PENULISAN KREATIF Soalan: Hasilkan 8 rangkap syair berdasarkan kisah Peminangan Puteri Gunung Ledang dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. [25] __________________________________________________________ PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG (Disertakan dalam sesi latihan sahaja) SELEPAS kemangkatan Tun Kecil (permaisuri), Sultan Mahmud Syah berasa amat dukacita. Para pembesar telah sepakat untuk mencari pengganti permaisuri dan mempersembahkan kepada Sultan Mahmud, tetapi tiada seorang pun yang berkenan di hati Sultan Mahmud. Sultan Mahmud Syah inginkan seorang isteri yang mempunyai keistimewaan luar biasa, kecantikan yang tidak ada tolok banding. Baginda kemudiannya menghantar utusan bagi meminang Puteri Gunung Ledang yang diketuai Tun Mamad (Penghulu Inderagiri), Laksamana Hang Tuah dan Sang Setia. Hanya Tun Mamad yang berjaya sampai ke puncak. Perjalanan Tun Mamad mendaki Gunung Ledang membawanya ke satu taman ajaib: pokok-pokok kayu sedang berlagu; bunga tanjung biru dan bunga-bunga menyanyi, berseloka dan berpantun. Tun Mamad menemui seorang perempuan tua bongkok tiga yang menyatakan diri sebagai wakil Tuan Puteri Gunung Ledang. Tun Mamad menyatakan hasratnya untuk meminang Puteri Gunung Ledang untuk dijodohkan dengan raja Melaka, Sultan Mahmud Syah. Perempuan tua tersebut telah menyatakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Sultan Mahmud Syah. Syarat-syarat itu ialah: i. Tujuh dulang hati kuman; ii. Tujuh dulang hati nyamuk; iii. Sebuah jambatan perak merentasi dari istana Melaka ke Gunung Ledang; iv. Air mata setempayan; v. Air pinang muda setempayan; vi. Darah raja semangkuk; vii. Darah anak raja (Raja Ahmad) semangkuk; Semua syarat yang dinyatakan itu sanggup dipenuhi kecuali semangkuk darah Raja Ahmad kerana Sultan Mahmud tidak sampai hati mencederakan darah dagingnya sendiri. Oleh itu, peminangan Puteri Gunung Ledang dibatalkan. WITER GUNIK, 24-Aug-16 7:49:24 a8/p8