Anda di halaman 1dari 13

Jenis Kelompok dan Cara Pengambilan

Kelompok Kaunseling atau Teraputik Kelompok kaunseling adalah merupakan kelompok yang
dibentuk bagi mewakili keadaan sebenar sebaik mungkin. Dalam kelompok ini, ahli-ahli akan
memainkan peranan untuk membantu ahli yang mengalami masalah. Kelompok ini lebih
berorientasikan masalah ataupun penyelesaian masalah, bersifat memulihkan dan mampu
menghalang masalah yang bakal berlaku. Menurut Zuraidah, 1989 kaunseling kelompok ialah
satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan yang
berkesan kepada individu yang normal yang menghadapi masalah-masalah seharian yang biasa
dalam satu jangka waktu yang sama.

Fokus utama kaunseling kelompok adalah membantu individu menerokai dan


mengkonfrantasi ketidakpuasan yang dilalui oleh mereka. Ahli-ahli yang mengalami masalah
akan dibantu mencari jalan dan melaksanakan strategi bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pemimpin kelompok harus cuba menyediakan suasana yang teraputik bagi memberi keselesaan,
rasa selamat dan penuh kepercayaan bagi membolehkan setiap individu menilai diri-sendiri,
meningkatkan perkembangan diri dan dapat berhubung dengan orang lain dengan lebih
berkesan. Jumlah ahli kelompok adalah sekitar 6 hingga 12 orang dan keahlian adalah
heterogeneous atau pelbagai. Ini adalah bagi mempertingkatkan sumber dalam kelompok.
Dengan sumber yang pelbagai ini akan meningkatkan motivasi dan minat kelompok untuk kekal.
Ahli-ahli dalam kelompok ini perlu bersikap terbuka dan fleksibel. Kelompok kaunseling
menggunakan potensi ahli bagi memahami diri sendiri, merancang, mengubah dan melaksanakan
pelan tindakan yang dirancang dalam kelompok.

Kriteria pemilihan ahli kaunseling kelompok

Pencarian ahli / penyebaran maklumat/ pengedaran borang temujanji


Jumlah ahli / saiz kelompok
Umur ahli
Jantina ahli
Penetapan Jenis Kelompok
Penetapan Tujuan Kelompok
Masa
Tempat/Lokasi
Pemimpin kelompok

Namun pemilihan kelompok berdasarkan sesi individu oleh seorang pelajar. Saya telah
mendapatkan persetujuan dari pihak keluarga tersebut untuk membuat sesi kaunseling bersama
keluarga.

Laporan Sesi

1. Perjumpaan awal

Di peringkat ini, kaunselor perlu menyapa klien dengan baik, menunjukkan empati, ketulenan,
kemesraan dan anggapan positif terhadap kliennya. Apabila keadaan mesra telah wujud, klien
lebih bersedia untuk berkongsi masalahnya serta akan menceritakan lebih lanjut tentang masalah
itu. Kaunselor juga perlu menggalakkan penilaian kendiri klien iaitu klien memikirkan kekuatan
dan kelemahan dirinya sendiri dan menyediakan sesuatu untuk difikirkan oleh klien sebelum sesi
seterusnya.

2. Penerokaan masalah dan membina perhubungan

Pada peringkat ini, kaunselor terus membina perhubungan yang baik dengan klien. Kaunselor
harus memastikan kepercayaan klien terhadap dirinya dengan memelihara kerahsiaan maklumat
yang diberikan oleh klien. Kaunselor juga perlu menunjukkan bahawa beliau berempati dan
amat mementingkan kebajikan klien. Dengan cara ini proses penerokaan akan dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan.

Bagi menggalakkan klien meluahkan masalahnya, kaunselor boleh menggunakan soalan-soalan


terbuka, refleksi, parafrasa, meminta penjelasan dan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang
lain. Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan kaunselor memahami klien dan membantu
klien mencapai kesedaran kendiri.

3.

Penentuan Matlamat

Peringkat ini terdiri daripada empat komponen yang berkait rapat iaitu

a.

Penentuan matlamat kaunseling.

b.

Menimbangkan ciri-ciri klien yang boleh mempengaruhi strategik kaunselor.

c.

Memikirkan matlamat-matlamat proses iaitu yang berlaku sepanjang proses


menolong.

d.

Membina satu rancangan tindakan yang akan dilaksanakan oleh klien agar
matlamatnya tercapai.

4.

Membina dan Melaksanakan Pendekatan

Di peringkat ini, kaunselor bersama-sama dengan klien akan cuba membina dan
melaksanakan satu pendekatan yang bersesuaian untuk mencapai matlamat kaunseling.

5.

Menilai Pencapaian

Di peringkat ini, kaunselor akan menilai keberkesanan strategik yang telah digunakan.
Jika terdapat kelemahan-kelemahan atau kekurangan maka kaunselor bersama-sama klien akan
memikirkan cara-cara untuk mengatasinya.

6.

Penamatan dan susulan

Di peringkat ini, kaunselor akan membuat susulan sama ada strategik atau pendekatan yang
digunakan untuk mengatasi masalah klien berjaya atau tidak. Jika berjaya maka proses
kaunseling bolehlah ditamatkan. Jika tidak, sesi kaunseling boleh dimulakan semula.

Proses Perkembangan Kelompok


5

Pada permulaaan ahli kelompok nampak seperti sukar untuk bercakap berikutan ahli adalah dri
keluarga yang sibuk dengan hal sendiri. Kurang berkomunikasi, tidak pernah memuji atau
memberi kata-kata positif walaupun duduk di dalam satu rumah. Klien inginkan keluarga yang
bahagia seperti rakan-rakannya.

Apabila sesi berjalan selanjutnya, perubahan ahli kelompok sudah mula menunjukkan
kepada positif di mana ahli mula untuk memberi respon dan sedar akan perkara tersebut. Ahli
mula sedar bahawa dengan cara tersbut, ahli dapat merasakan keluarga yang bahagia.

Proses ini berlanjutan sehingga sesi ke empat di mana ahli mula membuat role play iaitu
dengan cuba meluahkan apa yang terpendam selama ini. Kauselor melihat keluarga ini
berpontensi untuk menuju kearah keluarga yang mersa, bahagia dan harmoni. Hasilnya
Alhamdulillah, ahli memebri kerjasama walaupun pada mulanya ahli ada sedikit malu untuk
melakukannya.

Proses ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang pertelingkahan berlaku. Hanya
sedikit ketidak puasan tetapi dapat diluahkan dengan tenang.

Teori Yang Digunakan

REBT di pelopori oleh Ebert Elis. Teori ini ialah satu terapi yang berbentuk didactic kognitive
dan berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai
punca masalah peribadi. (Dia percaya manusia bermasalah dan bersifat negatif kerana dia fikir
mengarut dan fikir benda yang tak patut) Falsafah Asas Manusia cenderung dipengaruhi oleh
pemikiran yang salah. (Contoh : Dia fikir kemudian dia terpengaruh dengan apa yang fikirkan.
Kalau dapat posting kat Sarawak habislah kat sana nanti nampak tengkorak di rumah orang
orang Sarawak). Hal ini akan menyebabkan gangguan emosi dan tingkahlaku berlaku.
Pemikiran sangat menentukan perasaan dan tindakan. Terapi ini berorientasikanpemikiran dan
tingkahlaku. Ia menekankan peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal, bertindak dan
kembali membuat keputusan.

REBT ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi sebagai satu proses
pembelajaran mendapatkan kemahiran-kemahiran baru dan cara-cara baru untuk berfikir dan
mendapatkan cara-cara yang lebih efektif. Konsep Utama Masalah-masalah tingkah laku
mungkin berpunca daripada zaman kanak-kanak lagi. Akan tetapi masalah-masalah ini berulang
kerana pengaruh-pengaruh semasa. Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan.
Dialog dalaman mempengaruhi tingkahlaku seseorang Klien menerokai tanggapan yang salah
menjadi regid dalam diri. Matlamat Utama Terapi Untuk mencabar klien untuk melihat
pemikiran salah denganbukti-bukti yang dikumpulkan dan dinilaikan olehnya sendiri. Untuk
membantu klien melihat dan mengurangkan pemikiran yang regid Untuk sedar pemikiran
automatik dan pemikirannya.

Hubungan Teraputik Dalam REBT ahli terapi berfungsi sebagai guru dan klien sebagai
pelajar Ahli terapi sangat directive dan mengajar teknik ABC. Teknik-teknik Ahli Terapi
menggunakan pelbagai teknik kognitif, emosi dan tingkah laku. Pelbagai kaedah diubah suai
supaya sesuai dengan keperluan khusus individu.

Antara teknik-teknik termasuklah dialog Socratic, mendebatkan pemikiran-pemikiran


tidak rasional, membuat kerja rumah, mengumpulkan data dan sebagainya. Aplikasi Rawatan
kemurungan, Gelisah , Masalah rumah tangga, pengurusan tekanan, latihan kemahiran,
penyalahgunaan dadah, kecelaruan pemakanan, serangan panik, performance anxiety fobia sosial
Pendekatan ini sangat berguna dalam mengubah pemikiran manusia. Banyak kumpulan selfhelp
menggunakan prinsip-prinsip model ini. Boleh digunakan populasi yang ada masalah khusus.

Main Peranan

Satu teknik yang juga digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Cara ini sesuai
dalam menangani masalah interaksi. Biasanya kaunselor bersetuju untuk mengambil atau
memainkan peranan orang yang klien menghadapi masalah untuk berinteraksi. Dengan cara ini
kaunselor dapat mengenalpasti masalah induk yang klien hadapi dalam interaksinya dengan
orang tersebut. Selanjutnya kaunselor akan mampu untuk cuba mengubah tingkah laku celaru
yang dialami oleh klien dengan menggunakan teknik sampingan seperti latihan asertif dan
sebagainya.

Dalam pendekatan REBT, klien akan melakunkan semula tingkah laku kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan yang dialaminya. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya
terjadi. Kemudian peranan tadi akan ditukar di mana kaunselor pula akan memainkan peranan
klien tadi sehinggalah klien boleh menerangkan semula bagaimana pemikiran salah itu boleh
berlaku.

Teknik Peneguhan

Digunakan dalam proses untuk menggalakkan perkara yang positif dan menghindari
perkara yang negatif daripada berlaku berterusan. Konsep peneguhan boleh diaplikasikan di
dalam sesi REBT bagi membantu klien menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan membuat
peneguhan kepada pemikiran yang lebih positif agar klien tidak merosakkan dirinya dengan
kepercayaan lama. Galakkan seperti pujian atas perubahan yang dilakukan oleh klien ataupun
mengendahkan tingkahlaku yang cenderung kepada pemikiran tidak rasional dapat membantu
klien untuk melakukan perubahan.

Proses Perkembangan Setiap Ahli

Perkembangan untuk setiap ahli pada mulanya si ibu menunjukkan perasaan tidak puas hati
kenapa ianya dipanggil untuk membeuat sesi kaunseling bersama keluarga. Ini kerana si ibu
menyatakan kesibukan dalam bekerja harian. Namun selepas diterangkan pada sesi pertama, si
ibu nampak ada perubahan sedikit demi sedikit kerana untuk keluarga yang tersayang. Sebelum
ini si ibu seorang yang cepat marah dan tidak pernah menyatakan sayang dan kata-kata positif
kepada suami dan anak-anak. Sepankang tempoh tersebut si ibu mula berubah dan sesi pada kali
ini, si ibu menunjukkan atau cuba untuk mengeluarkan kata-kata pujian kepada anak-anak.

Perkembangan si suami pula berlainan. Si suami pada mulanya membuat hal sendiri
dengan bermain telefon bimbit, tidak mengambil endah sebarang perbincangan di dalam
kumpulan. Tetapi selepas si suami meluahkan perasaan dan mendengar luahan anak-anaknya dan
si isteri, si suami mula mengambil bahagian dalam sesi tersebut. Namun si suami juga mula
berubah dalam melakukan perkara yang sama iaitu meberi pujian yang sebelum ini si suami tidak
pernah member pujian kepada keluarganya.

Anak-anak mula sedar bahawa ibu dan ayah mereka sayang padanya. Mereka mula
faham kenapa ibu dan ayah mereka ini selalu sibuk denga kerja. Apabila mendengar penjelasan
tersebut si anak mula menerima keadaan tersebut. Walaupun pada mulanya terdapat sedikit
ketidak puasan hati dengan keinginan ibunya yang tidak suka dengan pemakian anak-anaknya.

10

Namun selepas menggunakan teknik peneguhan positif dengan member kata-kata pujian kepada
si anak, si anak mula menunjukkan rasa terharu.

Secara keseluruhan, perkembangan ahli positif dan peka dengan keadaan sekeliling. Ini
kerana ahli telah mendapat insight dan sedar akan perlunya berubah.

11

Refleksi Diri

Sepanjang sesi ini berjalan, pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk membuat sesi berkelompok
bersama keluarga pelajar ini. Tetapi memandangkan pelajar ini adalah pelajar berpontensii dan
memerlukan sesi kelompok bersama keluarga, jadi saya meneruskan sesi tersebut.

Halangan yang terdapat semasa sesi ini berjalan adalah kekangan masa dari pihak
keluarga pelajar ini. Kesibukan keuarga ini sukar untuk saya menetapkan tarikh sesi yang sesuai
untuk dijalankan. Selain itu juga untuk permulaan ibu dan bapa pelajar tersebut sukar untuk
memberi kerjasama. Pada permulaan sesi hanya bnyak mendiamkan diri sahaja. Rappor terpaksa
saya buat sehingga sesi ke dua. Halangan yang lain adalah ketidak yakinan saya dalam
menentukan teori di dalam sesi tersebut. Ini adalah salah satu kelemahan dan halangan yang
paling besar bagi saya. Selepas saya melihat semula permasalahn ahli kelompok, saya telah
menetapkan teori REBT selepas mendapatkan nasihat dari rujukan saya sendiri. Halangan
seterusnya adalah di mana sekolah saya mempunyai program dan semasa sesi rakaman terdapat
sedikit bunyi bising atau gangguan di luar berikutan program tersebut berhampiran dengan bilik
kaunseling.

Di dalam sesi ini , saya mendapati banyak perkara yang saya belajar. Antaranya cara-cara
mengawal ahli kelompok yang pertamanya agak diam dan banyak membuat hal masing-masing.
Namun saya dapat mengawal keadaan dari kesenyapan berlakau di dalam sesi. Saya juga banyak

12

belajar dalam tidak memotong ketika klien meluahkan perasaan. Saya banyak mendengar seperti
di dalam sesi ini.

Sepanjang tempoh ini, apa yang saya dapat dalam sesi ini adalah hubungan kekeluargaan
adalah amat penting dalam perkembangan anak-anak di sekolah. Sekiranya perkembangan anakanak di rumah berkurang, maka ianya akan mempengaruhi perkembanga sosial, keognitif,
tingkahlaku dan emosi anak-anak. Perasaan ingin disayangi, ingin seperti kawan-kawan yang
lain dan pemikiran yang negitf mula muncul apabila anak-anak tidak dapat seperti yang orang
lain. Hubungan kekeluargaan juga dapat membentuk jati diri, perkembangna diri dan sebagainya.
Kewangan sememangnya penting dalam kehidupan tetapi hubungan kekeluargaan amatlah peting
dalam pembentukan emosi, tingkah laku dan pemikiran seseorang.

Apa yang saya dapat rumuskan di sini adalah pada hujung sesi, saya baru meletakkan
teknik kaunseling. Seharusnya saya melakukannya semasa di pertengahan sesi. Saya perasan
perkara ini semasa di akhir sesi. Ini kerana saya banyak mendegar dan membuat refleksi ahli
setiap kelompok.

Di harap, pada sesi akan datang saya dapat mempertingkatkan lagi kemahiran dalam
menggunakan kemahiran, penggunaan teori dan masa dalam sesi kaunseling. Saya perlu pandai
membahagikan masa dalam menentukan bila seharusnya saya menggunakan teori.

13

Anda mungkin juga menyukai