Anda di halaman 1dari 8

Latihan Menjawab Soalan Penggal 1 KMK: Hikayat Hang Tuah (Bab VII)

1.
Maka sembah Patih Kerma Wijaya, Ya Tuanku Syah
Aam, patik dengar khabarnya segala raja-raja dan adipati
sudah datang berhimpun; itulah maka Seri Betara memulai
pekerjaan berjaga-jaga. Pada bicara patik, baik juga Duli Yang
Dipertuan menyembahkan belanja itu pada hari inilah. Maka
sembah Bentara Tun Tuah, Benarlah tuanku, sembah patik
itu, kerana paduka ayahanda itu raja besar pada zaman ini,
supaya terberat pada matanya; jangan dikata oleh segala rajaraja yang banyak itu dan segala orang sekalian akan Duli Yang
Dipertuan miskin, dipungut akan menantu dan Seri Betara.
Maka rajapun berlengkaplah persembahan emas belanja
akan Seri Betara itu, emas tujuh bahara dan kain tujuh peti
dan perempuan dayang-dayang tujuh puluh, baik rupanya, dan
kain bersuji dan tepi tujuh helai; lain daripada itu beberapa
pula persembahan Raja Melaka, Yang membawa persembahan
itu Tun Utama dan Patih Kerma Wijaya dan Tun Bija sura dan
Tun Ratna Diraja. Maka persembahan itu pun diarak oranglah,
terlalu banyak orang mengiringkan dia. Dan orang yang
membawa persembahan itu pun baik-baik rupanya seperti
dalam tulis rupanya.
[Hikayat Hang Tuah (Bab VII), Permata Sastera
Melayu, hlm. 38]

a) Siapakah yang dimaksudkan oleh Bentara Tun Tuah tentang


paduka ayahanda seperti yang terdapat dalam penyataan
frasa bergaris di atas? [ 2 ]

Paduka ayahanda yang dimaksudkan dalam petikan ialah


Seri Betara Majapahit iaitu pemerintah Majapahit [ 1 m ]
Paduka ayahanda itu juga merupakan bakal bapa mertua
Raja Melaka kerana Raja Melaka akan berkahwin dengan
puteri tunggal Seri Betara Majapahit iaitu Raden Galuh Emas
Ayu. [ 1 m ]

b) Ulaskan pemikiran kritis Bentara Tun Tuah tentang tindakan


yang perlu dilakukan oleh Raja Melaka agar diri Raja Melaka
dipandang mulia di hadapan Betara Majapahit. [ 8 ]

Tun Tuah seorang yang kritis kerana memikirkan bahawa Raja


Melaka harus menonjolkan kehebatannya sebagai raja yang besar,
berdaulat dan mulia [F= 2m ] di hadapan anak-anak Raja yang
lain supaya menggambarkan dirinya lebih hebat daripada anakanak Raja di seluru Majapahit [HC= 2 m ]
Tun Tuah berpandangan bahawa Raja Melaka harus menyisihkan
pandangan dan pemikiran anak-anak Raja lain [F= 2 m ] seolaholah Seri Betara Majapahit mengambil Raja Melaka sebagai
menantu kerana faktor salah pilih atau secara tidak dirancang.
[ HC=2 m ]
Tun Tuah seorang yang berpandangan tajam bahawa dalam apaapa tindakan rombongan Melaka dan Raja Melaka sendiri harus
membina karektor dengan menonjolkan kebesaran diri [ F=2m]
dari segi persiapan hantaran belanja,ramainya bilangan menyertai
rombongan peminangan dan perkahwinan dan nilai hantaran yang
diberikan yang tiada tolok bandingnya.[HC=2m]
[ Mana2 dua isi sahaja. 2F x 2 m= 4m, 2HCx2 m= 4m. Markah
penuh 8 markah ] .

c) Selain adat menghantar belanja, huraikan empat adat lain


yang dipraktikkan oleh pembesar Melaka sehingga
menyerlahkan ketinggian adab dan akhlak rombongan
Melaka, sekaligus meningkatkan kemahsyuran Raja Melaka
sebagai raja yang mahsyur dan berdaulat. [ 16 ]
F1: Adat mengarak dan mempersembahkan bingkisan Raja ke
istana Seri Betara Majapahit
HC1: Tun Utama dan Patih Kerma Wijaya, Tun Bija Sura, dan Tun
Ratna Diraja menghantar bingkisan hantaran belanja perkahwinan
kepada Seri Betara Majapahit dan disambut dengan gembira
Kesimpulan: Kesungguhan penyediaan hantaran belanja dengan
penuh adat oleh rombongan Melaka meninggikan penghormatan
Seri Betara Majapahit terhadap bakal menantunya Raja Melaka.
F2: Adat menyampaikan salam kepada Raja yang lebih tua dengan
bahasa yang indah-indah
HC1: Rombongan Melaka menyatakan kepada Seri Betara Majapahit
bahawa adat pemberian bingkisan kerajaan Melaka walau kecil dan
tidak seberapa nilai hadiahnya tetap harus diberikan sebagai tanda
2

menjunjung kasih akan Seri Betara Majapahit sebagai raja besar


yang berdaulat (hlm. 39).
Kesimpulan: Sikap dan adap sopan rombongan pembesar Melaka
menyerlahkan kehebatan Raja Melaka yang dianggap raja yang
berdaulat dan bermaruah serta mempunyai pembesar yang hebat.
F3: Adat dijamu dan menerima persalinan
HC1: Pembesar-pembesar Melaka kesemuanya diberi hadiah
persalinan pakaian daripada Seri Betara Majaphit dan diraikan
dengan jamuan serta hidangan
Kesimpulan:
Anugerah
hadiah
dan
layanan
jamuan
ini
menggambarkan rasa puas dan gembira Seri Betara Majaphit akan
kebaikan Raja Melaka dan kesungguhan Raja Melaka mahu
menjayakan majlis perkahwinan diraja.
F4: Adat menerima tetamu yang terdiri daripada pembesar utama
sesebuah negara
HC1: Pembesar Melaka dan Raja menerima kunjungan/kedatangan
Patih Gajah Mada (perdana menteri Majapahit) mengadap Raja
Melaka kerana pesanan daripada Seri Betara Majapahit agar
menyuruh berjaga-jaga/bersiap sedia akan majlis perkahwinan
diraja antara Raden Galuh Emas Ayu.
HC2: Patih Gajah Mada diberi persalinan, dijamu dengan makanan
dan dihiburkan oleh pembesar-pembesar Melaka
Kesimpulan: Layanan baik pembesar Melaka ini kepada Patih Gajah
Mada (PGM) menyerlahkan kehebatan Raja Melaka sebagai raja
besar yang berdaulat.
F5: Adat menyembah Raja (Raja tempatan) untuk memohon bertarung
setelah diseru berkali-kali untuk bertarung.
HC1: Tun Tuan naik ke paseban (tempat Seri Betara Majapahit
bersemayam) untuk memohon perkenan dengan tujuan bertarung
dengan penjurit Majapahit yang mahu bertarung dengannya.
Kesimpulan: Tun Tuah mungkin hanya perlu memohon keizinan daripada
Raja Melaka sendiri tetapi beliau menunjukkan ketinggian akhlaknya
dengan memohon kebenaran daripada Betara Majapahit kerana pada
anggapannya beliau wajar berbuat demikian kerana berada dalam majlis
yang dianjurkan oleh Betara Majapahit.
F6: Adat memohon perkenan Raja (raja tempatan) untuk bertikam bermatimatian
HC1: Penjurit Majapahit bersungguh-sungguh untuk bertikam habishabisan dengan Tun Tuah walaupun ditegah oleh perdana menteri
Majapahit (pada anggapannya pertarungan itu sudah cukup kerana dengan
mudahnya dialahkan oleh Tun Tuah), namun setelah Tun Tuah melihat
penjurit itu meronta-ronta mahu meneruskan pertarungan, Tun Tuah
3

mencemar duli meminta Patih Gajah Mada memohon izin untuk


meneruskan pertarungan.
Kesimpulan: Sikap Tun Tuah menggambarkan kehebatannya sebagai
hulubalang Melaka yang tidak suka memanjang-manjangkan pertarungan
tetapi sanggup bertarung bermati-matian setelah dicabar secara serius.
[ pilih mana-mana 4 isi sahaja: 4 fakta x 2 markah = 8 markah, 4HC x 2
markah = 8 markah = 16 markah ].

2.

Kelicikan Patih Gajah Mada untuk menguji rombongan


peminangan dan perkahwinan diraja dari Melaka jelas kelihatan
dalam episod Hikayat Hang Tuah Bab VII.
(a).
Huraikan dua kelicikan Patih Gajah Mada mengenakan
rombongan peminangan Diraja dari Melaka. [ 12 ]
F1: Berpakat dengan penjurit Majapahit untuk mengenakan Tun Tuan
dan rombongan Melaka ketika majlis berjaga-jaga di perkarangan istana
Seri Betara Majapahit
HC1: PGM berpakat dengan penjurit muda Majapahit agar membuat
huru hara / kacau dan mencabar bertikam dengan Tun Tuah ketika
majlis santapan diraja berlangsung ketika majlis berjaga-jaga sempena
majlis persiapan perkahwinan Raden Galuh Emas Ayu dan Raja Melaka
di perkarangan istana Seri Betara Majapahit.
HC2: PGM mengenakan penjurit itu dengan memberitahu Tun Tuah
bahawa identiti sebenar penjurit itu adalah sebagai ketua penyamun
dalam negeri itu, tetapi sebenarnya penjurit itu hanyalah hulubalang
biasa dan bukan ketua pencuri seperti yang dikhabarkan oleh PGM. Hal
ini bertujuan agar Tun Tuah benar-benar bertarung dan berbakti dengan
Seri Betara kerana berjaya membunuh penjurit tersebut.
F2: Berpakat dengan penjurit tua (Taming Sari) agar membuat kacau
dan bertikam dengan Tun Tuah ketika kunjungan Raja Melaka ke istana
semasa adat memulai pekerjaan berjaga-jaga berlangsung.
HC1: PGM sangat licik kerana tetap mahu menguji kehebatan Raja
Melaka dan rombongannya dengan sengaja merancangkan agar Taming
Sari membuat kacau ketika Majlis Santapan Diraja berlangsung di
dalam istana. Taming Sari telah membunuh banyak tetamu diraja di
4

luar paseban. Akhirnya dengan tipu muslihat Tun Tuah, Taming Sari
berjaya dibunuh dalam pertarungan yang dramatik.

(b).
Jelaskan tiga ketokohan Tun Tuah menaikkan nama Raja
Melaka ketika berada di Majapahit. [ 13 ]
F1: Tun Tuah menampilkan akhlak dan adab sopan yang mulia dengan
menuturkan kata-kata yang baik kepada Seri Betara Majapahit dan
perdana menteri Patih Gajah Mada.
F2:
Tun Tuah mengemukakan tindakan yang bernas dengan
mengesyorkan kepada Raja Melaka agar bijak memanipulasikan
keadaan di Majaphit dan bertindak pantas untuk menonjolkan
kehebatan Raja Melaka sebagai raja yang berdaulat dan tersohor dan
sebagai menantu Seri Betara Majapahit
F3:
Tun Tuah sanggup berdepan dengan ancaman penjurit Majapahit
dan Taming Sari yang bersungguh-sungguh untuk membunuhnya.
Beliau tidak takut dan sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja.
F4: Tun Tuah bijak mengesan tipu daya dan muslihat Patih Gajah Mada
yang penuh dengan tipu muslihat untuk mengenakannya dan
rombogan diraja Melaka.
F5:
Tun Tuah bijak menggunakan tipu muslihatnya untuk
memperdayakan dan mengalahkan Taming Sari. (mengajak Taming Sari
berpakat dengannya untuk menggulingkan Seri Betara Majaphit dan
bakal menabalkan Taming Sari menjadi betara Majapahit).
F6: Dianugerahi persalinan diraja daripada Seri Betara Majapahit atas
jasanya membunuh Taming Sari dan diberi gelaran Laksamana dan
dianugerahi juga daerah Jemaja oleh Betara Majapahit.
[ Pilih mana-mana 3 isi. 3Fx 2m = 6, 3HC x 2 markah=6, bonus 1
(huraian keseluruhan yang dianggap baik). Jumlah markah keseluruhan
= 13 markah.

3.
Setelah dilihat oleh Betara Majapahit kelakuan segala raja-raja
banyak mati dan setengah luka yang ada tinggal itu habis lari
membawa dirinya: ada yang lari ke bawah paseban itu, ada
5

yang lari keluar, ada yang bersembunyi di atas kota istana itu,
terbanyak pula yang merebahkan dirinya pada orang mati itu
maka ratu Majapahit pun segera berbangkit lalu dipegangnya
tangan Raja Melaka dibawanya masuk ke dalam istana. Maka
pintu istana pun ditutup oranglah ketujuh lapis itu pun sunyi
seorang pun tiada lagi tinggal, habis lari.
Maka dilihat oleh Tun Tuah kelakuan Ratu Majapahit itu;
maka Tun Tuah pun datanglah gembira rasanya. Maka Tun Tuah
pun memekis, katanya, Cih! Manatah Patih Gajah Mada?
Dikata orang berani maka orang mengamuk seorang ini pergi
membawa dirinya! Maka Tun Tuah pun menghunus kerisnya,
lalu melompat berdiri di tengah paseban Taming Sari Datang.
[Hikayat Hang Tuah (Bab VII), Permata Sastera
Melayu, hlm. 45-46]

(a)Berdasarkan petikan, jelaskan bagaimanakah pengarang


melukiskan watak-watak yang terdapat episod di atas? [ 9 ]

Nyatakan watak-watak yang terlibat: Betara Majapahit, Raja


Melaka, Tun Tuah dan Patih Gajah Mada.[ 1m]
Pengarang melukiskan perwatakan watak-watak yang terlibat
dalam dua cara iaitu perlukisan secara langsung dan perlukisan
secara tidak langsung. [ 2m]
Perlukisan secara langsung menerusi teknik pemerian secara
langsung:
F1: Pengarang melukiskan perwatakan Tun Tuah secara langsung
iaitu Tun Tuah dilukiskan sebagai watak yang berani (berani
berhadapan / menanti serangan daripada Taming Sari), Tun Tuah
sebagai hulubalang Melaka yang berani mengkritik kepimpinan
Patih Gajah Mada. [ 2m]
F2: Pengarang melukiskan perwatakan Seri Betara Majapahit
secara langsung dengan memerihalkan secara terperinci
bahawa Seri Betara Majapahit seorang yang bertanggungjawab:
menyelamatkan Raja Melaka dan bersembunyi di dalam istana. [
2m ]

Perlukisan watak secara tidak langsung (teknik pemerian)


F1: Bengis dan ganasnya Taming Sari yang membunuh mangsa
tidak kira anak Raja, pembesar dan sebagainya (watak Taming
6

Sari tidak disebut secara langsung oleh pengarang, tetapi


diceritakan menerusi penglibatan watak Seri Betara Majapahit).
[ 2m ]
(b)Huraikan perwatakan Tun Tuah berdasarkan petikan di atas. [ 9
]
F1:
Tun Tuah seorang yang berani
HC1: Sanggup menunggu kedatangan Taming Sari
F2:
Tun Tuah seorang yang berani mengkritik kebaculan pembesar
Majapahit
HC1: Mengkritik tindakan/sikap tidak bertanggungjawab Patih Gajah
Mada (melarikan diri daripada serangan Taming Sari).
F3:
Tun Tuah seorang penganalisis yang baik.
HC1: Membezakan tingkah laku bertanggungjawab Seri Betara
Majapahit yang sanggup menyelamatkan Raja Melaka tetapi
dalam masa yang sama membandingkan sifat Betara Majapahit
itu dengan menterinya PGM yang menghilangkan diri dalam
insiden itu.
[ 3 fakta x 1 = 3m, 3HC x 2 markah = 6 , 9 markah ]
(c) Jelaskan kesudahan episod
penjurit tua Taming Sari. [ 7 ]

Tun Tuah bertarung dengan

Kesudahan episod:
Tun Tuah bertarung dengan hebat dengan Taming sari tetapi
gagal membunuhnya kerana diri Taming Sari yang tidak
lut/kebal.
Mencari punca kekuatan Taming Sari dan akhirnya mengetahui
akan rahsia senjata di tangan Taming Sari keris Taming Sari
Membuat helah dengan berpakat dengan Taming Sari agar
mengguling Betara Majapahit dan akan melantik Taming Sari
sebagai Ratu manakala dirinya menggantikan Patih Gajah Mada
sekiranya rancangan mereka berhasil.
Mengajak Taming Sari bertukar keris kerana Tun Tuah
memerdayakan Taming Sari dengan mengatakan bahawa
kerisnya telah berjasa membunuh penjurit Majapahit yang
membuat huru hara sebelum ini.
Sebaik sahaja mereka bertukar keris, Hang Tuah berjaya
membunuh Taming Sari yang tidak lut lagi.
Akhirnya Tun Tuah dianugerahi gelaran Laksamana oleh Betara
Majapahit dan dianugerahi daerah Jemaja di Majapahit.
7

[Mana-mana 3 point beri markah penuh 7 markah ]

Anda mungkin juga menyukai