Anda di halaman 1dari 12

KERTAS BAHASA MELAYU SPM

Kertas 1 (1103/1)

- 130 markah
- 2 jam 15 minit
- Mengandungi dua bahagian

Bahagian A : Karangan Berpandu ( Bahan Rangsangan) - (30 markah)


- Bahan rangsangan : gambar foto, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan,
petikan, dan catatan.
- Satu soalan wajib dijawab.
- Masa : 45 minit
- Panjang : 200 250 patah perkataan

Bahagian B : Karangan Umum - (100 markah)


- Berformat dan tanpa format tertentu
-Pilih satu soalan daripada lima soalan berdasarkan lima skop.
S1

Diri / berkait rapat dengan remaja

S2

Keluarga

S3

Masyarakat / Negara

S4

Antarabangsa

S5

Komponen Sastera

- Masa : 1 jam 30 minit


- Panjang : > 350 patah perkataan

Kertas 2 (1103/2)

- 110 markah
- 2 jam 30 minit
- Mengandungi empat soalan

Soalan 1

-Rumusan (30 markah)

Soalan 2

-Pemahaman (35 markah)

Soalan 3

Soalan 4

(a)

Petikan Umum (petikan rumusan)

9 markah

(b)

Petikan Cerpen/Drama

-9 markah

(c)

Petikan Prosa Klasik

8 markah

(d)

Petikan Puisi/Sajak

-9 markah

-Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (30 markah)


(a)

Morfologi (membina ayat)

(b)

Sintaksis

(c)

Sistem Ejaan dan Imbuhan

(d)

Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa

(e)

Peribahasa

-Novel (15 markah)


-2 soalan

Contoh Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


Soalan 1 Bina ayat
a. tergesa-gesa
Contoh : Apabila kereta peronda polis melalui kawasan perumahan, beberapa orang
pemuda tergesa-gesa meninggalkan tempat itu.
ii. terhincut-hincut
Contoh : Pemain bola itu berjalan terhincut-hincut kerana kakinya dibentes oleh pemain
pasukan lawan.
iii. berjam-jam
Contoh : Sudah berjam-jam kami menunggu kedatangannya tetapi dia belum tiba.
iv. bersenang-senang
Contoh : Ayahnya bekerja berhempas pulas siang malam tetapi dia bersenang-senang
menghabiskan hasil usaha ayahnya selama ini.
v. sekeras-keras
Contoh : Sekeras-keras batu lama-kelamaan dapat juga dilekukkan oleh titisan air.
vi. setajam-tajam
Contoh : Setajam-tajam pisau, tajam lagi lidahnya melukai perasaan orang.

Soalan 2 Menyambung ayat


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian gabungkan ayat-ayat dalam petikan itu
menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan susunan dan maksud asalnya.

Rakyat Malaysia mesti berani merebut peluang dalam pelbagai bidang. Peluang itu
berpunca daripada pembangunan negara. Kesanggupan mereka itu akan membawa pulangan
yang lumayan. Para pemimpin pula hendaklah menggunakan pengaruh untuk menggalakkan
generasi muda mempelajari bidang kemahiran. Kemahiran itu sebagai persediaan meraih
lebih banyak peluang pekerjaan. Menerusi bidang kemahiran, kita akan dapat meningkatkan
pengetahuan. Kita dapat meningkatkan inovasi mereka juga. Bidang kemahiran akan
menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara

Jawaban
1.
Rakyat Malaysia mesti berani merebut peluang dalam pelbagai bidang yang berpunca
daripada pembangunan Negara, lagipun kesanggupan mereka itu akan membawa pulangan
yang lumayan.
2.
Para pemimpin pula hendaklah menggunakan pengaruh untuk menggalakkan
generasi muda mempelajari bidang kemahiran sebagai persediaan meraih lebih banyak
peluang pekerjaan.
3.
Menerusi bidang kemahiran, kita akan dapat meningkatkan pengetahuan dan inovasi
rakyat selain bidang kemahiran akan menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi
negara.

Soalan 3 Kesalahan Ejaan dan Imbuhan


Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat
itu semula.
i.

Orang yang rabun warna mempunyai persipsi warna yang berlainan daripada
kalangan orang normal kerana mereka tidak menghadap masalah tersebut.
Jawaban

persipsi

persepsi

menghadap

menghadapi

ii. Kita masih berdepan dengan masalah untuk mendapatkan juru latih yang sesuai bagi
sukan teknikal tidak terkecualikan gimnastik.
Jawaban

juru latih

jurulatih

terkecualikan

terkecuali

iii. Media berperanan untuk menghiburkan audien dan yang lebih penting perlu
menerapkan sikap toleransi dalam kalangan rakyat terbilang kaum.
Jawaban

audien

audiens

terbilang

berbilang

Soalan 4 Kesalahan Kata/Istilah dan Bahasa


Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu tanpa menulis ayat itu semula.

I.

Para peniaga tidak dibenarkan menggunakan tanda sah pada barangan mereka
kecuali yang dikelaurkan daripada Jakim.
Jawaban

tanda sah

halal

daripada

oleh

ii. Program pelestarian kesihatan yang diperkenalkan tidak lama dahulu akan
menjadikan negara kita sebagai pusat kesihatan serantau di dalam bidang rawatan
perubatan tradisional dan moden.
Jawaban

pelestarian

pelancongan

di dalam

dalam

iii. Syarikat-syarikat tempatan seharusnya mengambil peluang bila mana meneroka


perkhidmatan penyumberan luar dan aktiviti berkaitan yang menghasilkan pemerolehan
yang banyak.
Jawaban

bila mana

untuk

pemerolehan

keuntungan

Soalan 5 Peribahasa
Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.
i. Dia tidak mengambil kira sangat harga sesuatu barang itu asalkan barang itu tahan
lama apabila digunakan.
Jawaban : alah membeli menang memakai
ii. Penutur sesuatu bahasa itu mestilah menjaga kemuliaan bahasanya kerana bahasa
menjadi lambang keperibadian sesuatu bangsa.
Jawaban : Bahasa jiwa bangsa
iii. Tingkah laku anak-anak bergantung pada didikan yang diterima daripada ibu bapa.
Jawaban : bagaimana ditanam, begitulah dituai

LATIHAN
PENGUKUHAN

bukit bukau

Jawaban Tatabahasa
3(a)

Bina Ayat

(i)

segar-bugar
-sihat (cergas, subur, pantas) benar
-masih baru benar (sesuatu benda, peristiwa, dll)

(ii)

kuih-muih
-bermacam-macam jenis kuih

(iii)

terang-benderang
-terang sekali

(iv)

calar-balar

-banyak garis yang tidak keruan, penuh dengan calar

(v)

mundar-mandir
-pergi balik, berulang-alik, hilir mudik

(vi)

bukit bukau

-bukit dan lembah

3(b)

Imbuhan

i. libat

melibatkan

ii. salah

menyalahkan

iii. tegur

teguran

iv. lekeh

memperlekeh

v. ajar

mengajar

vi bagai

3(c )

i.

berbagai-bagai/pelbagai

Ejaan dan Imbuhan


Salah

Betul

fenomina

fenomena

mengemparkan

menggemparkan

ii. merupai

merupakan

tradisyenal

tradisional

iii. di luluskan

diluluskan

memperlebarkan

3 (d)

Salah Kata/Istilah dan Bahasa


Salah

i.

berbangga
dikemukakan oleh kami

iii.

terbarainya
menjerluskan

3 (e)

Betul

penempatan
pelupusan

ii.

memperlebar

petempatan
pencerobohan
berbesar
kami kemukakan
terurainya / terlerainya
menjerumuskan

Peribahasa

i.

ukur baju di badan sendiri

ii.

genggam bara api biar sampai jadi arang

iii.

hangat-hangat tahi ayam / melepaskan batuk di tangga