Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN

PELANCARAN MINGGU BAHASA 2009

Arahkan pengawas untuk mengedar buku program Minggu Bahasa kepada


semua guru.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi saya ucapkan kepada;


Yang Berusaha Tuan Haji Busro Bin Md Said, Pengetua SMK Bekok
Yang Dihormati Tuan Haji Zahid Bin Rahmat, Guru Penolong Kanan
Yang Dihormati Encik Safuan Bin Hj. Virdani, Guru Penolong Kanan HEM
Yang dihormati Encik Rosli Bin Che Man, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Yang Dihormati Barisan Guru-guru Kanan Bidang
Rakan-rakan guru
Dan seterusnya, para pelajar sekalian.
Untuk pengetahuan semua, Minggu Bahasa akan diadakan selama 3 minggu
bermula dengan minggu ini. Fokus pada minggu ini adalah Bahasa Melayu. Minggu
hadapan pula adalah Minggu Bahasa Inggeris dan Minggu berikutnya adalah
Minggu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Sepanjang Minggu Bahasa ini, terdapat
banyak aktiviti yang akan dijalankan. Sebagai contoh nya, pertandingan syarahan,
menulis esei dan language games.
Para pelajar dijemput untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang akan
diadakan. Marilah kita sama-sama menjayakan Minggu Bahasa.

Maka, dengan ini, dijemput, Yang Berusaha, Tuan Haji Busro Bin Md. Said untuk
merasmikan pelancaran Minggu Bahasa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.