Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim..

Yang Berusaha, En. Samsudin bin Latif, Guru Besar SK Kampung Bahagia
Yang dihormati En Muhmad Jaafar bin Maraki, GPK 1
Pn. Hajjah Salmah binti Sawedi, GPK HEM
En. Abu Bakar bin Hassan, GPK Kokurikulum..
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian..

Assalamualaikum wb.t.

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T


kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama
berhimpun di Dewan terbuka SK KG Bahagia pada pagi yang barakah ini bagi
menjayakan Majlis Penutupan Program Ihya Ramadhan dan Khatam Al-Quran
Peringkat Sekolah Tahun 2016.
Majlis dengan penuh takzim dan rasa bangga mengalu-alukan kehadiran
hadirin hadirat sekalian ke majlis ini. Ribuan terima kasih diucapkan..
Hadirin hadirat yang dimuliakan..
Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak
sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid di dalam bidang Tilawah
Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi
dan ukhrawi. Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh
keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah..

BACAAN DOA
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..

Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Encik Sarpie bin Jaini bagi
memimpin bacaan doa. Dipersilakan...Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada En. Sarpie bin
Jaini atas bacaan doa itu tadi...

UCAPAN GURU BESAR


Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan, Yg Berusaha En.
Samsudin bin Latif, Guru besar SK KG Bahagia bagi menyampaikan ucapan
..Dengan segala hormatnya dipersilakan..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha Tn Guru Besar atas
ucapan itu tadi..

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Hadirin hadirat yang dimuliakan.
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini dimulakan. Untuk itu
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En. Sarpie bin
Jaini bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Dengan segala hormatnya
dipersilakan..

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh 32


orang murid SK KG Bahagia sesi 2016. Tahniah diucapkan.

CENDERAHATI
Hadirin hadirat yang dimuliakan.

Seterusnya,

sampai

kita

pada

acara

penyampaian

cenderahati.

Penyampaian cenderahati dimulakan dengan murid-murid yang terlibat dengan


tadarus al-Quran. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya Yg
Berusaha
__________________________________________________________________________________
diiringi oleh Yg Berusaha
__________________________________________________________________________________
bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan...
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha
__________________________________________________________________________________
kerana sudi menyempurnakan majlis.
Seterusnya penyampaian cenderahati kepada guru-guru tadarus. Untuk
itu,

majlis

mempersilakan

_____________________________________________________________________ diiringi oleh


________________________________________________________________________

bagi

menyampaikan cenderahati. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha
__________________________________________________________________________________
kerana sudi menyempurnakan majlis.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan duit raya
kepada anak-anak yatim SK KG Bahagia. Majlis dengan ini mempersilakan
dengan segala hormatnya Yg Berusaha
__________________________________________________________________________________
diiringi oleh Yg Berusaha
__________________________________________________________________________________
bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan...
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha
__________________________________________________________________________________
kerana sudi menyempurnakan majlis.

PENUTUP
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Dengan berakhirnya majlis
penyampaian cenderahati berkenaan maka Majlis Penutupan Program Ihya
Ramadhan dan Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2016 menutup tirai.
Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Tidak lupa, tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya Khatam AlQuran dengan jayanya.
Akhir adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari
kelemahan kami Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan. Kami sudahi
majlis dengan lafaz yang mulia...
Wabillahi taufik walhidayah, Assalamualakum w.b.t....Majlis bersurai.