Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN PEMBINAAN TEMPAT LETAK KERETA BERBUMBUNG

SMK ORANG KAYA HAJI, KUALA LIPIS, PAHANG

PENDAHULUAN
Kelengkapan prasarana sekolah banyak menyumbang kearah kemajuan
sekolah. Prasarana yang lengkap memudahkan warga sekolah menjalankan
pelbagai aktiviti disamping memberi kepuasan kerjaya kepada guru-guru dan staf
sokongan. Namun demikian penyediaan prasarana yang lengkap tersebut
memerlukan peruntukan kewangan yang besar. Dengan peruntukan yang terhad
sudah pasti pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mampu menyediakan
semua prasarana tersebut. Justeru sekolah amat mengharapkan bantuan daripada
pihak luar untuk membantu melengkapkan prasarana tersebut. Oleh itu kertas
cadangan ini bertujuan untuk memohon peruntukan bagi membina tempat letak
kereta berbumbung untuk kemudahan guru-guru dan staf sokongan sekolah ini.

RASIONAL
1.SMK Orang Kaya Haji telah dibuka pada tahun 1960 (53 tahun).
2.SMK Orang Kaya Haji hanya mempunyai 2 buah tempat letak kereta berbumbung
iaitu 3% daripada
keperluan 53 orang guru dan 13 orang staf sokongan.

OBJEKTIF
1.Memohon peruntukan bagi membina 20 unit tempat letak kereta berbumbung
untuk kegunaan
guru-guru dan staf sokongan dalam kawasan SMK Orang Kaya Haji, Kuala Lipis.

KUMPULAN SASARAN
Tempat letak kereta berbumbung ini dikhaskan kepada guru-guru dan staf
sokongan.

ANGGARAN KOS

20 unit X RM1,000 = RM20,000.00

IMPAK PROJEK
1.Menambahkan tempat letak kereta berbumbung untuk keperluan guru-guru dan
staf sokongan.
2.Meningkatkan kepuasan bekerja dalam kalangan guru dan staf sokongan.

PENUTUP
Justeru pihak sekolah amat berharap agar permohonan ini dapat diangkat
untuk dipertimbangkan. Semoga dengan kelulusan projek ini dapat memberi
banyak manfaat kepada warga sekolah.

Di sediakan Oleh;

Anda mungkin juga menyukai