Anda di halaman 1dari 5

Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke

garisan penamat tidak pernah selesai. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan
mati, daripada hidup bagaikan arang. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun
anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu
yang berharga. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak
cerdik. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu
terlebih pandai. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan. DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang
yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit. DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih
orang jahat untuk diperdayakan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang. DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak
bertindak. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau
menyerang boleh padam. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak
indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya
kecemerlangan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang
menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita
tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi
penghujung yang betul. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca
buku. Kan buku tu penuh khasiat. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat buku. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu. DR. HM TUAH ISKANDAR alHaj
Fikir itu kepalanya berkat. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata,
bila di tangan sendiri ia berubah warna. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai,
bumi setia di bawah telapak kaki. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi
sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di
atas yakinlah kita tak selamanya di situ. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik
pemisah kita daripada tertipu. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari
keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik
yang kita lakukan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Hidup bukan perjudian tapi perjuangan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah
pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian
bermakna kehidupan yang lebih istimewa. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Perjalanan adalah sebaik-baik guru. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti
bercakap. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab. DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal
buku. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu. DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu
oleh penjara diri. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah
orang rendah. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu
adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan
menyusahkan orang yang tahu. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk
dibuat ialah membayar hutang. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu

suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung
dunia. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Genggam bara api biar sampai jadi intan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus
itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan
kepala. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah,
tapi merasakan tidak jejak ke bumi. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi. DR. HM TUAH ISKANDAR alHaj
Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan
ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti
kemerdekaan itu. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi. DR. HM TUAH ISKANDAR alHaj
Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang,
tapi terus teguh memotivasi diri. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada
daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa. DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula
cerdiknya. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja

matlamatnya, tapi kesihatan yang utama. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya. DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri
kita sendiri yang jadi dalang. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik. DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak
menjadi pahit. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Maut juruintai yang tak pernah lalai. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan
mati, daripada hidup bagaikan arang. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja,
dah ada kerja tak senonoh pula. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu
berdiri. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang
yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang
berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya
orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup
memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita
saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati
kita. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran
namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

Anda mungkin juga menyukai