Anda di halaman 1dari 7

SOALAN PERCUBAAN 2015

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF (922/3)


BAHAGIAN A : PENULISAN KREATIF
1. Cerita jenaka mengandungi unsur-unsur lucu, sindiran, hiburan dan
pengajaran. Berdasarkan mana-mana watak dalam cerita jenaka yang anda
tahu, hasilkan seloka yang panjangnya kira-kira lima belas baris.
[25]
2. Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan perjuangan membela tanah air dan
diakhiri dengan petikan berikut.
[25]
BUKAN dia melarikan diri! Sama sekali tidak! Dia bukan pengecut untuk mati
syahid. Keturunannya keturunan pejuang. Bapanya terbunuh kerana perjuangan.
Abang sulungnya terkorban juga
kerana perjuangan. Adik perempuannya
kehilangan sebelah kaki juga kerana perjuangan. Malah, seluruh warga desanya
adalah pejuang! Perjuangan ini akan diteruskan walau seribu malah sejuta onak
menghalangi!

BAHAGIAN B : PENGURUSAN
3. Tenaga kerja (staffing) amat penting bagi memastikan kejayaan
yang diterajui oleh Sultan Mansur Shah. Ulaskan pernyataan ini.
[25]

organisasi

4. Bincangkan pengorganisasian yang dilakukan oleh GAPENA sebagai sebuah


organisasi sastera. [25]
BAHAGIAN C : MULTIMEDIA DALAM SASTERA
5. Bincangkan nilai tambah bahan kesusasteraan yang dimultimediakan.
[25]
6. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya
Pertemuan di Hyde Park
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanampadi
menjadi huma bukit milik keluarga.
Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi

atau saja-saja santai antara panggilan emak


bila memerlukan air kopi
atau bilak emudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.
Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
disitulah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bias berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

Di situlah ayah sering mengingatkan


erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.Permata Sastera Melayu,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Nyatakan panduan penulisan papan cerita yang bersesuaian berdasarkan sajak di atas
untuk menghasilkan persembahan multimedia interaktif yang menarik.
[25]

SKEMA JAWAPAN : PERCUBAAN 922/3 (2015)


1. Cerita jenaka mengandungi unsur-unsur lucu, sindiran, hiburan dan pengajaran.
Berdasarkan mana-mana watak dalam cerita jenaka yang anda tahu, hasilkan seloka
yang panjangnya kira-kira lima belas baris.
[25]

Pecaha
n
A

B
C

Isi
Ciri-ciri

Tema
Persoala
n

Marka
h
9

Pecahan
Markah
1 isi = 3
markah
3 isi = 9
markah

2
5

1. Dua ciri wajib dan mana-mana


yang lain
A1: Tiada jumlah baris yang
khusus (wajib)
A2: Rima akhir bebas (wajib)
A3: Tiada jumlah perkataan yang
tepat.
A4: Watak-watak cerita jenaka
sebagai tumpuan perbincangan.
Menepati tema
Bertemakan jenaka
C1: lucu
C2: hiburan
C3: sindiran
C4: pengajaran

Gaya
Bahasa

1 isi = 1
markah
4 isi = 4
markah

Kreativiti

1 bait = 1
markah
5 bait = 5
markah

Jumlah

Keterangan

Nota: lain-lain yang sesuai


diterima
mengandungi empat gaya bahasa
Aliterasi
Asonansi
Simile
Metafora
Pesonifikasi
Hiperbola
Paradoks
Anafora/perulangan kata di
awal baris
Epifora/perulangan kata di
akhir baris
E1: Tajuk 1 markah
E2: Kesinambungan idea
2 markah (keseluruhannya)
1 markah (sebahagian)
E3: Persoalan
2 markah (3 persoalan)
1 markah (2 persoalan)
0 markah (1 persoalan)

25

2. Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan perjuangan membela tanah air dan diakhiri
dengan petikan berikut.
[25]
BUKAN dia melarikan diri! Sama sekali tidak! Dia bukan pengecut untuk mati syahid.
Keturunannya keturunan pejuang. Bapanya terbunuh kerana perjuangan. Abang

sulungnya terkorban juga kerana perjuangan. Adik perempuannya kehilangan sebelah


kaki juga kerana perjuangan. Malah, seluruh warga desanya adalah pejuang! Perjuangan
ini akan diteruskan walau seribu malah sejuta onak menghalangi!

ASPEK
A. JUDUL

MARKA
H
1

B. TEMA
C.
PERSOALA
N

3
3

D. PLOT
E. WATAK
DAN
PERWATAK
AN
F. SUDUT
PANDANGA
N

3
3

G. GAYA
BAHASA

H. TEKNIK

I. LATAR

JUMLAH

25

KETERANGAN
Ada judul 1 markah
Tanpa judul 0 markah
Menepati tema
Hendaklah berkaitan dengan tema, sekurang-kurangnya
satu persoalan.
- Nasionalisme
-Patriotisme
-Cinta tanah air
-Kasih sayang
-Pengorbanan dll
Ada permulaan , perkembangan , pengakhiran
-Pelukisan watak
-Peranan watak
-Orang pertama
-Orang ketiga
-Pencerita serba tahu
* Pilih satu
Sekurang-kurangnya ada tiga gaya bahasa
-Simile
-Metafora
-Personifikasi
-Hiperbola
-Perlambangan dll
Sekurang-kurangnya ada tiga teknik
-Imbas kembali
-Imbas muka
-Dialog
-Monolog
-Suspens
-Pemerian
-Kejutan dll
Mengandungi latar
-Tempat
-Masa
-Suasana
-Zaman
-Masyarakat

3. Tenaga kerja (staffing) amat penting bagi memastikan kejayaan


yang diterajui oleh Sultan Mansur Shah. Ulaskan pernyataan ini.
[25]
A:

Pengenalan [3]

organisasi

B:

Isi [20]

F1-Pengalaman
C-Tun Perak berpengalaman sebagai pemimpin kerana pernah menjadi penghulu
di Kelang.
F3-Kemahiran
C-Tun Muhammad sebagai utusan ke Pasai kerana berkemahiran menghafal isi
kandungan surat yang dihantar oleh Melaka ke Pasai.
F4-Personaliti/Ketrampilan
C-Hang Tuah dikagumi oleh Betara Majapahit kerana ketangkasannya bertarung
dan dikagumi anak-anak gadis dan isteri-isteri orang kerana ketampanannya.
F5-Kelayakan
C-Tun Bija Sura menjadi pengiring baginda di Majapahit kerana kecerdikannya
mengatasi helah Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada.
[Fakta 1 m , Huraian 1 m , Contoh 1 m , Ulasan- 1 m]
4 markah x 5 isi = 20 markah
C: Penutup [2]
4. Bincangkan pengorganisasian yang dilakukan oleh GAPENA sebagai sebuah
organisasi sastera. [25]
A: Pengenalan [3]
-Latar belakang/Bidang tugas/fungsi/peranan GAPENA
B: Isi [20]
F1-Pentadbiran carta organisasi
F2-Sumber manusia-kepakaran sastera/Bahasa
F3-Kewangan-tidak berasaskan keuntungan / perkhidmatan
F4-Pemasaran-karya sastera
F5-Penyelidikan-sastera
F6-Penerbitan-bahan sastera/Bahasa
F7-Pengantarabangsaan/promosi
F8-Kegiatan-sastera/Bahasa
Pilih 5 isi
[Fakta 1m , Huraian-1m, Perbincangan 1m, Contoh-1m]
5 isi = 5 isi x 4 markah = 20 markah

5. Dengan memberikan contoh berdasarkan karya sastera, bincangkan nilai tambah


bahan sastera yang dimultimediakan.
[25]
A:

Pengenalan

[3]

F1:
Multimedia sebagai medium atau perantara yang digunakan untuk menyebarkan
karya sastera kepada masyarakat atau khalayak.
F2:
Multimedia melibatkan 4 prinsip asas iaitu teks, grafik, animasi dan audio
visual/video
F3:
Sastera dalam konteks ini dirujuk sebagai bahan yang akan digunakan untuk
disebarkan
melalui medium multimedia, antaranya cerpen, novel, sajak dan puisi
tradisional.
Pilih 3 isi sahaja
1 fakta = 1markah
3 fakta x 1 markah = 3 markah
B:

Isi

[20]

F1:
menimbulkan minat kepada pengguna
H/C:
penggunaan multimedia mengubah cara pembaca menghayati sastera melalui
tulisan kepada cara penghayatan yang baru yang melibatkan pembacaan, dan
pendengaran. Perubahan ini dapat menimbulkan minat kepada pengguna contohnya
sajak Di Titian Kemerdekaan boleh menarik minat pengguna dengan memasukkan
gambar dan muzik yang sesuai dengan sajak kemerdekaan.
F2:
memberi motivasi kepada pengguna
H/C: Penggunaan multimedia boleh memberi dorongan kepada pengguna untuk
menghayati bahan sastera kerana ianya lebih interaktif serta menghiburkan.
Sebagaimana teks Sulalatus salatin karya tradisional yang sewajarnya memerlukan
multimedia untuk menarik perhatian pengguna untuk menghayatinya.
F3:
menambahkan kefahaman kepada pengguna
H/C:penggunaan teks, grafik, animasi dan audio visual menjelaskan sesuatu yang
bersifat abstrak kepada sesuatu yang lebih mudah dan membantu menambahkan
pemahaman kepada pengguna terutama cerita-cerita yang agak berat pemikiran dan
persoalannya contohnya penggunaan teks,grafik dan muzik dapat memberi pemahaman
terhadap konflik jiwa yang dialami oleh watak Asiah dalam drama Asiah samiah
F4:
merangsang kreativiti
H/C:
penggunaan elemen-elemen multimedia dapat merangsang dua pancaindera
pengguna iaitu mata dan telinga. Kelebihan ini merangsang kreativiti penggiat sastera
untuk terus berkarya berbanding dengan cara lama yang hanya menggunakan tulisan
contohnya novel SBKL
F5:
menceriakan persembahan
H/C:
karya sastera dalam bentuk novel dan cerpen nampak agak kaku kerana ia
melibatkan tulisan semata-mata,. namun penggunaan beberapa elemen multimedia
akan mengubah sastera kepada sesuatu yang lebih segar, hidup dan
menceriakan.Gambaran langit, rumput dan alam menghidupkan tema dan persoalan
tentang keagamaan dan kematian dalam cerpen Melankoli Di Atas Rumput
F6:
membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan
H/C: gambaran sesuatu peristiwa dalam karya sastera menjadi lebih berkesan kepada
pengguna dengan adanya gambar,warna,cahaya, bunyi-bunyian dan pergerakan seperti
dalam peristiwa pertikaian atau pertempuran contohnya pertikaman antara Hang Tuah
dengan Tamingsari dalam SS
Pilih 4 isi
1 isi = 5 markah (2 markah fakta, 2 markah huraian perbincangan, 1 markah contoh)
4 isi x 5 markah = 20 markah

C:

Penutup

[2]

Calon dikehendaki membuat kesimpulan/saranan/harapan/pandangan tentang


kelebihan/kepentingan bahan kesusasteraan yang dimultimediakan
6. Panduan penulisan papan cerita yang bersesuaian
1.

Fasa 1 - menganalisis keperluan aplikasi

Menyemak kesesuaian paparan dan elemen interaktif


Menyemak kesesuaian kandungan dengan konteks yang ingin disampaikan
Mengkaji semula carta alir dan papan cerita yang dihasilkan
2

Fasa 2- proses perancangan/reka bentuk aplikasi

3.

Fasa 3 - Fasa pembangunan aplikasi

Susun semua maklumat dan elemen media


Membina hubungan maklumat drpd 1 papan cerita kepada yang lain
4.

Fasa 4- Fasa pengujian

Mengkaji rasional memilih media tersebut


Membuat carta alir (flowchart) atau garis panduan skrin secara umum
Penulisan teks untuk papan cerita di peringkat awal
Melakarkan papan cerita peringkat awal.
5.

Fasa 5- Penilaian /Review

Menilai persembahan multimedia yang dihasilkan


Memperbaiki kelemahan jika ada.