Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Tahun-tahun awal merupakan tahap di mana kehidupan seseoramg kanak-kanak itu


mengalami proses pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan yang paling pantas.
Tugas untuk memberikan penjagaan dan pendidikan anak-anak kecil suda semestinya
merupakan tanggung jawap untuk pengasuh utama iaitu ibu bapa mereka. Namun
yang demikian, dengan semakin berubahnya amalan penjagaan tradisional ini
menyukarkan lagi ibu bapa kerana mereka berhadapan dengan halangan dari segi
ekonomi di mana itu mempengaruhi perancangan tentang penjagaan anak-anak
mereka.

Di tambah lagi dengan kenaikan taraf sara hidup dan kepesatan

pembangunan ekonomi dan memaksa ibu bapa untuk bekerja, ibu dan bapa harus
melakukan perancangan tentang penjagaan anak-anak mereka dengan menghantar
anak-anak mereka kepada saudara-mara seperti ibu dan bapa saudara dan datuk serta
nenek.

Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk dikasihi dan mendapatkan asuhan dan
sokongan yang sepatutnya mengikut keperluan mereka untuk berkembang. Antara
asuhan dan sokongan yang dapat kita berikan kepada anak-anak ialah dengan
memberikan mereka penjagaan kesihatan dan pendidikan yang bersesuaian dan
memberikan mereka ruang untuk bergaul dan dihargai dan di terima oleh seseorang
yang sama pentingnnya seperti orang lain di dalam keluarga serta masyarakat secara
umumnya.

Biasanya kita tidak ingat tentang pengalaman kita semasa kita berada di dalam
lingkungan umur tiga atau empat tahun. Mungkin perkara yang hanya kita mampu
ingat hanyalah gambaran yang berasaskan deria kita seperti bau syampu ibu ataupun
perasaan memijak rumput semasa bermain-main dengan ayah di luar. Walaupun
kenangan tersebut berlalu dengan cepat, namun ini dapat meninggalkan pengalaman
yang amat berharga dan kesan yang berpanjangan semasa kehidupan seseorang

kanak-kanak.

Beberapa penyelidikan telah di lakukan mengenai perkembangan

kanak-kanak, iaitu semasa perkembangan kanak-kanak pada umur lima tahun yang
pertama khususnya adalah amat penting bagi perkembangan otak kanak-kanak dan
secara tidak langsung pengalaman di dalam usia awal tersebut dapat member impak
kepada kanak-kanak untuk membangunkan kemahiran pembelajaran dan juga
kemampuan dari segi sosial dan emosi.

Apabila kita mampu untuk memberikan jagaan dan asuhan yang berkualiti pada
tahun-tahun terawal mereka, kanak-kanak tersebut akan dapat hidup, membesar
dengan cara yang sihat dan positif, mereka akan kurang untuk mendapat penyakit dan
sukar ataupun jarang untuk dijangkiti penyakit, dan ini membolehkan mereka untuk
berkembang secara sepenuhnya dari segi kemahiran berfikir, berbahasa, emosi dan
sosial.

Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak apabila memasuki alam

persekolahan, potensi mereka untuk berjaya menjadi semakin baik.

Seterusnya,

apabila mereka telah meningkat remaja, mereka akan mempunyai nilai harga diri yang
lebih tinggi. Secara tidak langsung, mereka juga mampu untuk mempunyai peluang
yang cerah untuk menjadi anggota masyarakat yang kreatif dan produktif.

Penyediaan taman asuhan kanak-kanak yang berkualiti haruslah di berikan


kepada kanak-kanak dan itu merupakan suatu tanggungjawap yang dipikul dan
melibatkan seluruh masyarakat, keluarga, majikan, penyedia taman asuhan/TASKA
dan kerajaan. Seperti yang kita telah ketahui, kerajaan telah mengambil inisiatif
untuk mengawal selia dan membuat perkhidmatan bagi kanak-kanak di bawah
Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Berikut merupakan beberapa Akta
yang berkaitan dengan penjagaan kanak-kanak dan merupakan prinsip utama ke arah
untuk membangunkan persekitaran kanak-kanak yang lebih komprehensif dan selamat
bagi kanak-kanak di Malaysia : Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Peraturan
Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, Akta Pusat Jagaan 1993, Akta KanakKanak 2001, dan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak 2009.

Terdapat beberapa objektif mengapa Dasar Asuhan dan Didikan Awal kanakkanak amat penting.

Yang pertama ialah untuk menyediakan dasar kepada

pembangunan potensi seseorang individu agar seimbang dan optimum berlandaskan


acuan tersendir dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak
antarabangsa. Seterusnya, TASKA ataupun taman asuhan diadakan adalah untuk
menggalakkan kanak-kanak yang berada di bawah umur 4 tahun untuk mendapatkan
asuhan dan didikan yang berkualiti bagi meranasng perkembangan awal mereka agar
sesuai dengan kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan
rohani di dalam persekitaran mereka yang selamat, sihat dan menyeronokkan.
Objektif yang ketiga ialah untuk membina kurikulum yang komprehensif untuk
perkembangan awal kanak-kanak secara terperinci yang meliputi pendidikan,
pengasuhan, nutrisi dan kesihatan kanak-kanak. Selain itu, taman asuhan/TASKA
dapat mewujudkan fasiliti infrstruktur dan persekitaran pembelajaran termasuklah
peralatan untuk pembelajaran kanak-kanak yang berkualiti bagi membolehkan
pencapaian hasil pembelajaran yang positif. Lain daripada itu, objektif yang dapat
dilaksanakan melalui penubuhan TASKA ataupun taman asuhan adalah untuk
menggalakkan penglibatan dan hubungan yang baik dan teguh di antara ibu bapa,
kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO) serta kumpulan
masyarat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Objektif
yang ke enam ialah, dapat meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya
keperluan untuk memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak yang lahir hingga
ke 4 tahun sebagai dasar utama untuk pembangunan holistic mereka sebelum
memasuki alam persekolahan serta untuk memastikan terdapatnya pelaksanaan sistem
pantauan dan penilaian yang efektif dalam program asuhan dan didikan awal kanakkanak.

Peringkat awal kanak-kanak amatlah penting dan ianya merupakan tempoh yang
amat penting dalam pembangunan insan.

Apabila kita memberikan asuhan dan

pendidikan yang kukuh pada peringkat awal, kita bukan sahaja membina asas yang
kukuh bagi kehidupan awal kanak-kanak namun secara tidak langsung kita akan juga
membina asas yang kukuh bagi pembangunan Malaysia. Pembangunan awal kanakkanak merupakan suatu pelaburan yang amat strategic bagi membentuk individu yang
berkualiti. Walaupun sedikit sebanyak ibu bapa merupakan pengasuh dan pendidik
anak-anak mereka, sebahagian besarnya tanggung jawap itu juga bermula pada
peringkat tertinggi tadbir urus.

Kanak-kanak merupakan antara aset dan tulang

belakang yang amat penting dan berharga bagi negara kita. Mereka merupakan suatu
pengajaran di masa lampau dan peninggalan nenek moyang kita dan kanak-kanak
merupakan impian negar kita pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kita haruslah
memberikan keutamaan kepada pendidikan dan peluang untuk memajukan diri dan
sebaik mungkin kepada kanak-kanak.

Piawaian pelaksanaan prosedur TASKA/Taman Asuhan

Prosedur ini dibina adalah untuk membantu pelaksanaan dan perjalanan program yang
terdapat di dalam TASKA/taman asuhan supaya sentiasa di dalam standard yang telah
ditetapkan.

Prosedur ini mampu memberikan langkah-langkah untuk membantu

membimbing kanak-kanak melaksankan rutin hariannya secara sendiri. Namun yang


demikian pengasuh di tempat taman asuhan tersebut haruslah membantu dan
membimbing kanak-kanak yang masih lagi kecil yang masih belum mahir sehingga
mereka mahir untuk melakukan tugasan mereka.

Pendidik/pengasuh haruslah

memberikan bimbingan yang dan ulangan secara konsisten.

Kita haruslah

memberikan galakkan dan pujian apabila mereka telah mahir untuk melakukan
sesuatu perkara agar mereka boleh bersikap independent. Ini dapat memberikan
kanak-kanak tersebut kelak akan mahir untuk mengurus diri mereka dan mereka akan
melakukannya sebagai sesuatu kebiasaan.

Rutin Sewaktu Ketibaan Dan Pulang Kanak-Kanak.

Pendidik ataupun pengasuh yang berana di TASKA/Taman asuhan tersebut haruslah


menyambut kanak-kanak tersebut di pintu masuk dengan penuh mesra dengan
sambutan dengan senyuman mesra. Pendidik/pengasuh juga akan memberi salam
kepada kanak-kanak tersebut dengan mengucapkan selamat pagi dan bersalaman
dengan mereka dan bertanya khabar mereka.

Pendidik/pengasuh juga harus

memastikan agar kanak-kanak menyusun selipar/kasut di rak kasut. Selepas itu,


pengasuh juga harus memastikan bahawa ibu bapa telah mengidi rekod kedatangan
murid ke TASKA.

Pengasuh/pendidik juga haruslah memeriksa keadaan fizikal

seseorang kanak-kanak untuk memastikan tiada apa-apa tanda kecederaan, sekiranya


ada mereka haruslah merekod keadaan tersebut di dalam buku log anak permata
negara. Maklumat tentang ubat atau barang baru yang diberikan kepada kanak-kanak
oleh ibu bapa juga haruslah di rekod ke dalam buku log anak permata negara.
Sebelum kanak-kanak memasuki dalam TASKA/Taman Asuhan, mereka haruslah
bersalam-salaman dengan ibu bapa/penjaga mereka dan mengucapkan selamat
tinggal.

Sewaktu kepulangan kanak-kanak dari TASKA/Taman Asuhan, pendidik/pengasuh


haruslah memastikan barangan yang di bawa oleh kanak-kanak di bawa pulang ada di
dalam beg kanak-kanak tersebut.

Pengasuh/pendidik juga haruslah memastikan

kanak-kanak untuk menyusun beg di luar yang telah di sediakan untuk memudahkan
ibu bapa untuk mengambilnya kelak.

Semasa menunggu kedatangan ibubapa/

penjaga kanak-kanak, mereka bolehlah membuat aktiviti bebas seperti bermain alat
permainan.

Semasa kedatangan ibubapa/ penjaga, anak-anak mereka haruslah

memberikan salam kepada mereka. Pengasuh/pendidik juga boleh menyerahkan buku


log harian permata kepada ibubapa atau penjaga yang berkenaan dengan kesihatan,
aktiviti, kecederaan kanak-kanak. Sebelum ibu bapa/ penjaga membawa kanak-kanak
balik, mereka haruslah mengisi buku rekod keluar kanak-kanak dan kanak-kanak akan
bersalaman dengan pengasuh/pendidik. Pengasuh/pendidik juga haruslah memastikan

pintu pagar ditutup selepas ibu bapa atau penjaga mengambil anak-anak mereka. Cara
ini telah di pakai oleh pengasuh/pendidik di TASKA Permata Cemerlang semasa
ketibaan dan kepulangan kanak-kanak.

Rutin sewaktu makan kanak-kanak

Sebelum kanak-kanak mengambil makanan yang telah di sediakan, kanak-kanak


tersebut juga haruslah di atur untuk membuat barisan mengikut kumpulan umur.
Kanak-kanak juga haruslah mencuci tangan mereka mengikut prosedur tujuh langkah
sehingga bersih.

Kanak-kanak juga digalakkan untuk mengambil makan mereka

sendiri. Semasa makan, kanak-kanak haruslah duduk dengan sempurna dengan kaki
rapat. Kanak-kanak juga berdoa sebelum makan.

Semasa kanak-kanak sedang makan, pendidik/pengasuh haruslah memastikan semua


kanak-kanak untuk makan secara sopan dan tertib.
membantu

kanak-kanak

yang

belum

mahir

Pendidik/pengasuh boleh

makan

sendiri

jika

perlu.

Pendidik/pengasuh juga haruslah makan bersama-sama kanak-kanak dan berinteraksi


dengan kanak-kanak semasa makan. Semasa makan juga, pendidik/pengasuh juga
boleh mengajar kanak-kanak tentang adap makan supaya mereka mengambil
makanan yang dekat dengannya, dan dalam kuantiti yang di kehendaki untuk
memastikan tiada pembaziran berlaku. Pengasuh/pendidik juga boleh menggalakkan
kanak-kanak untuk mengambil hanya satu makanan/buah yang telah di sediakan dan
menggalakkan kanak-kanak tersebut menghabiskan terlebih dahulu sebelum
menambah makanan/buah yang seterusnya. Sebelum memberi kanak-kanak makanan
yang baru, pengasuh/pendidik bolehlah menggalakkan kanak-kanak untuk mencuba
makanan itu terlebih dahulu sekiranya kanak-kanak itu enggan makan atau mencuba
makanan baru. Kanak-kanak haruslah digalakkan untuk menghabiskan makanan yang
telah di hidangkan bagi mengelakkan pembaziran.

Selepas kanak-kanak selesai makan, pendidik/pengasuh haruslah mengalakkan kanakkanak untuk membersihkan sisa makanan yang terdapat di atas meja mereka dan
member arahan kepada mereka untuk memasukkan sisa tersebut ke dalam pinggan,
membuang sisa makanan yang telah di kumpul ke dalam bekas yang telah disediakan
dan menyuruh kanak-kanak untuk membawa pinggan ke dalam bekas pinggan yang
kotor.

Pengasuh/pendidik

juga

harus

menggalakkan

kanak-kanak

untuk

mengasingkan pinggan, sudu dan cawan yang kotor ke dalam singki atau bekas yang
telah di sediakan.

Setelah itu, kanak-kanak haruslah mencuci tangan dan mulut

mereka setelah makan.

Kanak-kanak yang telah selesai makan haruslah duduk

semula untuk menunggu kanak-kanak yang lain selesai makan. Pengasuh/pendidik


haruslah memastikan kanak-kanak untuk menggosok gigi mereka selepas makan dan
mengelap mulut dan tangan dengan tisu dan tuala

mereka masing-masing.

Pendidik/pengasuh juga boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berehat sebentar


selepas mereka makan.

Cara ini telah diguna pakai oleh pengasuh/pendidik di

TASKA Permata Cemerlang semasa kanak-kanak menikmati makanan mereka.

Rutin sewaktu rehat/ tidur kanak-kanak

Sebelum

masa

rehat

atau

tidur

kanak-kanak,

pengasuh/pendidik

haruslah

mengasingkan kanak-kanak mengikut jantina dan umur mereka. Pengasuh / pendidik


juga harus memastikan pakaian yang kanak-kanak pakai sebelum tidur dalam keadaan
bersih dan selesa. Sebelum tidur juga kanak-kanak boleh digalakkan untuk menolong
di dalam menyiapkan tempat tidur mereka dengan bimbingan oleh pengasuh/pendidik.
Kanak-kanak juga boleh membaca doa sebelum tidur yang dibimbing oleh
pengasuh/pendidik. Pengasuh/ pendidik juga bolehlah membaca kan bedtime story
kepada anak sebelum mereka tidur.

Pengasuh /pendidik juga harus memastikan

kanak-kanak tidur di tilam masing-masing.

Semasa kanak-kanak sedang berehat/ tidur, pengasuh/pendidk bolehlah memadamkan

lampu dan menutup langsir agar pencahayaan di dalam bilik tidak terlalu terang dan
sentiasa mengawasi kanak-kanak yang sedang berehat. Namun, bagi kanak-kanak
yang belum lagi tidur, pengasuh/pendidik bolehlah mengasingkan mereka dengan
memberikan mereka aktiviti yang senyap agar tidak mengganggu rakan mereka yang
sedang tidur.

Sebaik sahaja kanak-kanak bangun, pengasuh boleh lah membimbing mereka di


dalam doa bangun tidur. Kanak-kanak yang baru bangun boleh digalakkan untuk
mengemas tempat mereka masing-masing dan mereka juga boleh membantu kawankawan yang lain. Seterusnya kanak-kanak boleh lah bersedia untuk mandi. Cara ini
telah digunakan oleh pengasuh/pendidik di TASKA Permata Cemerlang semasa
kanak-kanak sedang berehat.

Latihan ke tandas dan menukar lampin

Untuk mengetahui tanda-tanda kanak-kanak untuk ke tandas pengasuh/pendidik harus


lah peka terhadap bahasa ataupun tanda-tanda yang tertentu (bahasa badan) apabila
mereka terasa ingin membuang air kecil atau besar. Ini dapat di kesan apabila kanakkanak merengek, memegang bahagian sulit, melompat seperti ingin menahan sesuatu
dan muka mereka menjadi merah seperti hendak meneran. Untuk pembuangan air
besar yang teratur, kanak-kanak biasanya akan membuang air beasr pada waktu pagi
atau setiap kali makan.

Sewaktu menukar lampin, pendidik/pengasuh haruslah peka apabila kanak-kanak


mengalami ketidakselesaan dan menukar lampin mereka pakai buang dan losyen.
Pendidik/ pengasuh juga harus menggalakkan kanak-kanak untuk membuka seluar
dan lampin pakai buang sendiri serta membuang ke dalam tong sampah.
Pengasuh/pendidik juga boleh membantu kanak-kanak mencuci bahagian sulit mereka
sehingga bersih. Selepas itu, kanak-kanak mesti mencuci tangan mereka sehingga
bersih dan membantu kanak-kanak untuk mengelap bahagian sulit mereka sehingga

kering. Pengasuh/ pendidik haruslah memastikan kanak-kanak untuk memakai seluar


sendiri dan pengasuh/pendidik haruslah mencuci selepas mereka menukar lampin
kanak-kanak yang kotor atau telah digunakan.

Cara ini telah digunakan oleh

pendidik/pengasuh di TASKA Permata Cemerlang untuk menukar lampin ataupun


pakaian kanak-kanak.

Kualiti persekitaran penjagaan pada kanak-kanak

Persekitaran merupakan kualiti fizikal dan kualiti manusia yang di gabungkan untuk
mencipta sebuah ruang yang dapat mewujudkan kerjasama di antara kanak-kanak dan
orang dewasa untuk bermain bersama-sama.

Persekitaran juga merangkumi tiga

aspek iaitu aspek fizikal, keadaan interpersonal dan aspek waktu. Sebagai seorang
pendidik, kita menyedari bahawa persekitaran yang baik dapt mewujudkan suasana
yang harmoni dan menggalakkan untuk proses pembelajaran kanak-kanak. Kita juga
menyedari bahawa apabila persekitaran pembelajaran kanak-kanak selesa, selamat
dan berwarna-warni dan ceria dapat member stimulasi kepada kanak-kanak. Untuk
mewujudkan

suasana

motivasi

instrinsik

kepada

kanak-kanak,

persekitaran

pembelajaran yang tenang, selamat dan mencabar sangat penting. Sesebuah TASKA
atau taman asuhan yang baik biasanya mempunyai ruang yang berkualiti di mana
mereka dapat menyediakan kawasan yang selamat untuk kanak-kanak bergerak.
Melalui pemerhatian yang saya telah lakukan di TASKA Permata Cemerlang,
kawasannya sangat berkualiti dan memiliki ruang yang selamat untuk kanak-kanak.
Pendidik di TASKA tersebut dapat memaksimumkan pengunaan kawasan di tempat
itu walaupun mempunyai kawasan yang agak sempit. Keadaan TASKA tersebut juga
bersih dan selamat untuk kanak-kanak.

Kesan kualiti persekitaran yang penjagaan kepada perkembangan kanakkanak.

Terdapat beberapa kesan positif yang dapat di lihat di TASKA Permata Cemerlang ini,

susun atur ruang dalam tempat ini sangat kemas. Dengan adanya kawasan yang
kemas dan teratur, kanak-kanak dapat merasakan bahawa mereka berupaya untuk
membuat pilihan, dan mereka juga dapat mencetuskan idea-idea yang bernas. Kanakkanak akan lebih kreatif dan berfikiran yang out of the box apabila mereka mendapat
persekitaran yang berkualiti dan ini amat menjamin kobolehan mereka dalam pelbagai
bidang di peringkat mereka. Selain itu, kanak-kanak juga akan dapat belajar dan
menggunakan kemahiran mereka dalam konteks yang bermakna. TASKA Permata
Cemerlang merupakan contoh yang baik di mana TASKA ini menyediakan alat
permainan dan pembelajaran yang lengkap untuk kanak-kanak.

Setiap dinding-

dinding di dalam TASKA ini di hiasi dengan gambar-gambar dan nombor-nombor di


mana ianya sangat membantu kanak-kanak untuk mengenal huruf dan nombor secara
tidak langsung. Apabila kanak-kanak ini tiap hari melihat perkataan, huruf dan
nombor ini, kanak-kanak akan cepat mahir dan lebih cepat dalam proses pembelajaran
mereka. Pendidik/pengasuh di TASKA Permata Cemerlang juga sangat berkomited
dengan tugasan mereka masing-masing. Mereka sentiasa menambah perhiasan di
dalam TASKA agar lebih menarik.

Persekitaran yang teratur dan berkualiti dapat membantu kanak-kanak untuk lebih
mudah untuk menerokai pelbagai sumber baru. Mereka akan lebih cenderung untuk
meneroka sesuatu yang baru dan dari sana mereka akan menjadi lebih kreatif.
Melalui persekitaran yang positif juga, kanak-kanak akan berupaya untuk menyatakan
keperluan dan meluahkan perasaan mereka.

Lebih daripada itu, kanak-kanak di

TASKA juga dapat menggunakan dan menghargai semua sumber-sumber maklumat


manusia, bahan bercetak dan bahan visual yang di sediakan. Kanak-kanak akan
berusaha untuk belajar dan mempelajari sesuatu daripada bahan-bahan yang telah di
sediakan oleh pendidik/pengasuh di TASKA tersebut.

Kanak-kanak juga akan

mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan perasaan mereka secara kritis dan kreatif.

Cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti TASKA Permata


Cemerlang.

Secara keseluruhannya, TASKA Permata cemerlang boleh di katakan cemerlang


kerana TASKA ini hampir mencapai semua piawaian TASKA yang telah di tetapkan
di negara ini. Setelah saya berbincang-bincang dengan pengasuh/pendidik TASKA
Permata Cemerlang, masalah yang mereka hadapi ialah masalah kewangan pusat
asuhan mereka. Bagi pusat persendirian seperti TASKA Permata Cemerlang, mereka
kebanyakkannya bergantung kepada yuran kanak-kanak di tempat mereka. Dengan
adanya masalah kewangan, ini menjadikan mereka mempunyai kekurangan
pengasuh/pendidik. Mereka hanya mempunyai tiga orang pengasuh/pendidik di mana
mereka harus menjaga 23 murid. Ketiga-tiga pengasuh/pendidik ini harus menjaga 23
murid, memasak dan melakukan kerja admin. Oleh yang demikian, bantuan dari
pihak luar amatlah di alu-alukan untuk membantu masalah ini.

Kelemahan yang seterusnya ialah, kurangnya pemantauan berkala oleh pihak


bertanggungjawap dan ini menyebabkan pengasuh/pendidik kadang-kadang agak
ketinggalan sedikit di belakang daripada TASKA-TASKA yang berada di Bandar.
Oleh yang demikian, pemantauan dari pihak yagn bertanggung jawap amatlah penting
bagi memberikan tunjuk ajar kepada pendidik/pengasuh di tempat ini untuk
memperbaiki keadaan TASKA mereka agar setaraf dengan TASKA di Bandar.

TASKA Permata Cemerlang sebenarnya mampu untuk menandingi TASKA-TASKA


yang di Bandar, kerana saya melihat bahawa kebanyakkan ibu bapa amat berpuas hati
dengan pencapaian anak-anak mereka yang di hantar ke TASKA ini. Saya percaya
bahawa dalam masa yang terdekat ini, TASKA Permata Cemerlang mampu untuk
maju kehadapan dan boleh menjadi contoh kepada TASKA-TASKA persendirian
yang lain. Walaupun TASKA ini bergantung sepenuhnya kepada biayaan yuran kanakanak, namun mereka juga mengambil beberapa inisiatif untuk mengumpul dana

mereka melalui sumbangan dari pihak-pihak luar dan melalui perniagaan kecil yang
TASKA ini lakukan.

Anda mungkin juga menyukai