Anda di halaman 1dari 3

Bagaimanakah kurikulum sekolah rendah berkembang daripada KLSR

kepada KBSR dan KSSR?


Sebagai yang telah dimaklumi bahawa pendidikan peringkat sekolah
rendah di negara ini telah mengalami perkembangan daripada Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
seterusnya kepada Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan kini kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Kurikulum ini dibaikpulih secara
berperingkat dari semasa ke semasa berdasarkan kajian ,analisa dan
pemerhatian yang dilakukan.
Pelaksanaan KLSR berlangsung sejak selepas merdeka khususnya apabila
Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami
perkembangan
dan
inovasi
seiring
dengan
pelaksanaannya.
Walau
bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi
murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979). Setiap
mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan
pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi pelajaran kurang dikaitkan
dengan kehidupan seharian murid.
KLSR juga kurang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M). Kajian-kajian yang dilakukan pada masa
itu mendapati sebilangan besar murid di negara ini masih belum menguasai
kemahiran asas 3M walaupun mereka telah tamat persekolahan peringkat
rendah. Sehubungan itu Perakuan 2a, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti
berikut.
Selain itu,kurikulum ini ditambah mengikut peredaran zaman.Hal ini,akan
memberi pemantapan dari segi kurikulum pembelajaran.Pembelajaran yang
relevan akan memberi semangat kepada pelajar unuk belajar kerana kurikulum
lama banyak menumpukan kepada proses hafalan,subjek yang banyak untuk
dipelajari,tidak menggunakan alat bantu mengajar sebagai medium
penyampaian kepada pelajar.
Disamping itu,kurikulum baru yang dilaksanakan amat menitik berat kan
soal keperluan pelajar.Hal ini kerana,tidak mahu berlaku jurang diantara pelajar
agar pelajar yang lemah tidak tercicir daripada landasan
menuntut
ilmu.Berdasarkan daripada laporan yang telah dijalankan, Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan ekoran daripada terbitnya Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada
1979 atau ringkasnya dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebanyak
305 buah sekolah rendah pada 1982 telah dipilih untuk melaksanakan percubaan
sebelum KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983.
Keperluan kepada KBSR begitu ketara apabila dapat dikenal pasti terdapat
kelemahan dalam KLSR. KLSR tidak memberi pendidikan asas. Sebaliknya lebih
bersifat akademik

KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin
ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menyeronokkan, bermakna dan berkesan. KSSR juga mementingkan standard,
sehubungan itu Dokumen Standard Kandungan (DSK) dan Dokumen Standard
Pembelajaran diguna pakai
Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan
menarik ke arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar handson-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain,
melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik
darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh
dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR. Pada masa yang
sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu
pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai
kemahiran dan mengamalkan nilai murni.
Di peringkat awalnya, iaitu pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR
telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih. Daripada
jumlah tersebut, 50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran,
manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih.
Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran
Malaysia jelas meminta semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid
Tahun 1 mulai 2011. Selain melahirkan generasi ulul-albab, KSSR diharap akan
membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untu kmenghadapi
cabaran.

Bolehkah anda bayangkan bagaimana keadaannya jika perkembangan


daripada KLSR kepada KBSR dan KSSR tidak berlaku.
Pada pendapapat saya ,jika tiada kurikulum di dalam sistem pembelajaran
pada masa kini akan berlaku pelbagai masalah antaranya ialah,kurikulum
pembelajaran yang tidak standard,kurikulum yang lapuk,dan masalah yang lain
juga akan timbul.Ini akan memyebabkan kesukaran dalam melaksanakan
kuruikulum di sekolah.
Seterusnya, antara masalah yang akan timbul adalah sukar untuk untuk
membuat penilaian pelajar di dalam
kelas. Contohnya, penilaian yang
berbentuk formatif seperti ujian diagnostik dan ujian pencapaian sering
digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid.Maka jika,kurikulum
tidak dilaksanakan akan menyebabkan pemilihan pelajar untuk meneruskan
pengajian pada peringkat lebih tinggi.
Disamping itu,pengajaran yang tidak melibatkan penyertaan aktif murid
akan menyebabkan penghasilan murid yang tidak berkualiti kerana tidak dapat
mengikut kepada landasan falsafah pendidikan Negara.Pelajar yang bijak tetapi
tidak aktif dalam melakukan aktiviti seperti persatuan dan permainan mungkin
tidak mampu melaksanakan pelbagai pekara yang sukar jika diberikan tugas
kerana pelajar ini hanya hebat dalam bidang menghafal semata-mata
Selain itu, berlaku penindasan iaitu orang yang lebih berilmu menindas
orang yang kurang yang berilmu seperti kita dapat lihat dalam KLSR akan
berlaku keciciran jika murid tidak dapat mengikut sukatan pelajaran. Mereka
akan mudah putus harapan kerana tidak ada dorongan atau bimbingan untuk
mereka berusaha lebih. Hal sebegini boleh menyebabkan berlaku jurang antara
pelajar yang berilmu da kurang ilmu. Mereka akan mudah diambil kesempatan
untuk kepentingan orang yang berilmu..

Kesimpulannya,kemajuan atau perkembagan pendidikan dari KLSR kepada


KBSR dan kepada KSSR amat memberi impak yang besar kepada kemajuan
individu dan masyarakat.Pendidikan kini harus diterima oleh semua murid tanpa
alasan supaya melahirkan murid yang cemerlang selaras dengan pendidkan
abad ke 21.

Anda mungkin juga menyukai