelajarannya.

2.3.1 TEORI PEMBELAJARAN BERBANTUKAN ICT

4
Menurut Fox (2003), teori ini disebut oleh Cotton, J. (1995), selepas Taylor 1980,
menyatakan bahawa komputer bertindak sebagai tutor, tutee dan alat.

Komputer

merupakan tutor dalam teori behaviorisme yang dikemukakan oleh Skinner yang membantu
pembentukan

program

ILS

(Integrated

Learning

Systems).

Sebagai

contohnya,

penggunaan perisian Microsoft Power Point dalam subjek sains di dalam kelas,
kebanyakkan murid seronok dan mudah menerima pembelajaran dengan berbantukan
teknologi. Selain itu, komputer juga merupakan tutee dimana dapat membantu murid-murid
dalam penggunaan komputer secara lebih efektif. Manakala menurut Teori Konstruktivisme,
komputer dapat membantu murid-murid bukan sahaja celik komputer, tetapi boleh
membantu murid-murid dalam menguasai subjek yang lain. Dalam konteks ini, pengajaran
berbantukan komputer dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word, Power Point dan

Excel semasa proses pengajaran berlangsung di dalam kelas dianggap sebagai scaffolding
yang membolehkan murid-murid berkemahiran, membentuk idea dan memahami maklumat
yang sukar difahami secara tuntas.

2.4 KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft Powerpoint


Dasawarsa, terdapat pelbagai perisian yang digunakan pada hari ini untuk membangunkan
persembahan elektronik untuk dijadikan bahan bantu mengajar kepada murid-murid.
Antaranya adalah Microsoft Powerpoint. Merujuk kepada Shaifol (2004), penggunaan media
unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan pengajaran akan
membuatkan sesuatu persembahan elektronik atau multimedia tersebut menjadi lebih
menarik minat murid, dapat memberi motivasi kepada murid-murid dan juga guru dan
mudah difahami oleh semua kelompok di sekolah.

Persembahan Microsoft Powerpoint dalam proses pengajaran dan pembelajaran di


dalam kelas dijalankan menerusi paparan slaid demi slaid menjadikan persembahan
multimedia boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakkan animasi tanpa
rendering. Pada kebiasaannya, persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai
preview di peringkat awal sebelum animasi disusun. Tujuan gerakkan animasi ini adalah
bagi menilai gerakkan tanpa menggunakan proses rendering yang mengambil masa yang
lama.

5
Cara mengoperasikan Microsoft Powerpoint ini lebih kepada mesra pengguna dimana
butang arahan mudah difahami dan tidak perlu menggunakan pengaturcaraan. Justeru,
oleh kerana sifat perisian persembahan multimedia yang menarik dimana boleh
menggabungkan lima elemen media iaitu video, animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini
sangat sesuai digunakan dalam membentuk backdrop persembahan dalam apa jua program
atau majlis yang diadakan di sekolah mahupun di luar sekolah.

Oleh yang demikian, penggunaan perisian persembahan elektronik digunakan secara


meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persembahan multimedia

menerusi Microsoft Powerpoint dalam pengajaran di dalam kelas menjadikan proses


pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta berkeupayaan mengilustrasikan idea-idea
yang sukar dan dapat memotivasikan murid-murid secara keseluruhannya.

2.4.1

REKA LETAK DALAM PERISIAN MICROSOFT Powerpoint

Reka letak dalam perisian persembahan elektronik atau multimedia merupakan ilmu atau
kemahiran yang digunakan bagi meletakkan menyusun media pada paparan untuk
membentuk satu persembahan yang menarik. Keupayaan meletak dan menyusun elemen
media yang baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap persembahan.

2.4.1.1

Prinsip Reka Letak CASPER

Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik,
animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat
murid-murid

di sekolah.

Skrin

yang

diletakkan

dengan

media

tanpa dirancang

menyebabkan persembahan multimedia yang kurang menarik. Prinsip reka letak CASPER
adalah berdasarkan perkataan CASPER berikut :

i) Contrast (Perbezaan yang Ketara)

Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, warna yang kontra bagi membezakan
antara unsur dengan latar belakang paparan bagi membezakan dua item yang berlainan.
Perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar,
unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dan
besar.

ii)

Alignment (Susunan Lurus)

Setiap item yang diletakkan dalam muka perisian harus seimbang dengan muka perisisan
agar kelihatan menarik.

iii)

Simplicity (Mudah)

Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsang pengguna untuk memahami
maksud yang hendak disampaikan.

Dengan kata lain, ianya dapat memudahkan

penerokaan dan merangsang pemikiran.

Pemikiran yang dipilih perlulah ringkas,

bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.

iv)

Proximity (Berhampiran)

Item yang digunakan dalam muka perisian harus dikumpulkan pada satu kawasan. Itemitem yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah.
v)

Emphasis (Penekanan)

Memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Tidak digalakkan


menggunakan terlalu banyak elemen sampingan. Ini kerana, murid-murid akan lebih
tertumpu kepada elemen sampingan tersebut.

vi)

Repetition (Pengulangan)

Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu


pemahaman dalam kalangan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

2.5 KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft Excel

Microsoft Excel juga dikenali sebagai Excel Workbook dengan file extension .xls. Setiap
workbook terdiri daripada hamparan kerja elektronik yang dikenali sebagai Excel
Worksheet. Bilangan hamparan atau worksheet boelhd itambah dan setiap worksheet yang
diaktifkan dengan cara menekan tab worksheet berkenaan yang terdapat di bahagian
bawah kiri paparan di skrin. Hamparan atau worksheet Microsoft Excel merupakan seperti
sehelai kertas elektronik yang terbina bersama sebatang pensel, pemadam dan mesin kira.

Microsoft Excel sangat memberi nilai tambah dalam pengajaran di sekolah terutamanya
bagi subjek matematik. Guru inovatif akan menggunakan pendekatan sedemikian sebagai
bahan bantu mengajar.

2.6 MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Multimedia merupakan integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, dan video
dengan menggunakan komputer sebagai alat persembahan untuk membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara signifikan. Reka bentuk pengajaran dan
pembelajaran berbantukan ICT merupakan satu disiplin tentang kefahaman dan
penambahbaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi nilai tambah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seorang guru.

Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian multimedia sudah


semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Penggunaannya
dapat mengatasi kelemahan serta masaalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran
biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ianya menjadi perangsang kepada
guru serta menjadi alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan
berkesan.

Antara beberapa feadah pembelajaran dengan menggunakan perisian multimedia adalah:

i) Menyokong Pembelajaran Kendiri.

Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran kendiri

dilaksanakan

dengan lebih berkesan. Murid-murid boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju
pembelajaran mereka dengan kadar yang cepat kerana program multimedia memberi
peluang serta kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut
kebolehan individu. Di samping itu, murid-murid berpeluang belajar tajuk yang susah
berulang kali sehingga pemahaman dicapai.

Pembelajaran berbantu multimedia sebagai salah satu media pembelajaran dapat


digunakan secara berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi
keupayaan, intelek dan gaya pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sistem
pelbagai dan prosedur pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar diberikan tanggungjawab
untuk merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka.

ii)

Membantu Menyelesaikan Masalah Guru Dalam Pengajaran

9
Perisian multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan. Ciri-ciri perisian
Multimedia yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, dan tidak sakit hati menjadikan ia
sangat sesuai bagi para pelajar terutamanya bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas.
Contohnya, strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.
Pembelajaran menggunakan multmedia dapat memberikan tindak balas serta-merta kepada
pelajar. Secara tidak langsung ia dapat memberi peneguhan yang sangat positif.

iii)

Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak

Elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan


multimedia seperti warna, muzik, animasi dan visual boleh menambahkan realisme dalam
pembelajaran secara latih tubi, ujikaji dalam makmal, permainan simulasi dan sebagainya.

Dengan hal ini, elemen multimedia dapat menerangkan sesuatu pengajaran yang kompleks
menjadi mudah untuk difahami dengan contoh-contoh yang sebenar yang tidak dapat
diterangkan dengan menggunakan teks.

iv)

Keseronokan Belajar dan Menjana Pemikiran Pelajar

Menerusi pengunaan multimedia, ianya berbeza dengan pengajaran dan pembelajaran


biasa yang memperlihatkan guru membaca teks di hadapan sambil pelajar mendengar.
Penggunaan perisian multimedia menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian
tajuk yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan
mengikut tema kurikulum subjek itu. Selain itu, penggunaan multimedia ini mampu
melahirkan pelajar yang mahir berfikir, kreatif dan kritis. Secara keseluruhannya, ciri-ciri
inilah yang diharapkan oleh pihak kementerian pendidikan dalam menyediakan pelajar yang
cemerlang.

10

2.7 SARANAN DAN CADANGAN MASA HADAPAN

Penggunaan perisian multimedia sebagai modul pengajaran dalam mata pelajaran adalah
amat berkurangan. Hasil dari beberapa kajian lepas, dapat membantu guru sebagai bahan
bantu mengajar kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian murid-murid tetapi
ia tidaklah secara menyeluruh kerana peningkatan prestasi murid-murid tidak meningkat
100%. Masih terdapat banyak kekurangan yang boleh ditampung pada masa hadapan
terutamanya dari segi penyediaan modul multimedia dengan lebih terperinci.

Bagi tujuan penambahbaikan, penggunaan perisian perlu diperluaskan agar pelajar dapat
memahami konsep dengan lebih jelas. Para guru juga haruslah membuat lebih banyak

penyelidikan bagi menyediakan bahan pembelajaran berbantukan multimedia lebih menarik


dan efisien. Guru-guru tidak hanya mengharapkan kepada perisian yang sedia ada malah
mampu membina sendiri perisian multimedia dengan menggunakan perisian pengarangan
multimedia seperti Macromedia Director, Microsoft Power Point dan sebagainya bagi
membantu pelajar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang.

Dalam konteks pendidikan pada hari ini, guru perlu didedahkan kepada idea baharu dan
peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka
pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam
konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah
menerima transformasi dan kemajuan dalam kerjaya profesion keguruan.

11
Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah
haruslah dirancang dengan baik. Pasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau
bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan guru-guru. Pada
hari ini, masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk
mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer
terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja.
Penggunaan komputer dan Internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana
pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, selffaced, dan
self directed.
Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi
serta penerapan nilai murni semasa pengajaran terutamanya semasa penerokaan ledakan
sumber maklumat melalui Internet.

Pengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan perisian multimedia dalam sistem


pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif selain pengajaran tradisional.
Teknologi Multimedia adalah teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan
terutamanya pada murid-murid khasnya, di samping memotivasikan mereka. Bahan
pengajaran seperti perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh
digunakan sebagai satu cara menarik minat murid-murid untuk belajar dengan lebih baik.

Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan
kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor LCD,
komputer dan persembahan PowerPoint.

Teknologi maklumat menyediakan peluang

kepada golongan guru sekolah rendah untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara

cabaran-cabaran

yang

dihadapi

oleh

pihak

guru

termasuklah

kekangan

menghabiskan sukatan, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana


dan bahan sokongan serta sumber kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya ICT
dapat digunakan dengan sepenuhya disekolah. Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru
harus bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya di sekolah.

12

3.0

KESIMPULAN

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia sebagai satu
medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Teori ini menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai peranan yang penting dalam
kurikulum yang ada. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan
kepada murid-murid untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan
kelebihan yang ada dalam diri mereka. Dalam konteks ini, guru harus merancang aktiviti
pembelajaran yang mempunyai variasi dan bersepadu bagi memenuhi keperluan murid
yang lebih mencabar ditambah lagi dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan
motivasi.

Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih kepada teknologi
multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi
hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar
bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah
menetapkan Pembagunan Minda insane kelas pertam sebagai salah satu teras utama ke
arah mencapai Wawasan 2020.

Sistem pendidkan dan kurikulum skeolah telah

menerapkan teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di
samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan
pelajar serta pendidik terhadap perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan
perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi
memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran
secara total.

13
Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh cabaran
terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz
Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan
menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam
pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek
dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan

pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta


penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
RUJUKAN

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global.


Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.
Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass.:
Harvard University Press.
Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change: Strategies for
technology integration. Educational Technology Research and Development, 47 (4), 47-61.
Finkbeiner, C.(2001). One and all in CALL? Learner, moderator dan researcher. Computer
Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361 (54) 1st International Malaysian Educational
Technology Convention
Grove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use: Cooperating
teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on Technology in
Education. 37(1), 85-110.
Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms: We have met the
enemy and he is us. Paper presented at the annual convention of the Association for
Educational Communications and Technology, Chicago, IL, October 19-23. (ERIC Document
Reproduction Service No. ED485143)
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training course.
Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135
Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative Approach.
Computer Assisted Language Learning. 12 (3), 261268
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu.

14
Dewan Bahasa