Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TRIANG

28300 TRIANG, PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA

KURSUS
KEPIMPINAN & PENGURUSAN
KOKURIKULUM SMK TRIANG

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD ARIFF ZAIM BIN ABDUL KHALID


PENYELARAS PROGRAM

1.0

TAJUK KERTAS KERJA


KURSUS KEPIMPINAN& PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK TRIANG
TARIKH
TEMPAT
MASA

2.0

: 27-28 Ogos 2016


: Dewan Serbaguna SMK Triang
: 8.00 pagi 5.00 petang

PENDAHULUAN

Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan


sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu
pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar
ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas
dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan
bimbingan dan panduan.
Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini
memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk
ajar kepada mereka. Pengerusi dan Setiausaha unit beruniform , kelab persatuan dan sukan
permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui
perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu
cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan
tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan.
3.0

RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting
untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pelajar
tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini pelajar
yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan
bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

4.0

MATLAMAT

5.0

Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran


mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan
mempraktikkannya.
OBJEKTIF
5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan.
5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan..
5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
5.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak..

6.0

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat
Pengerusi
Penyelaras
Setiausaha

:
:
:
:

En. Chiew Sai Kee


En. Zuhari bin Mohamed
En. Mohd Ariff Zaim bin Abdul Khalid
Pn. Noraalwahida bt. Mohamed Noor

JAWATANKUASA KERJA:
6..1

Persiapan tempat dan siaraya


En. Azmer bin Mohammad
En. Syafizan bin Ahmad

6.2

Jamuan/makanan dan minuman


Pn. Noni Karlida bt. Mohd Rosli
Pn. Zuraini bt. Mohd Nosi

6.3

6.4

7.0

Urusetia dan Pendaftaran


Pn. Roziah bt. Mohd Sari
Pn. Siti Hajar binti Yusoff

Jurufoto dan dokumentasi


En Mohd Asri b. Rain@Arabain

6.5

Backdrop dan Mengemas


En. Kamaruddin bin Ismail
Pn Zaila bt. Saba@Sabar

6.6

Juruacara dan Disiplin peserta


En. Mohamad Najmunddin Mohamad Alwi

BIDANG TUGAS

7.1 Penyelaras program


- Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum.
- Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.
7.2 Setiausaha
- Menguruskan makluman kepada peserta kursus.
- Menguruskan surat kepada penceramah.
- Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.

7.3 Persiapan Tempat dan Siaraya


7.6

Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus.


Menyediakan tempat duduk dan keperluan penceramah semasa program.
Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di dewan serbaguna.
Mencari alternatif dan back up sekiranya ada gangguan.
.
Back Drop

7.7

Menguruskan backdrop di bahagian hadapan tempat kursus.

Pengerusi Majlis
- Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program dan majlis penutupan.
- Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis.
- Mempengerusikan majlis hingga tamat.

7.8

Jurufoto dan Dokumentasi


-

Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.

7.9 Jamuan/ Makanan dan Minuman


- Berbincang dengan penyelaras untuk memastikan jumlah peserta.
- Membuat tempahan makanan dan memastikan tempat makan adalah bersih
dan teratur.
7.10
-

8.0

Urusetia dan Pendaftaran


Mendaftar masuk semua peserta termasuk guru.

KUMPULAN SASARAN
Pengerusi dan Setiausaha Unit Uniform, Kelab Persatuan, Sukan Permainan
SMK Triang.

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM


Masa
SABTU (27/8/16)
8.00 -- 8.30 am
8.30 -- 9.00 am
9.30 -- 10.30 am
10.30 -- 11.00 am
11.30 -- 1.30 pm
1.30 -- 3.00 pm
3.00 -- 5.00 pm
5.00 -- 5.30 pm
5.30 -- 8.30 pm
8.30 11.00 pm
11.30 11.30 pm

Aturcara
Pendaftaran
Taklimat peserta
Ice Breaking
Minum pagi
Ceramah : Konsep Kepimpinan
Rehat / Makan Tengahari
Ceramah : Ketrampilan Diri
Minum Petang
Riadah / Makan Malam / Persiapan Diri
LDK 1 ( Gaya Kepimpinan saya ?? )
Minum malam

AHAd (28/8/16)
7.00 8.00 am
8.00 9.00 am
9.00 11.00 am
11.00 11.30am
11.30 1.30 pm
1.30 3.00 pm
3.00 5.00 pm

Senam Cergas
Sarapan pagi
Ceramah : Kreativiti Berpasukan
Minum Pagi
LDK 2 ( Team Building)
Makan tengahari / Solat / Rehat
Majlis Penutup / Bersurai

10.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


Perbelanjaan :
Perkara
Bayaran Saguhati Penceramah
RM 200.00 x 3 slot

Jumlah
RM 600

Sumber

Makanan dan Minuman


a) Minum pagi (rm1.50 x 60org x 2 hari)
b) Makan tengahari ( rm5.00 x 60org x 2hr)
c) Minum petang ( rm1.50 x 60org x 2hr)
d) Makan malam ( rm 5.00 x 60org x 1hr)
e) Minum malam ( rm 1.50 x 60org x 1 hr)
RM 1350
Bahan Edaran dan Alatan tulis

RM 150

JUMLAH

RM 2000

Dana Kokurikulum

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas
dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana
perubahan ke arah kecemerlangan di dalam kelab, persatuan dan unit beruniform masingmasing. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada

para pelajar serta mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan


berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.
Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang
berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan
unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan pelajar yang berfikiran
positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh,
..
(MOHD ARIFF

ZAIM BIN ABDUL KHALID)


PENYELARAS PROGRAM

Disemak oleh,
.
(ZUHARI

BIN MOHAMED)
GPK KOKURIKULUM
SMK TRIANG